1
00:00:01,585 --> 00:00:04,546
Beta tak mahu mangkat untuk kota ini.
Sebaliknya, ia akan mati untuk beta.
2
00:00:07,049 --> 00:00:09,092
Nyrie!
3
00:00:09,593 --> 00:00:11,011
Apa yang awak bawa?
4
00:00:11,094 --> 00:00:13,096
Saya akan bercakap dengan awak.
Awak dah buat kesilapan...
5
00:00:14,348 --> 00:00:17,226
Siapa agaknya awak sebenarnya
sampai berani mendakwa sedemikian.
6
00:00:17,935 --> 00:00:20,020
Opayol
Merekalah yang curi barang-barang kita.
7
00:00:20,103 --> 00:00:22,272
Tiada orang di sana.
Ia seperti dah ditinggalkan.
8
00:00:24,900 --> 00:00:26,902
Berhenti! Rasakannya! Dadanya.
9
00:00:27,361 --> 00:00:28,403
Dia boleh melihat.
10
00:00:28,487 --> 00:00:30,822
Boots ialah anak Jerlamarel. Adik kami.
11
00:00:30,906 --> 00:00:31,949
Mana mak? Apa yang berlaku?
12
00:00:32,031 --> 00:00:33,075
Mereka tangkap dia?
13
00:00:33,158 --> 00:00:35,536
Tidak, dia lepaskan tangan saya.
14
00:00:35,619 --> 00:00:36,620
Tamacti Jun!
15
00:00:38,747 --> 00:00:40,082
Puteri Maghra...
16
00:00:40,332 --> 00:00:42,668
daripada Kerabat Diraja Kane.
17
00:02:22,059 --> 00:02:23,268
Maghra!
18
00:02:37,241 --> 00:02:38,242
Saya di sini.
19
00:02:44,081 --> 00:02:45,374
Ayah.
20
00:02:45,874 --> 00:02:46,792
Anakku.
21
00:02:46,875 --> 00:02:48,961
Ada ramai lagi yang datang.
Kita akan dikepung.
22
00:02:49,586 --> 00:02:50,921
- Ayah?
- Apa yang berlaku?
23
00:02:51,004 --> 00:02:52,005
Apa yang berlaku?
24
00:02:52,089 --> 00:02:54,717
Saya tak nampak,
tapi dia kata dia nampak dan...
25
00:02:54,800 --> 00:02:56,176
- Nampak apa?
- Nampak apa?
26
00:02:56,260 --> 00:02:58,095
Apa yang dia maksudkan?
27
00:02:58,177 --> 00:02:59,179
Awak dah jumpa mak?
28
00:02:59,263 --> 00:03:00,848
Saya nampak dia meninggalkan hutan.
29
00:03:00,931 --> 00:03:02,516
Saya nampak dia bersama mereka dan...
30
00:03:03,350 --> 00:03:04,560
saya nampak dia mati.
31
00:03:06,812 --> 00:03:08,397
Apa?
32
00:03:08,480 --> 00:03:10,524
Dia dibawa menemui ketua mereka.
33
00:03:11,108 --> 00:03:12,109
Dia merayu kepada mereka.
34
00:03:12,192 --> 00:03:14,862
Dia seperti mendengar katanya,
tapi selepas itu, dia bunuh Maghra.
35
00:03:14,945 --> 00:03:16,905
Dia bunuh Maghra.
36
00:03:16,989 --> 00:03:19,158
Tidak. Dia tak mati.
37
00:03:21,785 --> 00:03:23,078
- Dia tipu.
- Tidak.
38
00:03:23,829 --> 00:03:25,205
Kenapa saya patut percaya?
39
00:03:25,622 --> 00:03:27,458
Saya pun tak percayakan dia.
40
00:03:28,042 --> 00:03:29,585
Saya pergi mencarinya.
41
00:03:30,544 --> 00:03:31,879
Dan inilah yang saya jumpa.
42
00:03:33,297 --> 00:03:35,591
- Kantungnya berlumuran darah.
- Apa?
43
00:03:35,674 --> 00:03:37,718
Saya nampak sendiri.
44
00:03:38,385 --> 00:03:40,054
Maaf, tapi kita perlu pergi sekarang.
45
00:03:40,137 --> 00:03:43,182
Tidak, saya tak mahu pergi.
46
00:03:44,099 --> 00:03:47,061
Saya tak mahu pergi selagi kita tak bunuh
Pemburu Ahli Sihir itu.
47
00:03:47,144 --> 00:03:48,645
- Tidak.
- Ayah.
48
00:03:49,063 --> 00:03:50,147
Kita akan melarikan diri.
49
00:03:50,689 --> 00:03:52,816
- Apa?
- Kita akan ada peluang lain,
50
00:03:52,900 --> 00:03:55,611
pada masa yang sesuai,
tapi sekarang, ayah perlu selamatkan awak.
51
00:03:55,694 --> 00:03:57,696
- Tidak, saya akan pergi tanpa...
- Dengar sini.
52
00:03:58,781 --> 00:04:01,575
Ayah perlu pastikan awak selamat.
53
00:04:01,658 --> 00:04:04,244
Kita perlu pergi. Mereka hampir tiba.
54
00:04:04,328 --> 00:04:05,954
Saya tahu satu tempat persembunyian.
55
00:04:06,038 --> 00:04:07,081
Ikut saya.
56
00:04:44,827 --> 00:04:47,538
Tuanku mati, tapi rupa-rupanya tidak.
57
00:04:48,205 --> 00:04:49,748
Bagaimana ini boleh berlaku?
58
00:04:49,832 --> 00:04:51,125
Mana keluarga beta?
59
00:04:51,208 --> 00:04:54,795
Anak-anak yang boleh melihat itu
anak-anak tuanku,
60
00:04:56,797 --> 00:04:58,465
bukan?
61
00:04:58,549 --> 00:05:01,218
Beta takkan jawab sebarang soalan
selagi awak tak beri jaminan
62
00:05:01,301 --> 00:05:03,387
yang keluarga beta takkan dicederakan.
63
00:05:03,971 --> 00:05:07,016
Saya telah disuruh menangkap mereka
dengan apa cara sekalipun.
64
00:05:07,098 --> 00:05:09,518
Arahan beta berbeza, bukan?
65
00:05:09,601 --> 00:05:11,311
Tuanku bukan ratu.
66
00:05:13,147 --> 00:05:14,523
Itu salah siapa?
67
00:05:16,567 --> 00:05:20,154
Suruh orang-orang awak tangkap mereka
dalam keadaan selamat
68
00:05:20,237 --> 00:05:22,197
dan beta akan jawab semua soalan awak.
69
00:05:24,033 --> 00:05:25,534
Dan bukan setakat itu saja.
70
00:05:37,880 --> 00:05:39,006
Jeneral.
71
00:05:39,089 --> 00:05:42,926
Beritahu semua pemburu yang
pelarian itu mesti ditangkap hidup-hidup.
72
00:05:43,010 --> 00:05:47,765
Jika mereka cedera, balasan berkali ganda
akan dikenakan kepada orang kita,
73
00:05:47,848 --> 00:05:49,475
yang dipilih secara rawak.
74
00:05:49,933 --> 00:05:51,352
Faham?
75
00:05:52,394 --> 00:05:53,604
Ya, Jeneral.
76
00:05:58,609 --> 00:06:02,154
Arahan yang tuanku minta itu
telah dikeluarkan.
