1 00:00:08,175 --> 00:00:12,012 Dewa Api pagi akhirnya muncul untuk berikan kita kehangatan, puteri. 2 00:00:19,311 --> 00:00:21,063 Selamat pagi, tuanku. 3 00:00:22,606 --> 00:00:24,608 Ia hari yang indah, Maghra. 4 00:00:24,691 --> 00:00:26,985 Seluruh bandar akan rasa gembira bersama awak. 5 00:00:27,528 --> 00:00:31,907 Malangnya ayah tiada di sini untuk bersama kita meraikan perkahwinan awak. 6 00:00:38,288 --> 00:00:40,916 Semambu, lavender dan madu. 7 00:00:42,292 --> 00:00:44,294 Awak akan jadi pengantin paling cantik. 8 00:00:45,838 --> 00:00:46,839 Jangan tanggalkan. 9 00:00:47,548 --> 00:00:50,384 Tuanku tak boleh pakai apa-apa hiasan untuk upacara perkahwinan. 10 00:00:50,467 --> 00:00:53,512 - Tak. Beta takkan tanggalkannya. - Ia undang-undang di sini. 11 00:00:53,595 --> 00:00:55,973 Pembantu, siapa nama awak? 12 00:00:57,266 --> 00:00:58,809 Harmony, tuanku. 13 00:00:58,892 --> 00:01:01,603 Harmony? Nama yang indah. 14 00:01:03,063 --> 00:01:04,438 Hulurkan tangan awak, Harmony. 15 00:01:10,445 --> 00:01:11,947 Harmony, 16 00:01:12,614 --> 00:01:16,118 awak cuba beritahu puteri apa yang dia boleh dan tak boleh buat? 17 00:01:16,201 --> 00:01:19,580 Mungkin awak boleh beritahu perkara sama kepada ratu juga? 18 00:01:19,663 --> 00:01:21,206 Tak, tuanku. Saya takkan buat begitu. 19 00:01:21,290 --> 00:01:22,958 Jadi, diam dan jangan ganggu puteri. 20 00:01:29,089 --> 00:01:32,509 Puteri dah dilitupi sepenuhnya. Awak boleh beredar, Harmony. 21 00:01:32,593 --> 00:01:33,635 Baik, tuanku. 22 00:01:44,104 --> 00:01:47,691 Orang-orang Pennsa, dan maksudnya mereka semua, 23 00:01:47,774 --> 00:01:52,821 begitu juga hamba yang tak penting perlu percaya kepada penyatuan ini. 24 00:01:52,905 --> 00:01:55,240 Jangan risau. Saya akan mainkan peranan saya. 25 00:01:55,324 --> 00:01:57,034 Awak tak bersendirian. 26 00:01:57,117 --> 00:02:00,746 Saya bersendirian. Bukan awak yang tak setia. 27 00:02:04,791 --> 00:02:07,461 Perkahwinan ini akan beri faedah kepada kita. 28 00:02:08,044 --> 00:02:10,964 Apabila anak awak ditemui dan dibawa bertemu awak di sini, 29 00:02:11,048 --> 00:02:13,592 aturan ini yang akan selamatkan dia. 30 00:02:19,056 --> 00:02:22,226 Ada yang akan rasa terhina dengan adik yang abaikan mereka. 31 00:02:22,309 --> 00:02:24,728 Sibeth, awak tak pernah diam. 32 00:02:24,811 --> 00:02:26,355 Saya memang dah cuba. 33 00:02:34,947 --> 00:02:35,948 Mari sini. 34 00:02:38,492 --> 00:02:42,871 Ingat semasa awak kecil dan saya cuci rambut awak? 35 00:03:05,394 --> 00:03:06,645 Jangan berhenti. 36 00:03:11,066 --> 00:03:12,067 Tolonglah. 37 00:05:07,850 --> 00:05:10,936 Boleh awak ke belakang? 38 00:05:11,019 --> 00:05:13,647 Saya janji, tiada sesiapa akan bunuh saya di laluan ini. 39 00:05:13,730 --> 00:05:15,732 Ya, dengan saya berada di sini, mereka takkan buat begitu. 40 00:05:15,816 --> 00:05:19,027 Haniwa, tunggu ayah. 41 00:05:21,780 --> 00:05:27,744 Dengar, tak rugi ada pahlawan wanita berdedikasi di samping kamu. 42 00:05:27,828 --> 00:05:30,038 Ayah tahu ayah bersyukur ada kamu dan busur kamu. 43 00:05:32,833 --> 00:05:34,293 Ayah boleh dengar kamu berfikir. 44 00:05:38,463 --> 00:05:41,216 Saya berkabung untuk ibu semalam. 45 00:05:42,134 --> 00:05:44,178 Hari ini, dia hidup sebagai puteri, 46 00:05:44,845 --> 00:05:48,515 dan saya mengenang kebali setiap saat semasa saya kecil, 47 00:05:49,308 --> 00:05:52,102 terfikir apa yang betul dan apa yang masih betul. 48 00:05:54,438 --> 00:05:56,190 Kita akan tahu tak lama lagi, sayang. 49 00:05:57,232 --> 00:05:58,609 Ia ambil masa yang lama. 50 00:06:04,656 --> 00:06:07,576 Saya bukan ancaman untuk awak. 51 00:06:10,204 --> 00:06:12,706 Awak salah faham tentang kebencian saya kepada ketakutan. 52 00:06:15,667 --> 00:06:20,464 Beritahu saya, Jeneral Pemburu Ahli Sihir, dah berapa ramai yang awak bunuh? 53 00:06:21,715 --> 00:06:24,968 Cukup untuk roh saya disumpah berkali-kali. 54 00:06:26,887 --> 00:06:30,182 Tapi awak sanggup bunuh ratu yang awak berkhidmat untuknya. 55 00:06:31,725 --> 00:06:34,019 Takkan cukup sumpahan untuk awak. 56 00:06:35,145 --> 00:06:38,190 Tak. Rasanya tak cukup. 57 00:06:46,448 --> 00:06:49,284 - Ayah okey? - Ya, ayah okey. 58 00:06:50,452 --> 00:06:54,122 - Kita patut rehat satu malam lagi. - Tak perlu, ayah okey. 59 00:06:55,207 --> 00:06:58,252 Jika kepala ayah tertanggal, ayah sanggup kutip dan bawa ia ke Pennsa. 