1 00:01:07,402 --> 00:01:09,446 BERDASARKAN NOVEL ISAAC ASIMOV 2 00:01:26,421 --> 00:01:29,591 Semasa kecil, saya dengar cerita tentang Trantor, 3 00:01:31,092 --> 00:01:34,346 bandar yang juga sebuah planet di pusat galaksi. 4 00:01:36,389 --> 00:01:40,685 Mereka kata penduduk di sana adalah pendosa yang mengikut peramal palsu… 5 00:01:42,854 --> 00:01:46,358 lelaki yang percaya dia lebih penting daripada ajaran Sleeper. 6 00:01:48,151 --> 00:01:49,736 Saya tak percayakan cerita itu 7 00:01:50,612 --> 00:01:51,738 sehinggalah saya bertemu dia. 8 00:02:02,040 --> 00:02:04,876 Tuan dah berjaya meloncat, Empayar. 9 00:02:05,877 --> 00:02:09,171 Kita akan tiba di Sistem Surah dalam beberapa jam. 10 00:02:24,896 --> 00:02:29,568 Saya diberitahu yang Maharaja boleh mencipta atau memusnahkan dunia, 11 00:02:29,651 --> 00:02:34,656 dia sendiri dah mengatasi kematian dan akan hidup selama-lamanya. 12 00:02:35,824 --> 00:02:37,576 Semasa saya pandang mata dia… 13 00:02:38,785 --> 00:02:43,790 saya nampak seorang lelaki yang tak pernah ragu-ragu sepanjang hidup dia… 14 00:02:46,710 --> 00:02:49,796 sehingga dia bertemu Hari Seldon. 15 00:03:12,903 --> 00:03:14,529 Saya dah sedia untuk melihat… 16 00:03:16,865 --> 00:03:20,201 Sebentar, Empayar. Saya tak tahu tuan akan datang begitu cepat. 17 00:03:25,040 --> 00:03:27,709 Semasa kecil tuan pernah lihat saya bersiap. 18 00:03:38,511 --> 00:03:40,680 Adakah Empayar okey? 19 00:03:41,389 --> 00:03:42,766 Ia cuma loncatan itu. 20 00:03:44,309 --> 00:03:48,521 Saya tahu Spacer direka untuknya tapi saya tak anggap mereka manusia. 21 00:03:50,315 --> 00:03:53,109 Saya tahu ia kurang menyenangkan. 22 00:03:54,319 --> 00:03:55,362 Bagaimana rasanya… 23 00:03:56,571 --> 00:03:58,240 sedar ketika perjalanan? 24 00:03:58,323 --> 00:03:59,824 Perjalanan antara bintang? 25 00:04:01,910 --> 00:04:05,205 Minda manusia tak boleh terima ketakselanjaran. 26 00:04:05,288 --> 00:04:06,289 Tapi… 27 00:04:08,291 --> 00:04:09,542 minda awak boleh terima. 28 00:04:09,626 --> 00:04:13,255 Jika saya boleh terangkannya, tuan tak perlu tidur semasa perjalanan. 29 00:04:20,470 --> 00:04:22,264 Kristal leviathan. 30 00:04:22,347 --> 00:04:26,101 Garam dari lombong leviathan di Maiden. 31 00:04:26,184 --> 00:04:27,894 Kepentingannya? 32 00:04:27,978 --> 00:04:30,605 Ia melambangkan perjalanan tiga dewi, 33 00:04:30,689 --> 00:04:32,691 Maiden, Ibu dan Crone. 34 00:04:32,774 --> 00:04:36,570 Pengikut berdoa dengan menyentuhnya secara ritual. 35 00:04:39,155 --> 00:04:40,991 Ia mewakili tema utama Luminism, 36 00:04:41,074 --> 00:04:44,911 kitaran, ouroboros, alam semula jadi yang sempurna. 37 00:04:46,037 --> 00:04:47,122 Asalnya? 38 00:04:47,205 --> 00:04:50,584 Luminis percaya dewi-dewi itu hanya satu entiti dahulu, 39 00:04:50,667 --> 00:04:53,920 tapi apabila Surah melanggar planet… 40 00:04:57,007 --> 00:04:58,341 Bermula dengan D. 41 00:04:59,342 --> 00:05:00,635 Dol. 42 00:05:01,303 --> 00:05:04,639 Ia memisahkan dewi-dewi itu menjadi tiga bulan. 43 00:05:05,223 --> 00:05:07,183 Bulan yang boleh didiami hanya Maiden. 44 00:05:08,393 --> 00:05:09,686 Usia kepercayaan ini? 45 00:05:09,769 --> 00:05:11,897 Lima belas ribu tahun. 46 00:05:14,107 --> 00:05:16,026 Wujud sebelum Empayar. 47 00:05:17,402 --> 00:05:18,987 Jumlah pengikut? 48 00:05:19,613 --> 00:05:20,947 Tiga trilion. 49 00:05:29,706 --> 00:05:31,124 Saya tak pernah tanya awak, 50 00:05:32,417 --> 00:05:34,920 bagaimana awak percaya? 51 00:05:36,546 --> 00:05:39,090 Bagaimana? Atau kenapa? 52 00:05:39,174 --> 00:05:40,258 Yang kedua. 53 00:05:42,552 --> 00:05:47,057 Sejak dilahirkan, kamu adik-beradik tahu matlamat kamu. 54 00:05:47,140 --> 00:05:49,684 Tapi kami semua perlu meneroka perkara ini sendiri. 55 00:05:49,768 --> 00:05:52,854 Tapi awak tahu matlamat awak. 56 00:05:54,272 --> 00:05:57,317 Iaitu berkhidmat kepada adik-beradik saya, saya dan Empayar. 57 00:05:57,400 --> 00:05:59,152 Ia tertulis dalam kod awak. 58 00:05:59,236 --> 00:06:01,947 Saya dah jalankan tanggungjawab itu. 59 00:06:02,989 --> 00:06:06,368 Tapi pencarian makna bukan selalunya tentang jawapan. 60 00:06:06,451 --> 00:06:09,037 Proses mencari itu juga menyedarkan. 61 00:06:10,372 --> 00:06:13,333 Dewi-dewi itu tak memilih untuk berpisah menjadi tiga. 62 00:06:13,959 --> 00:06:15,794 Mereka mahu bersatu semula. 63 00:06:16,670 --> 00:06:19,923 Mereka kata rupa bumi Maiden yang masin adalah air mata mereka. 64 00:06:20,006 --> 00:06:23,885 Tapi pengorbanan mereka yang menjadikan kita bersatu. 65 00:06:23,969 --> 00:06:28,139 Setiap masa dalam hidup kita, kita berkuasa untuk memilih jalan sendiri. 66 00:06:28,223 --> 00:06:33,186 Dewi-dewi itu memimpin kita kepada perkhidmatan dan kebenaran, 67 00:06:33,979 --> 00:06:36,481 seperti menuju ke pusat pusaran. 68 00:06:40,527 --> 00:06:44,823 Zephyr Halima yang cabar kita ini, bagaimana jalan yang dia pilih? 69 00:06:45,365 --> 00:06:48,994 Dia dari Mirrus Twelve, menerima kepercayaan sejak lahir. 