1
00:00:11,094 --> 00:00:12,346
Sunja?
2
00:00:14,848 --> 00:00:16,140
Sunja?
3
00:00:25,275 --> 00:00:26,401
(berbahasa Korea) Sunja?
4
00:00:30,447 --> 00:00:31,573
Kita sudah sampai.
5
00:00:55,264 --> 00:00:57,641
Saya tahu ini perjalanan yang sukar,
6
00:00:57,724 --> 00:00:59,309
tapi kita akan sampai
ke rumah abang saya tak lama lagi.
7
00:01:07,985 --> 00:01:09,027
Isak!
8
00:01:09,111 --> 00:01:10,237
Abang!
9
00:01:12,823 --> 00:01:13,824
Yoseb!
10
00:01:21,498 --> 00:01:23,709
Bagaimana awak boleh jadi begitu tinggi?
11
00:01:23,792 --> 00:01:26,044
Awak masih kecil waktu saya pergi.
12
00:01:26,128 --> 00:01:29,298
Awak curi ketinggian saya!
13
00:01:29,381 --> 00:01:31,049
Saya banyak berdoa supaya tinggi.
14
00:01:32,426 --> 00:01:33,635
Abang,
15
00:01:34,178 --> 00:01:36,513
ini isteri saya, Sunja.
16
00:01:42,603 --> 00:01:47,065
Saya dan Kyunghee memang terkejut
apabila mendengar berita itu.
17
00:01:47,149 --> 00:01:48,692
Dia juga sudah mengandung.
18
00:01:49,193 --> 00:01:50,402
Kami bertuah.
19
00:01:50,485 --> 00:01:52,154
Kami anggapnya begitu.
20
00:01:54,781 --> 00:01:56,408
Awak apa khabar?
21
00:01:56,491 --> 00:01:58,577
Saya lega dapat berada
di daratan semula,
22
00:02:00,245 --> 00:02:02,289
dan berterima kasih sebab diterima
ke rumah awak…
23
00:02:02,372 --> 00:02:04,833
Tak perlu berterima kasih.
Kita sudah jadi keluarga.
24
00:02:05,417 --> 00:02:06,418
Kita kena pergi.
25
00:02:06,502 --> 00:02:09,588
Kyunghee akan marah saya
kalau tak bawa kamu balik cepat.
26
00:02:11,840 --> 00:02:13,300
Tidak.
27
00:02:13,383 --> 00:02:15,260
Saya akan bawanya.
28
00:02:16,637 --> 00:02:17,763
Mari pergi.
29
00:03:07,980 --> 00:03:11,024
Lihatlah tempat ini!
30
00:03:13,944 --> 00:03:15,237
Itu trem kita.
31
00:03:47,227 --> 00:03:49,188
Awak masih bekerja di kilang itu?
32
00:03:49,271 --> 00:03:51,398
Lebih baik berbahasa Jepun
di tempat awam.
33
00:03:52,024 --> 00:03:54,234
(berbahasa Jepun)
Sekarang saya mandur di kilang biskut.
34
00:03:54,318 --> 00:03:56,445
Bos percayakan saya.
35
00:03:57,487 --> 00:03:59,072
Hei, lihat di sana!
36
00:03:59,656 --> 00:04:01,241
Mereka sedang bina
laluan kereta api bawah tanah.
37
00:04:01,825 --> 00:04:04,828
Tokyo buka laluan pertamanya
beberapa tahun lalu,
38
00:04:04,912 --> 00:04:07,497
jadi Osaka akan ada laluan kedua
di seluruh Asia.
39
00:04:08,457 --> 00:04:10,542
Ia akan mengubah segala-galanya.
40
00:04:11,543 --> 00:04:14,838
Rasa seperti kita sudah melompat
ke masa depan.
41
00:04:24,223 --> 00:04:25,557
Lihatlah!
42
00:04:26,517 --> 00:04:29,603
Mak boleh tangkap abalone lebih besar
daripada ini semasa tujuh tahun.
43
00:04:31,271 --> 00:04:34,233
Harganya sangat mahal!
44
00:04:34,316 --> 00:04:38,362
Ayah mak akan tengok mak menyelam
untuk kutipnya.
45
00:04:44,826 --> 00:04:46,411
Beri saya dua.
46
00:04:46,495 --> 00:04:47,829
Saya tak mahu.
47
00:04:48,455 --> 00:04:49,831
Siapa cakap mak mahu beri?
48
00:04:51,959 --> 00:04:55,671
Mak tak lapar
selepas makan bufet sarapan di hotel,
49
00:04:55,754 --> 00:04:57,172
tapi mak tak dapat menahan diri.
50
00:04:57,256 --> 00:04:58,799
Sudah tentu mak perlu makannya.
51
00:04:59,299 --> 00:05:03,971
Mak, saya sudah cakap bufet itu
termasuk dalam harga bilik.
52
00:05:04,054 --> 00:05:06,056
Ia dipanggil kos hangus.
53
00:05:06,139 --> 00:05:08,934
Hanya orang yang membesar kaya
fikir benda mengarut begitu.
54
00:05:12,896 --> 00:05:16,149
Ayuh. Mari pergi tabur abu mak cik awak.
55
00:05:17,150 --> 00:05:18,151
Mak!
56
00:05:29,872 --> 00:05:31,123
Cepat!
57
00:05:31,748 --> 00:05:33,083
Ikut mak!
58
00:05:42,676 --> 00:05:44,052
Yoseb,
59
00:05:44,678 --> 00:05:46,096
ini tempat apa?
60
00:05:47,556 --> 00:05:48,974
Ini Ikaino,
61
00:05:49,600 --> 00:05:51,185
kejiranan kita.
62
00:05:55,314 --> 00:05:56,982
Dengar dengan baik, Isak.
63
00:05:57,900 --> 00:05:59,318
Masih ada perisik di sini.
64
00:05:59,860 --> 00:06:01,069
Saya pasti di gereja juga ada.
65
00:06:01,612 --> 00:06:04,948
Awak tak boleh lalai, faham?
66
00:06:06,533 --> 00:06:09,828
Saya menakutkan awak
pada malam pertama awak.
67
00:06:12,497 --> 00:06:17,628
Awak tak boleh bayangkan
kedahsyatan tahun pertama kami di sini.
68
00:06:19,213 --> 00:06:21,507
Tengok sekeliling, awak akan faham.
69
00:06:22,966 --> 00:06:26,220
Ramai orang kelaparan, tapi tiada kerja.
70
00:06:26,303 --> 00:06:28,305
Mereka terdesak.
71
00:06:29,806 --> 00:06:32,100
Awak tahu berapa kali
rumah kami dipecah masuk?
72
00:06:32,184 --> 00:06:35,646
Kami laporkan pada polis,
mereka tak ambil tindakan.
