1 00:00:19,104 --> 00:00:20,313 Sewon. 2 00:00:43,044 --> 00:00:44,170 Sudah pukul berapa? 3 00:00:45,463 --> 00:00:47,257 Awak boleh tidur lagi. 4 00:00:48,884 --> 00:00:50,468 Mana Doyoon? 5 00:00:56,182 --> 00:00:57,809 Dia dah tiada. 6 00:00:58,894 --> 00:00:59,895 Apa? 7 00:01:01,980 --> 00:01:03,273 Boleh awak cari dia? 8 00:01:10,864 --> 00:01:12,157 Dah jumpa! 9 00:01:29,299 --> 00:01:30,383 Seronok? 10 00:01:30,467 --> 00:01:31,843 Hati-hati. 11 00:01:32,427 --> 00:01:33,929 Lambaikan tangan. 12 00:01:37,015 --> 00:01:38,350 Doyoon, 13 00:01:38,433 --> 00:01:41,394 mak rasa Mika marah kita sebab berseronok tanpanya. 14 00:01:41,478 --> 00:01:42,646 Mika. 15 00:01:43,271 --> 00:01:44,814 Mika! 16 00:02:26,064 --> 00:02:28,149 Nampaknya Doyoon keluar. 17 00:02:31,945 --> 00:02:32,946 Jaeyi. 18 00:02:35,407 --> 00:02:36,700 Doyoon keluar pagar. 19 00:02:40,954 --> 00:02:41,913 Doyoon! 20 00:02:46,501 --> 00:02:48,128 Jangan pergi. Tunggu saja. 21 00:02:49,296 --> 00:02:50,755 Doyoon baru keluar. 22 00:02:50,839 --> 00:02:52,716 Kenapa awak… 23 00:02:54,259 --> 00:02:58,680 - Jaeyi. - Kenapa tak pernah dengar cakap saya? 24 00:02:58,763 --> 00:03:01,391 Doyoon sendirian di luar! 25 00:03:01,474 --> 00:03:03,226 Lebih selamat begitu! 26 00:03:03,727 --> 00:03:06,563 Lebih selamat untuk dia jauh daripada awak! 27 00:03:26,583 --> 00:03:27,959 Jaeyi. 28 00:04:20,053 --> 00:04:21,054 Jaeyi. 29 00:04:29,813 --> 00:04:32,732 Jaeyi, kenapa? 30 00:04:39,781 --> 00:04:41,116 Sayang. 31 00:04:41,950 --> 00:04:45,829 Tolong cari Doyoon. 32 00:05:04,848 --> 00:05:05,807 Jaeyi. 33 00:05:47,307 --> 00:05:48,683 MERAKAM 34 00:05:50,227 --> 00:05:51,645 Cubaan menyelaraskan otak. 35 00:05:52,812 --> 00:05:56,650 Frekuensi Aktiviti Tak Sekata Besar, 6.9 hertz. Selang stimulasi, 2.1 saat. 36 00:05:58,193 --> 00:06:01,655 Penyelarasan otak berjaya seketika. 37 00:06:02,405 --> 00:06:08,203 Terpaksa hentikan penyelarasan disebabkan pembedahan pada lobus temporal subjek. 38 00:06:09,788 --> 00:06:11,581 Memori yang saya akses adalah… 39 00:06:13,917 --> 00:06:15,252 Lebih selamat begitu! 40 00:06:20,465 --> 00:06:22,759 Mereka seperti mimpi atau fantasi. 41 00:06:24,261 --> 00:06:28,223 Mungkin mereka cuma halusinasi yang memantulkan jiwa Jaeyi. 42 00:06:30,433 --> 00:06:34,938 Ia mungkin kerana gelombang otak orang hidup 43 00:06:35,021 --> 00:06:39,192 lebih sukar dikawal dan diterjemahkan berbanding orang yang dah mati. 44 00:06:40,485 --> 00:06:45,740 Penyelarasan otak dengan orang hidup masih tak stabil… 45 00:06:47,200 --> 00:06:48,618 dan berbahaya. 46 00:06:49,828 --> 00:06:51,746 Sehingga saya boleh cari penyelesaian… 47 00:06:53,373 --> 00:06:55,292 takkan ada percubaan lain. 48 00:07:05,427 --> 00:07:06,469 Jangan risau. 49 00:07:08,263 --> 00:07:10,974 Saya akan cari Doyoon dengan cara lain. 50 00:07:37,334 --> 00:07:42,005 Dr. Brain 51 00:07:57,437 --> 00:07:58,438 Ya? 52 00:07:59,064 --> 00:08:01,691 Saya cuma risau sebab awak tak datang bekerja. 53 00:08:01,775 --> 00:08:02,984 Bagaimana keadaan awak? 54 00:08:03,068 --> 00:08:04,194 Saya okey. 55 00:08:04,819 --> 00:08:06,279 Saya tak masuk kerja hari ini. 56 00:08:06,363 --> 00:08:08,240 Awak pasti awak okey? Baiklah. 