70 00:06:49,077 --> 00:06:52,205 Selepas gempa bumi berlaku di sana, dia menjadi penyelamat, 71 00:06:52,289 --> 00:06:54,082 mengetuai usaha pemulihan. 72 00:06:54,165 --> 00:06:56,751 Tapi dia dinaikkan menjadi Zephyr kurang daripada setahun. 73 00:06:57,794 --> 00:07:00,630 Dia baru saja memegang jawatan tinggi. 74 00:07:01,590 --> 00:07:04,009 Maaf, Empayar, kita dah memasuki atmosfera Maiden 75 00:07:04,092 --> 00:07:06,386 dan akan tiba di Istana Garam sebentar lagi. 76 00:07:31,620 --> 00:07:33,663 Sedia untuk sambutan yang meriah? 77 00:07:34,706 --> 00:07:37,125 Saya mahu tinggal di kapal. 78 00:07:37,208 --> 00:07:38,376 Kenapa? 79 00:07:38,460 --> 00:07:41,421 Ramai orang di Maiden tahu saya menganut kepercayaan mereka. 80 00:07:41,922 --> 00:07:44,132 Ini akan menyusahkan tuan. 81 00:07:44,216 --> 00:07:45,717 Jangan mengarut. 82 00:07:47,177 --> 00:07:51,514 Awak saja boleh bantu saya dengan kepercayaan Luminist. 83 00:07:55,852 --> 00:07:56,853 Awak akan ikut saya. 84 00:08:25,090 --> 00:08:26,633 Zephyr Halima. 85 00:08:27,884 --> 00:08:30,011 Selamat datang ke Maiden, Empayar. 86 00:08:31,763 --> 00:08:35,683 Saya tahu persiapan upacara rasmi menggentarkan, 87 00:08:36,183 --> 00:08:38,144 sebab itu saya buat petisyen kepada Gelang Zephyr 88 00:08:38,227 --> 00:08:40,897 dan diberi penghormatan untuk menyambut tuan seorang diri. 89 00:08:41,606 --> 00:08:42,691 Seorang diri? 90 00:08:42,774 --> 00:08:47,070 Empayar tentu biasa disambut dengan meriah, 91 00:08:47,654 --> 00:08:51,157 tapi dengan keadaan suram setelah kematian Proxima, 92 00:08:51,950 --> 00:08:54,411 sambutan yang meriah seperti… 93 00:08:55,495 --> 00:08:56,830 kurang sopan. 94 00:08:56,913 --> 00:08:57,956 Tentulah. 95 00:08:59,040 --> 00:09:03,086 Sejujurnya, saya mahu berterima kasih kerana datang bertemu kami. 96 00:09:03,169 --> 00:09:07,716 Kehadiran tuan menunjukkan betapa pentingnya Luminism kepada Empayar. 97 00:09:08,300 --> 00:09:12,637 Sebagai tanda penghargaan, saya ingin menawarkan minuman. 98 00:09:22,230 --> 00:09:25,191 Air daripada Rahim Ibu sendiri. 99 00:09:25,775 --> 00:09:28,904 Garam daripada cawan ini dikatakan boleh mengeluarkan semua niat jahat 100 00:09:28,987 --> 00:09:30,906 daripada minda orang yang minumnya. 101 00:09:30,989 --> 00:09:34,659 Malangnya, Empayar tak boleh terima minuman yang tak diuji. 102 00:09:34,743 --> 00:09:39,956 Malangnya sebarang niat jahat yang saya mungkin ada akan kekal rahsia. 103 00:09:40,040 --> 00:09:42,876 Rasanya tuan lebih suka begitu. 104 00:09:45,212 --> 00:09:48,715 Bagaimanapun, saya tak sabar untuk saling mengenali dengan lebih baik. 105 00:09:50,091 --> 00:09:51,760 Semoga kamu dirahmati tiga kali. 106 00:10:01,728 --> 00:10:04,064 Apa perkataan yang saya cari? 107 00:10:04,648 --> 00:10:05,649 Wajar? 108 00:10:06,441 --> 00:10:07,567 Itu dah mencukupi. 109 00:10:09,110 --> 00:10:11,613 Saya rasa dia bukan cuba meracun tuan. 110 00:10:11,696 --> 00:10:13,531 Tak, bukan secara terus-terang. 111 00:10:13,615 --> 00:10:15,825 Tapi saya tak rasa orang berniat baik 112 00:10:15,909 --> 00:10:18,787 akan memujuk kumpulan yang menyambut saya. 113 00:10:37,764 --> 00:10:38,974 Jaga-jaga. 114 00:10:39,558 --> 00:10:41,268 Sasaran kita mungkin bersenjata. 115 00:10:42,602 --> 00:10:44,187 Atau dia mungkin dah mati. 116 00:10:45,272 --> 00:10:46,273 Dia masih hidup. 117 00:10:46,773 --> 00:10:49,609 Kapal Empayar melindungi nyawa penumpangnya dengan baik… 118 00:10:50,151 --> 00:10:51,695 sebaik mereka mengambil nyawa orang lain. 119 00:11:02,247 --> 00:11:05,041 Komander, awak masih hidup kerana awak berguna. 120 00:11:06,251 --> 00:11:07,794 Habislah awak. 121 00:11:10,422 --> 00:11:11,840 Awak cuma belum tahu. 122 00:11:11,923 --> 00:11:13,133 Tentulah kami tahu. 123 00:11:15,635 --> 00:11:17,470 Kami adalah askar hantu. 124 00:11:41,995 --> 00:11:44,205 Hei. Sini. 125 00:12:08,355 --> 00:12:09,397 Awak okey? 126 00:12:12,025 --> 00:12:13,401 Gia. 127 00:12:16,821 --> 00:12:17,948 Bagaimana awak terluka? 128 00:12:21,117 --> 00:12:22,452 Alamak! 129 00:12:22,535 --> 00:12:24,913 Tak mengapa. Awak okey. 130 00:12:25,997 --> 00:12:28,750 Ia cerita yang bagus nanti, jika kita dapat harungi ini. 131 00:12:33,088 --> 00:12:35,590 Mari pergi dari sini sebelum kita ditembak. 132 00:12:53,817 --> 00:12:55,360 Kita dah dapat senarai. 133 00:12:56,069 --> 00:12:57,737 Lihat nama-nama itu. 134 00:12:57,821 --> 00:13:02,826 Saya perlu jurutera alam sekitar, pendorongan dan astronautik. 135 00:13:03,410 --> 00:13:05,161 Hubungi Pasukan Alder. 136 00:13:05,996 --> 00:13:07,914 Saya mahu korvet bersedia untuk berlepas. 137 00:13:08,456 --> 00:13:10,333 Mereka masih di kaldera. 138 00:13:10,417 --> 00:13:12,794 Suruh mereka bekerja lebih pantas. 139 00:13:13,628 --> 00:13:15,463 Invictus takkan menunggu kita. 140 00:13:17,173 --> 00:13:18,174 Kenapa dia tak dibunuh? 