1
00:00:06,006 --> 00:00:08,336
SEBUAH SIRI NETFLIX
2
00:00:36,036 --> 00:00:39,496
Bermulanya hari untuk teman anda
di kehidupan selepas mati, Jumadeung.
3
00:00:40,081 --> 00:00:41,251
Tak sangka langsung.
4
00:00:41,332 --> 00:00:43,542
Betulkah dia pukul manusia
dengan niat membunuh?
5
00:00:43,626 --> 00:00:44,626
Tak sangka.
6
00:00:44,711 --> 00:00:47,171
Saya ada dengar gosip tentang En. Lim.
7
00:00:47,797 --> 00:00:49,757
- Apa dia?
- Saya dengar En. Lim
8
00:00:49,841 --> 00:00:51,681
ada bunuh orang masa di Dunia Manusia.
9
00:00:51,760 --> 00:00:53,050
Yakah?
10
00:00:53,136 --> 00:00:54,846
Ya, dan bukan seorang dua.
11
00:00:56,264 --> 00:00:57,564
Teruk betul.
12
00:00:57,640 --> 00:00:59,390
Pasukan itu tak boleh dibuat kawan.
13
00:00:59,476 --> 00:01:02,556
Ketua pasukan dari Neraka
dan staf pernah membunuh?
14
00:01:02,645 --> 00:01:03,805
Itulah.
15
00:01:05,231 --> 00:01:06,321
Helo!
16
00:01:07,650 --> 00:01:08,900
Seronok?
17
00:01:08,985 --> 00:01:11,985
Cik Jeon, awak nampak sendiri
En. Lim bunuh orang
18
00:01:12,072 --> 00:01:14,912
- di kehidupan dia yang lepas?
- Tak adalah, tapi…
19
00:01:15,492 --> 00:01:18,542
Kalau kita nak bercakap,
biarlah nampak sendiri. Faham?
20
00:01:19,913 --> 00:01:21,213
Hei, mari pergi.
21
00:01:21,831 --> 00:01:23,751
Jangan kawan dengan Pasukan PR ini.
22
00:01:26,461 --> 00:01:27,921
Buat apa lagi tercegat di sini?
23
00:01:29,255 --> 00:01:30,215
Pergilah!
24
00:01:33,009 --> 00:01:34,299
Nak kena betul.
25
00:01:39,849 --> 00:01:41,519
Kasihan betul.
26
00:01:41,601 --> 00:01:42,641
PENGUMUMAN
TINDAKAN DISIPLIN MALAIKAT
27
00:01:43,353 --> 00:01:46,063
Geramnya! Bercakap macam tahu segalanya.
28
00:01:46,147 --> 00:01:47,897
En. Lim kena jelaskan apa yang berlaku.
29
00:01:48,817 --> 00:01:50,687
Puan tahu tak gosip yang sedang hangat?
30
00:01:50,777 --> 00:01:53,737
Mereka cakap En. Lim bunuh
beberapa orang di kehidupan lepas.
31
00:01:54,322 --> 00:01:55,412
Lebih tepatnya, empat orang.
32
00:01:55,490 --> 00:01:56,490
Oh, begitu.
33
00:01:57,033 --> 00:01:58,283
Janganlah!
34
00:01:58,368 --> 00:01:59,948
Saya tak rasa nak bergurau.
35
00:02:00,537 --> 00:02:01,497
Saya tak bergurau.
36
00:02:02,205 --> 00:02:05,035
Janganlah tambah masalah
dalam kepala saya, puan.
37
00:02:07,085 --> 00:02:08,745
Dia jadi begitu sebab
hal yang menimpa maknya,
38
00:02:09,629 --> 00:02:12,009
tapi saya tak pernah tengok
orang rasional begitu hilang kawalan.
39
00:02:14,134 --> 00:02:17,644
Apabila saya tanya pun, dia tak nak jawab.
40
00:02:50,295 --> 00:02:51,665
KOPI, WAIN, ROTI
41
00:02:57,218 --> 00:02:58,298
Yu-hwa.
42
00:02:58,386 --> 00:03:00,636
- Yu-hwa!
- Yu-hwa!
43
00:03:01,139 --> 00:03:03,309
- Tengoklah awak!
- Terima kasih, semua.
44
00:03:50,271 --> 00:03:51,521
"Hui-hwi-rang-yo."
45
00:03:52,106 --> 00:03:53,186
"Hui-hwi-rang-yo."
46
00:03:53,274 --> 00:03:56,034
"Matahari pagi bersinar cerah."
47
00:03:56,778 --> 00:03:57,698
Pandai.
48
00:04:00,198 --> 00:04:01,278
Aduhai, sayang.
49
00:04:01,866 --> 00:04:03,696
Kacak betul anak mak.
50
00:04:28,059 --> 00:04:30,809
{\an8}EPISOD 11: LANGIT BARAT 1
51
00:04:32,272 --> 00:04:33,362
{\an8}BORANG PERTUKARAN PASUKAN
52
00:04:33,439 --> 00:04:38,029
{\an8}Saya tahu puan dan En. Choi dikritik ramai
sebab saya pukul lelaki itu.
53
00:04:38,903 --> 00:04:39,903
{\an8}Saya minta maaf.
54
00:04:40,488 --> 00:04:42,618
{\an8}Saya campur adukkan perasaan
semasa bertugas.
55
00:04:43,700 --> 00:04:44,660
{\an8}Baguslah awak sedar.
56
00:04:45,243 --> 00:04:47,123
{\an8}Saya dah biasa dengar orang mengata saya.
57
00:04:47,704 --> 00:04:48,834
{\an8}Saya tak kisah.
58
00:04:52,083 --> 00:04:53,843
{\an8}Tapi awak pastikah
tak nak berada di sisi dia?
59
00:04:56,671 --> 00:04:57,511
{\an8}Ya.
60
00:04:58,172 --> 00:04:59,472
{\an8}Saya rasa tak ada masalah.
61
00:05:01,467 --> 00:05:02,587
{\an8}Baguslah.
62
00:05:20,653 --> 00:05:21,533
En. Lim!
63
00:05:22,822 --> 00:05:24,992
En. Lim! Betulkah awak nak pindah?
64
00:05:25,074 --> 00:05:26,164
Ya.
65
00:05:26,242 --> 00:05:28,412
Kenapa? Janganlah.
66
00:05:31,497 --> 00:05:34,417
Bukankah awak tak suka saya?
Saya ingat awak akan gembira.
67
00:05:35,043 --> 00:05:36,503
Itu betul, tapi…
68
00:05:37,378 --> 00:05:39,878
kalau awak pergi,
siapa nak tulis laporan disiplin?
69
00:05:43,092 --> 00:05:45,052
Sebab tak nak tulis laporanlah
saya nak pergi.
70
00:05:46,179 --> 00:05:47,889
Betulkah dah fikir masak-masak?
71
00:05:47,972 --> 00:05:49,562
Saya bukan jenis cakap kosong.
72
00:05:50,099 --> 00:05:50,929
Selamat tinggal.
73
00:05:51,476 --> 00:05:52,846
Aduhai.
74
00:05:58,941 --> 00:05:59,861
Puan.
75
00:06:02,737 --> 00:06:04,737
Takkan nak biarkan En. Lim
pergi begitu saja?
76
00:06:04,822 --> 00:06:06,412
Itu yang dia nak.
77
00:06:06,491 --> 00:06:07,781
Saya takkan halang orang yang nak pergi.
78
00:06:07,867 --> 00:06:10,407
Tapi puan pun tahu dia buat begini sebab
79
00:06:10,495 --> 00:06:12,205
tak nak timbulkan masalah
untuk pasukan kita.
80
00:06:12,914 --> 00:06:14,624
- Cukup.
- "Cukup"?
81
00:06:15,333 --> 00:06:17,093
Sudahlah. Saya nak mengadu
kepada pengarah.
82
00:06:17,168 --> 00:06:18,208
Saya dah beritahu awak.
83
00:06:19,712 --> 00:06:22,882
Mak Ryung-gu bunuh diri
selepas diperkosa sekumpulan lelaki.
84
00:06:25,218 --> 00:06:26,678
Mak Ryung-gu…
85
00:06:28,805 --> 00:06:30,005
dan Ryung-gu juga.
86
00:06:32,183 --> 00:06:35,983
Malaikat maut yang mengiringi mereka
ke alam selepas mati…
87
00:06:37,647 --> 00:06:38,477
adalah saya.
88
00:06:40,191 --> 00:06:41,031
Apa?
89
00:06:41,109 --> 00:06:42,609
Awak tahu saya pernah bekerja
90
00:06:43,528 --> 00:06:46,488
di Unit Jenayah Khas, bukan?
