1 00:00:53,970 --> 00:00:55,888 Suatu masa dahulu, 2 00:00:56,055 --> 00:00:58,307 ada seorang anak gadis bernama Ella. 3 00:01:00,476 --> 00:01:02,645 Dia melihat dunia ini bukan seperti seadanya, 4 00:01:02,812 --> 00:01:07,275 tetapi seperti apa yang mungkin, dengan sedikit keajaiban. 5 00:01:11,320 --> 00:01:12,488 Sayang! 6 00:01:12,655 --> 00:01:15,783 Bagi ibu dan ayahnya, dia bagaikan seorang puteri. 7 00:01:15,950 --> 00:01:19,620 Benar, dia tak mempunyai gelaran, mahkota mahupun istana, 8 00:01:19,787 --> 00:01:22,915 tapi dialah pemerintah kerajaan kecilnya sendiri, 9 00:01:23,082 --> 00:01:26,919 yang bersempadankan rumah dan padang rumput di pinggir hutan itu, 10 00:01:27,086 --> 00:01:30,006 tempat tinggal keluarganya sejak turun-temurun. 11 00:01:31,841 --> 00:01:32,842 Bersama En. Angsa 12 00:01:34,635 --> 00:01:37,638 serta seluruh keluarga haiwan mereka. 13 00:01:38,472 --> 00:01:41,350 Hello, kamu. Apa yang kamu buat? 14 00:01:41,517 --> 00:01:43,269 Berilah peluang kepada si kecil untuk makan juga. 15 00:01:43,603 --> 00:01:46,731 Nanti kamu sakit perut. 16 00:01:47,356 --> 00:01:50,776 Gus-Gus, kamu tikus rumah, bukan tikus kebun. 17 00:01:50,943 --> 00:01:52,486 Betul tak, Jacqueline? 18 00:01:52,653 --> 00:01:55,281 Kamu tak boleh makan makanan En. Angsa. 19 00:01:55,448 --> 00:01:56,365 Betul tak, Mak? 20 00:01:56,532 --> 00:01:58,826 Kamu masih percaya bahawa mereka faham kata-kata kamu? 21 00:01:58,993 --> 00:02:00,203 Tidakkah begitu, Mak? 22 00:02:00,369 --> 00:02:01,329 Oh, ya. 23 00:02:02,288 --> 00:02:04,790 Mak percaya bahawa haiwan mendengar dan bercakap dengan kita, 24 00:02:04,957 --> 00:02:06,584 kalaulah kita ingin mendengarnya. 25 00:02:08,503 --> 00:02:10,045 Itulah cara kita belajar untuk menjaga mereka. 26 00:02:10,213 --> 00:02:11,464 Siapa yang menjaga kita? 27 00:02:11,756 --> 00:02:14,050 Tentulah ibu pari-pari. 28 00:02:14,217 --> 00:02:15,676 Mak percaya bahawa mereka wujud? 29 00:02:15,843 --> 00:02:17,178 Mak mempercayai segalanya. 30 00:02:17,345 --> 00:02:19,430 Jadi saya pun mempercayai segalanya. 31 00:02:22,225 --> 00:02:25,269 Bapanya seorang pedagang yang merantau ke luar negara 32 00:02:25,436 --> 00:02:29,232 dan membawa pulang hadiah dari semua kawasan jajahan Ella. 33 00:02:29,398 --> 00:02:30,858 Ella! 34 00:02:31,567 --> 00:02:34,820 Mana gadis-gadis Ayah yang cantik tu? 35 00:02:36,489 --> 00:02:38,783 Mana buah hati Ayah sekalian? 36 00:02:39,242 --> 00:02:41,786 Ella amat merindui bapanya apabila dia pergi merantau. 37 00:02:41,953 --> 00:02:43,829 Tapi dia tahu bapanya akan tetap pulang. 38 00:02:43,996 --> 00:02:45,790 -Itu pun dia! -Papa, selamat pulang! 39 00:02:45,998 --> 00:02:47,542 Kamu apa khabar? 40 00:02:48,793 --> 00:02:49,710 Kamu dah besar! 41 00:02:53,798 --> 00:02:55,091 Apa tu? 42 00:02:55,633 --> 00:02:56,926 Oh, benda ini? 43 00:02:57,093 --> 00:02:59,053 Ayah terjumpa ia tergantung di sebatang pokok. 44 00:02:59,220 --> 00:03:03,182 Rasanya ada sesuatu di dalamnya. 45 00:03:09,188 --> 00:03:10,982 Ia sungguh cantik. 46 00:03:11,941 --> 00:03:14,735 Dalam bahasa Perancis, ia dipanggil papillon. 47 00:03:22,952 --> 00:03:23,995 Aduh. 48 00:03:25,454 --> 00:03:26,706 Kamu memijak kaki Ayah. 49 00:03:28,499 --> 00:03:29,417 Boleh kita mula? 50 00:03:32,170 --> 00:03:34,255 Tengoklah, Mak! Saya sedang menari! 51 00:03:47,143 --> 00:03:49,103 Si papillon yang kecil. 52 00:03:51,522 --> 00:03:53,691 Hidup mereka aman dan sejahtera. 53 00:03:53,858 --> 00:03:57,570 Mereka rasa merekalah yang paling bahagia, kerana dapat hidup sebegini 54 00:03:57,737 --> 00:03:59,655 dan begitu saling mengasihi. 55 00:03:59,822 --> 00:04:02,366 Apabila aku jadi raja Dadi dadi 56 00:04:02,533 --> 00:04:05,161 Kaulah ratunya 57 00:04:05,661 --> 00:04:08,372 Lavender hijau Dadi dadi 58 00:04:08,539 --> 00:04:11,167 Lavender biru 59 00:04:11,334 --> 00:04:13,961 Cintailah aku Dadi dadi 60 00:04:14,128 --> 00:04:16,839 Kerana aku mencintaimu 61 00:04:23,221 --> 00:04:26,349 Tapi duka mungkin melanda mana-mana kerajaan 62 00:04:26,891 --> 00:04:29,352 walau betapa bahagianya ia. 63 00:04:35,942 --> 00:04:38,444 Maka ia telah melanda rumah Ella. 64 00:04:41,864 --> 00:04:43,032 Saya amat bersimpati. 65 00:04:43,199 --> 00:04:44,867 Terima kasih, Doktor. 66 00:04:45,618 --> 00:04:47,328 Ia pasti amat sukar bagi kamu. 67 00:04:50,998 --> 00:04:52,208 Mari. 68 00:04:52,542 --> 00:04:53,709 Ella. 69 00:05:09,016 --> 00:05:11,143 Ella, sayang. 70 00:05:11,894 --> 00:05:14,021 Mak nak beritahu kamu satu rahsia. 71 00:05:14,647 --> 00:05:17,316 Satu rahsia penting yang akan membantu kamu mengharungi 72 00:05:17,483 --> 00:05:19,235 semua cabaran yang bakal ditempuhi dalam hidup. 73 00:05:20,736 --> 00:05:22,738 Ingatlah ini sentiasa. 74 00:05:24,532 --> 00:05:27,201 Tabahkan diri dan berhati baik sentiasa. 75 00:05:29,078 --> 00:05:31,414 Kebaikan yang ada dalam jari kelingking kamu lebih banyak 76 00:05:31,581 --> 00:05:34,542 berbanding apa yang ada dalam seluruh tubuh kebanyakan orang. 77 00:05:34,709 --> 00:05:39,255 Ia memiliki kuasa di luar jangkaan kamu. 78 00:05:41,215 --> 00:05:43,092 -Serta kuasa ajaib. -Kuasa ajaib? 79 00:05:43,259 --> 00:05:44,093 Betul. 80 00:05:46,053 --> 00:05:49,724 Tabahkan diri dan berhati baik sentiasa, sayang. 81 00:05:51,142 --> 00:05:52,268 Boleh kamu berjanji kepada Mak? 82 00:05:52,643 --> 00:05:53,811 Saya berjanji. 83 00:05:54,854 --> 00:05:55,605 Bagus. 84 00:05:56,439 --> 00:05:57,398 Bagus. 85 00:05:57,565 --> 00:05:58,316 Dan... 86 00:06:01,986 --> 00:06:04,780 Mak akan pergi tak lama lagi, sayang. 87 00:06:06,199 --> 00:06:08,451 Tolong maafkan Mak. 88 00:06:08,868 --> 00:06:11,204 Tentulah saya memaafkan Mak. 89 00:06:18,419 --> 00:06:19,795 Mak sayangkan kamu. 90 00:06:22,131 --> 00:06:24,467 Mak sayangkan kamu. 91 00:06:24,634 --> 00:06:25,760 Mak sayangkan kamu. 92 00:06:42,527 --> 00:06:47,532 Masa berlalu, dan kedukaan berubah menjadi kenangan. 93 00:06:59,919 --> 00:07:02,880 Di dalam jiwanya, Ella tetap sama. 94 00:07:03,381 --> 00:07:06,717 Kerana dia masih mengingati janjinya kepada ibunya. 95 00:07:06,884 --> 00:07:10,012 Tabahkan diri dan berhati baik sentiasa. 96 00:07:14,517 --> 00:07:17,144 Namun, bapanya telah banyak berubah. 97 00:07:17,311 --> 00:07:19,856 Tapi dia mengharapkan masa yang lebih baik. 98 00:07:21,691 --> 00:07:23,526 "Kemudian pulang ke rumah, 99 00:07:23,860 --> 00:07:27,029 "dan aku bersama isteriku menyanyi sepuas-puas hati, 100 00:07:27,697 --> 00:07:30,533 "dan jika ada orang lain yang lebih bahagia disebabkan rezekinya, 101 00:07:30,700 --> 00:07:32,660 "aku tak kenal siapa orangnya." 102 00:07:33,369 --> 00:07:35,663 Maka berakhirlah kisah "En. Pepys" untuk hari ini. 103 00:07:36,080 --> 00:07:38,040 Saya suka penghabisan yang gembira, betul tak Ayah? 104 00:07:38,708 --> 00:07:41,002 Itulah penghabisan kegemaran Ayah. 105 00:07:42,003 --> 00:07:43,379 Memang patut pun begitu. 106 00:07:43,838 --> 00:07:44,589 Ella, 107 00:07:45,381 --> 00:07:50,720 Ayah rasa mungkin dah tiba masanya 108 00:07:51,554 --> 00:07:53,347 untuk memulakan babak baru. 109 00:07:53,848 --> 00:07:55,516 Yakah, ayah? 110 00:07:55,683 --> 00:07:57,435 Kamu tahu agak lama dahulu, semasa Ayah merantau, 111 00:07:57,602 --> 00:08:00,104 Ayah berkenalan dengan Sir Francis Tremaine. 112 00:08:00,354 --> 00:08:01,397 Ya. 113 00:08:01,564 --> 00:08:04,275 Beliau Ketua Kesatuan Mercer, kan? 114 00:08:04,442 --> 00:08:05,568 Mantan. 115 00:08:05,943 --> 00:08:07,570 Beliau telah meninggal dunia. 116 00:08:08,613 --> 00:08:10,031 Balunya, 117 00:08:11,616 --> 00:08:13,451 seorang wanita yang berpekerti mulia, 118 00:08:13,618 --> 00:08:15,745 kini hidup kesepian 119 00:08:15,912 --> 00:08:18,206 meskipun masih berada di puncak kehidupannya. 120 00:08:20,917 --> 00:08:22,960 Ayah tak berani beritahu saya. 121 00:08:23,586 --> 00:08:25,421 Tapi Ayah tak perlu takut. 122 00:08:26,297 --> 00:08:28,716 Selagi ia mendatangkan kebahagiaan kepada Ayah. 123 00:08:28,883 --> 00:08:30,134 Ya. 124 00:08:30,760 --> 00:08:32,261 Kebahagiaan. 125 00:08:33,221 --> 00:08:37,808 Kamu rasa masih adakah peluang terakhir untuk Ayah, 126 00:08:38,267 --> 00:08:40,436 walaupun Ayah menyangkakan ia tak mungkin lagi ada? 127 00:08:41,604 --> 00:08:44,273 Tentulah, Ayah. 128 00:08:48,236 --> 00:08:50,238 Dia hanya akan menjadi ibu tiri kamu. 129 00:08:50,404 --> 00:08:53,449 Kamu juga akan mendapat dua orang kakak yang baik sebagai teman. 130 00:09:02,792 --> 00:09:05,378 Tabahkan diri, berhati baik sentiasa. 131 00:09:14,428 --> 00:09:17,139 Selamat datang, semua. Selamat datang! 132 00:09:17,640 --> 00:09:19,225 Dia kurus macam batang penyapu! 133 00:09:19,392 --> 00:09:20,977 Tengoklah rambutnya yang kusut tu! 134 00:09:21,477 --> 00:09:22,645 Kamu sungguh baik. 135 00:09:22,812 --> 00:09:24,564 Selamat datang. Saya gembira bertemu dengan kamu. 136 00:09:24,730 --> 00:09:26,649 Cantik sungguh rambut kamu. 137 00:09:26,816 --> 00:09:28,442 -Terima kasih. -Kamu patut mendandannya. 138 00:09:28,609 --> 00:09:30,152 Saya pasti betul cakap kamu tu. 139 00:09:30,319 --> 00:09:31,821 -Nak tengok sekeliling rumah? -Apa katanya? 140 00:09:31,988 --> 00:09:33,614 Dia nak bawa kita mengelilingi rumah ladangnya. 141 00:09:33,781 --> 00:09:36,450 -Agaknya dia bangga dengannya. -Mereka ada bela haiwan di sini? 142 00:09:40,496 --> 00:09:43,791 Menawan. Sungguh menawan. 143 00:09:44,959 --> 00:09:45,877 Lucifer. 144 00:09:47,712 --> 00:09:52,592 Bakal ibu tirinya seorang wanita yang berkeinginan dan bercitarasa tinggi. 145 00:09:52,758 --> 00:09:55,803 Dia juga pernah mengenali rasa duka. 146 00:09:55,970 --> 00:09:58,890 Tapi dia pandai menyembunyikannya. 147 00:10:28,085 --> 00:10:31,297 Kamu tak pernah beritahu bahawa anak kamu begitu cantik. 148 00:10:31,714 --> 00:10:33,007 Dia mewarisi rupa... 149 00:10:34,800 --> 00:10:36,260 Ibunya. 150 00:10:37,929 --> 00:10:39,263 Begitu. 151 00:10:39,472 --> 00:10:41,057 Apa maksud Mak? Apa yang menawan sangat? 152 00:10:41,224 --> 00:10:42,892 Mak berbohong saja. Saja nak tunjuk sopan. 153 00:10:43,059 --> 00:10:44,101 Diamlah. 154 00:10:44,268 --> 00:10:46,437 Sudah berapa lama keluarga kamu tinggal di sini? 155 00:10:46,896 --> 00:10:47,897 Lebih 200 tahun. 156 00:10:48,064 --> 00:10:49,857 Selama itu, mereka tak terfikir untuk menghiasnya? 157 00:10:50,024 --> 00:10:53,152 Anastasia, diam. 158 00:10:53,861 --> 00:10:56,155 Mereka akan ingat kamu bercakap serius. 159 00:10:57,865 --> 00:11:00,993 Ibu tiri Ella, memandangkan dia seorang wanita yang bersemangat, 160 00:11:01,160 --> 00:11:04,830 berusaha untuk mengembalikan keceriaan ke dalam rumah itu. 161 00:11:07,583 --> 00:11:09,961 Teruklah kamu ni, Baron. 162 00:11:12,421 --> 00:11:15,132 Nasib menyebelahi saya lagi. 163 00:11:22,223 --> 00:11:25,476 Tengoklah siapa yang juga ada partinya sendiri. 164 00:11:25,643 --> 00:11:29,605 Jacqueline, Teddy, Matilda, Gus-Gus yang tamak. 165 00:11:30,815 --> 00:11:31,858 Alamak. 166 00:11:33,526 --> 00:11:36,153 Apa pula... 167 00:11:36,320 --> 00:11:39,407 Ya, apa yang kamu cuba nak buat, Lucifer? 168 00:11:39,574 --> 00:11:43,578 Jacqueline tetamu saya, dan memakan tetamu adalah tak dibenarkan. 169 00:11:44,996 --> 00:11:48,624 Pergilah. Ada banyak lagi makanan kucing untuk memuaskan hati kamu. 170 00:11:49,292 --> 00:11:51,335 Kaum wanita mesti saling tolong-menolong. 171 00:11:56,382 --> 00:11:58,217 Ayah terlepas parti kita. 172 00:11:58,384 --> 00:12:00,803 Ayah rasa ia sama saja seperti semua parti kita yang lain. 173 00:12:02,388 --> 00:12:04,056 Ayah akan bertolak awal pagi esok, El. 174 00:12:04,223 --> 00:12:05,600 Tidak. Tapi Ayah... 175 00:12:05,766 --> 00:12:08,311 Ayah baru saja pulang. 176 00:12:09,770 --> 00:12:10,855 Perlukah Ayah pergi? 177 00:12:11,022 --> 00:12:12,982 Hanya untuk beberapa bulan, sayang. 