1 00:00:10,920 --> 00:00:15,040 SEBUAH DOKUMENTARI ASLI NETFLIX 2 00:00:16,640 --> 00:00:17,640 Tolonglah… 3 00:00:28,920 --> 00:00:30,040 Hati-hati. 4 00:00:30,840 --> 00:00:33,160 - Hati-hati, ya? - Hati-hati. 5 00:00:41,920 --> 00:00:47,240 Angèle! 6 00:00:48,800 --> 00:00:54,240 Angèle… 7 00:01:05,320 --> 00:01:08,240 Ia berlaku dengan pantas dan secara melampau. 8 00:01:10,040 --> 00:01:11,600 Angèle, kahwinilah saya. 9 00:01:16,520 --> 00:01:18,840 Leganya dapat meluahkannya dalam bentuk kata-kata… 10 00:01:18,920 --> 00:01:19,840 DIARI 11 00:01:19,920 --> 00:01:21,040 SAYA LEMAS 12 00:01:21,120 --> 00:01:22,000 PALSU 13 00:01:22,080 --> 00:01:23,080 KEJAYAAN? 14 00:01:23,160 --> 00:01:26,160 …dan menceritakan pengalaman saya. 15 00:01:27,400 --> 00:01:30,640 Aduh. Saya tak fotogenik. 16 00:01:31,720 --> 00:01:36,400 Saya saja yang dapat menceritakannya dengan baik. 17 00:01:55,800 --> 00:01:57,320 Tiada sesiapa bersedia untuknya. 18 00:01:58,640 --> 00:02:01,600 Apabila saya tiba-tiba muncul dalam semua pertunjukan 19 00:02:02,200 --> 00:02:03,760 saya sangat gembira, 20 00:02:05,000 --> 00:02:08,120 tapi saya juga fikir, "Kenapa saya di sini? Kenapa saya?" 21 00:02:10,400 --> 00:02:11,680 Saya cipta gadis ini. 22 00:02:11,760 --> 00:02:15,520 Dia versi diri saya yang lebih baik dan gabungan fantasi saya. 23 00:02:15,600 --> 00:02:17,200 The Little Mermaid. 24 00:02:17,280 --> 00:02:18,280 Seorang puteri. 25 00:02:18,320 --> 00:02:19,640 Hélène Ségara. 26 00:02:19,720 --> 00:02:21,920 Priscilla. Ariana Grande. 27 00:02:22,000 --> 00:02:24,480 Saya harap saya mirip mereka. 28 00:02:25,240 --> 00:02:26,440 Tapi ini masalahnya, 29 00:02:27,080 --> 00:02:29,400 saya dah kehilangan Angèle sebenar. 30 00:02:29,480 --> 00:02:30,480 HILANG 31 00:02:36,680 --> 00:02:38,360 Saya tak kenal diri sendiri. 32 00:02:38,440 --> 00:02:41,440 DIRI SAYA 33 00:02:44,080 --> 00:02:50,600 1. SIAPAKAH ANGÈLE? 34 00:02:54,920 --> 00:02:56,960 BRUSSELS, BELGIUM 35 00:03:02,560 --> 00:03:04,560 Penduduk perlu tinggal di rumah 36 00:03:04,640 --> 00:03:07,760 untuk mengelak sebarang hubungan fizikal 37 00:03:07,840 --> 00:03:10,120 dengan orang selain keluarga mereka. 38 00:03:10,200 --> 00:03:13,720 Semua perhimpunan dilarang. 39 00:03:19,680 --> 00:03:21,800 Perintah berkurung, hari pertama. 40 00:03:21,880 --> 00:03:24,080 Hari ini 14 Mac 2020. 41 00:03:24,160 --> 00:03:27,000 Saya tak pasti keadaan minggu-minggu mendatang. 42 00:03:28,800 --> 00:03:31,440 Kita sedang berkurung 43 00:03:38,240 --> 00:03:41,080 Saya tak ada kerja, jadi saya cuba macam-macam 44 00:03:43,640 --> 00:03:45,800 Perintah berkurung, hari kelima. 45 00:03:45,880 --> 00:03:49,560 Saya rasa sudah dua tahun berlalu sejak karya terakhir saya. 46 00:03:49,640 --> 00:03:52,480 Hari ini 19 Mac. Ini tentu rasa terlalu lama. 47 00:03:54,960 --> 00:03:56,040 Saya dah bosan 48 00:03:56,120 --> 00:03:59,040 berkurung… 49 00:04:01,960 --> 00:04:03,640 Pada mulanya, saya tak nak berkarya. 50 00:04:03,720 --> 00:04:07,520 "Saya tak sepatutnya bekerja. Saya sedang berehat." 51 00:04:08,360 --> 00:04:10,440 Saya bina tempat untuk diri sendiri 52 00:04:10,520 --> 00:04:13,280 yang dilengkapi sistem hi-fi dan lain-lain sendiri. 53 00:04:14,440 --> 00:04:16,400 Akhirnya, saya tulis banyak lagu. 54 00:04:26,880 --> 00:04:28,240 Kenapa bunyinya begini? 55 00:04:29,360 --> 00:04:30,840 Kenapa bunyinya tepu? 56 00:04:37,960 --> 00:04:41,480 Brussels, aku cintakanmu 57 00:04:41,560 --> 00:04:42,600 20 APRIL 2020 58 00:04:42,680 --> 00:04:44,320 Kau kota terindah 59 00:04:44,400 --> 00:04:46,560 Kau membalasnya 60 00:04:47,080 --> 00:04:48,080 Paris… 61 00:04:51,800 --> 00:04:55,000 Saya terfikir tentang satu lagi album semasa berkurung. 62 00:04:55,080 --> 00:04:56,400 Saya tak terfikir dulu 63 00:04:56,480 --> 00:04:59,040 kerana sibuk menjelajah dan mempromosi diri. 64 00:04:59,520 --> 00:05:01,920 Saya terpaksa beritahu diri saya, 65 00:05:02,720 --> 00:05:03,920 "Apa kita nak buat?" 66 00:05:07,040 --> 00:05:10,240 Saya bertuah kerana album pertama saya berjaya. 67 00:05:10,320 --> 00:05:14,040 Tapi saya 20 tahun semasa menulisnya. Kini saya 25 tahun. 68 00:05:14,120 --> 00:05:16,400 Hidup saya banyak berubah sejak itu. 69 00:05:18,040 --> 00:05:21,520 Saya dah banyak pengalaman. Saya tak boleh menyanyikan benda dulu. 70 00:05:23,000 --> 00:05:25,080 Saya tak suka. Menjengkelkan betul. 71 00:05:25,680 --> 00:05:27,720 Karya saya dijangka akan berjaya. 72 00:05:27,800 --> 00:05:29,720 Perasaan tertekan memang normal, 73 00:05:30,280 --> 00:05:34,440 tapi saya perlu sentuh sesuatu yang bersifat lebih peribadi. 74 00:05:34,520 --> 00:05:36,280 Entah apa hasilnya nanti. 75 00:05:37,480 --> 00:05:40,880 SIAPAKAH ANGÈLE? 76 00:05:42,880 --> 00:05:46,040 Saya terlupa keadaan bersendirian dengan hanya piano. 77 00:05:46,120 --> 00:05:47,920 Saya tanya soalan seperti, 78 00:05:48,000 --> 00:05:50,720 "Saya nak cakap tentang apa?" 79 00:05:52,960 --> 00:05:53,960 HARI KE-36 80 00:05:54,040 --> 00:05:55,120 Pertama 81 00:05:55,200 --> 00:05:56,800 Jangan mengalah 82 00:05:56,880 --> 00:05:57,720 Kedua 83 00:05:57,800 --> 00:05:59,960 Demi cinta 84 00:06:00,040 --> 00:06:02,160 Yang ketiga untukmu 85 00:06:03,680 --> 00:06:05,360 Di manakah kamu? 86 00:06:05,440 --> 00:06:08,040 Jika wabak itu tak melanda, 87 00:06:08,120 --> 00:06:10,960 saya mungkin sedang menjelajah, berparti… 88 00:06:11,040 --> 00:06:13,880 Saya tentu tak perlu hadapi ketakutan ini 89 00:06:13,960 --> 00:06:15,720 secara langsung 90 00:06:15,800 --> 00:06:17,240 jika ia dapat dielak. 91 00:06:31,040 --> 00:06:32,280 Pepette. 92 00:06:36,000 --> 00:06:37,560 Bilik rahsia. 93 00:06:41,560 --> 00:06:44,440 Saya sangat brol. 94 00:06:44,520 --> 00:06:48,040 BROL - MASKULIN (BELGIUM) KELAM-KABUT, HURU-HARA 95 00:06:49,280 --> 00:06:51,720 Maksud saya, betul-betul brol. 96 00:06:53,480 --> 00:06:55,680 Mungkin ada buku nota rahsia di sini. 97 00:06:59,560 --> 00:07:01,040 Buku nota saya tak ada? 98 00:07:02,440 --> 00:07:04,200 Pepette terperangkap. 99 00:07:05,240 --> 00:07:07,160 Kenapakah kau tulis 100 00:07:07,680 --> 00:07:10,960 Semuanya dalam buku nota 101 00:07:11,040 --> 00:07:15,600 Tentang rahsia 102 00:07:16,880 --> 00:07:18,320 Buku nota rahsia. 103 00:07:24,400 --> 00:07:26,160 SATU HAYAT 104 00:07:26,240 --> 00:07:27,240 SIAPAKAH ANGÈLE? 105 00:07:27,280 --> 00:07:30,560 Saya banyak menulis kerana ia perlu. 106 00:07:30,640 --> 00:07:32,120 Itulah sebabnya. 107 00:07:32,840 --> 00:07:35,040 Saya selalu tulis diari. 108 00:07:35,120 --> 00:07:36,480 Saya ada banyak diari. 109 00:07:37,720 --> 00:07:39,440 Inilah permulaannya. 110 00:07:40,720 --> 00:07:42,560 Saya belum ada lagu ketika ini. 111 00:07:44,040 --> 00:07:47,720 Banyak betul benda mengarut yang saya tulis. 112 00:07:49,480 --> 00:07:51,480 Lirik yang saya tulis dulu teruk. 113 00:07:53,080 --> 00:07:56,120 "Bersambung dalam talian tapi bukan kepadaku. Menunggu petanda." 114 00:07:56,200 --> 00:07:58,720 Ini lirik pertama lagu "Je veux tes yeux." 115 00:07:58,800 --> 00:08:00,480 Barisan pertamanya berbeza. 116 00:08:00,560 --> 00:08:02,680 Bersambung dalam talian tapi bukan kepadaku 117 00:08:02,760 --> 00:08:05,200 Menunggu petanda yang tiada 118 00:08:05,760 --> 00:08:07,960 Dalam talian tapi bukan kepadaku 119 00:08:08,040 --> 00:08:10,120 Menunggu petanda yang tiada 120 00:08:10,200 --> 00:08:12,320 Nasib baik saya ubah baris pertama. 121 00:08:13,840 --> 00:08:16,560 DITULIS PADA USIA 23 122 00:08:18,960 --> 00:08:23,080 "Sekarang dah lewat di rumah Paris saya dan saya ingin baca nota lama. 123 00:08:23,640 --> 00:08:25,440 Saya tak kenal diri saya lagi." 124 00:08:25,520 --> 00:08:26,680 DIRI SAYA 125 00:08:27,680 --> 00:08:30,720 "Saya bekerja lebih daripada bernafas. Saya lemas. 126 00:08:32,120 --> 00:08:34,480 Apa yang menggembirakan saya? Kejayaan? 127 00:08:35,280 --> 00:08:37,360 350,000 pengikut?" 128 00:08:37,440 --> 00:08:38,760 3 JUTA PENGIKUT 129 00:08:39,400 --> 00:08:40,960 "Sepuluh juta tontonan 130 00:08:41,040 --> 00:08:42,640 'La loi de Murphy?' 131 00:08:43,760 --> 00:08:45,840 Punca kebahagiaanku palsu. 132 00:08:45,920 --> 00:08:47,640 Aku, imejku. Berjaya. 133 00:08:47,720 --> 00:08:49,520 Saya penyanyi bernama Angèle. 134 00:08:49,600 --> 00:08:52,520 Semuanya tak bermakna. Saya rasa malu. 135 00:08:55,880 --> 00:08:57,800 Jiwa saya kosong apabila di rumah 136 00:08:57,880 --> 00:09:01,960 kerana saya sedar yang semuanya sia-sia, palsu dan sukar difahami. 137 00:09:03,720 --> 00:09:07,120 Dulu saya bersemangat. Penuh keraguan, soalan, keinginan. 138 00:09:07,200 --> 00:09:09,240 Kini, saya hanya mahu berjaya. 139 00:09:09,840 --> 00:09:12,720 Saya lari daripada segalanya. Dulu saya bebas." 140 00:09:14,680 --> 00:09:17,040 Dengarlah. Mengarut betul. 141 00:09:17,120 --> 00:09:20,080 DULU SAYA BEBAS 142 00:09:22,200 --> 00:09:26,600 Saya tak mahu kembali hidup seperti dulu. Kalau boleh sekalipun. 143 00:09:28,000 --> 00:09:30,680 Segala yang berlaku amat indah. 144 00:09:31,920 --> 00:09:35,400 Saya bekerja keras untuknya. Inilah impian saya. 145 00:09:43,520 --> 00:09:48,880 2. KEHIDUPAN SEBENAR 146 00:09:48,960 --> 00:09:51,800 Akulah wanita 147 00:09:51,880 --> 00:09:54,480 Yang membahagiakanmu 148 00:09:54,560 --> 00:09:57,120 Permainanmu milik kita 149 00:09:57,200 --> 00:09:59,640 Jika itulah kemahuanmu 150 00:09:59,720 --> 00:10:02,080 Aku akan menyinar 151 00:10:02,600 --> 00:10:05,120 Untuk mengembalikan cinta 152 00:10:05,200 --> 00:10:07,680 Aku intan permata 153 00:10:07,760 --> 00:10:09,800 Untuk memenangi cintamu… 154 00:10:14,200 --> 00:10:16,320 - Helo? - Ya, helo. 155 00:10:16,400 --> 00:10:17,640 Hai, mak. 156 00:10:19,200 --> 00:10:21,960 Kita boleh berjumpa pada malam Ahad. 157 00:10:22,040 --> 00:10:25,400 - Nanti mak datang. - Kita makan kentang goreng kali ini. 158 00:10:25,480 --> 00:10:28,360 - Jaga diri. Jumpa Ahad nanti. - Saya sayang mak. 159 00:10:28,440 --> 00:10:30,520 - Mak sayang awak. Jumpa nanti. - Jumpa nanti. 160 00:10:37,320 --> 00:10:40,840 Tengok. Semasa saya kecil, ini menara. 161 00:10:40,920 --> 00:10:43,880 Itu seolah-olah Pusat Perdagangan Dunia bagi saya. 162 00:10:45,120 --> 00:10:46,840 Saya tak tahu fungsinya. 163 00:10:46,920 --> 00:10:49,720 Itu sekolah rendah saya. 164 00:10:50,680 --> 00:10:52,680 Kita akan lihat sekolah saya. 165 00:10:54,960 --> 00:10:56,560 Seronoknya dapat 166 00:10:57,440 --> 00:10:58,440 berada di sini 167 00:10:58,840 --> 00:11:00,080 dan datang ke sini. 168 00:11:00,160 --> 00:11:01,320 Buaya! 169 00:11:10,880 --> 00:11:14,800 Selama lima tahun saya tunggu bas di sini. 170 00:11:15,480 --> 00:11:17,800 Ibu bapa saya selalu lambat. 171 00:11:23,080 --> 00:11:25,200 Jadi kita hampir tiba 172 00:11:25,280 --> 00:11:26,320 di Linkebeek. 173 00:11:27,280 --> 00:11:30,640 Saya pakaikan baju pada Pepette supaya kami sepadan. 174 00:11:32,280 --> 00:11:33,440 Comelnya dia. 175 00:11:34,920 --> 00:11:36,400 Tempat ini sangat indah. 176 00:11:37,160 --> 00:11:39,240 Tapi kita akan cepat bosan di sini. 177 00:11:39,960 --> 00:11:43,760 Tempat ini tak ada apa-apa. Itu rumah saya. 178 00:11:45,960 --> 00:11:47,280 Mari kita jumpa nenek. 179 00:11:48,280 --> 00:11:50,200 Pepette! Anjing kesayangan mak. 180 00:11:52,040 --> 00:11:54,080 Hei, sayang. 