57 00:08:09,491 --> 00:08:11,117 Beritahu saya jika awak rasa aneh... 58 00:08:11,201 --> 00:08:12,744 Saya akan hubungi awak nanti. 59 00:08:23,547 --> 00:08:25,715 Awak ada di rumah? 60 00:08:27,842 --> 00:08:30,220 Ada sesuatu berlaku kepada Jaeyi? 61 00:08:30,303 --> 00:08:33,265 Tak, saya cuma nak bekerja di rumah hari ini. 62 00:08:33,347 --> 00:08:36,893 Okey. Saya akan berada di tingkat bawah. 63 00:09:07,716 --> 00:09:09,259 Awak perlu beri penjelasan. 64 00:09:10,468 --> 00:09:14,389 Kenapa tak beritahu kami yang isteri awak cuba bunuh diri? 65 00:09:16,975 --> 00:09:19,769 Ia penting apabila saya tak berkongsi maklumat peribadi dengan awak? 66 00:09:19,853 --> 00:09:22,397 Ia terlalu jelas awak cuba mengelak daripada disyaki. 67 00:09:22,480 --> 00:09:24,649 Saya tak perlu cakap sesuatu yang tunjukkan saya bersalah. 68 00:09:24,733 --> 00:09:26,484 Isteri awak cuba bunuh diri, 69 00:09:26,568 --> 00:09:29,154 dan lelaki yang rapat dengan dia dibunuh. 70 00:09:29,237 --> 00:09:31,990 Tapi suaminya masih sembunyikan sesuatu. 71 00:09:34,784 --> 00:09:37,746 Ia mengingatkan saya kepada pisau cukur Occam. 72 00:09:38,830 --> 00:09:42,792 Teori tentang penjelasan paling ringkas adalah kebenaran sebenarnya. 73 00:09:43,835 --> 00:09:46,004 Suami yang tahu isterinya curang… 74 00:09:46,087 --> 00:09:48,757 Jadi saya perlu bunuh isteri sendiri sebab cemburu… 75 00:09:50,008 --> 00:09:51,718 dan bunuh kekasihnya? 76 00:09:52,302 --> 00:09:56,014 Saya rasa awak bawa balik isteri awak dari hospital 77 00:09:56,097 --> 00:09:58,016 supaya boleh bunuh dia. 78 00:09:58,683 --> 00:09:59,684 Baiklah. 79 00:10:01,311 --> 00:10:02,562 Lihatlah sendiri. 80 00:11:00,954 --> 00:11:02,914 Jika saya nak isteri saya mati, 81 00:11:04,541 --> 00:11:06,543 adakah saya akan buat begini? 82 00:11:06,626 --> 00:11:09,713 Saya tak tahu kenapa awak sediakan semua ini untuk isteri awak, 83 00:11:11,172 --> 00:11:13,091 tapi ia tak bermaksud awak tak disyaki. 84 00:11:13,842 --> 00:11:17,429 Awak masih suspek pembunuhan Junki Lim. 85 00:11:18,096 --> 00:11:19,764 Kami akan datang semula. 86 00:12:09,231 --> 00:12:10,607 Mika! 87 00:12:11,149 --> 00:12:13,026 Mika! 88 00:12:14,444 --> 00:12:15,904 Hei, budak! 89 00:12:19,032 --> 00:12:21,868 - Heejin. - Heejin! 90 00:12:22,452 --> 00:12:24,412 Jangan ke sana. 91 00:12:26,331 --> 00:12:28,541 Heejin, mari sini. 92 00:12:43,848 --> 00:12:46,643 Penyelarasan otak dengan Jaeyi bukanlah kegagalan sepenuhnya. 93 00:12:48,186 --> 00:12:50,313 Saya dah menjejaki memorinya. 94 00:12:51,356 --> 00:12:52,857 Budak perempuan yang saya nampak… 95 00:12:54,150 --> 00:12:55,694 datang ke rumah kami dengan Junki Lim. 96 00:12:55,777 --> 00:12:56,945 1. JUNKI LIM DAN JAEYI SANGAT RAPAT. 97 00:12:57,028 --> 00:12:58,029 2. JUNKI LIM PERNAH KE RUMAH SAYA. 98 00:12:58,113 --> 00:12:58,947 Heejin? 99 00:12:59,030 --> 00:13:00,156 3. BUDAK PEREMPUAN ITU IALAH ANAK PEREMPUAN JUNKI LIM. 100 00:13:00,240 --> 00:13:01,074 4. DOYOON MASIH HIDUP?! 