178 00:12:16,110 --> 00:12:18,070 Apa yang kamu nak Ayah bawa pulang dari seberang? 179 00:12:18,237 --> 00:12:19,488 Kakak-kakak kamu, 180 00:12:19,655 --> 00:12:21,991 kakak-kakak tiri kamu, telah meminta 181 00:12:22,158 --> 00:12:24,994 payung dan kain renda. 182 00:12:25,578 --> 00:12:26,787 Apa yang kamu mahukan? 183 00:12:28,414 --> 00:12:32,585 Bawakan saya ranting pertama yang terkena bahu Ayah semasa perjalanan. 184 00:12:33,252 --> 00:12:35,463 Itu satu permintaan yang aneh. 185 00:12:35,630 --> 00:12:39,175 Tapi, Ayah mesti membawanya bersama sepanjang perjalanan, 186 00:12:39,342 --> 00:12:41,844 dan kenanglah saya apabila Ayah melihatnya. 187 00:12:42,512 --> 00:12:46,349 Apabila Ayah membawanya pulang, bermakna Ayah ada bersamanya. 188 00:12:47,725 --> 00:12:50,019 Itulah sebenarnya yang saya mahu. 189 00:12:51,062 --> 00:12:53,105 Supaya Ayah kembali. 190 00:12:53,272 --> 00:12:54,357 Walau apa jua sekalipun. 191 00:12:58,152 --> 00:12:59,570 Baiklah. 192 00:13:02,281 --> 00:13:05,576 Ella, sepanjang pemergian Ayah, 193 00:13:05,743 --> 00:13:08,079 layanlah ibu tiri kamu dengan baik, 194 00:13:08,246 --> 00:13:10,414 kakak-kakak tiri kamu juga, walaupun mereka 195 00:13:10,873 --> 00:13:13,668 kadangkalanya menyusahkan. 196 00:13:14,669 --> 00:13:16,295 -Saya berjanji. -Terima kasih. 197 00:13:16,712 --> 00:13:19,298 Kenangan Ayah akan sentiasa kekal di rumah ini, Ella. 198 00:13:20,633 --> 00:13:21,968 Ingat tu. 199 00:13:22,760 --> 00:13:27,765 Ibu kamu pun ada di sini, walaupun kamu tak nampak. 200 00:13:28,474 --> 00:13:30,226 Dialah jiwa tempat ini. 201 00:13:31,853 --> 00:13:35,356 Sebab itulah kita mesti sentiasa menjaga rumah ini untuknya. 202 00:13:38,943 --> 00:13:40,653 Saya merindui Mak. 203 00:13:42,029 --> 00:13:43,406 Adakah Ayah pun sama? 204 00:13:45,283 --> 00:13:46,784 Teramat sangat. 205 00:14:00,840 --> 00:14:03,176 Jangan lupa kain renda tu! Saya mesti memilikinya! 206 00:14:03,342 --> 00:14:04,719 Payung saya juga! 207 00:14:04,886 --> 00:14:06,721 Untuk melindungi wajah saya! 208 00:14:06,888 --> 00:14:09,807 Maksudnya kulit muka saya, jika Ayah tak tahu! 209 00:14:12,560 --> 00:14:13,561 Bye! 210 00:14:14,395 --> 00:14:16,022 Bye, Ella! 211 00:14:16,189 --> 00:14:17,023 Saya sayang Ayah! 212 00:14:17,190 --> 00:14:19,192 Ayah pun sayangkan kamu! 213 00:14:22,361 --> 00:14:23,905 Bye! 214 00:14:45,510 --> 00:14:46,969 Ella, sayang. 215 00:14:56,187 --> 00:14:58,814 Sabar, sabar. Jangan menangis. 216 00:15:00,399 --> 00:15:01,484 Ya, Ibu Tiri. 217 00:15:01,651 --> 00:15:03,402 Tak perlu panggil saya begitu. 218 00:15:04,654 --> 00:15:06,280 "Puan" dah memadai. 219 00:15:06,447 --> 00:15:08,366 Tak cukup ruang untuk saya dan semua pakaian Kakak! 220 00:15:08,533 --> 00:15:10,743 Jadi, kecilkanlah diri kamu! 221 00:15:10,910 --> 00:15:13,579 Anastasia dan Drisella berkongsi bilik selama ini. 222 00:15:14,038 --> 00:15:16,374 Mereka gadis-gadis yang begitu baik dan penyayang. 223 00:15:17,208 --> 00:15:19,877 Lebih baik kalau kamu lenyap terus! 224 00:15:20,086 --> 00:15:21,212 Kakak pasti suka, kan? 225 00:15:21,379 --> 00:15:23,089 Kadangkala saya rasa nak korek biji mata Kakak! 226 00:15:23,965 --> 00:15:27,635 Agaknya mereka merasakan bilik tidur mereka agak sempit. 227 00:15:28,386 --> 00:15:31,931 Bilik saya yang paling besar selepas bilik Puan dan Ayah. 228 00:15:32,515 --> 00:15:34,141 Mungkin mereka sudi berkongsi bilik tu. 229 00:15:34,851 --> 00:15:36,769 Itu idea yang cukup bagus. 230 00:15:36,936 --> 00:15:39,188 Kamu memang gadis yang baik. 231 00:15:40,231 --> 00:15:41,524 Saya boleh tinggal di... 232 00:15:41,691 --> 00:15:42,984 Di loteng. 233 00:15:43,276 --> 00:15:44,527 Betul. 234 00:15:47,071 --> 00:15:48,072 Di loteng? 235 00:15:48,239 --> 00:15:49,031 Ya. 236 00:15:49,407 --> 00:15:53,911 Hanya untuk seketika, sementara saya menghias semula bilik-bilik lain. 237 00:15:54,078 --> 00:15:55,621 Loteng kita begitu selesa dan berangin 238 00:15:55,788 --> 00:15:59,125 dan kamu akan berada jauh dari perkelahian dan gangguan kami. 239 00:15:59,292 --> 00:16:05,089 Kamu akan rasa lebih selesa jika membawa benda-benda ini bersama. 240 00:16:05,715 --> 00:16:07,758 Sebagai penghibur hati. 241 00:16:43,753 --> 00:16:44,962 Apa-apa pun, 242 00:16:46,756 --> 00:16:49,133 tiada siapa yang akan mengganggu saya di sini. 243 00:17:07,568 --> 00:17:09,069 Hello, Gus-Gus. 244 00:17:17,203 --> 00:17:19,163 Ayuh, Gus-Gus, kamu boleh melakukannya. 245 00:17:21,707 --> 00:17:23,125 Di sini rupanya tempat kalian berteduh. 246 00:17:25,545 --> 00:17:27,003 Tempat saya juga, nampaknya. 247 00:17:28,964 --> 00:17:29,799 Baiklah. 248 00:17:30,967 --> 00:17:32,009 Siapa nak tolong saya? 249 00:17:32,176 --> 00:17:32,844 Bongok. 250 00:17:33,010 --> 00:17:34,136 Itu memang dah keterlaluan. 251 00:17:34,303 --> 00:17:36,889 Adik kita di atas sana, bercakap dengan ulat kayu. 252 00:17:38,850 --> 00:17:40,560 Seronoknya. 253 00:17:41,352 --> 00:17:42,895 Tiada kucing, 254 00:17:44,856 --> 00:17:47,066 dan tiada kakak-kakak tiri. 255 00:17:47,984 --> 00:17:49,318 Kita ada seorang adik yang tolol. 256 00:17:49,485 --> 00:17:50,653 Kakak ada dua orang. 257 00:17:50,820 --> 00:17:52,238 Saya boleh dengar cakap Kakak tu. 258 00:17:52,405 --> 00:17:55,157 -Dia bercakap dengan siapa tu? -Dia dah gila. 259 00:17:59,370 --> 00:18:02,498 Nyanyikanlah, wahai perindu malam 260 00:18:02,665 --> 00:18:04,166 -Selamat pagi. -Selamat pagi, Cik Ella. 261 00:18:04,333 --> 00:18:05,710 Selamat pagi, Tom! 262 00:18:10,173 --> 00:18:11,382 Nyanyikanlah, wahai... 263 00:18:11,549 --> 00:18:13,926 Hello. Izinkan saya... 264 00:18:14,093 --> 00:18:16,762 Telur Chantecler yang cantik. Syabas. 265 00:18:16,929 --> 00:18:18,014 Terima kasih. 266 00:18:18,431 --> 00:18:19,849 -Pagi. -Pagi. 267 00:18:23,686 --> 00:18:24,687 Terima kasih, Cik Ella. 268 00:18:24,854 --> 00:18:26,105 Sama-sama. 269 00:18:31,235 --> 00:18:32,612 Ella! 270 00:18:32,945 --> 00:18:35,615 Bangun, anak-anak! Dah tiba waktu makan tengahari! 271 00:18:35,740 --> 00:18:39,202 Kakak-kakak tiri Ella tak suka bangun pagi. 272 00:18:43,956 --> 00:18:47,585 Mereka juga tak berkebolehan dalam seni rumah tangga seperti mengemas. 273 00:18:48,878 --> 00:18:51,631 Malah, mereka tak berkebolehan dalam segala bentuk seni. 274 00:18:52,882 --> 00:18:58,554 Ada seorang kekasih dan gadisnya 275 00:18:58,721 --> 00:19:01,140 Dengan hei, dan ho 276 00:19:01,307 --> 00:19:03,768 dan hei nonino 277 00:19:03,935 --> 00:19:09,440 Melepasi ladang jagung menghijau 278 00:19:09,732 --> 00:19:12,443 Pasangan kekasih amat menyukai 279 00:19:12,610 --> 00:19:14,654 musim bunga 280 00:19:51,190 --> 00:19:53,484 Pasangan kekasih amat menyukai 281 00:19:53,651 --> 00:19:56,946 musim bunga 282 00:20:02,368 --> 00:20:03,953 Tolonglah diam. 283 00:20:05,997 --> 00:20:10,626 Ella mengubat hati dengan surat-surat Ayahnya yang dikirim dari perantauan. 284 00:20:10,793 --> 00:20:12,795 Minggu berganti bulan, 285 00:20:12,962 --> 00:20:16,382 tetapi setiap hari akan membawa khabar Ayahnya dari tempat yang jauh. 286 00:20:16,549 --> 00:20:17,842 Cik Ella, kereta kuda pos dah datang! 287 00:20:18,009 --> 00:20:20,011 Sehinggalah pada suatu tengah hari... 288 00:20:21,971 --> 00:20:23,514 Peladang John? 289 00:20:24,974 --> 00:20:26,184 Cik Ella. 290 00:20:26,350 --> 00:20:27,977 Ini tentang bapa kamu, Cik. 291 00:20:29,312 --> 00:20:31,522 Dia jatuh sakit semasa dalam perjalanan. 292 00:20:33,524 --> 00:20:35,318 Dia telah meninggal dunia, Cik. 293 00:20:36,903 --> 00:20:38,321 Dia dah tiada. 294 00:20:39,989 --> 00:20:43,492 Hingga saat terakhirnya, dia hanya bercakap tentang Cik. 295 00:20:43,701 --> 00:20:44,827 Tentang ibu kamu juga. 296 00:20:46,662 --> 00:20:48,998 Saya diminta untuk menyerahkan benda ini kepada kamu. 297 00:20:50,082 --> 00:20:51,918 Tapi bagaimana dengan kain renda saya? 298 00:20:52,084 --> 00:20:53,836 Payung saya? 299 00:20:54,670 --> 00:20:57,423 Kamu tak sedarkah? Semua itu tak penting lagi. 300 00:20:59,091 --> 00:21:00,510 Habislah kita. 301 00:21:02,512 --> 00:21:04,388 Bagaimana kita boleh teruskan kehidupan? 302 00:21:11,437 --> 00:21:12,855 Terima kasih. 303 00:21:15,191 --> 00:21:17,860 Ia tentu amat sukar bagi kamu. 304 00:22:06,492 --> 00:22:08,327 Bagaimanalah untuk meneruskan kehidupan. 305 00:22:08,494 --> 00:22:10,413 Langkah berjimat cermat terpaksa diambil. 306 00:22:10,580 --> 00:22:14,250 Ibu tiri Ella memberhentikan semua pekerja di rumah itu. 307 00:22:30,933 --> 00:22:33,019 Ibu tiri dan kakak-kakak tirinya 308 00:22:33,269 --> 00:22:35,104 sentiasa menderanya. 309 00:22:35,980 --> 00:22:38,191 Lambat laun mereka menganggap Ella 310 00:22:38,774 --> 00:22:42,111 lebih seperti seorang orang gaji berbanding seorang adik. 311 00:22:43,946 --> 00:22:46,824 Maka terpaksalah Ella membuat semua kerja. 312 00:22:48,951 --> 00:22:53,289 Ia ada kebaikannya, kerana bolehlah dia melupakan kesedihannya. 313 00:22:53,456 --> 00:22:55,708 Bak kata ibu tirinya. 314 00:22:58,169 --> 00:23:01,339 Dia dan dua anak gadisnya dengan sukacitanya 315 00:23:01,506 --> 00:23:05,510 memberikan banyak kerja untuk mengubat hati Ella. 316 00:23:13,309 --> 00:23:17,897 Tapi mereka ada juga berkongsi makanan mereka dengan Ella, 317 00:23:18,064 --> 00:23:21,150 yang sebenarnya apa-apa sisa mereka yang tinggal di atas meja. 318 00:23:22,193 --> 00:23:23,486 Bilangan kawannya amatlah kecil. 319 00:23:24,487 --> 00:23:27,073 Malah, kawan-kawannya memang sangat kecil. 320 00:23:27,240 --> 00:23:28,991 Itu pun kamu. 321 00:23:29,825 --> 00:23:31,494 Jemput makan bersama saya? 322 00:23:34,830 --> 00:23:38,376 Tapi kawan-kawannya yang ada, dilayannya dengan hati yang terbuka 323 00:23:38,543 --> 00:23:40,336 dan tangan yang terbuka. 324 00:23:44,173 --> 00:23:45,842 Ini meja kamu. 325 00:24:04,735 --> 00:24:07,572 Kadangkalanya, di penghujung hari, 326 00:24:07,864 --> 00:24:11,075 loteng yang berangin itu terlalu sejuk untuk dijadikan tempat bermalam, 327 00:24:11,242 --> 00:24:14,036 maka dia pun berbaring berdekatan bara malap di perdiangan 328 00:24:14,203 --> 00:24:15,955 untuk memanaskan badan. 329 00:24:33,389 --> 00:24:35,975 Saya ingat sarapan dah sedia. 330 00:24:36,267 --> 00:24:37,393 Sudah, puan. 331 00:24:37,560 --> 00:24:39,103 Saya cuma sedang menjaga api. 332 00:24:40,479 --> 00:24:43,441 Lain kali, boleh jangan panggil kami sehinggalah kerja dah selesai? 333 00:24:43,608 --> 00:24:44,942 Baiklah. 334 00:24:46,027 --> 00:24:48,029 Ella, apa di muka kamu tu? 335 00:24:50,364 --> 00:24:51,908 Puan? 336 00:24:53,451 --> 00:24:55,286 Abu dari perdiangan. 337 00:24:56,162 --> 00:24:57,663 Tolong bersihkan diri. 338 00:24:58,164 --> 00:24:59,498 Nanti abu tu termasuk dalam teh kami. 339 00:24:59,665 --> 00:25:02,710 Saya ada nama baru untuknya! Cinderwench. 340 00:25:02,877 --> 00:25:04,504 Saya tak sanggup kalau kotor sebegini. 341 00:25:04,879 --> 00:25:05,922 Ella Comot. 342 00:25:06,631 --> 00:25:08,508 Cinder-ella! 343 00:25:08,841 --> 00:25:10,051 Kami akan panggil kamu dengan nama tu. 344 00:25:10,468 --> 00:25:11,302 Oh, anak-anak, 345 00:25:11,469 --> 00:25:12,720 pandainya kalian. 346 00:25:15,097 --> 00:25:16,766 Hidangan ini untuk siapa? 347 00:25:18,392 --> 00:25:20,728 Kita ada tertinggal sesiapakah? 348 00:25:21,437 --> 00:25:22,438 Ini tempat saya. 349 00:25:22,605 --> 00:25:25,274 Agak keterlaluan untuk meminta kamu menyediakan sarapan, 350 00:25:25,441 --> 00:25:27,735 menghidangkannya dan duduk bersama kami pula. 351 00:25:27,944 --> 00:25:30,905 Bukankah lebih baik kamu makan selepas semua kerja dah selesai, Ella? 352 00:25:31,072 --> 00:25:33,533 Atau patutkah saya kata, "Cinderella"? 353 00:26:19,912 --> 00:26:21,372 Cinderella. 354 00:26:21,956 --> 00:26:25,459 Nama julukan ada kuasanya, umpama jampi serapah. 