141 00:13:20,927 --> 00:13:22,971 Bilik kebal itu. 142 00:13:23,388 --> 00:13:24,890 Objek misteri yang paling teruk. 143 00:13:25,765 --> 00:13:27,767 Nampaknya dia kunci untuk itu. 144 00:13:29,519 --> 00:13:31,271 Selepas kita uruskannya, 145 00:13:31,354 --> 00:13:32,981 kita akan bunuh dia. 146 00:13:33,899 --> 00:13:35,901 Awak pasti ini akan berjaya, pemburu? 147 00:13:36,359 --> 00:13:38,570 Invictus ialah penebusan kita 148 00:13:39,279 --> 00:13:42,407 dan kita dapatkannya dengan kesakitan kita. 149 00:13:58,381 --> 00:13:59,424 Sedia? 150 00:14:10,769 --> 00:14:12,562 Ini nama kru asal awak? 151 00:14:13,146 --> 00:14:15,774 Setiap orang yang bekerja di Deliverance. 152 00:14:16,524 --> 00:14:20,946 Ada orang yang mati kerana tua atau kemalangan semasa kami tiba di Terminus. 153 00:14:21,446 --> 00:14:23,323 Tunjukkan jurutera alam sekitar. 154 00:14:34,751 --> 00:14:37,420 ROV, JACENTA JURUTERA ALAM SEKITAR 155 00:14:37,504 --> 00:14:38,964 Astronautik? 156 00:14:40,715 --> 00:14:41,841 Siapa timbalan dia? 157 00:14:43,093 --> 00:14:45,804 Saya. Saya yang uruskan hal itu. 158 00:14:47,389 --> 00:14:48,723 Pendorongan? 159 00:14:50,684 --> 00:14:53,728 Belajar di Akademi Orbit Crito. 160 00:14:54,813 --> 00:15:00,986 Mempunyai lebih 5000 jam di kapal pengangkut empayar dan kapal pedagang, 161 00:15:01,069 --> 00:15:02,571 kurang dan lebih daripada kelajuan cahaya. 162 00:15:05,657 --> 00:15:07,617 Awak cari kru untuk kapal loncatan. 163 00:15:07,701 --> 00:15:09,911 Kenapa awak tembak kapal Komander Dorwin? 164 00:15:10,495 --> 00:15:14,416 Kerana saya perlukan dia, bukan kapal dia. 165 00:15:14,499 --> 00:15:16,877 Perbuatan awak ini ialah tindakan perang. 166 00:15:17,460 --> 00:15:18,712 Kita dah ada orang diperlukan. 167 00:15:18,795 --> 00:15:21,673 Pulihkan kuasa pagar dan kodnya semula. 168 00:15:21,756 --> 00:15:24,259 Saya tak mahu mereka menyelinap keluar sebelum kita selesai. 169 00:15:30,724 --> 00:15:32,809 - Hai. - Hai. 170 00:15:45,572 --> 00:15:47,490 Saya akan jelaskan sekali saja. 171 00:15:48,283 --> 00:15:51,119 Asas ada banyak pengetahuan yang kami tak tahu. 172 00:15:51,703 --> 00:15:54,331 Jadi kami perlukan beberapa orang kamu 173 00:15:55,123 --> 00:15:57,792 untuk bantu kami baiki kapal angkasa lepas. 174 00:15:57,876 --> 00:16:00,045 Jika ia dapat dibaiki seperti yang dirancang, 175 00:16:00,128 --> 00:16:04,090 kami akan tinggalkan Terminus dan kamu boleh teruskan kehidupan kamu. 176 00:16:04,174 --> 00:16:06,927 Jika kamu menolak, kita semua akan mati, 177 00:16:07,719 --> 00:16:09,596 Anacreon dan Terminus. 178 00:16:09,679 --> 00:16:12,140 Jacenta Rov, ke depan. 179 00:16:16,978 --> 00:16:19,731 Awak ketua jurutera alam sekitar di Deliverance? 180 00:16:19,814 --> 00:16:22,067 Ya tapi saya takkan bekerja untuk awak. 181 00:16:22,567 --> 00:16:24,653 Saya setia kepada Asas. 182 00:16:33,703 --> 00:16:35,664 Saya tembak sebelah kaki. 183 00:16:35,747 --> 00:16:37,374 Suami awak ada sebelah kaki lagi. 184 00:16:38,041 --> 00:16:39,751 Awak faham? 185 00:16:46,091 --> 00:16:47,259 Akiva Lee. 186 00:16:50,845 --> 00:16:54,099 Awak boleh selenggara enjin lipatan kuantum dalam kapal perang kelas Altair? 187 00:16:55,517 --> 00:16:56,518 Ya. 188 00:17:03,149 --> 00:17:04,526 Lewis Pirenne. 189 00:17:04,609 --> 00:17:07,195 Tolonglah, saya dah 30 tahun… 190 00:17:14,578 --> 00:17:17,205 Ini semua orang yang kita perlukan? 191 00:17:23,879 --> 00:17:26,006 Saya ingat awak cuba meracun saya. 192 00:17:27,632 --> 00:17:30,051 Daun Wolvesbreath itu membantu. 193 00:17:30,969 --> 00:17:32,637 Saya kurang sakit hari ini. 194 00:17:32,721 --> 00:17:34,014 Baguslah, Empayar. 195 00:17:34,848 --> 00:17:37,142 Ia satu penghormatan jika saya boleh bantu lagi. 196 00:17:37,225 --> 00:17:39,686 Awak boleh bantu lagi 197 00:17:40,270 --> 00:17:45,066 dengan menerima permohonan maaf saya kerana cara saya bercakap hari itu. 198 00:17:51,489 --> 00:17:53,033 Simetri yang baik di sini. 199 00:17:53,700 --> 00:17:55,452 Pokok renek dipotong setiap hari. 200 00:17:56,244 --> 00:17:58,997 Cubaan mengarut untuk kawal sesuatu yang tak boleh dikawal. 201 00:18:05,879 --> 00:18:08,548 Tumbuhan akan tumbuh mengikut arah cahaya… 202 00:18:10,217 --> 00:18:11,218 bukan? 203 00:18:12,302 --> 00:18:13,428 Ya, Empayar. 204 00:18:24,314 --> 00:18:26,566 Saya tahu saya arahkan awak untuk buang itu… 205 00:18:29,069 --> 00:18:30,070 tapi biarkannya. 206 00:18:31,279 --> 00:18:33,031 Semoga cahaya takkan padam. 207 00:18:34,449 --> 00:18:35,659 Ia takkan padam. 208 00:18:41,831 --> 00:18:46,169 Apabila saya panggil awak, saya mahu awak datang segera. 209 00:18:47,420 --> 00:18:50,340 Seperti yang awak lihat, saya ada kejutan untuk awak. 210 00:18:50,924 --> 00:18:53,593 Cabaran untuk pemburuan pertama awak. 211 00:18:53,677 --> 00:18:56,930 Ghillie Raptor. Ia menyamar mengikut persekitarannya begitu baik 212 00:18:57,013 --> 00:18:59,724 sehingga awak sukar menemuinya, apatah lagi menembaknya. 