91
00:06:47,073 --> 00:06:49,993
Ya, tapi kenapa En. Lim…
92
00:06:51,661 --> 00:06:53,451
Apa yang awak dengar itu betul.
93
00:06:54,622 --> 00:06:56,792
Saya iringi Ryung-gu
94
00:06:57,625 --> 00:06:58,875
sebab dia bunuh orang.
95
00:06:59,544 --> 00:07:00,384
Tapi…
96
00:07:03,506 --> 00:07:06,466
Kenapa? Dia bukan orang macam itu.
97
00:07:11,514 --> 00:07:13,024
Cakaplah, puan.
98
00:07:13,891 --> 00:07:17,191
Apa sebenarnya yang terjadi?
Kenapa dia menderita sampai macam itu?
99
00:07:17,270 --> 00:07:19,560
Mungkin ada yang saya boleh tolong?
100
00:07:33,536 --> 00:07:34,536
Kenapa ini?
101
00:07:35,496 --> 00:07:36,576
Mak.
102
00:07:36,664 --> 00:07:40,964
Yeong-sik dan Chang-bok
asyik mengusik saya saja.
103
00:07:42,420 --> 00:07:45,590
Mereka cakap apa
sampai kamu menangis sedih ini?
104
00:07:45,673 --> 00:07:49,343
Mereka ketawakan nama saya,
mereka cakap pelik.
105
00:07:51,262 --> 00:07:52,722
Mereka kata nama macam anjing.
106
00:07:59,145 --> 00:08:01,265
Mereka itu tak tahu apa langsung.
107
00:08:01,355 --> 00:08:03,565
Nama kamu nama yang indah sekali.
108
00:08:03,649 --> 00:08:04,859
Betul?
109
00:08:04,942 --> 00:08:06,072
Mestilah.
110
00:08:06,777 --> 00:08:10,067
Nama itu diberi oleh sami mulia yang suci.
111
00:08:10,656 --> 00:08:11,526
Mari sini.
112
00:08:17,330 --> 00:08:18,540
Ryung maksudnya "tinggi".
113
00:08:19,457 --> 00:08:20,287
Gu maksudnya "menyelamatkan".
114
00:08:20,875 --> 00:08:23,915
Maksudnya, penyelamat orang ramai
dari tempat tinggi.
115
00:08:27,715 --> 00:08:30,005
Mak pun tahu menulis?
116
00:08:31,677 --> 00:08:35,347
Bukan semua huruf,
tapi cukup untuk ajar anak mak.
117
00:08:37,725 --> 00:08:41,725
Mak tahu banyak benda.
Tak ada yang mak tak boleh buat.
118
00:08:41,812 --> 00:08:44,232
Betul? Kamu fikir macam itu?
119
00:08:44,941 --> 00:08:45,821
Ya.
120
00:08:49,362 --> 00:08:51,612
Tipulah.
121
00:08:51,697 --> 00:08:53,697
Nama kau mana ada maksud.
122
00:08:53,783 --> 00:08:56,083
Ada! Mak aku yang cakap.
123
00:08:56,160 --> 00:08:59,250
Mak aku cakap sami mulia
yang pilihkan nama aku.
124
00:08:59,330 --> 00:09:00,920
Mak aku siap tulis dan tunjuk.
125
00:09:01,916 --> 00:09:03,126
Penipu.
126
00:09:03,209 --> 00:09:05,919
Macam mana mak kau boleh tahu
sedangkan ayah aku pun tak tahu?
127
00:09:06,003 --> 00:09:07,513
Bukannya kau boleh ambil
Peperiksaan Kebangsaan
128
00:09:07,588 --> 00:09:08,798
walaupun tahu membaca dan menulis.
129
00:09:08,881 --> 00:09:10,591
Sia-sia saja.
130
00:09:10,675 --> 00:09:13,585
Kenapa pula? Kita semua sama saja.
131
00:09:13,678 --> 00:09:15,808
Anak orang biasa dan anak bangsawan sama?
132
00:09:15,888 --> 00:09:17,428
Sangatlah berbeza!
133
00:09:25,481 --> 00:09:26,571
Nanti.
134
00:09:29,193 --> 00:09:30,743
Hei, Ryung-gu. Nak ke mana itu?
135
00:09:30,820 --> 00:09:31,900
Nak larikan diri?
136
00:09:32,905 --> 00:09:33,985
Hei, Ryung-gu!
137
00:09:40,830 --> 00:09:42,000
Apa dia?
138
00:09:45,376 --> 00:09:46,586
Tuan muda.
139
00:09:53,342 --> 00:09:54,302
Ryung-gu?
140
00:09:59,849 --> 00:10:01,229
Kenapa dengan muka…
141
00:10:06,939 --> 00:10:07,769
Kenapa ini?
142
00:10:08,357 --> 00:10:09,187
Siapa yang buat?
143
00:10:10,985 --> 00:10:12,025
Kamu buat lagi?
144
00:10:12,111 --> 00:10:15,911
Anak Timbalan Menteri Kim lalu.
145
00:10:15,990 --> 00:10:18,030
Saya kena pukul sebab saya minta dia
146
00:10:19,452 --> 00:10:20,702
ajar membaca dan menulis.
147
00:10:20,786 --> 00:10:22,286
Maafkan saya.
148
00:10:22,371 --> 00:10:26,211
Saya janji tak buat lagi.
149
00:10:30,880 --> 00:10:35,640
Aduhai. Kalaulah Ryung-gu tak bijak,
tak adalah dia nak belajar sangat.
150
00:10:36,135 --> 00:10:38,925
Dia mula bercakap lebih cepat
daripada kanak-kanak sebaya dia, bukan?
151
00:10:39,013 --> 00:10:41,723
Ya. Dia mula bercakap
masa umur dia setahun.
152
00:10:41,807 --> 00:10:45,687
Sebab itulah susah kalau orang macam kita
ada anak yang bijak.
153
00:10:45,770 --> 00:10:47,940
Mereka tak boleh jadi pegawai
macam bangsawan.
154
00:10:48,773 --> 00:10:50,653
Kalau kamu kaya, mungkinlah.
155
00:10:50,733 --> 00:10:53,193
Saya dengar orang jual beli
jawatan kerajaan sekarang.
156
00:10:53,277 --> 00:10:54,697
Mak cik.
157
00:10:54,779 --> 00:10:56,029
Cakap perlahan-lahan.
158
00:10:56,113 --> 00:10:59,283
Alahai, kita berdua saja. Tak kisahlah.
159
00:10:59,367 --> 00:11:02,497
Penakut betullah kamu ini.
160
00:11:03,162 --> 00:11:04,292
Mak cik!
161
00:11:04,872 --> 00:11:08,172
Apa pun, bertambah susahlah kamu nanti.
162
00:11:08,250 --> 00:11:10,170
Saya tahu tak ada yang lebih teruk
163
00:11:10,252 --> 00:11:11,752
daripada seorang ibu
yang mengepit sayap anaknya,
164
00:11:12,421 --> 00:11:14,591
tapi kamu terpaksa.
165
00:11:14,674 --> 00:11:16,434
Demi kesenangan hidup dia.
166
00:11:17,510 --> 00:11:20,010
Aduhai, saya dah terlupa. Aduhai!
167
00:11:39,240 --> 00:11:40,410
Ryung-gu.
168
00:11:42,284 --> 00:11:43,664
Ya, mak.
169
00:11:43,744 --> 00:11:45,124
Kenapa kamu suka menulis?
170
00:11:45,204 --> 00:11:47,834
Kalau kita bercakap,
perkataan itu terus hilang,
171
00:11:47,915 --> 00:11:51,585
tapi kalau kita tulis,
perkataan itu akan kekal lama.
172
00:11:52,253 --> 00:11:54,383
Saya rasa ia menarik dan indah.
173
00:12:01,429 --> 00:12:04,469
Mulai sekarang, mak akan ajar kamu huruf.
174
00:12:05,057 --> 00:12:08,137
Jadi kamu janganlah
pergi ganggu anak bangsawan itu lagi.
175
00:12:08,227 --> 00:12:10,267
Betul?
176
00:12:10,354 --> 00:12:12,274
Maklah yang paling hebat!
177
00:12:12,356 --> 00:12:13,976
Terima kasih banyak, mak!
178
00:12:17,820 --> 00:12:20,910
"Ji-gwa-pil-gae, deuk-neung-mak-mang."
179
00:12:21,949 --> 00:12:24,739
Apabila kamu tahu satu kelemahan,
kamu kena betulkan.