355 00:26:26,460 --> 00:26:30,715 Secara tiba-tiba, baginya, ibu tiri dan kakak-kakak tirinya 356 00:26:30,882 --> 00:26:34,510 telah menukarkannya menjadi sekadar satu makhluk kotor 357 00:26:34,677 --> 00:26:36,137 hanya untuk diperhambakan. 358 00:26:59,493 --> 00:27:00,786 Hoi, hoi, hoi! 359 00:27:14,967 --> 00:27:15,718 Lari! 360 00:27:15,885 --> 00:27:17,303 Cepat, nanti mereka akan tangkap kamu! 361 00:27:17,970 --> 00:27:18,888 Pergi! 362 00:27:21,474 --> 00:27:23,100 Hoi! Bertenang! 363 00:27:25,937 --> 00:27:29,148 Mungkin mujur juga kakak-kakak tiri Ella bertindak kejam. 364 00:27:29,315 --> 00:27:31,442 Jika tak kerana dia melarikan diri ke hutan, 365 00:27:31,609 --> 00:27:33,569 dia mungkin takkan bertemu dengan putera itu. 366 00:27:35,655 --> 00:27:38,658 Bertenang! Bertenang! Hoi! Hoi! 367 00:27:38,824 --> 00:27:40,076 Bertenang! Bertenang! 368 00:27:40,243 --> 00:27:41,577 Tolonglah, perlahan sikit! 369 00:27:43,538 --> 00:27:44,413 Cik! 370 00:27:44,580 --> 00:27:46,207 Cik! Kamu tak apa-apa? 371 00:27:46,374 --> 00:27:47,583 Tunggu! 372 00:27:48,334 --> 00:27:49,752 Saya tak apa-apa, terima kasih! 373 00:27:49,919 --> 00:27:50,628 Hoi! 374 00:27:50,795 --> 00:27:53,089 Hoi, hoi, hoi! 375 00:27:53,256 --> 00:27:54,757 -Hoi! -Hoi. 376 00:27:57,802 --> 00:27:58,970 Kamu tak apa-apa? 377 00:27:59,136 --> 00:28:01,973 Saya tak apa-apa, tapi kamu telah benar-benar menakutkannya. 378 00:28:02,390 --> 00:28:03,307 Siapa? 379 00:28:03,516 --> 00:28:04,559 Rusa jantan tadi. 380 00:28:05,142 --> 00:28:06,269 Apa dosanya terhadap kamu, 381 00:28:06,435 --> 00:28:07,854 sehingga kamu mengejarnya di merata tempat? 382 00:28:08,980 --> 00:28:11,816 Saya akui saya tak pernah berjumpa dengannya sebelum ini. 383 00:28:11,983 --> 00:28:13,526 Ia kawan kamukah? 384 00:28:13,693 --> 00:28:15,152 Sekadar kenalan. 385 00:28:15,361 --> 00:28:16,779 Kami baru bertemu tadi. 386 00:28:18,239 --> 00:28:19,282 Saya merenung matanya, 387 00:28:20,700 --> 00:28:21,701 dan ia merenung mata saya, 388 00:28:21,868 --> 00:28:24,745 dan rasanya banyak lagi perkara yang belum ia kecapi dalam hidupnya. 389 00:28:24,912 --> 00:28:25,788 Itu saja. 390 00:28:25,955 --> 00:28:28,624 Cik, kamu dipanggil apa? 391 00:28:29,876 --> 00:28:31,335 Tak kisahlah saya dipanggil apa. 392 00:28:31,836 --> 00:28:34,338 Kamu tak patut merayau jauh ke dalam hutan bersendirian. 393 00:28:34,672 --> 00:28:37,633 Saya bukan bersendirian. Saya bersama kamu, Encik... 394 00:28:38,092 --> 00:28:39,886 Siapa nama kamu? 395 00:28:40,469 --> 00:28:42,096 Kamu tak kenal siapa saya? 396 00:28:42,263 --> 00:28:43,347 Nama saya... 397 00:28:44,348 --> 00:28:45,266 Saya biasa dipanggil Kit. 398 00:28:45,433 --> 00:28:46,893 Bapa saya memanggil saya dengan nama itu, 399 00:28:47,059 --> 00:28:48,561 apabila anginnya baik. 400 00:28:49,896 --> 00:28:50,980 Dan 401 00:28:52,106 --> 00:28:53,357 kamu tinggal di mana, En. Kit? 402 00:28:53,524 --> 00:28:54,317 Di istana. 403 00:28:54,734 --> 00:28:56,986 Bapa saya sedang mengajar saya tentang bidangnya. 404 00:28:57,236 --> 00:28:58,404 Kamu seorang pelatih? 405 00:28:58,988 --> 00:29:00,281 Lebih kurang begitu. 406 00:29:00,573 --> 00:29:01,949 Baguslah begitu. 407 00:29:02,116 --> 00:29:03,701 Adakah kamu dilayan dengan baik? 408 00:29:04,035 --> 00:29:06,204 Mungkin lebih daripada yang sepatutnya. 409 00:29:06,746 --> 00:29:07,788 Kamu pula? 410 00:29:09,498 --> 00:29:11,792 Mereka melayan saya sebaik yang termampu. 411 00:29:13,127 --> 00:29:14,587 Saya bersimpati. 412 00:29:15,296 --> 00:29:17,048 Ia bukan salah kamu. 413 00:29:18,216 --> 00:29:20,092 Saya pasti ia juga bukan salah kamu. 414 00:29:22,220 --> 00:29:23,804 Ia taklah teruk sangat. 415 00:29:24,055 --> 00:29:26,432 Saya pasti ada orang lain yang lebih malang. 416 00:29:26,766 --> 00:29:27,934 Kita hanya perlu 417 00:29:28,809 --> 00:29:33,022 menabahkan diri dan berhati baik sentiasa, kan? 418 00:29:33,898 --> 00:29:35,066 Ya. 419 00:29:36,275 --> 00:29:37,527 Betul cakap kamu. 420 00:29:38,819 --> 00:29:40,738 Saya pun berasa begitu. 421 00:29:45,618 --> 00:29:47,411 Tolong jangan biarkan mereka mencederakannya. 422 00:29:47,578 --> 00:29:50,331 Tapi kamu tahu kami sedang memburu. Itu satu kebiasaan. 423 00:29:50,498 --> 00:29:53,543 Meskipun ia satu kebiasaan tak bermakna ia patut dilakukan. 424 00:29:54,126 --> 00:29:55,378 Betul sekali lagi. 425 00:29:56,921 --> 00:29:58,047 Jadi, 426 00:29:58,798 --> 00:30:00,842 kamu takkan mengganggunya, kan? 427 00:30:03,886 --> 00:30:05,054 Ya. 428 00:30:06,764 --> 00:30:10,184 Terima kasih banyak-banyak, En. Kit. 429 00:30:12,019 --> 00:30:13,271 Itu pun Tuan... 430 00:30:13,437 --> 00:30:14,689 Ini Kit! Kit! 431 00:30:14,856 --> 00:30:17,108 Kit! Saya Kit. Saya pergi sekarang. 432 00:30:17,984 --> 00:30:20,194 Jadi, baik kita berangkat sekarang, 433 00:30:20,403 --> 00:30:22,446 En. Kit. 434 00:30:22,613 --> 00:30:24,031 Saya dah kata. 435 00:30:24,532 --> 00:30:25,741 Saya pergi sekarang. 436 00:30:40,631 --> 00:30:42,466 Saya harap kita dapat berjumpa lagi, Cik. 437 00:30:44,635 --> 00:30:46,262 Saya pun sama. 438 00:31:26,177 --> 00:31:29,055 Macamlah Anakanda orang pertama dapat berjumpa dengan gadis cantik. 439 00:31:29,222 --> 00:31:30,681 Dia bukan sekadar "gadis cantik." 440 00:31:30,848 --> 00:31:32,225 Memang, dia seorang gadis yang cantik, 441 00:31:32,391 --> 00:31:33,684 tapi dia jauh lebih daripada itu. 442 00:31:33,851 --> 00:31:35,436 Lebih apa lagi? Kalian baru bertemu sekali. 443 00:31:36,187 --> 00:31:37,396 Mana Anakanda tahu apa-apa tentangnya? 444 00:31:37,563 --> 00:31:39,690 Ayahanda kata Ayahanda terus tahu apabila bertemu Bonda. 445 00:31:39,857 --> 00:31:41,609 Itu lain. Bonda kamu seorang puteri. 446 00:31:41,776 --> 00:31:42,860 Ayahanda tetap akan mencintainya. 447 00:31:43,027 --> 00:31:44,070 Ayahanda takkan dapat jumpa dia pun, 448 00:31:44,237 --> 00:31:45,947 kerana itu bukan perkara yang elok. 449 00:31:46,113 --> 00:31:49,659 Nenda kamu akan beritahu Ayahanda apa yang Ayahanda cakap sekarang ni 450 00:31:49,825 --> 00:31:50,785 dan Ayahanda akan ikut cakapnya. 451 00:31:50,952 --> 00:31:51,827 -Taklah. -Yalah. 452 00:31:51,994 --> 00:31:52,828 -Taklah. -Yalah. 453 00:31:52,995 --> 00:31:54,038 -Taklah. -Betul cakap Anakanda. 454 00:32:00,253 --> 00:32:01,671 Jadi, bagaimana keadaan baginda? 455 00:32:03,673 --> 00:32:05,049 Tuanku... 456 00:32:07,009 --> 00:32:08,261 Tak apa. 457 00:32:09,220 --> 00:32:13,140 Jika kamu perlu berfikir panjang untuk berkata-kata, beta dah tahu. 458 00:32:16,143 --> 00:32:17,270 Ayahanda... 459 00:32:19,355 --> 00:32:21,315 Yang hidup pasti akan mati, nak. 460 00:32:23,192 --> 00:32:24,277 Mari. 461 00:32:24,443 --> 00:32:25,695 Nanti kita terlewat. 462 00:32:28,614 --> 00:32:30,491 Ketepatan masa menandakan 463 00:32:30,658 --> 00:32:32,827 kesopanan putera raja. 464 00:32:32,994 --> 00:32:34,203 Duli Yang Teramat Mulia, Baginda Raja! 465 00:32:34,370 --> 00:32:36,706 Pasti Ayahanda Tuanku dah menegur tindakan Tuanku di hutan. 466 00:32:36,873 --> 00:32:38,374 Adakah itu urusan kamu, Grand Duke? 467 00:32:38,541 --> 00:32:41,419 Urusan Tuanku ialah urusan patik jua, Tuanku. 468 00:32:41,586 --> 00:32:43,462 Rusa jantan itu tak boleh dibiar terlepas. 469 00:32:43,629 --> 00:32:46,424 Meskipun ia satu kebiasaan tak bermakna ia patut dilakukan. 470 00:32:46,591 --> 00:32:47,592 Lebih kurang begitulah. 471 00:32:47,967 --> 00:32:51,012 Tuan Phineus, pakar seni lukis, sabar menunggu. 472 00:32:51,179 --> 00:32:53,181 Buatkan baginda nampak layak berkahwin, Tuan Phineus. 473 00:32:53,347 --> 00:32:55,266 Demi menarik perhatian calon isteri yang sesuai, 474 00:32:55,474 --> 00:32:57,852 walaupun baginda enggan mendengar sepatah pun cakap beta. 475 00:32:58,019 --> 00:33:00,479 Patik akan memastikan agar Tuanku berpuas hati. 476 00:33:00,771 --> 00:33:02,565 Tapi patik tak boleh melakukan keajaiban. 477 00:33:02,732 --> 00:33:04,817 Kanvas yang cantik, Tuan Phineus. 478 00:33:04,984 --> 00:33:05,860 Terima kasih. 479 00:33:06,027 --> 00:33:07,695 Macamlah dia tahu apa-apa tentang seni lukis. 480 00:33:07,862 --> 00:33:09,030 Jadi, semua potret ini 481 00:33:09,197 --> 00:33:10,448 benar-benar akan dihantar ke seberang? 482 00:33:10,615 --> 00:33:14,160 Supaya golongan ternama menghadiri majlis yang Ayahanda nak sangat tu. 483 00:33:14,327 --> 00:33:16,370 Ia satu tradisi. Yang digemari. 484 00:33:16,537 --> 00:33:18,915 Semasa itulah Anakanda akan memilih seorang isteri. 485 00:33:19,332 --> 00:33:20,124 Menarik. 486 00:33:20,291 --> 00:33:24,212 Jika perlu berkahwin, tak bolehkah beta memilih seorang gadis desa yang baik? 487 00:33:24,420 --> 00:33:28,257 Berapa daerah yang "gadis desa yang baik" ini boleh tawarkan kepada kita? 488 00:33:28,424 --> 00:33:30,468 Bagaimana dia akan mengukuhkan kerajaan ini? 489 00:33:30,635 --> 00:33:34,472 Kita kerajaan kecil di kalangan negara-negara besar, Tuanku. 490 00:33:34,639 --> 00:33:35,932 Ini dunia yang bahaya. 491 00:33:38,059 --> 00:33:39,352 Dengarlah, nak. 492 00:33:39,519 --> 00:33:40,978 -Menaikkan kamu, Tuan Phineus. -Bagus. 493 00:33:41,354 --> 00:33:44,899 Ayahanda ingin melihat Anakanda dan kerajaan ini selamat. 494 00:33:45,942 --> 00:33:47,443 Baiklah, Ayahanda, 495 00:33:48,611 --> 00:33:50,154 dengan satu syarat. 496 00:33:51,531 --> 00:33:55,284 Jemputlah semua orang, bukan setakat golongan bangsawan. 497 00:33:55,451 --> 00:33:57,537 Peperangan telah membawa kesedihan kepada kita semua. 498 00:33:57,703 --> 00:33:58,913 Apa pendapat kamu? 499 00:33:59,080 --> 00:34:00,456 Adakah itu akan menggembirakan rakyat? 500 00:34:00,623 --> 00:34:02,750 Itu tak tercapai dek akal patik, Tuanku. 501 00:34:02,917 --> 00:34:06,087 Tapi patik tak kisah kalau dapat berpesta sikit. 502 00:34:07,505 --> 00:34:08,756 Patik rasa kita dah ada persetujuan. 503 00:34:10,466 --> 00:34:12,635 Majlis tari-menari untuk rakyat jelata, 504 00:34:12,802 --> 00:34:14,387 dan seorang puteri untuk putera kita. 505 00:34:14,594 --> 00:34:17,264 Bunyinya seperti langkah yang betul, pada pendapat... 506 00:34:17,431 --> 00:34:19,266 Kami tak meminta pendapat kamu. 507 00:34:19,433 --> 00:34:22,018 Ampunkan patik. Jahat cat ni, jahat berus ni. 508 00:34:22,186 --> 00:34:23,478 Tolong turunkan saya, Samson. 509 00:34:24,146 --> 00:34:25,690 Kusyen pun tiada. 510 00:34:25,857 --> 00:34:27,567 Baik, turun, turun. Jangan terlalu... 511 00:34:27,733 --> 00:34:29,402 Saya berada di atas lantai. 512 00:34:29,569 --> 00:34:32,947 Saya benar-benar terbaring di atas lantai. Maaf. 513 00:34:33,489 --> 00:34:35,366 Sebenarnya Tuanku nampak tampan dari sudut ini. 514 00:34:35,533 --> 00:34:37,784 Lubang hidung yang cantik. Ada berus yang lebih panjang? 515 00:34:51,382 --> 00:34:53,217 Kamu tak nampak ceria, cik. 516 00:34:53,717 --> 00:34:55,178 Langsung tidak. 517 00:34:55,887 --> 00:34:58,514 Kenapa masih tinggal di situ sedangkan kamu dilayan sebegitu? 518 00:34:59,432 --> 00:35:02,101 Kerana saya telah berjanji kepada ibu bapa saya 519 00:35:02,268 --> 00:35:04,645 untuk terus menjaga rumah tempat kami begitu bahagia dahulu. 520 00:35:04,812 --> 00:35:06,731 Mereka amat menyayangi rumah kami, 521 00:35:08,065 --> 00:35:10,568 dan setelah pemergian mereka, saya menyayanginya untuk mereka. 522 00:35:11,110 --> 00:35:12,445 Ia rumah saya. 523 00:35:12,612 --> 00:35:15,198 Perhatian! Perhatian! 524 00:35:16,449 --> 00:35:17,575 Diam! 525 00:35:18,034 --> 00:35:19,035 "Bahawasanya 526 00:35:19,368 --> 00:35:22,079 "pada hari ini, dua minggu dari sekarang, 527 00:35:22,246 --> 00:35:25,041 "akan berlangsungnya di istana 528 00:35:25,208 --> 00:35:27,543 "sebuah Majlis Tari-menari Diraja. 529 00:35:27,710 --> 00:35:30,588 "Di majlis tersebut, 530 00:35:30,755 --> 00:35:33,758 "sejajar dengan adat-istiadat lama, 531 00:35:33,925 --> 00:35:37,887 "putera raja akan memilih calon isteri baginda. 