1 00:00:14,767 --> 00:00:16,393 Iklan ini tunjukkan murid gred tiga 2 00:00:16,477 --> 00:00:20,439 yang mereka boleh hidup selamanya di Forever Everland seperti Peter Pan. 3 00:00:20,522 --> 00:00:21,482 Murid gred tiga. 4 00:00:22,649 --> 00:00:23,525 Cik Slack, 5 00:00:24,902 --> 00:00:26,945 idea siapa untuk iklankan kepada budak? 6 00:00:27,613 --> 00:00:29,573 -Idea dia. -Wartawan mahkamah? 7 00:00:30,157 --> 00:00:31,950 Ingat, awak terikat dengan sumpah. 8 00:00:36,205 --> 00:00:37,289 Itu idea saya. 9 00:00:38,707 --> 00:00:41,293 Saya melalui kesukaran di rumah. 10 00:00:41,376 --> 00:00:43,796 Helmüt curang, saya pun curang. 11 00:00:43,879 --> 00:00:45,214 Entah sejak bila, ada... 12 00:00:45,297 --> 00:00:47,257 Lucy dalam proses perceraian? 13 00:00:48,008 --> 00:00:49,593 Lucunya. 14 00:00:49,676 --> 00:00:51,512 Kenapa awak tiada alas cadar? 15 00:00:51,595 --> 00:00:53,597 Mungkin kita patut buat Upload untuk anaknya. 16 00:00:53,680 --> 00:00:56,558 Bolehlah dia mengaku dia cakap serupa bikin. 17 00:00:58,185 --> 00:01:01,855 Awak nampak lapar. Nak pesan bertih jagung menerusi Golden Retriever? 18 00:01:01,939 --> 00:01:03,232 Boleh awak ulang soalan? 19 00:01:03,315 --> 00:01:04,233 Saya boleh makan. 20 00:01:06,276 --> 00:01:07,820 MAHKAMAH ATASAN WILAYAH SAN FRANCISCO 21 00:01:07,903 --> 00:01:10,531 Holden begitu dahsyat pagi ini. Imej Horizen dah teruk. 22 00:01:10,614 --> 00:01:13,992 Mungkin cukup untuk buat pengguna minta hak milik imbasan otak sendiri. 23 00:01:14,076 --> 00:01:15,244 Hanya satu negeri, okey? 24 00:01:15,327 --> 00:01:19,039 Buat saya sah di SoCalifornia agar saya boleh cari duit. 25 00:01:19,122 --> 00:01:22,918 Sekejap, kenapa awak perlu cari duit? 26 00:01:23,001 --> 00:01:26,255 Dengan kerja baru, saya mampu sara awak dengan gula-gula marshmallow. 27 00:01:26,338 --> 00:01:27,297 Ya. 28 00:01:27,381 --> 00:01:29,633 Entahlah, saya fikir pasti seronok 29 00:01:29,716 --> 00:01:32,761 kalau kita berdua ke Montreal. 30 00:01:33,387 --> 00:01:34,429 Montreal? 31 00:01:34,930 --> 00:01:37,015 Ya. Sangat romantik. 32 00:01:37,099 --> 00:01:39,810 Betul. Mahal pun betul. 33 00:01:40,519 --> 00:01:43,272 Macam percutian bulan madu. 34 00:01:46,024 --> 00:01:49,361 Jadi, semasa awak fikirkan masa depan 35 00:01:49,444 --> 00:01:51,488 dan matlamat untuk menabung, 36 00:01:51,572 --> 00:01:53,949 awak fikirkan percutian ke Montreal? 37 00:01:55,868 --> 00:01:56,826 Ya. 38 00:01:59,246 --> 00:02:02,165 Nak beli epal ini pun saya terpaksa guna kad kripto Nora. 39 00:02:02,249 --> 00:02:04,376 Jadi? Apa masalahnya? 40 00:02:04,459 --> 00:02:05,502 Saya mahu menyara diri. 41 00:02:05,586 --> 00:02:08,629 -Supaya awak boleh ada ramai kekasih. -Ya. Tidak. 42 00:02:08,754 --> 00:02:09,965 Apa? Bukan begitu, okey? 43 00:02:10,048 --> 00:02:11,925 Nora memang jodoh saya. 44 00:02:12,009 --> 00:02:15,095 Kami akan berkepit macam belangkas. 45 00:02:15,679 --> 00:02:17,180 Saya nak ke fasa seterusnya. 46 00:02:17,264 --> 00:02:18,807 Seronoknya hidup awak. 47 00:02:18,891 --> 00:02:22,394 Jadi, saya akan bawa dia ke Montreal, bawa ayahnya jika dia boleh mengembara. 48 00:02:23,437 --> 00:02:24,605 Namun... 49 00:02:25,689 --> 00:02:29,276 Saya perlu cari tempat dengan Internet yang bagus dan skrin besar 50 00:02:30,235 --> 00:02:31,987 kerana awak kena jadi pengapit saya. 51 00:02:32,070 --> 00:02:33,322 Ya! 52 00:02:33,405 --> 00:02:34,907 Ya! 53 00:02:35,699 --> 00:02:37,199 Pengapit! 54 00:02:37,284 --> 00:02:40,621 Saya juga akan buat minum ucap selamat dan jalankan upacara. 55 00:02:40,704 --> 00:02:44,625 Saya patut pakai uniform saya ketika majlis itu. 56 00:02:44,708 --> 00:02:47,544 Ya Tuhan, tentu saya perlu tukar pakaian banyak kali. 57 00:02:47,628 --> 00:02:49,086 Okey, ini bukan majlis anugerah. 58 00:02:49,171 --> 00:02:51,465 -Bukan begitu bagi awak. -Satu daripada... 59 00:02:53,091 --> 00:02:55,509 Itu rahsia. Janji awak akan buat-buat tak dengar. 60 00:02:56,178 --> 00:02:57,387 Saya janji. 61 00:02:57,471 --> 00:02:58,680 Saya nak bincangkan Karina. 62 00:02:59,765 --> 00:03:02,225 Saya rasa dia tiada hati nurani. 63 00:03:02,309 --> 00:03:03,685 Tak dapat kesan apabila... 64 00:03:03,769 --> 00:03:06,647 Luke, tolonglah tambahkan busa. 65 00:03:06,730 --> 00:03:09,650 Saya tak dapat kesan jika dia menipu dan dia selalu menipu. 66 00:03:09,733 --> 00:03:11,109 Itu sangat menakutkan. 67 00:03:11,652 --> 00:03:13,612 Saya rasa tak senang hati dengan dia. 68 00:03:13,695 --> 00:03:16,531 Walaupun saya pernah bersama DJ dan ahli silap mata. 69 00:03:16,615 --> 00:03:18,492 Tinggalkan dia, awak mungkin hilang kerja. 70 00:03:18,575 --> 00:03:19,952 Atau saya mungkin mati. 71 00:03:20,035 --> 00:03:22,829 Mudah saja. Ya, dia lanun yang jahat, 72 00:03:22,913 --> 00:03:26,291 tapi ingat, kita pun lanun. Lanun baik. 73 00:03:26,375 --> 00:03:30,379 Lanun yang baik perlu menumpaskan lanun yang jahat. 74 00:03:30,712 --> 00:03:32,089 Dengan cara lanun. 75 00:03:33,507 --> 00:03:34,549 Cara lanun. 76 00:03:35,467 --> 00:03:37,970 Saya rasa dia satu-satunya orang yang boleh... 