73
00:06:35,729 --> 00:06:38,482
Mereka tak peduli
tentang orang Korea di sini.
74
00:06:41,318 --> 00:06:42,945
Tapi apabila fikirkan semuanya,
75
00:06:43,946 --> 00:06:46,073
kami masih bernasib baik.
76
00:06:51,870 --> 00:06:54,498
Berambus! Pergi!
77
00:06:54,581 --> 00:06:57,251
Saya sudah cakap jangan biarkan
khinzir awak berkeliaran!
78
00:07:00,587 --> 00:07:02,047
Tak guna!
79
00:07:06,718 --> 00:07:07,803
Kami sudah balik!
80
00:07:09,847 --> 00:07:11,098
Kyunghee!
81
00:07:11,181 --> 00:07:16,019
Selepas Perang Pertama
China-Jepun dan Rusia-Jepun,
82
00:07:16,103 --> 00:07:19,106
Manchuria dan Mongolia menjadi
tali keselamatan bagi negara kita…
83
00:07:25,904 --> 00:07:27,614
Isak!
84
00:07:27,698 --> 00:07:29,241
Lihatlah awak.
85
00:07:29,324 --> 00:07:31,827
Awak langsung tak berubah.
86
00:07:32,369 --> 00:07:34,037
Tak berubah?
87
00:07:34,121 --> 00:07:35,622
Saya sudah tua sekarang.
88
00:07:41,044 --> 00:07:42,671
Awak Sunja, bukan?
89
00:07:43,172 --> 00:07:45,424
Awak mesti penat
selepas perjalanan yang jauh.
90
00:07:46,049 --> 00:07:47,676
Bagaimana keadaan awak?
91
00:07:48,802 --> 00:07:50,095
Saya tak apa-apa.
92
00:07:50,179 --> 00:07:52,389
Tolong jangan susahkan diri awak.
93
00:07:53,932 --> 00:07:55,309
Tapi awak lapar, bukan?
94
00:07:55,392 --> 00:07:56,643
Duduk.
95
00:08:05,360 --> 00:08:07,237
Hari ini, awak makan saja.
96
00:08:08,113 --> 00:08:10,282
Saya ada hidangan istimewa untuk
raikan peristiwa ini.
97
00:09:48,046 --> 00:09:49,882
BERDASARKAN BUKU OLEH
MIN JIN LEE
98
00:10:31,632 --> 00:10:33,383
Awak datang!
99
00:10:35,219 --> 00:10:38,263
Saya nampak pandangan awak.
Awak sudah dengar?
100
00:10:38,347 --> 00:10:40,057
Saya cuma gembira awak di sini.
101
00:10:40,140 --> 00:10:42,142
Biar saya perkenalkan tunang saya.
102
00:10:43,560 --> 00:10:45,771
Perkenalkan Solomon, rakan sekelas saya
dari sekolah antarabangsa.
103
00:10:45,854 --> 00:10:47,981
Kawan awak yang berjaya di Amerika.
104
00:10:48,065 --> 00:10:49,691
Apa pendapat awak
tentang Tokyo sekarang?
105
00:10:49,775 --> 00:10:53,695
Bandar yang amat kaya
tapi tiada masa untuk berbelanja.
106
00:10:53,779 --> 00:10:54,780
Bandar terbaik.
107
00:10:54,863 --> 00:10:57,449
Dia sentiasa menarik perhatian gadis.
108
00:10:58,325 --> 00:11:01,370
Ia satu misteri
kenapa dia masih berpaut pada gadis itu.
109
00:11:01,453 --> 00:11:02,829
Gadis yang terlalu serius…
110
00:11:02,913 --> 00:11:04,581
- Hana.
- Ya, Hana.
111
00:11:04,665 --> 00:11:05,874
Apa berlaku padanya?
112
00:11:06,834 --> 00:11:09,211
Dia menghilangkan diri.
113
00:11:09,294 --> 00:11:12,089
Jika awak suka gadis begitu,
awak tahu tempat untuk cari mereka.
114
00:11:12,172 --> 00:11:13,924
Kumiko bersendirian lagi.
115
00:11:15,133 --> 00:11:17,135
Saya sudah cakap jangan jemput dia.
116
00:11:17,219 --> 00:11:18,929
Dia cuma mahukan perhatian awak.
117
00:11:22,224 --> 00:11:23,684
Kakak dia,
118
00:11:23,767 --> 00:11:25,936
dia penyebab kami perlu tunda
majlis pertunangan.
119
00:11:26,019 --> 00:11:30,065
Ibu bapanya mahu kahwinkan dia dahulu,
tapi tiada sesiapa mahu.
120
00:11:32,609 --> 00:11:34,403
Jadi apa yang berlaku?
121
00:11:35,612 --> 00:11:38,574
Abe-san menghasut semua bank di Tokyo
supaya menolak awak.
122
00:11:39,700 --> 00:11:42,661
Siapa peduli?
Saya akan balik ke New York.
123
00:11:42,744 --> 00:11:44,538
Awak pasti?
124
00:11:44,621 --> 00:11:45,789
Apa yang awak tahu?
125
00:11:46,957 --> 00:11:49,459
Tiada apa-apa.
126
00:11:50,711 --> 00:11:53,088
Tapi Tom Andrews,
127
00:11:53,922 --> 00:11:55,924
jangan terlalu percayakan dia.
128
00:11:56,008 --> 00:11:59,011
Dia sibuk menebus kesilapan sendiri.
129
00:11:59,094 --> 00:12:02,139
Kewangan yang bermasalah, aset klien.
130
00:12:03,140 --> 00:12:04,975
Tak mungkin. Dia bukan begitu.
131
00:12:05,058 --> 00:12:07,686
Mungkin sebab itu ibu pejabat New York
hantar dia ke Tokyo.
132
00:12:08,270 --> 00:12:09,730
Supaya ia tak diketahui.
133
00:12:11,231 --> 00:12:12,232
Walau apa pun,
134
00:12:12,316 --> 00:12:14,610
dia tak boleh rosakkan kerjayanya lagi.
135
00:12:14,693 --> 00:12:17,613
Awak fikir dia akan pecat saya?
136
00:12:17,696 --> 00:12:19,198
Awak akan buat begitu, bukan?
137
00:12:20,365 --> 00:12:23,535
Saya akan cuba yang terbaik
untuk pertahankan reputasi awak.
138
00:12:24,494 --> 00:12:28,123
Tapi saya masih tak faham
sebab awak buat begitu.
139
00:12:31,335 --> 00:12:32,336
Saya juga sama.
140
00:12:35,506 --> 00:12:39,092
Saya perlu menyapa tetamu
lain, tapi saya akan jumpa awak nanti.