101 00:13:01,157 --> 00:13:03,493 Saya rasa Heejin ialah anak perempuan Junki Lim. 102 00:13:07,330 --> 00:13:10,041 Saya perlu cari budak perempuan yang cakap dia nampak Doyoon. 103 00:13:35,191 --> 00:13:37,652 Saya tak sangka awak telefon. 104 00:13:37,736 --> 00:13:41,323 Kenapa Junki Lim suruh awak siasat tentang saya? 105 00:13:43,033 --> 00:13:45,911 Dia fikir awak bunuh isteri awak. 106 00:13:48,496 --> 00:13:52,250 Apa pun, awak bunuh klien saya juga? 107 00:13:52,334 --> 00:13:55,921 Saya tak kenal Junki Lim sebelum jumpa awak. 108 00:13:57,005 --> 00:13:58,131 Tak perlu marah. 109 00:13:59,883 --> 00:14:01,968 Jadi, kenapa awak nak jumpa saya? 110 00:14:05,805 --> 00:14:07,474 Isteri saya dan lelaki itu, 111 00:14:08,975 --> 00:14:10,769 bagaimana mereka berjumpa? 112 00:14:13,438 --> 00:14:16,524 Maklumat yang saya beri sebelum ini adalah percuma. 113 00:14:16,608 --> 00:14:18,944 Jika nak tahu lebih lanjut, awak perlu upah saya. 114 00:14:20,153 --> 00:14:21,154 Jika saya buat begitu, 115 00:14:22,447 --> 00:14:25,283 boleh awak siasat apa yang berlaku antara mereka berdua? 116 00:14:25,992 --> 00:14:28,119 Tolonglah. Itu tugas saya. 117 00:14:29,246 --> 00:14:31,164 Baiklah, awak bekerja dengan saya. 118 00:14:33,625 --> 00:14:36,127 Mereka berjumpa di klinik khas 119 00:14:36,211 --> 00:14:39,673 untuk kanak-kanak yang tak boleh berkomunikasi. 120 00:14:41,091 --> 00:14:42,842 Klinik kanak-kanak istimewa? 121 00:14:57,649 --> 00:14:58,900 Ayah! 122 00:15:03,154 --> 00:15:05,156 Ayah! 123 00:15:05,240 --> 00:15:06,324 Heejin. 124 00:15:06,992 --> 00:15:09,286 Hei, menyapalah. 125 00:15:09,369 --> 00:15:11,288 - Hai. - Helo. 126 00:15:12,998 --> 00:15:15,083 Awak akan kalah. 127 00:15:15,166 --> 00:15:16,376 KLINIK KANAK-KANAK SAERA 128 00:15:16,459 --> 00:15:19,963 Batu, kertas, gunting, tolak satu! 129 00:15:21,047 --> 00:15:23,383 Baiklah. 130 00:15:23,466 --> 00:15:26,678 Awak perlu tunjuk satu. Batu, kertas, gunting! 131 00:15:28,471 --> 00:15:30,265 Doyoon, ayuh. 132 00:15:49,993 --> 00:15:51,786 Saya dah larang dia ke sana. 133 00:15:53,830 --> 00:15:57,000 Saya rasa dia tak begitu taat seperti yang awak fikirkan. 134 00:15:58,585 --> 00:15:59,878 Mari bersiar-siar. 135 00:16:07,636 --> 00:16:09,346 Di mana Heejin sekarang? 136 00:16:11,473 --> 00:16:14,017 Awak tak kenal Junki Lim, tapi tahu nama anak perempuannya? 137 00:16:16,686 --> 00:16:18,104 Panjang ceritanya. 138 00:16:20,148 --> 00:16:21,858 Awak tahu di mana budak itu? 139 00:16:23,318 --> 00:16:24,319 Tak tahu. 140 00:16:25,737 --> 00:16:29,366 Saya rasa dia tinggal dengan saudaranya memandangnya ayahnya dah mati. 141 00:16:30,992 --> 00:16:32,786 Kenapa awak nak jumpa dia? 142 00:16:33,954 --> 00:16:36,206 Saya rasa dia tahu sesuatu tentang anak saya. 143 00:16:38,083 --> 00:16:40,001 Anak awak yang mati dalam kebakaran? 144 00:16:44,464 --> 00:16:46,841 Berapa banyak awak tahu tentang saya? 145 00:16:47,676 --> 00:16:49,427 Bagaimana awak tahu tentangnya? 146 00:16:55,850 --> 00:16:57,686 Ia tugas saya untuk tahu semua itu. 147 00:17:00,855 --> 00:17:03,108 Mari ke rumah Junki. 