181 00:11:54,880 --> 00:11:56,080 Saya sedang merakam. 182 00:11:58,760 --> 00:12:00,200 Helo, budak comel. 183 00:12:00,280 --> 00:12:01,280 Helo. 184 00:12:01,320 --> 00:12:03,120 Kamu dah tengok benda di sana? 185 00:12:12,440 --> 00:12:17,720 {\an8}Dia Laurence Bibot dan awak Angéle Van Laeken. Ya! 186 00:12:17,800 --> 00:12:20,360 {\an8}4.45 PETANG 16 JUN 1996 187 00:12:25,840 --> 00:12:26,680 Apa khabar? 188 00:12:26,760 --> 00:12:27,920 Baik. 189 00:12:28,000 --> 00:12:30,720 - Itu Spritz? - Tidak, ia sirap delima. 190 00:12:30,800 --> 00:12:35,760 {\an8}3 SEPTEMBER 1992 191 00:12:35,840 --> 00:12:36,840 Angèle? 192 00:12:38,160 --> 00:12:39,720 - Apa? - Apa khabar? 193 00:12:40,240 --> 00:12:41,400 Ya, saya baik. 194 00:12:49,560 --> 00:12:52,280 DITULIS PADA USIA 13 TAHUN 195 00:12:52,360 --> 00:12:55,120 "Saya muda. Kawan-kawan saya hebat. 196 00:12:55,720 --> 00:12:59,240 Saya suka sekolah saya. Ibu bapa dan abang saya hebat. 197 00:13:00,480 --> 00:13:02,560 Saya suka muzik dan parti. 198 00:13:02,640 --> 00:13:03,680 Saya suka piano. 199 00:13:04,680 --> 00:13:06,080 Saya suka gula-gula. 200 00:13:08,440 --> 00:13:12,040 Bermain, menjerit, menari. Menari sepenuh hati. 201 00:13:16,520 --> 00:13:20,720 Saya suka menyanyi. Filem lama Amerika. Saya suka Audrey Hepburn. 202 00:13:22,240 --> 00:13:25,960 Jika saya terangkan sebab saya gembira hari ini, 203 00:13:26,600 --> 00:13:28,320 saya akan tiba-tiba menangis. 204 00:13:29,200 --> 00:13:30,640 Itu kehidupan sebenar." 205 00:13:36,400 --> 00:13:38,640 - Semua pertunjukannya. - Kelakarnya. 206 00:13:39,720 --> 00:13:40,960 Seronoknya masa dulu. 207 00:13:42,080 --> 00:13:43,160 "Syabas, Martine." 208 00:13:44,560 --> 00:13:46,880 26 Oktober 1996. Saya cuma setahun. 209 00:13:48,160 --> 00:13:49,160 Kurang daripada itu. 210 00:13:50,360 --> 00:13:52,920 Dia beraksi di atas pentas semasa saya sepuluh bulan. 211 00:13:53,000 --> 00:13:55,680 Pada masa itu, kamu… 212 00:13:56,640 --> 00:13:59,440 - Saya pengsan? - Kamu menangis dan tahan nafas. 213 00:13:59,520 --> 00:14:00,520 Betul. 214 00:14:01,320 --> 00:14:04,640 Ketika itu, kamu tunjuk perangai panas baran kamu. 215 00:14:04,720 --> 00:14:05,720 Betul. 216 00:14:06,720 --> 00:14:08,840 Tapi tengoklah saya hari ini. 217 00:14:20,840 --> 00:14:22,320 Tengoklah, sayang. 218 00:14:26,280 --> 00:14:27,280 Sayang. 219 00:14:28,480 --> 00:14:30,800 Kamu baru lahir, sayang. 220 00:14:30,880 --> 00:14:34,440 Ini siapa, Roméo? Adik kamu, siapa namanya? 221 00:14:34,520 --> 00:14:37,320 - Angelo. - Bukan, Angèle. 222 00:14:37,400 --> 00:14:39,120 - Ya, Angèle. - Dia bukan bayi lelaki. 223 00:14:40,640 --> 00:14:42,200 Nama bermakna bagi kami. 224 00:14:42,280 --> 00:14:45,480 Kami agak keterlaluan dengan nama Roméo. 225 00:14:45,560 --> 00:14:46,720 Kami pilih Roméo. 226 00:14:47,600 --> 00:14:48,800 Johnny. Nama itu bagus. 227 00:14:49,680 --> 00:14:51,440 Elvis dan Kiki. 228 00:14:52,760 --> 00:14:54,040 Semasa saya hamil, 229 00:14:54,120 --> 00:14:55,600 saya tak tahu jantinanya. 230 00:14:55,680 --> 00:14:59,280 Tapi saya mahu percaya yang dia perempuan. 231 00:14:59,360 --> 00:15:03,720 Sekali lagi, saya cari nama orang terkenal. 232 00:15:03,800 --> 00:15:07,440 Saya terfikir tentang wanita yang mencipta sejarah. 233 00:15:08,280 --> 00:15:10,320 Cleopatra dah agak melampau. 234 00:15:11,040 --> 00:15:14,920 Saya pilih Joséphine sebagai nama tengah sempena Joséphine Baker. 235 00:15:15,840 --> 00:15:17,880 Kami pilih… Tak, saya yang pilih. 236 00:15:17,960 --> 00:15:20,320 Itu lebih jujur. Saya pilih nama Angèle. 237 00:15:27,160 --> 00:15:30,120 Dia budak kecil yang hebat dan sangat comel. 238 00:15:30,680 --> 00:15:32,960 Dia tak pernah kelihatan tak comel. 239 00:15:34,200 --> 00:15:35,760 Saya pernah jadi model. 240 00:15:35,840 --> 00:15:39,000 Saya tengok gadis-gadis cantik. 241 00:15:39,080 --> 00:15:40,760 Mereka tak gembira. 242 00:15:40,840 --> 00:15:46,680 Saya fikir, "Peliknya, kecantikan seolah-olah bala." 243 00:15:46,760 --> 00:15:50,120 Jadi, saya beritahu Angèle semasa dia empat atau lima tahun, 244 00:15:50,720 --> 00:15:52,160 "Kamu sangat cantik." 245 00:15:52,240 --> 00:15:53,760 Ketika itu, kami di dalam kereta. 246 00:15:53,840 --> 00:15:55,040 "Kamu sangat comel." 247 00:15:55,120 --> 00:15:56,840 Tapi ia tak mencukupi. 248 00:15:56,920 --> 00:16:00,280 "Kita tahu kamu comel, tapi carilah kemahiran lain." 249 00:16:01,200 --> 00:16:03,240 IBU 250 00:16:07,240 --> 00:16:08,560 Awak jumpa mak awak? 251 00:16:08,640 --> 00:16:10,680 Ia keluar ikut telinga kiri. 252 00:16:10,760 --> 00:16:13,600 Awak tahu apa dia kata? "Pergi cuci punggung." 253 00:16:13,680 --> 00:16:17,160 Laurence Bibot, yang juga dikenali sebagai Marinette. 254 00:16:17,640 --> 00:16:19,560 Ibu bapa saya terkenal. 255 00:16:19,640 --> 00:16:21,240 Ibu saya pelakon. 256 00:16:21,320 --> 00:16:22,800 Ayah saya penyanyi. 257 00:16:22,880 --> 00:16:28,360 Jadi, kemasyhuran bagi saya satu perkara biasa dan bukan benda baru. 258 00:16:28,880 --> 00:16:32,880 Kedua-dua ibu bapa saya artis. Mereka sangat kreatif. 259 00:16:32,960 --> 00:16:35,520 Mereka beraksi di atas pentas dan menjadi tumpuan. 260 00:16:36,120 --> 00:16:38,080 Mereka beri inspirasi, kelakar. 261 00:16:38,160 --> 00:16:40,800 Mereka tahu cara untuk tarik perhatian 262 00:16:41,360 --> 00:16:43,480 dan kadangkala, mereka keterlaluan. 263 00:16:43,960 --> 00:16:46,320 Saya dan abang saya bertuah kerana dapat merasainya. 264 00:16:46,400 --> 00:16:49,080 Walaupun mereka hanya popular di Belgium 265 00:16:49,160 --> 00:16:51,160 dan hidup kami sederhana, 266 00:16:52,080 --> 00:16:54,760 kami masih rasa seperti kami dibayangi mereka. 267 00:17:04,640 --> 00:17:06,160 DIARI 268 00:17:06,240 --> 00:17:07,800 AWAS ORANG YANG NARSISISTIK 269 00:17:07,880 --> 00:17:10,360 JANGAN PERTIMBANGKAN KEKURANGAN INI 270 00:17:14,920 --> 00:17:15,920 Tengoklah. 271 00:17:17,200 --> 00:17:18,800 Ia menarik dan menyedihkan. 272 00:17:18,880 --> 00:17:23,520 "Jika saya sebut tentang ibu bapa saya, orang akan sebut tentang kerja mereka. 273 00:17:23,600 --> 00:17:26,040 'Awak dengar dia di radio? Ibu awak masih lucu? 274 00:17:26,120 --> 00:17:30,680 Ibu bapa awak rakam diri sendiri? Saya nampak mak awak di TV. Dia hebat.' 275 00:17:30,760 --> 00:17:31,840 Saya tak peduli. 276 00:17:32,520 --> 00:17:37,160 Bagi saya, mereka melampau. 277 00:17:37,240 --> 00:17:39,960 Orang tak sedar. Saya cuma anak mereka." 278 00:17:42,360 --> 00:17:44,000 Gila. 1 Mei 2011. 279 00:17:44,840 --> 00:17:48,520 SAYA CUMA ANAK MEREKA 280 00:17:52,080 --> 00:17:53,520 Pergi main di luar sana. 281 00:18:11,000 --> 00:18:15,480 Mereka menderita akibat kemasyhuran kami. Tapi kami tak sedar. 282 00:18:16,240 --> 00:18:18,360 Mereka "anak-anak artis". 283 00:18:18,440 --> 00:18:21,360 Semasa kami beli barang di pasar raya, 284 00:18:21,440 --> 00:18:23,320 orang akan jumpa kami. 285 00:18:23,400 --> 00:18:24,960 Bagi anak-anak saya, saya… 286 00:18:25,040 --> 00:18:28,800 Mereka pernah kata ia tak mudah. Tapi kami tak sedar. 287 00:18:28,880 --> 00:18:30,360 Sekarang baru kami sedar. 288 00:18:30,840 --> 00:18:32,800 Tapi keadaan dah terbalik. 289 00:18:34,400 --> 00:18:35,240 Kami bukan… 290 00:18:35,320 --> 00:18:36,520 Kadang-kadang, saya… 291 00:18:37,000 --> 00:18:38,800 Saya cuma "ayahnya". 292 00:18:40,280 --> 00:18:42,680 AYAH 293 00:18:48,760 --> 00:18:50,320 Brussels sudah tiba! 294 00:18:50,400 --> 00:18:52,960 Ayah saya tentu hebat 295 00:18:54,160 --> 00:18:55,440 kerana rasa teruja. 296 00:18:55,520 --> 00:18:58,480 Seperti perasaan saya ketika melihat adik saya berjaya 297 00:18:58,560 --> 00:19:01,640 dan turut sama menikmati kejayaan saya sendiri. 298 00:19:01,720 --> 00:19:04,920 Bayangkan perasaan ayah saya. Dia hampir 60 tahun 299 00:19:05,000 --> 00:19:06,400 dan anak-anaknya… 300 00:19:06,480 --> 00:19:09,680 Mari kita mulakan dengan saya. Saya buat karya sendiri 301 00:19:15,240 --> 00:19:17,560 dan dia sangat kagum. 302 00:19:18,160 --> 00:19:21,120 "Berapa tontonan minggu ini?" Saya jawab, "10,000." 303 00:19:21,960 --> 00:19:24,160 "Hebatnya." Dia terkejut. 304 00:19:25,640 --> 00:19:28,040 PENYANYI RAP DAN ABANG 305 00:19:28,120 --> 00:19:30,520 ADIK 306 00:19:30,600 --> 00:19:32,960 ANAK PEREMPUAN 307 00:19:38,600 --> 00:19:41,240 Mereka dikenali sebagai "ibu bapa artis". Pelik betul. 308 00:19:41,320 --> 00:19:43,560 Mereka terkenal sebagai ibu bapa kami. 309 00:19:44,200 --> 00:19:46,920 Saya masih rasa bersalah kerana berada di sini. 310 00:19:47,520 --> 00:19:48,520 Tapi… 311 00:19:49,400 --> 00:19:51,600 Saya cuma mahu diiktiraf. 312 00:19:52,320 --> 00:19:53,560 Sebagai manusia 313 00:19:54,160 --> 00:19:57,080 dan individu tanpa dikaitkan dengan ibu bapa saya. 314 00:20:07,520 --> 00:20:10,440 Bagus. Jangan bergerak, saya tak pasti. 315 00:20:10,520 --> 00:20:12,000 Semasa bermain muzik, 316 00:20:12,080 --> 00:20:15,040 saya rasa saya istimewa. Saya ingin bersuara. 317 00:20:15,120 --> 00:20:19,480 Mujurlah, guru piano saya, Ania, nampak bakat saya. 318 00:20:19,560 --> 00:20:21,000 Jadi, dia galakkan saya. 319 00:20:26,360 --> 00:20:29,160 Orang selalu nak tahu orang yang main piano? "Angèle." 320 00:20:29,240 --> 00:20:31,160 Sekali lagi, saya rasa istimewa. 321 00:20:31,240 --> 00:20:33,520 Ia buat saya rasa berharga. 322 00:20:33,600 --> 00:20:37,240 Tapi saya tak boleh main sendiri. 323 00:20:37,320 --> 00:20:40,760 Kalau orang terlalu sibuk, saya tak boleh main dengan kuat 324 00:20:40,840 --> 00:20:42,760 atau menyanyi dengan kuat. 325 00:20:42,840 --> 00:20:44,840 Saya tak mahu tarik perhatian. 326 00:20:44,920 --> 00:20:47,240 Jadi, saya belajar bermain piano 327 00:20:47,320 --> 00:20:49,080 dan menyanyi dengan perlahan. 328 00:20:55,080 --> 00:20:56,080 Bagus. 329 00:20:56,560 --> 00:20:59,320 Ayah saya tegas kerana ini kerjanya. 330 00:20:59,880 --> 00:21:01,240 Kalau saya main piano, 331 00:21:01,320 --> 00:21:02,400 dia selalu kata, 332 00:21:02,480 --> 00:21:05,840 "Awak perlu berusaha lebih keras." 333 00:21:05,920 --> 00:21:08,560 Dia fikir saya tak cukup rajin. 334 00:21:08,640 --> 00:21:10,920 A 335 00:21:11,920 --> 00:21:13,040 D… 336 00:21:16,680 --> 00:21:18,360 Mari buat kita buat bersama. 337 00:21:18,440 --> 00:21:22,080 Kita tak boleh main begitu… Ia bukan sekadar hobi. 338 00:21:34,280 --> 00:21:36,480 "Kenapa ayah saya begitu 339 00:21:36,560 --> 00:21:37,960 menjengkelkan… 340 00:21:38,040 --> 00:21:41,800 Kenapa dia nak saya jadi pemuzik profesional? 341 00:21:41,880 --> 00:21:44,960 Ini kerjanya. Saya tak perlu ikut jejak langkahnya." 342 00:21:47,160 --> 00:21:48,240 Teruskan. 343 00:21:53,520 --> 00:21:55,520 "Muzik perlukan kerja keras. 344 00:21:56,880 --> 00:21:58,480 Maaf, ayah. 345 00:21:58,560 --> 00:22:00,880 Saya tak suka muzik macam ayah. 346 00:22:01,760 --> 00:22:05,400 Saya suka piano, tapi ia takkan jadi kerjaya saya." 347 00:22:16,600 --> 00:22:18,480 "Saya suka piano, 348 00:22:18,560 --> 00:22:21,960 tapi ia takkan jadi kerjaya saya." 349 00:22:23,200 --> 00:22:26,320 Saya betul-betul tulis, "Ia takkan jadi kerjaya saya." 350 00:22:27,760 --> 00:22:28,760 Tak sangka. 