1
00:01:18,173 --> 00:01:19,543
Lahela!
2
00:01:19,633 --> 00:01:21,293
Ayah suka meluncur pada hari jadi.
3
00:01:21,383 --> 00:01:23,673
Kamu mulakan usia 16 tahun
dengan betul, sayang.
4
00:01:24,513 --> 00:01:25,383
Ayah masih ingat ketika
ayah pegang kamu
5
00:01:25,473 --> 00:01:27,053
-guna tapak tangan ayah
-Ayah
6
00:01:28,133 --> 00:01:29,343
Jejaka kacak di depan.
7
00:01:37,983 --> 00:01:39,023
Hei, Walter.
8
00:01:39,943 --> 00:01:41,193
Teruja untuk tarian pada hari Jumaat?
9
00:01:41,273 --> 00:01:43,783
Ya, saya.
Sebab saya akan pergi dengan awak.
10
00:01:44,993 --> 00:01:46,993
Jangan buat isyarat tangan, kawan.
Saya ada di sini.
11
00:01:49,573 --> 00:01:50,453
Kita patut pergi.
12
00:01:50,533 --> 00:01:52,533
Saya tak nak terlambat
untuk ujian memandu.
13
00:01:52,623 --> 00:01:54,083
Saya dah besar.
14
00:01:54,163 --> 00:01:55,203
Bukankah ayah teruja?
15
00:02:13,053 --> 00:02:15,183
Saya rasa awak boleh pandu lebih laju.
16
00:02:15,273 --> 00:02:16,983
Ini kali kedua dia melepasi kita.
17
00:02:17,063 --> 00:02:17,933
Baiklah.
18
00:02:20,523 --> 00:02:22,153
Hei, awak dari bahagian pulau
yang mana?
19
00:02:22,233 --> 00:02:24,233
Bahagian pulau yang dipanggil,
"Jangan menyibuklah."
20
00:02:24,323 --> 00:02:26,863
Awak tak sepatutnya berada di sini, ayah.
21
00:02:26,943 --> 00:02:27,823
Okey.
22
00:02:34,243 --> 00:02:35,833
Nampaknya ada kemalangan teruk di sana.
23
00:02:40,503 --> 00:02:43,343
Perlahan-lahan, okey? Hei.
Kita agak laju, bukan? Perlahan sikit!
24
00:02:43,963 --> 00:02:45,253
Awak dah gilakah?
25
00:02:45,343 --> 00:02:46,593
Lahela!
26
00:02:50,383 --> 00:02:52,843
Hei, kembali ke kereta!
27
00:02:54,603 --> 00:02:55,813
Awak nak ke mana?
28
00:02:55,893 --> 00:02:57,813
-Maafkan saya. Hei.
-Tolong hantar ambulans.
29
00:02:57,893 --> 00:02:59,853
-Lelaki. Penunggang basikal.
-Pergi dari sini.
30
00:02:59,943 --> 00:03:01,813
Dewasa. Mari kita percepatkan bantuan.
31
00:03:01,903 --> 00:03:02,943
Biar saya periksa dia.
32
00:03:03,023 --> 00:03:04,523
Macam mana prestasi dia setakat ini?
33
00:03:05,523 --> 00:03:06,943
Awak siapa? Pergi dari sini.
34
00:03:07,033 --> 00:03:08,403
Maafkan saya, budak.
35
00:03:09,823 --> 00:03:10,953
Mungkin konkusi.
36
00:03:11,033 --> 00:03:12,243
-Marilah.
-Lepaskan saya.
37
00:03:12,323 --> 00:03:13,743
-Awak nak masuk penjara?
-Awak akan masuk penjara
38
00:03:13,823 --> 00:03:14,833
untuk kecuaian jenayah.
39
00:03:17,083 --> 00:03:18,873
Pinggang lelaki ini mengalami
keretakan dan terkehel
40
00:03:18,953 --> 00:03:20,623
dan dia akan kehilangan kakinya
kecuali jika saya betulkannya sekarang.
41
00:03:20,713 --> 00:03:22,503
Pegang pinggulnya supaya
saya boleh pusingkan kaki dia.
42
00:03:22,583 --> 00:03:23,423
Apa?
43
00:03:23,503 --> 00:03:24,923
Tiada nadi yang dirasai di kakinya,
44
00:03:25,003 --> 00:03:26,553
dan dia akan kehilangannya
kerana peredaran darah tersumbat.
45
00:03:26,673 --> 00:03:29,133
-Saya takkan...
-Pegang dia sekarang.
46
00:03:29,843 --> 00:03:31,173
Awak, pegang leher dia.
47
00:03:32,883 --> 00:03:33,843
Sedia?
48
00:03:35,183 --> 00:03:38,063
Pegang dia kuat-kuat, okey?
Saya akan mulakan.
49
00:03:49,823 --> 00:03:50,693
Saya boleh rasakan nadi.
50
00:03:50,783 --> 00:03:51,743
Peredaran darah dah dipulihkan.
51
00:03:51,823 --> 00:03:53,323
Sekarang, cari sesuatu yang
saya boleh gunakan sebagai pendakap.
52
00:03:53,413 --> 00:03:54,243
-Ya, doktor.
-Pergi.
53
00:03:54,363 --> 00:03:57,583
Dan sesuatu yang kita boleh guna untuk
tekan luka ini dan hentikan pendarahan.
54
00:04:05,463 --> 00:04:07,133
Awak hutang saya pengikat rambut.
55
00:04:07,213 --> 00:04:08,383
Siapa budak ini?
56
00:04:09,213 --> 00:04:10,553
Anak saya.
57
00:04:10,633 --> 00:04:12,053
Seorang doktor.
58
00:04:12,133 --> 00:04:13,633
Baik.
59
00:04:23,483 --> 00:04:25,063
BUDAK BERUSIA ENAM TAHUN
DAPAT MARKAH PENUH DALAM UJIAN SAT
60
00:04:25,153 --> 00:04:27,113
BUDAK GENIUS TAMATKAN SEKOLAH TINGGI
DALAM TEMPOH 9 MINGGU
61
00:04:28,063 --> 00:04:29,903
BUDAK BERBAKAT LUAR BIASA BERUSIA 10 TAHUN
TAMATKAN PENGAJIAN DI UNIBERSITI HAWAII
62
00:04:31,073 --> 00:04:33,323
BUDAK GENIUS TAMATKAN
SEKOLAH PERUBATAN PADA USIA 14 TAHUN
63
00:04:43,163 --> 00:04:45,083
BERDASARKAN SIRI TV,
DOOGIE HOWSER M.D..
64
00:04:46,123 --> 00:04:48,043
Kopi latte labu pedas dengan bayam?
65
00:04:48,133 --> 00:04:50,253
-Peliknya.
-Hei, awak dapat sayur sekali.
66
00:04:50,343 --> 00:04:51,173
Ia bagus.
67
00:04:51,253 --> 00:04:53,053
Helo, Encik Lim.
68
00:04:53,133 --> 00:04:55,263
Saya Dr. Nakayama dan ini Dr. Zeller.
69
00:04:55,343 --> 00:04:56,763
Hai. Kami berdua adalah doktor pelatih.
70
00:04:56,843 --> 00:04:59,013
Dr. Kamealoha akan jaga awak.
71
00:04:59,103 --> 00:05:00,263
Aloha, Encik Lim.