148 00:17:07,445 --> 00:17:12,409 Terus, belok kanan di persimpangan dan terus saja. 149 00:17:13,034 --> 00:17:15,160 Awak akan nampak rumah kayu putih. 150 00:17:16,161 --> 00:17:17,831 Itu rumah Junki. 151 00:17:22,459 --> 00:17:25,045 Apa yang awak perlu tahu tentang anak awak? 152 00:17:28,257 --> 00:17:31,303 Ada sesuatu yang aneh tentang kematiannya? 153 00:17:32,596 --> 00:17:36,641 Atau awak menyesal tentang sesuatu? 154 00:17:37,601 --> 00:17:39,394 Ada sesuatu yang awak harap awak tak buat? 155 00:17:39,477 --> 00:17:43,940 Meyesal… adalah emosi yang sia-sia. 156 00:17:46,234 --> 00:17:49,154 Ada apa-apa hubungan ayah-anak yang tiada penyesalan? 157 00:17:50,947 --> 00:17:54,034 Dah lama saya tak berhubung dengan ayah saya. 158 00:17:56,453 --> 00:17:59,539 Apabila saya fikir tentangnya sekarang, kami bergaduh tentang perkara tak penting. 159 00:17:59,623 --> 00:18:00,999 Saya tak nak dengar. 160 00:18:02,167 --> 00:18:04,586 Saya tak nak tahu tentang kehidupan peribadi awak. 161 00:18:06,004 --> 00:18:07,130 Baiklah. 162 00:18:09,216 --> 00:18:11,134 Kita pasti akan serasi. 163 00:19:12,112 --> 00:19:13,697 GARISAN POLIS 164 00:19:13,780 --> 00:19:17,284 Apa ini? Bagaimana awak tahu kata laluannya? 165 00:20:04,456 --> 00:20:05,457 Kenapa? 166 00:20:06,750 --> 00:20:08,960 Hei, awak okey? 167 00:20:23,475 --> 00:20:27,812 Abdomen sisi, plaksus solar dan leher. 168 00:20:28,313 --> 00:20:31,149 Tumbukan membunuh itu pasti berlaku disebabkan leher. 169 00:20:32,275 --> 00:20:35,070 Nampak begitu, tapi lihat. 170 00:20:38,865 --> 00:20:41,493 Tikaman ini yang membunuh dia. 171 00:20:42,994 --> 00:20:46,790 Ia menembusi hatinya, perut dan aorta dalam lumbar vetebrata. 172 00:20:46,873 --> 00:20:50,043 Dia boleh lumpuh serta merta. 173 00:20:51,336 --> 00:20:55,799 Tapi dia juga ditikam di leher dan dada, 174 00:20:56,800 --> 00:20:58,677 dan itu menyingkirkan peluang untuk dia hidup. 175 00:20:59,177 --> 00:21:00,178 Senjata pembunuhan? 176 00:21:00,262 --> 00:21:02,764 Ia bukan senjata biasa. 177 00:21:04,724 --> 00:21:09,396 Pisau-pisau ini kira-kira 22 sentimeter panjang. 178 00:21:09,479 --> 00:21:12,190 Pembunuh itu pakar mengendalikan semua pisau ini. 179 00:21:14,067 --> 00:21:16,194 Serangan sempurna pada kesemua tiga tempat. 180 00:21:16,278 --> 00:21:17,988 Dia mahir. 181 00:21:18,071 --> 00:21:19,447 Jadi dia pembunuh profesional. 182 00:21:19,531 --> 00:21:22,200 Atau doktor yang tahu anatomi manusia? 183 00:21:22,284 --> 00:21:24,286 Ada doktor yang awak nak tangkap? 184 00:21:25,870 --> 00:21:28,540 Ini lebih mengejutkan. 185 00:21:29,332 --> 00:21:31,877 Jika ini sebahagian daripada filem noir, 186 00:21:31,960 --> 00:21:34,713 bahagian ini adalah misteri. 187 00:21:35,422 --> 00:21:36,673 Lihatlah ini. 188 00:21:39,175 --> 00:21:40,886 Nampak lubang ini? 189 00:21:41,845 --> 00:21:42,971 Apa? 190 00:21:43,722 --> 00:21:47,058 Lubang ini dibuat selepas dia mati. 191 00:21:47,142 --> 00:21:48,393 Apa yang menarik tentangnya… 192 00:21:49,311 --> 00:21:51,938 ia prosedur yang sangat rumit. 193 00:21:52,564 --> 00:21:56,693 Ia dilakukan dengan sangat sempurna pada seseorang yang dah mati. 194 00:22:07,162 --> 00:22:09,372 Itulah sebabnya. 