141
00:12:40,427 --> 00:12:41,470
Hei,
142
00:12:41,553 --> 00:12:43,514
apa maksud awak,
143
00:12:43,597 --> 00:12:45,474
saya patut tahu tempat untuk cari Hana?
144
00:12:46,350 --> 00:12:47,684
Saya patut cari di mana?
145
00:12:48,435 --> 00:12:49,645
Bagi perkara begitu,
146
00:12:50,229 --> 00:12:51,522
rasanya kawasan Yoshiwara,
147
00:12:51,605 --> 00:12:52,981
berdekatan stesen Uguisudani.
148
00:12:58,987 --> 00:13:00,239
Hai.
149
00:13:24,137 --> 00:13:26,223
Apa yang dia fikirkan?
150
00:13:26,974 --> 00:13:28,517
Perlahankan suara awak.
151
00:13:30,227 --> 00:13:32,020
Kenapa dia mengahwini gadis begitu?
152
00:13:35,107 --> 00:13:36,525
Dia masih muda.
153
00:13:38,026 --> 00:13:39,695
Biar dia biasakan diri di sini.
154
00:13:41,321 --> 00:13:45,158
Kita lebih tua semasa datang dulu?
Usia kita sebaya mereka.
155
00:13:47,578 --> 00:13:51,832
Kita sengsara dulu. Awak tak ingat?
156
00:13:55,586 --> 00:13:57,546
Saya bukan cakap tentang itu saja.
157
00:13:59,756 --> 00:14:01,967
Kandungannya lebih sarat
daripada yang saya sangka.
158
00:14:03,093 --> 00:14:04,845
Awak juga nampak, bukan?
159
00:14:08,056 --> 00:14:11,894
Isak pula mudah terpengaruh
dengan kecenderungan idealistik.
160
00:14:12,686 --> 00:14:14,104
Gadis begitu…
161
00:14:15,439 --> 00:14:17,649
dia mungkin mahu perangkap Isak.
162
00:14:18,775 --> 00:14:19,776
Yoseb.
163
00:14:19,860 --> 00:14:21,904
Kita terima seseorang
yang kita langsung tak kenal.
164
00:14:22,487 --> 00:14:24,072
Awak tak risau?
165
00:14:33,916 --> 00:14:36,001
Nampaknya mereka kecewa dengan saya.
166
00:14:48,555 --> 00:14:52,267
Mereka akan berubah fikiran.
Jangan risau.
167
00:14:59,066 --> 00:15:00,901
Tapi tempat ini…
168
00:15:03,237 --> 00:15:05,989
kita seperti tidak sesuai di sini.
169
00:15:11,912 --> 00:15:13,664
Saya juga rasa begitu.
170
00:15:19,378 --> 00:15:20,754
Sudah lama
171
00:15:20,838 --> 00:15:22,506
saya mahu tinggalkan Korea.
172
00:15:24,299 --> 00:15:25,884
Apabila sudah ke sini…
173
00:15:29,346 --> 00:15:33,016
Sunja, saya risau awak bencikan saya.
174
00:15:33,934 --> 00:15:35,269
Bencikan awak?
175
00:15:37,271 --> 00:15:40,023
Bagaimana saya mahu benci
orang yang selamatkan saya?
176
00:15:40,107 --> 00:15:42,442
Saya tak mahu
awak berasa terhutang budi.
177
00:15:43,569 --> 00:15:45,320
Awak tidak berhutang dengan saya.
178
00:15:48,073 --> 00:15:49,658
Awak sendiri cakap.
179
00:15:52,035 --> 00:15:53,829
Masa depan saya suram.
180
00:15:53,912 --> 00:15:56,039
Tapi awak tak takut menghadapinya.
181
00:15:56,123 --> 00:15:57,916
Awak salah.
182
00:15:58,000 --> 00:15:59,334
Saya amat takut.
183
00:16:03,881 --> 00:16:05,424
Awak memang tak nampaknya,
184
00:16:07,217 --> 00:16:08,260
bukan?
185
00:16:16,351 --> 00:16:20,105
Awak sangat tabah.
186
00:16:23,567 --> 00:16:26,653
Begitu tabah sehingga ketabahan awak
beri saya keberanian
187
00:16:28,197 --> 00:16:29,990
dan ketabahan itu masih tidak terjejas.
188
00:16:36,747 --> 00:16:38,415
Anak ini…
189
00:16:40,751 --> 00:16:42,669
anak yang saya akan beri nama saya,
190
00:16:44,171 --> 00:16:45,756
dia akan selamatkan saya.
191
00:16:49,176 --> 00:16:51,303
Saya takkan mati.
192
00:16:53,931 --> 00:16:59,311
Jadi walau apa pun abang dan
kakak ipar saya percaya, mereka salah.
193
00:17:00,938 --> 00:17:03,524
Saya yang tidak patut membebankan awak.
194
00:17:50,237 --> 00:17:52,197
Awak juga gemuruh.
195
00:18:54,510 --> 00:18:56,803
Saya nampak awak
196
00:18:57,346 --> 00:18:59,306
menari di plaza pada hari itu.
197
00:19:01,433 --> 00:19:02,726
Awak ada di sana?
198
00:19:06,688 --> 00:19:08,857
Kenapa awak tiba-tiba menari?
199
00:19:09,441 --> 00:19:11,026
Entahlah.
200
00:19:13,737 --> 00:19:15,906
Selepas keluar bilik mesyuarat,
201
00:19:16,740 --> 00:19:19,201
saya sangat kecewa.
202
00:19:20,118 --> 00:19:22,955
Tapi apabila saya keluar
dan dengar muzik itu…
203
00:19:23,789 --> 00:19:25,415
Ia sukar untuk diterangkan.
204
00:19:27,084 --> 00:19:29,711
Saya rasa seperti boleh terbang.
205
00:19:31,713 --> 00:19:33,465
Saya berasa sangat hebat.
206
00:19:34,424 --> 00:19:36,051
Tapi awak tidak terbang.
207
00:19:36,969 --> 00:19:38,971
Rasanya graviti menang.
208
00:19:44,226 --> 00:19:46,144
Mungkin ada sebab lain?
209
00:19:47,229 --> 00:19:49,439
Mungkin sebab Hana?
210
00:19:51,942 --> 00:19:53,527
Dinding pejabat tak tebal.
211
00:19:54,069 --> 00:19:57,072
Awak dengar semuanya?
212
00:19:58,156 --> 00:19:59,449
Maaf.
213
00:19:59,533 --> 00:20:01,660
Saya bukan mahu mencuri dengar.
214
00:20:04,496 --> 00:20:06,415
Tapi saya mengaku,
215
00:20:08,250 --> 00:20:09,960
saya ingin tahu.
