1
00:00:07,007 --> 00:00:09,337
Tinggal tiga minit dalam Pusingan ke-13.
2
00:00:23,982 --> 00:00:26,032
Saya tak berminat dengan awak.
3
00:01:39,140 --> 00:01:40,310
Tak guna!
4
00:01:45,313 --> 00:01:47,983
Tinggal dua orang lagi sebelum syahmat.
5
00:01:51,277 --> 00:01:52,277
Kakak?
6
00:02:01,663 --> 00:02:06,173
Semua orang lebih risaukan nyawa mereka
daripada nyawa budak itu
7
00:02:06,251 --> 00:02:08,131
dan telah sertai Pasukan Ratu.
8
00:02:11,464 --> 00:02:14,724
Tiada orang sanggup bunuh budak,
9
00:02:16,010 --> 00:02:19,180
melainkan ketika nyawa sendiri
dalam bahaya.
10
00:02:19,264 --> 00:02:22,024
Mereka lebih rela
selamatkan nyawa sendiri.
11
00:02:22,892 --> 00:02:25,022
Itulah sifat manusia.
12
00:02:28,022 --> 00:02:29,022
Jika begitu…
13
00:02:31,401 --> 00:02:33,571
awak tak pernah kenal sesiapa
14
00:02:34,696 --> 00:02:36,566
yang bererti kepada awak.
15
00:02:43,872 --> 00:02:47,712
Saya benci orang hipokrit seperti awak.
16
00:02:51,588 --> 00:02:55,258
Jika budak ini penting bagi awak,
awak matilah bersama dia.
17
00:02:56,009 --> 00:02:57,589
Tapi saya tahu…
18
00:02:59,721 --> 00:03:02,601
lambat-laun, awak tentu ubah fikiran.
19
00:03:03,683 --> 00:03:04,683
Lihatlah nanti.
20
00:03:18,489 --> 00:03:19,489
Kakak okey?
21
00:03:22,202 --> 00:03:23,202
Saya janji,
22
00:03:24,954 --> 00:03:26,584
saya akan lindungi awak.
23
00:03:30,126 --> 00:03:33,666
Pusingan ke-14,
giliran Pasukan Pencabar bermula.
24
00:03:34,881 --> 00:03:37,881
Pusingan ini selama lima minit.
25
00:03:38,676 --> 00:03:39,676
Mula.
26
00:04:54,294 --> 00:04:55,294
Usagi!
27
00:04:55,670 --> 00:04:56,670
Tunggu di sana!
28
00:05:04,470 --> 00:05:05,470
Awak okey?
29
00:05:05,972 --> 00:05:07,772
Saya ada idea. Ikut saya.
30
00:05:31,122 --> 00:05:33,082
- Awak okey?
- Awak nampak mereka?
31
00:05:34,500 --> 00:05:36,840
Okey, kita tak ada banyak masa.
32
00:05:37,378 --> 00:05:38,378
Hei!
33
00:05:48,097 --> 00:05:51,557
Kita perlukan lima lagi.
Ada beberapa orang di atas.
34
00:05:51,642 --> 00:05:53,062
- Ayuh!
- Tunggu!
35
00:05:53,686 --> 00:05:56,306
- Kita perlu cepat. Dah tiada masa.
- Tunggu.
36
00:06:05,239 --> 00:06:09,659
Kamu betul-betul nak sertai
Pasukan Ratu dan menang?
37
00:06:11,162 --> 00:06:12,752
Ya, mestilah.
38
00:06:13,790 --> 00:06:14,870
Kami tak nak mati.
39
00:06:15,541 --> 00:06:19,751
Jika sertai Pasukan Ratu dan menang,
kami boleh kekal di sini selamanya.
40
00:06:20,254 --> 00:06:23,094
Jadi, kami tak perlu sertai permainan lain
41
00:06:23,800 --> 00:06:25,760
dan asyik elakkan tembakan.
42
00:06:26,344 --> 00:06:29,814
Bukankah ada yang lebih penting
daripada menang?
43
00:06:29,889 --> 00:06:32,309
Menanglah yang penting pada masa ini!
44
00:06:34,227 --> 00:06:35,597
Kamu semua salah.
45
00:06:38,689 --> 00:06:39,689
Pada masa ini,
46
00:06:40,900 --> 00:06:44,780
yang paling penting bukannya kemenangan.
47
00:06:48,032 --> 00:06:49,872
Tapi, pulang ke dunia asal.
48
00:06:54,455 --> 00:06:56,865
Jika kamu cuma fikir tentang menang
49
00:06:57,542 --> 00:07:00,462
dan ikut saja arahan Ratu,
kamu mungkin menang.
50
00:07:01,045 --> 00:07:04,045
Kamu mungkin boleh hidup
di dunia ini selamanya.
51
00:07:06,217 --> 00:07:07,797
Tapi itukah yang kamu nak?
52
00:07:09,595 --> 00:07:12,095
Jika pasukan kita menang
dan kalahkan Ratu,
53
00:07:12,181 --> 00:07:14,981
serta semua kad muka,
54
00:07:15,810 --> 00:07:19,310
kita mungkin boleh pulang ke dunia asal.
55
00:07:23,443 --> 00:07:26,243
Kita tak boleh pulang.
56
00:07:27,905 --> 00:07:29,065
Dunia itu
57
00:07:30,825 --> 00:07:32,405
telah berakhir.
58
00:07:33,161 --> 00:07:35,661
Permainan di sini ikut peraturan tertentu.
59
00:07:37,039 --> 00:07:39,999
Apabila kad muka kalah, mereka dibunuh.
60
00:07:40,918 --> 00:07:46,008
Jadi, jika kita kalahkan semua kad muka,
permainan tentu akan berakhir.
61
00:07:47,008 --> 00:07:48,968
Tiada permainan lagi selepas itu.
62
00:07:50,470 --> 00:07:52,310
Itu cuma fantasi awak.
63
00:07:53,973 --> 00:07:54,973
Mungkin.
64
00:07:55,933 --> 00:07:56,933
Namun begitu,
65
00:07:58,478 --> 00:08:02,398
cuma orang yang terus berharap
ada peluang untuk selamat.
66
00:08:04,066 --> 00:08:06,776
Kamu boleh terus hidup di sini
dengan Ratu,
67
00:08:07,737 --> 00:08:09,067
tapi itu cuma bermakna
68
00:08:10,239 --> 00:08:13,829
kamu hidup selamanya dalam permainan ini
dan saling membunuh.
69
00:08:17,705 --> 00:08:19,115
Jika kamu tak mahu begitu…
70
00:08:21,959 --> 00:08:23,789
marilah berusaha bersama kami.
71
00:08:29,926 --> 00:08:32,716
Tempat ini tak jauh bezanya
daripada dunia asal.
72
00:08:35,348 --> 00:08:37,848
Awak betul-betul nak pulang ke dunia asal?
73
00:08:40,019 --> 00:08:41,059
Tempat itu
74
00:08:43,147 --> 00:08:44,357
teruk sama sekali.
75
00:08:46,234 --> 00:08:48,154
Tempat ini mungkin lebih baik.
76
00:08:59,497 --> 00:09:00,497
Saya mengaku,
77
00:09:02,458 --> 00:09:04,708
sebelum ini saya pun fikir begitu.
78
00:09:06,462 --> 00:09:09,052
Dunia asal mungkin tak selalunya bagus.
79
00:09:12,927 --> 00:09:13,927
Namun begitu…
80
00:09:16,681 --> 00:09:18,431
saya masih nak pulang.
81
00:09:23,563 --> 00:09:25,573
Saya nak pulang ke dunia asal.
82
00:09:29,860 --> 00:09:32,030
Walaupun ia penuh dengan kepedihan…
83
00:09:34,657 --> 00:09:40,247
tapi saya dilahirkan
dan dibesarkan di sana.