195 00:22:12,042 --> 00:22:13,084 Jadi… 196 00:22:14,669 --> 00:22:19,049 Memori Junki dalam kepala awak sekarang? 197 00:22:20,342 --> 00:22:24,054 Anak Junki, Heejin, beritahu yang anak awak masih hidup? 198 00:22:25,180 --> 00:22:26,765 Sesuatu seperti itu. 199 00:22:28,642 --> 00:22:29,809 Awak guna dadah? 200 00:22:34,481 --> 00:22:36,066 Lupakan penyelarasan otak mengarut itu. 201 00:22:36,149 --> 00:22:38,777 Merek akan percaya awak bunuh Junki, 202 00:22:38,860 --> 00:22:41,279 memandangkan awak tahu kata laluan rumahnya. 203 00:22:41,947 --> 00:22:43,657 Saya tahu awak takkan percayakan saya. 204 00:22:43,740 --> 00:22:45,242 Dengar, Dr. Koh. 205 00:22:45,909 --> 00:22:48,912 Tak penting sama ada saya percaya atau tidak. 206 00:22:48,995 --> 00:22:50,997 Jika perkara yang awak cakap itu betul, kenapa kita ada di sini? 207 00:22:51,081 --> 00:22:53,500 Jika awak ada memori Junki dan Jaeyi, 208 00:22:53,583 --> 00:22:56,169 awak patut tahu apa yang berlaku. 209 00:22:57,712 --> 00:23:00,131 Memori tak boleh dikawal begitu. 210 00:23:01,049 --> 00:23:04,553 Ia tak sama seperti ingat semula masa silam atau nombor telefon. 211 00:23:05,220 --> 00:23:07,847 Banyak memori berbeza terperangkap dalam kepala saya sekarang. 212 00:23:08,598 --> 00:23:11,309 Saya masih tak boleh bezakannya. 213 00:23:11,393 --> 00:23:14,563 Awak ada semua memori itu tapi tak boleh mengawalnya? 214 00:23:15,689 --> 00:23:17,899 - Belum lagi. - Belum lagi? 215 00:23:19,109 --> 00:23:21,778 Okey, katakan semua itu betul. 216 00:23:22,988 --> 00:23:25,699 Bagaimana awak ingat semula memori yang awak perlukan? 217 00:23:25,782 --> 00:23:27,409 Saya masih tak pasti. 218 00:23:29,869 --> 00:23:34,374 Tapi saya percaya tempat tertentu, objek, bau atau deria… 219 00:23:36,501 --> 00:23:38,795 meningkatkan memori. 220 00:23:38,879 --> 00:23:40,380 Seperti tadi. 221 00:23:46,177 --> 00:23:48,430 Bagaimana jika kita imbas otak awak? 222 00:23:50,849 --> 00:23:51,850 Berhenti. 223 00:23:54,352 --> 00:23:56,354 Ini semakin menakutkan. 224 00:23:56,938 --> 00:23:59,900 Ini bukan saja berani. Dia gila. 225 00:23:59,983 --> 00:24:01,693 Itu pada hari kita jumpa dia. 226 00:24:01,776 --> 00:24:05,322 Dia nafikan kenal Junki Lim, tapi terus datang ke sini? 227 00:24:06,239 --> 00:24:08,158 Memang psiko. 228 00:24:08,700 --> 00:24:10,869 Lelaki ini memang berbahaya. 229 00:24:34,434 --> 00:24:36,978 Ke mana kita boleh pergi untuk tahu lebih banyak maklumat tentang anaknya? 230 00:24:39,481 --> 00:24:40,690 Apa ini? 231 00:24:43,360 --> 00:24:46,071 Budak perempuan itu lukis semua ini? 232 00:24:47,822 --> 00:24:50,283 Dia memang luar biasa. 233 00:24:51,576 --> 00:24:54,204 Dia genius dengan kecacatan perkembangan. 234 00:25:52,554 --> 00:25:54,514 Mika. Kucing Doyoon. 235 00:25:55,015 --> 00:25:56,474 Ya. 236 00:25:57,225 --> 00:25:59,936 Awak perlu jaga ia sekarang. 237 00:26:02,439 --> 00:26:03,440 Kenapa? 238 00:26:07,360 --> 00:26:08,528 Sebenarnya… 239 00:26:11,448 --> 00:26:14,743 Doyoon dah tak bersama kita lagi. 240 00:26:15,827 --> 00:26:17,370 Ke mana dia pergi? 