77
00:06:03,280 --> 00:06:07,159
Sekarang, boleh tuanku jawab soalan saya?
78
00:06:17,920 --> 00:06:19,338
Pada suatu masa dulu,
79
00:06:21,590 --> 00:06:23,550
jika saya berjanji,
80
00:06:24,551 --> 00:06:26,512
tuanku terus mempercayainya.
81
00:06:28,222 --> 00:06:30,140
Masa itu sudah lama berlalu.
82
00:06:31,100 --> 00:06:32,309
Ya, benar.
83
00:06:34,645 --> 00:06:36,814
Tapi kita tak boleh mengubah diri kita.
84
00:06:37,481 --> 00:06:39,775
Sampai bila-bila.
85
00:06:41,610 --> 00:06:45,614
Jika tuanku percayakan saya dulu,
percayalah saya sekarang.
86
00:06:48,826 --> 00:06:50,119
Tolonglah...
87
00:06:52,121 --> 00:06:53,872
beritahu saya apa yang berlaku.
88
00:06:59,545 --> 00:07:00,754
Di sini.
89
00:07:09,847 --> 00:07:11,223
Di manakah kita berada?
90
00:07:11,306 --> 00:07:13,642
Ia gua yang tersembunyi.
91
00:07:13,726 --> 00:07:15,352
Saya bermain di sini semasa saya kecil.
92
00:07:15,436 --> 00:07:18,647
Ia dalam dan gelap. Tiada siapa
yang akan menemui kita di sini.
93
00:07:50,971 --> 00:07:52,306
Tapi udara masih ada di sini.
94
00:07:56,602 --> 00:07:58,729
- Ia jalan mati.
- Baiklah. Kita dah sampai.
95
00:07:59,146 --> 00:08:00,147
Boots!
96
00:08:01,315 --> 00:08:02,524
Apa yang awak buat?
97
00:08:04,526 --> 00:08:06,278
- Buka pintu.
- Tak boleh.
98
00:08:07,821 --> 00:08:08,864
Boots.
99
00:08:10,240 --> 00:08:13,077
Dengar sini. Buka pintu.
100
00:08:14,161 --> 00:08:15,621
Jangan tinggalkan kami di sini.
101
00:08:19,833 --> 00:08:21,168
Tolong berhenti.
102
00:08:24,755 --> 00:08:26,173
Kenapa awak buat begini?
103
00:08:26,924 --> 00:08:29,927
Kami terima kehadiran awak.
Saya yang suruh.
104
00:08:30,010 --> 00:08:31,679
Ia lebih baik begini.
105
00:08:32,012 --> 00:08:34,264
Terlalu sukar
untuk saya mempercayai awak semua.
106
00:08:34,723 --> 00:08:36,433
Lebih baik jika saya percayakan
seorang saja.
107
00:08:37,643 --> 00:08:38,811
- Selamat tinggal.
- Nak.
108
00:08:38,894 --> 00:08:40,521
- Tidak.
- Nak.
109
00:08:40,604 --> 00:08:42,231
- Buka pintu.
- Hei!
110
00:08:42,731 --> 00:08:43,941
Buka pintu.
111
00:08:44,441 --> 00:08:45,693
Buka pintu!
112
00:08:46,610 --> 00:08:47,903
Buka pintu ini!
113
00:08:49,071 --> 00:08:50,531
- Boots!
- Buka pintu!
114
00:08:51,490 --> 00:08:52,616
Boots!
115
00:08:58,122 --> 00:09:00,624
- Tidak. Ini tak mungkin berlaku.
- Saya dah agak ia akan berlaku.
116
00:09:01,458 --> 00:09:04,336
Awak tak pernah dengar cakap abang.
Semua orang pun sama.
117
00:09:05,671 --> 00:09:07,673
Kami dah larang awak dulu.
118
00:09:11,969 --> 00:09:13,470
- Apa awak kata?
- Dia dengar cakap saya.
119
00:09:13,554 --> 00:09:14,471
Kofun!
120
00:09:14,555 --> 00:09:16,557
Kami dah kata jangan masuk
ke kawasan pedalaman.
121
00:09:16,640 --> 00:09:20,728
Kami dah kata jangan percayakan dia.
Tapi awak tak pernah dengar cakap kami.
122
00:09:21,436 --> 00:09:23,814
Awak selalu fikir
awak seorang saja yang betul!
123
00:09:23,897 --> 00:09:25,983
Tengoklah apa dah jadi sekarang, Haniwa!
124
00:09:27,901 --> 00:09:29,111
Tak guna.
125
00:09:37,911 --> 00:09:38,954
Apa yang berlaku?
126
00:09:39,913 --> 00:09:41,123
Ia turun ke bawah.
127
00:09:49,965 --> 00:09:51,133
Kofun.
128
00:09:52,217 --> 00:09:54,636
Apabila tiba di dasarnya,
kita akan bergelap sepenuhnya.
129
00:09:55,054 --> 00:09:59,558
Saya ada batu api. Saya cuma perlukan
sesuatu untuk menghidupkan api.
130
00:10:02,061 --> 00:10:03,062
Surat itu.
131
00:10:31,590 --> 00:10:33,842
Jika sangkar ini boleh diturunkan,
ia tentu boleh dinaikkan.
132
00:10:34,259 --> 00:10:36,553
Awak ada nampak
sebarang alat untuk menaikkannya?
133
00:10:40,349 --> 00:10:41,558
Rasanya tak ada.
134
00:10:44,269 --> 00:10:45,479
Ada seseorang di sini.
135
00:10:48,107 --> 00:10:49,316
Saya tak nampak sesiapa pun.
136
00:10:54,780 --> 00:10:56,031
Kita tak boleh berada di sini.
137
00:10:57,950 --> 00:11:01,245
Jika kita tak boleh keluar ikut
jalan tadi, kita perlu cari jalan lain.
138
00:11:02,329 --> 00:11:04,373
Kita akan bergelap lagi nanti.
139
00:11:05,332 --> 00:11:06,583
Jika begitu, ikut ayah.
140
00:12:13,192 --> 00:12:14,401
Apa yang awak buat?
141
00:12:15,944 --> 00:12:17,071
Apa awak kisah?
142
00:12:17,154 --> 00:12:18,781
Awak berhenti bekerja.
143
00:12:18,864 --> 00:12:21,158
Mereka akan sedar
dan awak tentu tak mahu itu berlaku.
144
00:12:24,620 --> 00:12:27,581
Kokun ini bergerak. Kenapa ia bergerak?
145
00:12:27,664 --> 00:12:32,044
Itu lagi teruk. Awak perlu panggil orang
supaya mereka boleh mengambilnya.
146
00:12:33,170 --> 00:12:34,338
Kenapa?
147
00:12:35,923 --> 00:12:37,883
Ulat itu sudah bersedia untuk keluar
148
00:12:37,966 --> 00:12:41,679
dan akan merosakkan sutera pada kokun itu.
149
00:12:41,762 --> 00:12:44,890
Pengawas tentu tak suka.
150
00:12:45,599 --> 00:12:46,809
Siapa nama awak?
151
00:12:48,894 --> 00:12:50,104
Apa awak kisah?
152
00:12:51,271 --> 00:12:54,775
Awak ambil berat tentang saya
walaupun kita tak pernah berbual.
153
00:12:54,858 --> 00:12:57,069
- Saya nak tahu nama awak.
- Nama saya Cora.