351 00:22:33,120 --> 00:22:35,320 3. RUMAH SAYA 352 00:22:41,200 --> 00:22:43,640 5 MEI 2020 353 00:22:43,720 --> 00:22:45,520 BRUSSELS 2 RANGKAP PERTAMA OKEY 354 00:22:48,600 --> 00:22:51,920 Aku terhutang budi kepadamu 355 00:22:52,000 --> 00:22:55,000 Brussels, aku cintakanmu 356 00:22:55,080 --> 00:22:57,080 Aku rindukanmu 357 00:22:57,160 --> 00:22:58,160 Tak guna. 358 00:22:58,640 --> 00:22:59,640 Siap. 359 00:23:00,040 --> 00:23:01,280 Tak susah sangat pun. 360 00:23:02,000 --> 00:23:04,640 BRUSSELS AKU CINTAKANMU 361 00:23:04,720 --> 00:23:06,720 Perintah berkurung ini sukar 362 00:23:06,800 --> 00:23:07,960 bagi semua orang. 363 00:23:08,920 --> 00:23:11,080 Saya tinggal di tempat berbeza. 364 00:23:11,160 --> 00:23:14,280 Saya terperangkap agak lama di Paris. 365 00:23:14,360 --> 00:23:15,360 Tak guna. 366 00:23:15,960 --> 00:23:16,960 Dua. 367 00:23:21,040 --> 00:23:22,120 Ia menarik tak? 368 00:23:24,560 --> 00:23:25,560 Sekejap. 369 00:23:26,200 --> 00:23:28,560 Saya suka Paris. Ia indah. 370 00:23:28,640 --> 00:23:31,240 Ia ada semuanya tapi ia bukan tanah air saya. 371 00:23:31,720 --> 00:23:35,160 Saya nak tulis luahan cinta kepada tempat saya membesar. 372 00:23:35,240 --> 00:23:36,520 Brussels, aku cintakanmu 373 00:23:36,600 --> 00:23:39,680 Brussels, aku cintakanmu Kau kota tercinta 374 00:23:39,760 --> 00:23:42,360 Brussels, aku cintakanmu 375 00:23:43,240 --> 00:23:47,000 Benda-benda biasa yang bersifat peribadi seperti inilah 376 00:23:47,080 --> 00:23:48,960 yang menjadi fokus album kedua. 377 00:23:49,840 --> 00:23:52,040 Ia tak bersifat universal seperti album pertama. 378 00:23:52,120 --> 00:23:56,680 Ia takkan mengubah dunia, tapi ia ikhlas dan dekat dengan hati saya. 379 00:23:57,320 --> 00:23:58,320 Saya rasalah. 380 00:24:06,320 --> 00:24:11,640 Bagi saya, menulis lagu, oleh sebab ia kerja ayah saya, 381 00:24:12,440 --> 00:24:14,440 tak boleh menjadi sekadar hobi. 382 00:24:15,280 --> 00:24:18,720 Pada masa yang sama, saya tak mahukannya sebagai kerjaya. 383 00:24:18,800 --> 00:24:20,480 Jadi, saya tersepit. 384 00:24:20,560 --> 00:24:23,480 Saya tahu saya berbakat dan saya suka hakikat itu, 385 00:24:24,000 --> 00:24:28,360 tapi saya tak nak teruskan. Saya tak mahu buat kerja ayah saya. 386 00:24:28,440 --> 00:24:30,520 Saya fikir ia sukar. 387 00:24:31,080 --> 00:24:34,280 Malah, membahayakan kesihatan mentalnya. 388 00:24:34,360 --> 00:24:36,520 Itulah yang saya sangka. 389 00:24:36,600 --> 00:24:37,960 {\an8}NAIK KERETA API 390 00:24:38,040 --> 00:24:38,960 {\an8}SATU, DUA TIGA 391 00:24:39,040 --> 00:24:42,080 Dulu, saya tak suka telefon pintar. 392 00:24:42,160 --> 00:24:43,280 Saya guna Nokia. 393 00:24:43,360 --> 00:24:45,680 Saya tak guna Snapchat atau Instagram. 394 00:24:45,760 --> 00:24:47,200 Saya cuma guna Facebook. 395 00:24:47,680 --> 00:24:52,840 Kawan baik saya kata, "Awak tentu akan suka Instagram." 396 00:24:52,920 --> 00:24:55,360 Saya kata, "Mengarutlah. 397 00:24:55,440 --> 00:25:00,040 Terima kasih sajalah. Saya tak nak tarik perhatian macam itu." 398 00:25:00,120 --> 00:25:02,800 INSTAGRAM DAFTAR 399 00:25:02,880 --> 00:25:05,920 INSTAGRAM NAMA PENUH - ANGÈLE VAN LAEKEN 400 00:25:06,000 --> 00:25:08,000 NAMA PENGGUNA - ANGELE_VL 401 00:25:08,080 --> 00:25:09,680 SETERUSNYA 402 00:25:09,760 --> 00:25:11,760 Saya buka akaun Instagram. 403 00:25:11,840 --> 00:25:13,800 Memandangkan saya belajar muzik, 404 00:25:13,880 --> 00:25:18,160 saya ingat saya boleh gunakannya untuk menghasilkan muzik. 405 00:25:18,240 --> 00:25:21,960 Satu masalah Menjadi penghalang 406 00:25:22,040 --> 00:25:24,840 Aku benci tidur sendirian 407 00:25:24,920 --> 00:25:28,640 Lagunya menyentuh jiwaku 408 00:25:28,720 --> 00:25:31,560 Menyentuh jiwaku 409 00:25:31,640 --> 00:25:33,840 Kemudian saya mula menyanyi 410 00:25:34,520 --> 00:25:36,000 dan merakam video. 411 00:25:36,080 --> 00:25:38,280 Untuk mengelak daripada dikritik, 412 00:25:38,360 --> 00:25:39,840 saya juga buat lawak. 413 00:25:40,360 --> 00:25:43,840 Ia lebih mudah jika saya ketawa dan pakai kostum. 414 00:25:43,920 --> 00:25:46,560 Saya buat muka kelakar. 415 00:25:47,160 --> 00:25:50,320 Jadi, orang tahu yang saya taklah terlalu serius. 416 00:25:54,440 --> 00:25:56,080 Terima kasih, jalan dulu. 417 00:26:12,320 --> 00:26:18,640 {\an8}Akhirnya 418 00:26:20,040 --> 00:26:24,040 {\an8}Makananku sudah tiba 419 00:26:28,120 --> 00:26:30,560 Saya tak yakin, tapi saya tiada pengikut. 420 00:26:30,640 --> 00:26:32,640 Jadi, saya takkan rugi apa-apa. 421 00:26:32,720 --> 00:26:35,520 Hanya beberapa kawan saja yang ikut saya. 422 00:26:35,600 --> 00:26:38,840 Ketika mereka tahu saya boleh menyanyi, mereka terkejut. 423 00:26:40,000 --> 00:26:42,320 Kawan zaman kecil saya tahu saya boleh menyanyi. 424 00:26:42,840 --> 00:26:44,920 Tapi setakat itu saja pada mulanya. 425 00:26:45,840 --> 00:26:47,560 Saya ingat lagi 426 00:26:48,800 --> 00:26:51,160 beberapa reaksi pertama yang saya dapat. 427 00:26:52,440 --> 00:26:54,080 Saya ingat reaksi Sylvie. 428 00:26:54,160 --> 00:26:55,240 6 SUKAAN 429 00:26:55,320 --> 00:27:00,320 SAYA CUP JAWATAN PENGURUS! 430 00:27:00,400 --> 00:27:02,200 Ya, saya kenal Angèle. 431 00:27:02,280 --> 00:27:05,280 Dah 21 tahun kami berkawan. 432 00:27:06,760 --> 00:27:09,720 Kami satu sekolah dan tinggal berdekatan. 433 00:27:09,800 --> 00:27:12,800 Saya pernah jaga kelas Angéle semasa dia di tadika. 434 00:27:12,880 --> 00:27:15,280 Semasa saya 16 tahun, saya jaga dia. 435 00:27:15,360 --> 00:27:19,320 Saya jaga dia di rumah saya semasa ibu bapanya buat persembahan. 436 00:27:20,440 --> 00:27:24,280 Hantaran Instagram pertama Angèle yang saya tengok ialah videonya. 437 00:27:24,360 --> 00:27:26,360 Saya hantar komen sebagai gurauan. 438 00:27:26,440 --> 00:27:28,760 Saya kata, "Saya cup jawatan pengurus." 439 00:27:29,240 --> 00:27:30,360 Itu saja. 440 00:27:30,440 --> 00:27:33,400 Ketika itu, saya tahu dia cuma berseronok. 441 00:27:33,480 --> 00:27:37,360 Tapi dia boleh menyanyi. Personalitinya menarik dan dia istimewa. 442 00:27:37,440 --> 00:27:40,640 Saya tak biasa mengurus tapi tak salah kalau saya cuba. 443 00:27:41,360 --> 00:27:45,360 Saya perlukan kerja pada masa itu. Saya nak buat macam-macam. 444 00:27:45,440 --> 00:27:48,440 Saya rasa Angèle amat berpotensi. 445 00:27:48,520 --> 00:27:50,760 Saya paksa dia keluar bilik 446 00:27:50,840 --> 00:27:52,680 dan buat persembahan di bar. 447 00:27:53,840 --> 00:27:55,280 Dia teragak-agak. 448 00:27:55,360 --> 00:27:59,560 Dia tanya, "Apa yang kita buat?" Saya kata, "Tutup mata. Percayakan saya." 449 00:27:59,640 --> 00:28:01,560 Itulah cara kami bermula. 450 00:28:02,800 --> 00:28:05,800 Beri saya pita pelekat. Saya nak hantar video awak. 451 00:28:05,880 --> 00:28:09,280 Apa rasanya melepak dengan budak? 452 00:28:09,800 --> 00:28:11,400 Awak buat saya rasa dewasa. 453 00:28:12,600 --> 00:28:13,680 Saya selalu melutut. 454 00:28:13,760 --> 00:28:16,080 Angèle panggil saya "Sylvie Berani". 455 00:28:16,680 --> 00:28:18,800 Gelaran itu sesuai dengan saya. 456 00:28:18,880 --> 00:28:22,640 Angèle selalu takut-takut. Dia tak berani buat sesuatu. 457 00:28:22,720 --> 00:28:24,720 Saya nak buka peluang untuknya. 458 00:28:25,400 --> 00:28:28,360 Saya "Sylvie Berani". Selamat berkenalan. 459 00:28:28,440 --> 00:28:29,840 SYLVIE BERANI 460 00:28:29,920 --> 00:28:32,840 PENGURUS 461 00:28:34,200 --> 00:28:36,640 7 MAC 2016 462 00:28:40,600 --> 00:28:44,480 Malam ini, kunyanyikan lagumu 463 00:28:45,960 --> 00:28:48,880 Saya dalam keadaan yang sepatutnya. Saya gembira. 464 00:28:50,160 --> 00:28:52,240 Saya fikir, "Muziklah takdir saya." 465 00:28:55,400 --> 00:28:57,400 Saya takut gagal. 466 00:28:57,480 --> 00:29:00,600 Dengan ayah yang menyanyi dan ibu yang berlakon, 467 00:29:00,680 --> 00:29:04,520 saya rasa saya perlu buktikan yang saya bukan lagi budak kecil. 468 00:29:04,600 --> 00:29:06,560 Saya tak pernah sebut tentangnya… 469 00:29:07,040 --> 00:29:10,920 Saya tak mahu bantuan mereka atau tarik minat mereka. 470 00:29:11,000 --> 00:29:12,920 Saya tentu malu jika saya gagal. 471 00:29:14,040 --> 00:29:15,520 Sylvie yakin dengan saya. 472 00:29:15,600 --> 00:29:18,920 Dia kata, "Ia pasti hebat." Tapi saya tak percaya. 473 00:29:19,000 --> 00:29:22,080 Sylvie nak dapatkan slot di Archiduc. 474 00:29:22,160 --> 00:29:25,040 Ia bar jaz terkenal di Brussels. 475 00:29:25,120 --> 00:29:29,240 Saya belajar muzik jaz dan sukar menyesuaikan diri. 476 00:29:29,320 --> 00:29:33,520 Saya tertanya-tanya sama ada saya layak. Saya masih belajar. 477 00:29:33,600 --> 00:29:35,800 Tiket persembahan saya habis dijual. 478 00:29:35,880 --> 00:29:39,160 Saya jumpa Nicolas di sana. Dia pengurus kedua saya. 479 00:29:39,240 --> 00:29:42,000 Ia berlaku disebabkan Sylvie. 480 00:29:42,640 --> 00:29:44,080 Sylvie paksa saya keluar bilik. 481 00:29:44,160 --> 00:29:47,120 Dia bawa saya keluar dari rumah keluarga saya. 482 00:29:47,200 --> 00:29:50,360 SAYA SUKA HIDUP SAYA 483 00:29:52,240 --> 00:29:54,360 KESERONOKAN HARI INI 484 00:29:57,440 --> 00:30:00,800 TERIMA - TOLAK 485 00:30:03,680 --> 00:30:05,400 Nicolas dapat satu panggilan. 486 00:30:06,080 --> 00:30:10,320 Kumpulan Damso mencari pemain papan nada 487 00:30:11,760 --> 00:30:12,960 dan… 488 00:30:13,040 --> 00:30:15,360 Entah bagaimana, 489 00:30:15,440 --> 00:30:18,400 tapi mujurlah nama saya dipetik. 490 00:30:19,440 --> 00:30:25,240 Saya pun tak tahu bagaimana saya dapat pertunjukan pembukaan itu. 491 00:30:26,040 --> 00:30:27,640 Saya dapat panggilan 492 00:30:27,720 --> 00:30:30,520 daripada penerbit konsert jelajah Damso, 493 00:30:30,600 --> 00:30:34,680 dan dia tanya jika Angèle berminat bermain papan nada untuk Damso. 494 00:30:34,760 --> 00:30:37,120 Itu permintaan yang mengejutkan. 495 00:30:37,200 --> 00:30:38,600 "Ia tentu hebat 496 00:30:38,680 --> 00:30:41,840 tapi boleh tak jika dia buka konsert itu?" 497 00:30:41,920 --> 00:30:45,360 Saya pun tak sedar masa saya tanya soalan itu. 498 00:30:45,440 --> 00:30:47,680 Saya pun tak gambarkan 499 00:30:47,760 --> 00:30:50,360 dia sebagai pembuka tirai konsert Damso. 500 00:30:50,440 --> 00:30:51,520 Di depan penontonnya. 501 00:30:58,080 --> 00:31:01,040 Damso tak mahu penyanyi rap buka konsertnya. 502 00:31:01,800 --> 00:31:04,760 Dia tak tahu lagu saya kerana ia belum diterbitkan. 503 00:31:05,280 --> 00:31:07,600 Dia belum pernah dengar lagu saya. 504 00:31:07,680 --> 00:31:10,800 Dia cuma dengar saya mainkan "Bruxelles" dengan piano. 505 00:31:10,880 --> 00:31:13,760 Brussels, cintaku 506 00:31:13,840 --> 00:31:16,160 Kita pasti bertemu 507 00:31:16,240 --> 00:31:18,040 Sebaik saja Paris… 508 00:31:18,120 --> 00:31:20,960 Dia rasa nyanyian saya itu bagus. 509 00:31:21,040 --> 00:31:24,680 Dia fikir, "Okey. Ia tentu sesuai." 510 00:31:26,360 --> 00:31:27,600 Pada masa itu, Damso… 511 00:31:28,240 --> 00:31:29,680 Dia ada pengaruh besar 512 00:31:30,480 --> 00:31:34,640 dan segala yang dia sentuh kemungkinan besar akan berjaya. 