241 00:26:23,501 --> 00:26:25,795 Dia ke syurga. 242 00:26:28,465 --> 00:26:30,217 Doyoon belum mati. 243 00:26:31,301 --> 00:26:34,554 Saya nampak dia pagi tadi. 244 00:26:34,638 --> 00:26:36,056 - Apa? - Heejin. 245 00:26:37,349 --> 00:26:38,558 Heejin, apa awak cakap? 246 00:26:38,642 --> 00:26:42,354 Jaeyi. Kadangkala Heejin bercakap tentang perkara 247 00:26:42,437 --> 00:26:45,398 yang dia bayangkan atau mimpikan seperti ia memang nyata. 248 00:26:45,482 --> 00:26:47,943 Dia masih tak faham konsep kematian. 249 00:26:49,694 --> 00:26:50,987 Jadi, Heejin… 250 00:26:52,697 --> 00:26:54,824 di mana awak nampak Doyoon? 251 00:26:58,870 --> 00:27:00,163 Awak nampak sesuatu lagi? 252 00:27:09,297 --> 00:27:12,634 Saya nak masukkan Mika dalam kotak harta karun saya. 253 00:27:12,717 --> 00:27:15,053 Itu pasti sukar. 254 00:27:15,136 --> 00:27:19,140 Mika makhluk hidup. Ia perlukan cahaya dan air. 255 00:27:35,156 --> 00:27:36,825 "Nenek"? 256 00:27:36,908 --> 00:27:39,286 DARI: PYEONGTAEK-SI MIJAN- MYEON 54-GIL 61914 257 00:27:39,369 --> 00:27:40,537 Ada alamat. 258 00:27:52,257 --> 00:27:53,675 Selamat malam. 259 00:29:20,929 --> 00:29:22,430 Apa yang awak buat? 260 00:29:24,766 --> 00:29:26,059 Awak nampak sesuatu? 261 00:29:27,269 --> 00:29:28,770 Ada kucing mati. 262 00:29:29,563 --> 00:29:30,772 Mika? 263 00:29:40,532 --> 00:29:42,450 Itu kucing anak saya. 264 00:29:42,534 --> 00:29:44,119 Nampaknya ia langgar lari. 265 00:29:44,202 --> 00:29:45,996 Rigor mortis masih belum berlaku. 266 00:29:46,746 --> 00:29:48,164 Badannya masih hangat. 267 00:29:53,587 --> 00:29:54,713 Kenapa? 268 00:29:55,755 --> 00:29:57,257 Awak nak menanamnya? 269 00:29:59,426 --> 00:30:01,636 Saya nak selaraskan otak dengannya. 270 00:30:01,720 --> 00:30:02,721 Apa? 271 00:30:03,221 --> 00:30:04,931 Tak mungkin awak serius. 272 00:30:05,015 --> 00:30:06,892 Awak nak lakukannya dengan kucing mati? 273 00:30:07,601 --> 00:30:09,728 Ia mungkin nampak pembunuh itu. 274 00:30:10,395 --> 00:30:14,232 Paling pnting, ia mungkin nampak perkara sebenar yang berlaku kepada anak saya. 275 00:30:14,316 --> 00:30:17,110 Kita akan habiskan masa dengan lebih bagus jika ke rumah nenek Heejin. 276 00:30:17,193 --> 00:30:18,194 Tidak. 277 00:30:18,278 --> 00:30:19,738 Saya perlu selaraskan otak dengan Mika. 278 00:30:20,572 --> 00:30:24,826 Jika saya tunggu terlalu lama, neuronnya akan terlalu reput untuk buat pelarasan. 279 00:31:13,291 --> 00:31:14,918 Awak Heejin? 280 00:31:50,662 --> 00:31:54,207 Awak patut keluar dari sana. Mereka tak benarkan orang luar masuk makmal. 281 00:31:55,917 --> 00:31:58,128 Baiklah, tak perlu buang masa. 282 00:31:58,670 --> 00:32:00,255 Saya akan melawat neneknya. 283 00:32:00,338 --> 00:32:02,424 Jangan, saya akan melawat dia. 284 00:32:04,217 --> 00:32:05,260 Awak tak percaya saya? 285 00:32:05,844 --> 00:32:07,429 Saya nak tanya dia sesuatu. 286 00:32:09,055 --> 00:32:11,558 Baiklah. Saya pun tak percayakan awak sepenuhnya. 287 00:32:13,393 --> 00:32:17,397 Saya akan hubungi pemberi maklumat saya tentang bedah siasat Junki. 288 00:32:18,273 --> 00:32:21,026 - Dia mungkin beri maklumat berguna. - Baiklah. 