216
00:20:12,838 --> 00:20:14,423
Dia mesti sangat bermakna pada awak.
217
00:20:16,967 --> 00:20:19,011
Ya,
218
00:20:20,596 --> 00:20:22,139
tapi sudah lama saya tak jumpa dia.
219
00:20:24,266 --> 00:20:26,560
Sebenarnya, saya sudah mula lupakan dia.
220
00:20:28,979 --> 00:20:31,607
Tapi dia hubungi saya
selepas sekian lama.
221
00:20:33,275 --> 00:20:36,486
Awak takkan begitu terkesan
jika sudah tiada perasaan.
222
00:20:40,407 --> 00:20:42,117
Sejak kali pertama kami berjumpa,
223
00:20:42,201 --> 00:20:44,119
dia sentiasa di hati saya.
224
00:20:47,664 --> 00:20:49,374
Saya 14 tahun.
225
00:20:51,543 --> 00:20:53,504
Dia anak kekasih ayah saya.
226
00:20:54,171 --> 00:20:56,381
Saya tahu keadaan itu aneh.
227
00:20:56,465 --> 00:21:00,135
Tapi mungkin itu antara tarikannya.
228
00:21:03,055 --> 00:21:04,389
Sesetengah orang…
229
00:21:06,225 --> 00:21:10,395
boleh buat kita terlalu memikirkan dia.
230
00:21:14,233 --> 00:21:15,734
Hana boleh buat begitu.
231
00:21:18,612 --> 00:21:20,072
Kenapa kamu berpisah?
232
00:21:21,573 --> 00:21:23,158
Saya pergi Amerika.
233
00:21:24,493 --> 00:21:25,911
Tidak lama selepas itu…
234
00:21:28,789 --> 00:21:30,457
dia lari dari rumah.
235
00:21:32,584 --> 00:21:34,127
Awak boleh cuba cari dia.
236
00:21:35,587 --> 00:21:38,882
Saya tak pasti
jika saya mahu buat begitu.
237
00:21:40,425 --> 00:21:43,262
Rasanya dia tak suka diri saya sekarang.
238
00:21:45,305 --> 00:21:48,100
Awak suka wanita yang rumit, Baek-san.
239
00:21:49,560 --> 00:21:51,520
Seperti pemilik tanah itu.
240
00:21:52,688 --> 00:21:54,606
Kenapa cakap tentang itu?
241
00:21:55,190 --> 00:21:59,152
Dia tetap takkan jual
tidak kira berapa harganya.
242
00:22:02,656 --> 00:22:05,033
Jadi awak fikir itu memang rancangannya?
243
00:22:06,577 --> 00:22:07,661
Rancangan apa?
244
00:22:08,745 --> 00:22:10,539
Memalukan awak.
245
00:22:12,541 --> 00:22:14,710
Ia jelas apabila kita fikirkannya.
246
00:22:25,888 --> 00:22:27,973
Naomi-san, memang malang
247
00:22:28,056 --> 00:22:30,017
dilahirkan sebagai wanita,
248
00:22:31,351 --> 00:22:32,769
lebih-lebih lagi di negara ini.
249
00:22:34,730 --> 00:22:38,901
Meluangkan semua masa dan usaha
untuk kerja yang tak mahukan kita…
250
00:22:40,986 --> 00:22:45,741
awak anggap itu kemenangan?
251
00:22:54,166 --> 00:22:56,293
Baek-san, pasti menarik
252
00:22:57,377 --> 00:22:58,795
untuk lihat masa depan awak.
253
00:23:13,435 --> 00:23:18,857
SEBULAN KEMUDIAN
254
00:23:37,584 --> 00:23:39,378
Maafkan saya.
255
00:23:39,461 --> 00:23:41,255
Saya terlambat bangun lagi.
256
00:23:41,338 --> 00:23:44,216
Ibu perlu tidur secukupnya
jika mahu bayi membesar dengan kuat.
257
00:23:45,592 --> 00:23:47,261
Biar saya jemur pakaian.
258
00:23:52,391 --> 00:23:53,684
Perlahan-lahan.
259
00:23:53,767 --> 00:23:55,644
Jangan paksa diri awak.
260
00:23:59,481 --> 00:24:02,067
Saya langsung tak dengar
Isak keluar pagi ini.
261
00:24:02,985 --> 00:24:05,153
Semakin lama, dia bangun semakin awal.
262
00:24:05,737 --> 00:24:07,781
Nampaknya kerja di gereja
sesuai dengan dia.
263
00:24:25,841 --> 00:24:26,884
Kenapa?
264
00:24:26,967 --> 00:24:28,051
Awak sakit?
265
00:24:31,680 --> 00:24:37,227
Awak sudah cuci dan hilangkan baunya.
266
00:24:41,607 --> 00:24:44,568
Sudah berminggu
ia tak dibasuh dan baunya amat busuk.
267
00:24:44,651 --> 00:24:47,279
Saya tak tahu…
268
00:24:48,071 --> 00:24:51,116
Ini saja yang saya masih ada.
269
00:24:54,494 --> 00:24:57,372
Sedikit masa saja lagi…
270
00:24:58,999 --> 00:25:01,293
Saya perlukannya sedikit masa saja lagi.
271
00:25:03,629 --> 00:25:05,422
Sunja.
272
00:25:07,883 --> 00:25:10,052
Bila ia akan hilang?
273
00:25:12,763 --> 00:25:14,389
Rasa sakit ini,
274
00:25:16,266 --> 00:25:19,645
bila ia akan hilang?
275
00:25:25,359 --> 00:25:27,528
Ia takkan hilang.
276
00:25:33,033 --> 00:25:35,494
Tapi awak akan belajar bertahan.
277
00:25:38,121 --> 00:25:39,164
Percayalah.
278
00:26:42,352 --> 00:26:43,979
Mak pasti ia di sini?
279
00:26:45,939 --> 00:26:47,983
Ini tempat ayah mak dikebumikan?
280
00:26:48,066 --> 00:26:49,526
Apa maksud awak?
281
00:26:49,610 --> 00:26:51,904
Bagaimana mak boleh lupa
tempat mak kebumikan ayah mak?
282
00:26:53,488 --> 00:26:54,740
Ini tempatnya.
283
00:26:55,741 --> 00:26:59,745
Jadi mereka pindahkan
kuburnya semasa bina tempat letak kereta.
284
00:27:04,166 --> 00:27:05,292
Mak,
285
00:27:05,375 --> 00:27:08,003
mereka pasti pindahkan dengan baik.
286
00:27:08,086 --> 00:27:10,047
Jangan risau. Kita akan carinya.
287
00:27:13,258 --> 00:27:14,301
Maafkan saya.