213 00:19:00,350 --> 00:19:03,728 Lihat pergerakan, bukan warna. 214 00:19:04,854 --> 00:19:08,567 Biasanya, Adik Day akan mengajar awak memburu. 215 00:19:08,650 --> 00:19:12,028 Tapi memandangkan dia menentang tradisi dan meninggalkan Trantor, 216 00:19:12,112 --> 00:19:14,364 ia menjadi tugas saya. 217 00:19:14,447 --> 00:19:16,408 - Awak ada dengar khabar dari dia? - Tak. 218 00:19:16,992 --> 00:19:18,326 Awak pun sama. 219 00:19:19,703 --> 00:19:22,289 Anggaplah ia peluang yang jarang didapati 220 00:19:22,372 --> 00:19:26,001 untuk awak berdikari. 221 00:19:34,759 --> 00:19:36,261 Mangsa pertama hari ini. 222 00:19:36,344 --> 00:19:39,347 Saya rasa awak tak nampak makhluk itu sebelum saya tembak… 223 00:19:46,479 --> 00:19:47,814 Tembakan bertuah. 224 00:19:47,898 --> 00:19:48,899 Ya. 225 00:19:49,566 --> 00:19:52,569 Beri saya sehari dan saya akan tukar tuah itu menjadi kemahiran. 226 00:19:53,153 --> 00:19:55,030 Saya lebih suka lakukannya sendiri. 227 00:19:56,156 --> 00:19:58,867 Jadi, selamat memburu. 228 00:20:00,035 --> 00:20:01,077 Awak juga sama. 229 00:20:06,041 --> 00:20:08,835 Aduhai, dia berat! 230 00:20:08,919 --> 00:20:10,378 - Poly? - Alamak! 231 00:20:11,630 --> 00:20:12,964 Tak guna, Poly. Sakitnya. 232 00:20:13,048 --> 00:20:14,299 Maaf. 233 00:20:15,675 --> 00:20:16,676 Kita di mana? 234 00:20:16,760 --> 00:20:18,178 Terowong geoterma. 235 00:20:18,261 --> 00:20:20,388 Kami nampak awak di penjara dan heret awak ke sini. 236 00:20:21,264 --> 00:20:23,058 Awak lebih berat daripada yang saya sangka. 237 00:20:26,394 --> 00:20:27,395 Terima kasih. 238 00:20:30,190 --> 00:20:31,191 Warden? 239 00:20:31,691 --> 00:20:32,943 Apa itu Invictus? 240 00:20:33,526 --> 00:20:34,778 Dari mana awak dengar itu? 241 00:20:35,612 --> 00:20:39,616 Phara kata semasa dia bersama awak. Itu saja perkataan yang saya faham. 242 00:20:40,116 --> 00:20:43,370 Ia kapal perang legenda. Tapi dah berabad ia hilang. 243 00:20:43,453 --> 00:20:44,829 Ia seperti kapal hantu. 244 00:20:44,913 --> 00:20:47,749 Saya rasa Phara dah menemuinya. 245 00:20:55,757 --> 00:20:58,260 - Melutut! - Tunduk. 246 00:20:58,885 --> 00:21:01,304 - Salvor. - Ayah. 247 00:21:01,388 --> 00:21:02,681 Hugo! 248 00:21:04,391 --> 00:21:06,726 - Awak juga! - Datuk Bandar Hardin. 249 00:21:08,019 --> 00:21:09,271 Terima kasih kepada Seldon. 250 00:21:09,354 --> 00:21:10,897 Apa kamu buat di sini? 251 00:21:10,981 --> 00:21:13,275 Anacreon dah kod semula pagar, kami tak dapat masuk. 252 00:21:13,358 --> 00:21:15,860 Kami fikir bangkai kapal tempat selamat untuk bersembunyi. 253 00:21:15,944 --> 00:21:18,071 Saya kata ia salah satu hentian awak semasa rondaan malam. 254 00:21:18,154 --> 00:21:20,115 Kamu boleh berbual nanti. 255 00:21:20,198 --> 00:21:22,033 Kita perlu rancangan untuk masuk. 256 00:21:22,117 --> 00:21:23,827 Kita takkan masuk. 257 00:21:23,910 --> 00:21:25,745 Apa maksud awak kita takkan masuk? 258 00:21:28,206 --> 00:21:30,750 Korvet Anacreon ada di medan geoterma. 259 00:21:30,834 --> 00:21:34,421 Lupakan korvet itu. Kita perlu melindungi Asas. 260 00:21:34,504 --> 00:21:37,007 Ini tentang melindungi Asas. 261 00:21:37,090 --> 00:21:40,927 Phara mencari sebuah kapal perang. Boleh memusnahkan planet. 262 00:21:41,011 --> 00:21:43,972 Jika dia dapat carinya, seluruh galaksi akan bermasalah. 263 00:21:44,055 --> 00:21:46,349 Inilah Krisis Seldon yang pertama. 264 00:21:46,933 --> 00:21:50,395 Bilik Kebal dah sedar, naluri yang gerakkan saya… 265 00:21:52,105 --> 00:21:56,151 Hari letak saya di sini untuk halang Anacreon dan bantu saya fikirkan caranya. 266 00:21:57,068 --> 00:22:00,071 Saya akan ikut naluri itu 267 00:22:00,155 --> 00:22:02,824 dan kita akan musnahkan korvet itu. Faham? 268 00:22:04,576 --> 00:22:05,994 - Ya, puan. - Ya, puan. 269 00:22:06,077 --> 00:22:07,996 Kamu berdua tunggu di sini. 270 00:22:08,079 --> 00:22:09,331 Tapi kami selamatkan awak. 271 00:22:10,373 --> 00:22:12,083 Saya terhutang budi. 272 00:22:12,167 --> 00:22:13,793 Tapi ini tugas berbahaya 273 00:22:13,877 --> 00:22:15,795 dan saya tak mahu kamu mati. 274 00:22:28,934 --> 00:22:30,477 Empayar yang dihormati. 275 00:22:30,560 --> 00:22:33,980 Saya ingat saya akan terima sambutan yang meriah 276 00:22:34,064 --> 00:22:36,775 tapi saya disambut oleh penyeleweng. 277 00:22:36,858 --> 00:22:39,069 Maaf, Empayar. 278 00:22:39,152 --> 00:22:41,905 Saya jamin sambutan yang lebih baik sedang menunggu. 279 00:22:43,782 --> 00:22:46,076 Saya perkenalkan Zephyr Gilat. 280 00:22:46,993 --> 00:22:48,954 Semoga tuan dirahmati tiga kali, Empayar. 281 00:22:49,955 --> 00:22:51,873 Sama-sama, Zephyr. 282 00:22:52,374 --> 00:22:56,378 Takziah atas kematian Proxima Opal. 283 00:22:56,461 --> 00:23:00,549 Terima kasih, Empayar. Suasana yang sedih tapi saya juga berharap. 284 00:23:00,632 --> 00:23:02,175 Terutamanya untuk awak. 285 00:23:02,259 --> 00:23:05,762 Saya akan terima keputusan Gelang Zephyr. 