1
00:00:02,000 --> 00:00:05,240
♪ Sesuatu masa, keadaan dunia ♪
2
00:00:06,080 --> 00:00:08,160
♪ Penuh bahaya ♪
3
00:00:08,240 --> 00:00:11,360
♪ Ancaman dari musuh-musuh Bumi ♪
4
00:00:12,720 --> 00:00:14,160
♪ Selamatkanlah kita ♪
5
00:00:14,240 --> 00:00:17,200
♪ Hero yang ada, hero manusia ♪
6
00:00:18,480 --> 00:00:20,960
♪ Penyelamat Bumi ♪
7
00:00:21,680 --> 00:00:25,160
♪ Penyelamat Bumi ♪
8
00:00:25,960 --> 00:00:28,400
♪ Makhluk asing datang menakluki Bumi ♪
9
00:00:28,480 --> 00:00:31,400
♪ Demi koko yang dicari-cari ♪
10
00:00:31,480 --> 00:00:34,400
♪ Mereka akan tiba tak lama lagi ♪
11
00:00:34,480 --> 00:00:37,280
♪ Apa mungkin terjadi ♪
12
00:00:37,360 --> 00:00:43,000
♪ Jadi kita perlukan penyelamat Bumi ♪
13
00:00:43,080 --> 00:00:45,040
♪ BoBoiBoy! ♪
14
00:00:49,000 --> 00:00:50,680
♪ BoBoiBoy! ♪
15
00:00:55,160 --> 00:00:56,560
♪ BoBoiBoy! ♪
16
00:00:59,400 --> 00:01:00,760
{\an8}MINUMAN SEJUK
17
00:01:16,000 --> 00:01:17,320
♪ BoBoiBoy! ♪
18
00:01:24,880 --> 00:01:27,160
♪ BoBoiBoy! ♪
19
00:01:29,560 --> 00:01:31,040
[Adu Du] Dalam episod lepas…
20
00:01:31,520 --> 00:01:33,040
- [bunyi mengaum]
- [Gopal terkejut]
21
00:01:33,120 --> 00:01:37,080
Maaf saya. Saya salah kerana abaikan awak.
22
00:01:37,160 --> 00:01:39,440
Saya akan penyekkan awak!
23
00:01:39,520 --> 00:01:40,560
[teriak]
24
00:01:42,320 --> 00:01:43,760
[bunyi letupan]
25
00:01:45,880 --> 00:01:47,560
[Adu Du] Probe!
26
00:01:50,760 --> 00:01:52,520
Tidak!
27
00:01:53,760 --> 00:01:54,920
[bunyi letupan]
28
00:01:58,720 --> 00:02:00,520
[muzik saspens]
29
00:02:01,800 --> 00:02:03,200
[Probe mengaduh]
30
00:02:07,280 --> 00:02:08,479
[bunyi letupan]
31
00:02:10,039 --> 00:02:11,520
[bunyi tembakan]
32
00:02:14,720 --> 00:02:15,680
[Probe] Jangan!
33
00:02:16,240 --> 00:02:17,880
[Probe tercungap-cungap]
34
00:02:20,320 --> 00:02:21,560
Di mana saya?
35
00:02:21,640 --> 00:02:23,360
Kenapa ini, Probe?
36
00:02:25,000 --> 00:02:26,880
[Probe] Nanti, siapa awak?
37
00:02:26,960 --> 00:02:29,240
Saya? Saya Encik Bos.
38
00:02:29,320 --> 00:02:31,040
[Probe] Encik Bos?
39
00:02:32,080 --> 00:02:34,320
MEMUATKAN…
SILA TUNGGU…
40
00:02:35,360 --> 00:02:36,360
[Probe] Encik Bos!
41
00:02:37,280 --> 00:02:38,840
[mengeluh] Kenapa dengan awak, Probe?
42
00:02:38,920 --> 00:02:41,880
[Adu Du] Sejak balik, awak asyik mengigau
sehingga hilang ingatan.
43
00:02:41,960 --> 00:02:44,920
[Probe] Mana ada, Encik Bos.
Mana ada hilang ingatan…
44
00:02:45,000 --> 00:02:46,560
Tunggu! Awak siapa?
45
00:02:46,640 --> 00:02:48,160
[terkejut]
46
00:02:48,240 --> 00:02:49,880
Saya Encik Boslah!
47
00:02:49,960 --> 00:02:51,200
[Probe] Buktikan.
48
00:02:52,000 --> 00:02:53,680
Tengoklah kad pengenalan saya.
49
00:02:53,760 --> 00:02:54,960
[Probe] Beri kepada saya!
50
00:02:56,640 --> 00:02:57,840
Tak sama pun!
51
00:02:58,400 --> 00:02:59,720
[Probe teriak]
52
00:03:00,280 --> 00:03:01,320
[bunyi berlentang]
53
00:03:02,160 --> 00:03:04,960
{\an8}Tunggu! Gambar ini diambil
ketika saya masih Tingkatan Lima.
54
00:03:06,240 --> 00:03:07,200
Jangan!
55
00:03:07,280 --> 00:03:08,960
[bunyi letupan]
56
00:03:09,040 --> 00:03:11,360
[Komputer] Ini kali ke-21
awak tembak Encik Bos.
57
00:03:14,320 --> 00:03:16,360
[Probe] Maafkan saya.
58
00:03:16,440 --> 00:03:19,200
[Probe] Saya tak tahu apa yang berlaku
kepada saya.
59
00:03:19,280 --> 00:03:22,800
[Komputer] Harap bersabar, Encik Bos.
Saya sedang hubungi En. Bago Go.
60
00:03:22,880 --> 00:03:24,840
Ya, abang. Apa yang boleh saya bantu?