288
00:27:14,384 --> 00:27:16,094
Saya tak tahu tentang hal ini.
289
00:27:17,012 --> 00:27:19,681
Awak perlu cakap dengan suami saya.
Dia tiada di rumah.
290
00:27:21,433 --> 00:27:23,519
Kami sudah cakap dengan suami awak.
291
00:27:24,978 --> 00:27:27,314
Tapi sebab dia tiada duit,
292
00:27:27,397 --> 00:27:30,359
keluarganya perlu bayar hutang 160 yen.
293
00:27:32,361 --> 00:27:34,071
Cop itu,
294
00:27:34,154 --> 00:27:35,948
itu cop suami awak, bukan?
295
00:27:39,451 --> 00:27:40,619
Ya.
296
00:27:42,246 --> 00:27:44,790
Kami tak mahu menyusahkan awak.
297
00:27:46,375 --> 00:27:48,168
Bagi kami 20 yen kalau ada.
298
00:27:49,086 --> 00:27:50,546
Bos kami,
299
00:27:50,629 --> 00:27:53,131
dia akan berpuas hati dengan jumlah itu
untuk minggu ini.
300
00:27:55,092 --> 00:27:56,176
160 yen,
301
00:27:57,094 --> 00:27:58,470
itu saja jumlahnya?
302
00:27:58,554 --> 00:27:59,555
Saya akan uruskannya.
303
00:27:59,638 --> 00:28:02,808
Termasuk faedah,
ia sudah dua kali ganda.
304
00:28:09,314 --> 00:28:10,983
Bila dia buat pinjaman itu?
305
00:28:12,609 --> 00:28:13,861
Dua bulan lalu.
306
00:28:13,944 --> 00:28:16,113
Dia cakap adiknya baru berkahwin.
Dia perlukan duit lebih.
307
00:28:20,617 --> 00:28:22,494
Kami akan ada duit itu
dalam beberapa jam.
308
00:28:22,578 --> 00:28:25,247
- Kami perlu bayar kepada siapa?
- Awak tak faham…
309
00:28:25,330 --> 00:28:28,709
Jangan buang masa. Beritahu saja
tempat untuk saya hantar duit itu.
310
00:28:28,792 --> 00:28:29,793
Berdekatan dok,
311
00:28:29,877 --> 00:28:32,129
ada pejabat
di atas kedai membaiki jaring.
312
00:28:32,880 --> 00:28:35,048
Awak akan ada 20 yen itu nanti?
313
00:28:35,132 --> 00:28:36,758
Kami boleh beritahu bos kami?
314
00:28:36,842 --> 00:28:38,677
Beritahu dia,
dia akan dapat semua sekali.
315
00:28:51,190 --> 00:28:52,316
Tapi Sunja…
316
00:28:53,901 --> 00:28:55,736
Mana awak dapat jam begini?
317
00:28:58,822 --> 00:29:00,824
Ibu saya beri kepada saya.
318
00:29:01,408 --> 00:29:03,410
Dia mahu saya ada sesuatu
untuk kecemasan.
319
00:29:05,204 --> 00:29:07,915
Kyunghee,
hutang itu perlu dibayar sekarang juga.
320
00:29:09,541 --> 00:29:11,001
Kita patut biarkan Yoseb uruskannya.
321
00:29:11,084 --> 00:29:12,920
Saya pasti dia cuba yang terbaik,
322
00:29:14,421 --> 00:29:18,300
tapi jumlah bayaran sekarang
terlalu banyak.
323
00:29:18,383 --> 00:29:20,427
Saya sudah lihat banyak kali.
324
00:29:21,094 --> 00:29:26,183
Di Busan, ramai petani meminjam
selepas musim yang teruk
325
00:29:26,266 --> 00:29:27,851
untuk beli benih atau peralatan.
326
00:29:27,935 --> 00:29:29,269
Ramai kehilangan rumah mereka.
327
00:29:29,353 --> 00:29:31,146
Kenapa dia buat begini?
328
00:29:31,230 --> 00:29:33,565
Pergi meminjam daripada mereka.
329
00:29:34,399 --> 00:29:37,361
Dia ada pilihan lain?
330
00:29:41,448 --> 00:29:43,283
Ini hutang saya.
331
00:29:44,910 --> 00:29:47,454
Saya yang perlu bayarnya.
332
00:29:49,456 --> 00:29:55,087
Boleh awak yakinkan saya
yang kuburnya dipindahkan dengan baik
333
00:29:55,170 --> 00:29:58,090
dan dia selamat di satu tempat?
334
00:29:59,299 --> 00:30:00,759
Saya faham awak risau,
335
00:30:00,843 --> 00:30:03,011
tapi tanpa fail itu,
saya tak tahu apa-apa.
336
00:30:04,721 --> 00:30:07,766
Mari mulakan dengan membuat permohonan
untuk laporan itu.
337
00:30:08,475 --> 00:30:09,768
Siapa nama awak?
338
00:30:10,477 --> 00:30:14,773
Kim Sunja. Nama Jepun saya Bando Nobuko.
339
00:30:15,774 --> 00:30:17,359
Awak salah seorang daripada mereka.
340
00:30:17,901 --> 00:30:20,028
Bila awak pindah ke sana?
341
00:30:20,571 --> 00:30:22,364
1931.
342
00:30:22,447 --> 00:30:25,367
Jadi awak ada kerakyatan Jepun?
343
00:30:27,327 --> 00:30:28,704
Tidak.
344
00:30:28,787 --> 00:30:31,999
- Saya penduduk tetap.
- Tapi awak bawa pasport Korea Selatan.
345
00:30:32,082 --> 00:30:34,126
Kami cuma mahu cari kubur datuk saya…
346
00:30:59,484 --> 00:31:00,777
Mak?
347
00:31:03,989 --> 00:31:05,157
Mak,
348
00:31:05,866 --> 00:31:06,867
bertenang.
349
00:31:06,950 --> 00:31:08,327
Mereka akan cari lokasinya.
350
00:31:08,410 --> 00:31:10,579
Mana awak tahu?
351
00:31:10,662 --> 00:31:12,372
Tempat ini sudah banyak berubah.
352
00:31:12,456 --> 00:31:14,374
Sukar untuk cari orang masih hidup,
353
00:31:14,458 --> 00:31:16,627
apalagi yang sudah mati.
354
00:31:17,252 --> 00:31:18,420
Maaf!
355
00:31:19,838 --> 00:31:22,132
Saya jumpa satu nota
semasa mencari dalam fail kami
356
00:31:22,216 --> 00:31:24,343
berkaitan permohonan pemindahan lokasi.
357
00:31:24,426 --> 00:31:26,220
Mungkin awak kenal nama
358
00:31:26,303 --> 00:31:27,971
Shin Bokhee?