72
00:05:02,023 --> 00:05:05,483
Ini satu gurauankah?
73
00:05:05,563 --> 00:05:07,903
Dia mungkin berumur 16 tahun,
tapi dia seorang doktor.
74
00:05:07,983 --> 00:05:09,363
Awak tahu dia macam siapa?
75
00:05:09,443 --> 00:05:10,573
Ini dia.
76
00:05:10,653 --> 00:05:11,943
Masih ingat Doogie Howser?
77
00:05:12,033 --> 00:05:13,363
Rancangan dari tahun 90-an?
78
00:05:13,443 --> 00:05:15,783
Dia seperti Doogie Howser yang sebenar.
79
00:05:15,863 --> 00:05:17,243
Sebab itulah kami panggil dia Doogie.
80
00:05:17,323 --> 00:05:19,123
Oh, saya tak tahu pun.
81
00:05:19,203 --> 00:05:20,703
Kenapa awak fikir kita panggil dia Doogie?
82
00:05:20,783 --> 00:05:22,623
Dia impian setiap ibu orang Asia.
83
00:05:22,703 --> 00:05:23,623
Bagi mereka,
84
00:05:23,703 --> 00:05:26,833
apa yang lebih baik daripada jadi doktor
ialah jadi doktor lebih cepat.
85
00:05:26,923 --> 00:05:28,833
Ada ibu yang suka berlagak
sebab anak mereka doktor,
86
00:05:28,923 --> 00:05:31,383
tapi mereka seperti 27...
orang yang kalah.
87
00:05:32,883 --> 00:05:34,303
Sudahkah luka dibiuskan,
88
00:05:34,383 --> 00:05:36,133
-dibersihkan, dicuci?
-Ya, doktor.
89
00:05:36,223 --> 00:05:37,553
Bagus. Encik Lim, jangan bergerak.
90
00:05:37,633 --> 00:05:40,643
Awak yang takkan bergerak disebabkan
saman mahkamah persekutuan.
91
00:05:40,723 --> 00:05:42,433
Hanya 16 tahun?
92
00:05:42,513 --> 00:05:45,563
Saya akan tambah kiraan
kerana mengakibatkan gangguan emosi.
93
00:05:45,643 --> 00:05:46,983
Saya minta maaf encik rasa begitu.
94
00:05:47,063 --> 00:05:48,103
Saya boleh tahu yang
awak seorang peguam,
95
00:05:48,193 --> 00:05:50,153
jadi awak mesti tahu yang hospital
tak bertanggungjawab
96
00:05:50,233 --> 00:05:51,943
ke atas umur doktor.
97
00:05:52,023 --> 00:05:55,653
Mahupun alasan terdekat yang mengaitkan
usia saya dengan kecederaan yang dialami.
98
00:05:55,743 --> 00:05:58,453
Dan sekalipun awak boleh buat
kes prima facie akibat kecuaian,
99
00:05:58,533 --> 00:06:00,283
awak tiada kepelbagaian kehakiman
100
00:06:00,373 --> 00:06:02,083
untuk bawa kes ini
ke mahkamah persekutuan.
101
00:06:02,163 --> 00:06:03,953
Lagipun, saya dah siap.
102
00:06:05,333 --> 00:06:06,543
-Awak dah selesai?
-Cantik dan kemas.
103
00:06:06,623 --> 00:06:07,753
Sepatutnya tiada banyak parut.
104
00:06:08,963 --> 00:06:10,923
Mungkin saya takkan saman.
105
00:06:11,003 --> 00:06:11,883
Kalau awak ubah fikiran,
106
00:06:11,963 --> 00:06:14,673
had statut untuk kes salah amalan
ialah selama tiga tahun.
107
00:06:15,303 --> 00:06:17,343
Saya ingat nak pergi sekolah undang-undang
ketika saya berusia sembilan tahun,
108
00:06:17,423 --> 00:06:19,053
tapi saya betul-betul sukakan
Rainbow Loom.
109
00:06:20,053 --> 00:06:22,393
Terima kasih... Doogie.
110
00:06:22,973 --> 00:06:24,933
Doktor-doktor pelatih,
saya perlukan laporan pesakit kamu.
111
00:06:25,023 --> 00:06:27,813
Dr. Kamealoha,
boleh saya bercakap dengan awak?
112
00:06:28,983 --> 00:06:30,693
Ya, doktor.
113
00:06:31,773 --> 00:06:34,573
Kali terakhir dia cakap begitu pada saya,
saya termuntah dalam mulut.
114
00:06:34,653 --> 00:06:35,533
Saya tahu, bukan?
115
00:06:35,613 --> 00:06:38,283
Dia pernah hantar e-mel kepada saya dan
saya terpaksa bukanya dengan pakar terapi.
116
00:06:38,363 --> 00:06:39,203
Hei.
117
00:06:40,993 --> 00:06:42,453
Semuanya okey, doktor?
118
00:06:42,533 --> 00:06:45,413
Ya. Sehinggalah pagi tadi apabila
mak jumpa video TikTok baru kamu.
119
00:06:45,493 --> 00:06:46,413
Mak.
120
00:06:46,503 --> 00:06:48,413
Kita di tempat kerja,
panggil mak Dr. Hannon.
121
00:06:48,503 --> 00:06:51,883
Mak tahu hari ini hari jadi kamu,
tapi tarian kamu terlalu menjolok mata.
122
00:06:51,963 --> 00:06:54,093
-Kamu boleh buat dab saja.
-Saya hanya menari.
123
00:06:54,173 --> 00:06:55,343
-Terlalu menjolok mata
-Okey.
124
00:06:55,423 --> 00:06:57,463
Jadi, saya perlu panggil mak doktor
sebab kita berada di tempat kerja,
125
00:06:57,553 --> 00:07:00,093
tapi mak boleh lepaskan geram
pada saya sebab saya buat begini.
126
00:07:00,883 --> 00:07:03,513
Alamak. Hentikannya.
127
00:07:03,603 --> 00:07:04,723
Berhenti!
128
00:07:04,813 --> 00:07:06,063
Maaf, saya pandai menari
dan mak pula tidak.
129
00:07:06,143 --> 00:07:07,893
Mak pandai menari.
130
00:07:07,973 --> 00:07:10,693
Tiada rentak yang mak tak boleh ikut.
131
00:07:11,943 --> 00:07:13,733
Tengok gerakan pinggul mak,
tak keterlaluan.
132
00:07:16,783 --> 00:07:17,943
Jadi, ini tak mengapa.
133
00:07:18,033 --> 00:07:20,863
Tapi bila saya buat tarian Magic Mike
di parti Halloween kita,
134
00:07:20,953 --> 00:07:24,413
dan tiba-tiba, itu "masalah"
yang perlu "diuruskan"?
135
00:07:25,083 --> 00:07:26,583
Terima kasih, Dr. Lee.
136
00:07:28,293 --> 00:07:29,583
Ada apa-apa lagi, Dr. Hannon?
137
00:07:29,663 --> 00:07:31,043
Tunggu. Ada sesuatu di bawah...
138
00:07:31,123 --> 00:07:33,083
Mak. Gelinya.
139
00:07:33,173 --> 00:07:34,843
Kamu lapar?
140
00:07:34,923 --> 00:07:37,593
Sebab trak ais batu campur
ayah kamu ada di sini hari ini,
141
00:07:37,673 --> 00:07:40,473
atau ada badam dalam laci meja mak.
142
00:07:40,553 --> 00:07:43,513
Okey. Mak sayang kamu, doktor...
143
00:07:47,103 --> 00:07:47,933
AIS BATU CAMPUR DAN BUNGA BENNY
144
00:07:48,013 --> 00:07:49,023
Ini dia.
145
00:07:49,103 --> 00:07:51,853
Ais batu campur pelangi
dan dua plumeria lei.
146
00:07:51,943 --> 00:07:54,353
-"Mahelo"!
-Mahalo.
147
00:07:54,443 --> 00:07:55,523
Bagus betul.
148
00:07:56,193 --> 00:07:57,153
Macam mana awak boleh terfikir idea ini?
149
00:07:57,233 --> 00:07:59,233
Saya tak pernah dengar tentang
trak ais batu campur dan bunga.
150
00:07:59,323 --> 00:08:00,243
Trak itu yang pilih saya.
151
00:08:00,323 --> 00:08:03,113
Dulu saya bekerja dalam kewangan,
tapi saya nak lebih lagi.
152
00:08:03,203 --> 00:08:06,743
Jadi, saya kata,
apa dua benda yang paling saya suka?
153
00:08:06,833 --> 00:08:08,873
Ia adalah ais batu campur dan bunga.
154
00:08:08,953 --> 00:08:10,163
Jadi, inilah dia.
155
00:08:10,253 --> 00:08:13,503
Saya suka anjing Shih Tzu,
anak saudara saya, Kevin.
156
00:08:13,583 --> 00:08:14,673
Ada apa-apa yang awak boleh fikirkan?
157
00:08:15,253 --> 00:08:17,423
Sukar untuk tentukannya,
158
00:08:17,503 --> 00:08:19,593
tapi jika awak berusaha betul-betul,
semuanya tak mustahil.
159
00:08:20,713 --> 00:08:21,803
-Hei, sayang.
-Hei!
160
00:08:24,383 --> 00:08:25,893
Saya kenal wajah itu.
161
00:08:25,973 --> 00:08:27,803
Wajah "Saya tak okey, tak kira
betapa saya kata saya okey".
162
00:08:27,893 --> 00:08:29,473
Saya tak apa-apa.
163
00:08:29,563 --> 00:08:32,393
Cuma saya dan Lahela bertengkar lagi.
164
00:08:33,563 --> 00:08:35,733
Dia asyik jauhkan diri daripada saya.
165
00:08:35,813 --> 00:08:37,363
Awak fikir saya patut risau tentang dia?
166
00:08:37,443 --> 00:08:39,523
Jangan risau tentang dia.
167
00:08:39,613 --> 00:08:40,783
Atau tentang dua anak kita itu.
168
00:08:40,863 --> 00:08:44,073
Dapat gred C dan hanya makan
bagel piza.
169
00:08:45,163 --> 00:08:47,413
Hei, semua.
Bagaimana dengan sekolah hari ini?
170
00:08:47,493 --> 00:08:49,203
Baguslah! Saya dapat C dalam matematik,
171
00:08:49,283 --> 00:08:51,833
yang cikgu kata adalah
markah pertengahan.
172
00:08:52,663 --> 00:08:55,833
Saya makan bagel piza untuk sarapan
dan makan tengah hari.
173
00:08:55,923 --> 00:08:57,633
Nampak? Semua orang buat dengan baik.
174
00:08:57,713 --> 00:08:59,043
Ingat, kita akan meraikan
175
00:08:59,133 --> 00:09:00,343
-hari jadi Lahela malam ini.
-Betul.
176
00:09:00,423 --> 00:09:02,553
Saya belikan dia semburan badan kesturi.
177
00:09:02,633 --> 00:09:04,473
Saya rasa kita boleh berkongsi.
178
00:09:04,553 --> 00:09:07,093
Saya tak nak berlagak,
tapi saya dah hampir matang.
179
00:09:07,183 --> 00:09:10,933
Ada benda baru sedang berlaku.
Nak dengar lagi?
180
00:09:11,013 --> 00:09:12,023
-Tidak.
-Tidak.
181
00:09:12,103 --> 00:09:15,893
Potret yang awak buat di kelas seni
memang menceritakan kisah sebenar.
182
00:09:23,193 --> 00:09:24,783
Selamat pagi, Will.
183
00:09:24,863 --> 00:09:25,953
Hei, Doogie!
184
00:09:26,033 --> 00:09:28,913
Awak seorang saja
yang boleh panggil saya begitu.
185
00:09:29,493 --> 00:09:31,543
Saya suka apa yang awak dah buat
dengan tempat ini.
186
00:09:31,623 --> 00:09:37,043
Ya. Anak saya datang dan buat semua ini
untuk menaikkan semangat saya.
187
00:09:37,123 --> 00:09:38,753
-Hebat, bukan?
-Ya.
188
00:09:38,833 --> 00:09:40,173
Awak suka lagu ini?
189
00:09:41,293 --> 00:09:42,633
Saya rasa saya tak tahu yang ini.
190
00:09:42,713 --> 00:09:44,973
Tidak? Ia lagu klasik.
191
00:09:46,223 --> 00:09:50,103
Masa saya sebaya awak, saya curi-curi
keluar untuk tengok persembahan Creedence.
192
00:09:50,183 --> 00:09:52,143
Konsert pertama yang saya pernah pergi.
193
00:09:52,223 --> 00:09:54,433
Itu kali pertama saya
menari dengan seorang wanita.
194
00:09:55,643 --> 00:09:57,393
Itu juga kali pertama saya...
195
00:09:58,943 --> 00:10:00,403
Saya cuba beberapa perkara lain.
196
00:10:03,073 --> 00:10:05,493
Awak tak pernah lupakan
malam-malam pengalaman pertama.
197
00:10:06,073 --> 00:10:07,453
Saya nak malam begitu.
198
00:10:07,533 --> 00:10:09,163
Awak berguraukah?
199
00:10:09,243 --> 00:10:10,123
Awak masih muda.
200
00:10:10,203 --> 00:10:12,743
Awak akan alami malam-malam begitu
sepanjang hidup awak.
201
00:10:16,503 --> 00:10:18,083
Will, awak sangat popular,
202
00:10:18,173 --> 00:10:20,173
seluruh pasukan doktor ini
mahu berjumpa awak.
203
00:10:20,253 --> 00:10:21,173
Ini Dr. Lee.
204
00:10:21,253 --> 00:10:23,043
Dialah pakar bedah jantung
yang saya ceritakan itu.
205
00:10:23,133 --> 00:10:25,963
Will, saya dengar awak tak sihat.
206
00:10:26,053 --> 00:10:29,553
Tapi jangan risau,
kami akan buat awak rasa lebih baik.
207
00:10:29,633 --> 00:10:31,513
Kami mungkin akan berikan
awak hati yang baru.
208
00:10:35,393 --> 00:10:36,393
Apa pendapat awak?
209
00:10:38,483 --> 00:10:39,693
Saya risau.
210
00:10:41,193 --> 00:10:42,403
Memang ada risiko
211
00:10:42,483 --> 00:10:46,573
berdasarkan umur dan komplikasi awak,
212
00:10:46,653 --> 00:10:48,653
tapi Dr. Lee ialah seorang pakar
213
00:10:48,743 --> 00:10:49,703
dan dia akan rawat awak
214
00:10:49,783 --> 00:10:51,663
supaya orang yang benar-benar sakit
boleh duduk di sini.
215
00:10:51,743 --> 00:10:52,873
Betul tak, Dr. Lee?
216
00:10:52,953 --> 00:10:54,243
Sudah tentu.
217
00:10:54,333 --> 00:10:56,043
Pemindahan organ?
218
00:10:56,123 --> 00:10:57,703
Kita tak pernah bincangkan
tentang pemindahan organ.
219
00:10:57,793 --> 00:10:59,623
Saya tahu dia hidapi AS yang teruk
220
00:10:59,713 --> 00:11:02,043
dan sudah lama dia berada
dalam kegagalan tahap keempat.
221
00:11:02,133 --> 00:11:04,253
Tapi kita patut mula dengan TAVR
dan bertindak dari sana.
222
00:11:04,343 --> 00:11:05,673
Pemindahan organ terlalu berisiko.
223
00:11:05,753 --> 00:11:07,053
Tidak menurut semua makmal ini.
224
00:11:07,633 --> 00:11:10,593
Secara statistiknya, dia dapat peluang
lebih baik kalau kita gantikan injap,
225
00:11:10,683 --> 00:11:12,303
kemudian mungkin perentak jantung.
226
00:11:12,393 --> 00:11:15,313
Saya tahu saya boleh naikkan bacaan EF
melebihi 20 peratus dalam dua bulan.
227
00:11:15,393 --> 00:11:18,813
Cadangan saya adalah untuk buat
pemindahan organ itu, okey?
228
00:11:18,893 --> 00:11:20,483
Adakah keputusan saya
boleh diteruskan atau tidak?
229
00:11:22,483 --> 00:11:23,733
Ini keputusan yang sukar.
230
00:11:25,403 --> 00:11:28,903
Tapi Dr. Kamealoha, saya tak pasti
jika kita ada masa untuk menunggu.
231
00:11:28,993 --> 00:11:30,993
Jadi, ya, Dr. Lee.
Keputusan awak kekal.
232
00:11:31,573 --> 00:11:34,453
Dia pesakit saya dan saya tahu
apa yang dia perlukan.
233
00:11:35,953 --> 00:11:36,833
Lahela!
234
00:11:39,083 --> 00:11:40,663
Awak nak biarkan saja?
235
00:11:40,753 --> 00:11:42,423
Kalaulah saya ada ibu berkulit putih.
236
00:11:42,503 --> 00:11:44,383
Terima kasih, Dr. Lee.
237
00:12:00,563 --> 00:12:02,023
Berita baik.
238
00:12:02,103 --> 00:12:03,403
Ayah dah tangkap lauk makan malam.
239
00:12:03,483 --> 00:12:04,483
Sedapnya!
240
00:12:04,563 --> 00:12:06,363
Ayah akan masukkan ke dalam
mesin basuh untuk lembutkannya.
241
00:12:06,443 --> 00:12:07,483
-Okey.
-Ayah?
242
00:12:07,573 --> 00:12:08,483
Ya?
243
00:12:08,573 --> 00:12:11,443
Budak-budak di sekolah rasa pelik
sebab kita ada mesin basuh berasingan
244
00:12:11,533 --> 00:12:13,033
hanya untuk lembutkan sotong gurita.
245
00:12:13,113 --> 00:12:15,203
Ayah rasa pelik sebab mereka tak ada
mesin basuh sebegitu.
246
00:12:17,953 --> 00:12:20,663
Hei, semua.
Ini kemas kini Dr. Kamealoha.
247
00:12:20,753 --> 00:12:22,793
Hari ini hari jadi ke-16 saya,
248
00:12:22,873 --> 00:12:25,043
dan saya rasa saya
mungkin akan dapat penyakit.
249
00:12:25,133 --> 00:12:30,513
Simptom saya tapak tangan berpeluh,
rasa lapar dan sedikit palpitasi jantung.
250
00:12:31,093 --> 00:12:34,263
Ya, saya ada kes
ke majlis tarian dengan jejaka kacak.
251
00:12:35,013 --> 00:12:36,763
Selamat hari jadi!
252
00:12:36,853 --> 00:12:38,143
Aduhai, Steph.
253
00:12:39,143 --> 00:12:40,433
Saya suka hebohkan ketibaan saya.
254
00:12:40,523 --> 00:12:42,683
Awak patut tanya mak saya apa yang
berlaku semasa saya dilahirkan.
255
00:12:43,233 --> 00:12:44,693
Saya dah dapat lesen memandu.
256
00:12:44,773 --> 00:12:45,603
Ya!
257
00:12:45,693 --> 00:12:48,153
Malam esok di majlis tari-menari ialah
janji temu pertama saya dengan Walter.
258
00:12:48,233 --> 00:12:51,153
Hei, awak rasa ada peluangkah
abang awak, Kai
259
00:12:51,233 --> 00:12:52,243
akan pergi ke majlis itu dengan saya?
260
00:12:52,323 --> 00:12:55,573
Steph, kita dah bincang tentang ini.
Awak kawan baik adik perempuan dia.
261
00:12:55,663 --> 00:12:57,373
Dia kenal awak sejak kita kecil lagi.
262
00:12:57,453 --> 00:12:59,993
Saya rasa dia tak anggap awak
lebih daripada sekadar itu.
263
00:13:00,083 --> 00:13:00,993
Jadi, masih ada kemungkinan?
264
00:13:02,663 --> 00:13:05,333
Sekarang saya cuma perlukan mak saya
untuk lanjutkan perintah berkurung.
265
00:13:05,423 --> 00:13:07,293
Dia cakap tak ada perkara baik yang
berlaku selepas pukul 11 malam,
266
00:13:07,383 --> 00:13:09,383
dan saya tak sabar
untuk tahu apakah ia.
267
00:13:09,463 --> 00:13:11,553
Mak saya selalu cakap,
"Hati-hati dengan lokasi tatu awak
268
00:13:11,633 --> 00:13:13,723
sekiranya ia meregang
ketika awak mengandung."
269
00:13:16,053 --> 00:13:17,143
Ya.
270
00:13:17,223 --> 00:13:20,103
-Sotong itu sedap.
-Sedapnya.
271
00:13:20,183 --> 00:13:22,853
Terima kasih.
Ayah gunakan tahap basuhan tertinggi.
272
00:13:23,603 --> 00:13:25,193
Okey. Begini.
273
00:13:25,813 --> 00:13:28,983
Saya ada tarian
pada malam esok dengan Walter.
274
00:13:29,063 --> 00:13:32,943
Saya harap kita boleh lanjutkan
perintah berkurung saya buat kali ini.
275
00:13:33,033 --> 00:13:35,453
Mak rasa pukul 11 malam agak munasabah.
276
00:13:35,533 --> 00:13:39,833
Okey. Tapi semua orang pergi ke Zippy
selepas itu dan saya nak sertai mereka.
277
00:13:40,583 --> 00:13:42,333
Bukankah itu apa yang awak buat
di majlis tari-menari?
278
00:13:42,413 --> 00:13:44,413
Tak, acara sebenar berlaku
selepas majlis tari-menari itu.
279
00:13:44,503 --> 00:13:46,213
-Tolonglah.
-Sayang. Maafkan mak,
280
00:13:46,293 --> 00:13:47,963
tapi awak kena bekerja
keesokan harinya.
281
00:13:48,883 --> 00:13:50,253
Tolonglah?
282
00:13:51,043 --> 00:13:51,883
Hei, semua.
283
00:13:52,713 --> 00:13:54,093
Maaf. Adakah kamu akan makan malam
pada pukul 6:45 petang,
284
00:13:54,173 --> 00:13:55,593
pada waktu yang sama setiap malam?
285
00:13:55,673 --> 00:13:58,013
Saya tak mahu mengganggu.
286
00:13:58,723 --> 00:14:00,183
Steph, mari sini.
287
00:14:04,813 --> 00:14:06,103
Hei, Kai.
288
00:14:08,023 --> 00:14:09,273
Apa khabar?
289
00:14:10,523 --> 00:14:12,733
Awak pergi ke majlis tari-menari itu
pada hari Jumaat?
290
00:14:14,823 --> 00:14:16,573
-Saya nak pergi.
-Yakah?
291
00:14:16,653 --> 00:14:18,573
Ya, tapi hanya dengan
beberapa orang kawan.
292
00:14:18,663 --> 00:14:19,703
Nampak lebih seronok begitu.
293
00:14:22,243 --> 00:14:23,163
Betul.
294
00:14:23,243 --> 00:14:24,373
Saya harap saya boleh pergi
ke majlis tarian itu.
295
00:14:24,453 --> 00:14:26,713
Cari pelajar sekolah tinggi dan tanya dia.
296
00:14:27,623 --> 00:14:29,833
Stephanie Marie Denesco...
297
00:14:29,923 --> 00:14:31,423
Jangan haraplah, Paw Patrol.
298
00:14:31,503 --> 00:14:33,383
Ya. Simpan tenaga itu untuk bar monyet.
299
00:14:33,463 --> 00:14:36,263
Awak silap.
Saya tak boleh tampung berat saya sendiri.
300
00:14:36,343 --> 00:14:37,973
Jangan risau, nak. Kita akan usahakannya.
301
00:14:38,053 --> 00:14:40,093
Anak-anak, kamu nak bantu ayah?
302
00:14:40,183 --> 00:14:41,263
Ya.
303
00:14:42,013 --> 00:14:42,973
Pinggan.
304
00:14:45,683 --> 00:14:46,893
Terima kasih.
305
00:14:46,983 --> 00:14:47,983
Okey, mak.
306
00:14:48,063 --> 00:14:50,943
Tolonglah, untuk satu malam saja.
307
00:14:51,023 --> 00:14:52,313
Ini hadiah hari jadi.
308
00:14:52,403 --> 00:14:54,113
Biarkan saya keluar lama sedikit.
309
00:14:54,193 --> 00:14:58,033
Maafkan mak. Mak tahu awak
teruja tentang tarian itu, tapi tak boleh.
310
00:14:58,113 --> 00:15:01,493
-Saya akan...
-Selamat hari jadi
311
00:15:01,573 --> 00:15:06,833
-Selamat hari jadi, Lahela.
-Selamat hari jadi, Lahela.
312
00:15:06,913 --> 00:15:11,043
-Selamat hari jadi
-Selamat hari jadi
313
00:15:16,253 --> 00:15:17,343
Buat hajat.
314
00:15:17,423 --> 00:15:18,633
Apa gunanya?
315
00:15:18,723 --> 00:15:19,843
Clara dah cakap tak boleh.
316
00:15:19,933 --> 00:15:21,683
Hei, saya mak kamu.
317
00:15:21,763 --> 00:15:23,303
Jadi, sekarang awak mak saya.
318
00:15:23,393 --> 00:15:26,013
Sebentar tadi, mak bos saya.
319
00:15:26,103 --> 00:15:27,063
Yang mana satu?
320
00:15:27,143 --> 00:15:30,483
Sebab mak tak boleh kawal
seluruh hidup saya.
321
00:15:37,073 --> 00:15:38,653
AIS BATU CAMPUR DAN BUNGA BENNY
322
00:15:38,743 --> 00:15:40,573
-Hei, Benny. Apa khabar?
-Hei.
323
00:15:40,653 --> 00:15:42,613
Boleh beri saya minuman berais ceri?
324
00:15:42,703 --> 00:15:45,623
Saya lelaki tempatan.
Saya jual ais batu campur.
325
00:15:45,703 --> 00:15:46,623
Maaf, Benny.
326
00:15:46,703 --> 00:15:47,623
Dia tak tahu apa yang dia cakapkan.
327
00:15:47,703 --> 00:15:50,043
Pada waktu makan tengah hari,
dia pesan hidangan Pokemon.
328
00:15:50,123 --> 00:15:52,213
Dia juga fikir Aloha Spirit
adalah syarikat penerbangan.
329
00:15:52,293 --> 00:15:53,923
Dia juga tak tahu
bila untuk buat isyarat tangan.
330
00:15:54,003 --> 00:15:56,753
Seperti hari ini, dia berikan
sebuah keluarga harapan palsu.
331
00:15:56,843 --> 00:15:59,133
Okey. Jadi, saya perlu belajar.
332
00:15:59,803 --> 00:16:01,513
-Shaka.
-Aloha.
333
00:16:01,593 --> 00:16:03,093
Hei, Noelani! Apa khabar, Charles?
334
00:16:03,183 --> 00:16:04,553
Awak tahulah. Bak kata Oprah,
335
00:16:04,643 --> 00:16:07,563
"Pengembaraan terbesar dalam hidup ini
adalah untuk mengejar impian kita..."
336
00:16:07,643 --> 00:16:09,523
Nampaknya kita dah selesai. Seronoknya.
337
00:16:10,563 --> 00:16:13,813
Hei. Saya tahu awak masih
risau tentang Lahela.
338
00:16:13,903 --> 00:16:15,943
Jadi, saya bawakan awak sesuatu
untuk menceriakan awak.
339
00:16:16,023 --> 00:16:18,403
Sayang, baiknya awak!
340
00:16:19,573 --> 00:16:22,533
Mustahil untuk bekerja
dengan Lahela dan jadi ibunya.
341
00:16:23,613 --> 00:16:26,783
Saya risau, dia tak tahan dengan saya.
342
00:16:26,873 --> 00:16:28,453
Apa maksud awak?
Awak berdua baru saja buat video TikTok.
343
00:16:34,623 --> 00:16:36,213
Itu cerita lama.
344
00:16:36,293 --> 00:16:38,383
Dia bagi saya watak bola keranjang.
345
00:16:39,633 --> 00:16:42,723
Saya cuma nak tahu yang dia okey.
Tapi dia asingkan dirinya.
346
00:16:43,303 --> 00:16:45,143
Tidak. Saya rasa dia cuma
perlukan sedikit kebebasan.
347
00:16:45,223 --> 00:16:47,723
Ruang untuk buat kesilapan,
macam semua remaja.
348
00:16:48,393 --> 00:16:50,103
Tapi itu yang menyukarkan keadaan.
349
00:16:50,183 --> 00:16:53,063
Dia bukan saja seorang remaja,
dia seorang doktor.
350
00:16:53,143 --> 00:16:55,563
Melakukan kesilapan di sekolah tinggi
mungkin tak begitu serius.
351
00:16:55,653 --> 00:16:57,733
Di hospital,
ia melibatkan nyawa seseorang.
352
00:16:58,613 --> 00:17:00,733
Saya cuma nak lindungi dia.
353
00:17:01,403 --> 00:17:02,403
Awak tahu apa yang saya rasa
awak perlukan?
354
00:17:03,493 --> 00:17:04,573
Pergi berenang.
355
00:17:04,653 --> 00:17:07,373
Saya wanita Irish penganut Katolik
dari Philadelphia, okey?
356
00:17:07,453 --> 00:17:09,203
Bukan begitu cara kami.
357
00:17:09,283 --> 00:17:12,913
Rasa bersalah, minum alkohol,
tumbuk seorang peminat Giants.
358
00:17:13,003 --> 00:17:14,373
Begitulah cara kami.
359
00:17:14,463 --> 00:17:16,673
Awak dan Lahela menjaga
semua orang di hospital.
360
00:17:16,753 --> 00:17:19,043
Tapi ini kerja saya
untuk jaga awak berdua.
361
00:17:21,093 --> 00:17:22,553
Saya rasa
awak memang patut pergi berenang.
362
00:17:23,053 --> 00:17:24,803
Biarkan matahari menyinari muka awak.
363
00:17:24,883 --> 00:17:26,223
Rasa air garam pada kulit awak.
364
00:17:26,303 --> 00:17:27,643
Saya sedang bekerja.
365
00:17:29,263 --> 00:17:30,473
Tunggu, awak nak ke mana?
366
00:17:31,353 --> 00:17:33,813
Laut. Saya terpengaruh dengan
kata-kata saya sendiri.
367
00:17:33,893 --> 00:17:35,143
Lagipun, dekat saja.
368
00:17:35,853 --> 00:17:37,403
Kenapa kita duduk saja?
369
00:17:37,483 --> 00:17:39,193
Marilah.
370
00:17:39,273 --> 00:17:40,233
Berseronoklah.
371
00:17:40,323 --> 00:17:41,363
Saya sayang awak!
372
00:17:46,613 --> 00:17:48,453
Hei, Will. Apa khabar?
373
00:17:48,533 --> 00:17:49,783
Hei, Doogie!
374
00:17:49,873 --> 00:17:51,373
Masuklah, duduklah.
375
00:17:57,833 --> 00:17:58,963
Kenapa?
376
00:17:59,923 --> 00:18:01,133
Tak ada apa-apa.
377
00:18:01,213 --> 00:18:03,513
Cakaplah dengan saya.
Awak boleh beritahu saya.
378
00:18:06,843 --> 00:18:12,263
Saya rasa bersedia untuk semuanya.
379
00:18:12,933 --> 00:18:15,483
Tapi saya ada tarian pertama saya
malam ini.
380
00:18:15,563 --> 00:18:19,063
Saya juga tak dibenarkan
untuk melepak selepas itu.
381
00:18:21,573 --> 00:18:23,403
Saya cuma nak rasa bebas.
382
00:18:26,613 --> 00:18:27,823
Saya ada sesuatu untuk itu.
383
00:18:27,903 --> 00:18:29,663
-Nah. Ambil ini.
-Tidak.
384
00:18:29,743 --> 00:18:31,283
-Tak boleh. Saya...
-Marilah. Ambil saja.
385
00:18:31,373 --> 00:18:34,453
Menantu sampah saya hadiahkan
kepada saya untuk Hari Krismas.
386
00:18:34,543 --> 00:18:35,663
Ini CD.
387
00:18:35,753 --> 00:18:37,123
Awak tahu apa itu CD?
388
00:18:37,213 --> 00:18:38,753
Ya.
389
00:18:38,833 --> 00:18:41,633
Saya rasa saya masih ada
radio lama Doc McStuffins.
390
00:18:41,713 --> 00:18:44,423
Awak pasang saja CD itu
bila awak rasa sedih.
391
00:18:44,503 --> 00:18:45,673
Percayalah, ia akan membantu.
392
00:18:45,763 --> 00:18:46,843
Terima kasih.
393
00:18:48,383 --> 00:18:51,183
Jadi, awak dah bersedia
untuk jantung baru awak?
394
00:18:52,513 --> 00:18:54,223
Bila saya boleh dapatkannya?
395
00:18:54,313 --> 00:18:57,063
Jadual pemindahan organ
sangat sukar untuk dijangka.
396
00:18:57,143 --> 00:19:00,403
Mungkin hari ini, esok, minggu depan.
397
00:19:00,483 --> 00:19:02,113
Bergantung bila mereka dapatnya.
398
00:19:04,733 --> 00:19:06,153
Hei, tak apa.
399
00:19:07,403 --> 00:19:09,153
Adakah awak akan berada di sana
bila saya terima jantung itu?
400
00:19:10,163 --> 00:19:11,573
Ya, sudah tentu.
401
00:19:11,663 --> 00:19:12,663
Mereka akan hubungi saya.
402
00:19:12,743 --> 00:19:15,123
Tak kira apa, tak kira bila,
saya akan ke sana.
403
00:19:15,793 --> 00:19:17,623
-Janji?
-Saya janji.
404
00:19:18,623 --> 00:19:19,963
Okey.
405
00:19:20,043 --> 00:19:22,833
Ayuh, keluar dari sini.
Awak ada majlis tari-menari.
406
00:19:22,923 --> 00:19:25,753
Ada putera bertuah yang menanti.
407
00:19:49,573 --> 00:19:52,283
Walter, awak nampak segak.
408
00:19:52,363 --> 00:19:53,573
Terima kasih, Dr. Hannon.
409
00:19:55,873 --> 00:19:57,993
En. Kamealoha, ini untuk awak.
410
00:19:58,703 --> 00:20:00,163
Lahela kata ia kesukaan awak.
411
00:20:04,423 --> 00:20:08,173
Nampaknya, tarikh luputnya
takkan berakhir.
412
00:20:09,673 --> 00:20:11,723
Beri saya sedikit masa
untuk buat musubi spam saya.
413
00:20:11,803 --> 00:20:13,473
Baiknya awak, Walter.
414
00:20:13,553 --> 00:20:16,683
Bila Benny jumpa ayah saya,
dia berikan scrapple.
415
00:20:18,103 --> 00:20:20,063
Itu Spam dari Pennsylvania.
416
00:20:20,143 --> 00:20:21,313
Okey.
417
00:20:21,393 --> 00:20:23,063
Biar saya pergi panggil Lahela.
418
00:20:23,153 --> 00:20:24,273
Okey.
419
00:20:29,483 --> 00:20:30,323
Hei.
420
00:20:31,863 --> 00:20:32,953
Hai.
421
00:20:38,413 --> 00:20:39,583
Awak nampak...
422
00:20:41,253 --> 00:20:42,503
Awak nampak cantik.
423
00:20:43,793 --> 00:20:45,923
Terima kasih, awak pun sama.
424
00:20:46,003 --> 00:20:47,383
Terima kasih.
425
00:20:55,473 --> 00:20:56,343
Ini dia.
426
00:21:06,273 --> 00:21:08,363
Saya tangkap sotong
menggunakan tangan saja.
427
00:21:09,023 --> 00:21:11,493
Bayangkan apa yang saya boleh buat
kepada seseorang dengan tangan saya.
428
00:21:12,153 --> 00:21:14,283
Cantiknya!
429
00:21:14,363 --> 00:21:16,203
-Siapa itu?
-Saya rasa saya tahu.
430
00:21:16,283 --> 00:21:18,913
Aloha! Kami mak cik Walter.
431
00:21:18,993 --> 00:21:20,373
Mak dia kena bekerja malam ini,
432
00:21:20,453 --> 00:21:23,213
tapi kami dah janji
untuk ambil banyak gambar!
433
00:21:23,293 --> 00:21:25,173
Masuklah.
434
00:21:31,343 --> 00:21:32,343
Aloha!
435
00:21:32,423 --> 00:21:34,093
-Aloha!
-Aloha!
436
00:21:34,173 --> 00:21:37,143
Kita perlukan lebih banyak Spam.
437
00:21:37,223 --> 00:21:39,013
Senyum.
438
00:21:41,523 --> 00:21:44,023
Ini akan berhenti jua akhirnya, bukan?
439
00:21:45,103 --> 00:21:46,393
Entahlah.
440
00:21:46,483 --> 00:21:48,563
Mereka baru suruh Pak Cik Shack
pergi ke Costco.
441
00:21:48,653 --> 00:21:50,113
Kamu berdua, berseronoklah.
442
00:21:50,193 --> 00:21:52,613
Sudah tentu...
Sampai pukul 11 malam.
443
00:21:54,903 --> 00:21:56,243
-Selamat tinggal, semua.
-Tidak! Tunggu.
444
00:21:56,323 --> 00:21:59,243
Mak nak gambar awak juga
sebelum awak pergi ke majlis tari-menari.
445
00:21:59,323 --> 00:22:01,033
Okey. Saya saja?
446
00:22:01,123 --> 00:22:02,543
-Ya. Di sana.
-Maafkan saya.
447
00:22:03,123 --> 00:22:04,123
Maaf.
448
00:22:06,713 --> 00:22:07,583
Hei, semua.
449
00:22:07,673 --> 00:22:09,583
Awak ambil gambar sebelum tarian?
450
00:22:09,673 --> 00:22:11,753
Tak sangka saya terjumpa awak,
pada saat ini,
451
00:22:11,843 --> 00:22:15,133
dengan kamera Nikon D500 saya
dan kad memori yang kosong.
452
00:22:15,223 --> 00:22:16,513
Kebetulan pula!
453
00:22:16,593 --> 00:22:18,263
Steph, pergi sana!
454
00:22:18,343 --> 00:22:19,223
Ambillah gambar sepuas hati.
455
00:22:19,303 --> 00:22:20,223
Baiklah.
456
00:22:23,273 --> 00:22:24,273
Hei, Kai!
457
00:22:24,353 --> 00:22:25,813
Saya asyik terfikir tentang
jejak karbon saya,
458
00:22:25,893 --> 00:22:27,523
dan cara untuk selamatkan planet
459
00:22:27,603 --> 00:22:29,693
dan sesuatu yang kita boleh buat
ialah pergi ke majlis itu bersama
460
00:22:29,773 --> 00:22:32,573
sebab awak tahulah...
demi alam sekitar.
461
00:22:37,033 --> 00:22:38,033
Baiklah!
462
00:22:41,033 --> 00:22:42,453
Ia sedang berlaku!
463
00:22:42,533 --> 00:22:45,123
Saya perlu minta maaf terlebih dulu
sebab akan menari dengan abang awak.
464
00:22:49,883 --> 00:22:52,463
Nampaknya, kisah cinta tiga penjuru kita
semakin menarik.
465
00:23:05,103 --> 00:23:06,643
Saya cuma nak ambil minuman.
466
00:23:14,903 --> 00:23:15,983
Gerakannya terletak pada bahu.
467
00:23:16,073 --> 00:23:17,613
Semuanya terletak pada bahu?
468
00:23:27,413 --> 00:23:29,373
Saya rasa kita patut...
469
00:23:37,263 --> 00:23:38,973
Terima kasih kerana
datang bersama saya malam ini.
470
00:23:39,633 --> 00:23:41,263
Sudah tentu.
471
00:23:41,343 --> 00:23:42,513
Saya rasa seronok.
472
00:23:45,433 --> 00:23:50,643
Ini kali pertama saya menari dengan...
pasangan janji temu.
473
00:23:51,233 --> 00:23:52,403
Saya juga.
474
00:23:52,983 --> 00:23:54,023
Yakah?
475
00:23:54,113 --> 00:23:55,443
Ya.
476
00:23:57,233 --> 00:23:58,783
Ini malam pengalaman pertama.
477
00:24:09,203 --> 00:24:10,293
Maafkan saya.
478
00:24:13,123 --> 00:24:15,883
Hospital yang telefon.
Saya perlu ke sana.
479
00:24:16,883 --> 00:24:18,133
Okey.
480
00:24:18,213 --> 00:24:19,133
Sekarang?
481
00:24:19,713 --> 00:24:20,763
Maaf.
482
00:24:34,483 --> 00:24:35,813
Tidak.
483
00:24:41,703 --> 00:24:42,743
Apa yang berlaku?
484
00:24:45,993 --> 00:24:50,503
Dia sedang tidur di katilnya apabila
tiba-tiba dia alami serangan jantung.
485
00:24:51,873 --> 00:24:54,333
Lebih sejam kami cuba pulihkan dia,
tapi...
486
00:24:55,293 --> 00:24:56,293
dia cuma...
487
00:24:56,883 --> 00:24:58,253
terlalu lemah.
488
00:25:11,313 --> 00:25:12,643
Hei.
489
00:25:18,063 --> 00:25:19,073
Saya minta maaf...
490
00:25:20,483 --> 00:25:22,073
Dr. Kamealoha.
491
00:25:39,253 --> 00:25:40,593
Lahela!
492
00:25:41,883 --> 00:25:43,423
Mak datang sebaik saja mak dapat tahu.
493
00:25:46,933 --> 00:25:48,353
Maaf.
494
00:25:49,143 --> 00:25:50,763
Sayang, mak minta maaf.
495
00:25:52,143 --> 00:25:53,313
Mak minta maaf.
496
00:25:54,893 --> 00:25:56,353
Tak apa.
497
00:25:58,313 --> 00:25:59,653
Tak apa.
498
00:26:12,833 --> 00:26:14,663
Betul cakap mak.
499
00:26:14,753 --> 00:26:16,163
Dia sangat lemah.
500
00:26:16,253 --> 00:26:18,883
Tapi betul juga kata Dr. Lee.
501
00:26:19,503 --> 00:26:21,963
Peluang terbaik dia ialah
jantung yang baru.
502
00:26:22,053 --> 00:26:25,553
Malangnya, masa dia telah tiba
sebelum kita dapatkan jantung itu.
503
00:26:27,013 --> 00:26:28,223
Segigih mana kita cuba,
504
00:26:28,303 --> 00:26:32,433
kadang-kadang ia tak menjadi
seperti yang kita mahukan.
505
00:26:33,063 --> 00:26:34,983
Saya ingat saya boleh
pulihkan kesihatan dia.
506
00:26:39,313 --> 00:26:40,523
Saya nak tolong dia.
507
00:26:40,613 --> 00:26:42,193
Kamu dah tolong dia.
508
00:26:44,903 --> 00:26:48,533
Mak nampak betapa cerianya dia
setiap kali kamu masuk ke sini.
509
00:26:49,703 --> 00:26:51,163
Kami adalah kawan.
510
00:26:51,783 --> 00:26:53,623
Tidak.
511
00:26:53,703 --> 00:26:55,203
Kamu doktor dia.
512
00:26:56,163 --> 00:26:57,833
Orang yang dia percaya.
513
00:26:57,913 --> 00:27:00,963
Orang yang dia tahu sedang menjaga dia.
514
00:27:03,713 --> 00:27:05,593
Macamlah saya banyak membantu.
515
00:27:06,553 --> 00:27:07,553
Pandang mak.
516
00:27:13,723 --> 00:27:16,433
Kamu seorang doktor yang luar biasa.
517
00:27:17,983 --> 00:27:20,153
Awak cakap begitu sebab awak mak saya.
518
00:27:20,233 --> 00:27:23,153
Tak, mak cakap begitu sebab ia benar.
519
00:27:23,233 --> 00:27:26,403
Mak tahu itu benar sebab mak bos kamu.
520
00:27:29,703 --> 00:27:34,083
Pesakit pertama mak yang mati
ialah lelaki berusia 52 tahun.
521
00:27:34,163 --> 00:27:35,293
Serangan jantung.
522
00:27:35,873 --> 00:27:39,003
Sejam sebelum dia masuk
ke wad kecemasan,
523
00:27:39,083 --> 00:27:41,923
dia di rumah memasak makan malam
dengan isterinya.
524
00:27:43,793 --> 00:27:46,843
Mak tak boleh terima yang
ia boleh berlaku dengan cepat.
525
00:27:46,923 --> 00:27:50,763
Jadi, mak terus berikan dia CPR.
526
00:27:50,843 --> 00:27:54,763
Mak fikir kalau mak berusaha keras,
mak boleh buat dia sedar semula.
527
00:27:55,893 --> 00:28:01,273
Akhirnya, selepas sejam,
mereka perlu hentikan usaha mak.
528
00:28:03,273 --> 00:28:06,443
Mak tak risau yang bekalan oksigen
ke otaknya dah lama terputus?
529
00:28:07,283 --> 00:28:08,363
Sudah tentu.
530
00:28:09,033 --> 00:28:14,323
Tapi mak tak sanggup lepaskan dia.
531
00:28:16,283 --> 00:28:17,873
Mak takkan lupakannya. Mak...
532
00:28:19,123 --> 00:28:20,913
Mak keluar dari bilik kecemasan
533
00:28:21,003 --> 00:28:26,713
dan mak nampak seseorang
beli pretzel di mesin layan diri.
534
00:28:26,803 --> 00:28:31,343
Mak rasa nak menjerit.
535
00:28:31,423 --> 00:28:37,063
Kenapa ada orang
boleh makan pretzel sekarang?
536
00:28:41,563 --> 00:28:42,813
Maafkan mak.
537
00:28:46,023 --> 00:28:49,693
Sayangnya mak awak bukan doktor
dan dia tak dapat bersama mak.
538
00:28:58,163 --> 00:29:00,203
Itu saja yang mak mahukan.
539
00:29:00,293 --> 00:29:02,713
Untuk bersama kamu.
Tahu yang kamu okey.
540
00:29:03,923 --> 00:29:06,883
Kamu boleh beritahu mak apa saja.
541
00:29:07,463 --> 00:29:08,713
Terima kasih, mak.
542
00:29:12,013 --> 00:29:12,923
Mak?
543
00:29:14,303 --> 00:29:15,513
Ada apa, sayang?
544
00:29:16,853 --> 00:29:18,723
Boleh saya bersendirian sebentar?
545
00:29:21,313 --> 00:29:22,313
Ya.
546
00:29:45,963 --> 00:29:46,923
Apabila itu berlaku...
547
00:29:47,003 --> 00:29:48,753
saya akan seret ke kanan setiap...
548
00:30:20,453 --> 00:30:22,493
Saya cuma nak tahu yang dia okey.
549
00:30:25,543 --> 00:30:27,213
Saya nak tahu sama ada awak okey.
550
00:30:31,093 --> 00:30:33,673
Bila saya tengok gambar
kawan sekolah awak menyodok salji,
551
00:30:33,763 --> 00:30:35,473
saya rasa lega tentang pilihan awak.
552
00:30:37,473 --> 00:30:39,013
Saya ada idea yang lebih baik.
553
00:30:41,263 --> 00:30:42,603
Mari kita masuk ke dalam laut.
554
00:30:44,853 --> 00:30:46,313
Macam itulah.
555
00:30:50,063 --> 00:30:51,153
Lahela!
556
00:30:52,113 --> 00:30:53,783
Walter. Hei!
557
00:30:53,863 --> 00:30:54,823
Apa khabar?
558
00:30:56,073 --> 00:30:57,243
Apa yang berlaku di Zippy?
559
00:30:57,323 --> 00:31:00,573
Ada 12 orang di satu meja
dan kami hanya pesan dua kopi,
560
00:31:00,663 --> 00:31:02,333
jadi saya rasa kasihan
pada pelayan itu.
561
00:31:03,293 --> 00:31:06,083
Tapi kami nampak dua orang cikgu kita
di sana, jadi kami balik.
562
00:31:08,003 --> 00:31:10,253
Saya minta maaf saya terpaksa
tinggalkan majlis itu.
563
00:31:11,543 --> 00:31:14,673
Jangan risau. Saya tahu awak
terpaksa pergi dan selamatkan nyawa...
564
00:31:14,753 --> 00:31:15,593
Macam mana?
565
00:31:25,563 --> 00:31:26,773
Lahela, ada apa?
566
00:31:29,233 --> 00:31:30,153
Awak boleh bercakap dengan saya.
567
00:32:03,143 --> 00:32:04,303
Dia okey.
568
00:32:21,073 --> 00:32:22,283
CREEDENCE CLEARWATER REVIVAL
569
00:32:30,213 --> 00:32:32,503
NAMA PENGGUNA
DOCTORKAMEALOHAMD
570
00:32:37,253 --> 00:32:39,883
NAMA PENGGUNA
DOOGIEKAMEALOHAMD
571
00:32:44,763 --> 00:32:48,183
Seorang kawan baik pernah beritahu saya,
awak takkan lupa pengalaman pertama.
572
00:32:49,893 --> 00:32:53,353
Kali pertama awak mencium seseorang
dan rasakan getarannya.
573
00:32:56,273 --> 00:32:59,323
Kali pertama awak kehilangan
orang yang awak sayangi.
574
00:33:01,653 --> 00:33:04,573
Kali pertama awak lihat kawan baik awak
menari dengan abang awak.
575
00:33:04,663 --> 00:33:07,533
Memang takkan lupakan yang itu,
tak kira betapa saya mahukannya.
576
00:33:10,003 --> 00:33:11,333
Tapi itu betul.
577
00:33:12,833 --> 00:33:14,923
Saya takkan lupakan
pengalaman-pengalaman pertama ini.
578
00:33:19,003 --> 00:33:20,843
STEVEN BOCHCO
DALAM KENANGAN
579
00:33:59,633 --> 00:34:01,633
Sari kata oleh Ally Gee