532 00:35:38,429 --> 00:35:39,889 "Di samping itu, 533 00:35:40,056 --> 00:35:41,891 "atas titah putera raja, 534 00:35:42,058 --> 00:35:46,312 "maka diisytiharkan di sini bahawa semua gadis di negeri ini, 535 00:35:46,479 --> 00:35:49,440 "baik golongan bangsawan mahupun rakyat marhaen, 536 00:35:50,775 --> 00:35:54,570 "dijemput hadir. 537 00:35:54,737 --> 00:36:00,284 "Demikianlah titah raja kita yang teramat mulia." 538 00:36:01,827 --> 00:36:02,828 Maaf, puan. 539 00:36:03,329 --> 00:36:07,917 Ella amat teruja untuk berjumpa Kit, si pelatih itu. 540 00:36:08,751 --> 00:36:13,172 Kakak-kakak tirinya pun agak berminat untuk berjumpa putera raja. 541 00:36:14,340 --> 00:36:16,843 Saya akan memperdayakan dia supaya mencintai saya. Tengoklah! 542 00:36:17,009 --> 00:36:19,428 Inilah berita paling menggemparkan! 543 00:36:19,929 --> 00:36:22,098 Bertenang. 544 00:36:22,265 --> 00:36:23,599 Sekarang dengar cakap Mak. 545 00:36:23,766 --> 00:36:25,601 Seorang daripada kamu mesti menawan hati putera itu. 546 00:36:25,768 --> 00:36:28,271 Jika berjaya, langsailah semua hutang yang membelenggu kita 547 00:36:28,437 --> 00:36:29,939 sejak kita datang ke tempat terceruk ini! 548 00:36:30,273 --> 00:36:32,275 Saya, seorang puteri? 549 00:36:32,441 --> 00:36:33,442 Atau saya, 550 00:36:33,609 --> 00:36:34,944 seorang puteri? 551 00:36:36,654 --> 00:36:37,989 Setelah menyampaikan berita ini, 552 00:36:38,155 --> 00:36:39,949 kenapa kamu masih berada di sini? 553 00:36:40,116 --> 00:36:41,617 Kamu harus segera kembali ke pekan 554 00:36:41,784 --> 00:36:44,954 dan meminta tukang jahit menyiapkan tiga pasang gaun tarian yang cantik. 555 00:36:45,580 --> 00:36:46,664 Tiga pasang? 556 00:36:47,748 --> 00:36:49,500 Puan sungguh bertimbang rasa. 557 00:36:50,126 --> 00:36:51,294 Apa maksud kamu? 558 00:36:51,460 --> 00:36:52,962 Kerana teringatkan saya. 559 00:36:53,129 --> 00:36:54,255 Teringatkan kamu? 560 00:36:54,463 --> 00:36:56,507 Mak, dia ingat gaun yang lagi sepasang itu untuknya. 561 00:36:56,674 --> 00:36:59,427 Kesian si Cinder yang lembab. Malunya. 562 00:36:59,802 --> 00:37:01,804 Kamu terlalu kuat berangan-angan. 563 00:37:01,971 --> 00:37:04,640 Bukan. Saya cuma nak berjumpa dengan kawan saya. 564 00:37:05,308 --> 00:37:07,143 Biar saya jelaskan betul-betul. 565 00:37:07,810 --> 00:37:09,979 Sepasang gaun untuk Anastasia, 566 00:37:10,146 --> 00:37:11,480 sepasang untuk Drisella, 567 00:37:11,647 --> 00:37:13,649 dan sepasang untuk saya! 568 00:37:15,526 --> 00:37:17,320 Dia tak faham apa maksudnya. 569 00:37:24,368 --> 00:37:25,661 Bagus. Baiklah. 570 00:37:25,828 --> 00:37:26,954 Segalanya dah jelas. 571 00:37:27,121 --> 00:37:28,164 Pergi sekarang! 572 00:37:28,331 --> 00:37:30,333 Semua gadis di negeri ini akan mengejar putera itu. 573 00:37:30,499 --> 00:37:34,295 Kamu harus tiba di sana dahulu sebelum tukang jahit itu dibebani kerja! 574 00:37:34,462 --> 00:37:35,630 Apa yang dia kata tadi, Drisella? 575 00:37:35,796 --> 00:37:37,840 Saya tahu berbahasa Perancis, bukan bahasa Itali! 576 00:37:55,525 --> 00:37:57,360 Tumpukan perhatian, Tuanku. Tuanku sedang bingung. 577 00:37:57,527 --> 00:37:58,694 Maaf. 578 00:37:58,861 --> 00:37:59,862 Tuanku berubah sejak pemburuan tu. 579 00:38:00,029 --> 00:38:02,865 Disebabkan gadis yang menawan itu. Beta tak boleh melupakannya. 580 00:38:03,032 --> 00:38:04,492 Tapi ada ramai lagi gadis lain. 581 00:38:04,659 --> 00:38:07,161 Tapi semangatnya, kebaikannya... 582 00:38:07,328 --> 00:38:08,704 Agaknya dia ada kakak tak? 583 00:38:08,871 --> 00:38:09,914 Entahlah. 584 00:38:10,081 --> 00:38:11,707 Beta tak tahu apa-apa tentangnya. 585 00:38:11,874 --> 00:38:15,211 Mungkin gadis misteri kita akan datang ke majlis tari-menari tu. 586 00:38:16,087 --> 00:38:18,214 Itu sebabnya Tuanku menjemput semua orang, bukan? 587 00:38:18,381 --> 00:38:19,215 Kapten. 588 00:38:19,382 --> 00:38:20,591 Ia demi kebaikan rakyat. 589 00:38:20,758 --> 00:38:21,592 Tentulah. 590 00:38:21,759 --> 00:38:22,760 Ceteknya pemikiran patik. 591 00:38:22,927 --> 00:38:24,387 Jika dia datang, bagaimana? 592 00:38:24,554 --> 00:38:26,097 Beritahulah dia bahawa Tuanku seorang putera. 593 00:38:26,264 --> 00:38:29,016 Seorang putera boleh memilih sesiapa saja sebagai isteri. 594 00:38:29,183 --> 00:38:30,059 -Hah! -Hah? 595 00:38:30,226 --> 00:38:31,102 Ya, "hah." 596 00:38:31,269 --> 00:38:34,272 Ayahanda beta dan Grand Duke hanya mahu beta mengahwini seorang puteri. 597 00:38:34,438 --> 00:38:38,067 Tapi jika gadis dari hutan ini sebaik yang Tuanku gambarkan, 598 00:38:38,234 --> 00:38:39,443 mungkin mereka akan berubah fikiran. 599 00:38:43,155 --> 00:38:45,241 Hari majlis tari-menari itu menjelang tiba, 600 00:38:45,408 --> 00:38:47,410 dan seluruh negeri 601 00:38:47,577 --> 00:38:49,996 tak sabar-sabar lagi menantikannya. 602 00:38:50,162 --> 00:38:51,414 Tuanku nak patik jadi permaisuri Tuanku? 603 00:38:51,747 --> 00:38:53,249 Siapa? Patik? 604 00:38:54,625 --> 00:38:55,459 Ketat lagi. 605 00:38:56,752 --> 00:38:57,753 Ketat lagi! 606 00:38:58,754 --> 00:38:59,463 Ketat lagi. 607 00:39:00,256 --> 00:39:01,507 Begitu! 608 00:39:01,841 --> 00:39:03,259 Cantik sekali, Adik. 609 00:39:03,467 --> 00:39:04,635 Kakak juga. 610 00:39:04,802 --> 00:39:06,637 Kita harus bersaing untuk menawan hati putera. 611 00:39:06,804 --> 00:39:09,098 Tapi tak bererti kita berniat jahat antara satu sama lain. 612 00:39:09,265 --> 00:39:10,808 Tentulah tidak, wahai kakak tersayang. 613 00:39:11,642 --> 00:39:15,146 Saya takkan terfikir untuk meracuni Kakak sebelum kita ke majlis itu. 614 00:39:15,313 --> 00:39:17,940 Kakak pun takkan menolak kamu keluar dari kereta kuda nanti. 615 00:39:18,107 --> 00:39:22,445 Saya pun takkan hentak kepala Kakak di tangga istana apabila tiba nanti. 616 00:39:22,612 --> 00:39:23,821 Lagipun, kita adik-beradik. 617 00:39:24,363 --> 00:39:26,991 Air yang dicincang tak akan putus. 618 00:39:27,158 --> 00:39:28,993 Biar si putera yang membuat keputusan. 619 00:39:29,160 --> 00:39:30,953 Bagaimana putera itu agaknya? 620 00:39:32,788 --> 00:39:34,373 Kenapa peduli tentang bagaimana orangnya? 621 00:39:34,540 --> 00:39:36,667 Dia kaya tak terhingga. 622 00:39:37,793 --> 00:39:40,505 Tak mahukah kamu mengenalinya sedikit sebelum mengahwininya? 623 00:39:40,671 --> 00:39:43,049 Memang tidak. Ia mungkin akan mengubah fikiran saya. 624 00:39:43,216 --> 00:39:46,010 Kamu pasti belum pernah bercakap dengan orang lelaki. 625 00:39:46,177 --> 00:39:48,137 Betul tak, si muka bulan? 626 00:39:48,638 --> 00:39:50,139 Pernah, sekali. 627 00:39:50,306 --> 00:39:51,724 Dengan seorang lelaki yang beradab. 628 00:39:52,350 --> 00:39:53,851 Seorang kuli, agaknya. 629 00:39:54,310 --> 00:39:55,478 Seorang pelatih. 630 00:39:55,645 --> 00:39:56,854 Dia seorang pelatih, ya. 631 00:39:57,021 --> 00:39:59,398 Lelaki semuanya bodoh, kata Mama. 632 00:39:59,565 --> 00:40:01,025 Lebih cepat kamu menyedarinya, lebih baik. 633 00:40:01,234 --> 00:40:03,402 Tarian pertama, cik puan? 634 00:40:03,861 --> 00:40:06,322 Putera Tampan, kamu sungguh nakal! 635 00:40:13,329 --> 00:40:14,914 -Saya nak cuba. -Tak boleh, Kakak nak pakai. 636 00:40:15,081 --> 00:40:16,082 -Jangan! -Jangan! 637 00:40:19,752 --> 00:40:21,087 Ini bukan kali pertama 638 00:40:21,254 --> 00:40:24,590 Ella sebenarnya berasa simpati terhadap dua beradik licik ini, 639 00:40:24,757 --> 00:40:29,011 yang berperwatakan buruk walaupun cantik pada luarannya. 640 00:40:30,137 --> 00:40:30,972 Puteraku! 641 00:40:31,138 --> 00:40:32,014 Dia akan mencintai saya! 642 00:40:32,181 --> 00:40:34,642 Tapi saya yang akan menjadi permaisurinya! 643 00:40:37,353 --> 00:40:40,314 Jika ibu tirinya enggan menempah gaun yang keempat, 644 00:40:40,481 --> 00:40:43,150 nampaknya bagi Ella, tiada sebab mengapa 645 00:40:43,317 --> 00:40:46,070 dia tidak boleh cuba menjahitnya sendiri. 646 00:40:48,072 --> 00:40:51,367 Lagipun, dia juga telah mendapat sedikit bantuan. 647 00:41:09,844 --> 00:41:12,263 Anak-anak gadis kesayangan Mak. 648 00:41:12,680 --> 00:41:14,765 Melihat kamu begini, 649 00:41:16,225 --> 00:41:20,354 Mak yakin salah seorang daripada kamu akan berjaya memikat hati putera. 650 00:41:20,521 --> 00:41:23,941 Siapa sangka Mak ada dua orang calon yang bertanding! 651 00:41:24,817 --> 00:41:29,280 Mak berani jamin tiada siapa di negeri ini dapat menandingi anak-anak Mak. 652 00:41:32,617 --> 00:41:33,868 Cinderella? 653 00:41:34,035 --> 00:41:35,536 Saya tak membelanjakan duit puan. 654 00:41:36,329 --> 00:41:38,539 Ia sebenarnya gaun lama ibu saya. 655 00:41:38,706 --> 00:41:39,999 Saya telah mengubahsuainya sendiri. 656 00:41:41,292 --> 00:41:42,585 Cinderella di majlis tari-menari! 657 00:41:42,752 --> 00:41:44,795 Tiada siapa yang mahukan orang gaji sebagai isteri. 658 00:41:44,962 --> 00:41:46,339 Setelah segala apa yang saya lakukan... 659 00:41:46,506 --> 00:41:47,673 Saya tak mahu merosakkan apa-apa. 660 00:41:47,840 --> 00:41:49,217 Malah saya tak mahu jumpa putera itu pun. 661 00:41:49,383 --> 00:41:52,345 Memang kamu takkan jumpa, kerana kamu tak boleh pergi. 662 00:41:52,512 --> 00:41:55,848 Tapi semua gadis di negeri ini dijemput hadir 663 00:41:56,015 --> 00:41:57,225 atas titah raja. 664 00:41:57,391 --> 00:41:59,977 Memang baginda rajalah yang sedang saya fikirkan. 665 00:42:00,478 --> 00:42:02,438 Akan menjadi satu penghinaan kepada kerabat diraja 666 00:42:02,605 --> 00:42:05,024 kerana membawa kamu ke istana memakai kain buruk ini. 667 00:42:06,150 --> 00:42:07,485 Kain buruk? 668 00:42:07,985 --> 00:42:09,362 Gaun ini milik ibu saya. 669 00:42:10,488 --> 00:42:13,658 Malangnya saya perlu katakan 670 00:42:13,950 --> 00:42:16,702 bahawa citarasa ibu kamu harus dipersoalkan. 671 00:42:16,911 --> 00:42:20,081 Benda ini begitu ketinggalan zaman 672 00:42:20,498 --> 00:42:22,875 sehingga dah hampir terkoyak rabak. 673 00:42:24,418 --> 00:42:25,461 Bahunya dah tertanggal. 674 00:42:26,462 --> 00:42:27,922 -Ia dah mula terlerai. -Ini juga! 675 00:42:28,256 --> 00:42:30,216 Ia benda bodoh yang ketinggalan zaman! 676 00:42:33,344 --> 00:42:34,887 Sampai hati kamu? 677 00:42:35,054 --> 00:42:36,180 Takkanlah saya tak sampai hati? 678 00:42:36,639 --> 00:42:40,560 Saya takkan membiarkan anak-anak saya dikaitkan dengan kamu. 679 00:42:40,726 --> 00:42:41,894 Punahlah harapan mereka 680 00:42:42,061 --> 00:42:44,605 jika dilihat tiba bersama orang gaji yang compang-camping. 681 00:42:45,064 --> 00:42:47,733 Sebab itulah diri kamu sebenarnya. 682 00:42:47,900 --> 00:42:50,027 Itulah diri kamu sampai bila-bila. 683 00:42:50,194 --> 00:42:52,029 Sekarang dengar sini! 684 00:42:52,196 --> 00:42:54,740 Kamu tak boleh pergi ke majlis tari-menari tu! 685 00:42:55,116 --> 00:42:56,659 Ayuh, jalan! 686 00:43:26,314 --> 00:43:28,107 Maafkan saya, Mak. 687 00:43:30,735 --> 00:43:32,236 Maafkan saya. 688 00:43:33,404 --> 00:43:35,948 Saya kata saya akan menabahkan diri, tapi tak mampu. 689 00:43:36,115 --> 00:43:37,825 Tidak lagi. 690 00:43:39,035 --> 00:43:40,786 Saya tak percaya lagi. 691 00:43:59,472 --> 00:44:00,556 Tumpang tanya. 692 00:44:02,058 --> 00:44:03,684 Boleh saya minta tolong, cik? 693 00:44:03,976 --> 00:44:08,272 Cuma sekeping roti, atau lebih elok lagi jika ada secawan susu? 694 00:44:08,564 --> 00:44:09,732 Ya. 695 00:44:10,691 --> 00:44:11,901 Ya, ya, ya. 696 00:44:12,068 --> 00:44:13,945 Rasanya saya boleh mendapatkan sesuatu untuk kamu. 697 00:44:22,370 --> 00:44:23,704 Kenapa kamu menangis? 698 00:44:23,996 --> 00:44:25,248 Tiada apa-apa. 699 00:44:28,876 --> 00:44:29,752 Tiada apa-apa? 700 00:44:30,837 --> 00:44:31,879 Tiada apa-apa. 701 00:44:32,046 --> 00:44:34,674 Apalah semangkuk susu? Tiada apa-apa. 702 00:44:35,758 --> 00:44:37,969 Tapi kebaikan hati menjadikannya cukup bermakna. 