60 00:06:59,211 --> 00:07:01,338 Tak, ayah akan buat kamu yang membawanya. 61 00:07:02,965 --> 00:07:03,966 Aduh! 62 00:07:06,301 --> 00:07:08,053 Tentera-tentera yang berani ini mati 63 00:07:08,136 --> 00:07:12,724 semasa cuba menghalang pembunuh, Baba Voss, larikan diri dari Trivantes. 64 00:07:13,392 --> 00:07:16,353 Mereka mati sebagai wira, dan dendam mereka akan dibalas. 65 00:07:17,855 --> 00:07:20,482 Tentera berani republik ini akan diingati selamanya. 66 00:07:21,775 --> 00:07:25,404 Anak suci Trivantes, bersama kita sekarang. 67 00:07:33,829 --> 00:07:36,331 Rendayo. Anak mak. 68 00:07:42,880 --> 00:07:44,006 Pn. Orrie. 69 00:07:45,757 --> 00:07:48,135 Rendayo seorang patriot dan wira. 70 00:07:49,595 --> 00:07:53,473 Saya sangat mengagumi dia seperti dia anak saya sendiri. 71 00:07:55,976 --> 00:08:00,230 Orang yang bertanggungjawab atas kematian dia akan menderita. Percayalah. 72 00:08:33,639 --> 00:08:35,182 Awak ada berita untuk saya? 73 00:08:35,265 --> 00:08:39,061 Ya, Jeneral Voss. Pemburu ahli sihir yang mencari perlindungan. 74 00:08:39,144 --> 00:08:40,312 Pemburu ahli sihir. 75 00:08:40,395 --> 00:08:42,231 Jika memang benar, ini kali pertama 76 00:08:42,313 --> 00:08:44,358 salah seorang tentera Tamacti Jun tinggalkan tenteranya. 77 00:08:46,735 --> 00:08:47,945 Apa pertukarannya? 78 00:08:48,028 --> 00:08:50,864 Dia bertegas hanya mahu bercakap dengan awak. 79 00:08:52,616 --> 00:08:54,618 Nampaknya dia akan menyesal. 80 00:08:55,118 --> 00:08:56,119 Bawa dia masuk. 81 00:08:57,287 --> 00:08:58,288 Ayuh. 82 00:09:06,964 --> 00:09:12,386 Saya Komander Jeneral Edo Voss, dan saya dapat tahu awak nak bercakap dengan saya. 83 00:09:12,469 --> 00:09:13,470 Betul. 84 00:09:13,554 --> 00:09:16,390 Awak pemburu ahli sihir ratu pertama yang saya pernah jumpa 85 00:09:16,473 --> 00:09:20,310 yang masih belum ditusuk dengan hujung pedang saya. 86 00:09:20,936 --> 00:09:22,855 Saya ada maklumat yang awak pasti nak tahu. 87 00:09:24,398 --> 00:09:29,570 Kenapa saya perlu percaya tentera yang mengkhianati kerajaannya sendiri? 88 00:09:29,653 --> 00:09:32,781 Kerajaan saya bukan lagi kerajaan yang saya bersumpah untuk pertahankan. 89 00:09:33,282 --> 00:09:34,408 Kenapa pula? 90 00:09:34,992 --> 00:09:36,827 Saya bersumpah untuk melindungi kerajaan Payan 91 00:09:36,910 --> 00:09:38,996 daripada kejahatan dan ahli sihir dan sebab itu... 92 00:09:39,079 --> 00:09:42,374 Saya biasa dengan pemburu ahli sihir. 93 00:09:42,457 --> 00:09:45,502 Termasuklah mereka yang mungkin ada penglihatan atau nak melihat semula. 94 00:09:46,378 --> 00:09:49,256 Sekarang, dekri ratu awak mengatakan yang orang boleh melihat 95 00:09:49,339 --> 00:09:51,175 bukan ahli sihir. 96 00:09:52,926 --> 00:09:54,803 Betul, tuan. 97 00:09:54,887 --> 00:10:00,142 Malah, ratu juga mendakwa dia mengandungkan anak yang boleh melihat. 98 00:10:01,268 --> 00:10:02,269 Betul, tuan. 99 00:10:02,352 --> 00:10:08,650 Aduhai, awak benar-benar tinggalkan tentera sendiri dan hadapi kematian 100 00:10:08,734 --> 00:10:13,280 untuk datang dan sampaikan maklumat yang perisik saya laporkan berhari-hari lalu? 101 00:10:15,616 --> 00:10:19,036 - Ikat dia dan jual pada pedagang hamba. - Jangan. 102 00:10:19,119 --> 00:10:20,454 - Ayuh. - Tuan. 103 00:10:21,246 --> 00:10:23,916 - Komander Voss, ada orang lain. - Berhenti! 104 00:10:35,135 --> 00:10:36,136 Orang lain? 105 00:10:37,179 --> 00:10:40,974 Anak dia bukan anak pertama yang boleh melihat dalam keluarga diraja Payan. 106 00:10:41,517 --> 00:10:43,519 Ada dua orang, dah dewasa. 107 00:10:47,648 --> 00:10:49,608 Anak-anak yang dah dewasa ini… 108 00:10:51,610 --> 00:10:55,739 salah seorang daripada mereka bernama Haniwa? 109 00:10:57,282 --> 00:10:58,283 Betul. 110 00:11:32,025 --> 00:11:33,402 Jadi, ini Pennsa? 111 00:11:36,154 --> 00:11:37,155 Ya. 112 00:11:46,540 --> 00:11:47,875 Memang selalu sunyi begini? 113 00:11:50,836 --> 00:11:53,046 Tak. Tak pernah begini. 114 00:11:56,550 --> 00:11:57,634 Ada sesuatu yang tak kena. 115 00:12:07,686 --> 00:12:09,146 Ada tentera di depan. 