513 00:31:34,720 --> 00:31:36,040 Semasa dia tanya saya, 514 00:31:36,120 --> 00:31:40,240 walaupun saya amat menyukai Damso, saya kata, "Jangan, awak gila." 515 00:31:40,320 --> 00:31:43,440 "Penontonnya belum bersedia. Mereka tentu kutuk awak." 516 00:31:49,960 --> 00:31:51,520 BILIK BERSIAP - ANGÈLE 517 00:31:51,600 --> 00:31:54,640 Tawaran itu amat mengejutkan 518 00:31:54,720 --> 00:31:58,200 pada masa saya tak meminati muzik rap. 519 00:31:58,280 --> 00:32:00,560 Saya suka muzik jaz. 520 00:32:00,640 --> 00:32:03,440 Saya hasilkan muzik, tapi bukan muzik jenis itu. 521 00:32:04,960 --> 00:32:07,840 "Kenapa saya? Apa kaitannya dengan saya? 522 00:32:07,920 --> 00:32:09,480 Saya takkan rugi apa-apa." 523 00:32:09,560 --> 00:32:11,040 Hati saya berbolak-balik. 524 00:32:11,120 --> 00:32:14,000 Mak saya kata, "Teruskan. Kamu tak rugi apa-apa." 525 00:32:14,080 --> 00:32:16,320 Ia memang benar pada masa itu. 526 00:32:26,560 --> 00:32:29,360 STRASBOURG 5 OKTOBER 2017 527 00:32:29,440 --> 00:32:32,240 PERTUNJUKAN PERTAMA 528 00:32:32,320 --> 00:32:34,720 Ayuh! 529 00:32:34,800 --> 00:32:39,880 Saya di belakang pentas. Saya dengar orang ramai teruja. 530 00:32:40,640 --> 00:32:41,840 Lampu dipadamkan. 531 00:32:43,160 --> 00:32:46,680 Saya naik ke atas pentas dan penonton terus mengebu saya. 532 00:32:46,760 --> 00:32:53,560 Dua ribu orang penonton mengebu saya seolah-olah saya tak dialu-alukan. 533 00:32:58,640 --> 00:33:02,000 Saya keluarkan telefon untuk merakamnya. 534 00:33:02,080 --> 00:33:04,320 Saya boleh dengar orang mula menjerit. 535 00:33:04,400 --> 00:33:07,520 Kami sedar yang penonton tak gembira. 536 00:33:07,600 --> 00:33:09,280 Mereka mengebu. 537 00:33:09,360 --> 00:33:11,880 Mereka mencarut. Kami abaikan saja. 538 00:33:16,920 --> 00:33:20,760 Saya dan Nico saling berpandangan dan kata, "Kita gila agaknya. 539 00:33:20,840 --> 00:33:26,120 Kenapa kita buat begitu? Teruklah dia. Dia akan hilang keyakinan." 540 00:33:37,720 --> 00:33:38,720 Damso muncul. 541 00:33:39,480 --> 00:33:40,920 Dia tak perasan apa-apa. 542 00:33:41,000 --> 00:33:43,920 Orang mula bersorak. Saya bermain seolah-olah… 543 00:33:44,000 --> 00:33:46,440 Saya fikir, "Teruknya saya kena tadi." 544 00:33:51,080 --> 00:33:53,680 Saya rasa ia sukar. 545 00:33:53,760 --> 00:33:57,240 Tapi saya tak sedar. Saya cuma beraksi macam biasa. 546 00:33:57,320 --> 00:33:59,920 Kemudian baru saya tahu yang dia terasa. 547 00:34:00,000 --> 00:34:02,000 Berikan tepukan untuk Angèle. 548 00:34:07,040 --> 00:34:09,640 Mereka fikir saya gila kerana buat begini. 549 00:34:09,720 --> 00:34:12,440 Jika saya suka seseorang, saya akan sokong dia. 550 00:34:12,520 --> 00:34:16,160 Itu memang sifat saya. Saya tak rasa saya buat salah. 551 00:34:16,240 --> 00:34:20,360 Jika saya suka semangatnya, saya akan sokong dia. 552 00:34:20,440 --> 00:34:22,640 Jangan pedulikan hal lain. 553 00:34:23,720 --> 00:34:27,640 Saya buat hantaran di Instagram dan saya minta orang sokong dia 554 00:34:27,720 --> 00:34:29,480 kerana kerja ini amat sukar. 555 00:34:29,560 --> 00:34:32,000 ANDA TAK NAMPAK DIA TAPI DIA PASTI BERJAYA 556 00:34:33,080 --> 00:34:34,440 Kami pulang. 557 00:34:34,520 --> 00:34:36,080 Suasana agak muram. 558 00:34:36,160 --> 00:34:37,680 Sylvie dah tertidur. 559 00:34:37,760 --> 00:34:41,760 Saya termenung di katil, dan terdengar-dengar jeritan penonton. 560 00:34:42,520 --> 00:34:45,800 "Adakah ia akan berterusan selama tiga bulan?" 561 00:34:45,880 --> 00:34:47,080 Saya mula fikir, 562 00:34:47,720 --> 00:34:49,520 "Apa saya patut buat?" 563 00:34:50,040 --> 00:34:52,720 Saya tak mahu anggap ia satu kegagalan. 564 00:34:52,800 --> 00:34:54,640 Saya tak sanggup. 565 00:34:55,320 --> 00:34:58,800 Pada masa yang sama, saya tak tahu cara untuk mengelak 566 00:34:59,560 --> 00:35:02,200 kebencian yang seteruk itu 567 00:35:02,280 --> 00:35:06,440 dan berdepan dengan penonton yang menolak kehadiran saya. 568 00:35:07,120 --> 00:35:10,400 PERTUNJUKAN KEDUA 569 00:35:10,480 --> 00:35:12,520 Bagaimana perasaan awak? 570 00:35:13,080 --> 00:35:17,000 Macam biasa. Saya gementar tapi ia perlu diteruskan. 571 00:35:17,080 --> 00:35:19,680 - Apa yang awak buat tadi? - Buang air besar. 572 00:35:21,080 --> 00:35:22,480 Dia agak penat. 573 00:35:25,320 --> 00:35:26,640 Mana Angèle? 574 00:35:27,320 --> 00:35:28,320 Dia di sini. 575 00:35:31,560 --> 00:35:33,240 Saya naik pentas. 576 00:35:33,320 --> 00:35:36,120 Entah apa yang saya fikirkan, 577 00:35:36,200 --> 00:35:38,640 tapi saya mula bertekad. 578 00:35:39,400 --> 00:35:43,400 Agaknya itulah yang saya rasa. Padahal, saya tak yakin langsung. 579 00:35:43,480 --> 00:35:45,720 Saya fikir, "Saya nak cuba cara lain." 580 00:35:46,200 --> 00:35:51,640 Saya tak nak beri penonton peluang untuk berasa tidak gembira. 581 00:35:51,720 --> 00:35:52,720 Ayuh. 582 00:35:58,320 --> 00:35:59,960 Selamat petang! Apa khabar? 583 00:36:00,960 --> 00:36:02,040 Anda dah bersedia? 584 00:36:02,120 --> 00:36:04,080 Ya! 585 00:36:06,640 --> 00:36:09,600 Nama saya Angèle. Saya gembira berada di sini. 586 00:36:09,680 --> 00:36:12,160 Terima kasih, Damso, kerana menjemput saya. 587 00:36:16,600 --> 00:36:18,960 Mereka gembira. 588 00:36:20,200 --> 00:36:23,880 Angèle! 589 00:36:23,960 --> 00:36:25,480 Sekali 590 00:36:26,800 --> 00:36:28,320 Dua kali 591 00:36:29,560 --> 00:36:31,520 Tiga untukmu 592 00:36:31,600 --> 00:36:34,720 Tak semena-mena, penonton mula sebut nama saya. 593 00:36:34,800 --> 00:36:37,440 Mereka jerit nama saya. 594 00:36:37,520 --> 00:36:39,040 Ayuh, Angèle! 595 00:36:39,640 --> 00:36:41,240 Ia juga agak mengarut. 596 00:36:42,120 --> 00:36:47,600 Penonton tak menjangka kemunculan saya, jadi situasi ini perlu diperbodohkan. 597 00:36:48,240 --> 00:36:53,160 Tindakan kami di luar jangkaan, jadi saya rasa sangat seronok. 598 00:36:53,240 --> 00:36:56,960 Rasanya saya berjaya ambil kesempatan daripada situasi ini. 599 00:36:59,120 --> 00:37:03,000 Dia tak dapat apa-apa pun dengan menyokong dan menonjolkan saya. 600 00:37:03,080 --> 00:37:05,080 Dia lakukannya demi muzik 601 00:37:05,160 --> 00:37:07,760 dan kerana dia suka usaha saya. 602 00:37:08,600 --> 00:37:11,080 Saya juga tak sangka ia berterusan. 603 00:37:11,760 --> 00:37:14,000 Kami sedang buat projek baru. 604 00:37:14,720 --> 00:37:17,400 Baguslah kami dapat meneruskan kerjasama kami. 605 00:37:18,640 --> 00:37:21,760 Saya banyak belajar dengannya. Ia bantu kerjaya saya. 606 00:37:22,520 --> 00:37:24,360 Ia buat saya lebih bersemangat. 607 00:37:25,080 --> 00:37:29,600 Saya selalu rasa saya perlu buktikan kehebatan saya di atas pentas. 608 00:37:30,320 --> 00:37:33,440 Saya perlu bertanggungjawab atas segala yang berlaku. 609 00:37:33,520 --> 00:37:36,160 Saya tak boleh tipu atau cuba ambil hati. 610 00:37:36,720 --> 00:37:39,240 Pertama, jangan mengalah 611 00:37:39,320 --> 00:37:41,920 Kedua, demi cinta 612 00:37:42,000 --> 00:37:43,760 Yang ketiga untukmu 613 00:37:43,840 --> 00:37:45,560 Saya mula tulis lagu sendiri. 614 00:37:46,160 --> 00:37:49,120 Sejak itu, saya mula rasa 615 00:37:49,200 --> 00:37:52,480 lebih puas hati kerana ia rasa lebih jujur. 616 00:37:52,560 --> 00:37:55,760 Saya tahu cara untuk merealisasikan idea saya. 617 00:37:56,800 --> 00:37:58,720 Wanita muda ini sedang tular 618 00:37:58,800 --> 00:38:01,320 di kawasan yang menggunakan bahasa Perancis dan Belanda. 619 00:38:01,400 --> 00:38:04,640 Namanya Angèle. Lagunya berjudul "La loi de Murphy". 620 00:38:04,720 --> 00:38:06,440 Angèle, "La loi de Murphy." 621 00:38:06,520 --> 00:38:07,760 Ya! 622 00:38:07,840 --> 00:38:09,440 Set pertunjukan yang hebat. 623 00:38:10,760 --> 00:38:11,760 Ya Tuhan. 624 00:38:12,680 --> 00:38:14,720 Pertama, jangan mengalah 625 00:38:14,800 --> 00:38:16,600 Semuanya berlaku dengan cepat. 626 00:38:17,080 --> 00:38:20,640 Saya tak sangka ia akan dapat sambutan secepat ini. 627 00:38:21,560 --> 00:38:24,960 Kami tak tahu cara mempromosikan album. 628 00:38:25,040 --> 00:38:27,240 Kami tak rancang apa-apa. 629 00:38:27,800 --> 00:38:29,400 Kami langsung tak bersedia. 630 00:38:30,480 --> 00:38:32,280 Kami terbitkan video itu. 631 00:38:32,360 --> 00:38:34,480 Saya tiada syarikat rakaman. 632 00:38:34,560 --> 00:38:37,880 Saya tak ada banyak sumber. Kami karyawan bebas. 633 00:38:38,440 --> 00:38:41,200 Berjuta-juta orang beri sambutan. 634 00:38:41,280 --> 00:38:45,480 Saya nampak semua ini berlaku dari apartmen saya di Brussels. 635 00:38:46,160 --> 00:38:49,960 Saya tak tahu situasinya. Saya baca komen. 636 00:38:50,040 --> 00:38:52,160 Saya boleh rasakannya. 637 00:38:52,240 --> 00:38:55,480 Saya fikir, "Saya mungkin dah buat kesilapan besar. 638 00:38:56,200 --> 00:38:58,800 Ia mungkin semakin tak terkawal." 639 00:39:04,200 --> 00:39:11,120 4. GEMBIRA? 640 00:39:12,040 --> 00:39:16,160 Saya sangat takut kerana e-mel… Bila saya hantar e-mel ini? 641 00:39:16,240 --> 00:39:17,480 Okey, 5.20 petang. 642 00:39:19,000 --> 00:39:22,400 "Hai. Sylvie, saya nak minta maaf atas masalah saya. 643 00:39:22,480 --> 00:39:26,560 Saya tahu awak kerja keras. Awak tak bersalah atas ketakutan saya." 644 00:39:26,640 --> 00:39:29,000 Saya boleh hantar e-mel ini bila-bila… 645 00:39:29,760 --> 00:39:32,960 "Kamu berdua perlu tahu diri saya yang sebenar. 646 00:39:33,640 --> 00:39:36,400 Saya berpura-pura berani di atas pentas. 647 00:39:36,480 --> 00:39:40,480 Saya buat kerana ia peluang yang membuka pintu banyak peluang lain. 648 00:39:41,960 --> 00:39:43,480 Semua ini menakjubkan. 649 00:39:43,560 --> 00:39:46,120 Tapi ini untuk projek ANGÈLE." 650 00:39:49,440 --> 00:39:51,320 "Saya tak berhak merungut. 651 00:39:51,400 --> 00:39:55,240 Tak logik rasanya kerana ia sudah cukup bagus. 652 00:39:55,320 --> 00:39:58,920 Tapi kenapa sudah sebulan saya sukar tidur 653 00:39:59,000 --> 00:40:03,080 dan saya mengalami serangan panik serta kerap menangis? 654 00:40:03,920 --> 00:40:06,000 Saya cuma sensitif dan cemas. 655 00:40:06,080 --> 00:40:09,600 Saya gagal bezakan kehidupan peribadi dengan kehidupan profesional. 656 00:40:09,680 --> 00:40:12,560 Itu projek Angèle. Saya perlu hadapi akibatnya." 657 00:40:16,560 --> 00:40:18,520 Kesannya menakutkan saya. 658 00:40:19,200 --> 00:40:22,880 Orang takkan sangka kerana ia terlalu hebat. 659 00:40:22,960 --> 00:40:24,640 Tapi sejak Isnin lalu, 660 00:40:24,720 --> 00:40:26,960 wajah sebenar saya muncul di YouTube. 661 00:40:27,040 --> 00:40:30,000 Ia benar-benar saya. Saya pun suka. 662 00:40:30,080 --> 00:40:32,920 Saya fikir semula tentang segala yang berlaku. 663 00:40:33,000 --> 00:40:36,040 Saya mula dapat mesej dan tawaran. 664 00:40:36,120 --> 00:40:38,280 Saya perlu hadapinya seorang diri. 665 00:40:38,360 --> 00:40:41,680 Jika ia tak berjaya, ia kegagalan saya seorang. 666 00:40:41,760 --> 00:40:43,560 Saya bukan mengada-ngada, 667 00:40:43,640 --> 00:40:47,760 kononnya tiada orang yang memahami, kerana inilah hakikatnya. 668 00:40:47,840 --> 00:40:50,920 Saya cemas. Saya kena serangan panik sekali lagi. 669 00:40:51,520 --> 00:40:54,480 Ia takkan berubah, malah, mungkin jadi lebih teruk, 670 00:40:54,560 --> 00:40:57,800 tapi kalau boleh, tolonglah faham keadaan saya. 671 00:40:57,880 --> 00:41:00,440 Saya berterima kasih atas bantuan awak. 672 00:41:00,520 --> 00:41:02,600 Saya benar-benar maksudkannya." 673 00:41:03,240 --> 00:41:05,000 Gila betul. 674 00:41:07,120 --> 00:41:08,120 Ya… 675 00:41:08,200 --> 00:41:12,040 Gila kerana ia mungkin ditulis seminggu yang lalu. 676 00:41:14,040 --> 00:41:17,960 Itu menenangkan hati kerana saya jujur dengan diri sendiri. 677 00:41:19,280 --> 00:41:22,640 Tapi ia juga mengingatkan saya kepada tempoh yang pelik. 