61
00:03:24,920 --> 00:03:30,080
{\an8}Apa yang berlaku pada muka awak itu?
Kenapa hitam sangat?
62
00:03:30,160 --> 00:03:33,000
Ia perbuatan Probe. Dia tembak saya lagi.
63
00:03:33,080 --> 00:03:36,240
Robey, kenapa jadi begini?
64
00:03:37,560 --> 00:03:38,440
[Probe] Memang tak patut.
65
00:03:38,520 --> 00:03:40,040
Sebab itulah saya telefon…
66
00:03:40,120 --> 00:03:42,120
Tunggu! Tak perlu jelaskan.
67
00:03:42,200 --> 00:03:45,320
Saya tengok muka abang pun
saya tahu apa abang nak.
68
00:03:46,000 --> 00:03:50,880
{\an8}Gunakanlah Senjata Peluru Berpandu
Nuklear L9000!
69
00:03:50,960 --> 00:03:55,240
{\an8}Saya jamin kalau Probe tembak abang,
terus arwah.
70
00:03:55,320 --> 00:03:58,280
Tak ada hitam lagi.
Terus enam kaki ke dalam.
71
00:03:58,360 --> 00:04:01,120
Hei! Bila masa saya nak beli senjata?
72
00:04:01,200 --> 00:04:02,360
Habis itu?
73
00:04:02,440 --> 00:04:06,880
[Probe] Kami telefon untuk minta bantuan
awak untuk pulihkan hilang ingatan saya.
74
00:04:07,640 --> 00:04:09,520
- Hilang ingatan?
- [Komputer] Ya!
75
00:04:09,600 --> 00:04:13,760
[Komputer] Sejak kembali, dia mengigau
dan hilang ingatan sebanyak 39 kali.
76
00:04:13,840 --> 00:04:16,279
[Komputer]
Dia tertembak Encik Bos 21 kali.
77
00:04:16,360 --> 00:04:19,680
Berat ini, abang. Susah.
78
00:04:19,760 --> 00:04:23,440
Tapi jangan risau!
Saya ada penyelesaian untuk baiki Robey!
79
00:04:23,520 --> 00:04:24,360
Bagaimana?
80
00:04:24,440 --> 00:04:26,920
Mudah saja, abang! Beli saja yang baru!
81
00:04:27,000 --> 00:04:29,560
Memperkenalkan, Robot Robey XL9000.
82
00:04:31,280 --> 00:04:34,160
Ini kali kedua awak cuba nak
jual robot itu kepada saya!
83
00:04:35,120 --> 00:04:37,240
Saja-saja. Cuba nasib.
84
00:04:38,040 --> 00:04:39,560
[bunyi cengkerik]
85
00:04:40,240 --> 00:04:42,800
Jadi hilang ingatan.
Apa lagi? Ada simptom lain?
86
00:04:42,880 --> 00:04:45,720
[Probe] Bukan itu saja.
Kadangkala saya mula terbayang-bayang.
87
00:04:46,480 --> 00:04:48,640
Ini penyakit gila bayangkah?
88
00:04:48,720 --> 00:04:51,520
[Probe] Ada sekali, ketika Encik Bos
dan saya berjalan-jalan,
89
00:04:51,600 --> 00:04:53,640
saya tiba-tiba meracau-racau.
90
00:04:53,720 --> 00:04:56,280
Saya rasa seolah-olah dikejar
oleh robot yang jahat.
91
00:04:56,360 --> 00:04:58,240
Awak pun bukanlah baik sangat.
92
00:04:58,320 --> 00:04:59,320
Apa?
93
00:05:00,120 --> 00:05:03,600
Tak ada apa-apa. Saya kata saya baik hati.
94
00:05:03,680 --> 00:05:04,840
Ikhlas nak bantu Probe.
95
00:05:04,920 --> 00:05:07,520
"Ikhlas"? Awak bantu kami secara percuma?
96
00:05:07,600 --> 00:05:11,920
Awak belajar di mana?
Sejak bila ikhlas adalah percuma?
97
00:05:12,000 --> 00:05:13,400
Mahal bayarannya?
98
00:05:13,480 --> 00:05:17,480
Jangan risau tentang bayarannya,
asalkan awak ikhlas.
99
00:05:17,560 --> 00:05:18,720
Baiklah.
100
00:05:18,800 --> 00:05:21,280
Sekarang, tolong saya
kenal pasti semua simptom.
101
00:05:21,360 --> 00:05:23,000
- [Probe] Baiklah!
- [Bago Go] Mengigau tengah malam?
102
00:05:23,080 --> 00:05:24,760
- [Probe] Ada.
- [Bago Go] Lupa ingatan?
103
00:05:24,840 --> 00:05:25,880
[Probe] Ada.
104
00:05:25,960 --> 00:05:27,120
[Bago Go] Terbayang-bayang gila bayang?
105
00:05:27,200 --> 00:05:28,200
[Probe] Ada.
106
00:05:28,280 --> 00:05:29,400
[Bago Go] Meracau dan merayau-rayau?
107
00:05:29,480 --> 00:05:31,280
[Probe] Merayau-rayau tak ada.
108
00:05:31,360 --> 00:05:33,880
{\an8}Bukan tak ada, tapi belum ada lagi.
109
00:05:33,960 --> 00:05:35,600
[Probe] Takutnya.
110
00:05:35,680 --> 00:05:38,520
Saya rasa saya tahu apa penyakitnya!
111
00:05:38,600 --> 00:05:39,440
[Probe] Penyakit apa?
112
00:05:39,520 --> 00:05:42,280
{\an8}- Kronik.
- Kronik?
113
00:05:42,360 --> 00:05:45,480
Saya harap abang tabah
menerima berita ini.