180
00:12:25,327 --> 00:12:28,747
Apabila dah tahu cara yang betul,
kamu jangan lupa.
181
00:12:29,331 --> 00:12:31,421
"Mang-dam-pi-dan, mi-si-gi-jang."
182
00:12:31,500 --> 00:12:34,130
Jangan bicara kelemahan orang lain
183
00:12:34,211 --> 00:12:36,591
dan jangan lupa kekuatan sendiri.
184
00:12:38,924 --> 00:12:39,764
Mak.
185
00:12:40,509 --> 00:12:43,009
Saya tak tahu lepas ini apa.
186
00:12:43,095 --> 00:12:44,095
Baiklah.
187
00:12:44,180 --> 00:12:46,350
Mak akan bacakannya. Ikut mak.
188
00:12:47,057 --> 00:12:47,887
Baik.
189
00:12:56,775 --> 00:12:58,105
Sedap sangat, mak!
190
00:12:59,361 --> 00:13:01,611
- Jangan sampai sakit perut.
- Baik.
191
00:13:03,532 --> 00:13:05,242
"Hui-hwi-rang-yo."
192
00:13:05,951 --> 00:13:07,501
"Hui-hwi-rang-yo."
193
00:13:07,578 --> 00:13:10,578
Panahan masa sentiasa mara ke depan.
194
00:13:10,664 --> 00:13:13,544
"Panahan masa sentiasa mara ke depan."
195
00:13:13,626 --> 00:13:15,956
Matahari pagi bersinar cerah.
196
00:13:16,045 --> 00:13:18,585
"Matahari pagi bersinar cerah."
197
00:13:20,090 --> 00:13:21,180
Bagus.
198
00:13:22,676 --> 00:13:23,796
Aduhai, sayang.
199
00:13:24,303 --> 00:13:26,063
Kacak betul anak mak.
200
00:13:26,555 --> 00:13:28,465
Macam mana boleh sekacak ini?
201
00:13:28,557 --> 00:13:30,477
Sebab saya ikut maklah.
202
00:13:30,559 --> 00:13:32,229
- Yakah?
- Ya.
203
00:13:43,781 --> 00:13:44,991
Jemput makan.
204
00:13:47,660 --> 00:13:50,250
Mak cik! Beri tiga gukbap.
205
00:13:50,329 --> 00:13:51,499
Baik!
206
00:13:57,920 --> 00:14:01,470
Mereka itu nampak macam bukan orang sini,
tapi selalu saja singgah.
207
00:14:01,549 --> 00:14:05,179
Tahu tak gabenor baru
yang datang beberapa bulan lepas itu?
208
00:14:05,761 --> 00:14:08,851
Saya dengar dia yang lindungi
samseng-samseng itu.
209
00:14:08,931 --> 00:14:09,771
Apa?
210
00:14:10,349 --> 00:14:13,439
Pegawai golongan bangsawan
memang dah selalu buat macam itu.
211
00:14:13,519 --> 00:14:16,479
Bukannya nak tangkap, tapi lindungi pula.
212
00:14:17,189 --> 00:14:20,729
Rakyat jelata di tengah macam kitalah
yang akan mati disebabkan hal ini.
213
00:14:42,006 --> 00:14:42,916
Siapa awak?
214
00:14:43,007 --> 00:14:45,507
Tak sangka dapat jumpa perempuan
yang gabenor susah payah cari
215
00:14:45,593 --> 00:14:47,683
di kedai makan buruk begini.
216
00:14:47,761 --> 00:14:51,391
Setiap kali dia mabuk,
dia akan teringatkan wajah kau.
217
00:14:52,641 --> 00:14:55,061
Tuan balik dari mana ini?
218
00:14:55,144 --> 00:14:56,564
Kenapa tak datang ke sini?
219
00:15:05,946 --> 00:15:06,816
Baiklah.
220
00:15:07,823 --> 00:15:09,453
Kau dah bersedia hari ini?
221
00:15:10,075 --> 00:15:11,235
Dah tiga hari.
222
00:15:11,327 --> 00:15:13,907
Bersedia untuk apa?
223
00:15:15,039 --> 00:15:16,959
Tak beradab.
224
00:15:17,541 --> 00:15:20,421
Siapa kau nak suruh aku tunggu lama?
225
00:15:21,754 --> 00:15:27,134
Saya cuma menurut arahan puan
untuk tuangkan minuman.
226
00:15:27,217 --> 00:15:28,217
Yakah?
227
00:15:29,511 --> 00:15:31,011
Begitu rupanya.
228
00:15:39,229 --> 00:15:41,069
Kisaeng nak berlagak suci konon.
229
00:15:41,899 --> 00:15:44,649
Tapi yalah, seronok juga macam ini.
230
00:15:44,735 --> 00:15:46,145
Apa tuan nak buat?
231
00:15:46,236 --> 00:15:47,526
Tuan dah mabuk.
232
00:15:47,613 --> 00:15:49,573
Aku tak mabuk sebab arak,
233
00:15:49,657 --> 00:15:52,117
tapi sebab kau, Geum-hong!
234
00:15:55,955 --> 00:15:57,495
Sekarang dah lewat tengah malam.
235
00:15:58,123 --> 00:16:00,173
Tak manis menjemput orang perempuan
236
00:16:00,250 --> 00:16:03,420
lewat macam ini, walau gabenor sekali pun.
237
00:16:03,504 --> 00:16:05,464
Pelacur murahan tak layak cakap macam itu.
238
00:16:06,173 --> 00:16:07,763
Aku dengar masa kau di gibang,
239
00:16:09,718 --> 00:16:10,758
nama kau Geum-hong?
240
00:16:24,400 --> 00:16:25,940
Anak saya sedang tidur di dalam.
241
00:16:26,527 --> 00:16:29,107
Saya akan ikut awak.
Jadi tolong perlahankan suara.
242
00:16:44,253 --> 00:16:45,673
Lama tak jumpa, Geum-hong.
243
00:16:46,255 --> 00:16:47,875
Pandai betul kau bersembunyi.
244
00:16:47,965 --> 00:16:52,505
Ketua kau cakap, dia halau kau keluar
sebab kau sakit, tapi aku tak percaya.
245
00:16:52,594 --> 00:16:53,894
Perempuan yang buat duit macam kau?
246
00:16:55,389 --> 00:16:58,479
Tapi aku terkejut juga apabila tahu
kau ada anak selepas itu.
247
00:16:59,143 --> 00:17:02,523
Kenapa tuan panggil saya
lewat malam begini?
248
00:17:03,105 --> 00:17:06,105
Sejak kau pergi, aku tak lena walau
semalam pun sebab rindukan kau.
249
00:17:06,859 --> 00:17:09,859
Jadi mulai hari ini, datang ke kamar aku
setiap malam dan layan aku.
250
00:17:10,988 --> 00:17:11,908
Tuan.
251
00:17:12,489 --> 00:17:14,119
Saya bukan lagi kisaeng.
252
00:17:15,117 --> 00:17:17,787
Kenapa? Kau dah dapat balik
status anak bangsawan kau?
253
00:17:19,455 --> 00:17:20,905
Aku dah semak latar belakang kau.
254
00:17:21,498 --> 00:17:23,708
Kau anak perempuan
pegawai sarjana yang rosak.
255
00:17:24,752 --> 00:17:27,672
Ketua kau beritahu yang dia beli kau
daripada ayah kau sendiri.
256
00:17:28,297 --> 00:17:31,337
Habis harta keluarganya dia perjudikan.
257
00:17:40,559 --> 00:17:41,979
Ayah!
258
00:17:49,735 --> 00:17:54,155
Layakkah kau nak berlagak sombong
dengan maruah pegawai sarjana itu?
259
00:17:56,075 --> 00:17:57,905
Saya pergi dulu.
260
00:17:57,993 --> 00:18:00,373
Aku dengar anak kau sangat bijak
dan berbakat.
261
00:18:00,954 --> 00:18:04,794
Tapi dia tak mungkin dapat lari daripada
beban keturunan bawahan macam kau.
262
00:18:09,129 --> 00:18:10,839
Apa tuan cakap ini?
263
00:18:10,923 --> 00:18:12,553
Aku akan ambil dia jadi anak angkat.
264
00:18:14,343 --> 00:18:15,553
Macam mana?
265
00:18:16,678 --> 00:18:18,508
Cukup untuk ubah fikiran kau
supaya layan aku di sini?
266
00:18:21,141 --> 00:18:24,021
"Yeon-si-mae-choe, hui-hwi-rang-yo."
267
00:18:24,103 --> 00:18:28,483
Panahan masa sentiasa mara ke depan.