77 00:03:38,053 --> 00:03:38,887 Hei. 78 00:03:40,138 --> 00:03:42,598 Kita tak cukup maklumat. 79 00:03:43,141 --> 00:03:45,686 Freeyond dicipta oleh syarikat Upload dan Choak 80 00:03:45,769 --> 00:03:48,063 menggunakan kod awak yang dibeli daripada Kannerman. 81 00:03:48,146 --> 00:03:50,649 Jadi, kaitan itu buat mereka semua bertanggungjawab. 82 00:03:50,732 --> 00:03:52,609 Namun, kita perlukan saksi bagi pengesahan. 83 00:03:53,360 --> 00:03:55,278 -Saya tak boleh jadi saksi. -Betul. 84 00:03:55,362 --> 00:03:58,699 Otak awak ialah hak milik Horizen sehingga undang-undang diubah. 85 00:03:59,074 --> 00:04:00,742 Ingrid perlu jadi saksi. 86 00:04:05,664 --> 00:04:08,166 Kami akan hantar kamu ke LA menaiki jet peribadi. 87 00:04:08,250 --> 00:04:10,752 Awak boleh bawa dia ke restoran terhebat di kota, 88 00:04:10,836 --> 00:04:13,213 beri dia makanan mewah, kemudian tanya dia. 89 00:04:14,881 --> 00:04:17,009 Saya tiada baju untuk dipakai. 90 00:04:17,091 --> 00:04:19,845 Itu perbelanjaan syarikat. Awak dah bekerja keras. 91 00:04:24,683 --> 00:04:28,103 Okey, jika ini akan bantu kes kita. 92 00:04:32,149 --> 00:04:34,192 Kami perlukan bantuan dengan sesuatu berbahaya 93 00:04:34,276 --> 00:04:36,069 yang mungkin menimbulkan masalah. 94 00:04:36,820 --> 00:04:38,280 Saya akan buat. 95 00:04:38,363 --> 00:04:40,407 Untuk akses percuma ke bilik air. 96 00:04:40,490 --> 00:04:41,450 Memang percuma pun. 97 00:04:42,743 --> 00:04:44,327 Saya bayar siapa selama ini? 98 00:04:45,495 --> 00:04:46,747 Apa awak nak? 99 00:04:47,122 --> 00:04:48,957 Saya nak seluar jean biru. 100 00:04:49,708 --> 00:04:51,375 Saya nak pakai pada hari Jumaat. 101 00:04:51,460 --> 00:04:52,586 Seluar jean? 102 00:04:52,669 --> 00:04:55,422 Saya tak pernah pakai dan seluar jean nampak hebat. 103 00:04:55,505 --> 00:04:56,923 Nanti saya sediakan. 104 00:04:57,007 --> 00:04:57,883 Ya. 105 00:04:57,966 --> 00:05:00,135 Aduhai, patut saya minta seluar jean juga. 106 00:05:00,218 --> 00:05:01,678 Awak dibenarkan pakai. 107 00:05:01,762 --> 00:05:03,138 Tak mampu bayar permit. 108 00:05:04,431 --> 00:05:06,308 Apa? 109 00:05:06,892 --> 00:05:07,726 Sial! 110 00:05:08,727 --> 00:05:11,188 -Hai. -Hai. Ditempah untuk Nora Antony. 111 00:05:11,772 --> 00:05:14,107 Encik tiba dulu. Mahu ke meja? 112 00:05:14,191 --> 00:05:16,985 Tak mengapa, saya akan tunggu... 113 00:05:18,028 --> 00:05:19,071 di sini. 114 00:05:23,283 --> 00:05:25,786 Helo, si comel. 115 00:05:32,793 --> 00:05:34,002 Maaf, ya. 116 00:05:34,628 --> 00:05:35,670 Hei, si kacak. 117 00:05:40,133 --> 00:05:41,343 Awak... 118 00:05:42,302 --> 00:05:44,179 -Begitu cantik. -Ya? 119 00:05:44,262 --> 00:05:46,264 -Ya. -Pakaian Drental. 120 00:05:47,557 --> 00:05:49,059 Awak rasa dua jam cukup? 121 00:05:51,436 --> 00:05:54,231 Saya rasa nak pergi ke Montreal terus. 122 00:05:54,314 --> 00:05:57,025 Awak ada apa dengan Montreal? 123 00:05:57,109 --> 00:05:59,820 Ada Mile End. 124 00:05:59,903 --> 00:06:03,156 Antara kejiranan yang terhebat di dunia 125 00:06:03,240 --> 00:06:05,534 menurut Cinnabonpedia. 126 00:06:05,617 --> 00:06:07,619 Okey, sangat aneh. 127 00:06:08,370 --> 00:06:10,080 -Silakan. -Terima kasih. 128 00:06:12,249 --> 00:06:13,542 -Hei. -Hei. 129 00:06:14,251 --> 00:06:16,586 -Ingrid dah sampai? -Belum, dia lewat sikit. 130 00:06:18,255 --> 00:06:20,257 Ada berita bagus. Kepala saya takkan meletup. 131 00:06:20,340 --> 00:06:21,216 Baguslah. 132 00:06:21,675 --> 00:06:25,220 Nora dan saya akan sambut di Montreal selepas perbicaraan. 133 00:06:25,303 --> 00:06:26,429 Tiba-tiba saja. 134 00:06:26,513 --> 00:06:28,306 Pastikan kamu lawat Mile End. 135 00:06:28,390 --> 00:06:29,224 Ya. 136 00:06:29,307 --> 00:06:30,851 Hei, tolong saya. 137 00:06:30,934 --> 00:06:32,644 Pastikan Ingrid balik awal, okey? 138 00:06:32,726 --> 00:06:34,604 Saya ada rancangan istimewa malam ini. 139 00:06:34,688 --> 00:06:36,565 Okey. Kenapa, ada apa? 140 00:06:37,440 --> 00:06:38,984 Saya akan melamar. 141 00:06:42,445 --> 00:06:44,239 Ya? Bila? 142 00:06:44,322 --> 00:06:46,158 -Malam ini. -Malam ini... 143 00:06:46,908 --> 00:06:47,826 Kenapa? 144 00:06:48,994 --> 00:06:51,746 Tak, kena betul dengan masanya. 145 00:06:52,330 --> 00:06:55,125 -Terujanya untuk kamu. -Terima kasih. 146 00:06:55,208 --> 00:06:57,919 Okey, saya perlu buat persediaan. Jumpa nanti. 147 00:06:58,295 --> 00:06:59,379 Okey. 148 00:07:03,008 --> 00:07:04,009 Baguslah. 149 00:07:04,593 --> 00:07:05,552 Ya. 150 00:07:06,011 --> 00:07:07,262 Romantik. 151 00:07:08,138 --> 00:07:11,308 Dia memang yakin dengan keinginannya. 152 00:07:15,312 --> 00:07:16,313 Dia dah sampai. 153 00:07:16,646 --> 00:07:18,982 Hebatnya tempat ini. 154 00:07:20,066 --> 00:07:21,484 Awak nampak di sudut itu? 155 00:07:21,568 --> 00:07:24,487 Sofia dan Jayla tanpa pengasuh. 156 00:07:26,948 --> 00:07:28,909 Okey, mereka tak patut minum. 157 00:07:28,992 --> 00:07:31,494 Sofia tak boleh. Dia nak pulih daripada ketagihan arak. 158 00:07:40,420 --> 00:07:41,963 -Ya. -Begini rupanya. 159 00:07:43,340 --> 00:07:45,717 Kita bertiga buat begini. 