114
00:05:45,560 --> 00:05:47,160
[Probe] Encik Bos…
115
00:05:47,240 --> 00:05:51,160
Jangan risau, Probe.
Kita akan hadapi bersama-sama.
116
00:05:51,240 --> 00:05:53,240
Ini penyakit mabuk cinta!
117
00:05:53,920 --> 00:05:56,120
Sejak bila robot boleh ada penyakit cinta?
118
00:05:56,200 --> 00:05:58,720
Ini tak kira mangsa.
119
00:05:58,800 --> 00:06:03,240
Muda dan tua. Kaya dan miskin.
Robot dan bukan robot pun boleh terkena.
120
00:06:03,320 --> 00:06:05,520
Cukup! Awak tipu saya!
121
00:06:05,600 --> 00:06:07,600
Tengoklah muka saya.
122
00:06:07,680 --> 00:06:11,480
Tak mungkin makhluk asing secomel saya
nak tipu abang.
123
00:06:11,560 --> 00:06:13,960
Awak fikir saya akan terpedaya?
124
00:06:14,040 --> 00:06:17,360
Dah berapa kali awak tipu saya?
125
00:06:17,440 --> 00:06:18,400
Kosong!
126
00:06:18,480 --> 00:06:19,840
Kosong, awak kata!
127
00:06:19,920 --> 00:06:23,640
Sebelum ini,
kapal angkasa saya pun tergadai.
128
00:06:23,720 --> 00:06:26,280
Dapat sudip elektrik saja.
129
00:06:26,360 --> 00:06:29,680
Awak terlupa robot Mukalakus percuma.
130
00:06:29,760 --> 00:06:32,880
Abang dikira bertuah.
Beli sudip percuma robot!
131
00:06:32,960 --> 00:06:35,320
Orang lain beli robot
belum tentu boleh dapat sudip.
132
00:06:35,400 --> 00:06:36,680
[Probe] Betul juga.
133
00:06:36,760 --> 00:06:41,280
Malah awak tipu yang Penukar X
boleh hidupkan semula Probe!
134
00:06:41,360 --> 00:06:44,960
Apa yang saya tipu?
Apa yang ada di depan tuan?
135
00:06:45,040 --> 00:06:47,520
Bukankah Probe dah kembali?
Mata abang okey?
136
00:06:47,600 --> 00:06:49,320
Betul.
137
00:06:49,400 --> 00:06:52,440
[Adu Du] Tapi dia asyik rosak saja!
Asyik hilang ingatan!
138
00:06:52,520 --> 00:06:57,160
Itu bukan salah saya,
dia tak makan Kismis Minda S900!
139
00:06:57,240 --> 00:06:58,600
Sebab itulah ingatan dia tak kuat!
140
00:06:59,520 --> 00:07:01,600
Abang nak beli kismis minda ini?
141
00:07:01,680 --> 00:07:03,600
[Probe] Tolonglah beli, Encik Bos!
Belilah!
142
00:07:03,680 --> 00:07:04,800
Cukup!
143
00:07:04,880 --> 00:07:07,320
Saya takkan termakan tipu daya awak lagi.
144
00:07:07,400 --> 00:07:11,080
Tunggu sekejap! Saya faham
kalau awak tak percayakan saya lagi.
145
00:07:11,160 --> 00:07:12,680
[mendengus]
146
00:07:12,760 --> 00:07:17,600
Untuk menebus kesilapan saya
dan pulihkan kembali ingatan Probe,
147
00:07:17,680 --> 00:07:20,560
saya nak syorkan kawan saya.
148
00:07:20,640 --> 00:07:21,640
[Probe] Kawan awak?
149
00:07:21,720 --> 00:07:25,040
Dia pakar dalam rawatan hilang ingatan!
150
00:07:25,120 --> 00:07:26,280
Benarkah?
151
00:07:26,360 --> 00:07:28,960
Sudah tentu.
Pernahkah saya tipu awak sebelum ini?
152
00:07:29,040 --> 00:07:30,360
[bunyi cengkerik]
153
00:07:30,440 --> 00:07:32,680
Kalau awak menipu saya lagi,
154
00:07:32,760 --> 00:07:35,880
saya takkan berurusan dengan awak lagi!
Seumur hidup!
155
00:07:35,960 --> 00:07:39,360
Saya tak kisah kalau awak
tak nak berurusan dengan saya.
156
00:07:40,480 --> 00:07:41,920
Siapa kawan awak?
157
00:07:42,000 --> 00:07:44,720
Kawan saya pakar dalam semua pakar!
158
00:07:44,800 --> 00:07:46,000
[Probe] Betulkah?
159
00:07:46,080 --> 00:07:49,360
Betul. Kalau orang biasa sakit,
mereka akan jumpa pakar, bukan?
160
00:07:49,440 --> 00:07:52,880
Kalau pakar sakit, mereka nak ke mana?
Cuba fikir sikit.
161
00:07:54,800 --> 00:08:00,000
Betul. Kalau pakar yang sakit,
mereka akan cari kawan saya!
162
00:08:00,080 --> 00:08:01,960
Budak tadika pun tahu benda ini.
163
00:08:03,160 --> 00:08:05,560
Saya nak tengok
siapa pakar ingatan ini dulu.
164
00:08:05,640 --> 00:08:08,640
[Bago Go] Baik. Sekejap lagi dia sampai.
Terus buat rawatan, okey?
165
00:08:09,360 --> 00:08:11,320
Saya cuma nak tengok siapa dia ini!
166
00:08:11,400 --> 00:08:12,640
Baiklah.
167
00:08:13,320 --> 00:08:14,880
[bunyi pintu diketuk]
168
00:08:16,480 --> 00:08:20,200
Ini rumah Adu Du dan Probe?