Matahari pagi bersinar cerah.
268
00:18:28,565 --> 00:18:32,485
Sebab itulah susah kalau orang macam kita
ada anak yang bijak.
269
00:18:32,569 --> 00:18:34,609
Mereka tak boleh jadi pegawai
macam bangsawan.
270
00:18:35,114 --> 00:18:37,164
Aku akan ambil dia jadi anak angkat.
271
00:18:37,741 --> 00:18:39,911
"Seon-gi-hyeon-al, hoe-baek-hwan-jo."
272
00:18:42,538 --> 00:18:43,748
Mak.
273
00:18:45,958 --> 00:18:46,788
Ya.
274
00:18:47,459 --> 00:18:48,379
Apa maksudnya?
275
00:18:48,460 --> 00:18:51,340
Seon-gi-ok-hyeong bermakna
tergantung sambil berputar
276
00:18:51,421 --> 00:18:55,261
dan apabila datang gemeum, hanya lingkaran
bulan tak bercahaya yang kelihatan.
277
00:18:55,342 --> 00:18:56,472
Seon-gi itu apa?
278
00:18:56,552 --> 00:19:00,562
Empat bintang pertama di tengah Biduk.
279
00:19:00,639 --> 00:19:06,189
Dalam erti kata lain,
empat bintang yang menjadi pemegang Biduk.
280
00:19:07,521 --> 00:19:09,191
Bijak betul anak mak ini.
281
00:19:09,273 --> 00:19:10,983
Semuanya jasa mak.
282
00:19:13,485 --> 00:19:16,315
"Ji-gwa-pil-gae, deuk-neung-mak-mang."
283
00:19:17,322 --> 00:19:21,122
Apabila kamu tahu satu kelemahan,
kamu kena betulkan.
284
00:19:21,201 --> 00:19:25,081
Apabila dah tahu cara yang betul,
kamu jangan lupa.
285
00:19:25,164 --> 00:19:27,584
"Mang-dam-pi-dan, mi-si-gi-jang."
286
00:19:50,230 --> 00:19:51,820
Mak.
287
00:19:53,275 --> 00:19:55,855
Mak terbaik.
288
00:19:56,612 --> 00:19:59,072
Saya kagum dengan mak.
289
00:20:04,161 --> 00:20:07,331
Mak akan lindungi kamu, nak.
290
00:20:14,630 --> 00:20:15,510
Betul?
291
00:20:17,466 --> 00:20:18,796
Kau dah habis fikir?
292
00:20:19,384 --> 00:20:21,514
Mungkin dulu saya pelacur murahan,
293
00:20:22,387 --> 00:20:23,807
tapi tidak lagi sekarang.
294
00:20:23,889 --> 00:20:26,889
Sebagai seorang wanita dan ibu,
295
00:20:28,227 --> 00:20:30,647
saya tak berhasrat untuk
menambah kelemahan saya lagi.
296
00:20:34,107 --> 00:20:36,817
Kau ini pandai juga buat lawak.
297
00:20:37,402 --> 00:20:40,072
Apabila kain itu dah kotor sekali,
298
00:20:40,155 --> 00:20:43,735
kotoran itu takkan tertanggal,
tak kiralah macam mana pun kau basuh.
299
00:20:43,825 --> 00:20:46,535
Kau ingat kau boleh jadi suri rumah biasa?
300
00:20:47,120 --> 00:20:51,330
Saya memohon kemurahan hati tuan
untuk biarkan saya hidup
301
00:20:52,167 --> 00:20:53,377
sebagai ibu kepada anak saya.
302
00:20:54,795 --> 00:20:58,215
Anak kau akan jalani hidup
sama seperti kau juga.
303
00:20:59,800 --> 00:21:00,630
Bukan.
304
00:21:01,218 --> 00:21:03,008
Mungkin lebih teruk daripada hidup kau.
305
00:21:10,602 --> 00:21:12,562
Sentuh walau seurat rambut anak saya
306
00:21:13,063 --> 00:21:15,073
dan tahulah padahnya.
307
00:21:21,446 --> 00:21:22,856
Betina tak mengenang budi.
308
00:21:24,157 --> 00:21:25,237
Du-sik, kau ada di luar?
309
00:21:28,996 --> 00:21:29,826
Ya, tuan.
310
00:21:29,913 --> 00:21:32,543
Nampaknya si Geum-hong
dah lupa siapa diri dia.
311
00:21:32,624 --> 00:21:35,344
Pergi pastikan dia ingat masa silamnya.
312
00:21:35,961 --> 00:21:36,841
Baik.
313
00:21:51,685 --> 00:21:52,595
Kenapa ini?
314
00:21:52,686 --> 00:21:54,726
Mak kau penipu.
315
00:21:54,813 --> 00:21:56,153
Ayah aku yang cakap.
316
00:21:58,483 --> 00:22:01,153
- Taklah!
- Apa yang tidak? Dulu kau cakap apa?
317
00:22:01,236 --> 00:22:03,606
Kau cakap ayah kau mati
sebelum kau lahir, bukan?
318
00:22:03,697 --> 00:22:05,197
Ya. Kenapa?
319
00:22:05,282 --> 00:22:08,162
Hei, bodoh. Kau tak pernah ada ayahlah.
320
00:22:08,243 --> 00:22:11,123
Sebab mak kau itu pelacur murahan!
321
00:22:12,664 --> 00:22:14,214
Kata-kata kau tak masuk akal!
322
00:22:14,291 --> 00:22:16,711
Habis itu, kenapa lelaki
jumpa mak kau tengah malam?
323
00:22:16,793 --> 00:22:18,963
Semua itu sebab dia pelacurlah.
324
00:22:19,046 --> 00:22:20,956
Sebab itulah juga dia tahu menulis.
325
00:22:21,048 --> 00:22:24,508
Tak! Mak aku cakap dia belajar menulis
daripada datuk aku.
326
00:22:24,593 --> 00:22:26,143
Macam mana perempuan boleh
belajar membaca dan menulis?
327
00:22:26,219 --> 00:22:28,469
Mak aku tahu banyak benda,
tapi dia buta huruf.
328
00:22:28,555 --> 00:22:29,385
Betul.
329
00:22:29,473 --> 00:22:31,023
Mungkin satu kampung dah tahu
330
00:22:31,099 --> 00:22:32,349
yang mak kau itu pelacur.
331
00:22:40,400 --> 00:22:42,240
- Hei.
- Buat apa ini?
332
00:22:42,319 --> 00:22:44,449
- Berhenti.
- Lepaskan!
333
00:22:46,364 --> 00:22:48,084
Mak aku bukan pelacur!
334
00:22:48,658 --> 00:22:51,038
Tak manis menjemput orang perempuan
335
00:22:51,620 --> 00:22:54,920
lewat macam ini, walau gabenor sekali pun.
336
00:22:54,998 --> 00:22:56,538
Pelacur murahan tak layak cakap macam itu.
337
00:22:57,209 --> 00:22:58,459
Aku dengar masa kau di gibang,
338
00:22:59,211 --> 00:23:00,211
nama kau Geum-hong?
339
00:23:01,755 --> 00:23:03,465
Mak aku bukan pelacur!
340
00:23:05,050 --> 00:23:06,010
Budak jahat!
341
00:23:06,676 --> 00:23:07,676
Dia bukan pelacur!
342
00:23:13,683 --> 00:23:16,523
Dia sebesar ini saja dulu.
343
00:23:30,325 --> 00:23:31,365
Ryung-gu?
344
00:23:34,538 --> 00:23:35,618
Kamu dah balik?
345
00:23:35,705 --> 00:23:37,955
Mak baru nak pergi jemput kamu
sebab hari hujan.
346
00:23:50,512 --> 00:23:53,602
Mesti Geum-hong itu
dah main dengan banyak lelaki.
347
00:23:53,682 --> 00:23:56,732
Patutlah. Saya rasa dia pernah
kenyit mata kepada saya di kedai makan.
348
00:23:57,394 --> 00:23:59,984
Sekarang ini nak berlakon jual mahal
depan gabenor pula.
349
00:24:00,063 --> 00:24:02,073
Setidaknya, kau dapat belakang dia.
350
00:24:02,149 --> 00:24:03,529
Kau dapat lebih daripada gabenor.
351
00:24:16,580 --> 00:24:19,880
Dah lama mak jemput lelaki masuk
352
00:24:20,709 --> 00:24:23,499
setiap kali saya keluar rumah?
353
00:24:24,588 --> 00:24:28,468
Sebab inikah mak selalu keluar malam
354
00:24:29,176 --> 00:24:30,586
sejak beberapa hari ini?