160 00:07:46,384 --> 00:07:49,387 -Aneh betul. -Okey, saya tak nak buat seks tiga hala. 161 00:07:49,471 --> 00:07:50,931 Apa? Bukan itu yang... 162 00:07:51,014 --> 00:07:53,266 Saya takkan buat. 163 00:07:54,267 --> 00:07:57,270 Kita boleh bincangkan. Mungkin untuk hari jadi awak. 164 00:07:57,979 --> 00:08:00,649 -Nora boleh tengok saja. -Saya... 165 00:08:01,274 --> 00:08:02,859 -Ingrid. -Ya? 166 00:08:02,943 --> 00:08:04,694 Kami nak awak berikan keterangan. 167 00:08:04,778 --> 00:08:08,740 Kami takkan libatkan awak jika kami memang tak perlukan. 168 00:08:08,823 --> 00:08:10,533 Awaklah harapan terakhir kami. 169 00:08:11,785 --> 00:08:14,371 Okey, kata-kata itu sangat bermakna. 170 00:08:15,747 --> 00:08:17,290 Boleh buat tanpa dedahkan identiti? 171 00:08:17,374 --> 00:08:19,292 Macam Good Head? 172 00:08:21,086 --> 00:08:23,046 -Apa? -Dia maksudkan Deep Throat. 173 00:08:23,838 --> 00:08:24,714 Ya. 174 00:08:25,257 --> 00:08:27,801 -Tak boleh. -Okey, tak naklah. 175 00:08:28,551 --> 00:08:32,138 Ingrid, penipuan Freeyond korbankan beratus orang tak bersalah. 176 00:08:32,472 --> 00:08:35,058 Keterangan awak akan memberikan ketenangan 177 00:08:35,140 --> 00:08:36,685 kepada keluarga di seluruh negara. 178 00:08:36,768 --> 00:08:38,852 Di sini ada margarita? 179 00:08:39,062 --> 00:08:41,356 Nampak macam ada. 180 00:08:45,568 --> 00:08:46,820 Sayang... 181 00:08:46,903 --> 00:08:49,656 Boleh awak beri kami masa sebentar untuk bincang berdua? 182 00:08:50,407 --> 00:08:53,535 Okey, tentulah. Saya akan pergi tengok 183 00:08:53,618 --> 00:08:57,247 -arnab di depan. -Okey. 184 00:08:57,330 --> 00:08:59,165 -Okey. -Okey. 185 00:08:59,249 --> 00:09:00,625 Nak bincangkan hal wanita. 186 00:09:03,003 --> 00:09:05,922 Begini, betina tak guna. Hubungan kita berjalan lancar. 187 00:09:06,006 --> 00:09:08,466 Nathan awak sangat cintakan awak 188 00:09:08,550 --> 00:09:12,721 dan Nathan saya taasub dengan Québec yang akan kami lawati. 189 00:09:12,804 --> 00:09:16,474 Namun, mereka berdua milik Horizen, bukan milik kita. 190 00:09:16,558 --> 00:09:18,393 Mereka rakyat kelas kedua. 191 00:09:18,476 --> 00:09:20,520 Masa depan mereka malap tanpa hak yang sah 192 00:09:20,603 --> 00:09:21,604 dan untuk menjayakannya, 193 00:09:21,688 --> 00:09:25,066 saya berniat untuk mengaibkan syarikat Upload secara rasmi 194 00:09:25,150 --> 00:09:26,776 dan di mahkamah perundangan. 195 00:09:30,530 --> 00:09:31,656 Awak pasti boleh. 196 00:09:32,449 --> 00:09:33,408 Hei. 197 00:09:34,159 --> 00:09:35,744 -Dia akan buat. -Betul? 198 00:09:36,953 --> 00:09:38,288 Hebatnya. 199 00:09:38,747 --> 00:09:40,915 Boleh saya pinjam kad korporat sekejap? 200 00:09:40,999 --> 00:09:42,876 -Ya. -Terima kasih. 201 00:09:44,878 --> 00:09:48,006 Hai. Saya nak bungkus seekor kambing. 202 00:09:51,009 --> 00:09:52,510 -Jangan tengok. -Okey. 203 00:09:53,219 --> 00:09:54,596 Tiga... 204 00:09:55,138 --> 00:09:56,473 dua... 205 00:09:56,973 --> 00:09:58,350 satu. 206 00:09:59,934 --> 00:10:03,021 Ingrid, saya ingat kali pertama kita berjumpa. 207 00:10:03,104 --> 00:10:07,108 Kelab suram di WeHo. Awak bergaduh dengan pelayan koktel, 208 00:10:07,192 --> 00:10:10,320 kemudian awak baling minuman padanya dan muka saya yang terkena. 209 00:10:10,403 --> 00:10:12,322 Sudah banyak yang kita lalui sejak itu. 210 00:10:13,740 --> 00:10:17,911 Ketika kita hidup, ketika awak hidup dan saya mati. 211 00:10:18,787 --> 00:10:23,208 Ketika saya sangka awak seorang Upload dan kini, hidup dan mati bercampur lagi. 212 00:10:24,042 --> 00:10:28,171 Awak minta saya beri awak peluang untuk jadi matang dan berubah, 213 00:10:28,463 --> 00:10:29,714 kemudian awak memang buat. 214 00:10:31,132 --> 00:10:33,009 Namun, satu perkara yang tak berubah, 215 00:10:33,093 --> 00:10:36,054 kepercayaan awak terhadap lelaki yang hidup dalam komputer. 216 00:10:37,055 --> 00:10:40,850 Ingrid Bambi Kannerman, 217 00:10:41,893 --> 00:10:44,187 -sudikah awak mengahwini... -Tak. 218 00:10:44,312 --> 00:10:45,563 Tak. 219 00:10:46,564 --> 00:10:49,150 -Tak? -Tak, semua tak seperti yang diharapkan. 220 00:10:49,234 --> 00:10:51,986 Dah sepuluh tahun saya impikan saat ini 221 00:10:52,070 --> 00:10:54,322 dan impian saya tak melibatkan pakaian ini. 222 00:10:54,656 --> 00:10:55,698 Dah suruh awak tukar. 223 00:10:55,782 --> 00:10:58,952 Saya tersinggung dengan betapa teruknya semua ini! 224 00:10:59,035 --> 00:11:00,286 Apa kejadah? 225 00:11:00,370 --> 00:11:01,996 Okey, betul kata awak, ini teruk. 226 00:11:02,080 --> 00:11:03,915 Saya boleh buat dengan lebih baik. Okey? 227 00:11:03,998 --> 00:11:06,459 Gelinya. Saya boleh buat lebih baik. 228 00:11:06,626 --> 00:11:08,586 Hasilnya agak bagus. Nak bingkaikan? 229 00:11:08,670 --> 00:11:11,131 Tak. Entahlah. Tunggu. Ingrid! 230 00:11:11,840 --> 00:11:12,799 Semoga berjaya. 231 00:11:14,884 --> 00:11:16,094 Suhu awak normal. 232 00:11:16,177 --> 00:11:17,971 Perut saya yang sakit. 233 00:11:18,054 --> 00:11:19,055 Kepala juga. 234 00:11:19,848 --> 00:11:23,810 Awak boleh berehat sepanjang hari di apartmen, saya nak pergi kerja. 235 00:11:23,893 --> 00:11:25,937 Saya takut. 