169
00:08:20,280 --> 00:08:23,000
[Probe] Ya. Sayalah Probe.
170
00:08:23,080 --> 00:08:25,800
[Adu Du] Ini macam Bago Go?
171
00:08:25,880 --> 00:08:29,760
Taklah. Awak tak patut buat tuduhan
tak berasas begitu. Tak baik.
172
00:08:29,840 --> 00:08:33,760
Betulkah? Komputer!
Jalankan analisis struktur muka!
173
00:08:33,840 --> 00:08:36,600
{\an8}[Komputer] Baik, bos!
174
00:08:36,679 --> 00:08:40,280
[Bago Go] Bagaimana jika dia
masih tak percayakan saya?
175
00:08:40,360 --> 00:08:43,840
[Adu Du] Awak fikir saya akan terpedaya?
176
00:08:43,919 --> 00:08:47,480
[Bago Go] Habislah. Macam mana
saya nak habiskan duit mereka?
177
00:08:47,560 --> 00:08:49,000
[Komputer] Analisis selesai!
178
00:08:49,080 --> 00:08:52,840
[Komputer] Mengikut struktur muka,
99 peratus kemungkinan Bago Go
179
00:08:52,920 --> 00:08:55,720
dan hanya satu peratus kemungkinan
yang dia bukan Bago Go.
180
00:08:55,800 --> 00:08:57,520
Satu peratus itu adalah saya!
181
00:08:58,200 --> 00:09:00,160
[Probe] Saya dah lama tahu! Tak sama pun.
182
00:09:00,880 --> 00:09:04,200
Encik Bos, tak baik buruk sangka.
183
00:09:04,280 --> 00:09:07,400
Betul. Jangan salah orang.
184
00:09:07,480 --> 00:09:12,000
Apa yang awak nampak di skrin
ialah Bago Go! Tapi saya Baga Ga!
185
00:09:12,080 --> 00:09:15,760
[Probe] Mungkin ini seperti
pelanduk dua serupa.
186
00:09:15,840 --> 00:09:16,960
Ya.
187
00:09:17,040 --> 00:09:20,320
[Baga Ga] Saya datang dari jauh
untuk ubatkan orang.
188
00:09:20,400 --> 00:09:23,760
Saya diberitahu yang awak
ada masalah ingatan, bukan?
189
00:09:23,840 --> 00:09:25,280
[Probe] Ya.
190
00:09:25,360 --> 00:09:28,000
Sekarang, saya akan beritahu awak!
191
00:09:28,080 --> 00:09:32,200
{\an8}Setiap penyakit boleh diubati hanya
dengan empat langkah mudah!
192
00:09:32,280 --> 00:09:34,920
[Probe] Mudahnya. Apa langkah-langkahnya?
193
00:09:35,000 --> 00:09:39,000
Pertama, kita perlu pastikan penyakitnya.
194
00:09:39,080 --> 00:09:42,320
Kedua, kita lakukan diagnosis
dan rawatan awal!
195
00:09:42,400 --> 00:09:45,680
Ketiga, barulah boleh berikan ubat!
196
00:09:45,760 --> 00:09:47,160
Keempat?
197
00:09:47,240 --> 00:09:49,680
Yang akhir, bayarannya.
198
00:09:50,520 --> 00:09:51,560
[Probe dan Adu Du terkejut]
199
00:09:51,640 --> 00:09:53,680
Sekarang, mari mulakan rawatan ini.
200
00:09:54,800 --> 00:09:58,120
[menggumam]
201
00:10:00,440 --> 00:10:01,920
Jadi inilah masalahnya…
202
00:10:02,720 --> 00:10:03,840
Bagaimana?
203
00:10:04,480 --> 00:10:06,400
Sudah terbukti dia hilang ingatan.
204
00:10:06,480 --> 00:10:08,040
Dia dah sampai tahap tujuh!
205
00:10:08,520 --> 00:10:10,440
Kalau dibiarkan, boleh sampai tahap lapan.
206
00:10:10,920 --> 00:10:12,720
Kronik, jadi lupa diri nanti.
207
00:10:12,800 --> 00:10:14,600
[terkejut] Janganlah macam itu!
208
00:10:14,680 --> 00:10:17,560
[Probe] Bolehkah awak kembalikan
ingatan saya?
209
00:10:17,640 --> 00:10:21,200
Boleh. Boleh diusahakan
dalam langkah kedua.
210
00:10:21,280 --> 00:10:23,200
Saya akan gunakan teknik hipnosis.
211
00:10:23,280 --> 00:10:26,840
Teknik ini akan dapat menguatkan
ingatan awak.
212
00:10:27,480 --> 00:10:28,520
[Probe] Sakit tak?
213
00:10:28,600 --> 00:10:30,880
Macam kena gigit semut saja.
214
00:10:30,960 --> 00:10:33,040
Hipnosis pun boleh sebabkan kesakitan?
215
00:10:33,120 --> 00:10:36,000
[Probe] Aduh! Sakitnya!
216
00:10:36,080 --> 00:10:40,160
Seterusnya, semasa saya
ayunkan jam ini dan tepuk,
217
00:10:40,240 --> 00:10:42,560
saya mahu awak beri sepenuh perhatian.
218
00:10:42,640 --> 00:10:44,800
Kemudian masuk ke hipnosis.
219
00:10:44,880 --> 00:10:46,440
[Probe] Baiklah.
220
00:10:47,000 --> 00:10:50,000
Sementara itu,
Abang Adu Du perlu bercerita
221
00:10:50,080 --> 00:10:54,240
tentang Probe sejak dulu
hingga sekarang. Boleh?
222
00:10:54,320 --> 00:10:55,640
Boleh.
223
00:10:55,720 --> 00:10:58,520
Okey! Mari mulakan rawatan.