286 00:23:05,845 --> 00:23:08,014 Beritahu kami, bagaimana keadaan sekarang? 287 00:23:08,098 --> 00:23:11,434 Zephyr Gilat masih berkemungkinan besar untuk menjadi Proxima. 288 00:23:11,518 --> 00:23:16,314 Bagaimanapun, perkara kecil boleh mengubah keadaan menjadi buruk. 289 00:23:16,398 --> 00:23:17,399 Saya faham. 290 00:23:19,150 --> 00:23:21,861 Kami mahu bantu awak mengikut kemampuan kami. 291 00:23:21,945 --> 00:23:23,780 Itu sangat baik. 292 00:23:23,863 --> 00:23:28,118 Kita tak boleh menafikan yang Halima ada karisma semula jadi. 293 00:23:28,910 --> 00:23:32,455 Saya perlu tawarkan sesuatu yang lebih bernilai. 294 00:23:32,539 --> 00:23:37,460 Dengan segala hormatnya, Empayar, infrastruktur semakin teruk. 295 00:23:37,544 --> 00:23:40,839 Sudah lama air bersih menjadi mahal dan sukar ditemui. 296 00:23:40,922 --> 00:23:44,718 Ada sesuatu pada Halima yang buat mereka rasa dia berbeza. 297 00:23:44,801 --> 00:23:47,053 Rasanya kami ada penyelesaian untuk itu. 298 00:23:47,137 --> 00:23:51,224 Kita akan jadikan metafora Halima menjadi kenyataan. 299 00:23:55,854 --> 00:24:00,901 Zephyr Gilat, sebagai penghormatan sempena pelantikan awak menjadi Proxima, 300 00:24:00,984 --> 00:24:04,487 Empayar akan membina sistem penyahgaraman di seluruh bulan. 301 00:24:05,071 --> 00:24:09,117 Kamu semua akan mendapat air minuman yang bersih. 302 00:24:13,705 --> 00:24:16,625 Saya sangat gembira, Empayar. 303 00:24:17,918 --> 00:24:21,213 Semoga awak dirahmati tiga kali, Zephyr Gilat. 304 00:24:39,272 --> 00:24:40,273 Ayah okey? 305 00:24:40,982 --> 00:24:43,318 Ayah tak tahan dengan angin ini. 306 00:24:43,902 --> 00:24:46,738 Semasa kami baru tiba dahulu, ayah selalu menggenggam tangan. 307 00:24:47,239 --> 00:24:48,406 Satu hari ibu awak kata, 308 00:24:48,490 --> 00:24:50,867 "Buka tangan awak. Awak tak boleh tumbuk angin." 309 00:24:50,951 --> 00:24:53,203 Teruskan, Hugo. Kami akan menyusul. 310 00:24:56,831 --> 00:25:01,044 Membesar di Trantor, zaman kanak-kanak di dalam… 311 00:25:02,671 --> 00:25:03,922 membuat kita jadi lemah. 312 00:25:05,298 --> 00:25:07,676 Ayah jarang bercakap tentang Trantor. 313 00:25:08,885 --> 00:25:10,053 Apa gunanya? 314 00:25:10,929 --> 00:25:12,305 Kita takkan kembali ke sana. 315 00:25:12,806 --> 00:25:14,057 Ia teruk? 316 00:25:14,808 --> 00:25:17,644 Sebaliknya. Ia hebat. 317 00:25:17,727 --> 00:25:21,565 Datuk dan nenek awak bina Jambatan Bintang, jadi kami agak senang. 318 00:25:22,190 --> 00:25:23,608 Keajaiban di semua tempat. 319 00:25:24,609 --> 00:25:26,736 Air pancut terapung, 320 00:25:26,820 --> 00:25:29,739 persembahan air segerak dengan ikan paus 321 00:25:29,823 --> 00:25:32,701 dan sesuatu berenang di atas kepala kita tanpa graviti. 322 00:25:33,410 --> 00:25:35,245 Makanannya… Oh Tuhanku. 323 00:25:35,328 --> 00:25:37,539 Ia paling sedap. 324 00:25:38,164 --> 00:25:39,666 Awak ingat ayah gemuk sekarang? 325 00:25:42,085 --> 00:25:43,628 Ini kebenarannya, Sal. 326 00:25:45,630 --> 00:25:51,636 Kami tahu ia dibina berdasarkan penipuan dan pembohongan, 327 00:25:52,596 --> 00:25:55,181 trilion orang bekerja di sebalik tabir 328 00:25:55,265 --> 00:25:56,725 untuk jadikan semuanya cantik. 329 00:25:56,808 --> 00:25:59,811 Jika kita persoalkannya, ia tak dapat diteruskan. 330 00:26:01,062 --> 00:26:03,899 Kemudian Hari mula menimbulkan kekecohan tentang kejatuhan. 331 00:26:03,982 --> 00:26:07,527 Ayah tak faham perkara yang dia katakan. 332 00:26:07,611 --> 00:26:09,654 Tapi ayah percaya Rancangan itu. 333 00:26:09,738 --> 00:26:13,408 Ayah percayakan gadis bernama Mari Hardin 334 00:26:13,491 --> 00:26:16,119 yang ayah sangat ingin tiduri. 335 00:26:16,202 --> 00:26:17,579 Ayah. 336 00:26:19,539 --> 00:26:21,374 Dia percayakan Rancangan. 337 00:26:21,958 --> 00:26:23,877 Ayah sertai Asas kerana seorang gadis? 338 00:26:23,960 --> 00:26:25,420 Ya. 339 00:26:25,503 --> 00:26:28,048 Ayah menyesal kerana datang ke sini? 340 00:26:32,344 --> 00:26:34,346 Ayah dapat awak, bukan? 341 00:26:35,305 --> 00:26:36,306 Ayuh. 342 00:27:00,789 --> 00:27:02,290 Keadaan tak baik. 343 00:27:08,880 --> 00:27:11,383 Mereka letak bahan letupan di sel hidro. 344 00:27:11,466 --> 00:27:13,009 Ia akan musnahkan seluruh bandar. 345 00:27:13,802 --> 00:27:16,096 Kita perlu halangnya. 346 00:27:18,890 --> 00:27:22,102 Jika ayah pergi lebih dekat, ayah boleh tembak cakera letupan itu, 347 00:27:22,602 --> 00:27:24,688 mungkin musnahkan satu atau dua korvet. 348 00:27:26,856 --> 00:27:29,526 Penembak lebih baik boleh tembak dari jauh dan musnahkan semua kapal. 349 00:27:29,609 --> 00:27:30,694 Salvor. 350 00:27:30,777 --> 00:27:32,529 Jangan buat apa-apa, ayah. 351 00:27:32,612 --> 00:27:34,739 Ayah terlalu tua, terlalu gemuk dan rabun teruk. 352 00:27:34,823 --> 00:27:35,949 Ayah takkan berjaya. 353 00:27:36,950 --> 00:27:39,327 Awak sama dengan ibu awak. 354 00:27:53,216 --> 00:27:55,719 Fokus dan kemahiran tuan luar biasa, Empayar. 