289 00:32:21,693 --> 00:32:24,321 Mari berbincang esok. Lebih kurang… 290 00:32:27,157 --> 00:32:29,993 Sekejap, bila ia rosak? 291 00:32:31,828 --> 00:32:34,122 Apa pun, kita akan berhubung. 292 00:32:48,345 --> 00:32:51,473 Sekejap, awak memang nak lakukan penyelarasan otak dengan kucing itu? 293 00:32:52,057 --> 00:32:53,058 Ya. 294 00:32:53,600 --> 00:32:55,393 Saya yakin ia nampak sesuatu. 295 00:32:57,562 --> 00:33:00,232 Awak memang gila. 296 00:35:30,131 --> 00:35:32,384 - Mika. - Mika! 297 00:35:33,051 --> 00:35:34,761 Budak baik. 298 00:36:23,476 --> 00:36:24,477 Sewon! 299 00:36:26,855 --> 00:36:27,856 Sewon! 300 00:36:28,565 --> 00:36:29,941 Awak okey? 301 00:36:33,778 --> 00:36:35,196 Dah pukul berapa? 302 00:36:35,280 --> 00:36:36,364 Pukul 7:30 pagi. 303 00:36:40,243 --> 00:36:42,037 Sewon, apa yang berlaku? 304 00:36:43,288 --> 00:36:46,917 Di sana. Mika, kucing itu… 305 00:36:47,000 --> 00:36:48,376 Whoa! 306 00:36:50,921 --> 00:36:52,631 Boleh masukkan ia dalam penyejuk beku… 307 00:36:53,757 --> 00:36:55,175 dan kemas untuk saya? 308 00:36:56,051 --> 00:36:57,677 Sekejap… 309 00:36:59,930 --> 00:37:01,556 Ia bukan perspektif manusia. 310 00:37:26,248 --> 00:37:27,374 54-GIL, MIJAN-MYEON, BANDAR PYEONGTAEK 311 00:37:44,724 --> 00:37:47,644 Memandangkan sistem visual felin dan manusia berbeza, 312 00:37:47,727 --> 00:37:53,191 saya nampak fenomena aneh, tak dapat dibezakan dan dengar bunyi berdetap. 313 00:37:53,942 --> 00:37:57,571 Rasanya saya nampak seseorang serang Junki, 314 00:37:59,239 --> 00:38:00,740 tapi saya gagal kenal pasti orang itu. 315 00:40:01,194 --> 00:40:02,904 Maaf, apa berlaku? 316 00:40:03,697 --> 00:40:04,990 Awak wartawan? 317 00:40:05,490 --> 00:40:10,078 Tak. Saya lalu di sini dan berhenti untuk melihat pemandangan. 318 00:40:12,038 --> 00:40:16,585 Mereka cakap wanita tua, anak lelakinya dan cucunya dari Seoul 319 00:40:16,668 --> 00:40:18,753 semuanya hilang secara tiba-tiba. 320 00:40:21,423 --> 00:40:24,676 Boleh bayangkan betapa terkejut suaminya 321 00:40:24,759 --> 00:40:26,678 apabila dia nampak rumah itu diselongkar? 322 00:40:26,761 --> 00:40:28,722 Polis datang segera. 323 00:40:28,805 --> 00:40:29,806 Ya. 324 00:40:29,890 --> 00:40:32,601 Mereka cari sepanjang malam tapi gagal jumpa bukti. 325 00:40:32,684 --> 00:40:35,437 Sukar dipercayai… 326 00:40:35,520 --> 00:40:39,816 Pasti menantu itu disumpah. Menantunya baru mati. 327 00:40:39,900 --> 00:40:41,234 Sudahlah! 328 00:40:42,694 --> 00:40:44,905 Apa pun, tiada apa boleh dilihat di kawasan ini. 329 00:40:44,988 --> 00:40:47,616 Tapi jika awak ikut arah sana, awak akan jumpa anak sungai dan kuil. 330 00:40:48,575 --> 00:40:49,618 Oh, okey. 331 00:40:51,870 --> 00:40:53,496 Oh Tuhan. 332 00:40:53,580 --> 00:40:55,832 Saya harap tiada perkara serius berlaku. 333 00:40:57,876 --> 00:40:59,711 Kanak-kanak itu hilang. 334 00:41:00,462 --> 00:41:02,756 Perkara menakutkan asyik berlaku. 335 00:41:03,506 --> 00:41:06,092 Ke mana Heejin menghilang? 336 00:41:07,052 --> 00:41:09,763 Saya tak tahu nak buat apa. 337 00:41:15,727 --> 00:41:17,687 Wah! 338 00:41:26,321 --> 00:41:27,906 Tajam penglihatan yang dinamik! 