224
00:10:59,080 --> 00:11:01,640
[bunyi jam berdetik]
225
00:11:03,400 --> 00:11:05,640
Probe, awak ingat tak
226
00:11:05,720 --> 00:11:08,280
saya kutip awak ketika awak masih kecil?
227
00:11:08,360 --> 00:11:11,040
[Probe] Encik Bos! Terima kasih.
228
00:11:11,120 --> 00:11:12,800
Ingat tak, Probe? Ingat tak?
229
00:11:12,880 --> 00:11:14,840
Saya ingat…
230
00:11:14,920 --> 00:11:16,720
Hei, awak! Sedarlah!
231
00:11:17,640 --> 00:11:20,120
Alamak, begitu bagus kuasa hipnosis ini.
232
00:11:20,200 --> 00:11:21,720
Hingga saya sendiri pun terkena.
233
00:11:22,560 --> 00:11:25,160
Jangan berhenti, teruskan! Teruskan!
234
00:11:25,240 --> 00:11:29,920
Ketika itu, saya keseorangan. Kesunyian.
235
00:11:30,000 --> 00:11:35,000
[Adu Du] Tapi sejak awak muncul,
hidup saya lebih bermakna.
236
00:11:35,080 --> 00:11:37,640
[Adu Du] Awak menjadi teman saya!
237
00:11:37,720 --> 00:11:39,960
[Adu Du] Menjadi kawan baik saya.
238
00:11:40,040 --> 00:11:41,360
[menangis]
239
00:11:41,440 --> 00:11:43,040
[Probe] Awak tipukah, Encik Bos?
240
00:11:43,680 --> 00:11:45,920
Saya hanya orang suruhan dan kuli saja.
241
00:11:46,440 --> 00:11:50,120
Awak sepatutnya berhipnosis,
kenapa awak terjaga?
242
00:11:50,200 --> 00:11:51,520
[Probe] Aduh! Sakitlah!
243
00:11:51,600 --> 00:11:53,320
Tidur semula!
244
00:11:53,400 --> 00:11:54,400
[Probe] Aduh.
245
00:11:54,480 --> 00:11:55,680
Garangnya.
246
00:11:55,760 --> 00:11:57,000
Awak boleh teruskan.
247
00:11:57,080 --> 00:11:59,320
Ingat tak masa kita jumpa Ochobot?
248
00:11:59,400 --> 00:12:01,520
Kita sangat gembira.
249
00:12:01,600 --> 00:12:06,160
[Adu Du] Tapi BoBoiBoy muncul
dan rosakkan semua rancangan kita.
250
00:12:06,240 --> 00:12:09,920
Kita dah cuba sedaya upaya
untuk kalahkan BoBoiBoy,
251
00:12:10,000 --> 00:12:12,200
tapi semuanya tak menjadi!
252
00:12:12,280 --> 00:12:14,800
Masa yang paling hampir untuk menang ialah
253
00:12:14,880 --> 00:12:18,960
{\an8}semasa kita dapat Robot Mukalakus
dari si penipu Bago Go.
254
00:12:19,040 --> 00:12:21,520
Tak baik mengata orang.
255
00:12:21,600 --> 00:12:24,280
Kita bergaduh sepanjang hari.
256
00:12:24,360 --> 00:12:27,360
Sehinggalah Ejo Jo tiba!
257
00:12:27,440 --> 00:12:30,880
[Adu Du] Robot petai itu hancurkan awak!
258
00:12:30,960 --> 00:12:33,200
Saya tak boleh buat apa-apa
pada waktu itu.
259
00:12:33,920 --> 00:12:36,200
[Adu Du] Saya rasa tak berguna langsung!
260
00:12:37,400 --> 00:12:38,640
Ejo Jo pula
261
00:12:38,720 --> 00:12:41,080
siap gelakkan awak.
262
00:12:41,160 --> 00:12:43,080
Berani sungguh Ejo Jo!
263
00:12:43,160 --> 00:12:46,360
Beritahu saya di mana dia tinggal.
Saya akan ajar dia.
264
00:12:47,960 --> 00:12:49,160
[Adu Du dan Probe terkejut]
265
00:12:49,240 --> 00:12:51,240
Sila teruskan.
266
00:12:51,320 --> 00:12:53,640
Nasib baik BoBoiBoy ada untuk membantu.
267
00:12:53,720 --> 00:12:57,560
Siapa sangka kami berdua
akhirnya bekerjasama?
268
00:12:57,640 --> 00:13:00,800
Kami berjaya kalahkan Ejo Jo
dan robot petai!
269
00:13:00,880 --> 00:13:03,800
{\an8}Sayangnya, kemenangan itu
tak bermakna apa-apa.
270
00:13:03,880 --> 00:13:06,040
[Adu Du] Awak tinggalkan saya.
271
00:13:06,120 --> 00:13:11,640
Walaupun saya cuba hidupkan awak,
tapi usaha saya semuanya gagal.
272
00:13:11,720 --> 00:13:15,680
Nasib baik Bago Go dan BoBoiBoy
datang untuk tolong kita.
273
00:13:16,160 --> 00:13:18,560
Tengok, budak Bago Go itu
taklah teruk sangat.
274
00:13:18,640 --> 00:13:22,080
Akhirnya awak kembali kepada saya, Probe.
275
00:13:22,160 --> 00:13:25,120
[Adu Du] Tapi tak sangka pula
awak hilang ingatan.
276
00:13:25,840 --> 00:13:27,960
Saya tak nak kehilangan awak lagi, Probe!
277
00:13:28,520 --> 00:13:30,200
[muzik dramatik]
278
00:13:32,840 --> 00:13:34,160
Sudah habis, ya?