359
00:32:45,174 --> 00:32:47,259
Awak kenal orang ini?
360
00:32:47,885 --> 00:32:49,678
Dia kakak saya.
361
00:32:49,761 --> 00:32:52,097
Sudah lama kami cari dia.
362
00:32:53,056 --> 00:32:55,809
Sekarang dia 29 tahun.
363
00:32:57,186 --> 00:32:58,854
Seseorang datang ke sini
sekali seminggu
364
00:32:58,937 --> 00:33:00,439
dengan kisah yang sama.
365
00:33:01,481 --> 00:33:02,816
Saya tak menipu.
366
00:33:04,151 --> 00:33:06,195
Itu yang mereka cakap.
367
00:33:06,278 --> 00:33:07,988
Walau apa pun,
368
00:33:08,071 --> 00:33:09,990
maaf, tapi saya tak boleh tolong.
369
00:33:18,207 --> 00:33:19,208
Haruki-san?
370
00:33:25,756 --> 00:33:27,007
Solomon?
371
00:33:42,981 --> 00:33:44,566
Saya datang!
372
00:33:48,403 --> 00:33:49,947
Ada apa?
373
00:33:50,030 --> 00:33:52,157
Apa awak mahu jual kepada saya hari ini?
374
00:33:54,868 --> 00:33:56,703
Saya sudah begitu banyak berubah?
375
00:33:56,787 --> 00:33:58,830
Rasanya begitu.
376
00:34:04,127 --> 00:34:05,921
Sunja?
377
00:34:08,382 --> 00:34:11,092
Sunja, ini memang awak?
378
00:34:11,176 --> 00:34:12,844
Kakak! Ini saya.
379
00:34:12,928 --> 00:34:15,054
Bokhee, kakak saya!
380
00:34:15,138 --> 00:34:16,681
Awak sudah kembali.
381
00:34:23,063 --> 00:34:25,274
Ia memang jam yang bagus.
382
00:34:26,733 --> 00:34:28,652
Tapi maaf
383
00:34:29,527 --> 00:34:32,239
tiada permintaan bagi jam begini
di kejiranan ini.
384
00:34:33,364 --> 00:34:36,659
Lelaki muda sekarang suka jam
yang boleh dipakai di pergelangan tangan.
385
00:34:37,995 --> 00:34:39,705
Saya boleh bagi awak 40 yen.
386
00:34:43,625 --> 00:34:46,378
Maaf sebab mengganggu awak.
Pergi dulu.
387
00:34:46,962 --> 00:34:49,547
Saya nak tolong awak
sebab awak mengandung.
388
00:34:49,630 --> 00:34:51,967
Saya sanggup bayar sebanyak 50 yen,
389
00:34:53,051 --> 00:34:56,388
walaupun saya tak pasti
saya boleh dapatnya kembali.
390
00:34:56,471 --> 00:34:58,473
Ia bernilai sekurang-kurangnya 300 yen.
391
00:34:59,057 --> 00:35:00,601
Ia dari Switzerland.
392
00:35:00,684 --> 00:35:02,728
Jam terbaik dihasilkan di sana.
393
00:35:02,811 --> 00:35:05,480
Tapi awak bukan di Switzerland.
394
00:35:09,026 --> 00:35:10,694
Saya faham.
395
00:35:10,777 --> 00:35:12,279
Selamat tinggal.
396
00:35:14,239 --> 00:35:15,908
Awak dari Busan.
397
00:35:17,242 --> 00:35:19,494
Saya boleh tahu dari loghat awak.
398
00:35:20,829 --> 00:35:22,956
Apa kerja ibu bapa awak di sana?
399
00:35:23,498 --> 00:35:25,125
Ibu saya saja.
400
00:35:25,209 --> 00:35:26,835
Dia uruskan rumah penginapannya.
401
00:35:27,711 --> 00:35:30,172
Dia mesti ahli perniagaan yang bijak.
402
00:35:31,340 --> 00:35:32,799
Baiklah.
403
00:35:34,218 --> 00:35:35,636
Dua ratus dua puluh lima yen.
404
00:35:35,719 --> 00:35:36,762
Tiga ratus yen.
405
00:35:37,596 --> 00:35:38,972
Itu harga saya.
406
00:36:11,421 --> 00:36:13,882
Kyunghee, kenapa?
407
00:36:15,217 --> 00:36:17,219
Kita tak boleh ke sana.
408
00:36:17,302 --> 00:36:18,971
Ia tak dianggap sopan.
409
00:36:19,054 --> 00:36:21,348
Tapi perlu hantar duit ini
untuk bayar pinjaman.
410
00:36:22,891 --> 00:36:25,143
Kita tak boleh bagi pada Yoseb?
411
00:36:26,520 --> 00:36:29,481
Kerja kotor begini tugas lelaki,
bukan kita.
412
00:36:31,108 --> 00:36:33,652
Awak fikir dia akan ambil duit ini
daripada saya?
413
00:36:41,201 --> 00:36:44,788
Saya akan pergi. Tunggu saya di rumah.
414
00:36:48,208 --> 00:36:49,459
Awak tak boleh pergi!
415
00:36:53,046 --> 00:36:54,214
Jika saya tak pergi,
416
00:36:54,923 --> 00:36:56,175
apa akan berlaku?
417
00:37:02,055 --> 00:37:03,807
Awak tak tahu…
418
00:37:05,809 --> 00:37:08,145
sebelum saya ke sini,
419
00:37:08,228 --> 00:37:10,480
saya tak pernah memasak
atau basuh pakaian sendiri.
420
00:37:12,941 --> 00:37:16,028
Saya tak pernah bercakap dengan sesiapa
yang ibu bapa saya tak kenal.
421
00:37:17,321 --> 00:37:19,281
Tak pernah uruskan duit sendiri.
422
00:37:21,533 --> 00:37:24,244
Belajar melakukan semuanya,
423
00:37:24,328 --> 00:37:26,538
ia sangat sukar, Sunja.
424
00:37:28,207 --> 00:37:29,750
Kemudian saya lihat awak.
425
00:37:31,376 --> 00:37:33,795
Awak baru saja di sini beberapa minggu.
426
00:37:36,089 --> 00:37:37,382
Saya rasa dungu.
427
00:37:42,721 --> 00:37:44,681
Pagi ini, awak tanya saya
428
00:37:44,765 --> 00:37:46,642
bila rasa sakit itu akan hilang.
429
00:37:49,144 --> 00:37:53,732
Sebenarnya, saya sentiasa takut di sini.
430
00:37:56,193 --> 00:37:57,861
Rasa takut berterusan ini…
431
00:38:01,698 --> 00:38:04,159
berapa lama lagi
saya perlu hidup dengannya?