339 00:41:32,827 --> 00:41:37,666 Encik, bola itu! Boleh tolong lemparkan bola itu, encik? 340 00:41:45,507 --> 00:41:47,217 Ini penglihatan felin. 341 00:42:30,468 --> 00:42:36,141 Adakah sifat kucing dipindahkan kepada saya seperti sifat Junki? 342 00:42:40,520 --> 00:42:42,480 Oh Tuhan! 343 00:42:58,121 --> 00:42:59,581 2046. 344 00:43:10,634 --> 00:43:12,552 05 NA 2046 345 00:43:12,636 --> 00:43:14,012 SAINS DAN TEKNOLOGI 346 00:43:15,347 --> 00:43:17,057 - Ya? - Hai. Ini Sewon Koh. 347 00:43:17,140 --> 00:43:18,058 Dr. Koh? 348 00:43:19,684 --> 00:43:20,894 Saya perlu bantuan. 349 00:43:20,977 --> 00:43:23,021 Boleh periksa plat nombor untuk saya? 350 00:43:24,272 --> 00:43:28,026 Dr. Koh, jika awak nak cakap sesuatu, datang ke balai polis. 351 00:43:28,109 --> 00:43:32,864 Saya tahu anak Junki, Heejin, dan keluarganya hilang. 352 00:43:35,158 --> 00:43:36,284 Bagaimana awak tahu? 353 00:43:36,868 --> 00:43:39,079 Saya baru ke rumah neneknya tadi. 354 00:43:40,622 --> 00:43:44,501 Jika awak tolong saya, mungkin saya boleh cari dia. 355 00:43:46,002 --> 00:43:47,879 Tolong periksa plat nombor untuk saya. 356 00:43:47,963 --> 00:43:50,549 Saya rasa ia kereta sama di depan rumah Junki 357 00:43:50,632 --> 00:43:52,175 semasa dia dibunuh. 358 00:43:52,259 --> 00:43:55,303 05 NA 2046. 359 00:43:56,012 --> 00:43:57,013 Tolonglah. 360 00:44:08,525 --> 00:44:13,822 Bagaimana jika Dr. Koh juga bertanggungjawab atas kehilangan Heejin? 361 00:44:15,865 --> 00:44:17,242 Mustahil. 362 00:44:18,827 --> 00:44:21,413 Tapi kenapa dia minta bantuan saya? 363 00:44:24,499 --> 00:44:26,543 Apa dia fikirkan? 364 00:45:13,506 --> 00:45:17,969 KANGMU LEE GRADUAN AKADEMI POLIS 365 00:45:19,971 --> 00:45:22,766 DETEKTIF POLIS HOMISID MENJADI PENYIASAT PERSENDIRIAN 366 00:45:22,849 --> 00:45:24,184 Apa ini? 367 00:46:28,748 --> 00:46:29,958 LEFTENAN JI UN CHOI 368 00:46:31,334 --> 00:46:32,419 Ya? 369 00:46:32,502 --> 00:46:34,838 Ini Leftenan Choi. 370 00:46:36,214 --> 00:46:38,758 Kami dah jumpa pemilik kereta yang awak maksudkan. 371 00:46:41,511 --> 00:46:42,804 Nama dia Kangmu Lee. 372 00:46:44,723 --> 00:46:47,058 Dia bekas polis yang sekarang jadi penyiasat peribadi. 373 00:46:47,142 --> 00:46:49,102 Awak kenal dia? 374 00:46:50,812 --> 00:46:53,315 Maksud awak pembunuh Junki… 375 00:46:54,232 --> 00:46:55,442 ialah Kangmu Lee? 376 00:46:56,985 --> 00:46:58,778 Mustahil. 377 00:46:59,362 --> 00:47:00,739 Apa maksud awak? 378 00:47:01,448 --> 00:47:05,619 Kangmu Lee dah mati empat hari lalu. 379 00:47:06,620 --> 00:47:08,496 Sebelum Junki dibunuh. 380 00:47:08,997 --> 00:47:11,541 Kereta itu dimusnahkan pada hari dia mati. 381 00:47:16,796 --> 00:47:17,797 Helo? 382 00:47:18,757 --> 00:47:19,758 Dr. Koh? 383 00:47:26,431 --> 00:47:27,557 Sekejap. 384 00:47:28,433 --> 00:47:29,517 Saya akan telefon awak semula. 385 00:48:06,304 --> 00:48:07,430 Siapa itu? 386 00:48:10,433 --> 00:48:11,893 Ini Kangmu Lee. 387 00:48:21,611 --> 00:48:23,572 BERDASARKAN KARTUN DIGITAL "DR. BRAIN" OLEH HONG JACGA 388 00:49:31,598 --> 00:49:33,600 Terjemahan sari kata oleh Hani Hamid