678 00:41:22,720 --> 00:41:25,920 Semasa lagu "La Loi de Murphy" keluar, 679 00:41:26,760 --> 00:41:30,960 saya tak gembira. Namun, ia permulaan segalanya. 680 00:41:31,040 --> 00:41:36,840 Pada satu ketika dulu, saya gembira tanpa sebarang kebimbangan. 681 00:41:36,920 --> 00:41:40,280 Saya berkarya tapi saya masih boleh keluar. 682 00:41:40,360 --> 00:41:43,560 Saya masih boleh berparti dengan kawan-kawan. 683 00:41:43,640 --> 00:41:45,920 Saya sangat seronok. 684 00:41:46,000 --> 00:41:48,640 Tapi tiba-tiba, lagu itu keluar. 685 00:41:48,720 --> 00:41:52,160 Orang beri sambutan. Saya dapat pesanan dan ulasan pertama. 686 00:41:52,240 --> 00:41:55,560 Tiba-tiba saja, saya perlu hadapi sesuatu yang ganas. 687 00:41:55,640 --> 00:41:58,600 Saya dapat maklum balas daripada jutaan orang. 688 00:41:58,680 --> 00:42:01,560 Di rumah, saya boleh pakai baju tidur, rambut saya berminyak 689 00:42:01,640 --> 00:42:03,320 dan gigi saya tak bergosok. 690 00:42:03,400 --> 00:42:06,720 Saya tengok komputer, ada ribuan tontonan 691 00:42:06,800 --> 00:42:09,520 dan ribuan lain di sekeliling saya. 692 00:42:09,600 --> 00:42:10,720 Saya mula paranoid. 693 00:42:10,800 --> 00:42:14,120 Pada hari "La loi de Murphy" keluar, saya rasa paranoid. 694 00:42:14,200 --> 00:42:18,440 Seolah-olah semua orang sedang memerhati. Padahal sesiapa pun tak peduli. 695 00:42:18,520 --> 00:42:22,040 Selepas itu, saya asyik menangis sepanjang hari. 696 00:42:22,600 --> 00:42:23,600 Saya rasa takut. 697 00:42:23,640 --> 00:42:26,040 Saya fikir, "Apa saya dah buat?" 698 00:42:26,120 --> 00:42:29,680 Mungkin saya takut kerana dalam hati saya, saya tahu 699 00:42:29,760 --> 00:42:32,720 saya tak mahu melepaskan semua ini. 700 00:42:33,520 --> 00:42:35,640 Itulah harapan saya. 701 00:42:35,720 --> 00:42:37,400 Saya mahu semua ini berlaku. 702 00:42:37,480 --> 00:42:40,320 Tapi sebahagian hati saya rasa, 703 00:42:40,400 --> 00:42:42,040 "Apa yang akan berlaku?" 704 00:42:43,960 --> 00:42:46,160 ANGÈLE, GADIS ANTIDEWI KIRIMAN SYURGA 705 00:42:55,600 --> 00:42:59,000 Playboy hubungi saya. Mereka nak baiki imej mereka. 706 00:42:59,600 --> 00:43:01,040 Saya tahu majalah itu. 707 00:43:02,600 --> 00:43:04,880 Mereka nak menampilkan gambar saya. 708 00:43:04,960 --> 00:43:07,120 NOMBOR EMPAT - SEPTEMBER 2017 709 00:43:07,200 --> 00:43:10,600 Keluaran seterusnya 710 00:43:10,680 --> 00:43:13,320 akan menumpukan pada isu feminisme 711 00:43:13,400 --> 00:43:14,480 dan suara wanita. 712 00:43:14,560 --> 00:43:16,440 Ia tak berunsur seks. 713 00:43:16,520 --> 00:43:18,920 Saya ragu-ragu tapi saya setuju melakukannya. 714 00:43:19,000 --> 00:43:23,200 Mungkin menarik juga kalau kami bincang tentang muzik saya. 715 00:43:23,280 --> 00:43:25,720 Ia bertentangan dengan fokus mereka 716 00:43:25,800 --> 00:43:28,880 dan keadaan mungkin berubah. 717 00:43:30,120 --> 00:43:32,240 Temu bual itu berjalan lancar. 718 00:43:32,320 --> 00:43:35,760 Tapi apabila saya lihat majalah itu, saya terkejut. 719 00:43:35,840 --> 00:43:39,240 Saya rasa mereka tak jujur. 720 00:43:40,480 --> 00:43:44,960 Tambahan pula, gambar yang mereka pilih… 721 00:43:45,040 --> 00:43:48,400 Kami ambil gambar itu beberapa bulan sebelum itu. 722 00:43:48,920 --> 00:43:50,880 Kami setuju takkan menggunakannya 723 00:43:50,960 --> 00:43:55,600 kerana saya muda, berambut perang dengan bibir merah yang menjuih. 724 00:43:55,680 --> 00:43:58,760 Kami rasa ia terlalu menggoda. 725 00:43:58,840 --> 00:44:02,640 Saya takut jika saya dijadikan objek seks tanpa persetujuan saya. 726 00:44:02,720 --> 00:44:05,480 Saya tak selesa dengan gambar itu. 727 00:44:07,400 --> 00:44:10,120 Mereka suka gambar ini. 728 00:44:10,200 --> 00:44:13,800 Saya tak bagi mereka guna kerana ia akan disalah tafsir. 729 00:44:14,840 --> 00:44:17,200 Apabila saya buka majalah itu, 730 00:44:17,280 --> 00:44:19,840 saya dapati mereka guna juga walaupun saya dah larang. 731 00:44:21,000 --> 00:44:23,600 Trauma sebenar dirasai pada hari berikutnya. 732 00:44:23,680 --> 00:44:26,680 Tabloid Belgium terbitkan juga gambar ini 733 00:44:26,760 --> 00:44:28,680 dengan tajuk… 734 00:44:29,240 --> 00:44:31,440 {\an8}"Anak Laurence dan Marka berbogel untuk Playboy." 735 00:44:31,520 --> 00:44:33,600 Ia perkara yang paling saya takuti. 736 00:44:34,080 --> 00:44:38,240 Ini bermakna, saya seorang anak dan adik 737 00:44:38,320 --> 00:44:40,320 bergambar dari segi yang seksual. 738 00:44:40,400 --> 00:44:42,280 Ia bagaikan mimpi ngeri. 739 00:44:42,360 --> 00:44:43,440 Saya rasa malu. 740 00:44:43,520 --> 00:44:46,680 Ketika itu, saya baru mula yakin. 741 00:44:46,760 --> 00:44:49,360 Saya dah mulakan syarikat rakaman sendiri. 742 00:44:49,440 --> 00:44:52,680 Saya berdikari dan tak tinggal bersama keluarga lagi. 743 00:44:52,760 --> 00:44:56,000 Saya buat semuanya sendiri. Saya tulis dan mainkan lagu… 744 00:44:56,080 --> 00:44:59,760 Saya mula rasa saya boleh buat semuanya sendiri. 745 00:45:00,400 --> 00:45:02,040 Artikel itu buat saya rasa 746 00:45:02,120 --> 00:45:04,600 seperti seorang gadis mentah. 747 00:45:04,680 --> 00:45:07,520 Gadis berambut perang yang buka baju untuk lelaki 748 00:45:07,600 --> 00:45:10,400 sebagai satu-satunya cara untuk tarik perhatian. 749 00:45:13,800 --> 00:45:17,640 PESANAN SUARA 30 SEPTEMBER 2017 750 00:45:19,200 --> 00:45:20,520 Maafkan saya, semalam, 751 00:45:21,320 --> 00:45:25,800 satu majalah tulis benda-benda teruk tentang saya. 752 00:45:25,880 --> 00:45:32,240 "Anak gadis Laurence Bibot dan Marka berbogel untuk majalah Playboy." 753 00:45:32,320 --> 00:45:33,760 Saya menangis seharian. 754 00:45:33,840 --> 00:45:37,000 Saya tak dapat lupakannya dan tak dapat buat apa-apa. 755 00:45:37,080 --> 00:45:40,520 Ada ramai orang yang nak jaja saya 756 00:45:40,600 --> 00:45:42,480 dan guna gambar saya… 757 00:45:43,680 --> 00:45:45,120 Saya 21 tahun. 758 00:45:45,200 --> 00:45:47,120 Saya habiskan hidup saya 759 00:45:47,200 --> 00:45:51,320 dengan memberi nasihat, tulis lagu cinta yang indah-indah… 760 00:45:52,760 --> 00:45:55,760 Saya jaga tingkah laku, benda yang saya tunjuk 761 00:45:55,840 --> 00:45:57,280 dan tak berpura-pura. 762 00:45:57,360 --> 00:45:59,320 Saya benci dunia yang dangkal ini 763 00:45:59,400 --> 00:46:02,040 kerana wanita dijadikan objek seks. 764 00:46:02,120 --> 00:46:05,240 Tapi keadaan dah tak terkawal dan saya dah terjerat. 765 00:46:05,960 --> 00:46:09,600 Tajuk berita paling teruk turut melibatkan ibu bapa saya. 766 00:46:09,680 --> 00:46:12,120 Ia penghinaan secara terbuka. 767 00:46:12,200 --> 00:46:13,240 Saya sedih. 768 00:46:13,320 --> 00:46:16,680 Saya tak nak menyanyi atau buat apa-apa lagi. 769 00:46:21,880 --> 00:46:26,680 Selepas itu, saya kawal segala yang dipaparkan oleh media. 770 00:46:26,760 --> 00:46:29,280 Saya sangat terkesan oleh kejadian itu. 771 00:46:29,360 --> 00:46:31,600 Mulai hari itu, saya rasa tekad. 772 00:46:31,680 --> 00:46:35,920 Saya enggan lagi dikenali sebagai anak atau adik orang lain. 773 00:46:36,000 --> 00:46:38,920 Itu bukan saya. Saya seseorang. 774 00:46:39,000 --> 00:46:42,640 Saya dah bekerja keras dan tak patut dikaitkan begini. 775 00:46:42,720 --> 00:46:45,920 Namun, saya paling sedih kerana kini saya sedar, 776 00:46:46,000 --> 00:46:49,560 kalaupun kejadian itu tidak berlaku, saya masih rasa sedih 777 00:46:49,640 --> 00:46:53,160 kerana gadis yang bergambar begitu dipandang serong, 778 00:46:53,240 --> 00:46:56,640 dan dipaksa berasa malu dan ia patut masuk akhbar. 779 00:47:36,600 --> 00:47:39,000 Semua orang tergila-gilakan wang 780 00:47:39,960 --> 00:47:42,880 Ia merangsangkan nafsu mereka 781 00:47:42,960 --> 00:47:45,600 Semua orang kejar nama 782 00:47:46,560 --> 00:47:49,000 Tanpanya, mereka tak bertenaga 783 00:47:49,720 --> 00:47:52,760 Apa gunanya? 784 00:47:52,840 --> 00:47:55,560 Kau kesunyian di depan komputer 785 00:47:56,240 --> 00:47:58,680 Bimbangkan pendapat manusia 786 00:47:59,920 --> 00:48:02,160 Namun, mereka biasa saja 787 00:48:09,280 --> 00:48:14,000 Saya rasa pelik apabila memikirkan yang semua kereta ini datang untuk saya. 788 00:48:14,080 --> 00:48:17,000 Contohnya pasangan itu. Mereka nak tonton konsert saya. 789 00:48:17,080 --> 00:48:18,080 Mereka juga. 790 00:48:18,720 --> 00:48:22,400 Lelaki yang kencing itu pun nak tengok persembahan saya. 791 00:48:22,480 --> 00:48:24,040 Mereka kenal saya 792 00:48:24,120 --> 00:48:26,360 dan luangkan malam Sabtu mereka 793 00:48:27,160 --> 00:48:29,560 dengan menonton persembahan saya. 794 00:48:29,640 --> 00:48:33,120 Sepuluh, sembilan, lapan, tujuh, 795 00:48:33,960 --> 00:48:38,600 lima, empat, tiga, dua… 796 00:48:38,680 --> 00:48:41,160 Selamat Brol baru! 797 00:48:42,280 --> 00:48:44,360 Itu dia. Brol dah keluar, kawan. 798 00:48:44,440 --> 00:48:45,320 Hei! 799 00:48:45,400 --> 00:48:48,040 Semuanya untuk saya 800 00:48:48,120 --> 00:48:50,240 Saya sangat gembira 801 00:48:51,120 --> 00:48:53,560 Dah setahun kami tunggu album ini keluar. 802 00:48:53,640 --> 00:48:56,360 Akhirnya ia dah keluar. Ia dah berjaya. 803 00:48:56,440 --> 00:48:59,880 Tiket untuk konsert di Olympia habis dalam masa dua jam. 804 00:48:59,960 --> 00:49:01,320 Awak gembira? 805 00:49:01,840 --> 00:49:05,280 Ya, tapi saya tak sedar. Tak seperti orang lain. 806 00:49:05,360 --> 00:49:07,960 ADAKAH SAYA GEMBIRA? 807 00:49:09,400 --> 00:49:10,760 - Kita dah sampai? - Ya. 808 00:49:12,800 --> 00:49:14,240 Biar betul. 809 00:49:15,760 --> 00:49:17,920 Saya sungguh tak sangka. 810 00:49:18,600 --> 00:49:19,920 Kita akan lalu begini… 811 00:49:22,240 --> 00:49:23,240 Adakah ia sesak? 812 00:49:39,560 --> 00:49:40,920 Tak mungkin. 813 00:49:44,560 --> 00:49:45,760 Tak sangka. 814 00:49:52,000 --> 00:49:53,000 Tak… 815 00:49:54,160 --> 00:49:55,520 Ia tak putus-putus. 816 00:49:55,600 --> 00:49:57,080 Dia dah sampai! 817 00:50:17,560 --> 00:50:19,280 Ia sukar difahami. 818 00:50:19,840 --> 00:50:22,120 Saya nak orang dengar muzik saya. 819 00:50:22,640 --> 00:50:25,120 Pada masa yang sama, saya rasa tak adil 820 00:50:25,200 --> 00:50:28,800 kerana saya tak mampu balas kasih sayang mereka terhadap saya. 821 00:50:29,280 --> 00:50:31,360 Apatah lagi kerana saya suka berinteraksi. 822 00:50:31,840 --> 00:50:34,440 Saya sedar saya tak boleh balas 823 00:50:35,640 --> 00:50:38,480 kasih sayang penonton saya. 824 00:50:38,560 --> 00:50:41,400 Saya hanya boleh balas dengan membuat persembahan 825 00:50:42,000 --> 00:50:44,440 dan menulis lagu, tapi itu saja. 826 00:50:44,520 --> 00:50:47,720 Saya tak pandang setiap seorang 827 00:50:48,800 --> 00:50:50,840 seperti mereka memandang saya. 828 00:50:50,920 --> 00:50:52,840 Ia tak adil dan mengecewakan. 829 00:51:02,080 --> 00:51:03,080 Kahwini saya! 830 00:51:03,160 --> 00:51:04,360 Saya minta maaf. 831 00:51:04,440 --> 00:51:08,840 Saya nak ke stesen kereta api. Kami tak boleh benarkan kamu semua masuk. 832 00:51:08,920 --> 00:51:11,360 Saya benar-benar minta maaf. Tapi… 833 00:51:11,440 --> 00:51:13,120 Angèle, kahwinilah saya. 834 00:51:13,200 --> 00:51:14,240 Awak cantik! 835 00:51:14,320 --> 00:51:16,720 Angèle! 836 00:51:16,800 --> 00:51:18,400 Maafkan saya. Terima kasih. 837 00:51:18,480 --> 00:51:20,080 Angèle! 838 00:51:20,160 --> 00:51:21,480 Bila awak balik? 