236 00:11:26,020 --> 00:11:28,773 Apa jadi jika saya pengsan 237 00:11:28,857 --> 00:11:32,610 dan terhantuk kepala lalu berdarah di atas karpet awak? 238 00:11:32,694 --> 00:11:34,904 Kemudian, awak tak jumpa mayat saya sehingga malam... 239 00:11:34,988 --> 00:11:35,989 Aduhai, Aleesha. 240 00:11:36,072 --> 00:11:38,491 Awak dituduh buat jenayah yang awak tak lakukan. 241 00:11:38,575 --> 00:11:40,076 Awak kena bersama saya. 242 00:11:40,160 --> 00:11:42,454 Okey. Mungkin awak demam. 243 00:11:42,537 --> 00:11:44,122 Baiklah, saya tak pergi kerja. 244 00:11:44,205 --> 00:11:45,999 Biar saya buatkan awak teh. 245 00:11:47,500 --> 00:11:49,294 Tambahkan ais juga. 246 00:11:49,377 --> 00:11:51,546 Saya tak nak lidah saya melecur. 247 00:11:54,674 --> 00:11:56,050 Apa awak kata kepada dia? 248 00:11:56,134 --> 00:11:58,219 Dia bantu awak tapi akan berpisah dengan saya? 249 00:11:58,303 --> 00:11:59,471 Apa kejadahnya? 250 00:11:59,554 --> 00:12:01,431 Mungkin dia belum bersedia? 251 00:12:01,514 --> 00:12:02,765 Apa awak cakap kepada dia? 252 00:12:02,849 --> 00:12:04,225 -Tak. -Apa? Awak cemburu? 253 00:12:04,559 --> 00:12:06,978 Dia kata awak bergurau tentang seks tiga hala. 254 00:12:07,061 --> 00:12:08,855 Apa? Tak, dia... 255 00:12:08,938 --> 00:12:11,608 Kami ada persediaan saksi nanti. Biar saya cakap dengan dia. 256 00:12:12,734 --> 00:12:13,818 Awak pegang kambing? 257 00:12:15,028 --> 00:12:16,279 Tak perlu masuk campur. 258 00:12:17,030 --> 00:12:18,198 Okey. 259 00:12:18,907 --> 00:12:20,992 Awak dibebaskan. 260 00:12:22,785 --> 00:12:24,037 Okey. 261 00:12:45,517 --> 00:12:48,269 Budak lif, saya perlu cakap dengan awak. 262 00:12:48,353 --> 00:12:50,855 Tolong mari sini. Dengan segera. 263 00:12:50,939 --> 00:12:52,482 Terima kasih. Bagus. 264 00:12:53,858 --> 00:12:55,026 Ada apa? 265 00:12:58,279 --> 00:12:59,364 Budak lif. 266 00:13:00,490 --> 00:13:03,743 Hai. Hari ini begitu seronok di tempat kerja. 267 00:13:03,826 --> 00:13:05,870 Hari yang begitu indah, hebat dan mengagumkan. 268 00:13:06,454 --> 00:13:07,789 Mungkin untuk awak. 269 00:13:07,872 --> 00:13:09,499 Bagi saya, hari-hari sama saja. 270 00:13:09,582 --> 00:13:11,960 Naik turun di dalam kotak. 271 00:13:12,043 --> 00:13:13,211 Ya. 272 00:13:13,294 --> 00:13:17,173 Mungkin awak patut cuba meninjau ke luar tingkap. 273 00:13:17,257 --> 00:13:19,634 Betul-betul tinjau ke luar tingkap. 274 00:13:24,889 --> 00:13:26,516 Apa masalah awak sebenarnya? 275 00:13:26,599 --> 00:13:30,311 Saya melambai-lambai tangan saya. Ini satu kecemasan. 276 00:13:30,395 --> 00:13:31,396 Kuat lagi. 277 00:13:31,479 --> 00:13:34,482 Saya rasa cemas sangat. 278 00:13:34,941 --> 00:13:36,025 Tak mengapa? 279 00:13:37,860 --> 00:13:40,280 Gilanya. Apa ini? 280 00:13:40,363 --> 00:13:43,032 -Apa berlaku? -Malaikat saya dah tak betul. 281 00:13:43,116 --> 00:13:44,826 Dua-Gigabait berpusu-pusu ke lobi. 282 00:13:44,909 --> 00:13:46,661 Saya perlu... 283 00:13:46,744 --> 00:13:48,705 Hei, bertenang. 284 00:13:48,788 --> 00:13:50,957 Bertenang dulu. Saya akan log masuk. 285 00:14:12,770 --> 00:14:14,981 -Tidak. Tolong! Jangan! -Tidak. Hentikan. Ya Tuhan! 286 00:14:15,064 --> 00:14:18,651 -Aduhai... -Saya perlukan bantuan... 287 00:14:18,735 --> 00:14:19,944 Saya kena pergi kerja. 288 00:14:21,112 --> 00:14:27,076 Apa kata saya sediakan suite rawatan VIP yang istimewa dan selesa di Lakeview 289 00:14:27,160 --> 00:14:30,079 dan awak boleh masuk guna VR ketika berada di sini. 290 00:14:30,163 --> 00:14:31,914 Kita berjumpa pada waktu rehat saya. 291 00:14:35,710 --> 00:14:37,086 Jumpa nanti, sayang. 292 00:14:37,587 --> 00:14:38,880 Okey. 293 00:14:39,839 --> 00:14:41,174 Komputer riba. 294 00:14:43,551 --> 00:14:44,886 Rasa gementar? 295 00:14:45,511 --> 00:14:47,472 Ingat, awak cintakan seorang Upload. 296 00:14:47,555 --> 00:14:51,059 Ini peluang langka untuk buat juri rasakan betapa tak adilnya keadaan 297 00:14:51,142 --> 00:14:53,895 kerana kekasih awak dimiliki oleh Horizen. 298 00:14:53,978 --> 00:14:56,814 Tak. Jangan buat begitu. Beritahu fakta saja. 299 00:14:56,898 --> 00:14:59,025 Saya akan bantu dan ketika pemeriksaan balas, 300 00:14:59,108 --> 00:15:02,779 lebih baik awak kurang bercakap agar tiada perkara yang tak konsisten. 301 00:15:02,862 --> 00:15:05,406 Nora, hanya ada satu tujuan untuknya, 302 00:15:05,490 --> 00:15:07,241 kaitkan Choak dengan Freeyond. 303 00:15:16,334 --> 00:15:18,544 Hubungan saya dengan Nathan tak jelas. 304 00:15:19,212 --> 00:15:20,922 Dengan versi saya. 305 00:15:21,005 --> 00:15:22,298 Hei, apa berlaku? 306 00:15:25,093 --> 00:15:28,513 Saya buat awak sedar keburukan bercinta dengan Upload? 307 00:15:29,514 --> 00:15:32,266 Saya sudah lama mengejar dia, 308 00:15:32,350 --> 00:15:34,727 apabila keadaan bertukar, saya... 309 00:15:35,520 --> 00:15:36,979 berasa cemas. 310 00:15:37,730 --> 00:15:39,816 Awak rasa jika dia suka awak, 311 00:15:40,650 --> 00:15:43,695 mungkin ada sesuatu tak kena dengan dia? 312 00:15:44,278 --> 00:15:45,238 Ya. 313 00:15:45,947 --> 00:15:47,073 Sayang. 314 00:15:49,909 --> 00:15:51,577 Ibu bapa awak teruk. 