355 00:27:56,469 --> 00:27:57,888 Enam ekor. 356 00:27:57,971 --> 00:28:01,808 Abang Dusk tentu kagum. Awak dah pecahkan rekod dia. 357 00:28:01,892 --> 00:28:03,226 Berapa banyak yang dia bunuh? 358 00:28:03,310 --> 00:28:05,020 Tiga ekor semasa pemburuan terbaik dia. 359 00:28:05,103 --> 00:28:06,771 Selepas banyak berlatih. 360 00:28:08,189 --> 00:28:10,066 Makhluk yang licik. 361 00:28:11,318 --> 00:28:12,861 Itu buruan keempat. 362 00:28:13,445 --> 00:28:16,114 Buang ini ke dalam hutan sekarang. Saya bunuh tiga ekor. 363 00:28:16,990 --> 00:28:18,992 Saya bunuh tiga ekor. Awak faham? Pergi! 364 00:28:22,996 --> 00:28:25,707 Adik Dawn, bagaimana dengan pemburuan awak? 365 00:28:26,666 --> 00:28:27,667 Tiga. 366 00:28:27,751 --> 00:28:30,378 Awak menyamai rekod saya pada cubaan pertama. 367 00:28:30,462 --> 00:28:32,005 Romus banyak membantu. 368 00:28:32,881 --> 00:28:34,382 Syabas, Adik Dawn. 369 00:28:34,466 --> 00:28:36,176 Awak pemburu semula jadi. 370 00:28:36,676 --> 00:28:37,802 Minumlah untuk raikan. 371 00:28:45,560 --> 00:28:49,648 Awak memburu seperti lelaki dewasa. Awak rasa awak dah matang sekarang? 372 00:28:50,607 --> 00:28:52,859 Entahlah. Saya dah matang? 373 00:28:52,943 --> 00:28:56,404 Hanya lelaki matang boleh gantikan saya. 374 00:28:58,698 --> 00:29:01,910 Rasanya dah tiba masa untuk awak melawat Laman Gossamer. 375 00:29:03,745 --> 00:29:07,707 Empayar ada banyak urusan mencabar. 376 00:29:07,791 --> 00:29:10,085 Kita juga manusia. 377 00:29:10,168 --> 00:29:15,423 Kita perlu luahkan rasa takut, benci dan geram. 378 00:29:16,049 --> 00:29:18,885 Ingatan mereka dihapuskan sebelum mereka tinggalkan Trantor. 379 00:29:18,969 --> 00:29:21,888 Cleon Pertama yang bangunkan sistem ini. 380 00:29:21,972 --> 00:29:23,223 Ia sempurna. 381 00:29:24,224 --> 00:29:25,225 Jadi? 382 00:29:27,769 --> 00:29:29,271 Gadis mana yang awak suka? 383 00:29:33,900 --> 00:29:36,611 Nikmat mana yang tuan mahu, Empayar? 384 00:29:36,695 --> 00:29:38,488 Awak takkan ingat semua ini? 385 00:29:40,198 --> 00:29:42,450 Sehingga malam ini saja, Empayar. 386 00:29:43,535 --> 00:29:46,913 Saya boleh kata apa-apa saja kepada awak 387 00:29:47,664 --> 00:29:49,165 dan awak takkan ingat esok? 388 00:29:49,249 --> 00:29:50,417 Betul. 389 00:29:51,126 --> 00:29:52,794 Itu tak mengganggu awak? 390 00:29:53,795 --> 00:29:55,922 Ingatan hubungan ini bukan milik saya. 391 00:29:56,715 --> 00:29:58,258 Ia milik Empayar. 392 00:30:05,724 --> 00:30:09,769 Tuan suka nikmat perbualan? Saya mahir dalam banyak subjek. 393 00:30:24,868 --> 00:30:25,911 Pusing. 394 00:30:40,008 --> 00:30:41,676 Saya akan kata awak buat dengan baik. 395 00:30:43,720 --> 00:30:47,265 Awak juga akan ingat begitu. 396 00:30:49,059 --> 00:30:50,602 Dia tak sentuh saya. 397 00:30:51,603 --> 00:30:53,063 Apa yang dia buat? 398 00:30:55,023 --> 00:30:56,107 Dia berbual saja. 399 00:30:58,777 --> 00:31:00,612 Beritahu saya semua kata-kata dia. 400 00:31:11,039 --> 00:31:12,290 Awak okey, Sal? 401 00:31:12,874 --> 00:31:14,209 Saya dah hampir. 402 00:31:14,292 --> 00:31:16,545 Hanya perlu ambil bacaan angin dan saya boleh tembak. 403 00:31:36,439 --> 00:31:38,316 Salvor? Sal? 404 00:31:39,818 --> 00:31:41,236 - Ia berlaku lagi. - Apa? 405 00:31:41,319 --> 00:31:43,530 Ia seperti fikiran dia terganggu atau sawan. 406 00:31:44,364 --> 00:31:46,491 Jika kita tak tarik dia, mereka akan nampak dia. 407 00:31:46,575 --> 00:31:49,911 Awak pergi dapatkan Salvor. Saya uruskan korvet. 408 00:31:54,207 --> 00:31:57,669 Ada satu senario saja untuk awak tinggalkan kapal mengikut rancangan 409 00:31:57,752 --> 00:32:02,173 dan ia menjadikan awak tak boleh berada di atas kapal. 410 00:32:02,257 --> 00:32:04,342 Saya takkan bunuh diri. 411 00:32:06,678 --> 00:32:07,721 Awak bunuh saya. 412 00:32:08,722 --> 00:32:11,141 Awak Hari Seldon. Awak boleh betulkan ini. 413 00:32:11,224 --> 00:32:13,018 Saya tak boleh betulkan. 414 00:32:13,101 --> 00:32:14,436 Awak tak nampak? 415 00:32:14,519 --> 00:32:20,400 Semua ini gagal kerana awak bersama dia. 416 00:32:21,234 --> 00:32:25,363 Pengorbanan semua orang menjadi sia-sia. 417 00:32:26,072 --> 00:32:28,283 Awak tahu kata-kata saya benar. 418 00:32:29,576 --> 00:32:30,911 Awak percayakan pengiraan itu? 419 00:32:31,995 --> 00:32:33,163 Saya benci pengiraan itu. 420 00:32:33,955 --> 00:32:35,248 Awak percayakan saya? 421 00:32:35,749 --> 00:32:37,542 Saya harap saya tak bertemu awak, 422 00:32:38,043 --> 00:32:40,086 tak mencuri buku-buku awak. 423 00:32:41,171 --> 00:32:42,255 Tapi ia dah berlaku. 424 00:32:43,089 --> 00:32:45,217 Ini keadaan kita sekarang, 425 00:32:45,884 --> 00:32:50,680 seluruh galaksi berubah kerana tindakan seorang individu. Awak. 426 00:32:58,313 --> 00:33:01,816 Terus ke pod krio. Ia diprogramkan untuk awak. 427 00:33:01,900 --> 00:33:04,361 Jangan berjumpa dia untuk ucap selamat tinggal. 428 00:33:05,737 --> 00:33:07,530 Jangan libatkan dia dalam hal ini. 429 00:33:28,593 --> 00:33:30,136 Salvor? 