839 00:51:33,760 --> 00:51:36,640 Orang tak berkelakuan seperti biasa dengan saya. 840 00:51:36,720 --> 00:51:38,840 Semua hubungan dah tak normal lagi. 841 00:51:38,920 --> 00:51:41,640 Saya ingat lagi kejadian di sebuah pesta. 842 00:51:41,720 --> 00:51:44,360 Pada masa itu, kami sedang turun dari pentas. 843 00:51:44,440 --> 00:51:47,880 Ramai orang nak bergambar dengan saya. 844 00:51:48,880 --> 00:51:52,480 Masanya tak sesuai. Malangnya, saya tak pandai menipu. 845 00:51:52,560 --> 00:51:54,120 Saya seorang yang spontan. 846 00:51:54,880 --> 00:51:57,440 Jika saya sedih, marah atau tak sihat, 847 00:51:58,080 --> 00:52:00,560 saya tak boleh berpura-pura senyum. 848 00:52:00,640 --> 00:52:02,120 Saya kata kepada mereka, 849 00:52:03,000 --> 00:52:04,800 "Saya tak boleh jumpa mereka." 850 00:52:05,360 --> 00:52:07,280 Mereka mula caci saya. 851 00:52:07,960 --> 00:52:09,600 Mereka mengamuk. 852 00:52:10,120 --> 00:52:14,200 Ada seorang wanita dengan anak-anaknya jerit, 853 00:52:14,280 --> 00:52:16,520 "Jom kita tarik rambutnya!" 854 00:52:16,600 --> 00:52:18,720 Anak-anaknya mula tarik rambut saya. 855 00:52:18,800 --> 00:52:20,200 Saya pandang ke bawah 856 00:52:20,280 --> 00:52:22,760 dan orang lain pula kata, 857 00:52:22,840 --> 00:52:24,720 "Awak teruk." 858 00:52:24,800 --> 00:52:27,160 Saya ingat lagi, 859 00:52:27,240 --> 00:52:30,320 ketika itu saya tak faham bagaimana kami jadi begitu. 860 00:52:32,680 --> 00:52:35,480 Saya fikir, "Adakah saya wujud untuk mereka? 861 00:52:35,560 --> 00:52:37,640 Adakah saya cuma sekadar bintang?" 862 00:52:37,720 --> 00:52:40,640 Ya, saya bintang, tapi mereka tak kenal saya. 863 00:52:40,720 --> 00:52:43,080 Mereka tak sedar yang saya manusia juga. 864 00:52:43,160 --> 00:52:46,880 Selepas pertunjukan itu, saya buang air macam orang lain. 865 00:52:46,960 --> 00:52:49,080 Bagi mereka, saya cuma bintang. 866 00:52:49,160 --> 00:52:53,080 Kalau saya tak bergambar dengan mereka, saya kurang ajar. 867 00:52:53,160 --> 00:52:54,320 Kesimpulannya, 868 00:52:54,400 --> 00:52:59,200 jika kita jadi artis terkenal, 869 00:52:59,280 --> 00:53:01,120 ada satu peraturan tersirat. 870 00:53:01,200 --> 00:53:02,920 Kini, awak milik orang ramai. 871 00:53:03,440 --> 00:53:05,000 SESAT 872 00:53:05,080 --> 00:53:06,560 KOSONG 873 00:53:06,640 --> 00:53:08,320 BEBAS 874 00:53:08,400 --> 00:53:12,120 DIRI SAYA 875 00:53:12,200 --> 00:53:18,280 TERUKNYA NASIB SAYA 876 00:53:19,360 --> 00:53:22,120 …parti itu 877 00:53:23,320 --> 00:53:25,360 Brussels, aku cintakanmu 878 00:53:25,920 --> 00:53:27,480 Mari kita rakam korus. 879 00:53:27,560 --> 00:53:29,160 Bunyinya bagus, bukan? 880 00:53:29,760 --> 00:53:33,040 Tukar sikit bahagian "Brussels, aku cintakanmu…" 881 00:53:33,720 --> 00:53:35,200 Brussels, aku… 882 00:53:35,280 --> 00:53:36,120 Ya, betul. 883 00:53:36,200 --> 00:53:37,520 Brussels, aku cintakanmu 884 00:53:37,600 --> 00:53:40,920 Suka hati awaklah, tapi awak perlu pilih. 885 00:53:41,000 --> 00:53:42,440 Brussels, aku cintakanmu 886 00:53:42,520 --> 00:53:43,760 Macam itu lebih baik? 887 00:53:43,840 --> 00:53:46,600 Brussels, aku cintakanmu 888 00:53:47,560 --> 00:53:49,280 Brussels, aku cintakanmu 889 00:53:49,360 --> 00:53:50,800 Sekarang, ia jadi… 890 00:53:50,880 --> 00:53:52,080 Brussels, aku cintakanmu 891 00:53:52,160 --> 00:53:55,080 - Itu bahagian… - Ya. 892 00:53:55,920 --> 00:53:58,200 - Cuba… - Brussels, aku cintakanmu 893 00:53:58,280 --> 00:54:01,560 Ya, gaya itu lebih semula jadi. 894 00:54:01,640 --> 00:54:02,640 Semuanya baik. 895 00:54:08,880 --> 00:54:10,920 Buat begini. 896 00:54:20,120 --> 00:54:23,080 Saya akan menghadiri pembukaan Cannes minggu depan. 897 00:54:23,760 --> 00:54:25,560 Bulu ketiak saya panjang. 898 00:54:26,160 --> 00:54:28,920 Saya tak mahu potong. 899 00:54:29,720 --> 00:54:30,920 Ia sangat panjang. 900 00:54:31,520 --> 00:54:33,320 Sebenarnya, 901 00:54:34,720 --> 00:54:37,040 saya nak simpan, tapi ia susah 902 00:54:37,120 --> 00:54:39,160 sebab tak ramai yang sokong. 903 00:54:39,240 --> 00:54:41,240 Mereka larang saya. 904 00:54:42,080 --> 00:54:44,280 Saya bantah. 905 00:54:45,040 --> 00:54:48,960 Dalam kehidupan sebenar, saya takkan cukur. 906 00:54:49,040 --> 00:54:51,680 Kenapa saya perlu cukur untuk Cannes? 907 00:54:51,760 --> 00:54:55,800 Saya dah pakai cantik-cantik, tapi saya tak nak cukur bulu ketiak. 908 00:54:55,880 --> 00:54:59,440 Saya tak rasa ia perlu. Kenapa saya patut cukur? 909 00:55:00,000 --> 00:55:03,480 Saya tahu saya akan dikecam. Tapi itu pun saya tak nak juga. 910 00:55:03,560 --> 00:55:05,720 Saya tak nak ia jadi isu. 911 00:55:05,800 --> 00:55:08,360 Saya mahu orang tumpukan pada karya saya. 912 00:55:08,440 --> 00:55:11,720 Bukan pakaian atau bulu ketiak saya. 913 00:55:12,720 --> 00:55:15,960 Angèle! Di sini! 914 00:55:16,040 --> 00:55:18,320 Angèle! 915 00:55:23,440 --> 00:55:25,040 "Saya impikan kebebasan, 916 00:55:25,120 --> 00:55:28,200 bebas sebelum saya dapat bebas di atas pentas. 917 00:55:29,200 --> 00:55:32,840 Yakin tanpa perlu mempedulikan kata-kata orang. 918 00:55:33,520 --> 00:55:36,120 Saya impikan sinar suria dan menunjukkan bentuk badan 919 00:55:36,200 --> 00:55:38,760 tanpa dikecam di Internet. 920 00:55:40,720 --> 00:55:43,680 Saya impikan renungan lelaki tanpa dinilai atau rasa risau. 921 00:55:43,760 --> 00:55:45,640 Tanpa mahu menguasai saya. 922 00:55:46,480 --> 00:55:49,880 Saya teringin rasa cantik tanpa memerlukan Instagram sebagai bukti. 923 00:55:51,000 --> 00:55:52,560 Saya ingin bermimpi." 924 00:55:54,120 --> 00:55:56,400 Mereka bercakap macam binatang 925 00:55:56,480 --> 00:55:58,680 Kutuk setiap wanita 926 00:55:58,760 --> 00:56:03,320 Entah apa yang kau fikir Namun aku bukan haiwan 927 00:56:03,400 --> 00:56:07,840 Ramai orang suka rap Lagi kotor, lagilah popular rap itu 928 00:56:07,920 --> 00:56:10,040 Ayuh, hentikan kitaran ini 929 00:56:10,120 --> 00:56:12,280 Gadis patut boleh bersuara 930 00:56:15,040 --> 00:56:18,480 Jadi, aku akan nyanyikan 931 00:56:18,560 --> 00:56:21,640 Kau boleh berambus 932 00:56:22,560 --> 00:56:24,440 Aku akan digam di radio 933 00:56:24,520 --> 00:56:27,600 Lagunya, "Balance ton quoi," merujuk kepada gerakan #MeToo 934 00:56:27,680 --> 00:56:31,240 #KECAMJANTAN 935 00:56:31,320 --> 00:56:34,960 Jadi, aku akan nyanyikan 936 00:56:35,040 --> 00:56:37,240 Kau boleh berambus 937 00:56:37,320 --> 00:56:41,960 Saya tulis "Balance ton quoi" selepas lelaki ganggu saya di Brussels. 938 00:56:42,920 --> 00:56:46,160 Suara wanita mula diberi perhatian 939 00:56:46,240 --> 00:56:49,280 dan artis komited untuk mengubah keadaan. 940 00:56:49,360 --> 00:56:53,520 Saya tak rasa saya layak untuk mengulas tentangnya, 941 00:56:53,600 --> 00:56:55,720 tapi saya tahu saya berhak bersuara. 942 00:56:55,800 --> 00:56:57,960 Orang kaitkan diri dengan isu ini. 943 00:56:58,040 --> 00:57:00,040 ARTIS POP SOKONG FEMINISME 944 00:57:00,120 --> 00:57:02,040 FEMINIS DAN IKON POP DALAM NY TIMES 945 00:57:02,120 --> 00:57:03,720 LAGU TEMA PASCA#METOO 946 00:57:03,800 --> 00:57:05,920 BAGAIMANA IA JADI LAGU TEMA FEMINIS? 947 00:57:06,000 --> 00:57:07,840 Kamu semua faham? 948 00:57:07,920 --> 00:57:09,480 Jika seorang gadis tolak… 949 00:57:09,560 --> 00:57:11,880 Saya rasa selalunya, ia bermakna… 950 00:57:11,960 --> 00:57:13,120 Tidak. 951 00:57:13,840 --> 00:57:15,600 Tidak. Okey. 952 00:57:24,040 --> 00:57:28,120 Saya gembira jika lagu itu menyedarkan orang tentang masalah kita. 953 00:57:28,960 --> 00:57:30,600 Tapi ia dah tak terkawal. 954 00:57:31,520 --> 00:57:34,200 Walaupun saya setuju dengan dakwaan itu 955 00:57:34,280 --> 00:57:36,720 sehingga ke hari ini, tapi saya tak pasti 956 00:57:36,800 --> 00:57:39,960 jika saya mahu terlalu terdedah begitu. 957 00:57:42,520 --> 00:57:45,640 Sesetengah orang fikir saya perasan pandai. 958 00:57:45,720 --> 00:57:48,600 Orang salahkan saya atas pelbagai masalah. 959 00:57:55,480 --> 00:57:57,920 Kita beralih kepada Roméo Elvis. 960 00:57:58,000 --> 00:58:00,480 Dia terlibat dalam kes serangan seksual. 961 00:58:00,560 --> 00:58:02,880 Penyanyi itu dituduh di Instagram 962 00:58:02,960 --> 00:58:04,720 dan dia telah meminta maaf. 963 00:58:04,800 --> 00:58:07,040 Menurutnya, dia menggunakan tangannya 964 00:58:07,120 --> 00:58:08,800 dalam cara yang tidak wajar. 965 00:58:08,880 --> 00:58:11,400 Dia fikir wanita itu menggodanya. 966 00:58:11,480 --> 00:58:14,240 Adiknya yang juga penyanyi, Angèle, 967 00:58:14,320 --> 00:58:18,040 telah diminta mengecam perbuatan abangnya di media sosial. 968 00:58:20,520 --> 00:58:23,840 DEDAHKAN SALAH LAKU ABANG AWAK 969 00:58:23,920 --> 00:58:27,120 {\an8}#KECAMPERBUATANJIJIKABANGAWAK 970 00:58:27,200 --> 00:58:30,880 ANGÈLE BERSEKONGKOL DIAM BERMAKNA SETUJU 971 00:58:30,960 --> 00:58:34,880 {\an8}TERKENA BATANG HIDUNG TOLONG AJAR ABANG AWAK 972 00:58:34,960 --> 00:58:38,880 FEMINIS TAK GUNA PERGI LEPAK DENGAN ABANG AWAK 973 00:58:39,960 --> 00:58:42,480 Selama tiga bulan saya tak keluar rumah. 974 00:58:44,320 --> 00:58:47,000 Saya dan keluarga saya marah. 975 00:58:47,840 --> 00:58:52,360 Seperti orang lain, tentulah saya mengutuk perbuatan abang saya. 976 00:58:54,520 --> 00:58:56,240 Ia kejam dan menyedihkan 977 00:58:56,320 --> 00:58:59,160 apabila melihat sesetengah orang meraikannya. 978 00:59:00,240 --> 00:59:02,000 Saya feminis yang bersuara. 979 00:59:02,840 --> 00:59:04,280 Macamlah ini salah saya. 980 00:59:04,360 --> 00:59:05,360 HORMAT 981 00:59:05,400 --> 00:59:07,640 Macamlah saya wajib terima balasannya. 982 00:59:08,160 --> 00:59:11,720 Macamlah saya tak kecewa apabila tahu tentang kejadian ini 983 00:59:11,800 --> 00:59:14,400 dan melihat abang saya dalam situasi ini. 984 00:59:15,040 --> 00:59:15,960 Tidak. 985 00:59:16,040 --> 00:59:19,160 Di Twitter, orang suruh saya bertindak segera. 986 00:59:19,760 --> 00:59:23,080 Jika tidak, ia hanya bermakna perjuangan saya sia-sia. 987 00:59:26,200 --> 00:59:28,520 SAYA MENGUTUK 988 00:59:28,600 --> 00:59:31,640 IA MENJADI AMAT PENTING KERANA KAMI BERSAUDARA 989 00:59:31,720 --> 00:59:34,400 KITA PERLU UBAH CARA KITA BERFIKIR 990 00:59:36,280 --> 00:59:38,560 Seksisme dan keganasan seksual ada di merata tempat 991 00:59:38,640 --> 00:59:41,040 sehingga saya rasa ia tak dapat diatasi. 992 00:59:41,120 --> 00:59:45,920 Kemudian, saya lihat sekeliling dan saya sedar orang boleh berubah. 993 00:59:46,000 --> 00:59:47,840 Orang boleh sedar juga. 994 00:59:47,920 --> 00:59:50,360 Lagu saya takkan mengubah keadaan, 995 00:59:50,440 --> 00:59:53,680 tapi orang akan semakin sedar dan bersuara. 996 00:59:54,400 --> 00:59:57,640 Sama ada pelakunya abang saya, kawan atau rakan sekerja, 997 00:59:58,120 --> 01:00:00,840 saya tetap mengutuk sesuatu jika saya tak suka. 998 01:00:01,400 --> 01:00:03,240 Cara wanita dilayan 999 01:00:04,000 --> 01:00:08,120 cara kita ajar lelaki bertindak apabila bersama kita harus berubah. 1000 01:00:10,360 --> 01:00:13,080 5. DIA 1001 01:00:17,920 --> 01:00:19,680 Tak sangka… 1002 01:00:23,920 --> 01:00:25,520 Dia juga hebat dalam video ini. 1003 01:00:29,840 --> 01:00:32,520 Lagipun, saya tak pernah sangka 1004 01:00:34,840 --> 01:00:36,400 dia akan… 1005 01:00:36,480 --> 01:00:38,560 - Menjadi model? - Ya. 1006 01:00:45,800 --> 01:00:46,920 Sayang… 1007 01:00:50,520 --> 01:00:52,440 Kalau datuk kamu masih hidup, 1008 01:00:53,040 --> 01:00:54,040 dia tentu bangga. 