703 00:44:48,855 --> 00:44:52,817 Saya tak mahu menggesa kamu, tapi kamu tak banyak masa, Ella. 704 00:44:53,484 --> 00:44:54,944 Bagaimana kamu mengenali saya? 705 00:44:55,945 --> 00:44:56,946 Siapa kamu? 706 00:44:57,113 --> 00:44:58,322 Siapa saya? 707 00:44:58,573 --> 00:45:00,533 Saya ingat kamu dah boleh teka siapa saya. 708 00:45:02,618 --> 00:45:04,328 Saya ubi hari-hari kamu. 709 00:45:04,495 --> 00:45:06,247 Maksud saya, ibu pari-pari kamu. 710 00:45:07,915 --> 00:45:09,083 Tak mungkin. 711 00:45:09,709 --> 00:45:10,626 Kenapa pula? 712 00:45:10,877 --> 00:45:12,628 Mereka tak wujud. 713 00:45:13,462 --> 00:45:15,506 Mereka cuma rekaan untuk kanak-kanak. 714 00:45:15,673 --> 00:45:17,967 Bukankah ibu kamu sendiri percaya bahawa mereka wujud? 715 00:45:18,134 --> 00:45:19,302 Usah menafikannya, dia pernah cakap. 716 00:45:20,052 --> 00:45:21,053 Kamu pernah dengar kata-katanya? 717 00:45:21,470 --> 00:45:23,181 Alahai, alahai. 718 00:45:23,347 --> 00:45:25,641 Baiklah! Terlebih dahulu. 719 00:45:26,309 --> 00:45:28,811 Biar saya bertukar pakaian kepada yang lebih selesa. 720 00:45:46,245 --> 00:45:47,079 Lebih elok begitu. 721 00:45:48,831 --> 00:45:50,750 Baik, saya di takat mana tadi? 722 00:45:50,917 --> 00:45:51,918 Bagaimana kamu... 723 00:45:52,084 --> 00:45:52,835 Oh, ya. 724 00:45:53,169 --> 00:45:54,170 Mari kita tengok. 725 00:45:54,337 --> 00:45:58,090 Apa yang kita perlu ialah sesuatu yang nampak seperti kereta kuda. 726 00:46:00,593 --> 00:46:01,761 Palung itu? 727 00:46:02,345 --> 00:46:03,846 Ia tak menggambarkan "kereta kuda." 728 00:46:04,847 --> 00:46:07,183 Tak, tak, saya mencari buah-buahan dan sayur-sayuran. 729 00:46:07,350 --> 00:46:08,726 Kalian ada menanam tembikai? 730 00:46:09,227 --> 00:46:09,852 Tidak. 731 00:46:10,061 --> 00:46:10,853 Tembikai wangi? 732 00:46:11,020 --> 00:46:12,104 Saya tak tahu pun apa benda itu. 733 00:46:12,271 --> 00:46:13,356 Articok? 734 00:46:13,523 --> 00:46:14,690 Limau kumkuat? 735 00:46:14,899 --> 00:46:15,900 Tomato besar? 736 00:46:16,692 --> 00:46:18,611 Kami ada menanam labu. 737 00:46:21,697 --> 00:46:22,698 Labu? 738 00:46:22,865 --> 00:46:24,200 Ini kali pertama saya menggunakannya. 739 00:46:24,367 --> 00:46:25,535 Itu sentiasa menarik. 740 00:46:26,536 --> 00:46:27,912 Biasanya saya tak menggunakan labu. 741 00:46:28,079 --> 00:46:29,205 Ia terlalu lembik. 742 00:46:32,208 --> 00:46:33,543 Yang mana, ya. Yang itu patut memadai. 743 00:46:33,709 --> 00:46:35,044 Ya. Pisau? 744 00:46:36,295 --> 00:46:37,088 Itu dia. 745 00:46:37,255 --> 00:46:38,548 Terima kasih, sayang. 746 00:46:39,257 --> 00:46:41,968 Hello, wahai sayur yang berwarna oren ganjil. 747 00:46:42,134 --> 00:46:42,885 Cantas sikit. 748 00:46:43,803 --> 00:46:44,720 Cantik! 749 00:46:45,429 --> 00:46:46,264 Labu yang berat! 750 00:46:47,390 --> 00:46:48,432 Awas, tikus-tikus! 751 00:46:50,810 --> 00:46:51,811 Oh, tak apalah. 752 00:46:51,978 --> 00:46:53,062 Mari kita melakukannya di sini. 753 00:46:53,229 --> 00:46:54,397 Melakukan apa di sini? 754 00:46:54,564 --> 00:46:56,107 Menukarkan labu ini menjadi kereta kuda. 755 00:46:58,317 --> 00:46:59,402 Kamu membuat saya rasa gementar. 756 00:46:59,569 --> 00:47:01,362 -Patutkah saya menutup mata? -Lebih baik begitu. 757 00:47:03,698 --> 00:47:05,116 Tolonglah. Buat saja. 758 00:47:09,620 --> 00:47:11,372 Nampaknya sesuatu memang sedang berlaku. 759 00:47:11,581 --> 00:47:12,915 Rahsianya ialah... 760 00:47:13,583 --> 00:47:15,543 Saya dah lupa apa rahsianya. 761 00:47:17,920 --> 00:47:19,755 Saya cuma terfikir, jika ia... 762 00:47:19,922 --> 00:47:21,757 Jika ia menjadi semakin besar... 763 00:47:21,924 --> 00:47:22,758 Ya? 764 00:47:23,801 --> 00:47:24,719 Hati-hati. 765 00:47:28,931 --> 00:47:30,266 Adakah ini tujuan asal kamu? 766 00:47:30,433 --> 00:47:32,435 Kamu rasa inikah tujuan asal saya? 767 00:47:32,602 --> 00:47:33,436 Lari! 768 00:47:40,735 --> 00:47:41,903 Berlindung! 769 00:48:01,631 --> 00:48:02,465 Itu dia! 770 00:48:02,632 --> 00:48:04,467 Sebuah kereta kuda. 771 00:48:05,009 --> 00:48:07,803 Memang benar kamu ibu pari-pari saya. 772 00:48:07,970 --> 00:48:08,846 Tentulah. 773 00:48:09,013 --> 00:48:11,349 Saya bukannya akan menukar labu untuk sesiapa saja. 774 00:48:12,308 --> 00:48:14,185 Sekarang, di mana tikus-tikus tu? 775 00:48:14,352 --> 00:48:15,144 Tikus? 776 00:48:15,311 --> 00:48:16,103 Ya. 777 00:48:16,270 --> 00:48:17,647 Tikus, tikus, tikus. 778 00:48:17,813 --> 00:48:18,648 Itu pun mereka. 779 00:48:18,814 --> 00:48:20,525 Bibbidi-bobbidi-boo! 780 00:48:31,869 --> 00:48:33,663 Empat ekor kuda putih yang gagah. 781 00:48:33,829 --> 00:48:35,998 Gus-Gus, betapa segaknya rupa kamu! 782 00:48:36,165 --> 00:48:37,834 Tapi bagaimana kamu...? 783 00:48:38,000 --> 00:48:39,168 Apa kita nak buat sekarang? 784 00:48:39,335 --> 00:48:42,839 Kereta kuda, kudanya dah ada... Pengiring! 785 00:48:43,965 --> 00:48:44,674 Pengiring? 786 00:48:45,716 --> 00:48:48,302 Hello, Encik Cicak yang baik. 787 00:48:48,469 --> 00:48:49,846 Bibbidi-bobbidi-boo! 788 00:48:53,057 --> 00:48:54,392 Hello! 789 00:48:59,522 --> 00:49:00,982 Cik puan memanggil saya? 790 00:49:03,734 --> 00:49:05,236 Sekarang, saya memerlukan pemandu pula. 791 00:49:05,486 --> 00:49:06,487 Pemandu? 792 00:49:06,654 --> 00:49:08,531 Adakah saya kata "pemandu"? Saya maksudkan "angsa". 793 00:49:15,580 --> 00:49:17,582 Saya tak tahu memandu. Saya seekor angsa. 794 00:49:19,584 --> 00:49:21,043 Sekarang, syuh! 795 00:49:21,419 --> 00:49:24,088 Semua ambil tempat, jangan buang masa! 796 00:49:24,672 --> 00:49:26,215 Ayuh! 797 00:49:28,426 --> 00:49:29,510 Ibu Pari-pari! 798 00:49:30,261 --> 00:49:31,554 Ya, apa? 799 00:49:32,388 --> 00:49:33,598 Gaun saya. 800 00:49:34,056 --> 00:49:35,433 Saya tak boleh pergi berpakaian sebegini. 801 00:49:35,600 --> 00:49:37,185 -Boleh kamu membaikinya? -Membaikinya? 802 00:49:37,351 --> 00:49:38,895 Tidak, saya akan tukarkan menjadi yang baru. 803 00:49:39,061 --> 00:49:40,855 Oh, tidak, tolong jangan. 804 00:49:41,022 --> 00:49:42,940 Ia milik ibu saya. 805 00:49:44,192 --> 00:49:46,527 Saya ingin memakainya apabila pergi ke istana. 806 00:49:48,404 --> 00:49:50,698 Seolah-olah saya membawanya bersama saya. 807 00:49:51,032 --> 00:49:52,366 Saya faham. 808 00:49:54,285 --> 00:49:57,246 Tapi dia tak kisah jika saya memperbaikinya sedikit? 809 00:49:57,455 --> 00:49:59,207 Tak kisah kalau ia biru yang cantik? 810 00:49:59,373 --> 00:50:00,583 Tidak. 811 00:50:42,458 --> 00:50:43,459 Itu dia. 812 00:50:43,751 --> 00:50:45,586 Cantiknya. 813 00:50:45,920 --> 00:50:47,338 Mak pasti menyukainya. 814 00:50:48,422 --> 00:50:50,591 Sekarang, ayuh. Pergi. Cepat! 815 00:50:50,758 --> 00:50:52,134 Kamu akan terlewat nanti! 816 00:50:53,970 --> 00:50:56,305 Saya baru saja belajar memandu! 817 00:50:56,472 --> 00:50:57,765 Aduhai. 818 00:50:58,975 --> 00:51:01,185 Hentikan kereta kuda tu! 819 00:51:07,984 --> 00:51:09,277 Terima kasih. 820 00:51:09,819 --> 00:51:10,987 Sebentar! 821 00:51:12,697 --> 00:51:14,198 Itukah kasut kamu yang paling elok? 822 00:51:14,824 --> 00:51:16,492 Tak apa. Tak siapa yang akan nampak. 823 00:51:16,659 --> 00:51:18,327 Tidak, ia merosakkan seluruh gaya kamu. Cepat. 824 00:51:18,661 --> 00:51:20,621 Tanggalkannya. Ia agak hodoh. 825 00:51:20,788 --> 00:51:23,165 Mari kita hasilkan sesuatu yang baru kali ini. 826 00:51:23,332 --> 00:51:24,166 Saya agak mahir dengan kasut. 827 00:51:34,635 --> 00:51:35,803 Tapi... 828 00:51:36,721 --> 00:51:38,848 Ia diperbuat daripada kaca? 829 00:51:39,015 --> 00:51:40,183 Ya. 830 00:51:40,683 --> 00:51:42,560 Kamu akan mendapati ia amat selesa. 831 00:51:43,019 --> 00:51:44,854 Ella, kamu mesti pergi sekarang. 832 00:51:45,688 --> 00:51:46,689 Ibu Pari-pari? 833 00:51:46,856 --> 00:51:48,149 Apa? 834 00:51:48,316 --> 00:51:49,567 Ibu tiri dan kakak-kakak tiri saya? 835 00:51:49,734 --> 00:51:50,693 Jangan risau. 836 00:51:50,860 --> 00:51:53,571 Saya akan memastikan mereka takkan cam kamu. 837 00:51:54,655 --> 00:51:55,698 Sekarang, pergilah. 838 00:51:56,199 --> 00:51:58,367 Kerana kamu akan menghadiri majlis itu. 839 00:52:10,213 --> 00:52:10,880 Ella! 840 00:52:11,047 --> 00:52:12,048 Saya hampir terlupa. 841 00:52:12,215 --> 00:52:15,551 Ingat, jampi ini hanya akan bertahan untuk seketika. 842 00:52:15,718 --> 00:52:19,764 Setelah loceng terakhir berbunyi, pada detik terakhir tengah malam, 843 00:52:19,931 --> 00:52:22,016 jampi itu akan berakhir, 844 00:52:22,183 --> 00:52:24,560 dan segalanya akan kembali seperti yang asal. 845 00:52:25,228 --> 00:52:26,229 Tengah malam? 846 00:52:26,395 --> 00:52:27,563 Tengah malam. 847 00:52:27,730 --> 00:52:29,565 Masa itu sudah lebih daripada mencukupi. 848 00:52:30,441 --> 00:52:32,109 -Pergilah. -Terima kasih. 849 00:52:32,276 --> 00:52:33,194 Terima kasih. 850 00:52:34,237 --> 00:52:36,364 Goosey, jalan! 851 00:52:38,950 --> 00:52:40,076 Selamat tinggal! 852 00:53:49,478 --> 00:53:53,149 Puteri Mei Mei dari Fujian. 853 00:53:55,151 --> 00:53:59,197 Puteri Shahrzad dari dinasti Seljuqs. 854 00:54:01,949 --> 00:54:05,995 Puteri Chelina dari Zaragosa! 855 00:54:06,162 --> 00:54:09,624 Puteri Imani dari Shona! 856 00:54:12,793 --> 00:54:16,964 Puteri Hiina dari Takhta Chrysanthemum! 857 00:54:21,344 --> 00:54:24,180 Cik Puan Tremaine dan anak-anak gadisnya. 858 00:54:26,641 --> 00:54:30,186 Cik Puan Tremaine dan anak-anak gadisnya. 859 00:54:30,353 --> 00:54:31,187 Saya Drisella. 860 00:54:31,354 --> 00:54:32,355 Saya pula Anastasia. 861 00:54:32,522 --> 00:54:33,689 -Orang nak tahu. -Saya yang bijak. 862 00:54:33,856 --> 00:54:35,316 Saya sangat cantik. 863 00:54:35,525 --> 00:54:38,653 Cik Drisella yang bijaksana, 864 00:54:38,819 --> 00:54:42,198 dan Anastasia yang sangat cantik. 865 00:54:42,698 --> 00:54:44,534 Marilah cepat! 866 00:54:49,872 --> 00:54:51,624 Lord Veneering. 867 00:54:52,708 --> 00:54:54,669 Anakanda mencari siapa? 868 00:54:56,254 --> 00:54:57,421 Tiada sesiapa. 869 00:54:58,339 --> 00:55:00,716 Gadis dari hutan itu, bukan? 870 00:55:01,259 --> 00:55:03,719 Sebab itu Anakanda tidak lokek dengan jemputan majlis ini. 871 00:55:03,886 --> 00:55:05,221 Ayahanda, ini untuk rakyat jelata. 872 00:55:05,388 --> 00:55:07,974 Ayahanda tahu Anakanda menyayangi rakyat. 873 00:55:09,100 --> 00:55:11,811 Tapi Ayahanda juga tahu, hati Anakanda telah ditambat. 874 00:55:12,562 --> 00:55:16,065 Tapi Anakanda baru bertemu dengannya sekali, dalam hutan. 875 00:55:16,232 --> 00:55:19,110 Ayahanda nak saya mengahwini orang yang saya baru temui malam ni. 876 00:55:19,277 --> 00:55:20,736 Seorang puteri. 877 00:55:20,903 --> 00:55:23,281 Seorang puteri atau tak boleh kahwin langsung. 878 00:55:28,911 --> 00:55:30,663 Tahan pintu tu! Seorang lagi baru tiba. 879 00:55:42,675 --> 00:55:48,055 Mempersembahkan Yang Teramat Mulia Puteri Chelina dari Zaragosa. 880 00:55:52,852 --> 00:55:54,812 Kamu tampan seperti dalam gambar kamu. 881 00:55:55,479 --> 00:55:58,065 Negeri kecil kamu juga amat menawan. 882 00:55:59,233 --> 00:56:03,404 Diharap tuan puteri tak merasakan "negeri kecil" kami terlalu sempit. 883 00:56:08,868 --> 00:56:10,369 Cik Ella. 884 00:56:10,953 --> 00:56:12,455 Terima kasih. 885 00:56:25,092 --> 00:56:26,802 Saya takut, En. Cicak. 886 00:56:29,013 --> 00:56:32,183 Saya hanyalah gadis biasa, bukan seorang puteri. 887 00:56:32,600 --> 00:56:35,603 Saya pula hanyalah seekor cicak, bukan seorang pengiring. 888 00:56:36,854 --> 00:56:38,648 Nikmatilah saat ini, selagi masih ada. 889 00:57:02,713 --> 00:57:05,049 Duli-duli Yang Teramat Mulia, 890 00:57:05,842 --> 00:57:08,511 para Lord, tuan-tuan dan puan-puan, 891 00:57:09,178 --> 00:57:13,432 para hadirin yang dihormati dan rakyat sekalian, 892 00:57:13,683 --> 00:57:18,229 putera kita akan memilih pasangan baginda untuk tarian pertama. 