315 00:16:02,171 --> 00:16:04,090 Saya tiada keyakinan diri macam awak. 316 00:16:06,551 --> 00:16:08,010 Saya taklah begitu yakin 317 00:16:08,928 --> 00:16:10,346 Saya tak... 318 00:16:11,848 --> 00:16:17,103 Saya tak tahu pun perkara yang saya harapkan... Atau cari. 319 00:16:17,979 --> 00:16:21,274 Hubungan dengan Nathan saya memang bagus. 320 00:16:23,359 --> 00:16:26,446 Namun, saya bersedia untuk lebih daripada itu. 321 00:16:28,614 --> 00:16:31,868 Montreal terasa sedikit... 322 00:16:33,327 --> 00:16:34,579 menghampakan. 323 00:16:36,664 --> 00:16:38,040 Mungkin... 324 00:16:39,000 --> 00:16:41,794 Mungkin perasaannya buat saya tak begitu kuat. 325 00:16:45,173 --> 00:16:47,175 Saya pun nak dilamar. 326 00:16:49,010 --> 00:16:51,512 Saya tahu. Mari sini. 327 00:16:58,269 --> 00:17:00,521 Kemudian, saya sewa Bayi Botoks, 328 00:17:00,605 --> 00:17:02,440 musim lapan Jika Katil Bayi Ini Bersuara, 329 00:17:02,523 --> 00:17:05,109 serta drama "Suka hati saya nak susukan siapa." 330 00:17:05,193 --> 00:17:07,612 Macam mana? 331 00:17:11,449 --> 00:17:12,699 Itu saja jawapan awak? 332 00:17:15,160 --> 00:17:18,331 Saya bersusah payah menyediakan suite ini, Aleesha. 333 00:17:20,500 --> 00:17:22,877 Mesej Luke. "Tak boleh batalkan redaman. Tolong. 334 00:17:22,959 --> 00:17:26,005 Suite 11230." Hantar mesej. 335 00:17:32,595 --> 00:17:33,554 Buka. 336 00:17:34,472 --> 00:17:37,183 Ding-dong! Helo! 337 00:17:37,266 --> 00:17:39,310 Cantiknya tempat ini. 338 00:17:41,854 --> 00:17:44,607 Al. Al sakit. 339 00:17:44,690 --> 00:17:49,987 Beginilah. Baik awak rehat dan jangan bercakap. 340 00:17:50,071 --> 00:17:51,280 Rehat saja. 341 00:17:51,364 --> 00:17:53,908 Jadi, awak terdengar ayah awak dan David Choak 342 00:17:53,991 --> 00:17:55,743 beli kod yang menjadi asas Freeyond? 343 00:17:56,786 --> 00:17:58,287 Syarikat Upload pula macam mana? 344 00:17:58,371 --> 00:18:01,207 Boleh awak sahkan hubungan dengan manfaat bersama 345 00:18:01,290 --> 00:18:03,918 antara David Choak dengan pengurusan kanan Horizen? 346 00:18:04,001 --> 00:18:05,253 Ya. 347 00:18:05,336 --> 00:18:09,715 Choak suruh Horizen sekat fail memori kekasih saya selepas dia membuat Upload. 348 00:18:09,799 --> 00:18:12,176 Terima kasih, Cik Kannerman. Itu sahaja. 349 00:18:13,553 --> 00:18:14,637 Cik Kannerman. 350 00:18:15,096 --> 00:18:17,223 Adakah benar menurut syarat perkhidmatan 351 00:18:17,306 --> 00:18:19,016 yang ditandatangani kekasih awak... 352 00:18:19,100 --> 00:18:20,977 Di hospital. Tanpa pilihan. 353 00:18:21,060 --> 00:18:23,813 Dia berikan persetujuan yang imbasan Uploadnya akan, 354 00:18:23,896 --> 00:18:27,775 saya petik, "dimiliki syarikat Horizen untuk digunakan mengikut keperluan." 355 00:18:28,317 --> 00:18:30,361 Namun, adakah itu adil? 356 00:18:30,444 --> 00:18:32,530 Ini seorang insan. 357 00:18:32,613 --> 00:18:34,866 Sebenarnya, ini hanyalah simulasi orang 358 00:18:34,949 --> 00:18:37,702 yang menjadi hak milik intelektual syarikat AS. 359 00:18:41,372 --> 00:18:43,165 Tak, awak fikir begitu. 360 00:18:43,791 --> 00:18:45,751 Saya fikirkan seorang insan. 361 00:18:46,586 --> 00:18:49,297 Yang setia dan penuh kasih sayang. 362 00:18:49,380 --> 00:18:50,840 Lain daripada syarikat Horizen, 363 00:18:50,923 --> 00:18:55,261 yang entah kenapa dianggap sebagai orang menurut undang-undang. 364 00:18:55,344 --> 00:18:57,346 Kekasih saya, Nathan, seorang yang hebat. 365 00:18:57,430 --> 00:19:00,182 Dia penyabar dan memahami. 366 00:19:00,266 --> 00:19:03,019 Saya pun tak tahu apa masalah saya. 367 00:19:03,102 --> 00:19:06,397 Saya jauhkan diri kerana mahu kawal perkara yang terjadi. 368 00:19:06,480 --> 00:19:09,901 Macam dia hanya produk yang saya beli. 369 00:19:09,984 --> 00:19:14,614 Buat seketika, saya terkejut kerana dia mulakan sesuatu begitu penting. 370 00:19:14,697 --> 00:19:16,365 Namun, itu tujuannya. 371 00:19:16,908 --> 00:19:19,201 Dia bukan produk, dia seorang insan. 372 00:19:20,119 --> 00:19:22,121 Saya jumpa bekas kekasih saya, Nathan 373 00:19:22,204 --> 00:19:25,207 dan saya masih pilih kekasih saya kerana saya cintakan dia. 374 00:19:25,291 --> 00:19:29,295 Jika dia masih mahukan saya, maka ya, saya sudi mengahwini dia. 375 00:19:30,713 --> 00:19:32,006 Saya sudi. 376 00:19:32,840 --> 00:19:35,676 -Maaf, Cik Kannerman, Nathan Brown? -Ya. 377 00:19:35,760 --> 00:19:37,678 -Dia kekasih awak sekarang? -Ya. 378 00:19:37,762 --> 00:19:39,722 Namun, awak kata bekas kekasih. 379 00:19:39,805 --> 00:19:42,934 Dia bekas atau kekasih awak yang sekarang? 380 00:19:43,017 --> 00:19:44,268 Kedua-duanya. 381 00:19:44,352 --> 00:19:49,732 Awak kata, "Saya jumpa bekas kekasih saya, Nathan dan saya pilih kekasih saya." 382 00:19:49,815 --> 00:19:52,109 Kemudian, awak kata Nathan Brown kedua-duanya. 383 00:19:52,193 --> 00:19:54,820 Jadi, ada dua Nathan, Cik Kannerman? 384 00:19:56,697 --> 00:19:58,616 Saya sangka awak kata kita dah selesai. 385 00:19:58,699 --> 00:20:01,243 Tak. Kita baru bermula. 386 00:20:02,119 --> 00:20:02,995 Alamak! 