1009 01:00:58,400 --> 01:01:00,480 Mengagumkan… 1010 01:01:02,920 --> 01:01:04,200 Cantiknya budak ini. 1011 01:01:16,440 --> 01:01:17,560 Dia model, bukan? 1012 01:01:19,440 --> 01:01:21,520 Awak orang pertama yang melihatnya. 1013 01:01:21,600 --> 01:01:22,600 - Yakah? - Ya. 1014 01:01:22,680 --> 01:01:25,680 - Nenek Pilou bukan sembarangan orang. - Mestilah. 1015 01:01:26,240 --> 01:01:27,920 NENEK PILOU 1016 01:01:28,000 --> 01:01:30,680 NENEK 1017 01:01:38,480 --> 01:01:42,560 Nenek Pilou ialah nenek saya. Kami sangat rapat. 1018 01:01:43,840 --> 01:01:46,280 Dunianya berbeza daripada dunia saya. 1019 01:01:46,800 --> 01:01:48,480 Dia buat saya berpijak di bumi nyata 1020 01:01:48,560 --> 01:01:52,800 kerana dia fikir kerja saya hebat, tapi sebenarnya, dia tak faham. 1021 01:01:56,160 --> 01:02:00,080 Walaupun dengan kejayaan ini, saya masih cucunya yang sama. 1022 01:02:00,960 --> 01:02:04,640 Jadi, dia boleh terus bersederhana dan jujur dengan saya. 1023 01:02:06,880 --> 01:02:08,000 Apa cerita terbaru? 1024 01:02:10,160 --> 01:02:12,600 Nenek suka yang mana satu? 1025 01:02:12,680 --> 01:02:14,520 Lemon atau gula? 1026 01:02:14,600 --> 01:02:17,000 - Lemon atau tart gula? - Gula. 1027 01:02:17,080 --> 01:02:18,440 - Baiklah. - Ya. 1028 01:02:18,520 --> 01:02:19,560 Tidak. 1029 01:02:19,640 --> 01:02:22,440 Jangan buat begitu, sayang. 1030 01:02:23,800 --> 01:02:25,240 - Ya. - Angkat tin itu. 1031 01:02:26,800 --> 01:02:28,680 Apa pendapat nenek tentang gaya saya? 1032 01:02:29,400 --> 01:02:31,000 Ia agak luar biasa. 1033 01:02:31,080 --> 01:02:32,440 Nenek tak suka. 1034 01:02:33,440 --> 01:02:35,800 Sekurang-kurangnya, nenek jujur. 1035 01:02:35,880 --> 01:02:39,000 - Ya. Nenek jujur. - Kamu tanya pendapat nenek. 1036 01:02:39,880 --> 01:02:40,880 Susahnya. 1037 01:02:41,600 --> 01:02:42,960 Sejak zaman perang… 1038 01:02:44,360 --> 01:02:47,080 24 TAHUN 1039 01:02:49,160 --> 01:02:50,640 "Saya nak sangat menulis. 1040 01:02:51,800 --> 01:02:54,560 Saya kerap tak memahami hidup saya, 1041 01:02:54,640 --> 01:02:56,880 tapi kali ini, ia tak dijangka-jangka. 1042 01:02:58,880 --> 01:03:02,200 Walaupun saya pernah memikirkannya. Beberapa kali." 1043 01:03:22,040 --> 01:03:24,840 DIA 1044 01:03:28,800 --> 01:03:32,120 DIA 1045 01:03:34,680 --> 01:03:37,320 DILAMUN CINTA 1046 01:03:37,400 --> 01:03:39,360 Angèle kini bintang hebat. 1047 01:03:39,440 --> 01:03:42,000 Hubungan barunya akan didedahkan. 1048 01:03:42,080 --> 01:03:44,040 Anda boleh lihat dalam video ini. 1049 01:03:44,120 --> 01:03:47,440 Tengok betul-betul. Tapi takkan gambar saja. 1050 01:03:47,520 --> 01:03:50,000 Okey? Jadi, tengoklah. Laporannya akan keluar esok. 1051 01:03:50,080 --> 01:03:52,320 DIA DILAMUN CINTA SEKALI LAGI 1052 01:03:55,880 --> 01:04:00,240 PARIS, 18 NOVEMBER 2019 BERPEGANGAN TANGAN - INDAHNYA HIDUP INI 1053 01:04:02,200 --> 01:04:03,560 Dia… 1054 01:04:05,040 --> 01:04:07,960 Dia kata, "Jangan beritahu nenek. 1055 01:04:08,960 --> 01:04:10,640 Saya akan beritahu sendiri." 1056 01:04:10,720 --> 01:04:12,800 Pada suatu malam, dia telefon saya. 1057 01:04:12,880 --> 01:04:13,880 Saya dah agak. 1058 01:04:14,760 --> 01:04:17,160 Sebenarnya, saya agak… 1059 01:04:18,040 --> 01:04:21,720 Mungkin saya terlalu tegas. 1060 01:04:21,800 --> 01:04:25,160 - Dia kata, "Nenek, apa khabar?" - "Nenek baik." 1061 01:04:25,240 --> 01:04:28,480 Saya mula… 1062 01:04:29,760 --> 01:04:33,080 - Dia kata, "Apa cerita?" - Saya kata, "Tak ada apa-apa." 1063 01:04:33,800 --> 01:04:38,240 - "Saya nak beritahu sesuatu." - Saya kata, "Tidak. Tak perlu." 1064 01:04:38,840 --> 01:04:39,840 "Nenek dah tahu." 1065 01:04:41,560 --> 01:04:42,560 Begitu saja. 1066 01:04:48,760 --> 01:04:50,920 Lelaki itu dedahkan hubungan saya. 1067 01:04:51,800 --> 01:04:55,600 Dia orang pertama yang mengatakan yang saya ada teman wanita 1068 01:04:55,680 --> 01:04:58,600 dan ia amat sukar untuk saya 1069 01:04:59,360 --> 01:05:01,720 terima dan fahami. 1070 01:05:01,800 --> 01:05:03,120 Ia terlalu bersifat peribadi. 1071 01:05:03,720 --> 01:05:04,640 Dia dedahkannya 1072 01:05:04,720 --> 01:05:07,440 walaupun, ia mungkin 1073 01:05:08,880 --> 01:05:11,400 menimbulkan masalah dalam keluarga saya. 1074 01:05:15,960 --> 01:05:17,480 Kalau boleh, dia nak 1075 01:05:18,680 --> 01:05:21,560 beritahu saya lebih… 1076 01:05:22,280 --> 01:05:24,120 Bagaimana saya nak cakap, ya? 1077 01:05:24,200 --> 01:05:26,920 Menerangkannya dengan lebih jelas. 1078 01:05:27,840 --> 01:05:30,840 Saya selalu tanya, "Kenapa pilih wanita?" 1079 01:05:32,000 --> 01:05:34,240 "Kenapa lelaki?" dia jawab. 1080 01:05:37,760 --> 01:05:40,880 Ia mungkin kerana umur saya. 1081 01:05:48,600 --> 01:05:51,920 Tak ada banyak suri teladan LGBT, 1082 01:05:52,000 --> 01:05:54,560 jadi saya lambat sedar yang saya dwiseksual. 1083 01:05:55,120 --> 01:05:58,080 Ketika itu, saya 23 tahun. Saya tak boleh tipu diri sendiri. 1084 01:05:58,800 --> 01:06:00,080 Dalam situasi ini, 1085 01:06:00,160 --> 01:06:03,280 saya bukan saja hadapi keluarga saya dan soalan mereka 1086 01:06:03,360 --> 01:06:05,200 serta kemungkinan dibenci, 1087 01:06:06,080 --> 01:06:08,200 tapi juga pendapat orang ramai. 1088 01:06:09,160 --> 01:06:11,000 BIAR BETUL DIA LESBIAN 1089 01:06:11,080 --> 01:06:13,120 INI SATU PENYAKIT 1090 01:06:13,200 --> 01:06:14,960 BERAMBUS DENGAN PELANGI AWAK 1091 01:06:15,040 --> 01:06:17,320 JIJIKNYA SAYA TAK MAHU IKUT LAGI 1092 01:06:17,400 --> 01:06:20,320 Masalahnya, pendedahan ini dibuat tanpa kebenaran. 1093 01:06:21,800 --> 01:06:25,400 Baguslah orang muda kenal orang terkenal yang gay, 1094 01:06:26,160 --> 01:06:29,760 tapi saya nak pilih masa dan cara untuk mendedahkannya. 1095 01:06:30,840 --> 01:06:33,920 Ada sebab orang takut untuk mengaku yang mereka gay. 1096 01:06:34,000 --> 01:06:35,840 Akibatnya mungkin sangat kejam. 1097 01:06:38,600 --> 01:06:40,160 Sekarang, saya cuma mahu 1098 01:06:40,240 --> 01:06:42,600 menormalisasikan cinta. 1099 01:06:42,680 --> 01:06:43,920 Bagi semua jantina. 1100 01:06:45,520 --> 01:06:48,400 Kecenderungan seks tak patut jadi berita utama. 1101 01:06:48,480 --> 01:06:50,200 Ia sepatutnya perkara normal. 1102 01:06:51,560 --> 01:06:56,560 Alangkah baiknya kalau ada lebih ramai suri teladan LGBT semasa saya remaja. 1103 01:06:56,640 --> 01:06:58,920 Tak perlulah saya tipu diri sendiri. 1104 01:06:59,000 --> 01:07:01,280 Memikirkan hal ini menenangkan saya. 1105 01:07:01,360 --> 01:07:04,600 RATU ANDA 1106 01:07:14,960 --> 01:07:18,920 Jika dia tahu kau memandangnya Dengan penuh rasa cinta 1107 01:07:19,000 --> 01:07:20,640 Dia tentu takut 1108 01:07:24,120 --> 01:07:27,840 Jika dia tahu Kau sentiasa teringatkan senyumannya 1109 01:07:27,920 --> 01:07:29,480 Dia akan sakitimu 1110 01:07:32,680 --> 01:07:34,600 Janganlah kau menggesanya 1111 01:07:34,680 --> 01:07:36,680 Kelak kau dapat 1112 01:07:36,760 --> 01:07:38,480 Memenangi hatinya 1113 01:07:41,880 --> 01:07:44,120 Dia perlukan masa 1114 01:07:44,200 --> 01:07:48,080 Untuk melupakan prejudisnya 1115 01:07:49,120 --> 01:07:52,320 Kau mahu dia jadi ratumu Malam ini 1116 01:07:53,480 --> 01:07:56,880 Tapi dua ratu bersama Melanggar adat 1117 01:07:58,000 --> 01:08:01,280 Kau mahu dia jadi ratumu Malam ini 1118 01:08:02,400 --> 01:08:05,560 Raja bukan pilihan hati 1119 01:08:42,920 --> 01:08:46,080 Kau mahu dia jadi ratumu Malam ini 1120 01:08:47,600 --> 01:08:50,560 Tapi dua ratu bersama Melanggar adat 1121 01:08:51,400 --> 01:08:55,000 Kau mahu dia jadi ratumu Malam ini 1122 01:08:56,520 --> 01:08:59,920 Raja bukan pilihan hati 1123 01:09:09,960 --> 01:09:12,760 "Saya tulis surat ini kerana awak dah bantu saya. 1124 01:09:12,840 --> 01:09:14,480 Brol baru saja keluar. 1125 01:09:14,560 --> 01:09:16,720 Kami dah borak dengan kawan-kawan. 1126 01:09:16,800 --> 01:09:18,400 Mereka suka 'Ta reine'. 1127 01:09:18,920 --> 01:09:22,640 Saya belum mendengarnya. Saya diam saja. Hari terus berlalu. 1128 01:09:22,720 --> 01:09:25,720 Saya mendengarnya di rumah. Awak seolah-olah bercakap dengan saya. 1129 01:09:25,800 --> 01:09:29,880 'Ta reine' gambaran hidup saya. Ia bersifat narsisistik, tapi hebat. 1130 01:09:29,960 --> 01:09:33,600 Buat kali pertama dalam hidup saya, saya suka seseorang. 1131 01:09:33,680 --> 01:09:35,040 Dia rakan sekelas saya. 1132 01:09:35,680 --> 01:09:37,680 Kalau dia tahu saya memandangnya, 1133 01:09:38,280 --> 01:09:40,040 dia tentu cemas. 1134 01:09:40,640 --> 01:09:42,800 Perasaan saya bercampur aduk. 1135 01:09:42,880 --> 01:09:45,200 Ini kali pertama saya suka seseorang. 1136 01:09:45,680 --> 01:09:48,280 Saya tahu ia berlaku, tapi saya tak faham. 1137 01:09:48,360 --> 01:09:50,960 Terus terang, saya tak kenal diri sendiri, 1138 01:09:51,040 --> 01:09:53,960 tapi saya rasa difahami walaupun saya tak faham diri sendiri. 1139 01:09:54,040 --> 01:09:55,520 Oleh itu, terima kasih." 1140 01:10:33,720 --> 01:10:37,600 6. ERA BARU 1141 01:10:40,920 --> 01:10:42,080 29 APRIL 2021 1142 01:10:42,920 --> 01:10:45,960 {\an8}Saya nampak hodoh apabila saya guna kamera ini. 1143 01:10:47,680 --> 01:10:49,040 Mungkin rambut saya puncanya. 1144 01:10:49,120 --> 01:10:50,720 Tempoh hari, 1145 01:10:50,800 --> 01:10:52,080 saya buat… 1146 01:10:52,960 --> 01:10:54,640 Saya buat teh. Kecoh betul. 1147 01:10:55,280 --> 01:10:58,240 Saya suruh Laetitia dengar lagu. 1148 01:10:58,320 --> 01:11:01,560 Dia kawan yang juga setiausaha media saya di Belgium. 1149 01:11:02,160 --> 01:11:05,520 Semuanya baik dan dia tiba-tiba kata… 1150 01:11:05,600 --> 01:11:07,320 "Saya kurang suka liriknya. 1151 01:11:07,400 --> 01:11:11,360 Berbanding dengan Brol, lagu ini buat saya rasa tersisih. 1152 01:11:11,440 --> 01:11:13,480 Saya rasa Brol lebih bagus." 1153 01:11:14,200 --> 01:11:18,160 Dia tak kata bulat-bulat begitu, tapi dia rasa kecewa 1154 01:11:18,240 --> 01:11:19,640 kerana dalam Brol, 1155 01:11:19,720 --> 01:11:21,840 topik lagu-lagu saya 1156 01:11:21,920 --> 01:11:24,240 bersifat lebih universal. 1157 01:11:25,000 --> 01:11:27,760 Semua orang faham. Kali ini, saya lebih banyak mengkaji diri. 1158 01:11:27,840 --> 01:11:28,880 Betul. 1159 01:11:29,400 --> 01:11:32,600 Saya lalui banyak pengalaman lain sejak Brol keluar 1160 01:11:33,200 --> 01:11:35,680 yang tak semestinya berkaitan dengan muzik. 1161 01:11:36,320 --> 01:11:39,880 Saya dah berkembang. Saya lebih dewasa. 1162 01:11:39,960 --> 01:11:42,520 Saya lebih 1163 01:11:42,600 --> 01:11:45,840 bersedia untuk bercakap tentang hal serius. 1164 01:11:48,240 --> 01:11:50,360 Entahlah. Saya banyak berfikir. 1165 01:11:50,440 --> 01:11:54,440 Saya juga rasa gaya muzik saya sama saja. 1166 01:11:54,520 --> 01:11:56,160 Ia menjengkelkan 1167 01:11:56,240 --> 01:11:58,760 kerana saya tak boleh buat apa-apa. 1168 01:12:00,400 --> 01:12:02,600 Video ini bodoh. Maafkan saya. 1169 01:12:03,560 --> 01:12:06,760 Saya begini ketika saya berkarya. Saya cakap tak habis. 1170 01:12:06,840 --> 01:12:09,760 Saya membebel seorang diri macam orang tua dan… 1171 01:12:11,040 --> 01:12:13,680 Saya buat teh berulang kali. 1172 01:12:13,760 --> 01:12:16,760 Saya meragui semua karya saya. 1173 01:12:16,840 --> 01:12:19,280 Saya rasa tak guna. Itulah yang berlaku. 