432
00:38:13,752 --> 00:38:17,548
Mari jadi takut bersama-sama.
433
00:38:19,383 --> 00:38:21,844
Mungkin kita akan rasa sedikit kekuatan.
434
00:38:24,555 --> 00:38:25,639
Awak rasa begitu?
435
00:38:27,015 --> 00:38:28,267
Ya.
436
00:38:47,494 --> 00:38:48,829
Sila ke tepi.
437
00:38:55,878 --> 00:38:57,171
Makanlah.
438
00:39:13,520 --> 00:39:15,439
Selepas awak pergi…
439
00:39:18,233 --> 00:39:21,111
rasa seperti ada kehilangan besar
dalam kehidupan kami.
440
00:39:23,197 --> 00:39:27,367
Lebih-lebih lagi, ibu awak,
dia amat merasainya.
441
00:39:29,870 --> 00:39:33,874
Sukar untuk saya dan Donghee
442
00:39:33,957 --> 00:39:37,711
melihat dia begitu.
443
00:39:41,215 --> 00:39:47,304
Kemudian perang bermula,
keadaan jadi lebih sukar.
444
00:39:52,059 --> 00:39:55,729
Kami tahu kami membebankan ibu awak.
445
00:39:58,690 --> 00:39:59,816
Tapi walaupun begitu,
446
00:39:59,900 --> 00:40:01,401
dia tetap tak mahu kami pergi.
447
00:40:05,614 --> 00:40:11,203
Kemudian, pada suatu hari,
saya dan Donghee jumpa seorang lelaki…
448
00:40:13,247 --> 00:40:19,336
yang janjikan kami
kerja kilang yang bagus di Manchuria.
449
00:40:21,839 --> 00:40:26,969
Kami tak mahu tinggalkan ibu awak
bersendirian di sini…
450
00:40:29,596 --> 00:40:35,978
tapi berapa lama lagi
dia boleh menjaga kami?
451
00:40:36,687 --> 00:40:39,439
Lagipun, dengan pemergian awak,
452
00:40:40,107 --> 00:40:45,571
kami sedar betapa kecilnya
kehidupan kami di sini.
453
00:40:47,239 --> 00:40:49,992
Lebih-lebih lagi Donghee,
454
00:40:50,534 --> 00:40:52,870
dia benar-benar mahu melihat dunia luar.
455
00:40:58,166 --> 00:41:01,253
Kami kembali selepas perang
456
00:41:02,421 --> 00:41:04,339
dan dapati ibu awak sudah tiada.
457
00:41:05,299 --> 00:41:07,134
Sebenarnya,
458
00:41:07,217 --> 00:41:08,886
saya bersyukur.
459
00:41:10,929 --> 00:41:13,390
Saya tak mahu dia lihat
460
00:41:13,473 --> 00:41:14,975
kami sudah banyak berubah.
461
00:41:19,771 --> 00:41:24,776
Saya gembira dapat balik
walaupun tiada banyak benda di sini.
462
00:41:27,487 --> 00:41:29,573
Tapi bagi Donghee,
463
00:41:29,656 --> 00:41:31,658
kegembiraan itu hilang dengan cepat…
464
00:41:36,496 --> 00:41:39,416
apabila dia sedar dia tak mungkin…
465
00:41:41,710 --> 00:41:44,004
boleh kembali
kepada kehidupan dia semasa muda
466
00:41:45,631 --> 00:41:47,633
seperti dulu.
467
00:41:53,430 --> 00:41:55,432
Ingat tempat kita membasuh pakaian?
468
00:41:58,143 --> 00:41:59,228
Saya…
469
00:42:02,439 --> 00:42:03,649
jumpa dia di sana.
470
00:42:20,415 --> 00:42:23,335
Kita sedar yang sesetengah orang
471
00:42:23,877 --> 00:42:28,757
hidup dalam mimpi mereka.
472
00:42:31,260 --> 00:42:35,597
Mereka tak dapat bertahan
dalam kesusahan.
473
00:43:02,541 --> 00:43:04,960
Awak tinggal di sini?
474
00:43:25,189 --> 00:43:26,815
Saya terserempak dengannya.
475
00:43:28,150 --> 00:43:30,027
Dia Solomon.
476
00:43:30,110 --> 00:43:32,070
Saya kenal dia sejak dia masih bayi.
477
00:43:33,197 --> 00:43:34,781
Sila menyambutnya.
478
00:43:35,866 --> 00:43:36,992
Itu Noriko.
479
00:43:38,869 --> 00:43:40,078
Adiknya, Takashi.
480
00:43:43,040 --> 00:43:44,541
Masako.
481
00:43:44,625 --> 00:43:46,543
Lelaki muda yang sangat kacak.
482
00:43:46,627 --> 00:43:48,754
Dia hadiah untuk saya?
483
00:43:49,630 --> 00:43:52,508
Awak tak rasa dia agak tua untuk awak?
484
00:43:52,591 --> 00:43:55,552
Betul, tapi saya boleh buat pengecualian
485
00:43:55,636 --> 00:43:57,221
untuk lelaki yang sangat kacak.
486
00:43:59,473 --> 00:44:00,474
Dia pula,
487
00:44:01,725 --> 00:44:03,519
dia Satoru.
488
00:44:06,271 --> 00:44:08,524
Dia anak Mozasu.
489
00:44:15,906 --> 00:44:18,450
Saya masih selalu berbual
dengan ayah awak.
490
00:44:19,576 --> 00:44:22,913
Dia kawan terbaik saya
dan pernah selamatkan nyawa saya.
491
00:44:24,414 --> 00:44:26,375
Tapi semua itu sudah lama.
492
00:44:28,293 --> 00:44:31,380
Sekarang ini rumah saya.
493
00:44:50,607 --> 00:44:52,192
Bagi saya nota janji itu.
494
00:45:30,355 --> 00:45:32,232
Saya sudah cukup. Awak makanlah.
495
00:45:32,816 --> 00:45:34,985
Awak tetamu kami.
496
00:45:35,861 --> 00:45:37,029
Terima kasih.
497
00:45:38,030 --> 00:45:39,448
Masakan ini sedap.
498
00:45:39,948 --> 00:45:41,533
Ada apa di dalamnya?
499
00:45:44,661 --> 00:45:45,996
Makan saja.
500
00:45:58,675 --> 00:46:01,136
Jika bukan sebab Bokhee…
501
00:46:03,180 --> 00:46:09,061
kubur ayah mak mesti jadi salah satu
kubur tak bertanda.
502
00:46:10,604 --> 00:46:14,900
Mak tak tahu cara
untuk balas budi baiknya.
503
00:46:18,070 --> 00:46:21,990
Dia lakukannya untuk mak.