154
00:12:57,152 --> 00:13:01,198
Saya cuma ambil berat
tentang diri sendiri, bukan awak.
155
00:13:01,281 --> 00:13:05,494
Jika Pengawas atau Pemotong
marah salah seorang daripada kita,
156
00:13:05,577 --> 00:13:07,746
kita semua akan turut menderita.
157
00:13:08,539 --> 00:13:11,750
Saya akan berterus terang
dengan awak, Cora.
158
00:13:12,167 --> 00:13:14,002
Ini bukan caranya untuk hidup.
159
00:13:14,420 --> 00:13:16,755
Okey. Jadi, awak salah seorang
daripada mereka.
160
00:13:19,341 --> 00:13:20,342
"Mereka"?
161
00:13:20,426 --> 00:13:25,222
Awak bukan wanita berada pertama
yang diturunkan darjat dan dipaksa bekerja
162
00:13:25,305 --> 00:13:28,017
yang mengeluh tentang perubahan nasibnya.
163
00:13:29,268 --> 00:13:35,232
Di sini, saya diberi makan,
tempat tinggal dan tak dicabul.
164
00:13:36,191 --> 00:13:40,237
Ada banyak cara hidup lain
yang jauh lebih teruk, percayalah.
165
00:13:41,238 --> 00:13:44,033
Mungkin awak berhak menginginkan
sesuatu yang lebih baik.
166
00:13:44,116 --> 00:13:48,746
Saya tak berminat dengan semua itu
untuk kehidupan masa hadapan saya.
167
00:13:49,747 --> 00:13:53,000
Seperti ulat ini, mungkin awak
168
00:13:53,542 --> 00:13:58,213
boleh menimbulkan minat untuk
menginginkan sesuatu yang lebih baik.
169
00:13:59,631 --> 00:14:01,967
Awak! Kenapa awak bermalas-malasan?
170
00:14:02,051 --> 00:14:03,344
Kenapa tak buat kerja?
171
00:14:04,553 --> 00:14:06,013
Gembiranya saya awak datang ke sini.
172
00:14:06,096 --> 00:14:08,932
Saya tak tahu apa saya patut buat
dengan benda itu dan saya...
173
00:14:11,977 --> 00:14:14,772
Ini masalah penting.
174
00:14:15,606 --> 00:14:18,067
Ia mungkin terpaksa dibuang.
175
00:14:22,154 --> 00:14:23,322
Sambung kerja.
176
00:14:24,948 --> 00:14:27,159
Saya kata, sambung kerja!
177
00:14:28,494 --> 00:14:29,995
Jaga rak masing-masing!
178
00:14:31,580 --> 00:14:33,582
Boleh awak bangun?
179
00:14:36,293 --> 00:14:39,338
Awak buat saya naik angin.
180
00:14:42,633 --> 00:14:45,761
Saya kata, boleh awak bangun?
181
00:14:58,232 --> 00:14:59,233
Tak boleh.
182
00:15:02,403 --> 00:15:05,114
Awak masih baru. Awak akan tahu nanti.
183
00:15:06,448 --> 00:15:08,325
Beritahu saya apabila dia sedarkan diri.
184
00:15:08,742 --> 00:15:10,244
Kita akan cuba lagi.
185
00:15:15,749 --> 00:15:17,751
Banyak perubahan bakal berlaku...
186
00:15:19,420 --> 00:15:20,713
dalam sekelip mata.
187
00:15:22,214 --> 00:15:26,135
Dunia ini sedang bersalin kulit
dan mendedahkan sesuatu yang baru.
188
00:15:26,760 --> 00:15:28,929
Namun, saya hanya dapat rasakan kesedihan.
189
00:15:31,557 --> 00:15:35,102
Sebarang kata-kata yang saya guna
untuk menggambarkannya...
190
00:15:37,187 --> 00:15:39,606
mungkin tak bermakna...
191
00:15:41,400 --> 00:15:44,653
dan tak cukup hebat
bagi seorang pemerintah yang agung.
192
00:15:50,200 --> 00:15:51,452
Jadi, saya cuma akan kata...
193
00:15:58,667 --> 00:16:00,627
Tugas untuk menggantikan ayah...
194
00:16:02,713 --> 00:16:04,298
pasti akan gagal.
195
00:16:06,633 --> 00:16:08,093
Ayah tiada galang gantinya.
196
00:16:10,971 --> 00:16:12,723
Namun, saya akan cuba sedaya upaya...
197
00:16:14,016 --> 00:16:17,227
untuk mengekalkan peninggalan ayah
dan buat ayah rasa bangga.
198
00:16:25,194 --> 00:16:26,195
Mari.
199
00:16:29,448 --> 00:16:30,491
Maghra?
200
00:16:33,911 --> 00:16:35,913
Tak apa, jangan takut. Kakak ada di sini.
201
00:16:36,622 --> 00:16:37,831
Kakak ada di sini.
202
00:16:50,010 --> 00:16:51,220
Keadaan akan berubah.
203
00:16:53,889 --> 00:16:59,311
Tapi apa yang takkan berubah ialah...
204
00:17:03,357 --> 00:17:05,275
kakak akan sentiasa melindungi awak.
205
00:17:08,320 --> 00:17:09,571
Maghra.
206
00:17:12,574 --> 00:17:17,121
Tak sangka bagaimana saat yang maha kecil
boleh mengubah seluruh dunia.
207
00:17:18,664 --> 00:17:21,208
Bagaimana kehidupan ramai orang
berubah sepenuhnya.
208
00:17:21,792 --> 00:17:25,462
Kerajaan. Sejarah. Segala-galanya.
209
00:17:26,547 --> 00:17:31,051
Semuanya bermula dengan bisikan
seorang lelaki yang nazak kepada anaknya.
210
00:17:36,807 --> 00:17:40,060
"Awak harus memerintah... tak lama lagi."
211
00:17:45,107 --> 00:17:51,530
Kata-katanya, itu pun kalau ia benar,
langsung tak seteruk tindakan tuanku.
212
00:17:51,613 --> 00:17:52,948
Ini pilihan tuanku, bukan pilihannya.
213
00:17:53,032 --> 00:17:54,283
"Kalau" dia kata?
214
00:17:56,910 --> 00:17:59,705
Suatu masa dahulu,
awak dengar cakap beta tanpa banyak soal.
215
00:17:59,788 --> 00:18:01,749
Saya tak berminat
untuk main-main dengan tuanku.
216
00:18:01,832 --> 00:18:03,208
Main apa?
217
00:18:03,792 --> 00:18:06,128
Apabila beta cukup matang
dan cuba meraih sokongan
218
00:18:06,211 --> 00:18:09,631
untuk menurunkan kakak beta
daripada takhta, beta tak main-main.
219
00:18:09,715 --> 00:18:12,593
Apabila kebanyakan jeneral
dan separuh orang istana menyokong beta
220
00:18:12,676 --> 00:18:15,846
untuk membuat perubahan.
Mereka bukan main-main.
221
00:18:16,263 --> 00:18:19,933
Apabila masa depan seluruh kerajaan kita
bergantung pada awak,
222
00:18:20,017 --> 00:18:23,937
satu-satunya sokongan yang beta perlukan
untuk menunaikan harapan raja,
223
00:18:24,021 --> 00:18:27,566
apabila awak boleh mengubah dunia
dengan hanya perkataan, "ya",
224
00:18:28,692 --> 00:18:29,902
awak kata "tidak".