387 00:20:03,079 --> 00:20:03,913 BAYI BOTOKS 388 00:20:03,996 --> 00:20:07,625 Sofia kembali dan mendapati putingnya dalam mulut Jayla. 389 00:20:07,708 --> 00:20:09,585 -Hei, Al? -Ya. 390 00:20:09,669 --> 00:20:10,711 Saya rasa saya nak... 391 00:20:10,795 --> 00:20:12,254 ...pergi sekejap. 392 00:20:13,255 --> 00:20:15,633 Mungkin buat sedikit kerja di pejabat saya. 393 00:20:15,716 --> 00:20:18,844 Tapi beritahu saya jika perlukan apa-apa. 394 00:20:24,976 --> 00:20:26,394 MESEJ DARIPADA: ALEESHA JANGAN BIAR DIA PERGI! 395 00:20:28,312 --> 00:20:29,355 Okey. 396 00:20:29,981 --> 00:20:32,316 Karina! 397 00:20:34,819 --> 00:20:39,281 Hei. Saya nak sedikit maklum balas untuk persembahan solo saya. 398 00:20:39,699 --> 00:20:43,160 Ia gabungan nyanyian rap, tarian dan berkonsepkan autobiografi. 399 00:20:43,244 --> 00:20:44,328 FAIL DISALIN KE PEMACU CINCIN 400 00:20:45,079 --> 00:20:46,872 Aleesha rasa ia bermasalah, 401 00:20:46,956 --> 00:20:50,167 tapi dia berjanji takkan cakap apa-apa sehingga tamat. 402 00:20:50,251 --> 00:20:53,337 Tolonglah? Awak memang pandai nilai. 403 00:20:55,631 --> 00:20:56,799 Okey. Cepat sikit. 404 00:20:56,882 --> 00:20:58,467 MENYALIN FAIL - SELESAI 47% 405 00:20:59,844 --> 00:21:01,220 Tirai dinaikkan, suasana gelap. 406 00:21:02,471 --> 00:21:04,890 "Saya tiada nama!" 407 00:21:05,725 --> 00:21:07,643 Saya disuluh cahaya. 408 00:21:08,436 --> 00:21:11,814 Kemudian, saya dilahirkan. 409 00:21:11,897 --> 00:21:14,859 Tunggu sekejap. Kemudian, mak saya kata, 410 00:21:14,942 --> 00:21:19,030 "Budak ini bernama Luke Crossley." 411 00:21:19,113 --> 00:21:21,198 MENYALIN FAIL - SELESAI 90% 412 00:21:27,997 --> 00:21:32,877 Nama saya Luke, saya baru dilahirkan Baru tadi, saya di dalam mak saya 413 00:21:32,960 --> 00:21:34,211 Teruknya. 414 00:21:34,587 --> 00:21:36,547 Awak langsung tak berbakat. 415 00:21:37,006 --> 00:21:40,509 Luke, tolonglah berhenti. Tak, berhenti. 416 00:21:40,593 --> 00:21:42,011 Tidak, jangan... 417 00:21:43,137 --> 00:21:44,847 Jangan letak pada kepala awak. 418 00:21:44,930 --> 00:21:46,932 Okey, beginilah. 419 00:21:47,016 --> 00:21:49,143 Awak memang bodoh. 420 00:21:49,935 --> 00:21:52,897 Tolol sangat. 421 00:22:04,658 --> 00:22:05,659 Saya berjaya. 422 00:22:08,162 --> 00:22:10,539 -Hebatnya awak! -Awak pun! 423 00:22:32,686 --> 00:22:33,771 Ya Tuhan. 424 00:22:38,984 --> 00:22:39,860 Telefon Nora. 425 00:22:40,277 --> 00:22:41,904 Hei, sekarang rehat. 426 00:22:41,987 --> 00:22:43,155 Macam mana? 427 00:22:43,239 --> 00:22:44,365 Teruk. 428 00:22:44,448 --> 00:22:47,326 Saya buat Ingrid beremosi dan mungkin rosakkan kes ini. 429 00:22:47,952 --> 00:22:50,121 Saya akan selamatkannya. 430 00:22:50,204 --> 00:22:53,374 Saya akan hantar maklumat dahsyat berjumlah satu terabait. 431 00:22:53,457 --> 00:22:57,044 Pastikan semua orang tahu fail ini daripada Karina Silva. 432 00:22:57,128 --> 00:22:58,045 Awak yang terbaik. 433 00:23:04,093 --> 00:23:05,177 Sayang? 434 00:23:15,062 --> 00:23:17,481 "Apabila awak dah bersedia, betul-betul bersedia, 435 00:23:18,023 --> 00:23:19,483 bangunkan saya dengan kucupan." 436 00:23:55,144 --> 00:23:56,896 -Hei. -Hai. 437 00:23:58,355 --> 00:24:03,360 Awak begitu hebat, kuat dan berani hari ini. 438 00:24:05,196 --> 00:24:06,697 Tentulah saya masih mahukan awak. 439 00:24:08,699 --> 00:24:09,825 Maka, saya sudi. 440 00:24:11,076 --> 00:24:12,620 -Ya? -Tak. 441 00:24:12,703 --> 00:24:13,829 -Tak? -Ya. 442 00:24:13,913 --> 00:24:14,872 -Ya. -Tak. 443 00:24:14,955 --> 00:24:16,790 -Ya. -Ya. 444 00:24:24,798 --> 00:24:27,718 Apa saya buat? Saya kena rancang majlis perkahwinan. 445 00:24:27,801 --> 00:24:28,677 Aduhai. 446 00:24:29,220 --> 00:24:30,554 Comel betul. 447 00:24:32,139 --> 00:24:35,476 -Baiklah. Saya nak Stormi Jenner... -Terlupa sesuatu? 448 00:24:36,560 --> 00:24:39,355 Alamak! Macam mana boleh lupa? 449 00:24:40,064 --> 00:24:42,816 Ini yang paling penting. Main-main saja. Awaklah terpenting! 450 00:24:44,485 --> 00:24:46,654 Selamat pagi. Saya nak serahkan 451 00:24:46,737 --> 00:24:49,782 beberapa dokumen baharu yang baru diberikan kepada plaintif 452 00:24:49,865 --> 00:24:51,909 oleh pemberi maklumat bernama Karina Silva. 453 00:24:51,992 --> 00:24:54,286 Pertamanya, e-mel daripada Miro Mansour 454 00:24:54,370 --> 00:24:57,915 kepada David Choak, Rory Shickleman dan Penny Chao. 455 00:24:57,998 --> 00:25:01,627 Yang Arif, kami perlukan waktu rehat dengan segera. 456 00:25:01,710 --> 00:25:02,962 Mahkamah direhatkan. 457 00:25:06,257 --> 00:25:07,633 -Nampak muka mereka? -Ya. 458 00:25:07,716 --> 00:25:09,176 Mereka tahu nahaslah mereka. 459 00:25:09,260 --> 00:25:11,136 -Ini bagus, bukan? -Ya. 460 00:25:12,638 --> 00:25:16,558 Saya pun berasa optimistik. 461 00:25:17,393 --> 00:25:20,938 Saya mungkin cukup sah untuk dapatkan lesen di Montreal. 462 00:25:22,106 --> 00:25:23,482 Lesen? 463 00:25:24,358 --> 00:25:27,319 Lesen apa? 464 00:25:27,403 --> 00:25:31,907 Entah. Lesen apa yang boleh diambil di Kanada? 465 00:25:31,991 --> 00:25:35,911 -Saya tak perlukan lesen buru moose. -Awak tak perlukan. 466 00:25:39,999 --> 00:25:42,209 Cik Kannerman. Tingkat berapa? 