430 00:33:32,138 --> 00:33:34,766 - Ia berlaku lagi. - Saya tahu. Awak boleh tembak? 431 00:33:34,849 --> 00:33:36,685 - Ya. - Pergilah. 432 00:34:02,586 --> 00:34:04,254 Mana ayah saya? 433 00:34:04,337 --> 00:34:06,798 Dia pergi ke korvet. Dia pergi selepas awak jatuh. 434 00:34:09,217 --> 00:34:10,594 Dia takkan berjaya. 435 00:34:16,766 --> 00:34:18,268 Terlalu ramai. 436 00:34:47,422 --> 00:34:49,758 Lindung ayah, Sal. Ayah akan musnahkan kapal itu. 437 00:34:49,840 --> 00:34:51,635 Jangan, ayah. 438 00:35:12,489 --> 00:35:13,990 Tolong! 439 00:35:15,325 --> 00:35:16,326 Ayah! 440 00:35:22,666 --> 00:35:25,001 Salvor Hardin, warden Terminus. 441 00:35:25,085 --> 00:35:28,088 - Ayah. - Awak perlu lindungi Rancangan. 442 00:35:28,171 --> 00:35:29,714 Tolonglah, ayah. 443 00:35:57,576 --> 00:35:59,369 Buka genggaman tangan awak, Salvor. 444 00:36:03,623 --> 00:36:05,041 Tidak, ayah! 445 00:36:05,125 --> 00:36:06,835 Jangan melawan angin. 446 00:36:12,757 --> 00:36:14,968 Ayah! 447 00:36:16,177 --> 00:36:17,178 Tidak. 448 00:36:18,597 --> 00:36:20,765 Tidak. 449 00:36:40,785 --> 00:36:42,913 Awak patut lihat pemandangan dari sini. 450 00:36:48,960 --> 00:36:51,338 Empayar, saya tak patut ada di sini. 451 00:36:53,924 --> 00:36:56,051 Mari. Tak mengapa. 452 00:37:08,063 --> 00:37:09,397 Saya tahu awak tentu suka. 453 00:37:25,705 --> 00:37:26,790 Partere. 454 00:37:28,917 --> 00:37:29,960 Laluan pejalan kaki. 455 00:37:31,670 --> 00:37:32,712 Laman utama. 456 00:37:35,131 --> 00:37:38,468 Lihatlah betapa kemas semuanya. 457 00:37:39,469 --> 00:37:41,054 Semuanya teratur. 458 00:37:43,848 --> 00:37:45,058 Saya sukakannya. 459 00:37:48,186 --> 00:37:49,813 Mari lihat dari sini. 460 00:37:57,529 --> 00:37:59,781 Saya tiada medan daya, Empayar. 461 00:38:02,200 --> 00:38:03,285 Awak dah ada sekarang. 462 00:38:18,758 --> 00:38:19,843 Ambil. 463 00:38:22,554 --> 00:38:23,680 Tidak jika tuan tak pakai. 464 00:38:32,606 --> 00:38:33,815 Cantik. 465 00:38:36,151 --> 00:38:38,153 Ya, jika awak dapat lihat kecantikan. 466 00:38:40,030 --> 00:38:41,323 Beritahu saya apa itu? 467 00:38:44,534 --> 00:38:45,702 Taman ros? 468 00:38:46,995 --> 00:38:49,748 Rosa arvensis, kemudian Rosa persica. 469 00:38:49,831 --> 00:38:52,208 - Rosa kordesii… - Warnanya. 470 00:38:53,251 --> 00:38:54,544 Putih dan kuning. 471 00:38:55,378 --> 00:38:57,672 Kuning terang dan tengahnya merah gelap 472 00:38:59,174 --> 00:39:01,301 dengan merah terang. 473 00:39:01,384 --> 00:39:03,887 Apa lagi yang berwarna merah seperti itu? 474 00:39:05,096 --> 00:39:06,348 Di alam semula jadi? 475 00:39:07,182 --> 00:39:08,808 Pokok mapel merah menyala. 476 00:39:09,851 --> 00:39:11,519 Burung tanager musim panas. 477 00:39:12,312 --> 00:39:14,022 Kulit ketam merah. 478 00:39:14,814 --> 00:39:16,149 Pokok cendana merah. 479 00:39:20,737 --> 00:39:22,948 Saya tak tahu Empayar buta warna. 480 00:39:24,699 --> 00:39:26,159 Empayar tak buta warna. 481 00:39:26,243 --> 00:39:28,286 Cleon adalah replika yang sama. 482 00:39:29,204 --> 00:39:31,248 Tiada orang yang buta warna… 483 00:39:34,209 --> 00:39:35,210 sebelum saya. 484 00:39:36,503 --> 00:39:37,963 Bukankah ia biasa di kalangan lelaki? 485 00:39:39,381 --> 00:39:41,049 Ada cara mudah untuk pulihkannya. 486 00:39:41,132 --> 00:39:42,467 Ia tak biasa bagi kami. 487 00:39:44,886 --> 00:39:46,304 Ia bukan mudah. 488 00:39:48,056 --> 00:39:49,266 Itu rahsia saya. 489 00:39:51,935 --> 00:39:53,186 Sekarang awak dah tahu. 490 00:39:56,106 --> 00:39:57,357 Sekarang apa saya patut buat? 491 00:40:09,703 --> 00:40:13,456 Jika saya mahu simpan rahsia, saya akan tolak diri saya. 492 00:40:13,540 --> 00:40:16,042 Itu cara terbaik untuk pastikan saya rahsiakannya. 493 00:40:24,885 --> 00:40:25,969 Awak boleh tolak saya. 494 00:41:38,458 --> 00:41:39,709 Sal. 495 00:41:42,128 --> 00:41:44,130 Dia sertai Asas kerana seorang gadis. 496 00:41:48,426 --> 00:41:49,594 Pelik, bukan? 497 00:41:51,721 --> 00:41:53,515 Akhirnya dia percaya, tapi… 498 00:41:55,642 --> 00:41:57,394 dia buat semuanya kerana ibu saya. 499 00:42:02,357 --> 00:42:03,650 Saya bersimpati. 500 00:42:12,492 --> 00:42:14,160 Saya buat kesilapan, Hugo. 501 00:42:15,787 --> 00:42:18,456 Jika saya tak pitam, ayah saya tentu masih hidup. 502 00:42:18,540 --> 00:42:20,000 Tak. 503 00:42:20,584 --> 00:42:24,504 Saya pasti memusnahkan kapal mereka adalah rancangan yang betul. 504 00:42:24,588 --> 00:42:25,797 Mungkin ia betul. 505 00:42:26,548 --> 00:42:28,174 Mungkin rancangan lain lebih teruk. 506 00:42:30,176 --> 00:42:33,346 Hari kata… Dia kata seluruh galaksi boleh berubah 507 00:42:33,430 --> 00:42:35,473 disebabkan tindakan seorang individu. 508 00:42:36,057 --> 00:42:38,184 Awak salah seorang individu itu, bukan? 509 00:42:38,810 --> 00:42:40,937 Hari memimpin awak supaya Rancangan berjaya. 510 00:42:42,564 --> 00:42:45,734 Kerana saya istimewa? 