279
00:13:34,920 --> 00:13:36,160
[menyenguk]
280
00:13:36,960 --> 00:13:39,720
Baiklah! Apabila saya tepuk tangan saya,
281
00:13:39,800 --> 00:13:42,120
awak akan sedar daripada hipnosis!
282
00:13:43,520 --> 00:13:45,480
[Probe] Terima kasih, Encik Bos.
283
00:13:46,040 --> 00:13:47,920
Macam mana hasilnya?
284
00:13:48,520 --> 00:13:52,200
Dia semakin pulih,
tapi dia masih belum sembuh sepenuhnya.
285
00:13:52,280 --> 00:13:56,160
Adakah penyakit Probe sudah teruk?
286
00:13:56,240 --> 00:13:59,520
Lagi dua Jumaat, kalau tak diubati lagi,
287
00:13:59,600 --> 00:14:01,080
dia akan terus lupa diri!
288
00:14:01,160 --> 00:14:05,600
[Probe] Cepat pergi ke langkah ketiga!
Ubatkan saya!
289
00:14:05,680 --> 00:14:06,760
Baiklah.
290
00:14:06,840 --> 00:14:12,400
Jika begitu, belilah ubat hikmat
Tongkat Bayam Sakti Ajaib!
291
00:14:12,480 --> 00:14:17,600
Sapukan sikit di tempat yang sakit
30 kali sehari selama 30 hari.
292
00:14:18,280 --> 00:14:19,880
[Probe] Leganya…
293
00:14:19,960 --> 00:14:25,920
[Baga Ga] Perahkan limau nipis,
campur dua sudu ubat ini dalam air suam!
294
00:14:26,000 --> 00:14:28,920
Kemudian minumlah!
Ia pasti mujarab, abang!
295
00:14:29,000 --> 00:14:30,200
Awak pasti?
296
00:14:30,280 --> 00:14:33,960
Sudah tentu. Ini ubat serba guna.
297
00:14:34,040 --> 00:14:38,560
Untuk demam, selsema, sakit perut,
hilang ingatan, angin-angin, sakit kepala,
298
00:14:38,640 --> 00:14:41,400
demam denggi, serangan jantung,
penyakit buah pinggang,
299
00:14:41,480 --> 00:14:43,800
otisis, meningitis, osteoporosis,
300
00:14:43,880 --> 00:14:46,560
pertussis, oasis dan banyak lagi.
301
00:14:47,600 --> 00:14:48,720
[Probe] Mujarabnya!
302
00:14:48,800 --> 00:14:51,960
Tentulah! Ini bukan sebarang ubat.
303
00:14:52,040 --> 00:14:55,920
Ia dibuat daripada bahan
yang hampir mustahil untuk dicari!
304
00:14:56,000 --> 00:15:00,680
[Baga Ga] Cendawan salji diambil dari
puncak Gunung Berapi Wakakakewa.
305
00:15:00,760 --> 00:15:03,600
Air mata harimau bintang
bunting anak ke-13.
306
00:15:03,680 --> 00:15:06,040
Air rebusan sarang labah-labah gergasi
307
00:15:06,120 --> 00:15:10,120
dan daun bayam sakti yang dipetik
pada malam Selasa bulan mengambang
308
00:15:10,200 --> 00:15:11,800
pada minggu kedua cuti sekolah!
309
00:15:11,880 --> 00:15:15,440
[Probe] Belikan untuk saya!
Saya rasa semakin sihat, Encik Bos.
310
00:15:16,360 --> 00:15:18,280
Mesti mahal.
311
00:15:18,360 --> 00:15:21,320
Tak mahal pun. Percuma saja!
312
00:15:21,400 --> 00:15:22,800
[Probe dan Adu Du] Apa? Percuma?
313
00:15:22,880 --> 00:15:25,880
Ya, percuma.
Saya dah beritahu awak sebelum ini.
314
00:15:25,960 --> 00:15:29,440
Saya tak sama macam
si pisau cukur, Bago Go itu.
315
00:15:29,520 --> 00:15:31,840
Saya baik.
316
00:15:31,920 --> 00:15:34,200
[Probe] Memang terbaik!
317
00:15:34,280 --> 00:15:37,360
Lega saya dengar ia percuma.
318
00:15:37,440 --> 00:15:40,640
Tapi kalau awak nak makan ubat ini,
319
00:15:40,720 --> 00:15:45,720
awak mesti gunakan
Cawan Kayu Cermai Ajaib ini. Baru mujarab.
320
00:15:45,800 --> 00:15:47,960
[Probe] Tak bolehkah kita guna cawan besi?
321
00:15:48,040 --> 00:15:49,560
Tak boleh.
322
00:15:49,640 --> 00:15:51,960
Ia tak akan berkesan.
323
00:15:52,040 --> 00:15:54,640
Awak mesti gunakan cawan ajaib ini. Wajib!
324
00:15:54,720 --> 00:15:57,120
Baiklah. Berapa harga cawan ini?
325
00:15:57,200 --> 00:16:02,000
Bukannya mahal sangat pun!
Hanya 80 juta dan 80 sen!
326
00:16:02,080 --> 00:16:06,040
Harganya 80 juta dan 80 sen?
327
00:16:06,680 --> 00:16:07,640
[bunyi berdebup]
328
00:16:07,720 --> 00:16:09,920
Habislah saya…
329
00:16:10,000 --> 00:16:12,360
[Baga Ga] Baiklah. Ini ubatnya.
330
00:16:12,440 --> 00:16:14,680
Ini pula Cawan Kayu Cermai.
331
00:16:14,760 --> 00:16:17,880
Selepas 30 hari, hubungi saya, okey?
332
00:16:17,960 --> 00:16:20,640
Saya nak pastikan yang awak
pulih 100 peratus!