467 00:25:44,003 --> 00:25:46,380 Saya sebenarnya tak nak ke tingkat lain. 468 00:25:46,463 --> 00:25:47,881 Okey. 469 00:25:49,758 --> 00:25:52,094 Saya nak jemput awak ke majlis perkahwinan saya. 470 00:25:52,177 --> 00:25:54,763 Majlis ini berbilang tingkat? Saya boleh bawa tetamu awak 471 00:25:54,847 --> 00:25:56,932 -dari majlis ke meja sambut tetamu. -Tak perlu. 472 00:25:57,016 --> 00:26:00,352 Sebenarnya saya belum tentukan lokasi majlis. Saya... 473 00:26:01,020 --> 00:26:03,939 Saya nak jemput awak sebagai tetamu. 474 00:26:05,524 --> 00:26:06,734 Ya. 475 00:26:06,817 --> 00:26:10,988 Marilah, Pengendali Lif AI, sebagai salah seorang kawan saya. 476 00:26:11,947 --> 00:26:12,948 Kawan? 477 00:26:13,407 --> 00:26:14,533 Ya. 478 00:26:15,451 --> 00:26:18,787 Beritahulah macam mana, ya? 479 00:26:19,705 --> 00:26:21,290 Jangan bawa pasangan. 480 00:26:22,082 --> 00:26:25,419 Atau kawan-kawan awak yang ramai. 481 00:26:25,502 --> 00:26:26,712 Saya serius. 482 00:26:34,470 --> 00:26:36,430 Plaintif, boleh saya minta perhatian? 483 00:26:36,513 --> 00:26:37,348 Hei. 484 00:26:37,973 --> 00:26:38,974 Kalian menang. 485 00:26:42,227 --> 00:26:43,562 -Kita menang. -Hei. 486 00:26:45,439 --> 00:26:48,233 Setiap keluarga yang kehilangan ahli disebabkan Freeyond 487 00:26:48,317 --> 00:26:52,029 akan diperuntukkan sekurang-kurangnya sejuta dolar selepas perbelanjaan. 488 00:26:58,327 --> 00:26:59,745 Holden. 489 00:27:00,245 --> 00:27:01,830 Apa syarat penyelesaian? 490 00:27:01,914 --> 00:27:04,375 Apa terjadi pada semua maklumat dahsyat yang ditemukan? 491 00:27:04,458 --> 00:27:07,378 Semuanya ialah maklumat sulit. Itu amalan standard. 492 00:27:07,461 --> 00:27:10,172 Saya sangka kita akan umumkan kepada orang ramai, 493 00:27:10,255 --> 00:27:12,758 dedahkan Horizen dan bawa keadilan? 494 00:27:12,841 --> 00:27:16,220 Kita dapatkan keadilan berjumlah $140 juta untuk mangsa terselamat. 495 00:27:17,471 --> 00:27:20,099 Baguslah. Namun, saya macam mana? 496 00:27:20,182 --> 00:27:22,142 Keadaan Upload langsung tak berubah. 497 00:27:22,226 --> 00:27:24,395 Kami masih bukan orang secara perundangan. 498 00:27:24,478 --> 00:27:26,271 Saya tak mewakili Upload. 499 00:27:26,355 --> 00:27:28,690 Saya mewakili klien dan syarikat saya. 500 00:27:29,400 --> 00:27:30,776 Kita menang besar untuk mereka. 501 00:27:30,859 --> 00:27:32,653 Tapi ini keputusan yang teruk. 502 00:27:33,737 --> 00:27:36,615 Jika itu pandangan awak, awak tiada harapan sebagai peguam. 503 00:27:41,245 --> 00:27:43,122 Saya pun rasa begitu. 504 00:27:53,006 --> 00:27:53,882 Telefon Luke. 505 00:27:54,508 --> 00:27:55,717 Hei! 506 00:27:56,260 --> 00:27:59,972 Nora kata mereka takkan umumkan apa-apa maklumat yang kita hantar. 507 00:28:00,055 --> 00:28:01,557 Semuanya jadi maklumat sulit. 508 00:28:01,640 --> 00:28:03,058 Apa? Kenapa? 509 00:28:03,142 --> 00:28:06,061 Leeshy, Karina mahu jumpa awak di pejabatnya. 510 00:28:08,230 --> 00:28:09,398 Saya akan dipecat. 511 00:28:10,482 --> 00:28:12,693 Jika awak dipecat, kita takkan berjumpa lagi. 512 00:28:13,610 --> 00:28:15,320 Karina kata, sekarang. 513 00:28:17,531 --> 00:28:18,824 Habislah. 514 00:28:21,577 --> 00:28:23,245 Nanti kita berjumpa. 515 00:28:29,793 --> 00:28:32,004 Perhatian. 516 00:28:32,087 --> 00:28:34,882 Hei, disebabkan oleh kes saman baru-baru ini, 517 00:28:34,965 --> 00:28:39,136 Horizen akan meningkatkan usaha pematuhan kepada tiga peraturan. 518 00:28:39,219 --> 00:28:42,222 Jadi, secara undang-undang, hanya boleh wujud 519 00:28:42,306 --> 00:28:45,642 satu otak yang hidup bagi setiap manusia, tak kira hidup atau mati. 520 00:28:46,101 --> 00:28:48,479 Jadi, takkan dipersalahkan atau dihukum, 521 00:28:48,562 --> 00:28:52,149 kami cuma nak tahu berapa Malaikat di cawangan ini 522 00:28:52,232 --> 00:28:55,569 yang pernah menyalin Upload mereka secara haram. 523 00:28:55,652 --> 00:28:57,070 Berapa? Angkat tangan. 524 00:29:03,035 --> 00:29:05,829 Ya Tuhan. Tak sangka seramai ini. 525 00:29:07,581 --> 00:29:08,415 Hei. 526 00:29:10,417 --> 00:29:11,668 Jadi, 527 00:29:12,419 --> 00:29:15,881 awak nak bincangkan perkara yang kita bualkan tadi? 528 00:29:15,964 --> 00:29:18,759 Atau awak rasa tak begitu optimistik sekarang? 529 00:29:18,842 --> 00:29:20,260 Nampaknya, 530 00:29:21,136 --> 00:29:23,805 saya takkan jadi betul-betul sah lagi. 531 00:29:24,515 --> 00:29:25,349 Ya. 532 00:29:25,432 --> 00:29:27,226 Namun, saya terfikir. 533 00:29:28,352 --> 00:29:31,271 Lantaklah. Dulu saya manusia, kini pun sama. 534 00:29:31,355 --> 00:29:33,690 Tak kisah takrif siapa yang saya tak penuhi. 535 00:29:34,691 --> 00:29:35,526 Ya. 536 00:29:35,609 --> 00:29:39,446 Dari satu sudut, hari ini memang teruk. 537 00:29:39,530 --> 00:29:41,823 Namun, kita boleh pandang hal ini begini. 538 00:29:41,907 --> 00:29:44,826 Kita dah buat yang terbaik. Okey? Kita tamatkan Freeyond, 539 00:29:44,910 --> 00:29:47,579 kita juga berikan keadilan bagi keluarga mereka. 540 00:29:48,747 --> 00:29:50,999 Beban yang dipikul dah tiada. 541 00:29:51,083 --> 00:29:54,545 Kita tak betulkan semuanya, dunia masih tak sempurna... 