893 00:57:18,521 --> 00:57:22,108 Maka bermulalah majlis tari-menari ini! 894 00:57:53,598 --> 00:57:55,725 Minta diri dahulu. 895 00:57:56,267 --> 00:57:58,477 Beribu-ribu ampun, Tuanku. 896 00:57:58,644 --> 00:58:00,229 Patik tak tahu apa telah berlaku. 897 00:59:05,169 --> 00:59:06,671 En. Kit. 898 00:59:09,173 --> 00:59:10,633 Ini benar-benar kamu, 899 00:59:12,134 --> 00:59:12,969 bukan? 900 00:59:13,511 --> 00:59:15,471 Betul. 901 00:59:17,306 --> 00:59:19,183 Tuanku... 902 00:59:21,477 --> 00:59:22,562 Jika boleh, 903 00:59:22,728 --> 00:59:24,146 yakni, 904 00:59:26,524 --> 00:59:29,235 sukacita sekiranya 905 00:59:29,402 --> 00:59:32,989 Tuanku dapat memberi penghormatan kepada beta memimpin Tuanku untuk 906 00:59:33,155 --> 00:59:34,365 memulakan... 907 00:59:38,077 --> 00:59:39,495 Tarian? 908 00:59:39,996 --> 00:59:41,706 Ya, tarian. 909 00:59:42,498 --> 00:59:43,749 Betul tu. 910 01:00:05,688 --> 01:00:07,523 Mereka semua memandang kamu. 911 01:00:07,690 --> 01:00:11,861 Percayalah, mereka semua memandang kamu. 912 01:01:20,972 --> 01:01:22,765 Siapakah dia? 913 01:01:22,932 --> 01:01:24,433 Patik langsung tak tahu. 914 01:02:27,496 --> 01:02:28,664 Siapa tu, Mama? 915 01:02:28,831 --> 01:02:31,334 Mak tak berapa pasti, tapi ini bukan petanda baik. 916 01:02:31,501 --> 01:02:32,668 Cantik sungguh gaunnya. 917 01:02:32,835 --> 01:02:34,587 -Betapa cantiknya dia. -Tumpukan perhatian! 918 01:02:34,754 --> 01:02:37,381 Kamu mesti pikat hati putera tu, bodoh! Sekarang, keluar ke sana! 919 01:02:37,548 --> 01:02:39,008 Tapi tiada sesiapa mengajak kami menari. 920 01:02:39,175 --> 01:02:43,346 Tuan-tuan, memperkenalkan anak-anak saya, Anastasia, Drisella. 921 01:02:43,513 --> 01:02:45,556 Pergi! 922 01:02:58,319 --> 01:02:59,779 Senyum. 923 01:03:06,035 --> 01:03:08,329 Ikut saya. 924 01:03:08,496 --> 01:03:10,665 Pergi ke sana. Senyum. 925 01:03:15,711 --> 01:03:17,380 Rupa-rupanya, kamu putera raja itu! 926 01:03:18,965 --> 01:03:21,592 Bukan satu-satunya putera raja. 927 01:03:21,759 --> 01:03:22,969 Ada ramai putera di seluruh dunia. 928 01:03:23,135 --> 01:03:24,178 Saya cuma salah seorang daripadanya. 929 01:03:25,096 --> 01:03:27,181 Tapi Kit bukan nama sebenar kamu. 930 01:03:27,348 --> 01:03:29,392 Bapa saya masih memanggil saya dengan nama itu 931 01:03:29,559 --> 01:03:31,978 terutamanya jika dia tak marah dengan saya. 932 01:03:32,144 --> 01:03:34,397 Tapi kamu bukan seorang pelatih. 933 01:03:34,564 --> 01:03:35,982 Saya seorang pelatih. Raja pelatih. 934 01:03:36,148 --> 01:03:37,650 Saya masih mempelajari bidang saya. 935 01:03:38,651 --> 01:03:39,777 Ya, Tuhan! 936 01:03:39,944 --> 01:03:41,571 Tolong maafkan saya. 937 01:03:41,737 --> 01:03:43,698 Saya takut cara kamu melayan saya berubah jika tahu. 938 01:03:43,865 --> 01:03:46,075 Saya ingat kamu seorang gadis desa yang baik dan jujur, 939 01:03:46,242 --> 01:03:49,453 rupa-rupanya kamu tak ingin terlalu mengagumkan seorang askar biasa. 940 01:03:49,620 --> 01:03:51,247 Itu takkan berlaku. 941 01:03:51,414 --> 01:03:53,040 Tiada kejutan lagi? 942 01:03:55,209 --> 01:03:56,711 Tiada kejutan lagi. 943 01:03:58,754 --> 01:04:00,089 Kamukah itu? 944 01:04:00,256 --> 01:04:02,550 Saya benci melihat diri saya dalam lukisan. Betul tak? 945 01:04:03,301 --> 01:04:05,052 Tiada siapa pernah melukis potret saya. 946 01:04:05,219 --> 01:04:07,763 Yakah? Mereka patut melukisnya. 947 01:04:11,017 --> 01:04:11,976 Siapakah dia? 948 01:04:12,143 --> 01:04:13,269 Dia tak beritahu namanya, Yang Mulia. 949 01:04:13,436 --> 01:04:14,437 Kamu tak tanya? 950 01:04:14,604 --> 01:04:15,688 Saya dah semput, Yang Mulia, 951 01:04:15,855 --> 01:04:18,566 memperkenalkan Puteri Blodwyn dari Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyr... 952 01:04:18,733 --> 01:04:19,859 Diam, boleh tak? 953 01:04:20,026 --> 01:04:20,943 "Diam". Baiklah. 954 01:04:25,239 --> 01:04:27,200 Tak sangka sungguh! 955 01:04:29,160 --> 01:04:30,786 Bukan! Bukan dia! 956 01:04:35,583 --> 01:04:37,543 Mereka takkan bertanya tentang kamu di majlis tu? 957 01:04:38,794 --> 01:04:40,004 Mungkin. 958 01:04:40,463 --> 01:04:42,340 Tapi usahlah kita balik dahulu. 959 01:04:46,093 --> 01:04:47,470 Kenapa? 960 01:04:49,305 --> 01:04:53,309 Setelah kembali, saya akan dipadankan dengan gadis pilihan mereka. 961 01:04:53,476 --> 01:04:56,020 Mereka mahu saya berkahwin demi kepentingan. 962 01:04:56,687 --> 01:04:57,897 Kepentingan siapa? 963 01:04:58,064 --> 01:05:00,024 Itu satu soalan yang bagus. 964 01:05:01,442 --> 01:05:04,529 Kamu pasti mempunyai hak untuk mengikut gerak hati sendiri. 965 01:05:04,820 --> 01:05:07,281 Saya juga harus mengambil kira kehendak raja. 966 01:05:07,448 --> 01:05:11,285 Baginda seorang pemerintah yang bijaksana dan bapa yang penyayang. 967 01:05:11,911 --> 01:05:14,872 Mungkin baginda akan berubah fikiran. 968 01:05:19,710 --> 01:05:22,213 Malangnya baginda tak mempunyai banyak masa lagi. 969 01:05:23,840 --> 01:05:25,550 Kasihannya Kit. 970 01:05:27,593 --> 01:05:30,012 Kata orang, dia seorang puteri. 971 01:05:30,179 --> 01:05:32,473 Putera kita nampak amat tertarik kepadanya. 972 01:05:32,640 --> 01:05:34,392 Dia terus pergi mendekati putera raja. 973 01:05:34,851 --> 01:05:36,894 Tuan harus mengakui kecekapannya. 974 01:05:37,061 --> 01:05:40,940 Tapi, jika benarlah dia seorang puteri, ini mungkin perkara yang baik. 975 01:05:42,441 --> 01:05:46,696 Saya sudah menjanjikan baginda kepada Puteri Chelina. 976 01:05:47,405 --> 01:05:48,531 Tapi... 977 01:05:51,117 --> 01:05:52,827 Maafkan saya, Yang Mulia. 978 01:05:52,994 --> 01:05:55,288 Saya tak berniat untuk mengganggu. 979 01:05:55,872 --> 01:05:59,292 Tidak, saya yang harus meminta maaf kepada kamu, puan. 980 01:06:00,042 --> 01:06:02,170 Saya akan menyimpan rahsia kamu. 981 01:06:14,974 --> 01:06:17,143 Saya tak pernah menunjukkan tempat ini kepada sesiapa. 982 01:06:23,399 --> 01:06:25,234 Sebuah taman rahsia. 983 01:06:28,696 --> 01:06:30,156 Saya amat menyukainya! 984 01:06:37,705 --> 01:06:38,706 Silakan. 985 01:06:39,415 --> 01:06:41,042 Tidak, saya tak patut. 986 01:06:41,375 --> 01:06:42,126 Kamu patut. 987 01:06:42,293 --> 01:06:43,294 -Saya tak patut. -Kamu patut. 988 01:06:43,461 --> 01:06:44,629 -Saya tak patut. -Kamu patut. 989 01:06:44,795 --> 01:06:46,005 Baiklah. 990 01:06:55,598 --> 01:06:56,724 Izinkan saya? 991 01:06:56,891 --> 01:06:58,142 Silakan. 992 01:07:25,628 --> 01:07:27,046 Ia diperbuat daripada kaca. 993 01:07:27,755 --> 01:07:29,257 Apa salahnya? 994 01:07:29,799 --> 01:07:30,800 Izinkan saya. 995 01:07:31,008 --> 01:07:32,802 Terima kasih. 996 01:07:44,355 --> 01:07:45,273 Itu dia. 997 01:07:45,940 --> 01:07:47,066 Itu dia. 998 01:07:51,821 --> 01:07:54,448 Boleh tolong beritahu siapa diri kamu sebenarnya? 999 01:07:54,782 --> 01:07:57,869 Jika saya beritahu, rasanya segalanya akan berubah. 1000 01:07:58,119 --> 01:08:01,122 Saya tak faham. Sekurang-kurangnya beritahulah nama kamu? 1001 01:08:02,081 --> 01:08:03,541 Nama saya... 1002 01:08:08,838 --> 01:08:10,423 Saya harus pergi. 1003 01:08:10,798 --> 01:08:12,383 Sukar untuk saya menjelaskannya. 1004 01:08:12,884 --> 01:08:16,137 Perihal cicak dan labu, dan sebagainya. 1005 01:08:19,098 --> 01:08:20,308 Nanti! 1006 01:08:22,185 --> 01:08:23,269 Kamu nak ke mana? 1007 01:08:23,769 --> 01:08:25,645 Kamu sungguh baik. 1008 01:08:25,813 --> 01:08:27,899 Terima kasih kerana malam yang indah ini. Saya menyukainya. 1009 01:08:28,107 --> 01:08:29,108 Setiap detik! 1010 01:08:38,326 --> 01:08:40,995 "Cicak dan labu." 1011 01:09:00,515 --> 01:09:01,765 Tumpang lalu. 1012 01:09:01,933 --> 01:09:03,935 Maaf! Maafkan saya. 1013 01:09:04,560 --> 01:09:05,478 Alamak! 1014 01:09:07,939 --> 01:09:09,607 Puteraku! 1015 01:09:10,858 --> 01:09:11,859 Kamu dah tersalah orang! 1016 01:09:12,359 --> 01:09:13,319 Kamu dah tersalah orang! 1017 01:09:14,946 --> 01:09:15,696 Dia nak tahu namanya! 1018 01:09:15,863 --> 01:09:16,781 Saya tahu dia nak tahu namanya. 1019 01:09:16,948 --> 01:09:18,908 Nama dia, bodoh. Dapatkan namanya! 1020 01:09:19,158 --> 01:09:20,701 Sakit sungguh! 1021 01:09:21,911 --> 01:09:22,787 Tuanku. 1022 01:09:22,953 --> 01:09:23,871 Cik puan. 1023 01:09:24,037 --> 01:09:25,081 Ampunkan patik. 1024 01:09:25,247 --> 01:09:27,457 Tak apa, nak. 1025 01:09:29,210 --> 01:09:30,837 Tuanku, patik ingin memberitahu, 1026 01:09:31,002 --> 01:09:33,506 anakanda Tuanku ialah orang paling budiman pernah patik temui. 1027 01:09:33,673 --> 01:09:35,424 Baginda begitu baik dan berani. 1028 01:09:35,925 --> 01:09:38,344 Patik harap Tuanku tahu betapa baginda menyayangi Tuanku. 1029 01:09:39,386 --> 01:09:40,888 Patik minta diri dahulu! 1030 01:10:00,116 --> 01:10:01,617 Nanti! 1031 01:10:06,372 --> 01:10:07,957 Nanti! 1032 01:10:08,457 --> 01:10:09,292 Kamu nak ke mana? 1033 01:10:09,959 --> 01:10:10,877 Cepat, cepat! 1034 01:10:13,421 --> 01:10:15,131 Kembalilah ke sini! 1035 01:10:17,466 --> 01:10:18,259 Cepat! 1036 01:10:21,971 --> 01:10:22,889 Tolong cepat, En. Angsa! 1037 01:10:24,765 --> 01:10:26,100 Nanti! 1038 01:10:29,729 --> 01:10:31,814 Hati-hati! 1039 01:10:37,570 --> 01:10:38,571 Kapten, bawakan kuda beta. 1040 01:10:38,738 --> 01:10:39,739 Jangan! 1041 01:10:39,906 --> 01:10:42,783 Ini mungkin helah untuk mengumpan Tuanku supaya keluar dari istana. 1042 01:10:42,950 --> 01:10:44,911 Ayahanda Tuanku memerlukan Tuanku di sini. 1043 01:10:45,953 --> 01:10:47,163 Kapten! 1044 01:10:47,330 --> 01:10:48,664 Patik sedang sibuk berseronok tadi. 1045 01:10:48,831 --> 01:10:51,167 Tuanku nak juga memilih gadis yang itu, ya? 1046 01:10:53,002 --> 01:10:54,795 Ya, betul. 1047 01:11:20,821 --> 01:11:22,031 Cepat, En. Angsa! 1048 01:11:22,198 --> 01:11:23,449 Cepat! 1049 01:11:27,203 --> 01:11:28,829 Hati-hati, En. Angsa! 1050 01:11:33,376 --> 01:11:34,377 Alamak! 1051 01:11:43,845 --> 01:11:45,221 Kamu di sana! 1052 01:11:45,388 --> 01:11:46,848 Berhenti atas perintah raja! 1053 01:11:47,723 --> 01:11:49,225 Ini masa yang tak sesuai langsung. 1054 01:11:53,479 --> 01:11:54,355 Berhenti! 1055 01:11:54,522 --> 01:11:55,189 Saya tahu apa perlu dibuat! 1056 01:11:56,232 --> 01:11:56,983 Ya! 1057 01:11:57,149 --> 01:11:58,067 Oh, ya! 1058 01:11:59,569 --> 01:12:00,736 Buka pintu ini! 1059 01:12:05,908 --> 01:12:07,034 Alamak! 1060 01:12:17,753 --> 01:12:19,005 Tidak, tidak, tidak. 1061 01:13:32,703 --> 01:13:34,247 Maafkan saya. 1062 01:13:35,164 --> 01:13:38,000 Kamu akan mendapatinya amat selesa. 1063 01:14:03,401 --> 01:14:05,194 Tolonglah diam! 1064 01:14:07,446 --> 01:14:08,614 Cinderella! 1065 01:14:08,823 --> 01:14:11,701 Cinderella! Kita perlu kejutkan dia. 1066 01:14:12,702 --> 01:14:14,036 Cinderella! 1067 01:14:14,203 --> 01:14:15,913 Bangunlah, pemalas! 1068 01:14:16,080 --> 01:14:17,999 Bawakan teh dan sepinggan biskut. 1069 01:14:18,165 --> 01:14:19,375 Selamat pulang! 1070 01:14:19,542 --> 01:14:21,419 -Kamu nampak ceria! -Dan basah! 1071 01:14:22,170 --> 01:14:24,255 Saya berjalan dalam hujan untuk menceriakan diri. 1072 01:14:24,422 --> 01:14:25,339 Biasalah tu. 1073 01:14:25,506 --> 01:14:26,424 Teh. 1074 01:14:27,049 --> 01:14:28,926 Kami bukan sekadar berhubung melalui kata-kata. 1075 01:14:29,093 --> 01:14:30,178 Jiwa kami telah bertemu. 1076 01:14:30,344 --> 01:14:32,889 Tepat sekali. Jiwa saya dengan jiwa putera itu. 1077 01:14:33,055 --> 01:14:34,515 Jiwa kamu tertumpu kepada meja jamuan. 1078 01:14:34,682 --> 01:14:36,350 Kakak tak nampak baginda menari bersama saya. 1079 01:14:36,517 --> 01:14:37,518 Menari bersama kamu? 1080 01:14:37,685 --> 01:14:39,770 Baginda langsung tak bercakap dengan kamu. 1081 01:14:39,937 --> 01:14:42,231 Itu bukan salah kami, Mak. Itu salah gadis itu. 1082 01:14:42,398 --> 01:14:43,900 Puteri misteri itu. 1083 01:14:44,066 --> 01:14:45,735 Puteri misteri? 