333
00:16:20,720 --> 00:16:22,800
[Probe] Boleh beri nombor telefon awak?
334
00:16:22,880 --> 00:16:25,040
Saya terlupa nombor telefon saya.
335
00:16:25,120 --> 00:16:27,400
Biasalah, orang tua cepat lupa.
336
00:16:27,480 --> 00:16:30,160
Apa kata awak telefon saya
dalam masa dua jam lagi
337
00:16:30,240 --> 00:16:32,440
dan saya akan beri
nombor telefon saya, okey?
338
00:16:32,520 --> 00:16:33,880
[Probe] Okey.
339
00:16:33,960 --> 00:16:37,760
Ini resitnya.
Saya akan letak dalam kepala awak!
340
00:16:42,640 --> 00:16:44,240
MEMORI DIPULIHKAN
341
00:16:44,320 --> 00:16:45,880
[ketawa]
342
00:16:47,400 --> 00:16:49,800
Terima kasih kerana rawat Probe.
343
00:16:49,880 --> 00:16:50,760
Terima kasih.
344
00:16:50,840 --> 00:16:52,280
Tak ada masalah.
345
00:16:52,360 --> 00:16:54,080
Kalau ada apa-apa hal, telefonlah!
346
00:16:54,160 --> 00:16:55,960
Saya pergi dulu! Selamat tinggal!
347
00:16:56,040 --> 00:16:58,640
[Adu Du] Selamat tinggal! Terima kasih!
348
00:17:01,280 --> 00:17:04,440
Bagaimana dengan rawatan
ingatan Probe? Okey?
349
00:17:04,520 --> 00:17:06,680
Awak muncul sebaik saja dia balik?
350
00:17:07,640 --> 00:17:09,200
Ada sesuatu yang tak kena…
351
00:17:09,280 --> 00:17:10,640
[terkejut]
352
00:17:11,240 --> 00:17:12,760
[Probe] Siapa di antara awak berdua
ialah Baga Ga?
353
00:17:12,839 --> 00:17:14,359
Awak atau awak?
354
00:17:14,440 --> 00:17:15,599
[Adu Du dan Bago Go] Bukan saya!
355
00:17:15,680 --> 00:17:17,520
[Komputer] Nampaknya Probe
hilang ingatan lagi.
356
00:17:17,599 --> 00:17:19,359
[Probe] Awak si Baga Ga, bukan?
357
00:17:19,440 --> 00:17:22,560
Saya Bago Go! Bukan Baga Ga!
358
00:17:22,640 --> 00:17:24,000
Dia tipu kita, Probe!
359
00:17:24,079 --> 00:17:26,240
[Probe] Jangan cuba menipu!
360
00:17:26,319 --> 00:17:28,480
Betul. Ini Bago Go.
361
00:17:28,560 --> 00:17:30,720
Si penipu besar. Awak tak percaya?
362
00:17:31,840 --> 00:17:36,840
Sabar! Awak marah sebab awak
ditipu oleh kawan saya tadi!
363
00:17:36,920 --> 00:17:37,840
Tipu?
364
00:17:37,920 --> 00:17:40,440
Ya. Dia kata dia buat rawatan untuk Probe?
365
00:17:40,520 --> 00:17:44,440
Sebenarnya dia sambungkan dua wayar
yang tercabut dalam kepala Probe!
366
00:17:44,520 --> 00:17:50,080
Saya bayar berjuta-juta hanya
untuk sambungkan wayar saja!
367
00:17:50,960 --> 00:17:55,760
Juta-juta? Mahalnya! Kalau saya,
saya akan ambil 100,000 saja!
368
00:17:55,840 --> 00:17:57,680
Awak baru saja ditipu.
369
00:17:57,760 --> 00:17:59,600
[Probe] Penipu mesti dihapuskan!
370
00:17:59,680 --> 00:18:02,320
Bertenang. Saya dah insaf.
371
00:18:02,400 --> 00:18:05,360
Saya akan tolong bayar balik duit
yang awak bayar tadi.
372
00:18:05,440 --> 00:18:07,040
MASUKKAN PIN
373
00:18:07,120 --> 00:18:09,400
{\an8}[Komputer] Awak dapat duit awak balik.
374
00:18:09,480 --> 00:18:11,560
[Probe] Saya tak perlukan
awak buat begitu!
375
00:18:11,640 --> 00:18:17,280
Tak perlu? Mungkin awak nak
kapal angkasa awak balik? Betul tak?
376
00:18:17,360 --> 00:18:18,600
Ya, memang perlu!
377
00:18:18,680 --> 00:18:21,080
{\an8}Siap! Awak boleh ambil balik
kapal angkasa itu!
378
00:18:21,160 --> 00:18:23,920
Asalkan awak tak tembak saya.
379
00:18:24,000 --> 00:18:25,800
Saya ada alahan peluru dan laser.
380
00:18:25,880 --> 00:18:29,040
Bila agaknya saya akan dapat
kapal angkasa saya balik?
381
00:18:29,120 --> 00:18:32,040
Ia akan tiba
tiga hari dari sekarang. Semestinya!
382
00:18:32,120 --> 00:18:35,840
[Probe] Mengaku cepat, Baga Ga.
Atau saya akan tembak awak!
383
00:18:35,920 --> 00:18:38,800
Baik, abang. Dah darurat begini,
jadi saya terpaksa mengaku.
384
00:18:38,880 --> 00:18:41,320
Saya Baga Ga!
385
00:18:41,400 --> 00:18:43,080
Saya dah agak!
386
00:18:44,160 --> 00:18:46,640
Tidak, jangan!
Saya baru saja mengaku, bukan?
387
00:18:46,720 --> 00:18:48,160
[Probe] Pengakuan diterima!