504
00:46:29,915 --> 00:46:33,043
Akhirnya,
505
00:46:33,126 --> 00:46:34,753
mak yang bertuah.
506
00:46:38,632 --> 00:46:39,842
Tapi…
507
00:46:41,885 --> 00:46:44,805
dalam hati mak, mak tak selesa.
508
00:46:46,640 --> 00:46:49,184
Dapat bertahan
bukan sesuatu memalukan, mak.
509
00:46:56,441 --> 00:47:00,612
Dulu, seseorang pernah beritahu mak,
510
00:47:01,405 --> 00:47:04,950
"Bagi setiap langkah ke depan,
511
00:47:05,868 --> 00:47:08,996
orang lain perlu ke belakang."
512
00:47:10,622 --> 00:47:12,833
Dulu mak tak percaya.
513
00:47:15,627 --> 00:47:17,588
Tapi sekarang mak terfikir…
514
00:47:19,548 --> 00:47:22,509
mungkin dia betul.
515
00:47:28,056 --> 00:47:32,227
Saya tak tahu
siapa yang beritahu mak perkara begitu,
516
00:47:33,937 --> 00:47:37,399
tapi bagi saya dia salah.
517
00:47:46,700 --> 00:47:47,701
Hei,
518
00:47:49,494 --> 00:47:51,330
mari balik.
519
00:47:51,413 --> 00:47:52,414
Betul?
520
00:47:53,207 --> 00:47:55,417
Tapi kita masih ada dua hari lagi
di sini.
521
00:47:57,836 --> 00:47:59,546
Mak boleh datang balik.
522
00:48:01,840 --> 00:48:03,967
Mak sudah tahu sekarang.
523
00:48:25,197 --> 00:48:27,282
Apabila awak menghilang,
ayah meratapi awak,
524
00:48:27,991 --> 00:48:32,246
begitu juga isteri dan abang awak.
525
00:48:35,415 --> 00:48:38,752
Saya tahu
saya dah melukakan ramai orang.
526
00:48:38,836 --> 00:48:41,004
Bukan itu maksud saya.
527
00:48:41,880 --> 00:48:43,507
Maksud saya,
528
00:48:44,091 --> 00:48:46,718
awak sangat disayangi.
529
00:48:47,636 --> 00:48:49,555
Itu betul…
530
00:48:51,390 --> 00:48:52,766
tapi…
531
00:48:53,475 --> 00:48:56,144
Haruki yang mereka sayang
seorang lelaki berbeza.
532
00:48:57,437 --> 00:48:59,523
Sekarang saya tak boleh hidup
seperti dulu.
533
00:49:01,191 --> 00:49:06,947
Saya mungkin tidak berharta di sini,
tapi saya boleh jadi diri sendiri.
534
00:49:13,912 --> 00:49:15,455
Ambillah.
535
00:49:26,550 --> 00:49:27,634
Maafkan saya.
536
00:49:30,804 --> 00:49:32,389
Apa yang saya buat?
537
00:49:39,605 --> 00:49:42,357
Saya sentiasa kasihani awak.
538
00:49:44,109 --> 00:49:45,694
Awak membesar
539
00:49:45,777 --> 00:49:47,863
dibebani harapan dan impian
keluarga awak.
540
00:49:47,946 --> 00:49:50,073
Itu pasti sukar.
541
00:49:52,075 --> 00:49:53,827
Tapi,
542
00:49:54,536 --> 00:49:57,247
rasa seperti tidak kena jika mengasihani
543
00:49:58,040 --> 00:50:00,167
seseorang yang memiliki
banyak kelebihan.
544
00:50:03,921 --> 00:50:08,008
Saya cuma harap
kita berdua boleh gembira.
545
00:50:50,884 --> 00:50:51,969
Sunja…
546
00:50:54,263 --> 00:50:56,265
kita lakukan perkara yang salah?
547
00:51:04,690 --> 00:51:07,359
Boleh saya tanya
548
00:51:07,442 --> 00:51:11,864
bagaimana awak tahu
dia akan datang untuk jual jam itu?
549
00:51:16,994 --> 00:51:18,579
Dia mengahwini orang suka berkhayal.
550
00:51:21,081 --> 00:51:25,210
Lelaki yang lebih lemah daripadanya.
Oleh sebab itu, dia akan terima balasan.
551
00:51:28,922 --> 00:51:31,049
Tiga ratus sepuluh yen,
untuk bantuan awak.
552
00:51:52,196 --> 00:51:58,243
UNTUK DIJUAL OLEH PERUSAHAAN KUROHANA
553
00:52:10,631 --> 00:52:13,050
Tom, dengar,
saya tahu awak marahkan saya,
554
00:52:13,133 --> 00:52:15,260
tapi ada sesuatu memusykilkan
dengan Mamoru Yoshii.
555
00:52:15,344 --> 00:52:17,638
Saya dengar dia jual banyak hartanah.
556
00:52:17,721 --> 00:52:19,681
Hei, saya gembira awak hubungi saya.
557
00:52:19,765 --> 00:52:21,892
- Saya memang mahu hubungi awak.
- Kenapa?
558
00:52:22,392 --> 00:52:24,478
Shiffley's pecat awak. Okey?
559
00:52:24,561 --> 00:52:27,147
Colton dan Abe-san
banyak mendesak mereka.
560
00:52:27,231 --> 00:52:28,690
Awak tak boleh biarkan mereka.
561
00:52:29,274 --> 00:52:31,944
Percaya atau tidak,
saya sudah cuba membantu awak.
562
00:52:32,027 --> 00:52:34,571
Tom, visa saya ditaja oleh Shiffley's.
563
00:52:34,655 --> 00:52:36,448
Maknanya saya tak boleh balik.
564
00:52:37,491 --> 00:52:39,743
Jadi awak patut terus hubungi peguam awak.
565
00:52:39,826 --> 00:52:41,954
Saya tak tahu jika mereka boleh bantu,
tapi mereka…
566
00:52:42,037 --> 00:52:43,705
Saya ada panggilan lain.
Jangan putuskan talian.
567
00:52:44,790 --> 00:52:46,083
Helo, ada apa?
568
00:52:46,166 --> 00:52:50,128
Solomon, saya tak mahu mati sendirian.
569
00:52:50,212 --> 00:52:51,380
Saya tak mahu!
570
00:52:51,463 --> 00:52:52,840
Hana,
571
00:52:52,923 --> 00:52:54,049
apa berlaku?
572
00:52:57,010 --> 00:52:58,095
Hana!
573
00:52:58,178 --> 00:52:59,429
Awak kena datang!
574
00:53:01,181 --> 00:53:02,766
Datang sekarang…
575
00:53:05,185 --> 00:53:06,812
sebelum terlambat.
576
00:54:05,495 --> 00:54:07,497
Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman