1 00:00:03,645 --> 00:00:05,063 SCRANTON MENGALU-ALUKAN ANDA 2 00:00:19,277 --> 00:00:20,694 PENYAMBUT TETAMU 3 00:00:36,199 --> 00:00:37,366 Michael. 4 00:00:37,450 --> 00:00:39,033 Ya Tuhan! Dwight, tolonglah! 5 00:00:39,117 --> 00:00:40,743 Saya nak cakap dengan awak tentang pengecilan... 6 00:00:40,826 --> 00:00:41,951 - Tiada pengecilan yang bakal berlaku. - Baiklah. 7 00:00:42,034 --> 00:00:43,286 Tapi jika berlaku, jawatan saya akan dilindungi 8 00:00:43,369 --> 00:00:44,703 sebagai Pembantu Pengurus Wilayah? 9 00:00:44,786 --> 00:00:45,953 Pembantu kepada Pengurus Wilayah, Dwight. 10 00:00:46,036 --> 00:00:47,787 Ya, jadi saya tak perlu risau, bukan? 11 00:00:47,871 --> 00:00:49,288 Dengar sini. 12 00:00:49,371 --> 00:00:50,496 Saya dah berbincang dengan pejabat korporat 13 00:00:50,580 --> 00:00:51,788 tentang melindungi pekerja bahagian jualan, 14 00:00:51,872 --> 00:00:53,289 dan mereka kata mereka tak boleh beri jaminan 15 00:00:53,372 --> 00:00:54,540 jika ada pengecilan, okey? 16 00:00:54,622 --> 00:00:56,790 Namun, tiada pengecilan yang akan berlaku, jadi jangan... 17 00:00:56,874 --> 00:00:59,125 Pendek kata, adakah saya perlu rasa risau? 18 00:00:59,208 --> 00:01:00,625 Mungkin. 19 00:01:02,168 --> 00:01:04,209 Nampaknya akan ada pengecilan. 20 00:01:04,293 --> 00:01:05,960 Itu akan menjadi sebahagian daripada tugas saya, tapi 21 00:01:07,170 --> 00:01:08,754 saya bencikannya. 22 00:01:08,920 --> 00:01:11,463 Saya rasa perbezaan utama antara saya dan Donald Trump 23 00:01:11,838 --> 00:01:15,131 adalah saya tak suka menyebut, 24 00:01:15,214 --> 00:01:16,506 "Awak dipecat." 25 00:01:16,673 --> 00:01:17,923 "Awak dipecat." 26 00:01:18,007 --> 00:01:19,674 "Awak dipecat." 27 00:01:20,132 --> 00:01:21,425 Dia buat orang rasa sedih, 28 00:01:21,508 --> 00:01:23,508 dan sebuah pejabat tak boleh berfungsi seperti itu. 29 00:01:23,800 --> 00:01:25,509 Tak mungkin. "Awak dipecat." 30 00:01:25,801 --> 00:01:27,135 Saya rasa kalau saya ada ungkapan penarik, 31 00:01:27,218 --> 00:01:29,052 ayat itu mungkin berbunyi, "Awak diambil bekerja. 32 00:01:29,136 --> 00:01:31,386 Dan awak boleh bekerja selama mana yang awak mahu." 33 00:01:31,470 --> 00:01:33,179 Namun perkara itu tak realistik, jadi... 34 00:01:37,431 --> 00:01:38,639 Sayang sekali. 35 00:01:38,765 --> 00:01:40,474 Sebab kajian menunjukkan bahawa lebih banyak maklumat 36 00:01:40,557 --> 00:01:42,099 dapat disebarkan melalui gosip di tempat minum air 37 00:01:42,183 --> 00:01:43,725 berbanding melalui memo rasmi. 38 00:01:44,266 --> 00:01:46,392 Ia merugikan saya sebab 39 00:01:47,476 --> 00:01:49,727 saya bawa air saya sendiri. 40 00:01:50,435 --> 00:01:51,561 Kenapa awak buat begini? 41 00:01:51,644 --> 00:01:52,853 Bukan saya yang buat. 42 00:01:52,936 --> 00:01:54,145 Apa maksud awak? 43 00:01:54,479 --> 00:01:56,396 Pendingin air itu dibawa ke sini 44 00:01:56,480 --> 00:01:59,063 untuk penyenggaraan. 45 00:01:59,314 --> 00:02:00,689 Apa cerita yang kamu dengar? 46 00:02:01,814 --> 00:02:03,024 Apa desas-desusnya? 47 00:02:05,941 --> 00:02:09,234 Bersedialah untuk Operasi Peningkatan Semangat 48 00:02:09,318 --> 00:02:11,276 dibintangi oleh Michael Scott. 49 00:02:11,359 --> 00:02:13,527 Saya rasa saya dapat idea yang genius, 50 00:02:13,611 --> 00:02:16,153 jadi saya minta pembantu saya Pam... 51 00:02:16,236 --> 00:02:17,404 Senyum, Pam. 52 00:02:17,488 --> 00:02:19,738 Saya minta Pam ketahui hari jadi siapa 53 00:02:19,821 --> 00:02:20,988 yang akan tiba. 54 00:02:21,071 --> 00:02:23,239 Jadi, kami boleh buat sedikit keraian untuk mereka. 55 00:02:23,323 --> 00:02:25,407 Boleh tahan juga. Baiklah. 56 00:02:25,532 --> 00:02:27,199 Orang yang menyambut hari jadi itu ialah... 57 00:02:27,365 --> 00:02:29,450 Titiran dram 58 00:02:29,617 --> 00:02:30,950 Ini dia orangnya. 59 00:02:31,034 --> 00:02:34,911 Hari jadi siapa? 60 00:02:36,328 --> 00:02:38,245 Siapa orangnya? Hari jadi siapa? 61 00:02:38,328 --> 00:02:39,496 Sebenarnya, 62 00:02:39,579 --> 00:02:42,163 tiada pekerja yang sambut hari jadi dalam masa terdekat. 63 00:02:42,246 --> 00:02:44,705 Orang seterusnya dalam kalendar. 64 00:02:44,789 --> 00:02:47,248 Okey, hari jadi Meredith. 65 00:02:47,332 --> 00:02:49,374 Ya! Baiklah. Mari raikan Meredith! 66 00:02:49,458 --> 00:02:51,166 Tapi hari jadinya bulan depan. 67 00:02:53,042 --> 00:02:55,460 Okey. Bagus. 68 00:02:55,543 --> 00:02:57,502 Kita akan buat kejutan. 69 00:02:58,544 --> 00:02:59,795 Awak masih nak adakan parti? 70 00:02:59,878 --> 00:03:02,254 Ya. Mengapa tidak? Mari kita lakukan. 71 00:03:02,337 --> 00:03:04,379 Mari kita ceria sedikit. Ayuh, Pam. 72 00:03:04,463 --> 00:03:06,631 Ayuhlah. Cerialah sedikit. 73 00:03:07,088 --> 00:03:08,215 Cerialah! 74 00:03:11,508 --> 00:03:14,175 Spock, ada sebarang tanda kehidupan di sana? 75 00:03:14,258 --> 00:03:15,592 Biar saya periksa, kapten. 76 00:03:20,511 --> 00:03:23,345 Tiada kapten, tiada petanda kehidupan di sini. 77 00:03:23,428 --> 00:03:26,096 Hanya seorang pelemah semangat yang bernama Pam. 78 00:03:30,515 --> 00:03:31,640 Star Trek. 79 00:03:33,098 --> 00:03:35,600 Baiklah, untuk hiasan mungkin boleh... 80 00:03:36,558 --> 00:03:37,809 Idea saya merepek. Lupakan saja. 81 00:03:38,017 --> 00:03:39,017 Apa? 82 00:03:39,100 --> 00:03:40,310 Saya cuma nak kata 83 00:03:40,393 --> 00:03:41,727 mungkin kita boleh pasang panji-panji, 84 00:03:41,811 --> 00:03:44,353 tapi idea itu mengarut, semua orang ada panji-panji. 85 00:03:44,436 --> 00:03:45,436 Tak apalah. 86 00:03:45,520 --> 00:03:47,229 Taklah. Saya rasa idea itu bagus. 87 00:03:47,312 --> 00:03:49,021 Kamu rasa warna apa yang sesuai? 88 00:03:50,147 --> 00:03:51,939 Ada warna hijau, 89 00:03:53,106 --> 00:03:54,398 biru 90 00:03:54,941 --> 00:03:57,733 kuning, merah. 91 00:03:57,900 --> 00:03:59,025 Apa kata kita pilih hijau? 92 00:03:59,192 --> 00:04:01,193 Saya rasa warna hijau nampak sangat kejalangannya. 93 00:04:01,526 --> 00:04:02,735 Ini sangat sukar. 94 00:04:02,819 --> 00:04:05,236 Saya cadangkan kami lambung duit syiling, 95 00:04:05,319 --> 00:04:07,903 tapi Angela kata dia tak suka bertaruh. 96 00:04:08,487 --> 00:04:09,654 Semestinya, dengan kata begitu, 97 00:04:09,737 --> 00:04:12,239 dia sedang bertaruh agar saya tak pukul mukanya. 98 00:04:13,239 --> 00:04:16,073 Bagaimana keadaan gadis-gadis perancang parti saya? 99 00:04:16,156 --> 00:04:17,990 Parti tema 1980-an pada tahun lepas sangat berjaya. 100 00:04:18,074 --> 00:04:19,157 Sungguh meriah! 101 00:04:19,241 --> 00:04:20,242 PARTI TEMA 1980-AN BERJAYA 102 00:04:20,325 --> 00:04:22,158 Saya terfikir, jika kamu belum 103 00:04:22,242 --> 00:04:23,951 dapatkan kek, mungkin kamu boleh beli 104 00:04:24,034 --> 00:04:26,369 kek aiskrim dari Baskin Robbins. 105 00:04:26,452 --> 00:04:27,994 Kek mereka sangat bagus dan sedap. 106 00:04:28,119 --> 00:04:30,662 Meredith alah pada tenusu, jadi... 107 00:04:30,745 --> 00:04:31,995 Bukan dia seorang saja 108 00:04:32,079 --> 00:04:33,538 yang akan makan kek itu, bukan? 109 00:04:33,621 --> 00:04:35,413 Saya rasa semua orang suka kek aiskrim. 110 00:04:35,664 --> 00:04:38,748 Parti ini bukan tentang dia seorang saja, jadi... 111 00:04:38,832 --> 00:04:41,415 - Parti untuk hari jadinya... - Cip coklat pudina! 112 00:04:41,499 --> 00:04:42,625 Tentu sedap. 113 00:04:42,708 --> 00:04:44,458 Apa kata beli aiskrim cip coklat pudina? 114 00:04:46,084 --> 00:04:47,252 Hei. 115 00:04:47,585 --> 00:04:50,586 Dengar sini, saya terfikir mungkin bagus juga 116 00:04:50,670 --> 00:04:53,420 jika awak dan saya berpakat. 117 00:04:55,421 --> 00:04:57,089 Disebabkan oleh pengecilan, 118 00:04:57,172 --> 00:04:58,964 saya rasa pakatan adalah idea yang bagus. 119 00:04:59,047 --> 00:05:01,382 Kita boleh saling membantu. 120 00:05:03,341 --> 00:05:07,217 Awak nak buat pakatan dengan saya? 121 00:05:09,969 --> 00:05:11,177 Sudah tentu. 122 00:05:11,261 --> 00:05:12,719 Bagus. 123 00:05:12,803 --> 00:05:14,136 Sekarang, kita perlu selidik 124 00:05:14,220 --> 00:05:16,012 siapa yang mudah terpengaruh dan siapa yang dilindungi 125 00:05:16,179 --> 00:05:17,304 - Mungkin ada... - Pada ketika itu, 126 00:05:17,471 --> 00:05:18,888 saya rasa sangat gembira. 127 00:05:18,972 --> 00:05:21,597 Apa saja yang Dwight buat menjengkelkan saya. 128 00:05:21,681 --> 00:05:23,056 Awak dah dapat tiket? 129 00:05:23,807 --> 00:05:24,849 Tiket apa? 130 00:05:24,932 --> 00:05:26,808 Pertunjukan otot saya. 131 00:05:33,185 --> 00:05:35,270 Saya menghabiskan masa berjam-jam 132 00:05:35,353 --> 00:05:37,270 memikirkan cara untuk kenakan dia semula, 133 00:05:37,353 --> 00:05:39,437 tapi dalam cara yang hanya akan buat saya ditahan polis. 134 00:05:39,521 --> 00:05:40,896 Kemudian dia datang dan berkata,... 135 00:05:40,980 --> 00:05:44,106 "Jim, begini caranya." 136 00:05:44,815 --> 00:05:47,065 Ada seperkara lagi dan ia amat penting, 137 00:05:47,148 --> 00:05:49,941 pakatan ini harus dirahsiakan. 138 00:05:50,066 --> 00:05:51,067 Ya. 139 00:05:51,150 --> 00:05:53,234 Jangan beritahu sesiapa. 140 00:05:53,317 --> 00:05:54,818 - Pakatan? - Ya. 141 00:05:54,901 --> 00:05:55,986 Apa maksudnya? 142 00:05:56,069 --> 00:05:57,695 Saya rasa ada kaitan dengan rancangan Survivor, 143 00:05:57,778 --> 00:05:58,778 tapi saya tak pasti. 144 00:06:00,612 --> 00:06:02,737 Saya tahu ia melibatkan kerja mengintip orang, 145 00:06:02,821 --> 00:06:04,822 dan mungkin membina kubu di bahagian perakaunan... 146 00:06:04,905 --> 00:06:05,989 Jim. 147 00:06:06,072 --> 00:06:07,156 - Hei. - Hai, Pam. 148 00:06:07,240 --> 00:06:08,699 Bolehkah saya bercakap dengan awak sekejap 149 00:06:08,782 --> 00:06:11,116 tentang produk kertas? 150 00:06:11,491 --> 00:06:13,325 Adakah awak beritahu Pam tentang pakatan kita? 151 00:06:13,409 --> 00:06:14,784 - Apa? Tidak. - Baru tadi! 152 00:06:14,868 --> 00:06:16,869 Tidak, Dwight. 153 00:06:16,952 --> 00:06:18,869 Saya menggunakan dia untuk pakatan kita. 154 00:06:18,952 --> 00:06:19,953 PENYAMBUT TETAMU 155 00:06:20,036 --> 00:06:21,953 Siapa yang tahu paling banyak maklumat tentang pejabat ini? Pam. 156 00:06:22,036 --> 00:06:23,037 Betul, bagus. Teruskan. 157 00:06:23,121 --> 00:06:24,204 Saya sedang mencuba. 158 00:06:24,288 --> 00:06:25,329 Nampak tak apa yang saya sedang buat? 159 00:06:25,496 --> 00:06:26,997 Saya perlu banyak berbual dengan Pam. 160 00:06:27,080 --> 00:06:28,123 Okey? 161 00:06:28,205 --> 00:06:29,998 Mungkin kami akan bersembang dan gelak ketawa. 162 00:06:30,206 --> 00:06:31,832 Awak perlu berpura-pura tak mengendahkannya. 163 00:06:31,915 --> 00:06:33,040 - Buat tak tahu saja. - Baiklah. 164 00:06:33,249 --> 00:06:34,292 Baiklah. 165 00:06:40,544 --> 00:06:42,086 Nampak tak? Dia ada di sana. 166 00:06:42,169 --> 00:06:43,253 Itulah Meredith. 167 00:06:43,545 --> 00:06:45,212 Dia yang akan kita raikan. 168 00:06:45,671 --> 00:06:48,839 Ini pula kad untuk Meredith. 169 00:06:48,922 --> 00:06:50,172 "Selamat Hari Burung." 170 00:06:52,715 --> 00:06:54,591 Mari kita baca. Jim. 171 00:06:55,340 --> 00:06:58,217 Jim tulis: "Meredith, saya dengar umur awak 46 tahun. 172 00:06:58,301 --> 00:06:59,467 Tapi, ayuhlah, 173 00:06:59,551 --> 00:07:01,885 awak seorang akauntan, tipu saja nombornya." 174 00:07:02,427 --> 00:07:03,886 Boleh tahan. Agak kelakar. 175 00:07:03,969 --> 00:07:06,720 Namun, saya tak suka pemalsuan korporat. 176 00:07:07,220 --> 00:07:08,721 Beginilah. 177 00:07:09,013 --> 00:07:10,221 Apa jua yang saya tulis di sini 178 00:07:10,346 --> 00:07:12,972 perlulah benar-benar kelakar. 179 00:07:13,055 --> 00:07:15,557 Sebab orang di luar sana menjangkakannya. 180 00:07:15,640 --> 00:07:18,349 Saya sudah tetapkan standard yang tinggi. 181 00:07:18,433 --> 00:07:20,933 Mereka pula hanya risau tentang kerja mereka. 182 00:07:21,017 --> 00:07:22,559 Agak gelap di luar sana. 183 00:07:22,642 --> 00:07:24,810 Boleh awak bayangkan kalau saya tulis 184 00:07:24,935 --> 00:07:28,228 "Meredith, Selamat Hari Jadi. 185 00:07:28,645 --> 00:07:30,854 Awak hebat. Salam sayang, Michael." 186 00:07:38,399 --> 00:07:40,482 Mereka nampak sangat mesra, bukan? 187 00:07:40,566 --> 00:07:41,567 Ya. 188 00:07:41,691 --> 00:07:42,901 Awak rasa mereka bercakap tentang apa? 189 00:07:42,984 --> 00:07:44,318 Hanya ada satu cara untuk dapat tahu. 190 00:07:45,568 --> 00:07:47,068 Saya akan selidik. 191 00:07:49,361 --> 00:07:51,070 Awak takkan percaya tentang ini. 192 00:07:51,195 --> 00:07:52,362 Apa? Saya percaya. 193 00:07:52,696 --> 00:07:54,155 Keadaan agak tegang di dapur. 194 00:07:54,238 --> 00:07:55,697 Saya boleh agak daripada bahasa tubuh mereka. 195 00:07:55,780 --> 00:07:57,573 Nampak sedap. Apa itu? Ayam belanda? 196 00:07:57,822 --> 00:07:59,032 Sandwic Itali. 197 00:07:59,489 --> 00:08:01,908 Itali. Wah. Bagus. 198 00:08:02,366 --> 00:08:03,366 Banyak bahan di dalamnya. 199 00:08:03,450 --> 00:08:06,034 - Ada bawah merah, keju provolone. - Ya. 200 00:08:06,117 --> 00:08:07,242 Toby dan Kevin, 201 00:08:07,326 --> 00:08:08,660 mereka cuba nak singkirkan Angela. 202 00:08:08,744 --> 00:08:10,785 Bagus. Biarlah. Lebih banyak membantu kita. 203 00:08:10,869 --> 00:08:12,036 Saya tak pasti. 204 00:08:12,119 --> 00:08:13,412 - Sebab jika Kevin di perakaunan - Ya. 205 00:08:13,495 --> 00:08:14,704 dan Toby pula di unit Sumber Manusia, 206 00:08:14,787 --> 00:08:16,121 dan mereka sedang berbual? 207 00:08:16,204 --> 00:08:17,371 Mereka sedang membentuk pakatan. 208 00:08:17,455 --> 00:08:18,455 Saya suka sandwic mereka. 209 00:08:18,538 --> 00:08:19,955 Saya suka sandwic mereka juga. 210 00:08:20,080 --> 00:08:21,290 Roti mereka bagus. 211 00:08:21,498 --> 00:08:23,041 Roti mereka sangat bagus. 212 00:08:23,124 --> 00:08:25,499 Tak guna! Aduhai! 213 00:08:30,335 --> 00:08:31,543 Okey, dengar sini. 214 00:08:32,252 --> 00:08:34,461 Kita perlu mengandaikan yang semua orang di pejabat 215 00:08:34,544 --> 00:08:35,712 sedang membentuk pakatan 216 00:08:35,795 --> 00:08:37,421 dan merancang untuk menyingkirkan kita. 217 00:08:37,503 --> 00:08:39,588 Tak guna! Kenapa kita? 218 00:08:40,130 --> 00:08:41,422 Sebab kita kuat, Dwight. 219 00:08:41,505 --> 00:08:42,797 Sebab kita kuat. 220 00:08:42,881 --> 00:08:43,882 SELAMAT HARI BURUNG! 221 00:08:43,964 --> 00:08:44,965 Meredith. 222 00:08:45,049 --> 00:08:47,466 Mary ada anak kambing. 223 00:08:47,549 --> 00:08:49,425 Mary, Meredith ada anak kambing. 224 00:08:49,508 --> 00:08:50,675 Jangan bawa anak kambing ke pejabat, 225 00:08:50,759 --> 00:08:51,967 atau ia akan berak di atas lantai... 226 00:08:52,384 --> 00:08:54,010 Hei! Oscar. 227 00:08:54,093 --> 00:08:56,136 - Masuklah. Ada apa? - Maaf kerana mengganggu. 228 00:08:56,219 --> 00:08:57,345 Tak ganggu pun. Masuklah. 229 00:08:57,428 --> 00:08:59,721 - Ada apa? - Anak saudara saya terlibat 230 00:08:59,804 --> 00:09:03,180 dengan badan amal untuk palsi serebrum. 231 00:09:03,597 --> 00:09:04,598 Saya nak tanya 232 00:09:04,680 --> 00:09:06,015 jika awak mahu... 233 00:09:07,515 --> 00:09:08,933 Awak tahu... 234 00:09:09,016 --> 00:09:10,892 - Apa? - Menderma untuk kebajikan. 235 00:09:10,975 --> 00:09:13,184 Aduhai. Sudah tentu. 236 00:09:13,684 --> 00:09:15,226 Berikan kepada saya! 237 00:09:15,310 --> 00:09:17,477 - Berikan kepada saya. - Terima kasih. 238 00:09:17,560 --> 00:09:19,853 Saya sentiasa bersedia 239 00:09:19,937 --> 00:09:21,938 untuk beri sumbangan. 240 00:09:22,021 --> 00:09:24,188 Wah. Dua dolar? Tiga dolar? 241 00:09:24,271 --> 00:09:25,438 Mereka di luar sana 242 00:09:25,521 --> 00:09:28,898 memang tak prihatin tentang penyakit. 243 00:09:28,981 --> 00:09:32,691 Saya akan derma USD 25. 244 00:09:34,067 --> 00:09:35,859 Itu... 245 00:09:35,984 --> 00:09:38,027 - Awak sangat murah hati. - Aduhai. 246 00:09:38,110 --> 00:09:39,486 Dengar sini, Oscar. 247 00:09:39,569 --> 00:09:42,153 Kemurahan hati dan bersatu hati, 248 00:09:42,236 --> 00:09:43,695 serta komuniti, 249 00:09:43,779 --> 00:09:48,572 semuanya membentuk semangat. 250 00:09:48,656 --> 00:09:50,365 Itulah yang saya selalu cakap. 251 00:09:53,741 --> 00:09:54,783 Hei, Jim. 252 00:09:54,866 --> 00:09:56,408 Boleh saya cakap dengan awak sekejap? 253 00:09:56,492 --> 00:09:57,617 Boleh. Apa dia? 254 00:09:57,700 --> 00:09:58,701 Entahlah. 255 00:09:58,785 --> 00:10:00,534 Saya rasa tak keruan. 256 00:10:00,618 --> 00:10:03,911 Sebab saya asyik terdengar banyak perbualan 257 00:10:03,994 --> 00:10:05,578 antara Michael dengan pejabat korporat 258 00:10:05,662 --> 00:10:07,788 tentang isu kakitangan. 259 00:10:07,871 --> 00:10:09,080 - Alamak. - Ya. 260 00:10:09,163 --> 00:10:11,747 Dia suruh saya catat nota semasa mesyuarat, 261 00:10:11,830 --> 00:10:12,873 dan saya pula terfikir, 262 00:10:12,957 --> 00:10:14,374 - "Mereka kawan-kawan saya," - Betul. 263 00:10:14,457 --> 00:10:16,958 tapi dia beritahu saya, "Ini perkara sulit, 264 00:10:17,041 --> 00:10:18,083 jangan beritahu sesiapa." 265 00:10:18,166 --> 00:10:20,584 Namun entahlah, saya rasa macam nak... 266 00:10:20,668 --> 00:10:22,918 Berjanji yang awak takkan beritahu sesiapa? 267 00:10:23,126 --> 00:10:24,127 Saya janji. 268 00:10:24,211 --> 00:10:25,544 - Saya takkan beritahu sesiapa. - Okey. 269 00:10:25,628 --> 00:10:27,504 - Ini antara kita berdua. - Ya. 270 00:10:31,171 --> 00:10:32,588 Cepumas. 271 00:10:33,089 --> 00:10:34,381 Sangat bagus. 272 00:10:34,464 --> 00:10:35,881 Semua idea Pam juga. 273 00:10:35,965 --> 00:10:39,925 Hebat. Dia sangat hebat. 274 00:10:41,842 --> 00:10:43,301 Meredith. Nafas busuk. 275 00:10:43,385 --> 00:10:44,843 Meredith ada nafas berbau. 276 00:10:46,260 --> 00:10:47,302 - Hei. - Hei. 277 00:10:47,386 --> 00:10:49,095 - Awak nak jumpa saya? - Ya. 278 00:10:49,178 --> 00:10:50,345 Apa yang awak tahu tentang Meredith? 279 00:10:50,428 --> 00:10:51,637 Saya rasa dia takkan dirindui. 280 00:10:52,972 --> 00:10:55,013 Pengecilan takkan berlaku, okey Dwight? 281 00:10:55,097 --> 00:10:58,348 Saya cuma nak tahu sedikit tentang 282 00:10:58,556 --> 00:10:59,765 kawan saya. 283 00:11:00,140 --> 00:11:01,516 Nama, Meredith Palmer. 284 00:11:01,599 --> 00:11:04,600 Maklumat peribadi, bercerai dua kali, ada dua anak. 285 00:11:04,684 --> 00:11:07,102 Majikan, Syarikat Kertas Dunder Mifflin. 286 00:11:07,185 --> 00:11:08,477 Anugerah, beberapa Anugerah Dundies. 287 00:11:08,560 --> 00:11:10,103 Saya tahu semua itu. 288 00:11:10,186 --> 00:11:12,395 Saya mahu sesuatu yang memalukan. 289 00:11:12,478 --> 00:11:14,020 Sesuatu yang melucukan, di dalam... 290 00:11:14,354 --> 00:11:16,146 Dia pernah melalui histerektomi. 291 00:11:17,355 --> 00:11:18,564 Pembedahan itu yang mana satu? 292 00:11:18,648 --> 00:11:19,773 Pembedahan membuang rahim. 293 00:11:19,856 --> 00:11:21,565 Aduhai, Dwight. Tidak! 294 00:11:22,607 --> 00:11:24,483 Saya sedang mencuba tulis ayat yang kelakar, okey? 295 00:11:24,566 --> 00:11:26,484 Saya nak buat lawak apa tentang rahim yang dibuang? 296 00:11:26,609 --> 00:11:27,651 Ia boleh jadi kelakar. 297 00:11:27,734 --> 00:11:30,193 Beginilah. Saya perlu kejar tarikh akhir. 298 00:11:30,276 --> 00:11:31,652 Okey. 299 00:11:31,735 --> 00:11:33,361 Terima kasih atas bantuan awak. 300 00:11:33,611 --> 00:11:35,862 Saya akan fikir sendiri. Terima kasih, Dwight. 301 00:11:37,154 --> 00:11:39,239 Buang masa betul. 302 00:11:40,406 --> 00:11:42,281 Baiklah. Begini halnya. 303 00:11:42,448 --> 00:11:44,074 Pam kata salah satu pakatan 304 00:11:44,157 --> 00:11:46,491 akan bertemu di gudang semasa parti hari jadi Meredith. 305 00:11:46,574 --> 00:11:47,658 Ya Tuhan, kita perlu pergi. 306 00:11:47,741 --> 00:11:48,993 Saya tahu, tapi tentu sukar, 307 00:11:49,075 --> 00:11:50,284 sebab tiada tempat yang sesuai untuk bersembunyi. 308 00:11:50,368 --> 00:11:52,244 Ada tempat bersembunyi. Di belakang rak... 309 00:11:52,326 --> 00:11:53,411 - Aduhai. - Apa? 310 00:11:53,494 --> 00:11:54,494 Saya tahu. 311 00:11:54,661 --> 00:11:55,828 Saya tahu apa nak buat. 312 00:11:55,911 --> 00:11:56,912 Bagus. 313 00:11:56,996 --> 00:11:58,121 Saya seorang pemburu rusa. 314 00:11:58,204 --> 00:12:00,080 Saya selalu memburu dengan ayah saya. 315 00:12:00,163 --> 00:12:01,205 Seperkara tentang rusa, 316 00:12:01,288 --> 00:12:03,580 adalah haiwan itu ada penglihatan yang bagus. 317 00:12:03,664 --> 00:12:05,415 Seperkara tentang saya, 318 00:12:05,832 --> 00:12:10,250 saya lebih cekap bersembunyi berbanding penglihatan rusa. 319 00:12:12,001 --> 00:12:13,209 Rancangan ini pasti berjaya. 320 00:12:13,334 --> 00:12:14,668 Terletak di tengah-tengah. Persembunyian yang bagus. 321 00:12:14,918 --> 00:12:16,210 Saya boleh dengar dan lihat semuanya. 322 00:12:16,877 --> 00:12:18,294 Bagus. 323 00:12:18,378 --> 00:12:19,628 - Michael. - Tunggu sekejap. 324 00:12:19,712 --> 00:12:20,754 - Awak dah selesai? - Hampir siap. 325 00:12:20,838 --> 00:12:21,963 Tunggu sekejap. 326 00:12:22,046 --> 00:12:23,130 Sempurna. 327 00:12:23,213 --> 00:12:24,839 Terima kasih. Bagus. 328 00:12:25,006 --> 00:12:27,048 Nah. Sudah tiba masanya. Terima kasih. 329 00:12:27,173 --> 00:12:28,507 Okey! Ayuh, semua! 330 00:12:28,590 --> 00:12:30,632 Pergi ambil kek! Ayuh, cepat! 331 00:12:31,550 --> 00:12:32,758 Senyap! 332 00:12:32,842 --> 00:12:34,551 Cara ini takkan berhasil. Penutupnya terbuka. 333 00:12:35,260 --> 00:12:36,427 Pasangkan pita. 334 00:12:36,510 --> 00:12:38,719 Tak boleh, nanti awak tak boleh bernafas. 335 00:12:38,802 --> 00:12:40,261 Saya boleh bernafas, okey. 336 00:12:40,553 --> 00:12:42,012 Kalau awak tak nak risau, 337 00:12:42,095 --> 00:12:43,470 saya akan buat lubang dari dalam kotak. 338 00:12:43,554 --> 00:12:45,471 Terima kasih. Okey. 339 00:12:48,305 --> 00:12:50,974 Selamat hari jadi! 340 00:12:51,057 --> 00:12:52,474 Selamat hari jadi! 341 00:12:52,558 --> 00:12:53,641 Tidak, ini... 342 00:12:54,058 --> 00:12:55,559 Selamat hari jadi untuk Meredith! 343 00:12:55,642 --> 00:12:56,809 Satu, dua,... 344 00:12:56,892 --> 00:13:00,310 Selamat hari jadi 345 00:13:00,394 --> 00:13:01,394 Cari temponya... 346 00:13:01,519 --> 00:13:02,602 Selamat hari jadi 347 00:13:02,686 --> 00:13:04,353 Awak mahu saya duduk di sini 348 00:13:04,437 --> 00:13:06,771 dan berdiri di tepi kotak? 349 00:13:06,855 --> 00:13:07,896 Tidak! 350 00:13:08,022 --> 00:13:09,731 Awak perlu pergi ke parti di atas 351 00:13:09,897 --> 00:13:11,440 supaya tiada sesiapa perasan yang kita berdua tiada. 352 00:13:11,565 --> 00:13:13,107 Baiklah. Bagus. 353 00:13:13,190 --> 00:13:16,025 Bolehkah saya percayakan Jim? Saya tak tahu. 354 00:13:16,692 --> 00:13:19,651 Adakah saya ada pilihan? Sejujurnya, tidak. 355 00:13:19,735 --> 00:13:22,777 Adakah saya akan percayakan Jim? Ya. Patutkah saya percayakan Jim? 356 00:13:24,153 --> 00:13:25,361 Awak beritahu saya. 357 00:13:25,737 --> 00:13:28,571 Selamat hari jadi, Meredith 358 00:13:28,863 --> 00:13:32,114 Selamat hari jadi 359 00:13:32,239 --> 00:13:34,990 Dan panjang umur 360 00:13:39,658 --> 00:13:41,284 Tahun lepas, lima tahun lalu... 361 00:13:42,160 --> 00:13:43,869 - Awak terkejut, bukan? - Ya. 362 00:13:43,952 --> 00:13:45,536 Awak nampak terperanjat. 363 00:13:45,910 --> 00:13:48,078 Kami cakap, "Selamat hari jadi!" dan awak pula terpinga-pinga. 364 00:13:48,162 --> 00:13:50,204 "Apa yang sedang berlaku?" 365 00:13:50,954 --> 00:13:52,663 Kek ini sedap. Awak nak makan kek? 366 00:13:52,747 --> 00:13:53,747 Saya tak boleh makan. 367 00:13:53,830 --> 00:13:55,040 Ayuhlah. Sedikit saja. 368 00:13:55,123 --> 00:13:56,290 Saya tak boleh makan tenusu. 369 00:13:56,373 --> 00:13:58,166 Ya. Aduhai, malang sekali. 370 00:13:58,249 --> 00:13:59,332 - Kek ini sedap. - Tenusu akan buat saya sakit. 371 00:13:59,999 --> 00:14:01,000 Awak nak tahu? 372 00:14:01,083 --> 00:14:02,834 Kalau saya alah pada tenusu, 373 00:14:02,917 --> 00:14:04,001 saya rasa saya akan bunuh diri. 374 00:14:04,751 --> 00:14:06,793 Sebab kek ini terlalu sedap. 375 00:14:09,627 --> 00:14:10,628 TISU TANDAS 376 00:14:10,712 --> 00:14:11,754 Dia di dalam kotak? 377 00:14:11,837 --> 00:14:13,755 Pam, dia di dalam kotak. 378 00:14:14,088 --> 00:14:16,297 Dia di tingkat bawah di dalam kotak 379 00:14:16,380 --> 00:14:17,714 di atas lantai berhampiran rak. 380 00:14:18,590 --> 00:14:20,049 Saya serius. Pergilah ke bawah. 381 00:14:20,215 --> 00:14:21,299 Dan tunjukkan kehebatan awak. 382 00:14:25,468 --> 00:14:26,468 Hei, awak di mana? 383 00:14:27,217 --> 00:14:29,385 Ya, kita sepatutnya bertemu di sini. 384 00:14:30,343 --> 00:14:31,470 Apa? 385 00:14:32,928 --> 00:14:35,055 Aduhai! 386 00:14:35,220 --> 00:14:36,929 Memang ada kaitan 387 00:14:37,013 --> 00:14:40,222 dengan apa yang Michael beritahu saya tadi. 388 00:14:40,806 --> 00:14:43,307 Saya tak tahu apa yang orang di unit 389 00:14:43,390 --> 00:14:45,016 perakaunan akan buat. 390 00:14:45,433 --> 00:14:47,726 Ia menyatakan secara khusus... 391 00:14:50,769 --> 00:14:52,935 Hei, Jim. Parti yang bagus, bukan? 392 00:14:53,019 --> 00:14:54,895 Majlis kecil-kecilan yang saya rancang 393 00:14:55,020 --> 00:14:56,270 - untuk tingkatkan semangat. - Ya? 394 00:14:56,353 --> 00:14:57,396 Perkara kecil saja. 395 00:14:57,479 --> 00:14:58,521 Menyebut hal itu, saya nak beritahu awak. 396 00:14:58,605 --> 00:14:59,646 Saya sangat kagum. 397 00:14:59,730 --> 00:15:02,355 Sumbangan yang awak berikan untuk tabung amal Oscar. 398 00:15:02,439 --> 00:15:03,690 Awak beri USD 25, bukan? 399 00:15:03,774 --> 00:15:07,066 Ya, wang bukan segalanya, Jim. 400 00:15:07,316 --> 00:15:08,900 Ia bukan kunci kebahagiaan. 401 00:15:09,067 --> 00:15:10,400 Nak tahu apa kuncinya? 402 00:15:10,776 --> 00:15:11,942 Kegembiraan. 403 00:15:12,068 --> 00:15:13,485 Awak harus ingat itu. 404 00:15:13,693 --> 00:15:15,819 Mungkin awak patut beri lebih daripada tiga dolar lain kali. 405 00:15:16,361 --> 00:15:18,320 Ya, tiga dolar sebatu 406 00:15:18,403 --> 00:15:20,029 akan berjumlah kira-kira USD 50. 407 00:15:20,237 --> 00:15:21,404 Jadi... 408 00:15:21,488 --> 00:15:23,155 Aduhai, saya tak tahu 409 00:15:23,238 --> 00:15:24,781 berapa banyak awak akan beri. 410 00:15:32,242 --> 00:15:33,493 Oscar ada di sini? 411 00:15:33,910 --> 00:15:35,160 Saya ingatkan derma itu 412 00:15:35,243 --> 00:15:38,328 cuma sekali bayar. Awak tahu, USD 25 413 00:15:38,411 --> 00:15:39,995 untuk sekali derma. 414 00:15:40,079 --> 00:15:41,829 Saya tak tahu derma ini dikira ikut per batu, 415 00:15:41,913 --> 00:15:43,330 jadi... 416 00:15:43,413 --> 00:15:45,580 Itulah cara walkaton dilakukan. 417 00:15:45,663 --> 00:15:47,456 - Saya tahu... - Ada tertulis pada kertas ini. 418 00:15:47,539 --> 00:15:48,623 Bacalah kertas ini. 419 00:15:48,706 --> 00:15:51,500 Katanya, "Tak kira berapa banyak dolar setiap batu." 420 00:15:51,583 --> 00:15:53,333 Okey, saya faham. 421 00:15:54,417 --> 00:15:55,834 Saya rasa agak awak agak kedekut 422 00:15:55,918 --> 00:15:57,168 untuk tarik balik derma kepada badan amal. 423 00:15:57,251 --> 00:15:58,752 Tak. 424 00:15:58,835 --> 00:16:00,961 Saya tak berniat pun. Tidak. 425 00:16:01,045 --> 00:16:03,045 Ini bukan tentang duit. 426 00:16:03,128 --> 00:16:04,338 Cuma... 427 00:16:05,338 --> 00:16:08,005 Ia tentang etika bagi perkara ini, Oscar. 428 00:16:10,465 --> 00:16:11,882 Apa khabar anak saudara awak? 429 00:16:11,965 --> 00:16:13,591 - Dia sihat? - Ya. 430 00:16:13,674 --> 00:16:15,175 Berapa batu dia dapat buat tahun lepas? 431 00:16:15,258 --> 00:16:16,383 Tahun lepas, dia berjalan sejauh 18 batu. 432 00:16:16,467 --> 00:16:18,051 Tak guna betul. 433 00:16:18,134 --> 00:16:19,593 Sangat mengagumkan! Baguslah untuk dia. 434 00:16:42,352 --> 00:16:43,352 Selamat hari jadi, Meredith. 435 00:16:43,435 --> 00:16:44,519 Bacalah kuat-kuat 436 00:16:44,602 --> 00:16:45,603 dan sebutkan siapa yang menulisnya 437 00:16:45,686 --> 00:16:47,812 jadi kita akan tahu siapa yang terbaik. 438 00:16:47,895 --> 00:16:49,938 "Selamat Hari Burung." 439 00:16:53,189 --> 00:16:55,315 "Meredith, berita baik, 440 00:16:55,398 --> 00:16:57,149 usia awak tak meningkat pun, 441 00:16:57,232 --> 00:17:00,358 sebab di tempat awak bekerja, masa tidak bergerak." 442 00:17:01,818 --> 00:17:04,485 - Entahlah. - Stanley yang tulis. 443 00:17:04,568 --> 00:17:07,861 "Meredith, Selamat Hari Jadi. 444 00:17:07,945 --> 00:17:10,320 Awak yang terbaik. Salam sayang, Pam." 445 00:17:13,655 --> 00:17:14,905 Terima kasih, ucapan membosankan. 446 00:17:15,239 --> 00:17:16,614 Yang ini daripada Michael. 447 00:17:16,697 --> 00:17:19,990 "Meredith, mari berdoa agar satu-satunya pengecilan 448 00:17:20,074 --> 00:17:21,282 yang akan berlaku ke atas awak 449 00:17:21,366 --> 00:17:24,284 adalah seseorang mengecilkan usia awak." 450 00:17:26,910 --> 00:17:28,410 Disebabkan hal pengecilan itu. 451 00:17:28,494 --> 00:17:29,828 Khabar angin. 452 00:17:29,911 --> 00:17:31,328 Sebab awak semakin tua. 453 00:17:31,870 --> 00:17:32,870 Tak. 454 00:17:33,912 --> 00:17:36,580 Saya faham. Memang kelakar. 455 00:17:36,664 --> 00:17:38,664 Awak tak faham lawak itu. Tak apa. 456 00:17:38,747 --> 00:17:43,166 Awak nak tahu? Sebenarnya, saya ada banyak lagi 457 00:17:43,416 --> 00:17:44,834 lawak bagus yang saya tak pakai. 458 00:17:46,584 --> 00:17:47,918 Mana dia? 459 00:17:48,001 --> 00:17:49,335 Okey, yang ini bagus. 460 00:17:49,460 --> 00:17:51,502 "Hei Meredith, Liz Taylor telefon. 461 00:17:51,627 --> 00:17:54,212 Dia mahu umur dan penceraiannya kembali." 462 00:17:54,420 --> 00:17:55,504 Sebab Meredith pernah bercerai, 463 00:17:55,587 --> 00:17:58,046 - dua kali, bukan? Betul? - Ya, betul. 464 00:17:58,130 --> 00:17:59,256 Betul, bukan? 465 00:17:59,339 --> 00:18:01,256 - Okey. - Ya. 466 00:18:01,339 --> 00:18:02,423 Bercerai... 467 00:18:04,757 --> 00:18:05,799 Okey. 468 00:18:05,924 --> 00:18:07,508 "Meredith sangat tua." 469 00:18:08,092 --> 00:18:09,217 Berapa usianya? 470 00:18:09,300 --> 00:18:11,009 Semua orang sebut sekali. 471 00:18:11,093 --> 00:18:12,510 "Meredith sangat tua..." 472 00:18:12,885 --> 00:18:14,136 Berapa umurnya? 473 00:18:14,219 --> 00:18:15,303 "Dia sangat tua, 474 00:18:15,386 --> 00:18:18,138 apabila dia pergi ke kedai antik, mereka simpan dia di sana." 475 00:18:22,639 --> 00:18:23,764 Lawak itu bukan saya punya. 476 00:18:23,848 --> 00:18:26,557 Saya ambil daripada Internet. 477 00:18:26,640 --> 00:18:27,641 Jangan marahkan saya. 478 00:18:28,724 --> 00:18:30,225 Parti yang bagus, Michael. 479 00:18:30,308 --> 00:18:31,559 Ini bukan salah saya. 480 00:18:33,476 --> 00:18:34,601 Cik puan semua, 481 00:18:34,685 --> 00:18:36,144 usaha yang tak cukup bagus. 482 00:18:36,227 --> 00:18:37,520 Panji-panji? 483 00:18:37,603 --> 00:18:38,728 Saya ingatkan kita boleh buat lebih baik daripada ini, 484 00:18:38,812 --> 00:18:39,812 betul tak? 485 00:18:39,895 --> 00:18:42,397 Phyllis yang mahu warna merah, bukan saya. 486 00:18:42,480 --> 00:18:43,689 Aduhai, awak... 487 00:18:44,397 --> 00:18:45,730 Okey, tunggu dulu semua. 488 00:18:45,814 --> 00:18:48,399 Nanti dulu. Tunggu sekejap. 489 00:18:48,482 --> 00:18:49,607 Saya rasa kita semua terlepas pandang 490 00:18:49,691 --> 00:18:51,441 tentang perkara yang lebih penting. 491 00:18:51,525 --> 00:18:56,569 Iaitu kita adalah sekumpulan orang 492 00:18:56,777 --> 00:18:58,153 yang bekerja bersama-sama. 493 00:18:59,111 --> 00:19:01,571 Saya tak berniat nak menunjuk-nunjuk. 494 00:19:02,362 --> 00:19:04,613 Saya telah memberikan derma yang besar 495 00:19:04,697 --> 00:19:07,197 kepada walkaton 496 00:19:08,364 --> 00:19:09,990 anak saudara Oscar. 497 00:19:11,199 --> 00:19:12,241 USD 25. 498 00:19:12,366 --> 00:19:13,366 Setiap batu. 499 00:19:13,449 --> 00:19:14,575 Setiap batu, ya. 500 00:19:14,658 --> 00:19:17,993 Apabila saya bersara, saya tak mahu 501 00:19:18,076 --> 00:19:19,994 menghilang ke sebuah pulau di mana-mana. 502 00:19:20,827 --> 00:19:22,953 Saya mahu jadi seseorang yang dapat menyumbang kembali. 503 00:19:23,036 --> 00:19:24,829 Cek untuk anak-anak ini. 504 00:19:25,496 --> 00:19:26,830 Dan juga untuk seluruh pasukan. 505 00:19:27,038 --> 00:19:28,164 Saya mahu jadi apabila orang tanya, 506 00:19:28,247 --> 00:19:31,748 "Siapa dermakan sayap hospital 507 00:19:31,874 --> 00:19:33,583 yang banyak menyelamatkan nyawa itu? 508 00:19:34,583 --> 00:19:36,208 Entahlah. Saya tak tahu. 509 00:19:36,333 --> 00:19:37,458 Dia tak mahu beritahu namanya. 510 00:19:38,293 --> 00:19:42,210 Awak nak tahu? Orang itu ialah Michael Scott. 511 00:19:42,752 --> 00:19:44,961 Tapi, awak kata dia tak mahu beritahu nama dia, 512 00:19:45,086 --> 00:19:46,420 macam mana awak tahu? 513 00:19:48,087 --> 00:19:49,880 Sebab sayalah orangnya." 514 00:19:51,589 --> 00:19:52,839 Terima kasih, Michael. 515 00:19:55,257 --> 00:19:56,424 Mari sini. 516 00:19:57,341 --> 00:19:59,717 Jangan tunaikan sehingga hari Jumaat, okey? 517 00:19:59,800 --> 00:20:01,467 - Yakah? Hari ini? - Ya. 518 00:20:02,218 --> 00:20:03,886 - Selamat hari jadi. - Terima kasih. 519 00:20:04,260 --> 00:20:05,386 Saya boleh beritahu... 520 00:20:05,469 --> 00:20:07,636 - Tak perlu buat begitu. - Okey. 521 00:20:08,470 --> 00:20:09,512 SELAMAT HARI JADI 522 00:20:09,596 --> 00:20:10,596 Okey. Saya ada sesuatu 523 00:20:10,679 --> 00:20:12,930 yang lebih bagus daripada kotak itu! 524 00:20:13,014 --> 00:20:14,347 - Beritahu saya! - Okey. 525 00:20:14,431 --> 00:20:15,806 Saya baru yakinkan Dwight 526 00:20:15,890 --> 00:20:18,307 yang dia perlu pergi ke Stamford, 527 00:20:18,390 --> 00:20:20,683 - dan mengintip cawangan lain. - Biar betul. 528 00:20:20,766 --> 00:20:22,184 Sebelum dia buat begitu, 529 00:20:22,350 --> 00:20:24,143 saya suruh dia warnakan rambutnya dulu 530 00:20:24,268 --> 00:20:25,351 sebelum pergi mengintip. 531 00:20:26,186 --> 00:20:28,394 Bayangkan yang kita boleh suruh dia pergi ke Connecticut 532 00:20:28,477 --> 00:20:30,228 dan letak peluntur pada rambutnya... 533 00:20:30,312 --> 00:20:31,437 Apa semua ini? 534 00:20:31,520 --> 00:20:33,438 Awak cuba nak periksa badannya, Halpert? 535 00:20:33,521 --> 00:20:34,730 Tak, saya cuma... 536 00:20:34,813 --> 00:20:36,689 - Dengar sini. - Sudahlah. 537 00:20:36,772 --> 00:20:37,772 Aduhai, saya tak... 538 00:20:37,856 --> 00:20:39,440 Saya tak tahu macam mana nak jelaskan. 539 00:20:40,357 --> 00:20:42,733 Dwight minta saya berpakat dengannya. 540 00:20:43,317 --> 00:20:46,735 Kemudian, kami 541 00:20:46,860 --> 00:20:48,360 hanya mengusik dia 542 00:20:48,444 --> 00:20:50,402 tentang hal pakatan ini. 543 00:20:51,653 --> 00:20:52,737 Hanya usikan di pejabat. 544 00:20:52,862 --> 00:20:54,029 Memang tak masuk akal. Cuma usikan pejabat. 545 00:20:54,112 --> 00:20:55,112 Pakatan? 546 00:20:55,196 --> 00:20:56,197 Apa yang dia cakapkan? 547 00:20:58,198 --> 00:21:00,239 Saya tak tahu langsung. 548 00:21:02,407 --> 00:21:03,407 Ayuh. 549 00:21:09,160 --> 00:21:10,952 Adakah saya rasa bersalah kerana mengkhianati Jim? 550 00:21:11,035 --> 00:21:13,453 Langsung tidak. 551 00:21:13,661 --> 00:21:15,204 Inilah permainannya. 552 00:21:15,329 --> 00:21:16,829 Yakinkan dia yang kami dalam satu pakatan, 553 00:21:16,913 --> 00:21:19,121 dapatkan maklumat, campakkan dia kepada serigala. 554 00:21:19,205 --> 00:21:20,747 Itulah namanya politik. 555 00:21:20,872 --> 00:21:22,789 Dapatkan apa yang kamu boleh daripada seseorang, 556 00:21:22,915 --> 00:21:24,290 kemudian musnahkan dia. 557 00:21:24,540 --> 00:21:25,707 Saya rasa Jim dah belajar 558 00:21:25,790 --> 00:21:27,291 pelajaran yang berharga.