388
00:18:50,520 --> 00:18:51,800
[Bago Go] Aduh!
389
00:18:51,880 --> 00:18:54,160
Padan muka! Tipu saya lagi!
390
00:18:54,240 --> 00:18:57,400
[Probe] Sekarang awak pula!
Awak pembantu dia, bukan?
391
00:18:57,480 --> 00:19:00,160
Tolonglah jangan! Saya Encik Bos!
392
00:19:00,240 --> 00:19:01,240
[Probe] Buktikan!
393
00:19:01,320 --> 00:19:03,360
Tengoklah kad pengenalan saya!
394
00:19:05,160 --> 00:19:06,720
[Probe ketawa]
395
00:19:06,800 --> 00:19:08,760
[Probe] Awak macam budak baik dulu,
Encik Bos.
396
00:19:09,400 --> 00:19:11,560
[Probe] Encik Bos, saya tipu saja.
397
00:19:11,640 --> 00:19:15,320
Tipu? Berani awak tipu saya!
398
00:19:15,400 --> 00:19:19,280
[Probe] Bertenang, Encik Bos!
Saya cuma tipu Baga Ga, bukan awak!
399
00:19:19,840 --> 00:19:21,400
[mendengus]
400
00:19:21,480 --> 00:19:25,000
[Probe] Saya perasan Baga Ga
yang berpura-pura cuba menipu kita.
401
00:19:25,080 --> 00:19:27,840
Jadi saya tipu dia semula!
402
00:19:27,920 --> 00:19:30,320
[Probe] Saya pura-pura hilang ingatan
untuk menakutkan dia!
403
00:19:31,160 --> 00:19:32,800
Awak memang…
404
00:19:34,520 --> 00:19:35,440
[Probe] Maaf, Encik Bos!
405
00:19:35,520 --> 00:19:37,960
Awak memang terbaik!
406
00:19:38,040 --> 00:19:41,120
[ketawa] Hebat!
407
00:19:41,840 --> 00:19:45,680
Awak takutkan dia sehingga
dia batalkan caj kad kredit saya!
408
00:19:47,280 --> 00:19:49,680
Kita juga berjaya mendapatkan
kapal angkasa kita semula.
409
00:19:49,760 --> 00:19:51,480
[Adu Du] Awak memang bijak!
410
00:19:52,040 --> 00:19:55,120
- [Probe] Nampak?
- Bernas, Probe!
411
00:19:56,880 --> 00:19:59,920
Aduh, sakitnya.
412
00:20:00,000 --> 00:20:02,840
Padan muka! Penipu besar!
413
00:20:02,920 --> 00:20:06,920
Sambung wayar saja,
tapi suruh saya bayar berjuta-juta!
414
00:20:07,000 --> 00:20:09,040
[Probe] Betul! Dia juga menyamar.
415
00:20:09,120 --> 00:20:13,320
Maaf, kenapa awak batalkan bayaran tadi?
416
00:20:13,400 --> 00:20:15,280
Betul rupanya?
417
00:20:16,000 --> 00:20:17,600
[Probe teriak]
418
00:20:19,000 --> 00:20:21,040
Aduh, kena lagilah nampaknya.
419
00:20:22,200 --> 00:20:23,200
Apa yang berlaku?
420
00:20:25,880 --> 00:20:26,880
Aduh!
421
00:20:27,560 --> 00:20:30,400
♪ Marilah ♪
422
00:20:30,480 --> 00:20:33,880
♪ Kita pergi mengembara ♪
423
00:20:33,960 --> 00:20:37,080
♪ Inilah masanya ♪
424
00:20:37,160 --> 00:20:40,760
♪ Untuk bersuka ria ♪
425
00:20:40,840 --> 00:20:43,840
♪ Jangan bimbang ♪
426
00:20:43,920 --> 00:20:47,320
♪ Jangan diragu-ragukan ♪
427
00:20:47,400 --> 00:20:50,480
♪ Pasti akan teruja ♪
428
00:20:50,560 --> 00:20:54,160
♪ Biar ia bawa kau pergi ♪
429
00:20:54,240 --> 00:20:57,560
♪ Jangan takutkan langit yang gelap ♪
430
00:20:57,640 --> 00:21:02,320
♪ Ayuh, beranikan diri sahaja ♪
431
00:21:02,400 --> 00:21:07,040
♪ Kita hadapi semua bersama ♪
432
00:21:07,760 --> 00:21:10,760
♪ Bersedia ♪
433
00:21:10,840 --> 00:21:13,920
♪ Pergi mengembara ♪
434
00:21:14,000 --> 00:21:17,920
♪ Kini masanya ♪
435
00:21:18,000 --> 00:21:20,880
♪ Bersedia ♪
436
00:21:20,960 --> 00:21:24,120
♪ Dan akan kujanjikan ♪
437
00:21:24,200 --> 00:21:27,560
♪ Kau tak akan sendirian ♪
438
00:21:27,640 --> 00:21:30,760
♪ Kubersamamu seiringan ♪
439
00:21:30,840 --> 00:21:34,360
♪ Usahlah kau bimbangkan ♪
440
00:21:34,440 --> 00:21:37,640
♪ Kita harungi bersama ♪
441
00:21:37,720 --> 00:21:41,320
♪ Dan aku takkan pergi ♪
442
00:21:41,400 --> 00:21:44,360
♪ Bersedia ♪
443
00:21:44,440 --> 00:21:47,760
♪ Pergi mengembara ♪
444
00:21:47,840 --> 00:21:51,480
♪ Kini masanya ♪
445
00:21:51,560 --> 00:21:54,760
♪ Bersedia ♪
446
00:21:54,840 --> 00:21:58,080
♪ Bersedia ♪