1084 01:14:46,110 --> 01:14:47,862 Menariknya cerita itu. 1085 01:14:48,029 --> 01:14:49,530 Dia bukan seorang puteri. 1086 01:14:49,697 --> 01:14:52,742 Dia tetamu tak diundang yang sombong yang telah memalukan diri sendiri. 1087 01:14:52,909 --> 01:14:54,118 Oh? 1088 01:14:54,285 --> 01:14:56,245 Seorang perempuan biadap telah menceroboh majlis tu, 1089 01:14:56,704 --> 01:14:58,706 tanpa ditemani pula tu, 1090 01:14:58,915 --> 01:15:01,125 lalu menyorong-nyorongkan dirinya pada putera itu. 1091 01:15:01,459 --> 01:15:03,586 Baginda tergamak pula menari dengan gadis hodoh itu. 1092 01:15:03,753 --> 01:15:04,754 -Ya? -Ya. 1093 01:15:04,921 --> 01:15:05,922 Ia disebabkan rasa simpati. 1094 01:15:06,088 --> 01:15:08,799 Baginda terlalu sopan untuk menghalaunya di depan semua orang. 1095 01:15:09,091 --> 01:15:12,803 Tapi untuk tidak terus mendedahkan kami kepada gadis tak senonoh itu, 1096 01:15:12,970 --> 01:15:14,639 -baginda mengasingkannya. -Dan memarahinya. 1097 01:15:14,805 --> 01:15:16,057 Tapi dia enggan pergi, 1098 01:15:16,224 --> 01:15:19,143 lalu pengawal istana menghalaunya daripada parti itu! 1099 01:15:19,769 --> 01:15:21,896 Kasihan putera itu. Citarasa baginda amat teruk. 1100 01:15:22,063 --> 01:15:23,606 Mereka amat secocok. 1101 01:15:23,773 --> 01:15:25,107 Itu tak penting, anak-anak. 1102 01:15:25,274 --> 01:15:27,610 Majlis itu hanyalah untuk mengalihkan perhatian. 1103 01:15:27,777 --> 01:15:29,445 Putera tu tak dibenarkan berkahwin kerana cinta. 1104 01:15:30,279 --> 01:15:33,616 Baginda sudah dijanjikan kepada Puteri Chelina dari Zaragosa. 1105 01:15:34,408 --> 01:15:36,327 Grand Duke sendiri telah memberitahu Mak. 1106 01:15:36,494 --> 01:15:38,454 Tak adilnya. 1107 01:15:38,955 --> 01:15:40,456 Ya. 1108 01:15:40,915 --> 01:15:43,292 Itulah lumrah dunia. 1109 01:15:47,839 --> 01:15:49,590 Hello sekali lagi. 1110 01:16:01,102 --> 01:16:02,812 Terima kasih atas bantuan kamu. 1111 01:16:03,479 --> 01:16:05,481 Ia memang bagaikan mimpi. 1112 01:16:05,940 --> 01:16:07,942 Lebih baik daripada mimpi. 1113 01:16:24,000 --> 01:16:27,336 Ella tak sabar-sabar untuk menulis tentang segala yang telah berlaku 1114 01:16:27,503 --> 01:16:30,715 agar dapat mengingati setiap saat dan setiap detik, 1115 01:16:31,674 --> 01:16:34,343 seolah-olah dia sedang bercerita kepada ibu bapanya 1116 01:16:34,510 --> 01:16:38,848 tentang majlis itu serta masa yang diluangkan bersama putera itu. 1117 01:16:43,186 --> 01:16:45,855 Terutamanya putera itu. 1118 01:17:09,378 --> 01:17:11,047 Oh, Anakanda dah datang. 1119 01:17:11,923 --> 01:17:12,798 Bagus. 1120 01:17:14,592 --> 01:17:16,093 Oh, Ayahanda. 1121 01:17:17,053 --> 01:17:18,429 Janganlah pergi. 1122 01:17:19,639 --> 01:17:21,057 Ayahanda terpaksa. 1123 01:17:21,933 --> 01:17:24,060 Anakanda tak perlu bersendirian. 1124 01:17:24,769 --> 01:17:26,729 Nikahilah seseorang. 1125 01:17:26,979 --> 01:17:29,232 Puteri Chelina. 1126 01:17:29,899 --> 01:17:32,902 Bagaimana jika Ayahanda menitahkan Anakanda untuk buat begitu? 1127 01:17:34,737 --> 01:17:37,907 Anakanda mengasihi dan menghormati Ayahanda, tapi Anakanda takkan buat. 1128 01:17:40,117 --> 01:17:44,288 Anakanda percaya kita tak perlu melihat jauh di luar sempadan kita 1129 01:17:44,455 --> 01:17:46,666 untuk mencari kekuatan atau pedoman. 1130 01:17:47,250 --> 01:17:49,585 Apa yang kita perlukan berada di depan mata kita. 1131 01:17:50,336 --> 01:17:55,633 Kita hanya perlu memiliki ketabahan dan kebaikan hati untuk melihatnya. 1132 01:17:58,970 --> 01:18:00,429 Benar. 1133 01:18:03,015 --> 01:18:05,434 Anakanda telah memiliki pendirian sendiri. 1134 01:18:05,768 --> 01:18:07,019 Bagus. 1135 01:18:09,272 --> 01:18:12,316 Mungkin, dengan saki-baki hidup Ayahanda yang ada ini, 1136 01:18:12,525 --> 01:18:15,444 Ayahanda boleh menjadi bapa Anakanda yang sepatutnya. 1137 01:18:19,031 --> 01:18:21,951 Janganlah berkahwin atas dasar kepentingan. 1138 01:18:24,620 --> 01:18:26,873 Berkahwinlah atas dasar cinta. 1139 01:18:30,960 --> 01:18:32,962 Carilah gadis itu. 1140 01:18:33,504 --> 01:18:34,881 Cari dia. 1141 01:18:35,131 --> 01:18:37,633 Gadis yang sedang hangat diperkatakan tu. 1142 01:18:37,800 --> 01:18:38,968 Gadis pelupa itu, 1143 01:18:39,135 --> 01:18:41,470 -yang tertinggal kasutnya. -...tertinggal kasutnya. 1144 01:18:47,560 --> 01:18:49,896 Oh, bergembiralah, nak. 1145 01:18:52,481 --> 01:18:54,650 Terima kasih, Ayahanda. 1146 01:18:55,026 --> 01:18:57,028 Terima kasih, Kit. 1147 01:19:01,991 --> 01:19:03,868 Ayahanda sayangkan Anakanda. 1148 01:19:05,536 --> 01:19:07,413 Anakanda sayangkan Ayahanda. 1149 01:19:40,863 --> 01:19:45,868 Setelah tempoh berkabung berakhir, satu perisytiharan telah dikeluarkan. 1150 01:19:46,077 --> 01:19:49,705 Perhatian! Perhatian! 1151 01:19:49,872 --> 01:19:52,124 Perhatian! 1152 01:19:57,755 --> 01:19:59,882 Bahawasanya raja baru kita 1153 01:20:00,049 --> 01:20:03,719 dengan ini mengisytiharkan cintanya terhadap 1154 01:20:06,055 --> 01:20:08,766 puteri misteri 1155 01:20:09,475 --> 01:20:10,434 yang telah memakai 1156 01:20:10,810 --> 01:20:13,896 kasut kaca ke majlis tari-menari itu. 1157 01:20:14,063 --> 01:20:19,277 Baginda menitahkan beliau untuk masuk mengadap ke istana, 1158 01:20:19,443 --> 01:20:23,656 dan seterusnya, atas kerelaan hati beliau, 1159 01:20:24,282 --> 01:20:29,328 baginda akan memperisterikan beliau 1160 01:20:30,413 --> 01:20:34,083 dalam majlis yang penuh adat istiadat. 1161 01:21:10,369 --> 01:21:11,412 Inikah yang kamu sedang cari? 1162 01:21:13,539 --> 01:21:15,958 Tentu ada cerita menarik di sebaliknya. 1163 01:21:16,125 --> 01:21:17,585 Boleh ceritakan kepada saya? 1164 01:21:18,085 --> 01:21:19,212 Tak mahu? 1165 01:21:19,962 --> 01:21:21,297 Baiklah. 1166 01:21:21,464 --> 01:21:23,883 Biar saya ceritakan sebuah kisah. 1167 01:21:24,759 --> 01:21:26,552 Suatu masa dahulu, 1168 01:21:26,719 --> 01:21:29,680 ada seorang gadis muda yang cantik 1169 01:21:29,847 --> 01:21:32,016 yang telah berkahwin atas dasar cinta. 1170 01:21:32,183 --> 01:21:35,144 Dia juga mempunyai dua orang anak gadis yang penyayang. 1171 01:21:35,311 --> 01:21:37,230 Segalanya aman dan damai, 1172 01:21:37,396 --> 01:21:41,108 hinggalah pada suatu hari, suaminya, 1173 01:21:41,275 --> 01:21:43,945 pelita hidupnya, meninggal dunia. 1174 01:21:44,612 --> 01:21:46,113 Untuk kali yang seterusnya, 1175 01:21:46,280 --> 01:21:49,242 dia berkahwin demi kepentingan kedua-dua anak gadisnya. 1176 01:21:49,408 --> 01:21:53,454 Tapi lelaki itu juga telah dirampas daripadanya. 1177 01:21:53,621 --> 01:21:59,377 Terpaksalah dia melihat anak kesayangan suaminya setiap hari. 1178 01:22:01,087 --> 01:22:02,296 Dia berharap agar dapat mengahwinkan 1179 01:22:02,463 --> 01:22:06,926 salah seorang anak gadisnya yang cantik dan bodoh itu kepada si putera. 1180 01:22:07,093 --> 01:22:10,930 Tetapi hati baginda ditawan pula oleh seorang gadis yang berkasut kaca. 1181 01:22:11,597 --> 01:22:13,015 Maka, 1182 01:22:13,182 --> 01:22:17,186 saya pun hidup merana untuk selama-lamanya. 1183 01:22:19,272 --> 01:22:22,024 Nampaknya kisah saya sudah berakhir. 1184 01:22:22,608 --> 01:22:25,528 Sekarang, ceritakanlah kisah kamu. 1185 01:22:26,195 --> 01:22:27,655 Adakah kamu telah mencurinya? 1186 01:22:28,573 --> 01:22:29,657 Tidak. 1187 01:22:30,324 --> 01:22:31,367 Ia telah dihadiahkan kepada saya. 1188 01:22:31,534 --> 01:22:32,535 Dihadiahkan kepada kamu? 1189 01:22:32,702 --> 01:22:34,537 Dihadiahkan konon. Tiada apa yang percuma. 1190 01:22:34,704 --> 01:22:36,664 Untuk apa-apa saja, pasti ada bayarannya. 1191 01:22:36,831 --> 01:22:38,207 Itu tak benar. 1192 01:22:39,250 --> 01:22:42,253 Berbuat baik adalah percuma. Kasih sayang adalah percuma. 1193 01:22:42,420 --> 01:22:44,422 Kasih sayang bukan percuma. 1194 01:22:44,964 --> 01:22:48,801 Sekarang, ini bayaran kamu kepada saya, 1195 01:22:48,968 --> 01:22:51,053 jika mahu memiliki apa yang kamu inginkan. 1196 01:22:52,263 --> 01:22:56,893 Tiada siapa akan mempercayai kamu, gadis kuli comot yang tak berkeluarga, 1197 01:22:57,059 --> 01:22:59,395 jika kamu mengaku telah menambat hati putera raja itu. 1198 01:22:59,562 --> 01:23:02,064 Tapi dengan sokongan daripada seorang wanita yang dihormati, 1199 01:23:02,231 --> 01:23:03,858 kamu takkan diabaikan. 1200 01:23:04,400 --> 01:23:05,526 Setelah kamu diperisterikan, 1201 01:23:05,693 --> 01:23:09,238 kamu akan melantik saya sebagai ketua keluarga diraja. 1202 01:23:09,405 --> 01:23:12,533 Anastasia dan Drisella, kita kahwinkan dengan para pembesar yang kaya. 1203 01:23:12,700 --> 01:23:15,828 Saya yang akan menguruskan budak itu. 1204 01:23:16,245 --> 01:23:18,164 Tapi dia bukan seorang budak. 1205 01:23:18,915 --> 01:23:20,499 Kamu pula siapa? 1206 01:23:20,875 --> 01:23:23,002 Bagaimana kamu akan memerintah sebuah kerajaan? 1207 01:23:23,419 --> 01:23:24,253 Serahkan saja kepada saya. 1208 01:23:25,087 --> 01:23:27,673 Dengan cara itu kita semua akan mendapat kehendak kita. 1209 01:23:28,925 --> 01:23:30,051 Tidak. 1210 01:23:34,096 --> 01:23:35,431 Tidak? 1211 01:23:36,349 --> 01:23:38,184 Saya tak dapat melindungi ayah saya daripada kamu, 1212 01:23:38,351 --> 01:23:40,895 tapi saya akan melindungi putera dan kerajaan ini 1213 01:23:41,687 --> 01:23:43,439 tak kira apa pun terjadi kepada saya. 1214 01:23:43,689 --> 01:23:47,026 Itu satu kesilapan besar. 1215 01:23:48,569 --> 01:23:49,529 Jangan! 1216 01:23:49,695 --> 01:23:50,780 Kenapa? 1217 01:23:52,281 --> 01:23:54,742 Kenapa kamu begitu kejam? 1218 01:23:55,535 --> 01:23:57,203 Saya tak faham. 1219 01:23:57,370 --> 01:23:59,247 Saya telah cuba melayan kamu dengan baik. 1220 01:23:59,539 --> 01:24:00,957 Kamu? Melayan saya dengan baik? 1221 01:24:01,123 --> 01:24:02,291 Ya. 1222 01:24:03,209 --> 01:24:07,129 Walaupun tiada siapa berhak dilayan sepertimana kamu melayan saya. 1223 01:24:07,296 --> 01:24:08,798 Kenapa kamu buat begitu? 1224 01:24:10,466 --> 01:24:11,425 Kenapa? 1225 01:24:11,634 --> 01:24:12,802 Kenapa? 1226 01:24:13,302 --> 01:24:18,307 Kerana kamu begitu muda, berhati suci, dan baik. 1227 01:24:18,474 --> 01:24:20,101 Saya pula... 1228 01:24:24,814 --> 01:24:25,982 Jangan! 1229 01:24:26,148 --> 01:24:27,275 Jangan! 1230 01:24:32,488 --> 01:24:34,282 Boleh saya tahu dari mana kamu mendapatnya? 1231 01:24:34,448 --> 01:24:36,993 Daripada gadis pembantu rumah comot di rumah saya. 1232 01:24:38,244 --> 01:24:41,247 Puteri misteri itu seorang rakyat biasa. 1233 01:24:42,331 --> 01:24:46,460 Bayangkan betapa terperanjatnya saya setelah mendapat tahu rancangannya. 1234 01:24:47,420 --> 01:24:48,671 Kamu tak memberitahu sesiapa? 1235 01:24:49,130 --> 01:24:51,507 Anak-anak perempuan saya sendiri pun tidak. 1236 01:24:52,175 --> 01:24:55,011 Tiada siapa pun perlu tahu perkara sebenar. 1237 01:24:55,178 --> 01:24:58,806 Kamu telah mengelakkan kerajaan ini daripada menanggung malu besar. 1238 01:24:59,599 --> 01:25:02,518 Saya mahu mengekalkannya sebegitu. 1239 01:25:02,852 --> 01:25:04,520 Adakah kamu sedang mengugut saya? 1240 01:25:05,021 --> 01:25:06,272 Ya. 1241 01:25:13,362 --> 01:25:14,697 Jadi apa yang kamu mahu? 1242 01:25:15,489 --> 01:25:17,658 Saya ingin menjadi seorang countess. 1243 01:25:18,367 --> 01:25:22,371 Saya juga mahu anak-anak gadis saya dikahwinkan dengan orang kenamaan. 1244 01:25:23,831 --> 01:25:24,707 Baiklah. 1245 01:25:27,627 --> 01:25:28,711 Gadis itu pula bagaimana? 1246 01:25:30,004 --> 01:25:32,215 Buatlah sesuka hati kamu dengannya. 1247 01:25:33,216 --> 01:25:34,717 Saya langsung tak peduli tentangnya. 1248 01:25:36,511 --> 01:25:37,512 Di mana? 1249 01:25:37,553 --> 01:25:38,638 Ditinggalkan di tepi jalan. 1250 01:25:38,721 --> 01:25:40,056 -Kamu dah menjumpainya? -Gadis itu? 1251 01:25:40,223 --> 01:25:41,599 Tidak, dia telah menghilang. 1252 01:25:41,891 --> 01:25:43,893 Tentu ada sebab kenapa dia menghilang. 