355
00:24:32,179 --> 00:24:36,309
Kalaulah saya dilahirkan
oleh wanita bangsawan dan bukan mak,
356
00:24:37,100 --> 00:24:38,940
mesti saya juga boleh
357
00:24:40,187 --> 00:24:44,187
pergi ke sekolah dan belajar tentang huruf
358
00:24:44,274 --> 00:24:46,614
tanpa dipukul oleh anak-anak bangsawan!
359
00:24:47,944 --> 00:24:50,454
Saya tak pernah minta dilahirkan.
360
00:24:50,989 --> 00:24:53,029
Kenapalah saya dapat ibu
361
00:24:53,658 --> 00:24:55,198
yang macam mak?
362
00:24:56,286 --> 00:24:57,656
Memalukan!
363
00:24:59,289 --> 00:25:00,789
Mengaibkan!
364
00:25:01,458 --> 00:25:02,458
Menjijikkan!
365
00:25:08,715 --> 00:25:09,835
Maafkan mak.
366
00:25:13,845 --> 00:25:16,425
Kenapa berdiam diri saja?
367
00:25:17,265 --> 00:25:19,345
Kenapa diam saja
368
00:25:19,935 --> 00:25:22,515
apabila saya kurang ajar
dan melawan cakap mak?
369
00:25:23,897 --> 00:25:25,317
Tolong beritahu saya
370
00:25:26,566 --> 00:25:28,186
yang ini semua tak benar.
371
00:25:28,944 --> 00:25:31,154
Marahlah saya!
372
00:25:31,696 --> 00:25:33,406
Sebab biadab
373
00:25:35,116 --> 00:25:39,036
dan percayakan perkara karut!
374
00:25:39,704 --> 00:25:41,124
Mak!
375
00:27:08,043 --> 00:27:09,383
Hei.
376
00:27:09,461 --> 00:27:10,341
Hei.
377
00:27:14,341 --> 00:27:15,221
Hei!
378
00:27:17,344 --> 00:27:18,354
Hei.
379
00:27:26,603 --> 00:27:28,813
Boleh aku sedut sekali saja lagi?
380
00:27:29,606 --> 00:27:30,686
Sebab aku rasa macam nak mati.
381
00:27:33,651 --> 00:27:36,071
Tahu tak berapa banyak duit
aku habiskan di sini?
382
00:27:37,072 --> 00:27:37,912
Tolonglah.
383
00:27:45,038 --> 00:27:46,078
Berambus.
384
00:27:55,465 --> 00:27:56,585
Aduhai.
385
00:27:56,674 --> 00:28:00,394
Sejak kamu datang ke sini,
dah tak ada lagi kekecohan.
386
00:28:00,970 --> 00:28:03,220
Saya tahu kamu pandai buat kerja ini
sebaik saja nampak kamu.
387
00:28:03,807 --> 00:28:05,977
Kenapa mereka itu
hidup berkhayal dengan dadah?
388
00:28:07,477 --> 00:28:09,397
Sebab apa lagi?
389
00:28:09,479 --> 00:28:11,729
Sebab mereka nak lupakan
hakikat hidup ini.
390
00:28:13,358 --> 00:28:17,238
Kalaulah satu hari nanti
hidup kamu musnah,
391
00:28:17,737 --> 00:28:19,737
buatlah apa saja kecuali benda itu.
392
00:28:20,865 --> 00:28:23,945
Sekali kamu sedut, selamanya kamu ketagih.
393
00:28:24,035 --> 00:28:26,995
Mungkin kamu masih hidup,
tapi hati kamu dah mati.
394
00:28:27,080 --> 00:28:29,620
Lebih baik mati saja.
395
00:28:32,210 --> 00:28:34,000
Perkara macam itu takkan terjadi.
396
00:28:39,300 --> 00:28:40,260
Berhenti.
397
00:28:43,763 --> 00:28:45,103
Ryung-gu.
398
00:28:45,181 --> 00:28:47,601
Datanglah ke bilik saya esok.
399
00:28:47,684 --> 00:28:49,644
Saya belanja minum.
400
00:28:50,270 --> 00:28:51,310
Macam mana?
401
00:28:51,396 --> 00:28:52,306
Tak nak.
402
00:28:53,106 --> 00:28:54,186
Tak boleh hutang.
403
00:28:54,733 --> 00:28:56,653
Aduhai, saya tak ada duitlah!
404
00:28:56,735 --> 00:28:57,935
Tapi esok saya bayar.
405
00:28:58,027 --> 00:29:00,107
Sehari suntuk menjual tubuh di gibang
406
00:29:00,196 --> 00:29:01,356
dan habiskan duit untuk dadah.
407
00:29:02,073 --> 00:29:03,743
Semua pelacur macam itukah?
408
00:29:40,820 --> 00:29:42,660
Siapa?
409
00:29:44,199 --> 00:29:45,409
Ryung-gu?
410
00:29:50,079 --> 00:29:51,369
Kamu rupanya, Ryung-gu!
411
00:29:52,332 --> 00:29:55,382
Aduhai, dah berapa tahun tak jumpa?
412
00:29:55,460 --> 00:29:57,670
Kamu buat macam dah tak nak balik ke sini.
413
00:29:57,754 --> 00:29:59,594
Kenapa kamu balik?
414
00:30:01,090 --> 00:30:02,380
Bukan sebab perempuan itu.
415
00:30:03,134 --> 00:30:04,094
"Perempuan itu"?
416
00:30:05,512 --> 00:30:09,182
Kamu tak patut cakap macam itu!
417
00:30:09,265 --> 00:30:12,055
Dah lama saya tak anggap
perempuan yang gantung dirinya
418
00:30:13,228 --> 00:30:14,848
selepas anaknya tahu dia buat begitu,
sebagai mak.
419
00:30:14,938 --> 00:30:15,938
Tarik balik!
420
00:30:16,606 --> 00:30:19,476
Dia berkorban untuk besarkan kamu.
421
00:30:24,322 --> 00:30:25,622
Selamat tinggal.
422
00:30:26,533 --> 00:30:28,793
Kalaulah jantan itu semua
tak buat perkara jijik itu,
423
00:30:29,452 --> 00:30:31,162
mungkin kamu dan Yu-hwa…
424
00:30:39,337 --> 00:30:40,547
Perkara jijik apa?
425
00:30:41,631 --> 00:30:42,761
Jangan cakap
426
00:30:42,841 --> 00:30:44,681
yang kamu tak tahu?
427
00:30:55,937 --> 00:30:59,187
Kamu langsung tak kenal mak kamu.
428
00:31:01,568 --> 00:31:04,948
Gabenor itu,
dia suruh samseng-samseng itu…
429
00:32:14,390 --> 00:32:17,440
Hei.
430
00:32:21,564 --> 00:32:22,694
Bagus!
431
00:32:32,450 --> 00:32:33,330
Siapa kau?
432
00:32:47,382 --> 00:32:48,382
Siapa kau?
433
00:32:49,634 --> 00:32:50,594
Aku tanya, siapa kau?
434
00:32:51,511 --> 00:32:52,471
Cakaplah siapa kau!
435
00:32:56,724 --> 00:32:57,814
Aku anak
436
00:32:59,310 --> 00:33:00,310
kepada pelacur.
437
00:33:00,395 --> 00:33:01,595
Apa?
438
00:33:04,399 --> 00:33:06,149
Pelacur murahan tak layak cakap macam itu.
439
00:33:08,653 --> 00:33:09,493
Ya.
440
00:33:10,613 --> 00:33:12,203
Aku rasa aku dah ingat
441
00:33:13,116 --> 00:33:13,986
siapa kau.
442
00:33:15,034 --> 00:33:16,494
Pergi mati macam mak kau.
443
00:35:37,343 --> 00:35:38,263
Mak…
444
00:35:40,680 --> 00:35:41,850
saya akan…
445
00:35:45,560 --> 00:35:46,600
ikut mak.
446
00:36:21,387 --> 00:36:23,307
Buat apa duduk di sana?
447
00:36:24,432 --> 00:36:25,892
Bangun sekarang.
448
00:36:29,145 --> 00:36:30,305
Awak siapa?
449
00:36:30,396 --> 00:36:33,146
Saya Malaikat Pencabut Nyawa,
datang untuk mendapatkan awak.
450
00:36:34,108 --> 00:36:35,278
Ikut saya.
451
00:37:06,224 --> 00:37:07,394
Berhenti menyenguk!
452
00:37:08,476 --> 00:37:09,306
Apa?
453
00:37:09,393 --> 00:37:13,063
Sengukan awak buat saya tak selesa.