542 00:29:56,797 --> 00:29:59,591 Walaupun awak layak diberikan kesempurnaan, 543 00:29:59,675 --> 00:30:02,135 mungkin tak mengapa untuk kita cuma fikirkan diri kita 544 00:30:02,219 --> 00:30:03,887 dan tak tunggu detik yang sempurna. 545 00:30:05,931 --> 00:30:08,475 Saya tak dapat dokumen yang merasmikan hubungan ini. 546 00:30:09,309 --> 00:30:10,769 Tapi saya tahu isi hati saya. 547 00:30:12,062 --> 00:30:14,314 -Isi hati saya pun sama. -Saya tahu. 548 00:30:15,524 --> 00:30:17,776 Itu yang penting bagi saya. 549 00:30:27,828 --> 00:30:29,871 Tuan, boleh minta kad pengenalan awak? 550 00:30:31,290 --> 00:30:32,624 Ya. 551 00:30:33,667 --> 00:30:36,420 Ada dalam seluar saya yang lain. Seluar jean saya. 552 00:30:36,503 --> 00:30:38,130 Seluar jean tak boleh dicuci lama, 553 00:30:38,213 --> 00:30:42,384 jadi saya letak di dalam penyejuk beku buat semalaman dan tertinggal dalam saku. 554 00:30:43,552 --> 00:30:45,095 Ya, saya pernah dengar. 555 00:30:45,596 --> 00:30:46,888 Okey, tiada masalah. 556 00:30:46,972 --> 00:30:48,473 -Bagus. Selamat malam. -Terima kasih. 557 00:30:48,557 --> 00:30:49,683 Tak. 558 00:30:50,309 --> 00:30:51,643 Itu dialah, bodoh. 559 00:30:52,644 --> 00:30:54,646 Maaf, awak kena ikut kami. 560 00:30:54,730 --> 00:30:55,856 -Tak mengapa. -Apa? 561 00:30:55,939 --> 00:30:59,192 Tak mengapa. Saya akan kembali, okey? Ada banyak lagi nak dibualkan. 562 00:31:00,277 --> 00:31:01,320 Alamak! 563 00:31:01,403 --> 00:31:02,821 -Nathan? -Tidak. 564 00:31:03,655 --> 00:31:05,240 Saya tak apa-apa. Saya akan kembali. 565 00:31:08,368 --> 00:31:09,661 Montreal! 566 00:31:10,996 --> 00:31:12,247 Montreal! 567 00:31:18,086 --> 00:31:21,381 48,000 pekerja Horizen mempunyai pengumuman. 568 00:31:21,465 --> 00:31:24,593 Kami tahu kami perlu berusaha untuk peroleh kepercayaan anda. 569 00:31:24,676 --> 00:31:27,971 Untuk mengiktiraf hal itu, kami mahukan nama samaran yang bermakna. 570 00:31:28,055 --> 00:31:29,723 Memperkenalkan Betta. 571 00:31:35,228 --> 00:31:36,313 Berhenti! 572 00:31:37,230 --> 00:31:38,231 Ya Tuhan. 573 00:31:38,315 --> 00:31:39,900 Anda masih boleh gunakan nama lama. 574 00:31:39,983 --> 00:31:44,363 Tak mengapa, nama lama masih wujud sebagai simpanan bagi liabiliti kami, 575 00:31:44,446 --> 00:31:47,282 namun aset kami kini digelar sebagai Betta. 576 00:31:47,366 --> 00:31:48,617 Lari! 577 00:31:48,700 --> 00:31:50,619 Ke Zon Kelabu! 578 00:31:50,702 --> 00:31:51,703 Pergi! 579 00:31:57,584 --> 00:32:00,295 Betta berdedikasi untuk tingkatkan mutu hidup 580 00:32:00,379 --> 00:32:04,633 bagi pemegang saham, pekerja, pelanggan serta Upload kami. 581 00:32:06,468 --> 00:32:07,886 Pergi! 582 00:32:15,602 --> 00:32:17,896 Betta akan berdedikasi untuk pematuhan lebih baik 583 00:32:17,979 --> 00:32:18,814 MAHKAMAH PERUNDANGAN 584 00:32:18,897 --> 00:32:22,067 yang bermakna kepatuhan ketat kepada tiga peraturan. 585 00:32:25,195 --> 00:32:26,988 Alamak! 586 00:32:31,618 --> 00:32:35,080 Apabila mengamanahkan imbasan anda atau imbasan orang tersayang anda, 587 00:32:35,163 --> 00:32:39,042 kami harus patuh undang-undang pentadbiran secara sepenuhnya. 588 00:32:43,463 --> 00:32:44,881 Namun, demi masa hadapan, 589 00:32:44,965 --> 00:32:47,134 di Betta, kami percaya Upload mahu bekerja 590 00:32:47,217 --> 00:32:51,513 dan kami mestilah mencari jalan agar Upload lebih mampu milik. 591 00:32:58,437 --> 00:33:00,856 Maka, bergantung pada undian bagi HR-52556, 592 00:33:00,939 --> 00:33:01,857 BENARKAN UPLOAD BEKERJA 593 00:33:02,357 --> 00:33:04,651 kami memperkenalkan Workload. 594 00:33:04,735 --> 00:33:06,653 Kelas Upload istimewa bagi orang 595 00:33:06,737 --> 00:33:10,741 yang mahu kekal produktif dan sihat dalam hidup selepas mati digital mereka. 596 00:33:10,824 --> 00:33:15,203 Cara baharu untuk kami menjadikan hidup Betta dan Betta. 597 00:33:18,373 --> 00:33:20,208 -Ada berita daripada Nathan? -Tiada. 598 00:33:20,292 --> 00:33:23,754 Saya pun. Hanya ini daripada khidmat pelanggan Horizen. 599 00:33:24,421 --> 00:33:27,507 Pelanggan terhormat, ralat pendua anda telah diselesaikan. 600 00:33:27,591 --> 00:33:30,302 Sila isi tinjauan pendek jika anda sarankan khidmat kami. 601 00:33:30,385 --> 00:33:31,261 Pergi mampus. 602 00:33:32,971 --> 00:33:34,264 PANGGILAN DARIPADA NATHAN BROWN 603 00:33:34,347 --> 00:33:35,599 Ya Tuhan. Mana alat kawalan? 604 00:33:35,682 --> 00:33:37,142 Ya Tuhan. Mana alat kawalan? 605 00:33:37,225 --> 00:33:39,144 Angkat. 606 00:33:40,645 --> 00:33:41,480 Hei. 607 00:33:41,563 --> 00:33:43,523 -Nathan, awak okey? -Sayang, awak okey? 608 00:33:43,607 --> 00:33:45,525 Ya. Saya tak apa-apa. 609 00:33:46,902 --> 00:33:49,696 Sebab bedebah itu buat kami jadi seorang saja. 610 00:33:51,114 --> 00:33:52,532 Saya jumpa Nathan Lain. 611 00:33:54,201 --> 00:33:55,285 Mereka musnahkan dia. 612 00:33:55,577 --> 00:33:58,914 Apa? Ya Tuhan! 613 00:33:59,372 --> 00:34:00,582 Tunggu! 614 00:34:01,374 --> 00:34:02,959 Awak yang mana? 615 00:35:33,341 --> 00:35:35,343 Terjemahan sari kata oleh Hidayah Zulkipli 616 00:35:35,427 --> 00:35:37,429 Penyelia Kreatif NHAzizan