511 00:42:47,360 --> 00:42:50,196 Anacreon dapat menawan bandar disebabkan saya… 512 00:42:50,280 --> 00:42:53,783 Tak. Mereka dapat menawannya disebabkan Lewis dan si dungu di menara. 513 00:42:55,869 --> 00:42:58,038 Sekarang satu-satunya peluang Asas 514 00:42:58,121 --> 00:43:00,248 untuk mengharungi krisis ini adalah awak. 515 00:43:01,958 --> 00:43:03,585 Saya tak peduli tentang krisis. 516 00:43:04,502 --> 00:43:06,546 Saya hanya mahu Phara terima balasannya. 517 00:43:08,256 --> 00:43:09,591 Kita baru letupkan kapal dia. 518 00:43:09,674 --> 00:43:11,551 Kapal awak saja cara untuk keluar dari planet ini. 519 00:43:11,635 --> 00:43:14,638 Kita menaiki Beggar dahulu sebelum mereka, mereka akan terkandas. Ayuh. 520 00:43:24,606 --> 00:43:29,236 Ketika kita meratapi belas kasihan dan kekuatan Proxima Opal, 521 00:43:29,819 --> 00:43:32,280 marilah kita bersyukur dengan rahmat dia yang banyak. 522 00:43:33,281 --> 00:43:36,368 Demi menghormati perjalanan Opal untuk kelahiran semula 523 00:43:36,451 --> 00:43:40,163 dan sebagai tanda kepercayaan kepada Proxima seterusnya, 524 00:43:40,247 --> 00:43:46,920 Empayar yang dihormati akan memasang sistem penyahgaraman di seluruh bulan. 525 00:43:51,758 --> 00:43:54,344 Marilah memuji Empayar 526 00:43:54,427 --> 00:43:58,431 dan dengar kata-kata Octavo Baru. 527 00:44:01,226 --> 00:44:03,770 "Dengan hadiah daripada pelindung kita… 528 00:44:05,647 --> 00:44:06,815 hati kita… 529 00:44:11,278 --> 00:44:16,116 hati kita bertambah dan semangat kita menjadi berani. 530 00:44:16,199 --> 00:44:20,203 Dengan kerelaan jiwa mereka yang sejajar dengan jiwa kita… 531 00:44:23,498 --> 00:44:24,624 perjalanan kita"… 532 00:44:33,842 --> 00:44:36,469 Zephyr Gilat mengucapkan kata-kata suci 533 00:44:37,596 --> 00:44:39,264 dan kita berterima kasih kepada dia untuknya. 534 00:44:42,976 --> 00:44:45,520 Kita berterima kasih kepada Empayar. 535 00:44:46,229 --> 00:44:50,275 Sambil kita raikan perjalanan Proxima Opal ke kehidupan dia yang seterusnya, 536 00:44:51,234 --> 00:44:55,030 marilah kita bersyukur dengan hadiah Ibu, 537 00:44:56,072 --> 00:44:58,366 hadiah kelahiran semula. 538 00:45:00,869 --> 00:45:03,914 Ada satu ketika, berkurun-kurun dahulu, 539 00:45:05,040 --> 00:45:07,751 semasa jiwa kita seperti lilin. 540 00:45:07,834 --> 00:45:10,587 Ia dibakar sekali dan terus terpadam. 541 00:45:11,504 --> 00:45:14,966 Tapi Ibu melihatnya dan anggap ini tak mencukupi. 542 00:45:16,009 --> 00:45:19,179 Satu kehidupan dalam satu badan, 543 00:45:20,180 --> 00:45:22,390 dibesarkan dalam satu dunia, 544 00:45:23,642 --> 00:45:29,481 jiwa itu tiada sokongan untuk berubah daripada kejahilan 545 00:45:30,148 --> 00:45:32,275 kepada kesucian. 546 00:45:33,276 --> 00:45:37,405 Jadi Ibu ambil garis nyawa itu 547 00:45:37,489 --> 00:45:39,908 dan menjadikannya bulatan, 548 00:45:40,533 --> 00:45:43,703 memberi kita hadiah kelahiran semula. 549 00:45:45,121 --> 00:45:46,831 Apa maksud hadiah ini? 550 00:45:47,332 --> 00:45:50,001 Ada orang percaya tujuan penjelmaan semula 551 00:45:50,085 --> 00:45:53,755 adalah untuk mencapai tahap kesedaran tertinggi. 552 00:45:55,298 --> 00:45:57,092 Tapi kita lebih tahu, bukan? 553 00:45:57,175 --> 00:46:00,345 Perjalanan ini tiada penghujung. 554 00:46:01,137 --> 00:46:03,473 Keupayaan kita untuk berkembang 555 00:46:04,724 --> 00:46:06,393 tiada batasan. 556 00:46:07,811 --> 00:46:12,107 Jiwa yang suci 400 tahun lalu 557 00:46:13,316 --> 00:46:16,111 juga tak suci hari ini. 558 00:46:17,529 --> 00:46:20,031 Ini adalah pengajaran Ibu. 559 00:46:20,615 --> 00:46:23,201 Semasa galaksi berubah, kita juga patut berubah. 560 00:46:23,868 --> 00:46:28,081 Kita mesti terima nilai perubahan, 561 00:46:28,164 --> 00:46:29,791 evolusi, 562 00:46:30,834 --> 00:46:32,502 perbezaan. 563 00:46:32,586 --> 00:46:35,463 Kegagalan manusia paling besar, 564 00:46:35,547 --> 00:46:39,342 dosa paling besar terhadap Ibu adalah tak berkembang. 565 00:46:40,844 --> 00:46:42,679 Jadi kita gembira 566 00:46:43,471 --> 00:46:48,768 kerana jiwa Proxima Opal takkan kekal sama dan mereput. 567 00:46:49,603 --> 00:46:54,983 Kita gembira kerana jiwa dia tak terikat kepada satu badan yang tak berubah. 568 00:46:56,359 --> 00:47:00,488 Kita gembira kerana jiwa dia adalah jiwa yang selalu berubah dan berkembang. 569 00:47:06,828 --> 00:47:09,539 Nyawa kita dalam badan ini mungkin sementara… 570 00:47:11,333 --> 00:47:14,252 tapi jiwa kita akan kekal. 571 00:47:14,336 --> 00:47:19,633 Semasa jiwa kita mencari kesucian tanpa henti, 572 00:47:19,716 --> 00:47:20,842 ingatlah. 573 00:47:21,843 --> 00:47:27,641 Kehidupan awak bukan sentiasa begini tapi ini kehidupan awak sekarang. 574 00:47:28,350 --> 00:47:30,894 Pilihan awak sekarang. 575 00:47:31,937 --> 00:47:35,065 Perubahan awak sekarang. 576 00:47:36,024 --> 00:47:37,400 Jadikannya bermakna! 577 00:47:41,571 --> 00:47:42,781 Demi Ibu! 578 00:47:42,864 --> 00:47:44,282 Demi Ibu!