454
00:37:15,399 --> 00:37:17,279
Rasa gatal sebab ketagihan dadah.
455
00:37:17,360 --> 00:37:20,070
Kalau macam itu,
letak sesuatu atau korek hidung awak,
456
00:37:20,905 --> 00:37:22,155
asalkan saya tak nampak.
457
00:37:23,658 --> 00:37:24,618
Baik.
458
00:37:33,251 --> 00:37:34,631
Puan.
459
00:37:34,710 --> 00:37:35,880
Apa yang awak nak tahu?
460
00:37:36,754 --> 00:37:38,424
Kalau pergi ke alam selepas mati,
461
00:37:40,007 --> 00:37:41,627
bolehkah saya bertemu mak saya?
462
00:37:42,802 --> 00:37:43,642
Saya tak tahu.
463
00:37:45,263 --> 00:37:47,013
Saya tak tahu siapa ayah saya,
464
00:37:48,391 --> 00:37:50,351
tapi semua kenangan zaman kanak-kanak saya
465
00:37:51,477 --> 00:37:53,557
penuh dengan kasih sayang mak.
466
00:37:55,147 --> 00:37:57,897
Dia betul-betul sayangkan
budak tak guna macam saya.
467
00:37:59,860 --> 00:38:01,110
Nama mak awak…
468
00:38:03,281 --> 00:38:06,701
Nama mak saya Yu-hwa
dan nama keluarganya Lim.
469
00:38:16,585 --> 00:38:17,745
Lim Yu-hwa.
470
00:38:20,423 --> 00:38:22,473
Saya yang iringi dia ke alam selepas mati.
471
00:38:24,510 --> 00:38:27,430
Saya iringi orang macam awak
yang melakukan jenayah.
472
00:38:28,097 --> 00:38:31,517
Dia juga seorang pendosa.
473
00:38:32,893 --> 00:38:34,983
Dia lakukan dosa tersendiri.
474
00:38:37,023 --> 00:38:37,903
Apa…
475
00:38:39,191 --> 00:38:41,281
Dosa mengambil nyawa sendiri.
476
00:38:46,073 --> 00:38:47,123
Dia cakap
477
00:38:47,783 --> 00:38:49,953
dia tak sayangkan awak
478
00:38:50,536 --> 00:38:52,076
pada mulanya.
479
00:39:00,004 --> 00:39:01,094
Puan.
480
00:39:06,135 --> 00:39:08,255
Dia hanya fikir nak buang awak.
481
00:39:10,306 --> 00:39:11,966
Dia cakap dia tak endahkan awak
482
00:39:13,142 --> 00:39:15,232
berhari-hari lamanya selepas bersalin.
483
00:39:15,311 --> 00:39:16,981
Dia juga tak menyusukan awak.
484
00:39:20,149 --> 00:39:23,319
Walaupun dia tak nak jadi ibu,
tapi dia cakap,
485
00:39:23,402 --> 00:39:25,782
sebaik saja dia nampak
awak hulurkan tangan,
486
00:39:27,823 --> 00:39:28,913
secara ajaibnya,
487
00:39:30,117 --> 00:39:32,117
dia mula rasa sayang.
488
00:39:40,127 --> 00:39:41,997
Dia cakap dia takkan jadi seperti ayahnya
489
00:39:42,088 --> 00:39:44,298
yang jual anak sendiri kepada gibang
490
00:39:44,382 --> 00:39:48,342
selepas jadi gila dek derita dunia.
491
00:39:54,392 --> 00:39:57,692
Dia cakap yang dia bersumpah
takkan tinggalkan awak walau apa pun
492
00:39:58,437 --> 00:39:59,897
sebab dia tahu
493
00:40:01,232 --> 00:40:05,362
awak tak minta untuk dilahirkan
ke dunia ini.
494
00:40:15,579 --> 00:40:16,409
Aduhai.
495
00:40:16,497 --> 00:40:18,117
Anak mak dah besar.
496
00:40:19,125 --> 00:40:21,125
Sejak bila dah besar macam ini?
497
00:40:34,890 --> 00:40:37,020
Awak kata, segala kenangan
zaman kanak-kanak awak
498
00:40:37,768 --> 00:40:39,728
dipenuhi dengan kasih sayang mak awak.
499
00:40:40,813 --> 00:40:42,773
Malangnya, mak awak pergi…
500
00:40:44,608 --> 00:40:46,028
tanpa mengetahui perkara itu.
501
00:41:32,239 --> 00:41:35,909
Kenapa awak tak mahu dilahirkan semula
dan pilih untuk jadi malaikat maut?
502
00:41:36,535 --> 00:41:39,655
Awak akan wujud untuk jangka masa lama
sebagai orang yang tidak hidup
503
00:41:40,539 --> 00:41:43,129
dan tidak mati.
504
00:41:43,792 --> 00:41:47,252
- Kalau awak main-main…
- Tidak.
505
00:41:47,880 --> 00:41:50,340
Saya dengar, talian takdir
yang hubungkan kami terputus
506
00:41:51,258 --> 00:41:54,088
apabila mak saya ambil nyawanya sendiri.
507
00:41:54,678 --> 00:41:57,888
Kami takkan bersama lagi, tak kiralah
berapa kali pun dilahirkan semula.
508
00:41:58,599 --> 00:42:00,269
Sebab itu saya nak jadi malaikat maut.
509
00:42:01,769 --> 00:42:04,399
Mak saya akan dilahirkan semula
selepas hukumannya tamat.
510
00:42:05,648 --> 00:42:06,648
Ya.
511
00:42:06,732 --> 00:42:09,992
Selepas dia dilahirkan semula,
setidaknya saya boleh lihat dia dari jauh
512
00:42:11,612 --> 00:42:13,952
dengan kenangan masa silam
yang saya masih ada.
513
00:42:17,910 --> 00:42:20,040
Awak nak mohon ke pasukan mana?
514
00:42:21,497 --> 00:42:22,407
Saya
515
00:42:23,499 --> 00:42:25,289
nak bekerja di bawah puan.
516
00:42:28,963 --> 00:42:33,053
Pasukan Pengiring paling dekat
dengan hidup dan mati.
517
00:42:33,133 --> 00:42:34,723
Awak perlukan kekuatan mental
518
00:42:35,511 --> 00:42:36,761
untuk bertahan di sana.
519
00:42:38,055 --> 00:42:39,925
Mohonlah Pasukan Pengurusan
Kitab Kematian.
520
00:42:41,350 --> 00:42:42,390
Kalau awak bertuah,
521
00:42:43,185 --> 00:42:46,935
awak mungkin boleh dapat maklumat
tentang kelahiran semula mak awak.
522
00:42:49,775 --> 00:42:50,815
Baik.
523
00:42:57,366 --> 00:43:00,996
Sudahlah Dunia Manusia pun kucar-kacir,
sekarang ini alam selepas mati pun sama?
524
00:43:01,579 --> 00:43:03,659
Apalah nak jadi dengan dunia ini?
525
00:43:05,833 --> 00:43:07,713
Sekali pun dia Maharaja Jed,
526
00:43:07,793 --> 00:43:09,963
macam mana dia boleh benarkan
penghuni Neraka jadi malaikat maut?
527
00:43:10,045 --> 00:43:12,205
Sistem kasta sudah wujud beribu tahun
528
00:43:12,715 --> 00:43:15,045
dan sekarang,
orang biasa pun dah boleh sertai kita!
529
00:43:15,134 --> 00:43:18,184
Kenapa? Awak takut dikalahkan
530
00:43:18,262 --> 00:43:19,432
oleh orang biasa?
531
00:43:19,513 --> 00:43:20,353
Apa?
532
00:43:20,431 --> 00:43:21,641
Sombong betul!
533
00:43:21,724 --> 00:43:23,934
Saya pun ada dengar
khabar angin tentang awak.
534
00:43:24,018 --> 00:43:25,938
Apa kata kita tengok kehebatan awak?
535
00:43:26,020 --> 00:43:28,360
Saya baru saja hantar empat orang
ke alam selepas mati
536
00:43:28,439 --> 00:43:30,399
dan saya masih ingat dengan jelas.
537
00:43:30,482 --> 00:43:31,532
Mereka samseng, bukan?
538
00:43:32,985 --> 00:43:35,735
- Ya.
- Mereka buat kecoh
539
00:43:36,363 --> 00:43:39,623
sampai kita terpaksa iringi mereka
dengan sedikit api Neraka.
540
00:43:45,456 --> 00:43:47,666
Siapa yang nak ikut orang bawahan
macam awak ke alam selepas mati?