1253 01:25:44,227 --> 01:25:45,770 Mungkin dia telah dihalang daripada bersuara. 1254 01:25:45,937 --> 01:25:47,021 Jangan berputus asa, Kit. 1255 01:25:47,188 --> 01:25:50,024 Sebaliknya, lupakannya saja dan jadikan ia satu iktibar. 1256 01:25:50,399 --> 01:25:53,236 Rakyat pasti ingin diyakinkan bahawa kerajaan ini selamat. 1257 01:25:53,444 --> 01:25:56,656 Bahawa raja mereka ada permaisurinya dan negeri ini ada pewarisnya. 1258 01:25:57,156 --> 01:25:58,908 Mereka nak menghadapi masa depan dengan kepastian! 1259 01:25:59,075 --> 01:26:00,993 Setuju! Jadi marilah kita memastikannya. 1260 01:26:01,160 --> 01:26:02,578 Betalah raja. 1261 01:26:02,745 --> 01:26:05,331 Beta titahkan kita mencari puteri misteri itu, 1262 01:26:05,498 --> 01:26:07,166 walaupun dia enggan ditemui. 1263 01:26:07,333 --> 01:26:09,043 Beta perlu bertemu dengannya lagi. 1264 01:26:09,210 --> 01:26:10,920 Tapi jika dia tak ditemui, 1265 01:26:11,295 --> 01:26:15,383 demi kesejahteraan negeri ini, Tuanku perlu mengahwini Puteri Chelina. 1266 01:26:16,259 --> 01:26:17,468 Demi kesejahteraan negeri ini. 1267 01:26:29,772 --> 01:26:31,440 Baiklah, setuju. 1268 01:26:31,607 --> 01:26:32,817 Tapi Tuanku... 1269 01:26:38,447 --> 01:26:39,991 Tapi kamu mesti mencuba sedaya upaya. 1270 01:26:40,449 --> 01:26:41,993 Tentu sekali, Tuanku. 1271 01:26:42,159 --> 01:26:43,369 Patik berjanji. 1272 01:27:03,639 --> 01:27:04,599 Seterusnya. 1273 01:27:09,979 --> 01:27:13,149 Kasut itu telah dibawa ke serata pelosok negeri, 1274 01:27:14,317 --> 01:27:18,738 menemui setiap gadis kaya atau miskin, dan bermacam ragam. 1275 01:27:19,280 --> 01:27:20,114 Ya, Tuhan! 1276 01:27:20,489 --> 01:27:21,365 Kamu dulu, puan. 1277 01:27:21,532 --> 01:27:24,076 Baiklah, saya akan cuba. 1278 01:27:24,243 --> 01:27:26,704 Baiklah. Kamu nak saya duduk di mana? 1279 01:27:28,372 --> 01:27:29,790 Naik! Naik ke atas. 1280 01:27:30,374 --> 01:27:32,251 Hati-hati, kaki saya bengkak sikit. 1281 01:27:32,418 --> 01:27:33,336 Saya... 1282 01:27:36,214 --> 01:27:38,216 Ia disebabkan yis. 1283 01:27:38,591 --> 01:27:41,344 Grand Duke telah mengotakan janjinya. 1284 01:27:41,511 --> 01:27:44,931 Dia mencuba sedaya-upaya untuk menunjukkan kepada si putera 1285 01:27:45,097 --> 01:27:47,850 bahawa puteri misteri itu tidak boleh ditemui. 1286 01:27:48,017 --> 01:27:48,768 Ia muat! 1287 01:27:48,935 --> 01:27:50,603 -Ia tak muat! -Ia muat! 1288 01:27:50,770 --> 01:27:52,063 -Ia tak muat. -Ia milik saya! 1289 01:27:52,230 --> 01:27:54,565 -Sayalah puteri misteri itu. -Pulangkan kasut itu. 1290 01:27:54,732 --> 01:27:55,608 Ambil kasut itu daripadanya! 1291 01:27:55,775 --> 01:27:56,984 Jangan ambil kasut ini daripada saya! 1292 01:27:57,109 --> 01:27:58,319 Tolonglah, ia kasut saya! 1293 01:27:59,111 --> 01:28:00,780 Beri laluan untuk kasut ini! 1294 01:28:10,164 --> 01:28:11,207 Boleh cuba pada kaki yang lagi satu? 1295 01:28:11,374 --> 01:28:12,667 Rasanya tak perlu. 1296 01:28:13,543 --> 01:28:15,711 Tetapi walau apa pun yang mereka cuba, 1297 01:28:15,878 --> 01:28:19,632 kasut ajaib itu tetap tidak padan walau dengan gadis-gadis yang terbaik. 1298 01:28:19,799 --> 01:28:22,510 Ini dia puteri misteri kamu tu! 1299 01:28:32,687 --> 01:28:34,397 Kenapa, Kapten? 1300 01:28:35,398 --> 01:28:37,275 Kita belum menemui gadis itu. 1301 01:28:37,608 --> 01:28:39,068 Saya kecewa bagi pihak raja kita. 1302 01:28:39,235 --> 01:28:41,445 Ayuh! Jangan putus-asa. 1303 01:28:41,612 --> 01:28:43,239 Ada sebuah rumah lagi. 1304 01:28:43,865 --> 01:28:46,450 Kita mesti mencari dengan teliti. 1305 01:28:47,910 --> 01:28:49,120 -Ada kuda! -Ada kuda! 1306 01:28:49,328 --> 01:28:51,080 Mak, inilah peluang kita! 1307 01:28:55,668 --> 01:28:57,420 Biarkan mereka masuk! 1308 01:29:09,807 --> 01:29:13,102 Tuan-tuan! Sungguh tak disangka. 1309 01:29:13,269 --> 01:29:15,021 Tolong luangkan sedikit masa, cik puan. 1310 01:29:15,188 --> 01:29:17,106 Tentu sekali, Yang Mulia. 1311 01:29:17,273 --> 01:29:19,275 Silakan. Ikut sini. 1312 01:29:20,443 --> 01:29:22,987 Ella tidak tahu siapa berada di bawah. 1313 01:29:23,154 --> 01:29:24,697 Dia juga tidak peduli. 1314 01:29:25,448 --> 01:29:27,116 Kerana tentu tiada siapa akan datang mencarinya. 1315 01:29:27,283 --> 01:29:28,367 Jacqueline, hentikan! 1316 01:29:35,750 --> 01:29:37,376 Ia telah mengecut. 1317 01:29:38,002 --> 01:29:39,128 Cubalah sekali lagi. 1318 01:29:48,387 --> 01:29:49,764 Oh, cukuplah! 1319 01:29:51,599 --> 01:29:52,683 Cintailah aku 1320 01:29:52,934 --> 01:29:56,145 Walau Ella berasa sedih, semangatnya belum patah. 1321 01:29:56,437 --> 01:29:58,064 Dia tahu bahawa majlis tari-menari itu 1322 01:29:58,231 --> 01:29:59,440 serta waktunya bersama si putera 1323 01:29:59,607 --> 01:30:02,109 bakal menjadi kenangan silam yang indah, 1324 01:30:02,276 --> 01:30:04,654 seperti kenangan tentang ibu dan bapanya 1325 01:30:04,820 --> 01:30:07,448 serta zaman kanak-kanaknya yang bahagia. 1326 01:30:14,497 --> 01:30:19,085 Ia padan dengan kaki saya! 1327 01:30:19,710 --> 01:30:20,878 Malang sekali, cik. 1328 01:30:21,212 --> 01:30:24,340 Lavender hijau, dadi dadi 1329 01:30:24,507 --> 01:30:27,134 Lavender biru 1330 01:30:28,386 --> 01:30:31,180 Cintailah aku, dadi dadi 1331 01:30:31,347 --> 01:30:34,559 Kerana aku mencintaimu 1332 01:30:34,976 --> 01:30:35,977 Baiklah. 1333 01:30:36,143 --> 01:30:37,478 Tugas kita sudah selesai, Kapten. 1334 01:30:38,145 --> 01:30:41,858 Tapi takdir masih menyebelahi kita, anak-anak. 1335 01:30:44,068 --> 01:30:45,111 Memang benar, puan! 1336 01:30:45,278 --> 01:30:48,114 Apabila aku jadi raja, dadi dadi 1337 01:30:48,281 --> 01:30:50,533 Kaulah ratunya 1338 01:30:50,700 --> 01:30:53,119 Lavender hijau, dadi dadi 1339 01:30:53,286 --> 01:30:55,538 Lavender biru 1340 01:30:57,081 --> 01:30:59,041 Jika kau mencintaiku 1341 01:30:59,208 --> 01:31:00,209 dadi dadi 1342 01:31:00,376 --> 01:31:02,879 Aku akan mencintaimu 1343 01:31:03,921 --> 01:31:06,883 Biar burung berkicau, dadi dadi 1344 01:31:07,049 --> 01:31:09,594 Dan bebiri bercengkerama 1345 01:31:10,303 --> 01:31:13,055 Kita akan selamat, dadi dadi 1346 01:31:14,390 --> 01:31:16,058 Kamu dengarkah, Yang Mulia? 1347 01:31:17,101 --> 01:31:18,102 Mari kita bertolak, Kapten. 1348 01:31:18,269 --> 01:31:19,437 Tunggu sebentar. 1349 01:31:22,899 --> 01:31:23,941 Puan, 1350 01:31:24,150 --> 01:31:27,278 tiada gadis lain di dalam rumah Puan? 1351 01:31:29,488 --> 01:31:30,907 Tiada. 1352 01:31:32,074 --> 01:31:34,076 Jadi kucing Puankah yang sedang menyanyi itu? 1353 01:31:41,209 --> 01:31:44,295 Cukuplah sandiwara kita untuk hari ini, Kapten. Mari kita pergi. 1354 01:31:44,462 --> 01:31:46,255 Tapi dia menipu, Yang Mulia. 1355 01:31:46,422 --> 01:31:49,050 Karutlah! Saya percayakan wanita itu. Kita bertolak sekarang. 1356 01:31:49,217 --> 01:31:50,259 Grand Duke! 1357 01:31:55,473 --> 01:31:57,600 Tuanku. 1358 01:31:57,767 --> 01:32:01,270 Indah sungguh nyanyian itu. Teringin beta untuk tunggu seketika lagi. 1359 01:32:01,938 --> 01:32:03,147 Tuanku, patik tak tahu... 1360 01:32:03,314 --> 01:32:05,775 Kapten, boleh tolong pergi menyiasat? 1361 01:32:05,942 --> 01:32:09,445 Patik berbesar hati, Tuanku. 1362 01:32:11,280 --> 01:32:13,741 Jika kau mencintaiku, dadi dadi 1363 01:32:13,908 --> 01:32:15,743 Aku akan mencintaimu 1364 01:32:17,620 --> 01:32:19,664 Itu dia! Tengok? 1365 01:32:19,830 --> 01:32:21,958 Saya dah kata dia bukan seseorang yang penting. 1366 01:32:22,124 --> 01:32:23,793 Kita tengoklah nanti. 1367 01:32:25,878 --> 01:32:26,796 Cik. 1368 01:32:29,465 --> 01:32:33,261 Kamu diminta dan dikehendaki untuk mengadap raja kamu. 1369 01:32:33,553 --> 01:32:35,388 Saya melarang kamu daripada melakukannya! 1370 01:32:35,555 --> 01:32:37,807 Dan saya melarang kamu daripada melarangnya! 1371 01:32:38,724 --> 01:32:40,434 Siapa kamu untuk menghalang pegawai raja? 1372 01:32:40,977 --> 01:32:42,562 Kamu seorang ratu? 1373 01:32:43,145 --> 01:32:44,146 Santa? 1374 01:32:44,647 --> 01:32:46,107 Seorang dewa? 1375 01:32:46,607 --> 01:32:48,150 Saya ibunya. 1376 01:32:53,781 --> 01:32:55,658 Kamu tak pernah 1377 01:32:56,868 --> 01:32:59,829 dan takkan sekali-kali menjadi ibu saya. 1378 01:33:04,125 --> 01:33:05,668 Mari, cik. 1379 01:33:10,506 --> 01:33:13,885 Ingat siapa diri kamu, budak jahanam! 1380 01:33:28,149 --> 01:33:32,403 Adakah siapa dia sebelum ini, dan siapa dia sebenarnya, akan memadai? 1381 01:33:32,570 --> 01:33:35,364 Tiada lagi jampi serapah untuk membantunya kali ini. 1382 01:33:35,531 --> 01:33:39,035 Ini mungkin risiko terbesar yang sanggup diambil oleh seseorang. 1383 01:33:39,202 --> 01:33:42,747 Untuk mendedahkan diri kita yang sebenar. 1384 01:33:43,748 --> 01:33:47,835 Tabahkan diri, dan berhati baik sentiasa. 1385 01:34:28,084 --> 01:34:29,585 Siapakah kamu? 1386 01:34:31,420 --> 01:34:33,256 Patik Cinderella. 1387 01:34:36,259 --> 01:34:37,802 Tuanku, 1388 01:34:40,096 --> 01:34:41,889 patik bukanlah seorang puteri. 1389 01:34:43,432 --> 01:34:45,268 Patik tiada kereta kuda, 1390 01:34:46,269 --> 01:34:47,895 tiada ibu bapa, 1391 01:34:48,771 --> 01:34:50,606 dan tiada hantaran kahwin. 1392 01:34:51,774 --> 01:34:54,735 Malah patik tak tahu sama ada kasut cantik itu akan padan. 1393 01:34:54,902 --> 01:34:56,320 Tapi, 1394 01:34:58,239 --> 01:34:59,782 jika ia benar-benar padan, 1395 01:35:01,576 --> 01:35:03,995 sanggupkah Tuanku menerima patik seadanya? 1396 01:35:05,496 --> 01:35:07,999 Seorang gadis desa yang ikhlas mencintai Tuanku. 1397 01:35:08,165 --> 01:35:10,168 Sudah tentu. 1398 01:35:11,419 --> 01:35:14,505 Tetapi asalkan kamu menerima beta seadanya. 1399 01:35:14,672 --> 01:35:16,674 Seorang pelatih yang masih mempelajari bidangnya. 1400 01:35:18,968 --> 01:35:19,927 Silakan. 1401 01:36:05,681 --> 01:36:06,807 Cinderella! 1402 01:36:06,974 --> 01:36:08,142 Ella! 1403 01:36:09,185 --> 01:36:12,522 Adik kesayangan Kakak! Maafkan Kakak. 1404 01:36:12,688 --> 01:36:14,524 Minta maaf banyak-banyak. 1405 01:36:30,873 --> 01:36:32,208 Mari? 1406 01:37:12,999 --> 01:37:14,417 Saya memaafkan kamu. 1407 01:37:23,926 --> 01:37:24,927 Sama ada dimaafkan atau tidak, 1408 01:37:25,094 --> 01:37:27,972 ibu tiri Cinderella dan dua orang anaknya 1409 01:37:28,139 --> 01:37:29,932 telah pergi bersama grand duke 1410 01:37:30,099 --> 01:37:33,978 dan tidak pernah menjejakkan kaki ke negeri itu lagi. 1411 01:37:41,652 --> 01:37:43,654 Mereka pasti akan saling menyukai. 1412 01:37:43,821 --> 01:37:46,199 Kita mesti mengaturkan supaya potret Adinda dilukis. 1413 01:37:46,365 --> 01:37:48,784 Oh, jangan. Adinda benci melihat diri Adinda dalam lukisan. 1414 01:37:48,951 --> 01:37:50,453 Berhati baik. 1415 01:37:51,495 --> 01:37:52,997 Dan tabahkan diri. 1416 01:37:53,164 --> 01:37:55,291 Segalanya akan berjalan dengan lancar. 1417 01:38:02,465 --> 01:38:03,674 Kakanda dah sedia? 1418 01:38:03,841 --> 01:38:06,636 Untuk apa saja, asalkan Adinda ada bersama. 1419 01:38:17,730 --> 01:38:19,232 Permaisuri Kakanda. 1420 01:38:19,774 --> 01:38:21,275 Kit Adinda. 1421 01:38:32,870 --> 01:38:36,415 Maka Kit dan Ella pun berkahwin 1422 01:38:36,666 --> 01:38:39,627 dan saya boleh katakan sebagai ibu pari-parinya, 1423 01:38:39,794 --> 01:38:41,128 bahawa mereka telah dianggap sebagai 1424 01:38:41,295 --> 01:38:46,133 pemerintah paling adil dan pemurah dalam sejarah negeri ini. 1425 01:38:46,300 --> 01:38:50,888 Jadi Ella terus melihat dunia bukan seperti seadanya, 1426 01:38:51,055 --> 01:38:52,932 tetapi seperti apa yang mungkin, 1427 01:38:53,099 --> 01:38:55,977 kalaulah kita percaya akan ketabahan 1428 01:38:56,143 --> 01:38:59,438 dan kebaikan hati serta sekali-sekalanya 1429 01:38:59,605 --> 01:39:03,985 sedikit keajaiban. 1430 01:39:04,151 --> 01:39:10,741 TAMAT 1431 01:45:13,354 --> 01:45:14,564 Ke mana semua orang pergi?