225
00:18:29,985 --> 00:18:32,613
- Jadi, awak rasa itu satu permainan?
- Tuanku masih muda...
226
00:18:32,696 --> 00:18:36,325
Beta cukup besar untuk memahami
sesuatu yang jelas bagi ayah beta,
227
00:18:36,408 --> 00:18:39,244
iaitu kakak beta tak sesuai
untuk tugas itu...
228
00:18:40,371 --> 00:18:43,957
dan kebesaran kuasanya hanya akan
memburukkan lagi kelemahannya.
229
00:18:44,541 --> 00:18:48,962
Beta sayang kakak beta,
tapi beta tahu apa yang dia akan buat.
230
00:18:49,046 --> 00:18:50,923
Dan beta cuba menyelamatkannya.
231
00:18:52,257 --> 00:18:53,425
Salahkah perbuatan beta?
232
00:18:53,967 --> 00:18:55,219
Salahkah perbuatan tuanku?
233
00:18:58,097 --> 00:18:59,473
Tuanku sangat bijak.
234
00:19:02,434 --> 00:19:05,813
Tuanku baik dan setia.
235
00:19:06,230 --> 00:19:08,148
Tapi tuanku tak cukup kuat.
236
00:19:09,817 --> 00:19:11,735
Tuanku boleh kata apa saja tentang dia,
237
00:19:11,819 --> 00:19:14,113
tapi dia tak pernah lemah.
238
00:19:14,196 --> 00:19:17,700
Awak pandang rendah terhadap beta dulu
dan awak buat lagi sekarang.
239
00:19:18,200 --> 00:19:19,868
Saya tak minta semua ini berlaku.
240
00:19:20,369 --> 00:19:22,371
Dia kata tuanku dah mati.
241
00:19:22,454 --> 00:19:25,332
Dia beritahu kami semua
yang Jerlamarel bunuh tuanku. Kenapa?
242
00:19:26,083 --> 00:19:28,794
Sebaik saja beta gagal,
beta tak boleh lagi tinggal di sana.
243
00:19:30,337 --> 00:19:31,755
Jadi beta melarikan diri.
244
00:19:32,089 --> 00:19:34,675
Dia tipu. Dan inilah akibatnya.
245
00:19:35,467 --> 00:19:38,012
Tuanku bukan sekadar cuba merampas takhta.
246
00:19:38,512 --> 00:19:41,265
Tuanku bukan saja melarikan diri
apabila tuanku gagal.
247
00:19:41,682 --> 00:19:44,810
Tuanku bawa suami kesayangannya
bersama tuanku.
248
00:19:48,397 --> 00:19:51,191
Beta kesal kerana menyakitinya begitu.
249
00:19:52,901 --> 00:19:57,239
Tapi Jerlamarel berpeluang
memegang kuasa besar sebagai suaminya,
250
00:19:57,656 --> 00:20:00,743
sebaliknya, dia pilih
untuk melarikan diri dengan beta.
251
00:20:01,910 --> 00:20:05,748
Dari situ, awak boleh nampak yang kami
langsung tak boleh mengawal hubungan itu.
252
00:20:06,957 --> 00:20:09,585
Kami memang tak dapat menafikannya.
253
00:20:09,668 --> 00:20:12,296
Jadi, mana dia sekarang? Mana Jerlamarel?
254
00:20:12,379 --> 00:20:13,756
Beta tak tahu.
255
00:20:13,839 --> 00:20:16,759
Beta tak dengar suaranya
sejak anak-anak itu dilahirkan.
256
00:20:17,384 --> 00:20:19,386
Anak-anak yang saya buru
hingga ke hujung dunia
257
00:20:19,470 --> 00:20:21,805
tanpa mengetahui siapa mereka sebenarnya.
258
00:20:22,222 --> 00:20:23,807
Anak-anak pelarian
259
00:20:23,891 --> 00:20:26,769
yang saya cuba tangkap
sepanjang separuh hidup saya.
260
00:20:26,852 --> 00:20:29,938
Jika begitu,
awak sepatutnya marah ratu awak.
261
00:20:30,022 --> 00:20:33,025
Saya galakkan awak supaya pulang
dan bersemuka dengannya.
262
00:20:35,569 --> 00:20:38,614
Saya akan hantar makanan kepada tuanku.
263
00:20:43,452 --> 00:20:47,623
Sementara itu, terima kasih
kerana duduk di dalam khemah.
264
00:20:47,706 --> 00:20:50,542
Orang-orang saya tentu akan bingung
dengan kehadiran tuanku.
265
00:20:52,252 --> 00:20:53,462
Tamacti Jun.
266
00:20:55,839 --> 00:20:57,216
Apabila awak dah menemui mereka,
267
00:20:58,092 --> 00:20:59,635
bolehkah awak tak ganggu kami lagi?
268
00:21:29,456 --> 00:21:30,666
Ada seseorang di sini.
269
00:21:48,475 --> 00:21:51,145
Awak tak diundang, bukan?
270
00:21:53,230 --> 00:21:55,107
Awak tak diundang, bukan?
271
00:21:55,190 --> 00:21:59,319
Cik. Ya. Tapi kami tak berniat
untuk datang...
272
00:21:59,403 --> 00:22:00,988
Awak datang kepada kami. Kenapa?
273
00:22:01,822 --> 00:22:07,494
Kami terperangkap di sini disebabkan
seorang budak yang telah mengkhianat kami.
274
00:22:08,579 --> 00:22:10,456
Kami cuma nak cari jalan keluar.
275
00:22:11,832 --> 00:22:13,042
Seorang budak.
276
00:22:14,668 --> 00:22:17,463
Awak dialu-alukan di sini
selama mana yang awak suka. Mari.
277
00:22:20,674 --> 00:22:22,676
Di manakah kita berada? Siapa awak?
278
00:22:22,760 --> 00:22:24,178
Mari. Arah ini.
279
00:22:41,028 --> 00:22:44,656
Tak apa. Awak semua selamat.
280
00:23:12,101 --> 00:23:13,310
Di manakah kita berada?
281
00:23:15,020 --> 00:23:17,022
Apabila kami terjaga, pintu sudah dikunci.
282
00:23:17,106 --> 00:23:19,108
Seperti awak, kami pun tak tahu apa-apa.
283
00:23:19,858 --> 00:23:22,111
Apa yang awak makan itu
ialah Tangkai Ratu.
284
00:23:22,778 --> 00:23:25,114
Ia cendawan
yang menghilangkan fungsi deria.
285
00:23:28,450 --> 00:23:29,576
Dan cahaya itu?
286
00:23:29,993 --> 00:23:31,286
Cahaya?
287
00:23:31,370 --> 00:23:32,955
Abang tak beritahu mereka?
288
00:23:34,498 --> 00:23:38,127
Ia serangga bercahaya
yang tergantung di siling.
289
00:23:44,883 --> 00:23:48,929
Ada kisah tentang suku kaum
yang mencari perlindungan di bawah tanah.
290
00:23:50,055 --> 00:23:52,808
Ada yang sudah terlalu lama tinggal
di bawah tanah
291
00:23:54,309 --> 00:23:56,353
sehingga tidak lagi menyerupai manusia.
292
00:23:59,398 --> 00:24:02,401
Apa-apa pun, kalau mereka nak
bunuh kita, kita tentu dah mati.