541
00:43:47,750 --> 00:43:48,710
Macam mana mereka nak percaya?
542
00:43:53,172 --> 00:43:54,632
Betul tak, tuan?
543
00:43:55,633 --> 00:43:58,763
Di dunia ini, ada kasta yang menghalang
manusia daripada bercampur.
544
00:43:59,345 --> 00:44:00,295
Tapi itu dulu.
545
00:44:01,096 --> 00:44:03,766
Dunia dah berubah. Begitu juga Jumadeung.
546
00:44:03,849 --> 00:44:04,729
Tapi…
547
00:44:04,808 --> 00:44:07,478
Kalau awak tak puas hati,
pergi mengadu kepada Maharaja Jed
548
00:44:07,561 --> 00:44:09,231
yang menghapuskan sistem kasta.
549
00:44:11,690 --> 00:44:13,820
Saya berpuas hati
dengan kebolehan pekerja saya.
550
00:44:29,249 --> 00:44:31,089
Kediaman Maharaja ikut sini.
551
00:44:46,725 --> 00:44:49,395
{\an8}TAHUN 2021
552
00:44:56,527 --> 00:44:57,357
Ada dengar tak?
553
00:44:57,444 --> 00:45:00,204
Katanya ada pasukan baru.
Pasukan Pengurusan Risiko apa entah.
554
00:45:00,280 --> 00:45:02,200
Ya, mereka selamatkan
orang yang nak bunuh diri.
555
00:45:03,158 --> 00:45:04,868
Mereka tengah cari orang
untuk sertai pasukan itu.
556
00:45:04,952 --> 00:45:07,702
Macam mana nak selamatkan orang
yang dah putuskan untuk mati?
557
00:45:07,788 --> 00:45:08,828
Itulah.
558
00:45:09,748 --> 00:45:12,708
Kalau macam inilah, pasukan itu
hanya ada pengurus pasukan saja.
559
00:45:13,460 --> 00:45:14,460
Siapa pengurusnya?
560
00:45:14,545 --> 00:45:16,755
Pengurus Pasukan
Pengiring Roh Penjenayah, Koo Ryeon.
561
00:45:26,265 --> 00:45:27,175
En. Lim.
562
00:45:27,766 --> 00:45:29,976
Tak nak turunkah?
Pasukan Pengurusan Kitab di tingkat ini.
563
00:45:30,686 --> 00:45:31,556
Tak.
564
00:46:01,216 --> 00:46:02,676
Akhirnya, wujud juga pasukan ini.
565
00:46:04,303 --> 00:46:05,723
Mesti awak dah dengar berita itu.
566
00:46:06,513 --> 00:46:10,603
Pasukan yang menghalang kematian
mereka yang berisiko untuk bunuh diri.
567
00:46:11,185 --> 00:46:13,095
Ya. Pasukan Pengurusan Risiko.
568
00:46:15,230 --> 00:46:18,070
Saya dengar mak saya ada di Dunia Manusia
selepas dilahirkan semula.
569
00:46:18,775 --> 00:46:20,065
Sebolehnya saya tak nak percaya,
570
00:46:20,861 --> 00:46:23,201
tapi saya dengar,
roh simpan kenangan kehidupan lalu.
571
00:46:24,031 --> 00:46:26,161
Jadi mereka yang pernah bunuh diri
di kehidupan lalu
572
00:46:26,241 --> 00:46:27,331
berisiko tinggi mengulanginya
573
00:46:28,327 --> 00:46:30,907
dalam kehidupan selepas itu
dan seterusnya.
574
00:46:33,624 --> 00:46:35,084
Saya nak turut serta.
575
00:46:36,168 --> 00:46:39,798
Supaya kali ini, saya boleh selamatkan dia
576
00:46:40,589 --> 00:46:44,299
jika dia buat keputusan yang sama.
577
00:46:52,309 --> 00:46:54,349
Jadi sebab itulah
dia hanya kerja lapan jam.
578
00:46:56,188 --> 00:46:57,898
Dia pergi cari mak dia.
579
00:47:11,245 --> 00:47:12,245
Tapi…
580
00:47:13,413 --> 00:47:15,543
tidakkah kejam apabila
orang yang pernah bunuh diri
581
00:47:15,624 --> 00:47:18,294
boleh bunuh diri lagi
di kehidupan seterusnya?
582
00:47:18,377 --> 00:47:19,997
Ia jarang berlaku.
583
00:47:21,505 --> 00:47:22,375
Kebanyakan mereka
584
00:47:23,632 --> 00:47:25,382
hidup dengan baik di kehidupan seterusnya.
585
00:47:25,968 --> 00:47:28,428
Kalau orang yang tak ada pilihan?
Apa salah mereka?
586
00:47:29,179 --> 00:47:31,179
Tak cukup lagikah hukuman
yang putuskan pertalian dengan semua?
587
00:47:31,265 --> 00:47:34,885
Tak. Itu bukan hukuman Jumadeung
kerana bunuh diri.
588
00:47:36,186 --> 00:47:37,016
Habis itu?
589
00:47:37,104 --> 00:47:40,274
Kalau mereka tak bunuh diri sekali pun,
590
00:47:41,066 --> 00:47:42,396
seseorang yang menderita teruk
591
00:47:43,235 --> 00:47:45,605
akibat perjalanan hidup mereka
592
00:47:46,822 --> 00:47:50,452
takkan boleh lari daripada takdir
biar pun dilahirkan semula.
593
00:47:50,534 --> 00:47:51,664
Mak.
594
00:48:00,294 --> 00:48:01,424
Mak.
595
00:48:14,975 --> 00:48:15,845
Jangan tengok.
596
00:48:16,435 --> 00:48:17,805
Ia akan kekal dalam hati awak.
597
00:48:17,894 --> 00:48:19,064
Siapa awak?
598
00:48:19,146 --> 00:48:21,476
Saya nak jumpa mak saya.
599
00:48:27,696 --> 00:48:29,276
Sakit yang kekal dalam hati
600
00:48:29,865 --> 00:48:32,775
akan terukir pada roh dan beri kesan
kepada kehidupan seterusnya.
601
00:48:33,702 --> 00:48:34,622
Jadi…
602
00:48:39,875 --> 00:48:40,875
pergilah ikut mereka.
603
00:48:44,171 --> 00:48:46,421
- Mari.
- Saya nak jumpa mak saya.
604
00:48:47,466 --> 00:48:50,216
Boleh saya jumpa dia untuk kali terakhir?
605
00:48:50,302 --> 00:48:51,182
Tak boleh.
606
00:48:51,762 --> 00:48:53,062
Jangan pandang belakang.
607
00:49:08,904 --> 00:49:10,114
Lee Ha-eun.
608
00:49:10,197 --> 00:49:13,487
Dilahirkan pada 24 Mei 2017
pada jam 1:10 pagi.
609
00:49:14,701 --> 00:49:16,291
Nyawa ini telah diambil.
610
00:49:30,634 --> 00:49:32,644
Parut itu terlalu dalam
611
00:49:33,720 --> 00:49:34,890
dan ia memberi kesan
612
00:49:36,223 --> 00:49:37,523
kepada kehidupan seterusnya juga.
613
00:49:40,143 --> 00:49:42,023
Jadi kalau luka tak sembuh sepenuhnya…
614
00:49:42,104 --> 00:49:43,614
Maksud saya, kalau…
615
00:49:44,398 --> 00:49:46,068
Kalaulah
616
00:49:47,275 --> 00:49:49,435
sesuatu yang buruk
berlaku kepada mak En. Lim lagi,
617
00:49:49,528 --> 00:49:50,648
apa yang akan terjadi?
618
00:49:54,408 --> 00:49:56,158
Maknya akan terus hidup
619
00:49:57,577 --> 00:49:58,947
dengan parut itu.
620
00:50:09,631 --> 00:50:11,801
Yu-hwa, perut awak dah besar sekarang.
621
00:50:11,883 --> 00:50:14,643
Kenapa tak beritahu pengurus
yang awak nak berehat?
622
00:50:15,178 --> 00:50:17,008
Saya bekerja sebab saya yang nak.
623
00:50:18,515 --> 00:50:21,015
Nak simpan duit untuk beli susu formula
untuk bayi Lebah Madu saya ini.
624
00:50:22,477 --> 00:50:26,147
Saya juga nak penuhkan kuota jualan
sebelum cuti bersalin.
625
00:50:26,231 --> 00:50:27,481
Begitu.
626
00:50:27,566 --> 00:50:28,566
Maaf.
627
00:50:28,650 --> 00:50:30,030
Sekejap, ya?
628
00:50:31,653 --> 00:50:33,993
Ya, encik. Encik nak beli apa?
629
00:50:37,617 --> 00:50:38,487
Saya nak beli semua,
630
00:50:39,911 --> 00:50:42,161
dari sini sampai sana.
631
00:50:43,081 --> 00:50:43,921
Apa?
632
00:50:48,920 --> 00:50:50,880
LIM RYUNG-GU
633
00:50:56,011 --> 00:50:57,761
Uniknya nama encik. Cantik.
634
00:51:00,015 --> 00:51:01,265
Mak.
635
00:51:01,349 --> 00:51:05,269
Mereka ketawakan nama saya,
mereka cakap pelik.
636
00:51:11,777 --> 00:51:14,107
Mereka itu tak tahu apa langsung.
637
00:51:14,196 --> 00:51:16,616
Nama kamu nama yang indah sekali.
638
00:51:20,744 --> 00:51:21,834
Encik.
639
00:51:41,681 --> 00:51:43,391
Tak nak buat parti perpisahankah?
640
00:51:43,475 --> 00:51:45,725
Buat apa? Bukannya dia pergi jauh.
641
00:51:45,811 --> 00:51:48,401
Aduhai, sampai hati.
Saya berhenti pun tak ada parti?
642
00:51:48,480 --> 00:51:51,070
Apa pula? Waktu itu,
kita akan buat majlis untuk meraikan.
643
00:51:51,149 --> 00:51:51,979
Sudahlah.
644
00:51:52,526 --> 00:51:54,686
En. Lim, mari pergi
makan ayam goreng dan bir.
645
00:51:54,778 --> 00:51:57,358
Saya tak makan dengan rakan sekerja
kecuali kalau daging.
646
00:51:57,864 --> 00:51:59,494
Tak baik minta daging
daripada penganggur macam saya.
647
00:51:59,574 --> 00:52:01,334
Baiklah. Kita makan daging!
648
00:52:01,409 --> 00:52:03,579
Di mana? Mari pergi.
649
00:52:04,538 --> 00:52:05,458
Awak belanja, ya?
650
00:52:06,832 --> 00:52:07,752
- Puan ikut?
- Pergi dulu.
651
00:52:07,833 --> 00:52:08,923
- Saya ada kerja.
- Okey.
652
00:52:20,136 --> 00:52:21,886
Bagus juga saya pindah ke pasukan lain.
653
00:52:21,972 --> 00:52:23,392
Dapatlah rasa daging yang awak belanja.
654
00:52:26,685 --> 00:52:27,765
Nanti.
655
00:52:28,728 --> 00:52:30,938
Setahu saya, tak ada orang
yang beri daging lembu percuma.
656
00:52:32,691 --> 00:52:35,531
Kemurahan hati terhad
hanya kepada daging khinzir.
657
00:52:36,111 --> 00:52:39,111
- Sudahlah. Saya tak nak belanja.
- Saya bergurau.
658
00:52:39,197 --> 00:52:41,447
Saya tahu niat awak ikhlas
walaupun muka awak tak.
659
00:52:43,201 --> 00:52:44,701
Muka saya tak ikhlas?
660
00:52:46,788 --> 00:52:48,748
Tak. "Walaupun tak nampak muka awak."
661
00:52:51,251 --> 00:52:53,211
Kuasa daging, ya?
662
00:52:53,295 --> 00:52:55,205
Baik. Mari kita makan daging lembu!
663
00:53:05,473 --> 00:53:07,523
Saya laparlah. Kita nak makan apa nanti?
664
00:53:22,032 --> 00:53:23,122
Lupakan daging lembu.
665
00:53:24,951 --> 00:53:25,911
Kita minum saja.
666
00:54:17,128 --> 00:54:18,248
Wanita yang kita baru nampak itu
667
00:54:19,547 --> 00:54:20,797
mak awak?
668
00:54:22,884 --> 00:54:24,094
Muka awak berubah.
669
00:54:27,138 --> 00:54:29,018
Pandai juga awak baca riak wajah.
670
00:54:30,100 --> 00:54:31,890
Pn. Koo cerita tentang mak awak.
671
00:54:33,561 --> 00:54:37,191
Jangan salahkan puan. Saya yang paksa.
672
00:54:40,527 --> 00:54:42,487
Saya harap awak tak salahkan diri sendiri.
673
00:54:43,488 --> 00:54:44,608
Nampak macam dia
674
00:54:45,240 --> 00:54:46,990
dah dapat kehidupan yang baik.
675
00:54:55,291 --> 00:54:56,791
Saya tertanya-tanya setiap hari
676
00:54:58,336 --> 00:54:59,746
sejak hari pertama jadi malaikat maut.
677
00:55:01,131 --> 00:55:03,171
Kalau mak saya dilahirkan semula,
678
00:55:04,884 --> 00:55:06,184
adakah dia akan hidup dengan baik?
679
00:55:08,013 --> 00:55:08,853
Ya.
680
00:55:09,514 --> 00:55:11,434
Mak saya akan dapat kehidupan yang baik.
681
00:55:13,184 --> 00:55:17,404
Kalau saya dapat jumpa dia lagi nanti,
apa yang saya nak buat?
682
00:55:21,901 --> 00:55:24,071
Tapi saya tak dapat buat apa-apa.
683
00:55:25,697 --> 00:55:26,737
Tapi…
684
00:55:28,700 --> 00:55:31,240
setidaknya, awak dapat jumpa dia.
685
00:55:36,416 --> 00:55:37,786
Dia mati sebab saya.
686
00:55:42,005 --> 00:55:43,045
Mak saya.
687
00:55:48,094 --> 00:55:48,974
Saya yang bunuh dia.
688
00:55:49,554 --> 00:55:51,264
Kalaulah saya dilahirkan
oleh wanita bangsawan
689
00:55:51,347 --> 00:55:53,727
dan bukan mak,
690
00:55:54,434 --> 00:55:56,314
mesti saya juga boleh
691
00:55:57,604 --> 00:56:01,074
pergi ke sekolah dan belajar tentang huruf
692
00:56:01,816 --> 00:56:04,026
tanpa dipukul oleh anak-anak bangsawan!
693
00:56:07,489 --> 00:56:08,659
Maafkan mak.
694
00:56:10,700 --> 00:56:12,870
Kenapalah saya dapat ibu
695
00:56:13,828 --> 00:56:15,248
yang macam mak?
696
00:56:16,247 --> 00:56:17,537
Memalukan!
697
00:56:19,250 --> 00:56:20,710
Mengaibkan!
698
00:56:21,336 --> 00:56:22,746
Menjijikkan!
699
00:57:29,737 --> 00:57:30,857
Mak.
700
00:57:32,407 --> 00:57:34,197
Ampunkan saya.
701
00:58:08,735 --> 00:58:11,195
{\an8}SATU BULAN KEMUDIAN
702
00:58:11,279 --> 00:58:16,159
{\an8}LIM YU-HWA, UMUR 30
INDEKS KEMURUNGAN 87%
703
00:58:50,109 --> 00:58:51,239
Mungkin kita patut beritahu dia.
704
00:58:51,319 --> 00:58:52,649
{\an8}Itu bukan mak En. Lim.
705
00:58:52,737 --> 00:58:54,697
{\an8}Mereka cuma berkongsi wajah
dan nama yang sama,
706
00:58:54,781 --> 00:58:56,201
{\an8}tapi mereka orang berbeza.
707
00:58:56,282 --> 00:58:58,622
{\an8}Saya rasa belum sampai sebulan
dia kehilangan bayinya.
708
00:58:58,701 --> 00:59:00,291
{\an8}Jangan risau, Lebah Madu.
Mak akan lindungi kamu.
709
00:59:00,370 --> 00:59:01,830
{\an8}Jangan jadi gila, Lim Yu-hwa.
710
00:59:01,913 --> 00:59:04,873
{\an8}Sampai bila awak nak duduk sini
dan pangku bayi palsu itu?
711
00:59:04,958 --> 00:59:07,628
{\an8}Betulkah ini semua mimpi?
712
00:59:07,710 --> 00:59:08,710
{\an8}Maafkan mak.
713
00:59:09,295 --> 00:59:10,955
{\an8}Mak yang salah.
714
00:59:11,047 --> 00:59:12,547
En. Lim.
715
00:59:12,632 --> 00:59:14,092
Mak awak…
716
00:59:14,175 --> 00:59:15,215
Tolonglah…
717
00:59:15,301 --> 00:59:16,141
Teruskan hidup.
718
00:59:16,219 --> 00:59:19,929
{\an8}Terjemahan sari kata oleh Nadia Othman