116 00:12:12,733 --> 00:12:14,484 Tunggu di sini dan jangan cakap apa-apa. 117 00:12:15,485 --> 00:12:18,447 - Kita patut risau? - Bukan kita, awak. 118 00:12:43,055 --> 00:12:45,807 - Ini pasti sukar. - Kenapa? Ibu saya tiada? 119 00:12:45,891 --> 00:12:48,310 - Dia ada. - Jadi, apa masalahnya? 120 00:12:49,311 --> 00:12:50,604 Masalahnya, 121 00:12:51,313 --> 00:12:53,232 nampaknya dia akan berkahwin hari ini. 122 00:13:10,165 --> 00:13:11,333 Baba, sayangku… 123 00:13:13,252 --> 00:13:14,294 maafkan saya. 124 00:13:16,338 --> 00:13:17,339 Mak? 125 00:13:19,758 --> 00:13:20,592 Mak! 126 00:13:21,426 --> 00:13:22,427 Kofun? 127 00:13:23,387 --> 00:13:25,681 Mak! 128 00:13:31,520 --> 00:13:32,729 Kamu masih hidup. 129 00:13:32,813 --> 00:13:34,064 Anak mak. 130 00:13:35,774 --> 00:13:40,404 Mak cari kamu setiap hari sejak kita terpisah. 131 00:13:41,280 --> 00:13:42,865 Mak tak pernah putus asa. 132 00:13:44,700 --> 00:13:47,703 Mereka cakap mak akan berkahwin hari ini. 133 00:13:47,786 --> 00:13:49,246 Ia mengarut, bukan? 134 00:13:50,414 --> 00:13:51,874 Mak akan jelaskan semuanya. 135 00:13:53,917 --> 00:13:56,211 Di mana ayah kamu? Haniwa? 136 00:13:57,546 --> 00:13:59,715 Ayah ke Trivantes untuk dapatkan dia semula. 137 00:13:59,798 --> 00:14:00,799 Trivantes? 138 00:14:01,633 --> 00:14:02,968 Puteri Maghra, masa dah tiba. 139 00:14:03,051 --> 00:14:06,597 Sekejap. Kenapa Trivantes? 140 00:14:06,680 --> 00:14:09,266 - Kenapa dengan Jerlamarel? - Bagaimana mak boleh berkahwin hari ini? 141 00:14:09,349 --> 00:14:11,351 Lord Harlan sedang menunggu, dan ratu pula semakin hilang sabar. 142 00:14:11,435 --> 00:14:13,187 - Sekejap. - Siapa Lord Harlan? 143 00:14:13,812 --> 00:14:15,731 Mak akan jelaskan semuanya nanti. Mak perlu pergi, Kofun. 144 00:14:15,814 --> 00:14:19,359 - Mak nak kamu percayakan mak. - Mak? Tak boleh begini. 145 00:14:19,443 --> 00:14:21,945 Mak tak boleh menghentikannya. 146 00:14:22,571 --> 00:14:23,572 Ayah kamu akan faham. 147 00:14:23,655 --> 00:14:26,992 Saya tak rasa dia akan faham sebab isterinya yang dah mati kahwin lain. 148 00:14:27,075 --> 00:14:28,410 - Kofun... - Berhenti sebut nama saya 149 00:14:28,493 --> 00:14:29,995 dan buat sesuatu untuk selesaikannya! 150 00:14:30,078 --> 00:14:33,373 Saya tak tahu apa yang berlaku, mak, tapi mak tak boleh teruskannya. 151 00:14:33,457 --> 00:14:34,625 Diam! 152 00:14:35,459 --> 00:14:39,463 Mak masih ibu yang kamu kenal dan kamu tetap anak mak. 153 00:14:40,422 --> 00:14:42,216 Tapi keadaan dah berubah. 154 00:14:43,759 --> 00:14:46,803 Mak lakukannya untuk kamu dan untuk kita semua. 155 00:14:48,013 --> 00:14:51,141 Jadi, kamu tunggu di sini. Duduk di bilik mak, 156 00:14:51,808 --> 00:14:53,268 dan jangan bercakap dengan sesiapa, 157 00:14:54,520 --> 00:14:58,106 dan kita akan berbincang selepas semua ini berakhir. Mak janji. 158 00:15:00,359 --> 00:15:03,278 - Mak janji. - Jangan lakukannya. 159 00:15:05,155 --> 00:15:06,657 - Jangan lakukannya. - Mak terpaksa. 160 00:15:17,209 --> 00:15:20,295 Saya ada banyak soalan. 161 00:15:29,805 --> 00:15:30,889 Baiklah, sudahlah. 162 00:15:30,973 --> 00:15:33,392 - Ayah perlukan masa. - Paris? 163 00:15:38,814 --> 00:15:39,815 Hei! 164 00:15:40,774 --> 00:15:43,193 Saya rasa demam melalui pakaian awak. 165 00:15:44,027 --> 00:15:46,864 - Ia takkan membunuh saya. - Awak perlukan pawang. 166 00:15:47,364 --> 00:15:48,782 Kita akan cari di Pennsa. 167 00:15:48,866 --> 00:15:51,493 Baba. Awak akan mati apabila kita sampai di sana. 168 00:15:53,203 --> 00:15:56,123 Kita di Lakelands sekarang, dah tak jauh dari Valier. 169 00:15:56,206 --> 00:15:58,542 Mereka akan tawarkan tempat perlindungan dan pawang. 170 00:15:59,418 --> 00:16:00,419 Ayah? 171 00:16:03,672 --> 00:16:04,506 Tolonglah. 172 00:16:06,508 --> 00:16:07,801 Okey, sayang. 173 00:16:08,677 --> 00:16:11,680 Saya tak boleh temankan kamu ke wilayah Valier. 174 00:16:12,222 --> 00:16:14,099 Kita akan ke sana. 175 00:16:14,183 --> 00:16:17,144 Puak yang bersembunyi itu tak selamat daripada saya. 176 00:16:18,020 --> 00:16:20,689 Puak Valier sangat menderita di tangan saya. 177 00:16:29,364 --> 00:16:33,702 Awak berkhemah di kawasan berhampiran. Kami akan cari awak nanti. 178 00:16:38,123 --> 00:16:39,208 Atau tidak. 179 00:17:27,506 --> 00:17:30,884 Tuhan kami, melangkaui apiMu… 180 00:17:32,970 --> 00:17:35,597 biarkan kehendakMu dilaksanakan pada hari istimewa ini 181 00:17:35,681 --> 00:17:38,058 dalam penyatuan yang suci. 182 00:17:40,060 --> 00:17:43,522 Berikan bimbingan, laluan yang jelas, 183 00:17:43,605 --> 00:17:49,903 seksa mereka yang menentang kami dengan kesakitan api dan asapmu. 184 00:17:51,154 --> 00:17:57,327 Sebab kau adalah kegelapan, kuasa dan kemasyhuran. 185 00:17:58,954 --> 00:18:00,873 Selama-lamanya. 186 00:18:23,729 --> 00:18:28,025 Puteri Maghra dan Lord Harlan… 187 00:18:32,654 --> 00:18:35,824 kamu melalui penyatuan ini dengan dihiasi keindahan mewangi. 188 00:18:55,969 --> 00:18:58,805 Kamu berikrar dengan komitmen pada satu sama lain 189 00:18:58,889 --> 00:19:02,017 dengan penyatuan tubuh dan jiwa di depan Tuhan. 190 00:19:03,727 --> 00:19:10,692 Jadi, dengan pentahbisan suci yang diberi kepada beta, kamu sahkan penyatuan ini. 191 00:20:44,870 --> 00:20:45,871 Terima kasih, awak juga. 192 00:20:51,418 --> 00:20:53,378 Puteri Maghra. 193 00:20:55,130 --> 00:20:59,843 - Isteri Harlan ialah kakak saya. - Maghra, awak ingat adik saya. 194 00:21:00,552 --> 00:21:04,932 - Terima kasih. - Kerrigan. Saya tukar lampin awak. 195 00:21:05,516 --> 00:21:08,352 Kita semua bertuah saya ada orang yang uruskannya sekarang. 196 00:21:12,731 --> 00:21:13,774 Terima kasih. 197 00:21:15,567 --> 00:21:16,735 Terima kasih banyak. 198 00:21:17,819 --> 00:21:19,029 Maafkan saya. 199 00:21:20,864 --> 00:21:23,033 Baiklah. Pergi. Lepaskan. Pergi. 200 00:21:36,839 --> 00:21:39,216 - Kita dah dekat? - Ya. 201 00:21:39,299 --> 00:21:41,510 Sebab rasanya Baba dah tak larat, 202 00:21:41,593 --> 00:21:43,220 dan saya rasa kita semua tak mampu bawa dia. 203 00:21:46,640 --> 00:21:47,641 Siapa itu? 204 00:21:48,475 --> 00:21:49,518 Kenalkan diri awak. 205 00:21:49,601 --> 00:21:52,813 Siapa yang masuk wilayah Valier tanpa kenalkan dirinya? 206 00:21:53,438 --> 00:21:57,651 Kawan! Kami tak bawa ancaman. Saya Paris. 207 00:21:57,734 --> 00:21:59,695 Kami orang Alkenny yang terakhir. 208 00:21:59,778 --> 00:22:03,073 Tak. Saya orang Alkenny yang terakhir. 209 00:22:04,408 --> 00:22:06,785 - Chet-chet. - Chet-chet-chet. 210 00:22:06,869 --> 00:22:08,620 Bow! 211 00:22:09,121 --> 00:22:10,205 Lion. 212 00:22:11,290 --> 00:22:12,374 Bow Lion. 213 00:22:15,419 --> 00:22:16,712 Paris. 214 00:22:44,406 --> 00:22:45,407 Kofun? 215 00:22:46,992 --> 00:22:47,993 Itu awak? 216 00:22:50,370 --> 00:22:51,538 Jangan risau. Awak selamat. 217 00:22:52,664 --> 00:22:53,707 Ini Mak Cik Sibeth awak. 218 00:22:57,002 --> 00:23:00,422 Saya teruja apabila dengar akhirnya awak sampai ke sini. 219 00:23:00,506 --> 00:23:03,217 Dah lama kami tunggu awak. 220 00:23:12,559 --> 00:23:13,769 Boleh awak peluk saya? 221 00:23:36,667 --> 00:23:38,418 Awak lebih tinggi daripada ibu bapa awak. 222 00:23:41,421 --> 00:23:44,925 Awak nak sesuatu? Apa-apa untuk diminum? Saya akan arahkan. 223 00:23:45,008 --> 00:23:47,553 Tak nak. Terima kasih. 224 00:23:49,096 --> 00:23:52,307 Sangat tragis kerana kita baru bertemu buat kali pertama. 225 00:23:54,476 --> 00:23:56,311 Awak memburu kami sepanjang hidup awak. 226 00:24:00,399 --> 00:24:02,776 Kalaulah Maghra dedahkan situasi dirinya sejak dahulu, 227 00:24:02,860 --> 00:24:06,029 saya akan lindungi dia, lindungi awak. 228 00:24:07,114 --> 00:24:08,323 Dia pun tahu. 229 00:24:09,533 --> 00:24:12,578 Kami memburu Jerlamarel dan anak-anaknya. 230 00:24:12,661 --> 00:24:14,329 Saya tak tahu kedudukan Maghra. 231 00:24:15,038 --> 00:24:18,792 Saya percaya yang Jerlamarel dah bunuh adik saya. 232 00:24:18,876 --> 00:24:20,169 Saya percaya dia memang syaitan. 233 00:24:20,252 --> 00:24:23,422 Awak tahu itu tak benar. Kenapa ibu saya nak terus bersembunyi? 234 00:24:24,923 --> 00:24:26,466 Tak kira apa pun kesilapan dia, 235 00:24:27,593 --> 00:24:31,013 saya pasti dia buat begitu untuk pastikan awak dan adik awak selamat, 236 00:24:31,638 --> 00:24:33,307 itulah yang saya cuba buat sekarang. 237 00:24:33,390 --> 00:24:35,851 Walaupun dengan dekri awak, 238 00:24:35,934 --> 00:24:38,437 orang di Paya masih percaya ahli sihir perlu dibakar. 239 00:24:38,520 --> 00:24:40,647 Saya dah ubah fikiran beberapa orang. 240 00:24:41,648 --> 00:24:43,525 Ia mungkin ambil masa, 241 00:24:43,609 --> 00:24:48,947 tapi orang Payan akan belajar, seperti saya, 242 00:24:50,741 --> 00:24:54,119 untuk menerima mereka yang boleh melihat sebagai rahmat. 243 00:24:59,625 --> 00:25:01,210 Pasti sukar untuk awak, 244 00:25:02,711 --> 00:25:06,423 untuk mengembara ke sini dan sampai pada hari perkahwinan ibu awak. 245 00:25:07,049 --> 00:25:08,675 Pasti semuanya mengelirukan. 246 00:25:10,844 --> 00:25:12,387 Tapi awak perlu tahu, 247 00:25:13,180 --> 00:25:17,351 tiada sesiapa akan apa-apakan awak, selagi awak ada di kerajaan aya. 248 00:25:18,602 --> 00:25:20,145 Awak percayakan saya? 249 00:25:24,274 --> 00:25:25,275 Entahlah. 250 00:25:26,818 --> 00:25:27,861 Saya nak percayakan awak. 251 00:25:29,821 --> 00:25:30,948 Baiklah. 252 00:25:32,115 --> 00:25:35,577 Kebanyakan perkara yang baik bermula dengan... keinginan. 253 00:25:43,961 --> 00:25:47,172 Saya dah aturkan bilik untuk awak. Kita berbual semula nanti? 254 00:26:05,274 --> 00:26:07,943 Majlis perang Ratu Kane buat para tenteranya bersiap sedia. 255 00:26:08,443 --> 00:26:11,738 Kami dapat tahu daripada pembelot Payan 256 00:26:11,822 --> 00:26:13,949 yang bukan saja Puteri Maghra dah kembali, 257 00:26:14,575 --> 00:26:17,452 tapi dia pulang dengan dua anak yang dah dewasa, Haniwa dan Kofun. 258 00:26:18,745 --> 00:26:19,955 Kedua-duanya boleh melihat. 259 00:26:20,038 --> 00:26:23,125 Fanatik Payan akan bakar mereka. 260 00:26:24,084 --> 00:26:25,878 Mereka akan ikut arahan ratu mereka. 261 00:26:25,961 --> 00:26:28,922 Dengan dua orang anak boleh melihat di usia begitu dalam keluarga diraja, 262 00:26:29,631 --> 00:26:31,300 mereka ancaman yang lebih besar sekarang. 263 00:26:31,383 --> 00:26:33,552 Kita tak tahu niat mereka. 264 00:26:33,635 --> 00:26:34,720 Kita tahu mereka berusaha gigih 265 00:26:34,803 --> 00:26:37,222 untuk bebaskan jeneral pemburu ahli sihir daripada tahanan. 266 00:26:38,015 --> 00:26:40,475 Niat itu dah cukup. Kita perlu serang sekarang. 267 00:26:40,559 --> 00:26:44,438 Ia adalah bunuh diri jika Payan serang kita. 268 00:26:45,689 --> 00:26:48,984 Ratu mungkin gila, tapi dia bukan dungu. 269 00:26:49,067 --> 00:26:52,029 Tapi, ia perkembangan yang menggugat. 270 00:26:53,113 --> 00:26:54,406 Saya boleh kumpulkan tentera... 271 00:26:54,489 --> 00:26:55,782 Tidak, sabar, Edo. 272 00:26:56,700 --> 00:27:00,204 Orang Ganite masih menyusahkan kita di barat. 273 00:27:00,287 --> 00:27:03,290 Awak sendiri ada di sini dan dengar pendirian majlis 274 00:27:03,373 --> 00:27:04,917 tentang kempen timur. 275 00:27:05,000 --> 00:27:08,337 - Awak takkan berjaya yakinkan mereka. - Tak. Awak yang akan lakukannya. 276 00:27:08,420 --> 00:27:10,631 Awak ada jangkaan berlebihan tentang pengaruh saya. 277 00:27:10,714 --> 00:27:13,008 Memang betul, tapi cuma satu pertiga daripada Triangle. 278 00:27:14,885 --> 00:27:15,886 Tapi apa-apa pun, 279 00:27:16,595 --> 00:27:21,058 saya akan yakinkan majlis untuk meminta persidangan diplomatik dengan Payan. 280 00:27:21,141 --> 00:27:24,645 - Trivantias tak nak berdamai! - Kita buat apa yang perlu. 281 00:27:25,437 --> 00:27:28,273 Awak akan ikut arahan. Faham? 282 00:27:31,568 --> 00:27:32,694 Baiklah. 283 00:27:32,778 --> 00:27:36,740 Jika itu saja, ia akan beri kita masa untuk bawa satu atau dua pasukan ke timur, 284 00:27:36,823 --> 00:27:39,201 jika itu yang berlaku. 285 00:27:39,868 --> 00:27:41,161 Baiklah. 286 00:27:44,581 --> 00:27:48,043 Saya akan beritahu keputusan majlis. 287 00:28:03,475 --> 00:28:07,646 Tarik nafas perlahan dan dalam, Baba, kemudian minum ini. 288 00:28:11,441 --> 00:28:12,651 Ia akan beri awak kekuatan. 289 00:28:20,534 --> 00:28:22,286 Bila awak jadi pawang? 290 00:28:23,579 --> 00:28:27,416 Belum lagi, tapi saya dah belajar daripada pawang di sini. 291 00:28:30,210 --> 00:28:33,547 Akar ini akan meresap jangkitan jadi demam akan kebah. 292 00:28:34,798 --> 00:28:38,510 Awak kehilangan banyak benda disebabkan kami. 293 00:28:40,554 --> 00:28:41,889 Tapi awak tetap melindungi kami. 294 00:28:46,351 --> 00:28:47,895 Kita satu puak, ingat? 295 00:28:52,566 --> 00:28:53,817 Ya, saya ingat. 296 00:29:40,405 --> 00:29:41,406 Kofun? 297 00:29:42,366 --> 00:29:44,201 Tak. Bukan Kofun. 298 00:29:46,453 --> 00:29:47,996 Apa awak buat di sini? 299 00:29:48,664 --> 00:29:52,125 Maghra, ia malam perkahwinan kita. Apa lagi saya nak buat? 300 00:29:55,546 --> 00:29:58,215 Ini bukan perkahwinan. Ini perikatan. 301 00:29:58,715 --> 00:30:01,885 Betul, tapi ia boleh jadi kedua-duanya. 302 00:30:06,807 --> 00:30:09,268 Pakai seluar awak, Harlan. Saya perlukan bantuan. 303 00:30:11,103 --> 00:30:12,312 - Sekarang. - Baiklah. 304 00:30:36,879 --> 00:30:39,256 Mereka suruh saya bawakan kuang bayas dan ale untuk awak. 305 00:30:39,965 --> 00:30:42,718 Jangan risau. Saya tak meracunnya, jika itu yang awak fikirkan. 306 00:30:44,928 --> 00:30:46,263 Saya tak fikir begitu. 307 00:30:46,972 --> 00:30:48,807 Saya juga tiada racun. 308 00:30:53,270 --> 00:30:55,564 Saudara Alkenny, 309 00:30:55,647 --> 00:30:58,400 kali terakhir kamu datang, kami menolak. 310 00:30:58,942 --> 00:31:02,654 Kamu sembuhkan Bow Lion kami. Ia lebih daripada yang kami harapkan. 311 00:31:02,738 --> 00:31:06,408 Kamu yang bawakan kami mesej harapan dengan kepulangan kamu. 312 00:31:06,867 --> 00:31:09,328 Kami bimbang kamu akan buat pemburu ahli sihir menemui kami, 313 00:31:09,411 --> 00:31:13,749 sebab mereka cakap orang boleh melihat bersembunyi di kalangan Alkenny. 314 00:31:15,417 --> 00:31:19,338 Mereka bunuh lelaki, wanita, kanak-kanak. 315 00:31:20,589 --> 00:31:22,382 Bilah mereka tak mendiskriminasi, 316 00:31:23,425 --> 00:31:26,720 semuanya sebab pemburu ahli sihir percaya kami tahu tentang ahli sihir itu. 317 00:31:27,721 --> 00:31:30,766 Kami dibiarkan hidup hanya untuk menyebarkan ketakutan. 318 00:31:33,268 --> 00:31:37,272 Tapi kami akan bangkit semula. Kami dah mula lahirkan anak-anak. 319 00:31:38,106 --> 00:31:42,986 Kami akan menghormati memori yang telah hilang pada ramai orang. 320 00:31:46,031 --> 00:31:47,115 Berhenti! 321 00:31:49,785 --> 00:31:54,164 Sekarang ada khabar mengatakan ratu takkan hantar pemburu ahli sihir lagi 322 00:31:54,248 --> 00:31:56,375 sebab dia dah tak memburu ahli sihir sekarang. 323 00:31:58,669 --> 00:32:00,712 Ratu mungkin dah ubah fikiran, 324 00:32:00,796 --> 00:32:06,885 tapi malam ini, kita raikan kejayaan awak bebas dari Trivantes dan nikmati bebas… 325 00:32:06,969 --> 00:32:08,595 [memberi isyarat] Tamacti Jun ada di sini. 326 00:32:08,679 --> 00:32:11,932 …walaupun tak lama, daripada ratu dan pemburu ahli sihirnya. 327 00:32:13,392 --> 00:32:15,727 Ia masa yang tak menentu, 328 00:32:15,811 --> 00:32:17,813 tapi kita hadapinya dengan harapan 329 00:32:17,896 --> 00:32:20,983 untuk masa depan lebih aman daripada masa silam kita. 330 00:32:25,571 --> 00:32:27,114 Awak dah gila? 331 00:32:28,448 --> 00:32:32,160 Puak Valier berhak menghukum. Itu hutang saya pada mereka. 332 00:32:32,244 --> 00:32:33,829 Tak, awak berhutang kepada saya, pemburu ahli sihir. 333 00:32:33,912 --> 00:32:37,541 Awak fikir saya tak nak kelar leher awak setiap kali dengar suara awak? 334 00:32:39,418 --> 00:32:41,128 Awak juga bunuh orang-orang saya. 335 00:32:42,880 --> 00:32:44,464 Tapi awak takkan mati. 336 00:32:45,465 --> 00:32:48,177 Hukuman awak adalah awak akan hidup dengan semua yang awak dah buat. 337 00:32:52,097 --> 00:32:55,893 Kematian perlu diperoleh, pemburu ahli sihir, begitu juga dengan kehidupan. 338 00:33:19,750 --> 00:33:21,335 Ini tempat kegemaran dia. 339 00:33:23,045 --> 00:33:26,715 Serta… kerusi kegemaran dia. 340 00:33:28,008 --> 00:33:29,760 Kerrigan. Ayuh. 341 00:33:29,843 --> 00:33:31,178 Bangun. Ayuh. 342 00:33:34,139 --> 00:33:35,140 Puteri. 343 00:33:36,892 --> 00:33:38,936 Saya masih boleh bau bunga pada awak. 344 00:33:39,895 --> 00:33:43,565 Kamu berdua patut balik, berasmara. 345 00:33:43,649 --> 00:33:44,816 Saya perlu bantuan awak. 346 00:33:44,900 --> 00:33:49,404 - Awak tak mampu lakukannya? - Kami nak awak merentas sempadan. 347 00:33:51,990 --> 00:33:53,408 Apa barangnya? 348 00:33:53,992 --> 00:33:55,494 Anaknya, Haniwa. 349 00:33:56,995 --> 00:33:58,956 Dia ditahan oleh askar Trivantian. 350 00:34:00,874 --> 00:34:01,708 Ya. 351 00:34:02,417 --> 00:34:03,627 Ya, jangan mengarut. 352 00:34:04,294 --> 00:34:05,295 Tolonglah. 353 00:34:05,379 --> 00:34:09,341 Puteri, biasanya dalam urusan saya, 354 00:34:09,424 --> 00:34:12,427 matlamatnya adalah mengelak tentera, bukan mencari mereka. 355 00:34:12,511 --> 00:34:13,762 Kerrigan. 356 00:34:20,893 --> 00:34:24,898 Jika dia memang dalam tahanan tentera, saya takkan dapat bebaskan dia. 357 00:34:24,982 --> 00:34:29,194 Tolonglah. Pengawal penjara boleh dibeli, sama seperti orang lain. 358 00:34:29,277 --> 00:34:30,571 Mungkin. 359 00:34:30,654 --> 00:34:33,197 Tapi ia perlukan banyak duit. 360 00:34:33,282 --> 00:34:34,574 Untuk awak atau mereka? 361 00:34:35,951 --> 00:34:38,661 - Saya tersinggung, puteri. - Dia tak tersinggung. 362 00:34:40,205 --> 00:34:44,168 Tak, rasanya tidak. Tapi, ia perlukan banyak kerja. 363 00:34:44,668 --> 00:34:48,088 Apabila jumpa dia, bagaimana nak bawa dia keluar dari Trivantes dengan selamat? 364 00:34:49,089 --> 00:34:51,091 Keluar dari bandar mudah saja. 365 00:34:51,175 --> 00:34:55,888 Saya seludup bahan terlarang Ganite dari Trivantes ke Pennsa selama bertahun-tahun. 366 00:34:58,599 --> 00:35:04,813 Saya tahu setiap lubang dan terowong masuk dan keluar dari sana. 367 00:35:06,398 --> 00:35:07,399 Jadi, awak akan lakukannya? 368 00:35:12,237 --> 00:35:16,366 Anggaplah ia hadiah perkahwinan. 369 00:35:19,369 --> 00:35:21,997 Saya akan bertolak selepas siang. 370 00:35:22,915 --> 00:35:23,999 Awak akan bertolak sekarang. 371 00:35:25,167 --> 00:35:27,002 Ayuh. Bangunlah. 372 00:36:04,081 --> 00:36:06,375 Jangan. Bukan sekarang masanya. 373 00:36:09,002 --> 00:36:11,505 Paris? Sanggup awak bawa dia ke sini? 374 00:36:11,588 --> 00:36:14,049 Bagaimana awak boleh berkongsi udara yang dia hirup? 375 00:36:14,132 --> 00:36:16,802 Kita perlukan dia. Dia ada tujuan baru. 376 00:36:16,885 --> 00:36:20,097 Tak. Dia akan mati di tangan saya malam ini. 377 00:36:22,432 --> 00:36:23,559 Dia bunuh ibu saya. 378 00:36:23,642 --> 00:36:26,812 Ya. Masanya akan tiba untuk dia terima balasannya. 379 00:36:27,688 --> 00:36:29,314 Saya tak percaya ini awak. 380 00:36:31,066 --> 00:36:32,150 Awak pengkhianat. 381 00:36:32,693 --> 00:36:35,279 Hanya dia saja harapan kami untuk berjumpa Maghra. 382 00:36:35,362 --> 00:36:37,781 Pemburu ahli sihir membunuh puak Valier. 383 00:36:39,408 --> 00:36:41,076 Pasti mereka takkan berpuas hati. 384 00:36:41,159 --> 00:36:45,038 Tolonglah. Awak tak boleh beritahu mereka. Jangan. 385 00:36:47,207 --> 00:36:50,335 - Saya percayakan awak. - Bow Lion. 386 00:36:51,920 --> 00:36:52,921 Awak kenal saya. 387 00:36:54,423 --> 00:36:56,675 Awak tahu hati saya. 388 00:36:59,344 --> 00:37:00,179 Hei. 389 00:37:04,391 --> 00:37:06,143 Pergilah sebelum siang. 390 00:37:08,896 --> 00:37:11,190 Saya takkan simpan rahsia awak selepas itu. 391 00:37:38,175 --> 00:37:39,176 Kofun? 392 00:37:46,558 --> 00:37:48,101 Syukurlah. 393 00:37:50,062 --> 00:37:52,481 - Mak suruh kamu tunggu dalam bilik mak. - Saya tahu. 394 00:37:53,440 --> 00:37:54,441 Saya ada di sini. 395 00:37:58,570 --> 00:37:59,738 Mak minta maaf. 396 00:38:01,823 --> 00:38:06,161 Mak tahu pasti semua ini rasa sangat aneh dan buat kamu marah, 397 00:38:06,245 --> 00:38:08,789 dan mak janji akan jelaskan semuanya, 398 00:38:09,373 --> 00:38:12,167 tapi kamu tak boleh ingkar arahan mak begitu lagi. 399 00:38:12,251 --> 00:38:13,627 Tak selamat di sini. 400 00:38:14,753 --> 00:38:16,713 - Kakak mak orang yang... - Sibeth. 401 00:38:18,674 --> 00:38:20,384 Jangan risau. Kami dah berjumpa. 402 00:38:22,010 --> 00:38:24,096 Dia datang jumpa saya selepas perkahwinan mak. 403 00:38:27,975 --> 00:38:29,017 Kofun. 404 00:38:31,895 --> 00:38:34,106 - Jangan percayakan dia. - Kenapa? 405 00:38:35,274 --> 00:38:37,693 Bukan dia yang menipu saya sepanjang hayat saya. 406 00:38:40,779 --> 00:38:42,281 Ia bukan semudah itu. 407 00:38:43,782 --> 00:38:45,534 Mak khianati suami sendiri malam ini. 408 00:38:46,827 --> 00:38:49,788 Mak khianati kami semua dan ini bukan kali pertama. 409 00:38:51,206 --> 00:38:55,043 Mak boleh dedahkan diri kepada pemburu ahli sihir semasa kami kecil. 410 00:38:55,586 --> 00:38:57,796 Mak boleh selamatkan Alkenny. 411 00:38:57,880 --> 00:38:59,590 Kita tak perlu habiskan sepanjang hidup larikan diri. 412 00:38:59,673 --> 00:39:03,802 Kakak mak takkan terima anak-anak yang boleh melihat yang bukan anaknya sendiri. 413 00:39:05,429 --> 00:39:07,723 Dia akan bunuh kita semua. 414 00:39:07,806 --> 00:39:10,309 Mak cuba melindungi kamu dengan cara terbaik yang mak tahu. 415 00:39:10,392 --> 00:39:12,561 - Dengan menipu kami. - Sudah tentu dengan menipu kamu. 416 00:39:12,644 --> 00:39:14,354 Kebenaran akan buat kamu dibakar. 417 00:39:14,438 --> 00:39:15,439 Tak. 418 00:39:16,440 --> 00:39:21,778 Mak benci kami. Mak benci kami boleh melihat. Mak selalu rasa begitu. 419 00:39:22,779 --> 00:39:25,824 Sebab itu mak sangat marah apabila mak tahu kami belajar membaca. 420 00:39:27,159 --> 00:39:28,160 Betul, bukan? 421 00:39:29,828 --> 00:39:33,957 Mak tak nak bercakap dengan kami. Mak cakap kami takkan kenal diri sendiri. 422 00:39:34,708 --> 00:39:37,169 Mak kenal diri mak sendiri? 423 00:39:39,463 --> 00:39:40,631 Sebab saya tak kenal diri saya. 424 00:39:42,049 --> 00:39:46,512 Kamu dan Haniwa milik dunia yang mak tak faham. 425 00:39:48,222 --> 00:39:51,600 Mak takut suatu hari nanti ia akan rampas kamu daripada mak. 426 00:39:55,938 --> 00:39:57,231 Nampaknya ia dah lakukannya. 427 00:40:03,028 --> 00:40:04,780 Apa mak nak buat tentang Haniwa dan ayah? 428 00:40:07,950 --> 00:40:10,327 Lord Harlan dah hantar seseorang untuk cari mereka. 429 00:40:17,125 --> 00:40:20,462 Baiklah, saya yakin suami baru mak begitu tekad cari suami lama mak. 430 00:40:54,204 --> 00:40:58,542 Awak tanya jika saya ingat berapa kali saya dah membunuh. 431 00:41:02,296 --> 00:41:05,716 Ia seperti saya bertanya berapa kali awak bernafas hari ini. 432 00:41:21,440 --> 00:41:25,402 Semasa ratu tinggalkan saya berdarah hingga mati… 433 00:41:28,071 --> 00:41:29,865 saya sangat kecewa. 434 00:41:31,867 --> 00:41:35,954 Tak mati… tapi bukan lagi bersama orang yang hidup. 435 00:41:40,250 --> 00:41:41,710 Kemudian… 436 00:41:43,587 --> 00:41:44,796 tiba-tiba… 437 00:41:47,591 --> 00:41:48,926 saya melihat sesuatu. 438 00:41:53,347 --> 00:41:54,681 Awak tahu apa yang saya nampak? 439 00:42:01,188 --> 00:42:02,606 Saya nampak banyak wajah. 440 00:42:05,108 --> 00:42:08,403 Saya nampak wajah-wajah… 441 00:42:09,029 --> 00:42:14,743 setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak yang saya dah bunuh dan seksa. 442 00:42:18,747 --> 00:42:20,290 Saya dengar jeritan mereka. 443 00:42:23,001 --> 00:42:24,753 Saya boleh rasa kesakitan mereka. 444 00:42:30,300 --> 00:42:33,011 Tapi di kalangan semua wajah itu… 445 00:42:35,639 --> 00:42:41,311 saya tak nampak wajah isteri atau anak saya. 446 00:42:46,233 --> 00:42:52,447 Saya tiada di sana semasa Ratu Kane lemaskan mereka di katil. 447 00:42:59,621 --> 00:43:00,873 Tapi… 448 00:43:03,792 --> 00:43:08,380 saya bunuh semua wajah itu. 449 00:43:11,175 --> 00:43:16,054 Selama bertahun-tahun, awak berjuang untuk kejahatan. 450 00:43:19,349 --> 00:43:22,186 Sekarang awak perlu berjuang untuk kebaikan. 451 00:43:26,773 --> 00:43:29,193 Awak tak patut halang gadis itu. 452 00:43:36,783 --> 00:43:40,871 Baiklah. Jangan berhenti lagi. Kita akan berjalan hingga sampai ke Pennsa. 453 00:43:41,830 --> 00:43:42,831 Jangan takut. 454 00:43:44,666 --> 00:43:48,462 Awak akan ada banyak peluang untuk mati. 455 00:43:50,255 --> 00:43:51,465 Kita semua akan ada peluang itu. 456 00:43:53,967 --> 00:43:58,388 Saya selalu terfikir hakikat yang saya dapat melihat dan awak tak 457 00:43:59,181 --> 00:44:01,016 adalah sesuatu yang memisahkan kita. 458 00:44:02,684 --> 00:44:04,895 Saya fikir ada jurang antara kita. 459 00:44:05,521 --> 00:44:09,608 Tapi setiap kali saya rasa tak berdaya, 460 00:44:10,817 --> 00:44:16,031 di Rumah Kesedaran, di Trivantes, ayah akan sentiasa jumpa saya. 461 00:44:19,493 --> 00:44:24,206 Kamu anak perempuan ayah. Kofun anak lelaki ayah, Maghra isteri ayah. 462 00:44:25,082 --> 00:44:29,628 Selagi ayah hidup, tiada apa-apa akan memisahkan kita. Betul. 463 00:44:33,757 --> 00:44:35,342 Saya tahu saya tak jadikannya mudah. 464 00:44:38,262 --> 00:44:39,471 Betul. 465 00:44:41,181 --> 00:44:43,058 Dari sini, perlukan dua hari untuk ke Pennsa. 466 00:44:45,727 --> 00:44:48,230 Ayah rasa bagaimana keadaan di, Pennsa? 467 00:44:50,065 --> 00:44:51,066 Sibuk. 468 00:44:53,318 --> 00:44:55,028 Ayah rasa ibu akan jadi seperti apa? 469 00:44:56,989 --> 00:44:58,824 - Dia akan jadi seperti Maghra. - Betul. 470 00:45:00,742 --> 00:45:02,661 Kita kenal dia? 471 00:46:10,020 --> 00:46:12,022 Terjemahan sari kata oleh Hani Hamid