293
00:24:03,360 --> 00:24:05,279
Bagaimana kita tahu yang kita belum mati?
294
00:24:08,157 --> 00:24:09,783
Kerana mak masih tiada di sini.
295
00:24:14,621 --> 00:24:17,624
Dan ingin membunuh kita
tak sama seperti ingin kita mati.
296
00:24:19,334 --> 00:24:21,837
Mungkin mereka mahu
kita saling bunuh-membunuh.
297
00:24:21,920 --> 00:24:23,964
Kalau begitu, mereka tentu kecewa
298
00:24:24,506 --> 00:24:27,718
kerana selama kita berada di sini,
kita takkan berpecah.
299
00:24:27,801 --> 00:24:31,013
Kita akan bertahan
sehingga berjaya melepaskan diri.
300
00:24:32,514 --> 00:24:34,933
Jika mereka tak mahu bunuh kita,
mereka perlu beri kita makanan.
301
00:24:35,017 --> 00:24:37,519
Itu bererti seseorang perlu masuk
melalui pintu itu.
302
00:24:37,603 --> 00:24:41,690
Apabila pintu itu terbuka,
ayah akan cari jalan keluar.
303
00:24:42,399 --> 00:24:43,692
Tapi sampai bila?
304
00:24:44,693 --> 00:24:45,861
Apa?
305
00:24:45,944 --> 00:24:48,947
Sampai bila ayah rasa
kita dapat bertahan di sini?
306
00:25:40,374 --> 00:25:42,292
Ambillah. Ia panas.
307
00:25:43,502 --> 00:25:46,213
Ia takkan menyembuhkan awak,
tapi ia boleh membantu awak tidur.
308
00:26:00,811 --> 00:26:02,271
Kenapa awak tolong saya?
309
00:26:05,149 --> 00:26:10,029
Saya anak bongsu antara enam beradik
dan ayah saya sangat jahat.
310
00:26:12,906 --> 00:26:16,660
Kami semua menjadi mangsa
kekejaman, kemarahan
311
00:26:17,661 --> 00:26:18,871
dan nafsunya.
312
00:26:19,705 --> 00:26:22,750
Kami menderita dan sedar
yang ia hanya akan berterusan.
313
00:26:24,168 --> 00:26:27,171
Pada malam hari jadi saya ke sembilan,
saya hilang sabar.
314
00:26:27,921 --> 00:26:32,801
Saya pergi menemuinya
dan saya tikam jantungnya.
315
00:26:35,054 --> 00:26:38,599
Kemudian, saya kembali ke katil
dan tidur dengan nyenyak.
316
00:26:41,894 --> 00:26:43,103
Menarik.
317
00:26:44,104 --> 00:26:45,731
Awak fikir saya lemah.
318
00:26:46,273 --> 00:26:49,651
Awak fikir saya tak melawan
kerana saya takut.
319
00:26:50,611 --> 00:26:52,237
Awak silap.
320
00:27:04,083 --> 00:27:05,793
Saya anak sulung antara dua beradik.
321
00:27:10,214 --> 00:27:12,049
Ayah kami baik
322
00:27:15,052 --> 00:27:16,929
terhadap adik saya.
323
00:27:20,974 --> 00:27:24,687
Terhadap saya,
dia tak marah, bertindak ganas,
324
00:27:25,312 --> 00:27:28,148
kejam atau apa-apa pun.
325
00:27:33,821 --> 00:27:37,116
Dia cuma bersikap dingin
dan tak mempedulikan saya.
326
00:27:44,164 --> 00:27:45,833
Saya anak sulung,
327
00:27:47,167 --> 00:27:50,504
tapi dia mahu serahkan hak saya
kepada adik
328
00:27:53,924 --> 00:27:56,301
yang saya sayang dan jaga
329
00:27:58,595 --> 00:28:00,055
dengan sebaik mungkin.
330
00:28:03,684 --> 00:28:05,477
Dia mahu serahkan
masa depan saya kepadanya.
331
00:28:11,191 --> 00:28:12,860
Pada masa itu, saya sedar yang
332
00:28:16,572 --> 00:28:17,990
dalam hidup ini,
333
00:28:20,159 --> 00:28:22,286
kita perlu rampas
kehidupan yang kita inginkan.
334
00:28:25,914 --> 00:28:30,002
Jadi saya rampas segala-galanya
daripada mereka berdua.
335
00:28:32,212 --> 00:28:34,757
"Segala-galanya" itu apa?
Apa yang awak rampas?
336
00:28:39,928 --> 00:28:41,638
Terlalu banyak.
337
00:28:52,649 --> 00:28:55,402
Kita ada berapa orang?
338
00:28:56,695 --> 00:28:58,989
Para pekerja? Hampir tiga puluh orang.
339
00:29:04,411 --> 00:29:05,788
Mereka pula berapa orang?
340
00:29:06,830 --> 00:29:09,500
Empat Pengawas dan seorang Pemotong.
341
00:29:12,378 --> 00:29:14,546
Senjata apa yang mereka miliki?
342
00:29:14,630 --> 00:29:17,466
Saya tak tahu. Pisau dan belantan.
343
00:29:17,883 --> 00:29:21,387
Awak dah kenal Lembaga.
Mereka ada di luar.
344
00:29:21,929 --> 00:29:23,597
Kita takkan tahu
di mana mereka berada.
345
00:29:29,353 --> 00:29:30,854
Jika kita cukup ramai...
346
00:29:31,980 --> 00:29:36,568
dan berjaya merampas senjata itu,
mereka bukan lagi masalah bagi kita.
347
00:29:38,737 --> 00:29:40,823
Ikut saya dan saya akan
jadikannya kenyataan.
348
00:29:42,199 --> 00:29:45,953
Kenapa kami patut ikut awak?
Kami langsung tak tahu awak siapa.
349
00:29:49,164 --> 00:29:53,252
Saya yakin apabila awak beritahu mereka
siapa saya, mereka akan faham.
350
00:29:54,086 --> 00:29:56,755
Saya pun tak tahu awak siapa.
351
00:30:00,968 --> 00:30:03,762
Mari kita selesaikan masalah itu.
352
00:30:18,694 --> 00:30:19,737
Jadi, bagaimana?
353
00:30:21,655 --> 00:30:23,365
Saya buat apa yang awak suruh.
354
00:30:27,036 --> 00:30:28,537
Dan saya bawa berita.
355
00:30:47,765 --> 00:30:49,266
Mereka dah tidur.
356
00:30:49,350 --> 00:30:51,685
Saya tahu. Mereka berdengkur.
357
00:30:52,394 --> 00:30:56,982
Tak sekuat dengkuran semasa mereka kecil,
tapi saya masih boleh dengar.
358
00:30:58,567 --> 00:30:59,777
Ia menenangkan hati saya.
359
00:31:01,236 --> 00:31:07,659
Saya kenal mereka hampir selama
saya kenal awak sebelum mereka dilahirkan.
360
00:31:09,244 --> 00:31:10,454
Tak mungkin.
361
00:31:12,247 --> 00:31:13,457
Betulkah?
362
00:31:23,509 --> 00:31:25,803
Saya ingat lagi hari awak tiba.
363
00:31:26,345 --> 00:31:28,806
Awak sangat gagah...
364
00:31:31,600 --> 00:31:33,352
tapi hati awak dah retak.
365
00:31:33,894 --> 00:31:35,104
Baba.
366
00:31:38,315 --> 00:31:39,858
Saya ada terfikir...
367
00:31:41,235 --> 00:31:45,155
"Pengalaman dahsyat apakah
yang telah budak ini lalui?"
368
00:31:46,448 --> 00:31:47,866
Saya kata kepada diri sendiri,
369
00:31:48,409 --> 00:31:54,957
"Oh, Paris, jangan biar budak ini
370
00:31:55,040 --> 00:32:00,838
menderita lagi seperti dulu."
371
00:32:01,964 --> 00:32:07,094
Malangnya... Itulah yang saya dah buat.
372
00:32:07,177 --> 00:32:11,265
Baba. Saya benar-benar minta maaf.
373
00:32:11,932 --> 00:32:15,644
Saya pegang tangannya. Betul.
374
00:32:15,728 --> 00:32:17,896
Dia ada di sisi saya.
375
00:32:17,980 --> 00:32:18,981
Jangan.
376
00:32:19,064 --> 00:32:21,483
Tiba-tiba saja, dia dah tiada.
377
00:32:23,360 --> 00:32:29,616
Saya yang galakkan budak-budak itu
supaya bercita-cita tinggi,
378
00:32:29,700 --> 00:32:31,994
dan tak mudah berpuas hati.
379
00:32:32,995 --> 00:32:35,414
Inilah akibatnya.
380
00:32:35,831 --> 00:32:38,667
Paris, sudahlah.
381
00:32:40,252 --> 00:32:42,421
Sudah.
382
00:32:46,258 --> 00:32:47,968
Saya perlu kuatkan semangat kita semua.
383
00:32:48,844 --> 00:32:51,972
Saya perlu kuatkan semangat mereka.
384
00:32:55,559 --> 00:33:00,064
Jika mereka rasa yang
saya mula putus harapan...
385
00:33:01,440 --> 00:33:06,445
Jika mereka rasa begitu,
walau sedetik jua, habislah harapan kita.
386
00:33:08,113 --> 00:33:12,576
Okey? Awak amat menyayangi mereka.
387
00:33:16,080 --> 00:33:18,707
Saya tak mahu awak minta maaf
kerana menyayangi mereka.
388
00:33:25,964 --> 00:33:29,843
Apa yang berlaku bukan salah awak.
389
00:33:35,933 --> 00:33:38,602
Jadi, ia salah siapa?
390
00:33:47,027 --> 00:33:48,737
Tidak.
391
00:33:49,238 --> 00:33:55,536
Tidak! Lepaskan saya!
392
00:33:59,206 --> 00:34:00,749
Tuanku.
393
00:34:03,711 --> 00:34:05,212
Semasa mereka bawa tuanku berjumpa saya,
394
00:34:05,295 --> 00:34:09,466
memang saya ragu-ragu
sama ada tuanku berguna kepada saya.
395
00:34:10,300 --> 00:34:15,097
Kami pernah ada pekerja yang kaya,
dan mereka tak pernah bertahan lama.
396
00:34:16,557 --> 00:34:20,352
Tapi tuanku bukan saja kaya.
397
00:34:21,812 --> 00:34:24,398
Tuanku langsung tak sama seperti mereka.
398
00:34:28,736 --> 00:34:30,612
Askar beta akan datang mendapatkan beta.
399
00:34:31,613 --> 00:34:32,823
Apabila mereka tiba...
400
00:34:33,699 --> 00:34:38,120
awak akan menyesali segala tindakan awak,
401
00:34:38,203 --> 00:34:40,456
bangsat.
402
00:34:40,539 --> 00:34:42,041
Awak akan dibunuh.
403
00:34:44,209 --> 00:34:46,295
Beta akan pastikan
404
00:34:46,378 --> 00:34:49,089
segala kuasa awak dirampas, bedebah.
405
00:34:56,430 --> 00:35:02,936
Tentu ramai orang yang dah lama ingin
buat begini kepada tuanku.
406
00:35:03,729 --> 00:35:05,856
Pemburu Ahli Sihir berada jauh dari sini.
407
00:35:06,732 --> 00:35:10,444
Tapi sebelum dia pergi,
dia nyatakan haluan dan tujuannya,
408
00:35:11,320 --> 00:35:14,197
kalau-kalau kami ada sebarang maklumat
409
00:35:14,281 --> 00:35:16,116
yang berguna baginya.
410
00:35:17,201 --> 00:35:22,246
Rasanya kita sama-sama setuju
yang benda paling berharga dalam dunianya
411
00:35:22,915 --> 00:35:25,793
kini berada dalam tangan saya.
412
00:35:27,378 --> 00:35:30,798
Persoalannya adalah bagaimana
saya boleh membuktikannya kepada dia.
413
00:35:32,883 --> 00:35:36,637
Saya pernah dengar satu cerita.
Mungkin tuanku boleh mengesahkannya.
414
00:35:36,720 --> 00:35:40,891
Dengar kata, apabila kerabat diraja Payan
menaiki takhta,
415
00:35:40,974 --> 00:35:43,310
satu upacara akan dijalankan.
416
00:35:43,394 --> 00:35:45,186
Dalam upacara itu,
417
00:35:45,270 --> 00:35:51,026
satu tangkal yang ditanam
di bawah kulit raja yang bertakhta
418
00:35:51,110 --> 00:35:54,863
akan dikeluarkan
dan ditanam pada penggantinya.
419
00:35:56,490 --> 00:35:57,700
Meja.
420
00:36:10,337 --> 00:36:13,841
Tangkal itu terletak atas jantung.
421
00:36:16,468 --> 00:36:18,303
Benarkah?
422
00:36:21,223 --> 00:36:24,685
Saya sungguh tak sangka. Ia benar.
423
00:36:52,504 --> 00:36:53,881
Terima kasih.
424
00:36:55,049 --> 00:36:59,887
Sekarang, mari kita tengok
apa ia boleh buat.
425
00:37:30,250 --> 00:37:31,251
Nanti dulu.
426
00:37:32,461 --> 00:37:34,171
Awak akan bantu kami melepaskan diri.
427
00:37:34,254 --> 00:37:36,173
Sebab itulah saya datang ke sini.
428
00:37:36,256 --> 00:37:37,424
Saya dilarang berbuat begini.
429
00:37:37,508 --> 00:37:40,594
Jika mereka dengar,
kita semua akan ditimpa bahaya.
430
00:37:40,678 --> 00:37:44,098
Tolong biar saya beritahu awak
apa yang saya tahu.
431
00:37:50,979 --> 00:37:52,398
Nama saya Delia.
432
00:37:53,357 --> 00:37:57,695
Tempat ini aman, tenteram,
433
00:37:57,778 --> 00:37:59,321
tapi amat mencabar.
434
00:38:00,114 --> 00:38:04,076
Untuk melindungi tempat ini,
ini tak boleh disentuh oleh dunia luar.
435
00:38:04,743 --> 00:38:07,162
Jadi, sesiapa yang datang ke sini
tak dibenarkan keluar.
436
00:38:08,330 --> 00:38:10,999
Kami pernah ada orang yang tak diundang.
437
00:38:11,083 --> 00:38:14,795
Dan kami benarkan mereka menyertai kami,
438
00:38:14,878 --> 00:38:19,049
tapi bukan serta-merta.
Mereka perlu tunggu lama.
439
00:38:19,550 --> 00:38:22,761
Keinginan untuk pulang terlalu kuat.
Perasaan itu tak boleh dibuang.
440
00:38:24,013 --> 00:38:25,389
Berapa lama?
441
00:38:25,806 --> 00:38:30,894
Semasa saya tiba, lima musim sejuk
dan panas sebelum saya diterima.
442
00:38:31,437 --> 00:38:33,522
Tak mungkin awak datang
untuk beritahu itu saja.
443
00:38:34,606 --> 00:38:35,816
Kenapa awak datang ke sini?
444
00:38:36,358 --> 00:38:37,526
Saya percaya awak...
445
00:38:38,485 --> 00:38:42,197
diumpan ke sini oleh seorang budak lelaki.
446
00:38:43,407 --> 00:38:49,663
Mungkin dia lebih tua daripada
waktu dia umpan saya ke sini dulu.
447
00:38:51,040 --> 00:38:53,834
Boots. Awak kenal dia?
448
00:38:57,838 --> 00:38:59,131
Dia anak saya.
449
00:39:01,800 --> 00:39:05,429
Saya sedar yang dia berbeza
tak lama selepas dia dilahirkan.
450
00:39:06,138 --> 00:39:09,391
Tak lama selepas itu,
seluruh penduduk kampung pun sedar juga.
451
00:39:11,018 --> 00:39:12,561
Saya cuba melindunginya.
452
00:39:13,270 --> 00:39:16,774
Saya merayu dan minta supaya mereka
cuba memahami dan kasihankan kami.
453
00:39:16,857 --> 00:39:20,986
Dia masih kecil.
Sumpahannya itu bukan disengajakan.
454
00:39:21,987 --> 00:39:26,658
Mereka menghendiknya,
meludahnya, memukulnya...
455
00:39:27,659 --> 00:39:29,244
kadangkala, lagi teruk daripada itu.
456
00:39:30,037 --> 00:39:31,872
Mana ayahnya?
457
00:39:32,289 --> 00:39:33,582
Ayah dah tiada.
458
00:39:34,083 --> 00:39:36,168
Dia tinggal di kampung kami tak lama
459
00:39:36,251 --> 00:39:38,295
semasa budak itu masih kecil.
460
00:39:38,379 --> 00:39:40,631
Pada satu hari,
dia pergi dan tak pernah kembali.
461
00:39:48,806 --> 00:39:54,520
Semakin budak itu besar, dia menjadi
seorang yang pendiam dan pemarah...
462
00:39:56,397 --> 00:39:58,524
sehinggalah dia tak dapat lagi bersabar.
463
00:40:00,275 --> 00:40:01,694
Apa yang dia buat kepada mereka?
464
00:40:02,736 --> 00:40:05,698
Dia mulakan dengan mereka
yang paling kejam terhadapnya.
465
00:40:07,658 --> 00:40:09,076
Ada yang dibunuh semasa mereka tidur.
466
00:40:11,495 --> 00:40:15,916
Ada yang dia kejar
sehingga mereka lari ketakutan.
467
00:40:18,794 --> 00:40:22,172
Kemudian, dia beralih kepada
mereka yang hanya memburuk-burukkannya.
468
00:40:22,631 --> 00:40:27,553
Apabila pembunuhan itu tamat, kaum Opayol
yang tinggal hanya kami berdua.
469
00:40:29,304 --> 00:40:30,889
Kenapa awak beritahu kami semua ini?
470
00:40:35,102 --> 00:40:36,437
Saya bersalah kerana melahirkannya.
471
00:40:37,855 --> 00:40:40,399
Jadi, saya bersalah
kerana awak terperangkap di sini.
472
00:40:41,734 --> 00:40:45,279
Jika ada antara awak yang berjaya
melepaskan diri dengan selamat,
473
00:40:46,280 --> 00:40:49,283
berjanjilah yang awak akan cari budak itu,
474
00:40:49,783 --> 00:40:51,869
anak saya itu
475
00:40:54,038 --> 00:40:55,622
dan awak akan bunuh dia.
476
00:41:02,004 --> 00:41:03,172
Saya akan bunuh dia.
477
00:42:16,453 --> 00:42:18,455
Tempat ini dilarang oleh penatua,
478
00:42:18,539 --> 00:42:21,417
tapi saya dapat rasakan
kuasa Dewa Api dari atas.
479
00:42:21,500 --> 00:42:23,544
Haniwa. Kenapa awak tertinggal
di belakang?
480
00:42:23,627 --> 00:42:25,796
Maaf. Saya nampak sesuatu.
481
00:42:25,879 --> 00:42:27,089
Awak nampak apa?
482
00:42:28,674 --> 00:42:30,134
Ayah takkan faham.
483
00:42:32,511 --> 00:42:36,598
Dia dah nampak.
Awak perlu berhati-hati dengannya.
484
00:42:43,439 --> 00:42:46,316
Ayah, rasanya saya tahu
bagaimana benda ini berfungsi.
485
00:42:46,400 --> 00:42:49,528
Kita perlu tarik benda ini
sehingga lif ini naik ke atas.
486
00:42:49,611 --> 00:42:51,989
Kita boleh mengawalnya dari atas.
Hantar balik ke bawah.
487
00:42:52,072 --> 00:42:54,658
Tapi seseorang perlu pegang
benda ini di bawah.
488
00:43:00,956 --> 00:43:02,583
Awak rasa ada berapa orang?
489
00:43:02,666 --> 00:43:05,419
Terlalu ramai.
Saya akan cuba melengahkan mereka.
490
00:43:08,881 --> 00:43:10,341
Baiklah. Semua orang, masuk.
491
00:43:10,424 --> 00:43:12,468
- Tidak, ayah. Saya boleh membantu.
- Masuk!
492
00:43:13,635 --> 00:43:15,054
- Awak dah masuk?
- Ya.
493
00:43:22,561 --> 00:43:25,064
Ayah, kami akan turunkannya segera.
494
00:44:37,886 --> 00:44:40,764
Kami dah sampai. Okey, cepat.
495
00:44:48,272 --> 00:44:50,024
Ayah, kami akan menurunkannya!
496
00:45:12,588 --> 00:45:13,881
Tolong abang!
497
00:45:56,965 --> 00:45:57,966
Tidak!
498
00:45:58,467 --> 00:45:59,677
Ayah, cepat!
499
00:46:42,386 --> 00:46:43,595
- Kofun!
- Ayah!
500
00:46:43,679 --> 00:46:44,888
Haniwa!
501
00:46:46,181 --> 00:46:47,641
Ayah!
502
00:46:48,058 --> 00:46:49,727
Ayah, kami di sini!
503
00:46:52,855 --> 00:46:54,523
- Ayah!
- Dia sedang memanjat.
504
00:46:55,149 --> 00:46:56,984
Kami di sini, ayah. Ayah tak apa-apa.
505
00:46:57,067 --> 00:46:59,611
Boleh ayah dengar? Kami di sini.
506
00:46:59,695 --> 00:47:00,946
Ikut arah suara kami.
507
00:47:03,282 --> 00:47:05,034
Ayah selamat.
508
00:47:06,201 --> 00:47:07,536
Kami di sini.
509
00:47:07,619 --> 00:47:08,662
Kami di sini.
510
00:47:08,746 --> 00:47:11,457
Ayuh. Tolonglah. Ayah selamat.
Ayah dah semakin hampir.
511
00:47:12,624 --> 00:47:13,751
Pegang kuat-kuat!
512
00:47:14,168 --> 00:47:15,461
Ayah, tolonglah bertahan.
513
00:47:15,544 --> 00:47:16,545
Ke kanan.
514
00:47:16,628 --> 00:47:18,297
Ayah, ada belebas di sebelah kanan ayah.
515
00:47:19,631 --> 00:47:20,591
Tidak! Ayah!
516
00:47:25,971 --> 00:47:26,972
Kami di sini!
517
00:47:27,056 --> 00:47:28,265
Ayah dah sangat hampir.
518
00:47:29,266 --> 00:47:31,393
Ayuh, ayah. Ayah hampir sampai di sini.
519
00:47:34,271 --> 00:47:35,647
Saya tak tahu...
520
00:47:36,440 --> 00:47:37,775
Ayah dah sangat hampir.
521
00:47:39,777 --> 00:47:40,986
Dia masih terlalu jauh.
522
00:47:41,403 --> 00:47:43,530
- Abang boleh mencapainya?
- Saya akan hulurkan tangan.
523
00:47:43,947 --> 00:47:45,491
Ayah! Sambut tangan saya!
524
00:47:47,993 --> 00:47:50,621
Saya tak dapat tarik tangan ayah!
525
00:47:51,830 --> 00:47:53,582
Saya tak mampu, ia terlalu tinggi.
526
00:48:01,340 --> 00:48:04,051
Okey.
527
00:48:05,844 --> 00:48:07,012
Ayah!
528
00:48:07,096 --> 00:48:08,222
Pegang kuat-kuat!
529
00:48:09,223 --> 00:48:11,642
- Ayah! Pegang kuat-kuat!
- Tolong pegang kuat-kuat!
530
00:48:11,725 --> 00:48:13,227
Kami akan selamatkan ayah!
531
00:48:14,728 --> 00:48:15,938
Tolonglah bertahan.
532
00:48:19,733 --> 00:48:20,901
- Ayah!
- Nak.
533
00:48:20,984 --> 00:48:21,902
Hulurkan tangan!
534
00:48:21,985 --> 00:48:23,153
Ayah boleh melakukannya!
535
00:48:31,870 --> 00:48:33,997
Saya dapat tarik tangan ayah!
536
00:49:32,473 --> 00:49:34,975
Seorang ahli kumpulan awak telah ditemui.
537
00:49:35,601 --> 00:49:38,062
Dia ada di sini.
538
00:49:39,396 --> 00:49:40,606
Maghra.
539
00:49:45,361 --> 00:49:47,237
Dia ahli kumpulan awak, bukan?
540
00:49:52,826 --> 00:49:55,079
Ya.
541
00:49:58,290 --> 00:49:59,500
Tolong keluar.
542
00:50:00,751 --> 00:50:01,960
Tolonglah.
543
00:50:12,554 --> 00:50:13,764
Mana keluarga saya?
544
00:50:17,309 --> 00:50:19,436
- Saya tak tahu.
- Awak tinggalkan mereka.
545
00:50:19,520 --> 00:50:20,938
Ada berlaku pertempuran.
546
00:50:21,021 --> 00:50:23,941
Saya cuba tolong mereka.
Apabila saya berpaling, mereka dah tiada.
547
00:50:25,109 --> 00:50:26,652
Saya datang untuk membantu awak.
548
00:50:26,735 --> 00:50:29,279
Jika awak nak membantu,
pergi cari suami dan anak-anak saya.
549
00:50:29,363 --> 00:50:30,572
Saya dah cuba.
550
00:50:31,448 --> 00:50:35,077
Saya akan cuba lagi
jika itulah yang awak mahukan,
551
00:50:35,619 --> 00:50:38,872
tapi ketahuilah yang saya boleh membantu
dengan cara lain.
552
00:50:38,956 --> 00:50:40,666
Itu saja yang saya mahukan.
553
00:50:41,834 --> 00:50:43,836
Saya nampak mereka melutut
di hadapan awak.
554
00:50:47,923 --> 00:50:50,718
Mereka percaya bahawa
awak seorang yang penting, bukan?
555
00:50:55,055 --> 00:50:58,684
Untuk menjadi seseorang yang penting,
kita perlu kuat.
556
00:51:00,060 --> 00:51:01,478
Saya boleh buat awak kuat.
557
00:51:02,813 --> 00:51:06,191
Saya boleh buat benda
yang tiada sesiapa di sini mampu buat.
558
00:51:07,317 --> 00:51:14,324
Jika saya berkhidmat untuk awak,
awak juga boleh buat begitu.
559
00:51:16,535 --> 00:51:20,205
Lebih baik jika mereka tak perlu percaya
yang awak penting.
560
00:51:20,789 --> 00:51:23,208
Lebih baik jika kita cukup kuat
untuk membuktikannya.
561
00:51:26,462 --> 00:51:29,590
Saya sanggup mengabdikan diri saya
kepada awak...
562
00:51:31,216 --> 00:51:33,719
dengan satu syarat.
563
00:51:34,219 --> 00:51:35,512
Apa syaratnya?
564
00:51:36,597 --> 00:51:39,308
Berjanjilah untuk melayan saya
dengan baik.
565
00:52:04,458 --> 00:52:05,501
Kenapa?
566
00:52:07,461 --> 00:52:09,129
Tolong pulang ke khemah awak.
567
00:52:09,213 --> 00:52:11,507
- Saya akan datang nanti.
- Saya tak mahu berganjak.
568
00:52:11,590 --> 00:52:12,800
Apa yang berlaku?
569
00:52:25,437 --> 00:52:29,191
Penulis pesanan itu mendakwa yang ratu,
yakni kakak awak ada dalam genggamannya.
570
00:52:30,526 --> 00:52:31,735
Tebusan?
571
00:52:31,819 --> 00:52:35,239
Katanya, jika kita gagal
menghantar jumlah yang mereka minta
572
00:52:35,322 --> 00:52:37,116
ke tempat tertentu...
573
00:52:37,199 --> 00:52:38,617
Mereka tipu.
574
00:52:38,701 --> 00:52:41,912
Tak mungkin ada orang boleh culik ratu
dari dalam Kanzua?
575
00:52:42,329 --> 00:52:43,956
Ada tentera yang melindunginya di sana.
576
00:52:53,716 --> 00:52:55,968
Biar saya bincang dengan leftenan saya.
577
00:52:56,844 --> 00:52:58,470
Kita akan jumpa di dalam khemah nanti.
578
00:53:06,687 --> 00:53:08,022
Biar saya tolong.
579
00:53:09,898 --> 00:53:10,899
Apa?
580
00:53:12,609 --> 00:53:14,570
Saya tahu siapa yang tinggalkan
pesanan itu.
581
00:53:15,654 --> 00:53:17,156
Siapa yang tangkap kakak awak.
582
00:53:17,239 --> 00:53:18,741
Bagaimana awak tahu?
583
00:53:19,658 --> 00:53:21,160
Kerana mereka masih di sini.
584
00:53:26,040 --> 00:53:27,541
Saya nampak mereka.
585
00:53:36,425 --> 00:53:40,596
Terimalah saya untuk berkhidmat
sebagai leftenan awak.
586
00:53:43,557 --> 00:53:46,643
Saya seorang saja
yang boleh membantu awak di sini.
587
00:53:48,270 --> 00:53:51,607
Sebut saja ya, dan saya akan melakukannya.
588
00:55:04,555 --> 00:55:06,557
Terjemahan sari kata oleh
Noorsalwati Nordin