84
00:09:42,415 --> 00:09:43,745
Saya rinduinya.
85
00:09:48,546 --> 00:09:50,666
Tempatnya sejuk dan sunyi,
86
00:09:55,052 --> 00:09:57,182
tapi disebabkan kehidupan di sana,
87
00:09:58,764 --> 00:10:00,144
saya dapat temui
88
00:10:01,684 --> 00:10:04,154
kebaikan dalam diri orang di sini.
89
00:10:08,774 --> 00:10:11,074
Sebelum ini saya lupa tentang itu.
90
00:10:19,201 --> 00:10:20,411
Saya nak pulang…
91
00:10:23,414 --> 00:10:25,254
dan mula semula di sana.
92
00:10:41,515 --> 00:10:42,515
Saya…
93
00:10:44,268 --> 00:10:45,268
nak pulang.
94
00:10:49,440 --> 00:10:50,440
Saya juga…
95
00:10:52,193 --> 00:10:53,323
nak pulang.
96
00:10:54,028 --> 00:10:55,608
Saya nak pulang
97
00:10:56,238 --> 00:10:57,908
untuk bersama keluarga saya.
98
00:11:15,633 --> 00:11:16,683
Adakah awak rasa…
99
00:11:18,928 --> 00:11:20,548
saya pun boleh mula semula?
100
00:11:25,476 --> 00:11:27,596
Tinggal dua pusingan lagi.
101
00:11:28,145 --> 00:11:32,225
Pusingan ke-15,
pusingan akhir Pasukan Ratu akan bermula.
102
00:11:32,983 --> 00:11:35,863
Pusingan ini selama lima minit. Mula.
103
00:12:03,180 --> 00:12:04,810
Mereka ada 14 orang?
104
00:12:04,890 --> 00:12:07,390
Kita perlukan lima orang
untuk jadi majoriti.
105
00:12:07,476 --> 00:12:09,436
Satu pusingan saja tak cukup.
106
00:12:09,520 --> 00:12:11,770
Mereka boleh menang dengan larikan diri.
107
00:12:11,856 --> 00:12:14,776
Kita cuma perlu buru mereka
satu demi satu.
108
00:12:15,693 --> 00:12:16,693
Tidak.
109
00:12:22,700 --> 00:12:23,700
Ada cara lain.
110
00:12:30,124 --> 00:12:33,594
Lelaki itu akan masuk pasukan saya
sebelum permainan tamat.
111
00:12:34,378 --> 00:12:35,548
Gadis itu pula?
112
00:12:38,841 --> 00:12:40,051
Saya tak mahu dia.
113
00:12:41,469 --> 00:12:44,759
Biar dia sedar,
sifat hipokrit tak berguna di negara ini.
114
00:12:45,806 --> 00:12:47,476
- Ayuh!
- Ya!
115
00:13:15,419 --> 00:13:16,419
Di sana!
116
00:13:17,463 --> 00:13:19,013
- Jangan lari!
- Tunggu!
117
00:13:27,223 --> 00:13:29,023
Kami tak nak awak! Ke tepi!
118
00:13:34,146 --> 00:13:35,396
Tunggu! Kejar dia!
119
00:13:40,778 --> 00:13:42,238
- Ikut sini!
- Ya!
120
00:13:53,415 --> 00:13:54,495
- Naik.
- Okey.
121
00:14:00,089 --> 00:14:01,129
Di sana!
122
00:14:03,175 --> 00:14:04,175
Itu pun dia!
123
00:14:07,012 --> 00:14:08,432
Berhenti!
124
00:14:21,235 --> 00:14:24,405
Pusingan ke-15 hampir tamat.
125
00:14:24,989 --> 00:14:26,569
Tinggal 30 saat lagi.
126
00:14:54,435 --> 00:14:56,765
Pusingan akhir. Mula.
127
00:14:57,897 --> 00:14:59,517
Pergi!
128
00:15:05,613 --> 00:15:06,663
Arisu!
129
00:15:11,076 --> 00:15:12,536
Mereka pergi ke sana!
130
00:15:20,628 --> 00:15:22,878
- Kita berjaya!
- Ya! Kita berjaya!
131
00:15:38,479 --> 00:15:40,479
PASUKAN RATU - 2
PASUKAN PENCABAR - 18
132
00:15:40,564 --> 00:15:42,484
PASUKAN RATU - 1
PASUKAN PENCABAR - 19
133
00:15:42,566 --> 00:15:44,936
PASUKAN PENCABAR
MENANG
134
00:15:45,027 --> 00:15:46,987
Kita berjaya!
135
00:15:47,071 --> 00:15:48,281
Syukurlah.
136
00:15:49,073 --> 00:15:51,203
- Syukurlah!
- Ya!
137
00:15:58,791 --> 00:16:00,001
Syukurlah.
138
00:16:06,423 --> 00:16:07,423
Kakak…
139
00:16:19,520 --> 00:16:22,690
Entah bagaimana awak
boleh pujuk semua orang,
140
00:16:23,565 --> 00:16:26,435
tapi syabas, Cik Hipokrit.
141
00:16:29,238 --> 00:16:30,238
Saya hanya mahu
142
00:16:31,907 --> 00:16:35,787
keluar dari negara ini
dengan orang yang bererti bagi saya.
143
00:16:37,204 --> 00:16:38,204
Itu saja.
144
00:16:40,666 --> 00:16:41,956
Yakah?
145
00:16:43,919 --> 00:16:46,379
Kita jauh lebih bebas di sini.
146
00:16:47,715 --> 00:16:51,385
Saya lebih suka di sini
daripada dunia yang mengongkong itu.
147
00:16:52,511 --> 00:16:54,141
Saya dah jangka,
148
00:16:55,222 --> 00:16:59,312
dulu kamu pemain seperti kami
dan pilih untuk tinggal di dunia ini.
149
00:17:00,602 --> 00:17:01,812
Betul tak?
150
00:17:05,441 --> 00:17:09,241
Kamu akan tahu
selepas semua permainan tamat.
151
00:17:09,319 --> 00:17:10,399
Semua permainan?
152
00:17:12,072 --> 00:17:14,282
Apa yang kami akan tahu selepas itu?
153
00:17:16,160 --> 00:17:20,960
Kamu cuma akan tahu jawapannya
selepas kamu habiskan permainan terakhir.
154
00:17:22,416 --> 00:17:25,786
Bolehkah kami tahu ini dunia apa?
Bolehkah kami pulang?
155
00:17:29,256 --> 00:17:31,546
Kamu perlu tunggu dan cari jawapannya.
156
00:17:33,052 --> 00:17:35,352
- Masa sudah tamat.
- Hei!
157
00:17:35,429 --> 00:17:39,929
Semua ahli Pasukan Ratu sudah kalah.
158
00:17:41,101 --> 00:17:44,151
Saya mahu hidup bebas
sehingga nafas terakhir.
159
00:17:46,523 --> 00:17:47,523
Selamat tinggal.
160
00:18:37,157 --> 00:18:41,657
Saya nak cepat habiskan permainan
dan tahu jawapannya.
161
00:18:44,915 --> 00:18:46,415
Tapi saya nak hidup
162
00:18:48,293 --> 00:18:50,173
dan pulang ke dunia asal
163
00:18:53,006 --> 00:18:54,166
dengan awak, Usagi.
164
00:19:00,639 --> 00:19:01,639
Saya juga begitu.
165
00:19:14,403 --> 00:19:15,403
Hei, tengok.
166
00:19:25,289 --> 00:19:26,619
Bau ini…
167
00:19:29,042 --> 00:19:30,042
Awak kentut?
168
00:19:30,794 --> 00:19:31,794
Tidak!
169
00:20:16,256 --> 00:20:17,256
Panasnya!
170
00:20:21,053 --> 00:20:23,563
Wah! Ini mata air panas!
171
00:20:24,223 --> 00:20:25,723
Ada mata air panas!
172
00:20:26,683 --> 00:20:28,693
Usagi! Ini menakjubkan!
173
00:20:28,769 --> 00:20:30,309
Ini memang mata air panas.
174
00:20:31,855 --> 00:20:33,685
Suhu di sini suam-suam kuku.
175
00:20:33,774 --> 00:20:36,244
Yakah? Marilah kita masuk.
176
00:20:36,985 --> 00:20:38,645
Dah lama saya tak mandi!
177
00:20:38,737 --> 00:20:40,447
Jangan lepaskan peluang ini!
178
00:20:41,531 --> 00:20:42,531
Bersama-sama?
179
00:20:43,408 --> 00:20:44,408
Apa?
180
00:21:05,555 --> 00:21:07,925
Jika saya mati sekarang pun tak apa.
181
00:21:12,479 --> 00:21:13,479
Kalaulah…
182
00:21:15,107 --> 00:21:18,277
air ini juga boleh hilangkan
semua kepahitan yang kita alami.
183
00:21:20,696 --> 00:21:21,696
Betul.
184
00:21:27,452 --> 00:21:28,452
Apa halnya?
185
00:21:29,371 --> 00:21:30,371
Usagi?
186
00:21:32,749 --> 00:21:33,749
Usagi?
187
00:21:35,794 --> 00:21:36,794
Hei!
188
00:21:38,130 --> 00:21:39,130
Usagi?
189
00:21:42,801 --> 00:21:44,221
Tak mungkin.
190
00:21:46,513 --> 00:21:47,763
Biar betul.
191
00:22:07,784 --> 00:22:09,374
Gajah pun mandi.
192
00:22:11,913 --> 00:22:14,173
Tentu ia lari dari zoo.
193
00:22:17,461 --> 00:22:21,801
Jika kita tak datang ke dunia ini,
kita takkan dapat melihatnya.
194
00:22:24,176 --> 00:22:25,176
Ya.
195
00:22:28,680 --> 00:22:29,850
Kenapa dengan saya?
196
00:22:31,099 --> 00:22:35,769
Tiba-tiba saya rasa amat terharu.
197
00:22:40,400 --> 00:22:41,650
Saya pun rasa begitu.
198
00:22:59,294 --> 00:23:01,634
Maaf! Saya tak nampak apa-apa.
199
00:23:01,713 --> 00:23:05,183
Saya tengok gajah.
Saya cuma berminat dengan gajah.
200
00:23:05,842 --> 00:23:06,842
Saya suka gajah.
201
00:23:07,427 --> 00:23:08,427
Tak apa.
202
00:23:11,098 --> 00:23:12,098
Jangan pergi.
203
00:26:02,602 --> 00:26:03,652
Dah jumpa.
204
00:26:24,165 --> 00:26:26,745
KIMIKO KUINA
TARIKH MASUK: 2 JUN 2021
205
00:26:50,442 --> 00:26:51,822
Saya nak jumpa ibu.
206
00:28:04,099 --> 00:28:06,349
Mangsa begitu muda. Amat menyedihkan.
207
00:28:08,061 --> 00:28:10,151
Semuanya akibat nafsu manusia gila.
208
00:28:13,233 --> 00:28:15,493
Mungkin dunia ini tiada harapan lagi.
209
00:28:17,529 --> 00:28:19,279
Dia tahu dia akan mati,
210
00:28:20,407 --> 00:28:22,657
tapi dia masih lawan sedaya upaya.
211
00:28:25,829 --> 00:28:27,499
Dia tak pernah putus asa.
212
00:28:50,562 --> 00:28:51,732
Masih ada harapan.
213
00:29:23,803 --> 00:29:28,023
MAHKAMAH AGUNG
214
00:29:43,948 --> 00:29:45,158
Yakah?
215
00:29:46,576 --> 00:29:49,076
Jadi, awaklah Raja Daiman.
216
00:29:49,829 --> 00:29:51,659
Bekas eksekutif di Beach
217
00:29:51,748 --> 00:29:54,958
dan Nombor Dua, Kuzuryu.
218
00:29:57,587 --> 00:30:00,797
Kenapa Raja Daiman ada di Beach?
219
00:30:03,468 --> 00:30:04,968
Saya nak tahu tentangnya.
220
00:30:05,470 --> 00:30:07,310
Jadi, awak menyamar.
221
00:30:09,933 --> 00:30:12,063
Tahap kesukaran, Raja Daiman.
222
00:30:12,143 --> 00:30:14,853
Permainan, Neraca.
223
00:30:17,690 --> 00:30:18,860
Mari kita mula.
224
00:30:34,833 --> 00:30:35,673
Peraturan.
225
00:30:35,750 --> 00:30:37,960
Dalam masa tiga minit,
226
00:30:38,044 --> 00:30:42,514
pilih nombor antara sifar dan 100.
227
00:30:43,007 --> 00:30:47,757
Purata nombor yang dipilih itu
kemudian didarab dengan 0.8.
228
00:30:47,846 --> 00:30:52,176
Orang yang pilih nombor paling hampir
dengan nombor ini ialah pemenang.
229
00:30:53,476 --> 00:30:58,816
Darab nilai purata nombor
yang semua orang pilih dengan 0.8.
230
00:31:00,358 --> 00:31:03,608
Tekaan yang paling hampir
dengan nombor itu akan menang.
231
00:31:04,279 --> 00:31:09,159
Apa? Darab nombor purata dengan 0.8?
232
00:31:10,451 --> 00:31:13,331
Kenapa 0.8? Apa itu 0.8?
233
00:31:14,247 --> 00:31:15,327
Begitu rupanya.
234
00:31:16,541 --> 00:31:21,001
Dengan mendarab pemalar 0.8,
keseimbangan neraca akan berubah.
235
00:31:22,380 --> 00:31:23,760
Begitulah permainannya.
236
00:31:24,883 --> 00:31:29,143
Nombor 0.8 seperti
satu titis air dari syurga.
237
00:31:30,847 --> 00:31:34,307
Semua orang kecuali pemenang
akan hilang satu mata.
238
00:31:34,392 --> 00:31:36,942
Kemudian pusingan tamat.
239
00:31:37,020 --> 00:31:40,940
Apabila seseorang pemain
mencapai mata negatif sepuluh,
240
00:31:41,024 --> 00:31:42,654
pemain itu akan kalah.
241
00:31:42,734 --> 00:31:46,954
Orang yang terselamat
dalam pusingan akhir akan menang.
242
00:31:47,030 --> 00:31:51,330
Namun, setiap kali pemain kalah,
satu peraturan baharu diperkenalkan.
243
00:31:51,409 --> 00:31:54,329
Peraturan baharu? Kenapa pula?
244
00:31:57,248 --> 00:31:59,578
Tak ada penjelasan tentang neraca?
245
00:32:01,044 --> 00:32:04,174
Pusingan Pertama akan bermula sekarang.
246
00:32:43,169 --> 00:32:45,549
Masa sudah tamat.
247
00:32:45,630 --> 00:32:47,380
Ini keputusan Pusingan Satu.
248
00:32:49,384 --> 00:32:51,054
Puratanya
249
00:32:52,637 --> 00:32:54,257
ialah 32.8.
250
00:32:54,806 --> 00:32:57,806
Nombor ini didarab dengan 0.8.
251
00:32:57,892 --> 00:32:59,562
JAWAPAN: 26.24
252
00:32:59,644 --> 00:33:02,444
Inilah orang dengan tekaan paling dekat.
253
00:33:03,356 --> 00:33:06,226
Pemenangnya ialah Kuzuryu.
254
00:33:12,615 --> 00:33:14,735
Jika semua orang pilih 40,
255
00:33:16,202 --> 00:33:18,162
puratanya tentu 40.
256
00:33:18,913 --> 00:33:21,923
Apabila didarab dengan 0.8, jawapannya 32.
257
00:33:22,834 --> 00:33:26,924
Jika semua orang buat andaian
yang sama dan pilih 32,
258
00:33:27,005 --> 00:33:29,335
nombor itu pula akan didarab 0.8.
259
00:33:29,424 --> 00:33:33,514
Selagi itu berlaku,
nombornya akan semakin mengecil.
260
00:33:34,595 --> 00:33:37,135
Jika semua orang pilih nombor yang sama,
261
00:33:38,850 --> 00:33:40,390
tiada orang akan menang.
262
00:33:40,476 --> 00:33:42,226
Saya dah faham sekarang.
263
00:33:42,311 --> 00:33:44,981
Kita perlu ramal nombor
yang semua orang pilih
264
00:33:45,064 --> 00:33:46,774
dan ramal yang lebih rendah.
265
00:33:47,275 --> 00:33:52,695
Ini sebenarnya macam permainan lekuk.
Maksud saya, pertarungan psikologi.
266
00:33:52,780 --> 00:33:56,990
Seperti catur, poker
dan semua permainan intelektual,
267
00:33:57,076 --> 00:33:58,996
kita perlu baca pihak lawan.
268
00:34:00,121 --> 00:34:03,921
Tapi kita tak baca psikologi pihak lawan.
269
00:34:04,834 --> 00:34:06,214
Kita baca logik mereka.
270
00:34:08,337 --> 00:34:09,337
Betul tak?
271
00:34:11,507 --> 00:34:12,507
Logik?
272
00:34:19,640 --> 00:34:21,060
Awak tak nak layan saya?
273
00:34:23,686 --> 00:34:25,936
Apa itu? Air?
274
00:34:30,485 --> 00:34:31,485
Asid sulfurik.
275
00:34:31,903 --> 00:34:32,743
Apa?
276
00:34:32,820 --> 00:34:34,530
Supaya kita akan jawab.
277
00:34:36,199 --> 00:34:38,869
Apabila mata kita negatif sepuluh,
ia akan tumpah.
278
00:34:40,411 --> 00:34:41,751
Badan kita akan cair
279
00:34:43,498 --> 00:34:45,418
dan hancur binasa!
280
00:34:52,298 --> 00:34:53,468
Neraca?
281
00:34:55,218 --> 00:34:59,928
Tentu maknanya Raja Daiman
ialah peguam, bukan?
282
00:35:02,391 --> 00:35:04,021
Itu cerita lama.
283
00:35:04,685 --> 00:35:05,935
Ertinya, ada masalah.
284
00:35:07,021 --> 00:35:09,861
Tapi awak masih pilih tempat ini.
285
00:35:11,818 --> 00:35:14,988
Arena untuk permainan ini ialah mahkamah.
286
00:35:16,948 --> 00:35:18,448
Neraca gergasi ini pula
287
00:35:18,991 --> 00:35:22,951
macam simbol pada pin peguam
yang bermakna keadilan dan kesaksamaan.
288
00:35:23,871 --> 00:35:28,251
Semua nyawa ada nilai yang sama,
termasuk nyawa awak sendiri.
289
00:35:29,043 --> 00:35:30,343
Itukah maksud awak?
290
00:35:32,797 --> 00:35:36,627
Neraca sentiasa lebih condong
ke sebelah yang lebih banyak emas.
291
00:35:38,636 --> 00:35:40,926
Nilai semua nyawa tak sama.
292
00:35:44,809 --> 00:35:47,439
Pusingan Dua akan bermula sekarang.
293
00:35:48,187 --> 00:35:50,977
Sebelum ini jawapannya 26.
294
00:35:51,065 --> 00:35:53,605
Jadi, jika itu didarab dengan 0.8…
295
00:35:54,110 --> 00:35:57,240
Tunggu. Jika semua orang
ada idea yang sama,
296
00:35:57,321 --> 00:35:59,821
saya perlu fikir lebih jauh.
297
00:36:00,575 --> 00:36:04,745
Jika semua orang pilih 100,
hasil darabnya dengan 0.8 ialah 80.
298
00:36:04,829 --> 00:36:07,209
Tiada gunanya pilih 80 atau lebih besar.
299
00:36:07,290 --> 00:36:11,040
Jika tiada yang pilih 80 atau lebih besar,
purata tertingginya 80.
300
00:36:11,127 --> 00:36:13,747
Darab dengan 0.8 dan kita dapat 64.
301
00:36:13,838 --> 00:36:15,878
Jika purata tertinggi ialah 64,
302
00:36:15,965 --> 00:36:19,255
apabila didarab 0.8,
hasilnya 51.2. Senang kata, 51.
303
00:36:20,386 --> 00:36:23,756
Lebih jauh kita ramal,
lebih dekat nombornya dengan sifar.
304
00:36:24,432 --> 00:36:28,852
Dalam pasaran saham, semua orang melabur
dalam saham yang popular.
305
00:36:29,478 --> 00:36:31,978
Saya cuma perlu ramal nombor yang popular.
306
00:36:32,064 --> 00:36:36,694
Jika saya boleh ramal langkah semua orang,
307
00:36:36,777 --> 00:36:38,697
saya akan menang.
308
00:36:39,197 --> 00:36:42,827
Saya dah buat formula
untuk baca logik semua orang.
309
00:36:42,909 --> 00:36:44,789
Masa sudah tamat.
310
00:36:44,869 --> 00:36:47,289
Ini keputusan Pusingan Dua.
311
00:36:47,371 --> 00:36:48,411
Puratanya
312
00:36:49,165 --> 00:36:50,575
ialah 16.6.
313
00:36:51,375 --> 00:36:54,745
Nombor ini didarab dengan 0.8.
314
00:36:54,837 --> 00:36:56,127
JAWAPAN: 13.28
315
00:36:56,214 --> 00:36:59,264
Inilah orang dengan tekaan paling dekat.
316
00:36:59,842 --> 00:37:02,472
Pemenangnya ialah Kuzuryu.
317
00:37:16,609 --> 00:37:18,689
Kali ini jawapannya lebih tepat.
318
00:37:20,071 --> 00:37:22,111
Nombornya semakin kecil.
319
00:37:22,740 --> 00:37:24,580
Patutkah saya pilih sifar?
320
00:37:26,911 --> 00:37:30,541
Dengan ramalan logik,
keputusannya semakin dekati sifar.
321
00:37:30,623 --> 00:37:32,963
Akhirnya, semua orang akan pilih sifar.
322
00:37:34,877 --> 00:37:37,507
Pilihan paling logik ialah sifar.
323
00:37:37,588 --> 00:37:42,338
Tapi takrif logik semua orang berbeza.
324
00:37:45,096 --> 00:37:46,096
Kuzuryu.
325
00:37:47,848 --> 00:37:48,848
Apa?
326
00:37:49,767 --> 00:37:51,597
Kini saya dah faham
327
00:37:52,645 --> 00:37:54,355
apa yang awak cuba timbang.
328
00:37:57,191 --> 00:37:58,571
Nilai nyawa, bukan?
329
00:38:02,446 --> 00:38:03,446
Tidak.
330
00:38:04,115 --> 00:38:05,365
Habis itu, apa?
331
00:38:06,867 --> 00:38:07,947
Beritahulah saya.
332
00:38:20,339 --> 00:38:23,299
Bagaimana jika kita tingkatkan
tawaran ganti rugi?
333
00:38:23,801 --> 00:38:24,931
Memang betul pun
334
00:38:25,011 --> 00:38:31,101
20 orang yang tinggal berdekatan kilang
mati akibat pencemaran alam sekitar.
335
00:38:31,183 --> 00:38:33,603
Penyakit mereka ada banyak penyebab lain.
336
00:38:34,437 --> 00:38:36,897
Apa bukti syarikat kita yang bersalah?
337
00:38:39,984 --> 00:38:42,704
Khabarnya awak peguam yang amat berbakat,
338
00:38:42,778 --> 00:38:44,908
tapi awak tak faham undang-undang.
339
00:38:45,573 --> 00:38:49,703
Undang-undang bukan untuk lindungi
orang lemah daripada orang berkuasa.
340
00:38:49,785 --> 00:38:53,245
- Semua orang sama di mata undang-undang.
- Itu idealisme.
341
00:38:56,417 --> 00:38:58,837
Untuk selamatkan orang kebuluran,
342
00:38:58,919 --> 00:39:02,509
kita perlukan kuasa untuk majukan
ekonomi dunia dengan mudah.
343
00:39:03,007 --> 00:39:07,177
Tapi dengan idealisme saja,
dunia yang tak adil ini tak boleh diubah.
344
00:39:07,261 --> 00:39:08,801
Biar saya tanya awak.
345
00:39:11,223 --> 00:39:13,813
Awak rasa apa yang kita patut buat
346
00:39:13,893 --> 00:39:16,603
untuk kekalkan masyarakat moden
yang terpuji?
347
00:39:19,148 --> 00:39:23,738
Kita mesti pastikan setiap peringkat
laksanakan sistem kehakiman yang adil.
348
00:39:24,862 --> 00:39:30,282
Tadi, awak kata kita perlukan kuasa
untuk majukan ekonomi dunia.
349
00:39:30,368 --> 00:39:32,658
Tapi jika kita cuma fokus
pada pertumbuhan ekonomi,
350
00:39:32,745 --> 00:39:34,955
- jurang kekayaan akan melebar…
- Hei!
351
00:39:35,664 --> 00:39:39,344
Sebagai peguam, tugas awak
bukan untuk pertahankan keadilan.
352
00:39:39,418 --> 00:39:41,918
Orang bodoh pun
boleh pertahankan keadilan!
353
00:39:42,505 --> 00:39:46,875
Perkataan "keadilan" dan "kesaksamaan"
tak berguna dalam dunia penuh kejahatan!
354
00:39:47,927 --> 00:39:50,927
Namun, apabila sesuatu
perkara itu "tak adil",
355
00:39:51,597 --> 00:39:54,267
maka jalankanlah tanggungjawab
yang Tuhan beri
356
00:39:55,017 --> 00:39:59,767
untuk gunakan imaginasi
dan jadikannya "adil".
357
00:40:09,949 --> 00:40:11,739
Masa sudah tamat.
358
00:40:12,410 --> 00:40:14,370
Ini keputusan Pusingan Tiga.
359
00:40:17,498 --> 00:40:18,708
Seratus?
360
00:40:18,791 --> 00:40:21,341
Puratanya 20.2.
361
00:40:21,419 --> 00:40:24,049
Nombor ini didarab dengan 0.8.
362
00:40:24,130 --> 00:40:26,880
Inilah orang dengan tekaan paling dekat.
363
00:40:26,966 --> 00:40:29,216
Pemenangnya ialah Daimon.
364
00:40:29,301 --> 00:40:31,801
Apa? Saya menang? Saya menang!
365
00:40:31,887 --> 00:40:32,887
Bagus!
366
00:40:33,472 --> 00:40:34,472
Hei, awak!
367
00:40:35,724 --> 00:40:36,814
Apa awak buat?
368
00:40:37,518 --> 00:40:39,728
Jika awak pilih 100, awak akan kalah!
369
00:40:40,229 --> 00:40:43,019
Awak takkan ada peluang untuk menang!
370
00:40:44,108 --> 00:40:47,028
Saya rasa kamu semua terlebih fikir.
371
00:40:48,446 --> 00:40:51,196
Saya dah sakit kepala,
372
00:40:51,907 --> 00:40:53,527
jadi saya sengaja buat hal.
373
00:41:03,085 --> 00:41:04,745
Awak memang gila.
374
00:41:07,423 --> 00:41:09,133
PUSINGAN ENAM
375
00:41:09,216 --> 00:41:11,506
Ini keputusan Pusingan Enam.
376
00:41:12,261 --> 00:41:14,051
Pemenangnya ialah Chishiya.
377
00:41:20,227 --> 00:41:22,017
Ini keputusan Pusingan Tujuh.
378
00:41:22,104 --> 00:41:23,944
JAWAPAN: 23.04
379
00:41:24,064 --> 00:41:26,324
Pemenangnya ialah Daimon.
380
00:41:30,029 --> 00:41:31,029
Bagus!
381
00:41:38,787 --> 00:41:41,867
Saya tak naklah mati dengan cara itu.
382
00:41:43,751 --> 00:41:45,381
PUSINGAN SEPULUH
383
00:41:45,461 --> 00:41:47,591
Tinggal satu mata saja lagi.
384
00:41:47,671 --> 00:41:49,551
Jika salah, saya akan mati.
385
00:41:49,632 --> 00:41:51,882
Saya ingat formula saya sempurna!
386
00:41:57,598 --> 00:42:01,688
Apa saya nak buat? Saya buntu.
Saya tak boleh guna strategi yang sama.
387
00:42:02,478 --> 00:42:05,058
Saya tak boleh buat kesilapan langsung.
388
00:42:05,147 --> 00:42:07,227
Jika saya silap, saya kalah.
389
00:42:08,901 --> 00:42:13,281
Jika kita ikut logik,
nombornya patut jadi lebih kecil.
390
00:42:16,867 --> 00:42:19,617
Tentu awak dah jangka ini akan berlaku.
391
00:42:30,506 --> 00:42:32,336
Ini keputusan Pusingan Sepuluh.
392
00:42:32,424 --> 00:42:33,934
JAWAPAN: 1.6
393
00:42:34,051 --> 00:42:36,761
Pemenangnya ialah Kuzuryu.
394
00:42:39,723 --> 00:42:42,893
Ada peserta dengan mata negatif sepuluh.
395
00:42:45,896 --> 00:42:48,146
KALAH
396
00:42:48,232 --> 00:42:52,112
Dua peserta ini sudah kalah.
397
00:42:59,743 --> 00:43:02,713
Lepaskan saya!
Tolonglah! Keluarkan saya dari sini!
398
00:43:03,914 --> 00:43:05,714
Jangan! Berhenti!
399
00:43:05,791 --> 00:43:06,921
Tanggalkannya!
400
00:43:07,585 --> 00:43:08,625
Lepaskan saya!
401
00:43:08,711 --> 00:43:12,051
Saya akan buat apa saja.
Awak nak duit? Tolonglah!
402
00:43:13,173 --> 00:43:14,343
Beritahu saya!
403
00:43:15,426 --> 00:43:18,176
- Lepaskan!
- Saya akan buat apa saja awak nak!
404
00:44:11,023 --> 00:44:13,483
Ini barulah macam permainan kad muka.
405
00:44:14,902 --> 00:44:17,282
Inikah yang awak panggil keadilan?
406
00:44:19,490 --> 00:44:24,830
Memandangkan dua peserta kalah,
dua peraturan baharu akan ditambah.
407
00:44:25,829 --> 00:44:29,459
Pertama. Jika dua orang atau lebih
memilih nombor yang sama,
408
00:44:29,541 --> 00:44:33,251
pilihan mereka tidak sah
dan mereka hilang satu mata.
409
00:44:33,754 --> 00:44:37,594
Kedua. Jika tekaan jawapannya tepat,
410
00:44:37,675 --> 00:44:40,335
orang yang kalah akan hilang dua mata.
411
00:45:08,122 --> 00:45:10,292
Ini keputusan Pusingan 11.
412
00:45:16,004 --> 00:45:17,634
Semua orang pilih sifar.
413
00:45:18,674 --> 00:45:21,474
Memandangkan semua orang
pilih nombor yang sama,
414
00:45:21,552 --> 00:45:23,552
pilihan itu tidak sah.
415
00:45:23,637 --> 00:45:25,757
Setiap pemain hilang satu mata.
416
00:45:25,848 --> 00:45:27,018
Apa?
417
00:45:27,099 --> 00:45:29,519
Akhirnya, semua orang pilih sifar.
418
00:45:31,145 --> 00:45:32,805
Jika itu berlaku lagi,
419
00:45:32,896 --> 00:45:34,896
kalahlah saya dalam permainan ini.
420
00:45:37,067 --> 00:45:40,067
Pusingan 12 akan bermula sekarang.
421
00:45:50,581 --> 00:45:52,581
Ini keputusan Pusingan 12.
422
00:45:58,797 --> 00:46:00,797
JAWAPAN: 22.93
423
00:46:01,717 --> 00:46:03,217
MENANG
424
00:46:03,302 --> 00:46:08,062
Kita ada tekaan yang tepat,
jadi orang yang kalah hilang dua mata.
425
00:46:12,144 --> 00:46:13,144
Biar benar…
426
00:46:13,187 --> 00:46:15,937
Mustahil! Kenapa pula begini?
427
00:46:17,483 --> 00:46:21,573
Awak intai nombor saya, bukan?
Itu melanggar peraturan!
428
00:46:21,653 --> 00:46:24,663
Jika tak, mustahil awak tahu
nombor yang saya pilih.
429
00:46:24,740 --> 00:46:26,740
Semasa Pusingan 12 bermula,
430
00:46:27,701 --> 00:46:31,411
mata awak negatif lapan,
mata saya negatif sembilan.
431
00:46:32,039 --> 00:46:34,329
Jika awak silap pun,
awak masih ada peluang.
432
00:46:34,917 --> 00:46:37,377
Jadi, awak tak cuba menang
433
00:46:37,878 --> 00:46:40,668
dan harap tekaan kami sama
lalu hilang mata.
434
00:46:40,756 --> 00:46:44,466
Sebab itulah saya tahu
awak akan pilih nombor rawak.
435
00:46:45,344 --> 00:46:48,434
Ada banyak nomborlah!
Awak boleh baca fikiran?
436
00:46:48,514 --> 00:46:52,894
Tentu awak rasa kami akan pilih
antara 50 nombor awal.
437
00:46:54,686 --> 00:46:56,806
Dia baca setiap langkah saya.
438
00:46:57,940 --> 00:47:01,570
Raja mendahului tiga mata sebelum ini.
439
00:47:09,451 --> 00:47:12,831
Saya tak dapat kejar perbezaan tiga mata.
440
00:47:17,751 --> 00:47:22,051
Tapi jika mereka pilih nombor yang sama,
saya ada peluang menang.
441
00:47:27,219 --> 00:47:29,599
Jadi, awak elak 50 nombor awal.
442
00:47:30,806 --> 00:47:32,426
Alang-alang awak nak elak,
443
00:47:32,516 --> 00:47:35,096
lebih baik pilih nombor yang jauh.
444
00:47:36,103 --> 00:47:40,573
Tapi nombor 90 hingga 100
terlalu tinggi dan macam tak kena.
445
00:47:41,066 --> 00:47:42,646
Jadi, awak elakkannya.
446
00:47:43,277 --> 00:47:48,027
Nombor berganda pula terlalu jelas,
jadi awak elakkannya juga.
447
00:47:48,657 --> 00:47:52,037
Begitu juga 60 dan 70
dan apa-apa nombor mudah begitu.
448
00:47:52,536 --> 00:47:55,956
Nombor yang sering dipilih
secara spontan oleh orang ramai
449
00:47:56,039 --> 00:47:58,579
iaitu tiga, lima dan lapan,
juga tersingkir.
450
00:47:58,667 --> 00:48:00,667
Begitu juga semua nombor perdana.
451
00:48:00,752 --> 00:48:02,172
Selepas itu, mudahlah.
452
00:48:03,297 --> 00:48:08,967
Akhir sekali, nombor yang sering dilihat
atau dibayangkan juga boleh disingkirkan.
453
00:48:09,761 --> 00:48:11,221
Konsol permainan video.
454
00:48:11,805 --> 00:48:12,965
Judul filem.
455
00:48:13,515 --> 00:48:14,805
Logo jenama.
456
00:48:15,934 --> 00:48:20,234
Jadi, yang tinggal cumalah 62 atau 74.
457
00:48:20,898 --> 00:48:22,898
Saya boleh ramal setakat itu saja.
458
00:48:24,109 --> 00:48:27,529
Selepas itu,
bergantung pada tuah semata-mata.
459
00:48:29,865 --> 00:48:32,695
Saya patut pilih 74.
460
00:48:35,078 --> 00:48:38,168
Ada peserta dengan mata negatif sepuluh.
461
00:48:38,248 --> 00:48:39,248
KALAH
462
00:48:40,042 --> 00:48:41,042
Tidak…
463
00:48:41,543 --> 00:48:44,803
Tidak…
464
00:48:46,757 --> 00:48:50,217
Tidak…
465
00:48:51,094 --> 00:48:52,434
Tidak!
466
00:49:07,653 --> 00:49:08,653
Awak tahu…
467
00:49:10,530 --> 00:49:15,990
Dia kata nilai nyawa semua orang tak sama.
468
00:49:17,579 --> 00:49:21,419
Saya tertanya-tanya jika dia masih
fikir begitu sebelum dia mati.
469
00:49:26,088 --> 00:49:27,128
Pernahkah awak
470
00:49:28,632 --> 00:49:32,262
lihat sisi buruk dunia ini
dengan mata awak sendiri?
471
00:49:35,263 --> 00:49:37,773
Bayi mati kerana tak dapat
ubat cirit-birit
472
00:49:37,849 --> 00:49:39,769
yang harganya cuma beberapa sen.
473
00:49:41,103 --> 00:49:44,733
Gadis kecil dijual
untuk bayar hutang ibu bapa mereka.
474
00:49:47,067 --> 00:49:50,697
Semua yang tak dapat lari
daripada kitaran kemiskinan.
475
00:49:55,075 --> 00:49:57,235
Peraturan baharu akan ditambah.
476
00:49:57,953 --> 00:49:59,293
PERATURAN BAHARU
477
00:49:59,371 --> 00:50:05,001
Jika ada sesiapa memilih sifar,
orang yang memilih 100 akan menang.
478
00:50:07,838 --> 00:50:09,008
Begitu.
479
00:50:09,798 --> 00:50:13,388
Memandangkan jawapan akhir
ialah purata didarab dengan 0.8,
480
00:50:13,468 --> 00:50:18,178
selagi kita berdua saja,
nombor yang lebih kecil akan menang.
481
00:50:19,099 --> 00:50:24,149
Dalam erti kata lain,
jika terus pilih sifar, awak pasti menang.
482
00:50:25,230 --> 00:50:29,070
Tapi dengan peraturan baharu ini,
semuanya adil sekarang.
483
00:50:31,069 --> 00:50:32,989
Jika salah seorang pilih sifar,
484
00:50:33,071 --> 00:50:35,991
seorang lagi akan menang
jika dia pilih 100.
485
00:50:37,200 --> 00:50:41,080
Tapi jika kita ramal
seorang lagi akan pilih 100,
486
00:50:41,663 --> 00:50:44,583
kita boleh pilih nombor satu lalu menang.
487
00:50:45,959 --> 00:50:49,879
Cuma ada tiga pilihan itu untuk menang.
488
00:50:50,756 --> 00:50:54,626
Ini barulah permainan
yang adil dan ringkas
489
00:50:55,135 --> 00:50:57,635
dengan nombor sifar, satu dan 100 saja.
490
00:51:00,932 --> 00:51:04,642
Tapi saya memang tak boleh pilih nombor
yang sama macam awak
491
00:51:04,728 --> 00:51:06,148
jika saya nak menang.
492
00:51:08,815 --> 00:51:10,855
Saya betul-betul dalam bahaya.
493
00:51:13,111 --> 00:51:14,281
PUSINGAN 13
494
00:51:15,030 --> 00:51:19,030
Awak beria-ia untuk pastikan
permainan adil.
495
00:51:20,619 --> 00:51:22,329
Kenapa awak buat begitu?
496
00:51:25,832 --> 00:51:27,082
Beritahu saya.
497
00:51:28,001 --> 00:51:31,171
Jika awak ada sejuta dos vaksin
yang selamatkan nyawa,
498
00:51:32,714 --> 00:51:35,184
siapa sejuta orang yang awak akan pilih?
499
00:51:37,344 --> 00:51:38,434
Begitu rupanya.
500
00:51:39,429 --> 00:51:40,639
Barulah saya faham.
501
00:51:42,599 --> 00:51:47,099
Awak bukannya nak timbang nilai nyawa.
502
00:51:47,938 --> 00:51:50,858
Awak cuma tak mahu tentukan nilai nyawa.
503
00:51:52,067 --> 00:51:56,317
Ya. Saya tak tahu cara untuk ukur
nilai nyawa seseorang.
504
00:51:56,822 --> 00:52:01,622
Nyawa siapa berbaloi untuk diselamatkan
dan nyawa siapa yang tidak…
505
00:52:02,661 --> 00:52:04,291
Apa bezanya?
506
00:52:06,915 --> 00:52:10,335
Jadi, apa jawapan awak kepada soalan saya?
507
00:52:12,129 --> 00:52:15,049
Saya nak dengar jawapan
daripada orang macam awak.
508
00:52:16,883 --> 00:52:20,223
Saya akan beri kepada anak yatim
atau budak miskin.
509
00:52:23,014 --> 00:52:23,934
Tak sangka.
510
00:52:24,015 --> 00:52:25,425
Itu paling ideal.
511
00:52:26,476 --> 00:52:28,726
Tapi apa-apa pun, wang tetap raja.
512
00:52:28,812 --> 00:52:30,442
Jika kita ada duit,
513
00:52:30,522 --> 00:52:33,692
mudah saja untuk biar
kanak-kanak susah itu mati.
514
00:52:35,068 --> 00:52:39,818
Saya tahu awak pernah lihat
dunia itu dengan mata sendiri, bukan?
515
00:52:39,906 --> 00:52:41,116
Ya.
516
00:52:42,075 --> 00:52:44,945
Apabila syarikat enggan bayar ganti rugi,
517
00:52:45,453 --> 00:52:48,373
orang akan mati kerana tak dapat rawatan.
518
00:52:48,957 --> 00:52:50,127
Jadi, awak tahu
519
00:52:51,334 --> 00:52:53,844
dunia ini tak adil dan saksama.
520
00:52:53,920 --> 00:52:55,170
Memang.
521
00:52:57,465 --> 00:52:59,585
Bukankah itu sebabnya kita berjuang?
522
00:53:22,699 --> 00:53:25,909
Bagus. Okey.
523
00:53:28,330 --> 00:53:30,960
Minggu depan hari penting.
Awak perlu kuat.
524
00:53:34,586 --> 00:53:35,586
Ya.
525
00:53:37,881 --> 00:53:39,261
Doktor.
526
00:53:41,593 --> 00:53:42,973
Terima kasih banyak.
527
00:53:43,053 --> 00:53:44,053
Sama-sama.
528
00:53:46,348 --> 00:53:48,178
- Saya pergi dulu.
- Baiklah.
529
00:53:59,653 --> 00:54:02,703
Keadaan Hayato telah stabil,
530
00:54:02,781 --> 00:54:05,201
jadi pembedahan ini boleh selamatkan dia.
531
00:54:05,700 --> 00:54:07,870
Saya perlu beritahu awak sesuatu.
532
00:54:07,953 --> 00:54:11,213
Senarai menunggu
untuk transplan dah berubah.
533
00:54:11,706 --> 00:54:12,706
Dah berubah?
534
00:54:13,083 --> 00:54:14,083
Ya.
535
00:54:18,630 --> 00:54:20,630
Giliran pesakit ini dulu.
536
00:54:25,887 --> 00:54:27,757
Ini cucu kawan pengarah.
537
00:54:28,682 --> 00:54:30,852
- Habis, Hayato?
- Ditangguhkan.
538
00:54:32,310 --> 00:54:37,110
Keluarga ini penderma besar. Sebab itu
hospital universiti ini masih beroperasi.
539
00:54:40,193 --> 00:54:41,493
Apa boleh buat?
540
00:54:42,112 --> 00:54:44,612
Kita perlu ikut keutamaan.
541
00:54:45,949 --> 00:54:48,449
Tolong jelaskan kepada ibu bapa pesakit.
542
00:54:50,161 --> 00:54:51,451
Nak beri alasan apa?
543
00:54:54,708 --> 00:54:57,668
Fikirlah sendiri. Awak doktor dia, bukan?
544
00:55:08,430 --> 00:55:09,470
Hayato…
545
00:55:21,276 --> 00:55:22,316
Tak apalah.
546
00:55:23,194 --> 00:55:25,454
Jika dia dibedah minggu lepas pun,
547
00:55:25,947 --> 00:55:27,737
entah-entah dia mati juga.
548
00:55:31,161 --> 00:55:32,621
Jangan salahkan saya.
549
00:55:33,455 --> 00:55:37,325
Untuk selamatkan nyawa,
kita perlu abaikan idealisme.
550
00:55:43,340 --> 00:55:44,420
Tak apalah.
551
00:55:46,593 --> 00:55:48,853
Saya tak kisah langsung.
552
00:55:51,556 --> 00:55:53,136
Ini lumrah kerja kita.
553
00:56:09,991 --> 00:56:11,831
HOSPITAL UNIVERSITI SAKURAZAKA
554
00:56:18,083 --> 00:56:21,003
DOKTOR
UNIT BEDAH KARDIOVASKULAR PEDIATRIK
555
00:56:27,509 --> 00:56:28,889
Tolong uruskan.
556
00:56:29,469 --> 00:56:30,469
Baiklah.
557
00:56:44,317 --> 00:56:45,737
Menarik.
558
00:56:48,405 --> 00:56:53,695
Mungkin saya datang ke dunia ini
untuk main permainan ini dengan awak.
559
00:56:59,541 --> 00:57:00,921
Saya pilih 100.
560
00:57:07,257 --> 00:57:08,427
Apa awak buat?
561
00:57:09,551 --> 00:57:11,261
Saya cuma nak bantu awak.
562
00:57:12,720 --> 00:57:13,970
Awak dah gila?
563
00:57:14,848 --> 00:57:20,098
Awak akan mati jika pilih 100,
melainkan saya pilih sifar.
564
00:57:24,399 --> 00:57:25,779
Hidup saya sekarang ini
565
00:57:26,943 --> 00:57:29,493
sedang di ambang maut.
566
00:57:31,030 --> 00:57:35,030
Adakah nyawa saya bernilai atau tidak?
567
00:57:36,286 --> 00:57:37,656
Saya nak awak tentukan.
568
00:58:23,124 --> 00:58:25,174
Kenapa buat semua ini?
569
00:58:28,046 --> 00:58:30,376
Kita hidup dalam dunia yang dahsyat.
570
00:58:35,678 --> 00:58:38,008
Jika kita abaikan idealisme,
habislah semuanya.
571
00:58:46,648 --> 00:58:47,768
Idealisme?
572
00:59:07,085 --> 00:59:08,085
Mari.
573
00:59:09,337 --> 00:59:11,587
Biarkan saya. Awak pergilah.
574
00:59:11,673 --> 00:59:13,093
Saya tak sanggup.
575
00:59:13,591 --> 00:59:16,891
Sebelum ini, saya diselamatkan
oleh seorang pemuda.
576
00:59:18,054 --> 00:59:20,974
Kini giliran saya selamatkan orang pula.
577
00:59:23,309 --> 00:59:24,729
Saya takkan menyesal.
578
00:59:25,395 --> 00:59:27,145
Ini pegangan hidup saya.
579
00:59:31,109 --> 00:59:32,109
Pegangan hidup.
580
00:59:34,529 --> 00:59:35,569
Mari.
581
01:00:00,722 --> 01:00:02,522
Masa sudah tamat.
582
01:00:02,599 --> 01:00:05,099
Ini keputusan Pusingan 13.
583
01:00:06,019 --> 01:00:06,849
MENANG
584
01:00:06,936 --> 01:00:09,266
Pemenangnya ialah Chishiya.
585
01:00:14,444 --> 01:00:16,404
Awak pilih sifar?
586
01:00:25,788 --> 01:00:28,458
Pusingan 14 akan bermula sekarang.
587
01:00:47,352 --> 01:00:49,772
Pemenangnya ialah Chishiya.
588
01:01:01,407 --> 01:01:05,747
Kita cuma ada satu mata lagi.
Ini pusingan terakhir.
589
01:01:11,834 --> 01:01:14,174
Pusingan 15 akan bermula sekarang.
590
01:01:19,801 --> 01:01:22,681
Jadi, awak rasa awak boleh pilih?
591
01:01:27,308 --> 01:01:29,688
Jika awak tak boleh pilih,
592
01:01:30,436 --> 01:01:31,936
bunuhlah saya.
593
01:01:32,772 --> 01:01:34,612
Itu peraturan yang adil, bukan?
594
01:01:36,526 --> 01:01:38,986
Awak fikir saya tak boleh pilih.
595
01:01:39,987 --> 01:01:45,197
Sebab itukah awak buat sampai kita seri?
596
01:01:47,495 --> 01:01:48,495
Saya cuma…
597
01:01:50,289 --> 01:01:51,999
nak tahu.
598
01:01:53,501 --> 01:01:55,881
Nombor terakhir yang awak akan pilih.
599
01:02:12,228 --> 01:02:15,188
Jika awak pilih nombor satu, awak menang.
600
01:02:28,995 --> 01:02:29,995
Momoka.
601
01:02:32,123 --> 01:02:34,793
Saya nak awak jawab satu soalan saja.
602
01:02:36,753 --> 01:02:41,473
Awak nak mainkan watak Ahli Sihir
dan bunuh diri.
603
01:02:47,972 --> 01:02:49,142
Apa sebabnya?
604
01:02:51,559 --> 01:02:52,769
Demi idealisme saya.
605
01:02:58,107 --> 01:02:59,857
Hati manusia memang mulia.
606
01:03:02,236 --> 01:03:04,066
Nyawa itu berharga.
607
01:03:04,989 --> 01:03:06,779
Saya percaya perkara itu.
608
01:03:09,702 --> 01:03:11,372
Idealisme itulah
609
01:03:12,079 --> 01:03:15,669
yang bantu saya hidup
dalam dunia yang dahsyat ini.
610
01:03:21,881 --> 01:03:24,091
Saya akan mati sebagai Ahli Sihir
611
01:03:26,761 --> 01:03:29,261
bukan kerana saya tak ikut peraturan kamu.
612
01:03:31,933 --> 01:03:35,193
Tapi saya nak buktikan
yang jangkaan awak akan meleset.
613
01:03:35,895 --> 01:03:38,815
Mereka takkan bunuh-membunuh.
614
01:03:46,989 --> 01:03:49,529
Jika hidup saya
tetap akan berakhir di sini,
615
01:03:51,828 --> 01:03:54,368
biarlah saya mati demi idealisme saya.
616
01:04:01,295 --> 01:04:02,585
Saya tak faham
617
01:04:04,423 --> 01:04:08,763
nilai nyawa atau ertinya.
618
01:04:12,682 --> 01:04:17,732
Saya pasti sampai bila-bila
saya tak boleh tentukannya.
619
01:04:21,899 --> 01:04:24,149
Tapi ini yang saya boleh tentukan…
620
01:04:50,136 --> 01:04:52,386
Ini keputusan Pusingan 15.
621
01:04:58,311 --> 01:05:00,061
Nampaknya awak dah tentukan
622
01:05:01,480 --> 01:05:05,650
yang awak tak boleh tentukan nilai nyawa.
623
01:05:11,657 --> 01:05:13,157
Demi idealisme saya.
624
01:05:16,370 --> 01:05:18,370
Pemenangnya ialah Chishiya.
625
01:05:18,456 --> 01:05:20,456
MENANG
626
01:05:22,376 --> 01:05:25,586
Ada peserta dengan mata negatif sepuluh.
627
01:05:26,255 --> 01:05:29,715
Peserta ini sudah kalah.
628
01:05:34,096 --> 01:05:36,096
Kenapa muka awak dah tak berkerut?
629
01:05:38,184 --> 01:05:39,564
Akhirnya…
630
01:05:44,190 --> 01:05:46,110
saya rasa saya dah boleh…
631
01:05:48,152 --> 01:05:50,152
tentukan pegangan hidup saya.
632
01:06:05,294 --> 01:06:06,804
Semuanya disebabkan awak.
633
01:06:20,059 --> 01:06:22,649
Akhirnya tibalah giliran kita.
634
01:06:28,776 --> 01:06:29,776
Aduhai.
635
01:06:31,195 --> 01:06:32,445
Awak tak bersedia?
636
01:06:36,117 --> 01:06:38,737
Biarlah permainan
yang saya kelolakan nanti adil.
637
01:06:40,538 --> 01:06:41,998
Sekurang-kurangnya.
638
01:07:17,742 --> 01:07:22,622
Rasa macam tak adil pula.
Macam awak putus asa walaupun mendahului.
639
01:07:24,999 --> 01:07:26,829
Saya cemburu.
640
01:08:03,245 --> 01:08:04,575
PEMENANG
641
01:08:04,663 --> 01:08:08,923
PERMAINAN TAMAT
TAHNIAH
642
01:09:07,560 --> 01:09:08,810
Saya tak terkejut…
643
01:09:10,813 --> 01:09:12,483
jika lepas ini kita mati.
644
01:09:16,235 --> 01:09:17,395
Tapi…
645
01:09:18,529 --> 01:09:20,949
saya kagum kita berjaya pergi sejauh ini.
646
01:09:25,411 --> 01:09:27,501
Alang-alang dapat pergi sejauh ini,
647
01:09:29,248 --> 01:09:31,128
apa pun yang berlaku, mari berjuang…
648
01:09:33,878 --> 01:09:35,248
hingga ke akhirnya.
649
01:09:37,756 --> 01:09:38,756
Ya.
650
01:10:11,582 --> 01:10:13,502
Apa-apa pun, saya akan pulang.
651
01:11:04,134 --> 01:11:06,764
Demi diri masa depan saya.
652
01:13:51,635 --> 01:13:53,845
Terjemahan sari kata oleh Majdi Omar