1174 01:12:21,480 --> 01:12:25,360 {\an8}- MASIH BERKURUNG? - YA. 1175 01:12:25,440 --> 01:12:27,440 {\an8}TEMPOH BERKURUNG INI SANGAT LAMA 1176 01:12:28,920 --> 01:12:30,120 {\an8}YA, BETUL 1177 01:12:30,200 --> 01:12:33,920 {\an8}SAYA HARAP KITA BOLEH MENYANYI DI ATAS PENTAS SATU HARI NANTI 1178 01:12:39,200 --> 01:12:40,760 SAYA PENGURUS DUA 1179 01:12:40,840 --> 01:12:42,400 KAMI SAYANG ANGELE 1180 01:12:42,480 --> 01:12:45,400 MENAMPILKAN DIA DALAM LAGU BARU? 1181 01:12:47,200 --> 01:12:49,960 LONDON 28 NOVEMBER 2020 1182 01:12:52,800 --> 01:12:54,520 Budak nakal! 1183 01:12:55,360 --> 01:12:57,240 - Ya! - Apa khabar? 1184 01:12:58,680 --> 01:13:00,480 Gembiranya saya jumpa awak. Apa khabar? 1185 01:13:00,560 --> 01:13:02,360 - Baik. - Hai, sayang. 1186 01:13:02,440 --> 01:13:04,280 Apa khabar? Saya baik. 1187 01:13:04,360 --> 01:13:05,600 Bagus. 1188 01:13:06,320 --> 01:13:09,680 Saya jadi sebahagian daripada projek bintang pop. 1189 01:13:09,760 --> 01:13:13,320 Saya dapat memerhati dari tepi 1190 01:13:13,400 --> 01:13:15,360 dan cara ia berfungsi dari dalam. 1191 01:13:15,440 --> 01:13:20,840 Saya kagum melihat wanita yang hebat ini. 1192 01:13:21,480 --> 01:13:26,080 Dia berbakat dan mudah didekati, tak seperti yang saya sangka. 1193 01:13:27,080 --> 01:13:30,880 Lega rasanya kerana saya kini sedar yang kita boleh jadi terkenal 1194 01:13:30,960 --> 01:13:32,160 dan mudah didekati. 1195 01:13:33,920 --> 01:13:35,840 Tidak! 1196 01:13:37,680 --> 01:13:39,200 Lama-kelamaan 1197 01:13:39,880 --> 01:13:41,280 Ia akan pergi 1198 01:13:42,200 --> 01:13:43,760 Namun sampai hari ini 1199 01:13:43,840 --> 01:13:45,400 Ia masih di sini 1200 01:13:46,120 --> 01:13:47,600 Seperti penawar 1201 01:13:47,680 --> 01:13:49,560 Siapalah aku tanpamu 1202 01:13:50,720 --> 01:13:51,800 Aku mahu terus 1203 01:13:51,880 --> 01:13:53,480 Berada dalam pangkuanmu 1204 01:13:54,520 --> 01:13:56,320 Demam melanda 1205 01:13:56,400 --> 01:13:57,720 Tolong periksa 1206 01:13:58,520 --> 01:14:00,440 Rasalah dahiku 1207 01:14:00,520 --> 01:14:01,800 Ciumlah leher 1208 01:14:02,680 --> 01:14:04,280 Dan sentuhanmu 1209 01:14:04,360 --> 01:14:05,960 Mendebarkan jantung 1210 01:14:06,840 --> 01:14:08,880 Demam melanda 1211 01:14:08,960 --> 01:14:10,520 Tolong periksa 1212 01:14:11,600 --> 01:14:12,880 Saya rasa tertekan 1213 01:14:12,960 --> 01:14:17,080 kerana dah berbulan-bukan saya tak buat persembahan. 1214 01:14:18,480 --> 01:14:21,360 Tambahan pula, produksi ini jauh lebih besar. 1215 01:14:21,440 --> 01:14:27,040 Saya fikir, "Apa yang saya buat?" Saya tanya diri sendiri. 1216 01:14:27,120 --> 01:14:28,320 Saya tak tipu. 1217 01:14:28,400 --> 01:14:31,240 Dia menyanyi, menari… 1218 01:14:32,000 --> 01:14:34,400 Dia sangat hebat. 1219 01:14:34,480 --> 01:14:37,200 Saya fikir, "Saya tak setanding dengannya. 1220 01:14:37,280 --> 01:14:38,920 Lebih baik saya balik saja. 1221 01:14:47,720 --> 01:14:49,000 Mana Linkebeek? 1222 01:14:53,080 --> 01:14:54,720 Seronoknya. 1223 01:14:54,800 --> 01:14:57,400 Mungkin bukan ini yang saya mahukan. 1224 01:14:58,600 --> 01:15:02,560 Persembahan ini terlalu gah, tapi tenaga, matlamatnya, 1225 01:15:02,640 --> 01:15:03,760 malah kegilaannya… 1226 01:15:04,720 --> 01:15:05,960 Tak takut… 1227 01:15:06,720 --> 01:15:08,080 Ia beri saya inspirasi 1228 01:15:09,880 --> 01:15:11,080 untuk masa depan saya. 1229 01:15:16,160 --> 01:15:18,440 BRUSSELS, AKU CINTAKANMU AKHIR 1230 01:15:18,520 --> 01:15:20,640 Satu, dua, tiga! Ya! 1231 01:15:20,720 --> 01:15:23,560 Brussels, aku cintakanmu Brussels, aku cintakanmu 1232 01:15:23,640 --> 01:15:25,040 Aku rindu kamu 1233 01:15:25,120 --> 01:15:27,960 Brussels, aku cintakanmu Brussels, aku cintakanmu 1234 01:15:28,040 --> 01:15:29,480 Kau pilihanku 1235 01:15:29,560 --> 01:15:32,400 Brussels, aku cintakanmu Brussels, aku cintakanmu 1236 01:15:32,480 --> 01:15:34,040 Aku rindu kamu 1237 01:15:34,120 --> 01:15:35,520 Kota terindah 1238 01:15:36,080 --> 01:15:38,040 Ya, itulah kamu 1239 01:15:39,360 --> 01:15:41,960 Paris memanggilku 1240 01:15:42,560 --> 01:15:43,600 Angèle? 1241 01:15:44,160 --> 01:15:46,960 - Saya kerja keras. - Awak suka album itu? 1242 01:15:48,200 --> 01:15:51,840 Saya sebenarnya percaya benda yang tahayul. 1243 01:15:51,920 --> 01:15:55,000 Saya tak menjangkakan apa-apa daripada album pertama. 1244 01:15:55,640 --> 01:15:58,680 Saya cuba tak harap apa-apa kali ini. Tapi susahnya. 1245 01:15:59,200 --> 01:16:01,720 Mereka tak henti-henti 1246 01:16:01,800 --> 01:16:04,040 Walaupun katanya Keadaan kini berbeza 1247 01:16:04,120 --> 01:16:05,800 Mereka tak henti-henti… 1248 01:16:06,560 --> 01:16:10,840 Saya sangat gembira dengan muzik yang kami hasilkan. 1249 01:16:15,520 --> 01:16:19,600 Saya lebih suka liriknya, tapi saya tahu ia takkan popular. 1250 01:16:20,160 --> 01:16:21,520 Ia lebih bersifat peribadi… 1251 01:16:26,200 --> 01:16:27,400 dan tak menyatukan orang. 1252 01:16:27,480 --> 01:16:30,960 Walaupun kami tak sangka album pertama akan beri kesan itu. 1253 01:16:31,040 --> 01:16:32,360 Kami sangat naif. 1254 01:16:44,320 --> 01:16:48,480 Matlamat saya adalah untuk terus berkarya, hidup dan… 1255 01:16:48,560 --> 01:16:51,120 Akur dengan kedudukan saya. 1256 01:16:51,840 --> 01:16:55,600 Itu yang saya buat dengan album ini. Saya akur dengan kedudukan saya. 1257 01:16:55,680 --> 01:16:58,200 Album pertama berlaku begini, 1258 01:16:58,760 --> 01:17:00,520 tapi tuah ada di mana saja. 1259 01:17:01,360 --> 01:17:04,840 Saya perlukan tuah untuk album kedua ini. 1260 01:17:04,920 --> 01:17:08,680 Tapi saya juga harus akur dan bertanggungjawab atas kedudukan saya. 1261 01:17:08,760 --> 01:17:11,240 Sekarang saya perlu berusaha sedaya upaya. 1262 01:17:12,280 --> 01:17:13,800 ERA BARU 1263 01:17:13,880 --> 01:17:15,560 TAK SALAH KALAU KITA BEREHAT 1264 01:17:15,640 --> 01:17:17,080 BERASMARA 1265 01:17:17,160 --> 01:17:18,840 BELAJAR UNTUK MENOLAK 1266 01:17:18,920 --> 01:17:21,840 DENGAR KEPERLUAN DIRI! 1267 01:17:25,960 --> 01:17:27,960 Orang tanya sama ada saya ada impian. 1268 01:17:28,040 --> 01:17:29,560 Saya ada impian 1269 01:17:30,120 --> 01:17:32,240 seperti orang lain. 1270 01:17:33,160 --> 01:17:35,800 Saya rasa impian saya sekarang 1271 01:17:35,880 --> 01:17:39,640 ialah misi peribadi saya. Ia tak berkaitan dengan kerjaya. 1272 01:17:40,240 --> 01:17:41,840 Ia tak pernah berkait pun. 1273 01:17:41,920 --> 01:17:44,000 Saya impikan ketenangan, 1274 01:17:44,080 --> 01:17:46,280 berada bersama orang yang sesuai, 1275 01:17:46,360 --> 01:17:50,600 berkembang dan belajar daripada kesilapan, 1276 01:17:50,680 --> 01:17:51,800 menjadi seseorang 1277 01:17:51,880 --> 01:17:54,000 yang baik terhadap orang lain 1278 01:17:54,080 --> 01:17:57,040 dan pada masa yang sama, turut dilayan dengan baik. 1279 01:18:04,680 --> 01:18:07,360 Jika ibu bapa saya ada kerja biasa, 1280 01:18:07,440 --> 01:18:09,720 saya juga tentu akan cari kerja biasa. 1281 01:18:09,800 --> 01:18:11,480 Mungkin saya rasa gembira. 1282 01:18:11,560 --> 01:18:12,920 Tapi sebenarnya, 1283 01:18:13,000 --> 01:18:14,640 saya amat gembira sekarang. 1284 01:18:15,440 --> 01:18:17,280 Saya suka hidup saya. 1285 01:18:17,360 --> 01:18:21,920 Saya cuma perlu menyesuaikan diri kerana ia berlaku dengan pantas. 1286 01:18:22,560 --> 01:18:23,560 Sebenarnya, 1287 01:18:24,120 --> 01:18:27,400 saya memang mahu sangat ia berjaya. 1288 01:18:27,480 --> 01:18:30,120 Saya tak mahu gagal. 1289 01:18:30,840 --> 01:18:34,880 Saya takkan kata, "Saya nak berjaya" kuat-kuat. 1290 01:18:34,960 --> 01:18:36,920 Sebaliknya, saya akan menulisnya. 1291 01:18:37,400 --> 01:18:39,840 Saya tak berani melafazkannya kerana 1292 01:18:40,840 --> 01:18:44,560 saya takut gagal jika saya mengatakannya. Saya percaya benda tahayul. 1293 01:18:44,640 --> 01:18:46,280 Tapi mungkin saya tak kata 1294 01:18:46,360 --> 01:18:48,320 supaya tak kecewa jika ia gagal. 1295 01:18:49,000 --> 01:18:51,800 Jika ia gagal, tiada siapa tahu yang itulah kehendak saya. 1296 01:18:51,880 --> 01:18:53,200 Walaupun ia tak benar. 1297 01:18:55,160 --> 01:18:59,800 ANGÈLE - TIKET HABIS DIJUAL 10 DISEMBER 1298 01:18:59,880 --> 01:19:01,600 Saya harap dia 1299 01:19:03,320 --> 01:19:04,320 berjaya. 1300 01:19:04,400 --> 01:19:05,560 Semoga dia berjaya 1301 01:19:08,360 --> 01:19:10,080 dan semuanya berjalan lancar. 1302 01:19:13,640 --> 01:19:16,320 Saya boleh rasa dia semakin matang. 1303 01:19:17,120 --> 01:19:22,400 Dia mula mempertahankan kepercayaan dan kehendaknya. 1304 01:19:23,360 --> 01:19:24,520 Dia bercakap tentangnya. 1305 01:19:25,000 --> 01:19:26,440 Dulu, dia 1306 01:19:27,480 --> 01:19:28,880 lebih pendiam. 1307 01:19:29,920 --> 01:19:30,920 Rasanya. 1308 01:19:31,400 --> 01:19:32,720 Saya ada terfikir, 1309 01:19:34,480 --> 01:19:36,080 "Bolehkah 1310 01:19:36,960 --> 01:19:40,560 cucu saya jadi bintang?" 1311 01:19:41,280 --> 01:19:43,840 Saya tak berani cakap begitu secara terbuka. 1312 01:19:44,600 --> 01:19:46,480 Saya kata, "Dia pemuzik. 1313 01:19:46,560 --> 01:19:47,720 Ya, tapi…" 1314 01:19:48,360 --> 01:19:51,280 Mereka akan kata, "Saya nampak Angèle di TV! 1315 01:19:51,360 --> 01:19:53,160 Dia dah terkenal." 1316 01:19:56,760 --> 01:19:59,320 - Awak tahu dia juga pelakon? - Tidak. 1317 01:20:00,200 --> 01:20:01,720 - Awak tak tahu? - Tidak. 1318 01:20:02,360 --> 01:20:06,120 Dia tak pernah cerita apa-apa. Melampau betul. 1319 01:20:06,200 --> 01:20:07,680 Sejak dia ada anjing itu… 1320 01:20:14,320 --> 01:20:15,320 Saya merakam. 1321 01:20:15,360 --> 01:20:16,360 24 OGOS 2021 1322 01:20:16,960 --> 01:20:18,360 Pepette, awak kencing? 1323 01:20:18,440 --> 01:20:20,600 Awak kencing! Di mana? 1324 01:20:25,600 --> 01:20:28,840 Saya cuma nak cakap yang album itu dah selesai. 1325 01:20:29,680 --> 01:20:30,680 Rasanya. 1326 01:20:31,280 --> 01:20:33,480 Saya rasa amat gementar. 1327 01:20:34,040 --> 01:20:35,040 Seperti biasa. 1328 01:20:35,120 --> 01:20:37,440 Saya tak dapat bayangkan sambutannya 1329 01:20:38,200 --> 01:20:40,600 dan pendapat pendengar. 1330 01:20:40,680 --> 01:20:42,040 Tapi itu bukan lagi 1331 01:20:43,000 --> 01:20:44,760 bergantung pada saya. 1332 01:20:47,320 --> 01:20:49,560 Ini album saya pada usia 25 tahun. 1333 01:20:49,640 --> 01:20:51,080 Suku abad saya. 1334 01:20:52,120 --> 01:20:55,800 Saya ingin pastikan yang luahan hati yang jujur 1335 01:20:55,880 --> 01:20:57,480 dan bukan kepura-puraan. 1336 01:20:57,560 --> 01:20:59,400 Semoga saya tak lupa niat itu. 1337 01:21:01,120 --> 01:21:04,720 Saya cuma gadis dari Linkebeek yang tulis lagu-lagu biasa. 1338 01:21:04,800 --> 01:21:06,600 Walaupun hidup saya berubah, 1339 01:21:06,680 --> 01:21:08,400 saya masih budak yang sama 1340 01:21:08,480 --> 01:21:10,080 Kerana semua ini… 1341 01:21:11,920 --> 01:21:12,920 tetap saya. 1342 01:21:12,960 --> 01:21:16,440 Kita berhenti saja di sini. Selamat jalan. 1343 01:21:17,680 --> 01:21:19,720 TAMAT 1344 01:24:34,280 --> 01:24:35,440 Biar betul? 1345 01:24:38,640 --> 01:24:40,560 Itu cara awak ucap terima kasih? 1346 01:24:42,520 --> 01:24:43,720 Betul-betul di depan 1347 01:24:44,720 --> 01:24:46,040 kejayaan saya. 1348 01:24:46,840 --> 01:24:49,040 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati