1
00:00:06,000 --> 00:00:07,541
Sebelum ini dalam Hit & Run.
2
00:00:07,625 --> 00:00:08,958
Jika kamu pindah ke New York…
3
00:00:09,041 --> 00:00:11,333
Saya mungkin takkan dapat kerja itu.
4
00:00:11,416 --> 00:00:13,291
- Kamu akan dapat.
- Saya akan kembali.
5
00:00:13,375 --> 00:00:15,333
Tzion, jaga diri…
6
00:00:17,750 --> 00:00:20,250
- Saya perlukan bantuan kamu.
- Baiklah.
7
00:00:20,333 --> 00:00:23,833
Segev, saya dah jumpa pelanggar Dani.
Rami Shalem, samseng itu.
8
00:00:23,916 --> 00:00:26,250
Malam semalam dan pagi tadi,
saya nampak dia.
9
00:00:26,333 --> 00:00:27,333
Apa? Siapa ini?
10
00:00:27,416 --> 00:00:28,958
Maaf, salah nombor.
11
00:00:32,165 --> 00:00:34,625
Tali, ada penceroboh di rumah saya.
Dia dah mati.
12
00:00:34,708 --> 00:00:35,916
Tolong cepat.
13
00:00:38,750 --> 00:00:40,708
SEBUAH SIRI NETFLIX
14
00:01:35,875 --> 00:01:37,458
Kenapa dia digari?
15
00:01:38,166 --> 00:01:40,791
Dia berkelakuan ganas.
16
00:01:42,250 --> 00:01:44,958
Dia hubungi kami dan kata dia bunuh orang.
17
00:01:45,041 --> 00:01:48,041
Apabila kami masuk ke rumah,
tiada apa-apa di dalam.
18
00:01:48,125 --> 00:01:49,375
Tiada mayat langsung.
19
00:01:51,416 --> 00:01:53,250
Mungkin dia mabuk.
20
00:01:53,333 --> 00:01:56,291
Jika dia kata dia bunuh orang,
dia dah bunuh orang.
21
00:01:57,416 --> 00:01:59,458
Ini tempat kejadian jenayah.
22
00:01:59,541 --> 00:02:02,500
Hubungi Unit Forensik, buat perimeter.
Bagi saya kunci gari.
23
00:02:03,125 --> 00:02:04,541
Dia ada pistol.
24
00:02:14,541 --> 00:02:15,375
Hai.
25
00:02:23,583 --> 00:02:25,750
- Biar saya lihat kamu.
- Saya okey.
26
00:02:29,000 --> 00:02:33,583
- Perlukah kamu bergaduh dengan mereka?
- Mereka tak percayakan saya.
27
00:02:33,666 --> 00:02:36,708
Mereka polis biasa.
Kami akan panggil para penyiasat.
28
00:02:36,791 --> 00:02:39,291
- Kamu dapat lihat wajah lelaki itu?
- Ya.
29
00:02:40,833 --> 00:02:41,833
Saya tak kenal dia.
30
00:02:44,250 --> 00:02:45,583
Saya masuk dulu.
31
00:02:46,458 --> 00:02:48,375
- Okey.
- Saya akan kembali tak lama lagi.
32
00:04:00,041 --> 00:04:02,208
Ada kejadian pecah masuk lain
di kawasan ini?
33
00:04:04,208 --> 00:04:05,208
Saya tak tahu.
34
00:04:07,750 --> 00:04:11,166
Kamu perasan apa-apa yang
mencurigakan dan aneh kebelakangan ini?
35
00:04:13,208 --> 00:04:14,041
Ya.
36
00:04:16,583 --> 00:04:19,833
Pagi semalam, ada seorang lelaki
di dalam keretanya di depan rumah saya.
37
00:04:19,916 --> 00:04:23,375
- Semasa Danielle pergi.
- Orang sama yang serang kamu semalam?
38
00:04:23,458 --> 00:04:25,458
Tak.
39
00:04:27,458 --> 00:04:30,666
Ada sebab ada orang
nak cederakan kamu, Segev?
40
00:04:30,750 --> 00:04:33,625
Saya pemandu pelancong.
Kenapa ada orang nak cederakan saya?
41
00:04:33,708 --> 00:04:36,708
- Dulu, kamu bukannya pemandu pelancong.
- Boaz.
42
00:04:37,500 --> 00:04:41,416
Bagaimana dengan Rami Shalem?
Kamu tak kenal dia?
43
00:04:42,666 --> 00:04:45,833
Saya tak kenal dia.
Saya tiada kaitan dengan gengster.
44
00:04:51,458 --> 00:04:55,833
- Bagaimana dengan isteri kamu?
- Bagaimana isteri saya boleh kenal dia?
45
00:05:01,750 --> 00:05:04,791
Kita dah ada cukup maklumat, Shapira.
46
00:05:05,791 --> 00:05:08,916
Kami akan hubungi kamu
jika ada maklumat baru, Segev.
47
00:05:09,000 --> 00:05:10,875
Tunggu dulu. Itu saja?
48
00:05:10,958 --> 00:05:12,791
Selagi Unit Forensik belum laporkan
49
00:05:12,875 --> 00:05:15,916
tentang senjata dan tempat kejadian,
kami tak boleh buat apa-apa.
50
00:05:16,000 --> 00:05:20,958
Anak dan bekas isteri saya tinggal di
situ. Bagaimana saya nak lindungi mereka?
51
00:05:21,041 --> 00:05:25,250
Polis akan berkawal di depan
rumah bekas isteri kamu.
52
00:05:25,833 --> 00:05:26,666
Okey?
53
00:05:41,583 --> 00:05:45,083
- Biar saya masak untuk kamu.
- Saya tak lapar.
54
00:05:45,666 --> 00:05:46,958
Baiklah.
55
00:05:48,000 --> 00:05:51,208
Kamu perlu mandi. Okey?
56
00:06:03,958 --> 00:06:05,750
Saya berasa nak hubungi dia.
57
00:06:08,416 --> 00:06:09,416
Ya.
58
00:06:12,625 --> 00:06:15,416
Kamu dapat jejak nombor yang
hantar mesej kepada telefon Dani?
59
00:06:17,208 --> 00:06:18,583
Tak.
60
00:06:19,375 --> 00:06:22,541
Orang itu hantar mesej
melalui telefon pakai buang.
61
00:06:23,083 --> 00:06:25,750
Telefon yang dijual di kedai
di bahagian selatan bandar.
62
00:06:26,541 --> 00:06:29,625
Kenapa ada orang hantar mesej
kepada dia dengan telefon pakai buang?
63
00:06:30,583 --> 00:06:31,583
Entahlah.
64
00:06:35,625 --> 00:06:37,166
Kamu rasa dia ada hubungan sulit?
65
00:06:42,500 --> 00:06:43,333
Tak.
66
00:06:48,125 --> 00:06:50,166
Entahlah. Saya tak tahu.
67
00:06:56,541 --> 00:06:57,875
Kami saling mencintai.
68
00:07:00,166 --> 00:07:01,166
Kami bahagia.
69
00:07:07,125 --> 00:07:08,791
Manusia sukar difahami.
70
00:07:13,958 --> 00:07:14,833
Itu lumrahnya.
71
00:07:59,750 --> 00:08:00,583
Ayah.
72
00:08:02,583 --> 00:08:03,458
Segev.
73
00:08:07,125 --> 00:08:08,583
Shira hubungi kami.
74
00:08:19,791 --> 00:08:21,041
Kamu okey?
75
00:08:22,208 --> 00:08:23,833
Ya. Saya nak minum kopi sekarang.
76
00:08:24,750 --> 00:08:27,541
Pergi mandi. Ayah akan bancuh kopi.
Biar ayah ambil.
77
00:08:28,000 --> 00:08:28,833
Terima kasih.
78
00:09:33,250 --> 00:09:34,083
Hei.
79
00:09:34,583 --> 00:09:35,416
Hai.
80
00:09:37,625 --> 00:09:39,083
Kamu tercedera?
81
00:09:40,125 --> 00:09:40,958
Ya.
82
00:09:42,333 --> 00:09:43,333
Biar saya buat.
83
00:09:48,666 --> 00:09:51,666
Belakang dan kaki kamu.
84
00:09:52,916 --> 00:09:53,916
Sakitkah?
85
00:09:55,541 --> 00:09:56,500
Berbaloikah?
86
00:09:57,833 --> 00:09:58,791
Entahlah.
87
00:10:00,583 --> 00:10:04,708
Apabila kita terlalu sukakan sesuatu,
kita takkan fikirkan kesakitan.
88
00:10:06,333 --> 00:10:07,666
Masuk akalkah?
89
00:10:08,250 --> 00:10:09,083
Tak.
90
00:10:11,291 --> 00:10:13,166
- Kamu rasa sejuk?
- Ya.
91
00:10:13,250 --> 00:10:16,083
- Jika saya letak di sini atau di sini?
- Jangan!
92
00:10:45,125 --> 00:10:46,416
Saya cintakan kamu.
93
00:10:48,500 --> 00:10:49,958
Saya cintakan kamu.
94
00:11:04,208 --> 00:11:06,166
Saya dah periksa semua rumah mayat.
95
00:11:06,250 --> 00:11:09,333
Tiada mayat yang tak dikenal pasti
dalam masa 24 jam ini.
96
00:11:09,958 --> 00:11:11,666
Saya tak tahu nak cakap apa.
97
00:11:11,875 --> 00:11:15,583
Saya tahu dia sepupu kamu
dan saya pasti dia lelaki yang baik,
98
00:11:15,666 --> 00:11:17,750
tapi di mana darahnya?
99
00:11:17,833 --> 00:11:22,500
Di mana ia berlaku?
Cuma ada beberapa pasu seramik yang pecah.
100
00:11:22,583 --> 00:11:24,291
Itu saja. Tiada DNA.
101
00:11:24,375 --> 00:11:26,958
- Tiada kesan cap jari.
- Mungkin seseorang bersihkannya.
102
00:11:28,583 --> 00:11:29,416
Dengar sini.
103
00:11:33,125 --> 00:11:37,250
Saya periksa latar belakang sepupu kamu
dan ia membangkitkan banyak soalan.
104
00:11:37,333 --> 00:11:38,375
Apa jenis soalan?
105
00:11:39,083 --> 00:11:41,041
Kenapa dia dihalau dari Mexico?
106
00:11:41,125 --> 00:11:42,958
Apa dia buat di sana selama empat tahun?
107
00:11:45,083 --> 00:11:47,958
Dia juga minum wiski malam semalam.
108
00:11:48,041 --> 00:11:50,166
Kami akan siasat semuanya.
109
00:11:50,250 --> 00:11:54,583
Namun, tolonglah, apa lagi kita
boleh buat dalam siasatan begini?
110
00:11:55,500 --> 00:11:56,916
Boaz, dia tak gila.
111
00:12:03,458 --> 00:12:04,875
Okey, Rami.
112
00:12:04,958 --> 00:12:07,083
Mari mula semula dari awal kisah kamu.
113
00:12:07,708 --> 00:12:08,541
Cakaplah.
114
00:12:09,041 --> 00:12:10,166
Saya dah cakap.
115
00:12:10,583 --> 00:12:12,208
Saya makan roti bakar keju.
116
00:12:12,291 --> 00:12:14,416
Saya hantar anak-anak ke sekolah.
117
00:12:14,708 --> 00:12:17,875
Kemudian, saya minum kopi
bersama kawan-kawan di Pasha.
118
00:12:18,291 --> 00:12:22,000
Apabila saya bangun, kereta itu hilang.
Ada orang mencurinya!
119
00:12:22,083 --> 00:12:25,625
Mereka ambil beg gim, beg galas
dan iPad anak-anak saya.
120
00:12:25,708 --> 00:12:26,583
Kemudian, apa?
121
00:12:26,666 --> 00:12:29,583
Saya hubungi teksi
untuk hantar saya balik.
122
00:12:29,666 --> 00:12:32,083
Kenapa saya disoal siasat?
Bukankah kamu polis?
123
00:12:32,166 --> 00:12:34,166
Siasatlah! Dan cari kereta saya!
124
00:12:51,375 --> 00:12:52,875
Saya tahu kamu tak lapar,
125
00:12:52,958 --> 00:12:54,875
tapi kamu perlu makan sesuatu.
126
00:12:54,958 --> 00:12:59,416
Masih tiada berita daripada ibu bapanya?
Tentang penerbangan mereka?
127
00:13:01,208 --> 00:13:05,791
- Tak.
- Apa yang ayah patut beritahu rabai?
128
00:13:06,291 --> 00:13:10,625
Dia tak boleh mulakan tanpa ibu bapanya.
Mereka akan datang, jangan risau.
129
00:13:10,708 --> 00:13:12,375
Okey.
130
00:13:18,250 --> 00:13:19,083
Sini.
131
00:13:22,916 --> 00:13:25,333
Ini begnya dari lokarnya di Batsheva.
132
00:13:45,208 --> 00:13:47,583
HAI, SAYANG!
SAYA HARAP DAPAT JUMPA KAMU NANTI
133
00:13:47,666 --> 00:13:51,500
- Avram, kamu nak makan dengan kami?
- Tak. Terima kasih.
134
00:13:51,583 --> 00:13:54,875
Saya perlu buat beberapa panggilan lagi.
Terima kasih.
135
00:14:02,583 --> 00:14:04,083
Boleh kamu duduk sekejap?
136
00:14:15,166 --> 00:14:19,250
"Kenapa kamu tak hiraukan saya?"
"Saya perlu jumpa kamu."
137
00:14:21,000 --> 00:14:22,875
Kamu tahu siapa yang hantarnya?
138
00:14:23,166 --> 00:14:26,291
Orang itu hubunginya banyak kali
pada hari dia mati.
139
00:14:29,666 --> 00:14:31,500
Maaf, Segev. Saya tak tahu.
140
00:15:08,666 --> 00:15:09,500
Helo.
141
00:15:10,208 --> 00:15:11,166
Segev.
142
00:15:11,250 --> 00:15:12,333
Martin.
143
00:15:12,416 --> 00:15:14,125
Kamu di lapangan terbang?
144
00:15:14,208 --> 00:15:15,250
Tak.
145
00:15:15,333 --> 00:15:17,666
Tak, sebab itulah saya hubungi kamu.
146
00:15:17,750 --> 00:15:19,583
Kami dah bersedia untuk pergi,
147
00:15:19,666 --> 00:15:21,291
tapi Marcia pengsan.
148
00:15:21,375 --> 00:15:23,208
Dia menghidap pneumonia.
149
00:15:23,291 --> 00:15:25,333
Mungkin dia tertekan.
150
00:15:25,541 --> 00:15:26,833
Dia di Hospital Mount Sinai.
151
00:15:26,916 --> 00:15:28,500
Malang sekali.
152
00:15:28,583 --> 00:15:29,791
Kami sangat sedih.
153
00:15:30,458 --> 00:15:34,500
Kamu tahu Dani perlu dikebumikan
dalam masa 24 jam, bukan?
154
00:15:34,583 --> 00:15:37,208
Kami amat sedih
Dani dikebumikan tanpa kami,
155
00:15:37,291 --> 00:15:38,666
tapi doktor-doktor itu…
156
00:15:39,958 --> 00:15:44,208
risaukan Marcia
dan saya tak boleh tinggalkan dia.
157
00:15:45,041 --> 00:15:46,041
Saya faham.
158
00:15:49,083 --> 00:15:51,375
Jagalah dia.
Maklumkan saya keadaannya nanti.
159
00:15:53,458 --> 00:15:56,375
Saya tak tahu nak cakap apa. Maaf.
160
00:15:56,458 --> 00:15:57,291
Saya tahu.
161
00:15:57,875 --> 00:15:59,875
Saya pun tak tahu nak cakap apa.
162
00:15:59,958 --> 00:16:01,458
Apabila Marcia dah pulih,
163
00:16:01,541 --> 00:16:04,291
kami akan buat upacara memperingati kecil
164
00:16:04,375 --> 00:16:06,625
di New York dengan
keluarga dan kawan-kawan.
165
00:16:06,708 --> 00:16:09,541
- Kami nak kamu datang.
- Sudah tentu.
166
00:16:09,625 --> 00:16:11,333
Tolong beri ucapan bagi pihak kami.
167
00:19:59,416 --> 00:20:00,500
Dia isteri kamu?
168
00:20:08,166 --> 00:20:09,000
Ya.
169
00:20:09,666 --> 00:20:10,500
Memang dia.
170
00:21:19,791 --> 00:21:22,000
"Kami pasangan yang tak dijangka.
171
00:21:23,125 --> 00:21:26,125
Namun saya tahu,
sejak saya kenal Danielle,
172
00:21:26,208 --> 00:21:27,791
dia akan mengubah hidup saya.
173
00:21:30,000 --> 00:21:31,125
Senyumannya.
174
00:21:32,791 --> 00:21:35,083
Dia gembira mengajar Ella cara menari.
175
00:21:36,750 --> 00:21:40,166
Dia tak boleh buat secawan kopi yang enak.
176
00:21:41,500 --> 00:21:42,625
Saya suka semuanya.
177
00:21:45,250 --> 00:21:47,250
Dia ubahkan saya menjadi bertambah baik.
178
00:21:51,708 --> 00:21:53,166
Dialah segala-galanya.
179
00:21:55,541 --> 00:21:56,375
Dia…"
180
00:22:05,916 --> 00:22:07,500
"Dia segala-galanya bagi saya.
181
00:22:08,250 --> 00:22:10,541
Saya tak boleh bayangkan
hidup saya tanpa Danielle.
182
00:22:11,208 --> 00:22:16,416
Sekarang, dia dah tiada.
Saya cintakan kamu, Dani."
183
00:22:33,791 --> 00:22:35,625
Takziah, Segev.
184
00:22:36,083 --> 00:22:38,833
- Saya akan bawa Ella ke Shiva.
- Terima kasih.
185
00:23:14,333 --> 00:23:16,375
Ayah, mana album kahwin ayah?
186
00:23:16,458 --> 00:23:19,041
- Dalam almari di dapur.
- Ia tiada di situ.
187
00:23:19,125 --> 00:23:22,041
- Saya dah cari di sana.
- Periksa lagi. Ia ada di sana.
188
00:23:24,958 --> 00:23:26,708
Mak letak makanan kegemaran…
189
00:23:26,791 --> 00:23:28,875
Tak mengapa. Saya tak nak apa-apa.
190
00:23:28,958 --> 00:23:29,875
- Sikit.
- Tak lapar.
191
00:23:29,958 --> 00:23:32,791
Mak tinggalkannya di sini
sekiranya kamu ubah fikiran.
192
00:23:34,208 --> 00:23:38,500
Mak tak faham keluarga Wexler. Mak takkan
terlepas majlis pengebumian anak mak.
193
00:23:38,583 --> 00:23:42,333
- Saya pun tak faham.
- Mak, keluarkan roti dan roti gulung.
194
00:23:42,416 --> 00:23:43,333
- Okey.
- Bagus.
195
00:23:44,041 --> 00:23:46,041
Saya akan pastikan dia di dapur.
196
00:23:46,125 --> 00:23:47,500
- Okey.
- Kamu okey?
197
00:23:47,583 --> 00:23:48,708
- Ya.
- Yakah?
198
00:23:48,791 --> 00:23:51,000
Minumlah. Akan bantu.
Saya nak keluarkan boureka.
199
00:23:51,083 --> 00:23:51,916
Terima kasih.
200
00:23:58,416 --> 00:24:03,333
Unit Forensik menguji cap jari dan DNA
yang ditemui pada pistol itu. Nampaknya…
201
00:24:03,416 --> 00:24:06,625
- Apa?
- Ia hanya ada cap jari kamu.
202
00:24:06,708 --> 00:24:08,833
Dia pakai sarung tangan.
203
00:24:10,041 --> 00:24:12,958
Saya mula rasa yang
bukan Rami memandu kereta itu.
204
00:24:14,458 --> 00:24:16,583
Tak guna. Semua ini tak masuk akal.
205
00:24:16,666 --> 00:24:19,458
Ayah, saya dah periksa. Album itu tiada.
206
00:24:19,541 --> 00:24:20,375
Sekejap.
207
00:24:33,750 --> 00:24:34,583
Boaz.
208
00:24:35,458 --> 00:24:37,083
Saya ada satu idea.
209
00:24:37,791 --> 00:24:41,458
Soal isteri Rami.
Siasat jika iPad anaknya ada GPS.
210
00:24:44,166 --> 00:24:45,000
Syd.
211
00:24:49,291 --> 00:24:50,625
Kita perlu berbincang.
212
00:24:52,541 --> 00:24:53,875
Ada apa? Kenapa?
213
00:24:53,958 --> 00:24:57,291
Siapa lelaki bercermin mata hitam
dan berjaket itu?
214
00:24:57,375 --> 00:25:02,500
Saya nampak kamu pandang dia.
Pasti kamu berdua saling mengenali.
215
00:25:08,125 --> 00:25:09,458
Nama dia Assaf.
216
00:25:10,750 --> 00:25:11,750
Assaf apa?
217
00:25:11,833 --> 00:25:13,291
Saya tak ingat, maaf.
218
00:25:14,708 --> 00:25:15,708
Jangan tipu saya.
219
00:25:16,583 --> 00:25:17,791
Siapa dia?
220
00:25:20,500 --> 00:25:22,333
Dia seorang ahli perniagaan.
221
00:25:22,416 --> 00:25:23,833
Dia meminati penari.
222
00:25:23,916 --> 00:25:25,833
Ada ramai lelaki begitu.
223
00:25:26,500 --> 00:25:29,208
Dia suka memikat penari
dan tinggal di Hashoftim.
224
00:25:29,291 --> 00:25:30,791
Apa itu Hashoftim?
225
00:25:30,875 --> 00:25:33,625
Sebuah bar yang kami sering kunjungi dulu.
226
00:25:33,708 --> 00:25:35,250
Dia kenal Danielle?
227
00:25:39,041 --> 00:25:39,875
Ya.
228
00:25:42,000 --> 00:25:45,791
- Sejauh mana hubungan mereka?
- Mereka pernah berpacaran.
229
00:25:45,875 --> 00:25:49,708
Sebelum dia kenal kamu.
Ia bukan serius. Dani tak suka dia.
230
00:25:52,416 --> 00:25:54,083
Bagaimana dengan lelaki itu?
231
00:25:54,666 --> 00:25:58,750
Selepas hubungan mereka berakhir,
Asaaf jadi taasub.
232
00:25:58,833 --> 00:26:01,083
Kenapa dia tak beritahu saya?
233
00:26:01,166 --> 00:26:03,708
Dani sangka kamu akan bunuh Asaaf
jika kamu tahu.
234
00:26:05,958 --> 00:26:08,708
Tolong jangan benci saya.
Kamu kawan baik saya.
235
00:26:08,791 --> 00:26:12,791
- Saya tak nak jadi perosak hubungan kamu.
- Saya tak benci kamu.
236
00:26:24,291 --> 00:26:26,541
Tak sangka dapat jumpa
kamu di sini malam ini.
237
00:26:29,083 --> 00:26:29,958
Nak minum?
238
00:26:31,375 --> 00:26:32,750
Dia tanya tentang kamu.
239
00:26:34,833 --> 00:26:35,916
Siapa tanya apa?
240
00:26:41,000 --> 00:26:43,083
Segev nampak kamu di sana hari ini.
241
00:26:47,041 --> 00:26:49,916
Kenapa kamu datang? Kamu tak patut datang.
242
00:26:52,250 --> 00:26:54,375
Saya berhak untuk bersedih, bukan?
243
00:26:58,750 --> 00:27:00,291
Saya pun cintakan dia.
244
00:27:02,500 --> 00:27:04,833
Pemandu pelancong itu boleh pergi mampus.
245
00:27:09,541 --> 00:27:11,833
Jangan cari masalah dengan dia, Assaf.
246
00:27:24,833 --> 00:27:29,291
Kami jumpa isyarat iPad budak-budak itu.
Kereta itu ada di garaj di Allenby.
247
00:27:30,208 --> 00:27:32,333
Ini rakaman CCTV yang kami dapat.
248
00:27:37,250 --> 00:27:38,500
Gal, berhenti.
249
00:27:41,166 --> 00:27:42,333
Itu keretanya.
250
00:27:43,666 --> 00:27:46,541
Pergi ke kamera bumbung
pada masa yang sama.
251
00:27:57,583 --> 00:27:58,458
Tak guna.
252
00:27:58,958 --> 00:28:01,291
- Kamu kenal mereka?
- Tak.
253
00:28:04,458 --> 00:28:06,916
Namun, mereka bukan Rami Shalem.
254
00:28:40,625 --> 00:28:41,458
Assaf?
255
00:28:42,375 --> 00:28:43,208
Ya.
256
00:28:43,291 --> 00:28:45,375
Apa kamu buat di depan rumah saya?
257
00:28:46,458 --> 00:28:47,625
Jangan ganggu saya.
258
00:28:48,916 --> 00:28:50,291
Apa kamu nak buat?
259
00:28:50,375 --> 00:28:52,750
Bercakap dengan dia? Bunuh dia? Apa?
260
00:28:53,625 --> 00:28:55,750
Saya tahu kamu sedih,
261
00:28:55,833 --> 00:28:58,000
tapi saya sedang menunggu seseorang.
262
00:28:58,583 --> 00:29:01,500
- Tolong ke tepi.
- Kamu menghendap dia.
263
00:29:01,583 --> 00:29:02,833
Jangan ganggu saya.
264
00:29:05,000 --> 00:29:06,458
Kamu tidur dengan dia?
265
00:29:09,000 --> 00:29:12,125
- Kamu perlu dapatkan bantuan.
- Kamu meniduri isteri saya?
266
00:29:15,625 --> 00:29:16,541
Ya.
267
00:29:18,000 --> 00:29:19,125
Lama dahulu.
268
00:29:21,125 --> 00:29:23,041
Dulu, saya bercinta dengan dia.
269
00:29:24,083 --> 00:29:26,250
Tetapi dia berkahwin dengan kamu.
270
00:29:27,708 --> 00:29:28,541
Okey?
271
00:29:29,333 --> 00:29:30,291
Kamu menang.
272
00:29:30,375 --> 00:29:31,875
Tolong ke tepi.
273
00:29:41,416 --> 00:29:42,250
Dengar sini.
274
00:29:43,333 --> 00:29:47,916
Kamu ada masalah lebih besar
daripada mencari kekasih isteri kamu.
275
00:30:06,750 --> 00:30:07,666
Maya?
276
00:30:33,083 --> 00:30:34,583
Apa yang kamu buat?
277
00:30:35,583 --> 00:30:36,958
Kamu dah gila?
278
00:30:37,041 --> 00:30:39,333
Apa yang berlaku di sini?
279
00:30:43,750 --> 00:30:47,958
Dia tulis yang dia minta maaf.
Dia tak maksudkan untuk sakiti kamu.
280
00:30:51,583 --> 00:30:53,458
Selepas kali terakhir itu,
281
00:30:53,541 --> 00:30:56,208
saya cuba tak hiraukan
suara dalam kepala saya
282
00:30:56,291 --> 00:30:59,375
yang suruh saya tak percayakan kamu,
perhatikan kamu,
283
00:30:59,458 --> 00:31:02,833
geledah telefon kamu
dan periksa pakaian kamu.
284
00:31:02,916 --> 00:31:04,416
Namun, saya sangat dungu!
285
00:31:04,500 --> 00:31:08,166
- Apa yang kamu buat?
- Perkara yang saya patut buat dari dulu.
286
00:31:09,666 --> 00:31:13,291
- Cari bukti untuk apabila kita bercerai!
- Berhenti.
287
00:31:14,916 --> 00:31:19,708
Kamu penipu dan curang!
288
00:31:20,750 --> 00:31:24,666
Tolonglah, saya takkan tipu kamu.
Saya betul-betul tiada niat untuk menipu.
289
00:31:30,375 --> 00:31:35,750
Kami cuma keluar sebentar.
Semasa hubungan kita goyah.
290
00:31:36,541 --> 00:31:39,500
Semuanya dah berakhir.
Sumpah. Ia dah lama berlalu.
291
00:31:39,583 --> 00:31:42,500
Yakah? Kenapa dia
baru saja hantar surat sekarang?
292
00:31:44,375 --> 00:31:48,916
Entahlah. Mungkin dia masih cintakan saya.
Mungkin dia nak bersama semula.
293
00:31:49,916 --> 00:31:51,125
Saya tak tahu.
294
00:31:51,208 --> 00:31:54,458
Saya tak beritahu kamu
sebab saya tak nak sakiti kamu.
295
00:31:54,541 --> 00:31:58,291
Semuanya dah berakhir.
Saya bersumpah, Maya. Ia dah berakhir.
296
00:32:05,250 --> 00:32:08,583
Dia dah mati. Mati!
297
00:32:09,166 --> 00:32:12,958
Dia penari Amerika yang mati
dalam kemalangan kereta itu.
298
00:32:13,833 --> 00:32:15,458
Jadi, kamu tak perlu risau.
299
00:32:39,208 --> 00:32:42,041
Ini kamera CCTV di Ben Gurion. Itu dia.
300
00:32:42,125 --> 00:32:43,583
- Itu pemandunya?
- Ya.
301
00:32:44,166 --> 00:32:46,375
Tomas Polgar. Kamu kenal dia?
302
00:32:49,291 --> 00:32:50,916
Ini orang yang disyaki kedua.
303
00:32:53,875 --> 00:32:56,625
- Boton Gunsberg?
- Tak.
304
00:32:57,250 --> 00:33:00,125
Mereka berdua orang Hungary.
305
00:33:01,458 --> 00:33:03,750
- Mereka terbang ke mana?
- London.
306
00:33:04,416 --> 00:33:07,250
- Heathrow.
- Kamu kata mereka berdua dari Hungary.
307
00:33:07,333 --> 00:33:09,583
Mereka terus keluar dari Israel.
308
00:33:09,666 --> 00:33:13,958
Saya tak faham. Mereka ke Tel Aviv dua
hari lalu, curi kereta dan bunuh Danielle?
309
00:33:14,041 --> 00:33:15,291
Itu tak masuk akal.
310
00:33:15,375 --> 00:33:17,166
Entahlah, Segev.
311
00:33:17,250 --> 00:33:21,708
Ada kemungkinan mereka ke sini untuk
berparti dan keadaan jadi tak terkawal.
312
00:33:25,208 --> 00:33:28,083
- Baiklah. Selamat tinggal.
- Segev?
313
00:33:29,916 --> 00:33:32,500
Kami akan siasat apa
sebenarnya berlaku, okey?
314
00:33:32,583 --> 00:33:35,750
Kami akan cari mereka dan akan
berikan perhatian yang paling utama.
315
00:33:49,375 --> 00:33:50,916
Ke kiri, Moshe.
316
00:33:52,875 --> 00:33:53,958
Sebelah kiri kamu.
317
00:33:57,000 --> 00:33:58,625
Kepakkan tangan kamu.
318
00:33:58,708 --> 00:34:00,416
- Berapa lama lagi?
- Cepatlah.
319
00:34:04,416 --> 00:34:07,500
Saya rasa macam ayam yang besar.
Atau seekor itik.
320
00:34:07,583 --> 00:34:09,833
Cahayanya tak sampai ke jalan masuk.
321
00:34:12,458 --> 00:34:13,583
Beritahu ayah, Segev.
322
00:34:13,666 --> 00:34:17,041
Jika pemandu yang
bunuh Dani ada di London,
323
00:34:17,125 --> 00:34:21,625
kenapa kita pasang
sistem keselamatan di sini?
324
00:34:21,708 --> 00:34:23,125
Untuk keselamatan.
325
00:34:25,916 --> 00:34:27,250
Kita perlu laraskan lagi
326
00:34:27,333 --> 00:34:29,375
Cahaya tak mengenai pintu masuk.
327
00:34:29,458 --> 00:34:31,833
Kenapa alihkan dan asyik laraskannya?
328
00:34:31,916 --> 00:34:35,541
- Cahaya perlu sampai ke jalan masuk.
- Kita perlu mula semula!
329
00:34:35,625 --> 00:34:37,291
Sudah, Moshe!
330
00:34:37,375 --> 00:34:38,458
Sudahlah!
331
00:34:40,166 --> 00:34:41,708
Kenapa dengan kamu?
332
00:34:42,291 --> 00:34:44,625
Saya tak faham.
Kenapa nak berhenti untuk beli kopi?
333
00:34:51,708 --> 00:34:52,708
Entahlah.
334
00:34:53,458 --> 00:34:55,833
- Kami ada masa.
- Dia perlu menaiki pesawat!
335
00:34:55,916 --> 00:34:56,958
Segev.
336
00:34:58,416 --> 00:34:59,750
Itu satu kemalangan.
337
00:34:59,833 --> 00:35:01,416
Ayah tak tahu.
338
00:35:01,500 --> 00:35:03,666
Saya tak tahu dan dia pun tak tahu!
339
00:35:03,750 --> 00:35:05,791
Sekarang, dia tiada di sini!
340
00:35:05,875 --> 00:35:08,375
Semuanya sebab secawan kopi!
341
00:35:12,916 --> 00:35:13,791
Maaf.
342
00:35:22,625 --> 00:35:23,458
Okey.
343
00:35:24,291 --> 00:35:27,333
Ya, minta dia hubungi saya.
344
00:35:28,125 --> 00:35:29,250
Terima kasih.
345
00:35:36,375 --> 00:35:38,166
- Apa ini?
- Cili sumbat.
346
00:35:38,916 --> 00:35:41,750
Tami kata kamu perlukan
protein sebab mengandung.
347
00:35:43,875 --> 00:35:45,833
Ucapkan terima kasih kepada dia.
348
00:35:47,458 --> 00:35:48,500
Bagaimana?
349
00:35:49,125 --> 00:35:50,375
Tiada apa-apa yang baru.
350
00:35:52,083 --> 00:35:55,166
Setibanya di London, mereka terus lesap.
351
00:35:55,250 --> 00:35:58,750
Saya cuba hubungi ejen dari Interpol itu,
tapi dia belum kembali.
352
00:35:59,416 --> 00:36:01,375
Saya nak keluarkan kamu dari siasatan ini.
353
00:36:02,041 --> 00:36:02,875
Apa?
354
00:36:02,958 --> 00:36:06,833
Sebab mangsa ialah ahli keluarga kamu.
355
00:36:07,541 --> 00:36:09,541
Ada konflik kepentingan.
356
00:36:09,625 --> 00:36:11,791
Dror, saya boleh bersikap objektif.
357
00:36:11,875 --> 00:36:15,208
Jika kes ini dibicarakan,
hubungan kamu akan menjejaskan kes ini.
358
00:36:15,291 --> 00:36:17,833
Kamu pun tahu. Kamu nak jejaskan kes ini?
359
00:36:18,958 --> 00:36:21,416
Tentulah kamu tak nak.
Sudahlah. Lupakannya.
360
00:36:21,500 --> 00:36:23,666
Gambar pemandu
telah disiarkan di semua media.
361
00:36:23,750 --> 00:36:25,666
Ini kerja Interpol sekarang, okey?
362
00:36:28,083 --> 00:36:31,750
Panaskannya di dalam ketuhar
gelombang mikro. Ia lebih enak jika panas.
363
00:36:46,291 --> 00:36:48,458
Hari ini, polis mengumumkan
telah mengenal pasti
364
00:36:48,541 --> 00:36:53,416
dua pemandu dari kes pembunuhan
langgar lari penari Danielle Azulai,
365
00:36:53,500 --> 00:36:55,958
sebagai Tomas Polgar dan Boton Gunsberg.
366
00:36:56,041 --> 00:36:57,958
Kamera CCTV di Lapangan Terbang Ben Gurion
367
00:36:58,041 --> 00:37:01,833
merakam mereka ketika
mereka terbang ke London.
368
00:37:01,916 --> 00:37:04,458
Polis mengesyaki dua
warganegara Hungary itu
369
00:37:04,541 --> 00:37:09,708
melanggar wanita Amerika itu,
lalu melarikan diri dari tempat kejadian.
370
00:37:09,791 --> 00:37:15,083
Azulai tercedera parah dan mati
dalam perjalanan ke hospital.
371
00:37:15,166 --> 00:37:17,125
Dalam berita lain…
372
00:38:38,958 --> 00:38:39,916
Assaf?
373
00:38:53,083 --> 00:38:53,916
Assaf?
374
00:39:15,500 --> 00:39:17,291
- Ya Tuhan.
- Apa yang kamu buat?
375
00:39:17,375 --> 00:39:21,333
- Kenapa acukan pistol ke muka saya?
- Kenapa ikut pintu belakang?
376
00:39:21,416 --> 00:39:24,291
- Kamu tak buka pintu.
- Maaf.
377
00:39:24,375 --> 00:39:26,791
- Ya Tuhan.
- Maaf.
378
00:39:27,333 --> 00:39:29,041
Maaf. Duduklah. Mari.
379
00:39:33,500 --> 00:39:36,000
Syd, apa kamu buat di sini?
380
00:39:38,416 --> 00:39:39,250
Okey.
381
00:39:40,375 --> 00:39:44,583
Saya tonton berita itu tadi.
Saya nampak gambar pemandu itu.
382
00:39:44,666 --> 00:39:46,375
Orang Hungary itu? Okey.
383
00:39:46,458 --> 00:39:52,000
Saya pernah nampak mereka sebelum ini
beberapa malam sebelum Danielle mati.
384
00:39:52,083 --> 00:39:55,541
Saya teringat apabila saya
nampak muka mereka dalam berita.
385
00:39:56,916 --> 00:39:59,416
- Ya, marilah minum lagi.
- Tak.
386
00:39:59,500 --> 00:40:02,708
Saya nak buat ucap selamat agar
kamu ada tuah semasa menguji bakat.
387
00:40:14,875 --> 00:40:15,708
Apa?
388
00:40:19,083 --> 00:40:20,416
Jangan pedulikan mereka.
389
00:40:20,500 --> 00:40:22,791
Terima kasih untuk minuman ini.
Saya nak balik.
390
00:40:22,875 --> 00:40:24,000
Yakah?
391
00:40:24,750 --> 00:40:26,458
- Saya nak minum lagi.
- Okey.
392
00:40:28,041 --> 00:40:31,583
Saya nak ikut pintu belakang. Saya
tak boleh layan orang tak guna malam ini.
393
00:40:33,333 --> 00:40:34,875
- Sayang kamu.
- Selamat tinggal.
394
00:40:38,916 --> 00:40:42,375
Kadangkala, kami akan
ke sini selepas latihan.
395
00:40:42,458 --> 00:40:45,875
Pemiliknya baik,
tapi pelanggan tetapnya agak kasar.
396
00:40:46,583 --> 00:40:48,541
Kamu cam sesiapa dari malam itu?
397
00:40:49,916 --> 00:40:51,166
Tak.
398
00:40:52,791 --> 00:40:55,208
Hanya Avi. Hei, Avi!
399
00:40:55,291 --> 00:40:56,791
Hei, apa khabar?
400
00:40:58,166 --> 00:41:01,125
- Satu minuman.
- Avi, kamu pernah nampak mereka?
401
00:41:02,583 --> 00:41:03,416
Tak.
402
00:41:04,208 --> 00:41:06,958
Mereka ada di sini minggu lalu
sewaktu saya dan Dani ke sini.
403
00:41:08,500 --> 00:41:11,500
- Kamu beri kami minuman lebih.
- Mungkin.
404
00:41:11,583 --> 00:41:16,208
Mungkin salah seorang daripada
mereka bergaduh dengan Uri.
405
00:41:16,291 --> 00:41:17,333
Siapa Uri?
406
00:41:18,875 --> 00:41:20,583
Dia seorang pembekal.
407
00:41:21,166 --> 00:41:24,125
- Pengedar dadah.
- Pengawal terpaksa halau dia.
408
00:41:24,791 --> 00:41:25,750
Tunggu di sini.
409
00:41:27,166 --> 00:41:29,875
- Hei, helo!
- Apa yang kamu buat?
410
00:41:29,958 --> 00:41:31,000
Hei!
411
00:43:03,250 --> 00:43:04,458
Marilah.
412
00:43:11,291 --> 00:43:14,083
Pergi mampuslah. Kamu nak apa?
413
00:43:14,750 --> 00:43:18,875
Minggu lalu, kamu bergaduh
dengan dua lelaki di bar itu.
414
00:43:18,958 --> 00:43:21,208
- Siapa mereka?
- Kamu polis?
415
00:43:24,291 --> 00:43:26,583
Saya tak faham maksud kamu!
416
00:43:26,666 --> 00:43:28,791
- Siapa mereka?
- Saya tak ingat.
417
00:43:30,625 --> 00:43:35,000
Malam ini adalah kali pertama
saya ke bar itu. Saya bersumpah.
418
00:43:40,041 --> 00:43:41,083
Apa?
419
00:43:43,375 --> 00:43:46,208
Kamu nak bunuh saya. Kamu dah gila.
420
00:43:46,291 --> 00:43:47,708
Kamu nak bunuh saya!
421
00:43:47,791 --> 00:43:49,458
Okey!
422
00:43:49,541 --> 00:43:51,000
Okey, berhenti. Okey.
423
00:43:51,083 --> 00:43:53,125
Saya jual kokaina kepada mereka.
424
00:43:53,208 --> 00:43:55,708
Mereka cuba tipu saya,
sebab itu kami bergaduh.
425
00:43:55,791 --> 00:43:58,333
- Siapa mereka?
- Saya tak tahu!
426
00:43:58,416 --> 00:43:59,625
Saya tak tanya mereka.
427
00:43:59,708 --> 00:44:02,125
Mereka berdua orang Amerika.
428
00:44:05,208 --> 00:44:06,416
Bagaimana kamu tahu?
429
00:44:06,500 --> 00:44:08,666
Mereka orang Amerika, okey?
430
00:44:08,750 --> 00:44:11,250
Saya kenal orang Amerika. Percayalah.
431
00:44:15,958 --> 00:44:17,166
Orang Amerika?
432
00:44:17,250 --> 00:44:20,166
Tali, mereka pembunuh upahan profesional.
433
00:44:20,875 --> 00:44:24,000
Mereka ekori dia. Apabila dia keluar,
mereka ambil peluang itu.
434
00:44:24,833 --> 00:44:28,750
Kenapa ada orang nak bunuh Danielle?
Ia tak logik, Segev.
435
00:44:30,541 --> 00:44:32,291
Mungkin tiada kena-mengena dengan dia.
436
00:44:38,250 --> 00:44:40,208
Apa maksud kamu?
437
00:44:40,833 --> 00:44:44,333
Kamu kenal diri saya dulu.
Perkara yang saya pernah buat.
438
00:44:55,208 --> 00:44:58,583
Jadi, apa pendapat kamu?
Kamu boleh lakukannya?
439
00:44:59,416 --> 00:45:01,083
Tiada masalah.
440
00:45:01,166 --> 00:45:04,041
Saya ada kawan dalam
Jabatan Keselamatan Negara.
441
00:45:04,125 --> 00:45:07,375
Mereka boleh rujuk silang gambar ini
dengan semua pasport Amerika.
442
00:45:07,458 --> 00:45:09,916
- Namun, ia akan ambil masa.
- Saya faham.
443
00:45:10,791 --> 00:45:13,375
- Saya akan hubungi kamu jika ada apa-apa.
- Terima kasih.
444
00:45:18,500 --> 00:45:19,333
Tali?
445
00:45:20,750 --> 00:45:21,875
- Apa khabar?
- Omer.
446
00:45:25,333 --> 00:45:26,375
Kamu…
447
00:45:27,166 --> 00:45:28,000
Ya.
448
00:45:29,916 --> 00:45:30,916
Enam bulan.
449
00:45:32,916 --> 00:45:33,916
Hebat.
450
00:45:34,666 --> 00:45:36,791
- Saya tahu.
- Kamu nak ke mana?
451
00:45:37,375 --> 00:45:38,500
Balai polis.
452
00:45:38,583 --> 00:45:40,375
Saya juga ke sana. Saya menemani kamu.
453
00:45:43,666 --> 00:45:44,750
Semuanya okey?
454
00:45:51,833 --> 00:45:53,958
Apa? Kenapa begitu senyap?
455
00:45:54,666 --> 00:45:58,041
Saya masih cuba terima hakikat
yang kamu mengandung.
456
00:46:00,750 --> 00:46:02,125
Adakah dia…
457
00:46:04,291 --> 00:46:05,166
Anak kamu?
458
00:46:06,333 --> 00:46:08,083
Tak. Bukan anak kamu.
459
00:46:10,208 --> 00:46:12,041
Dia bukan anak sesiapa.
460
00:46:12,833 --> 00:46:16,166
Maaf, dia anak seseorang,
tapi saya tak kenal dia.
461
00:46:16,250 --> 00:46:19,208
Dia seorang penderma sperma.
Selepas kita berpisah.
462
00:46:21,458 --> 00:46:24,083
- Ini keputusan yang besar.
- Ya.
463
00:46:24,708 --> 00:46:25,916
Rupanya, saya dah bersedia
464
00:46:26,000 --> 00:46:29,083
dan saya dah penat cari
orang lain yang dah bersedia.
465
00:46:35,250 --> 00:46:36,625
Saya…
466
00:46:39,291 --> 00:46:40,875
tumpang gembira buat kamu.
467
00:46:43,291 --> 00:46:44,166
Terima kasih.
468
00:46:45,708 --> 00:46:47,625
Saya juga sangat gembira untuk diri.
469
00:46:50,791 --> 00:46:52,625
Apa yang kamu buat di sana?
470
00:46:53,875 --> 00:46:55,416
Saya tak bekerja di jabatan polis.
471
00:46:56,625 --> 00:46:59,041
Saya bekerja dengan
syarikat sistem keselamatan siber.
472
00:46:59,125 --> 00:47:03,375
- Klien kami di bangunan itu.
- Baguslah. Pasti gajinya tinggi.
473
00:47:03,458 --> 00:47:04,375
Betul.
474
00:47:05,416 --> 00:47:07,458
Saya siap beli mesin espreso.
475
00:47:08,083 --> 00:47:10,125
Ia boleh mengukus susu.
476
00:47:13,500 --> 00:47:14,666
Kamu pula?
477
00:47:16,083 --> 00:47:19,666
Kawan saya, Karen, bekerja di sana
dan bantu saya buat sesuatu.
478
00:47:19,750 --> 00:47:22,500
Okey. Saya perlu ke arah sana.
479
00:47:26,291 --> 00:47:28,458
Okey, semoga berjaya dengan…
480
00:47:31,000 --> 00:47:32,375
Gembira bertemu kamu.
481
00:47:35,916 --> 00:47:37,958
Kamu boleh pergi makan sekarang.
482
00:48:02,583 --> 00:48:06,041
Ayah? Bila saya boleh balik
tinggal dengan ayah?
483
00:48:06,125 --> 00:48:09,000
Tak lama lagi, Elush. Ayah perlu
uruskan beberapa perkara. Okey?
484
00:48:09,083 --> 00:48:10,708
- Okey.
- Sekejap.
485
00:48:12,833 --> 00:48:13,666
Tali.
486
00:48:14,166 --> 00:48:15,000
Hei, Tali.
487
00:48:15,833 --> 00:48:18,291
Betul cakap Uri. Mereka orang Amerika.
488
00:48:18,375 --> 00:48:21,666
Nama sebenar mereka ialah
Mark Posner dan David Chernik.
489
00:48:21,750 --> 00:48:24,791
Mereka sampai London, tukar pasport,
terbang ke New York.
490
00:48:24,875 --> 00:48:27,958
Jabatan Polis New York sedang
mencari mereka. Mereka ada alamatnya.
491
00:48:28,041 --> 00:48:29,500
Okey. Mereka ada rekod jenayah?
492
00:48:29,583 --> 00:48:31,291
Kebanyakannya jenayah kecil.
493
00:48:31,375 --> 00:48:33,208
Kecurian kereta dan rompakan.
494
00:48:33,291 --> 00:48:35,166
- Bagus, terima kasih.
- Selamat tinggal.
495
00:48:38,541 --> 00:48:39,541
Sayang, dengar sini.
496
00:48:39,625 --> 00:48:42,208
Pergi ke kelas tarian.
Ayah akan jemput kamu nanti, okey?
497
00:48:42,916 --> 00:48:43,750
Okey.
498
00:48:44,666 --> 00:48:46,666
- Selamat tinggal.
- Selamat jalan.
499
00:49:00,125 --> 00:49:03,750
KOTA NEW YORK
500
00:49:04,791 --> 00:49:07,000
Ini kad pengenalan palsu yang baik.
501
00:49:07,083 --> 00:49:09,500
Ia bukan palsu.
Ini kad pengenalan sebenar.
502
00:49:09,583 --> 00:49:12,791
Kamu bernasib.
Saya ada menjual kad pengenalan baru.
503
00:49:12,875 --> 00:49:15,958
Kamu akan dapat diskaun.
504
00:49:25,750 --> 00:49:28,333
Segev, apa khabar?
505
00:49:28,416 --> 00:49:30,708
Apa khabar? Kamu okey?
506
00:49:31,583 --> 00:49:33,208
Saya nak minta bantuan kamu.
507
00:49:33,291 --> 00:49:37,625
Maaflah saya tak dapat datang.
508
00:49:37,708 --> 00:49:40,708
- Penerbangan sangat mahal.
- Itu bukan kemalangan.
509
00:49:42,875 --> 00:49:44,041
Dia telah dibunuh.
510
00:49:44,833 --> 00:49:46,833
Pembunuh upahan. Kamu faham?
511
00:49:47,833 --> 00:49:49,208
Tiada kena-mengena dengan dia.
512
00:49:49,666 --> 00:49:52,416
Pada malam selepas dia mati,
ada orang cuba bunuh saya.
513
00:49:52,500 --> 00:49:54,208
Siapa yang nak bunuh kamu?
514
00:49:57,583 --> 00:49:58,791
Isaac.
515
00:49:58,875 --> 00:50:01,291
Isaac di dalam penjara.
516
00:50:01,375 --> 00:50:05,416
Dua pemandu itu ialah orang Amerika.
Mereka dah kembali ke New York.
517
00:50:06,291 --> 00:50:11,708
Maksudnya, baru sekarang
dia nak balas dendam?
518
00:50:11,791 --> 00:50:17,583
Dia gila. Kita berdua tahu.
Dia masih salahkan saya atas semuanya.
519
00:50:18,791 --> 00:50:22,708
Aduhai. Saya akan cuba dapatkan maklumat.
520
00:50:22,791 --> 00:50:25,833
Bagus. Okey, terima kasih.
Selamat tinggal.
521
00:50:47,208 --> 00:50:50,708
- Masuklah. Semua orang ada di sini.
- Tony! Apa khabar?
522
00:50:50,791 --> 00:50:53,125
Kenapa dengan kamu?
Kamu seperti tak sihat.
523
00:50:53,208 --> 00:50:55,875
P90X. Saya rasa seperti
berumur 25 tahun lagi.
524
00:50:55,958 --> 00:50:58,041
- Rasalah.
- Ke tepilah.
525
00:51:00,208 --> 00:51:02,458
- Hei, tengok siapa datang.
- Hei.
526
00:51:02,541 --> 00:51:04,208
- Hei, Ron.
- Apa khabar?
527
00:51:04,291 --> 00:51:05,875
- Apa khabar?
- Apa khabar?
528
00:51:06,375 --> 00:51:07,541
Apa yang kamu bawa?
529
00:51:09,791 --> 00:51:12,041
Dah lama kamu tak buat begini.
530
00:51:12,125 --> 00:51:13,500
- Ya.
- Saya sukakannya.
531
00:51:14,250 --> 00:51:16,083
- Siapa yang menang?
- Terima kasih.
532
00:51:16,166 --> 00:51:18,875
- Mari sini. Hisaplah.
- Terima kasih.
533
00:51:19,791 --> 00:51:21,958
Anak saya ada di taman.
534
00:51:22,041 --> 00:51:24,958
Saya perlukan ganja
untuk tangani anak-anak saya.
535
00:51:25,041 --> 00:51:27,708
- Lain kali saja.
- Boleh saya bayar melalui Venmo?
536
00:51:27,791 --> 00:51:29,541
- Ya. Tiada masalah.
- Bagus.
537
00:51:29,625 --> 00:51:31,000
Bagus. Terima kasih.
538
00:51:31,083 --> 00:51:33,416
- Minumlah bir. Kamu nak bir?
- Tak.
539
00:51:35,666 --> 00:51:38,333
Phil, kamu masih bekerja
di Penjara Sing Sing?
540
00:51:38,416 --> 00:51:39,833
Ya. Kenapa?
541
00:52:01,583 --> 00:52:03,375
Kenapa? Apa kamu buat di sini?
542
00:52:04,041 --> 00:52:09,000
Polis New York dah tangkap Posner
dan Chernik beberapa jam lalu.
543
00:52:09,083 --> 00:52:11,875
Apa? Mereka ada beritahu apa-apa?
544
00:52:11,958 --> 00:52:13,708
Belum lagi.
545
00:52:14,583 --> 00:52:16,958
Mereka perlu dibawa ke Israel.
546
00:52:17,041 --> 00:52:19,083
Kami akan soal mereka nanti.
547
00:52:21,291 --> 00:52:23,583
Pasti ia mengambil masa yang lama.
548
00:52:23,666 --> 00:52:26,583
Ya, ia boleh mengambil
masa beberapa minggu.
549
00:52:27,250 --> 00:52:29,166
Gelap betul di sini.
550
00:52:36,041 --> 00:52:36,875
Lari!
551
00:52:42,375 --> 00:52:44,333
Tali, kamu okey?
552
00:53:03,875 --> 00:53:06,958
Mereka memasang jerangkap
bahan letupan pada pintu.
553
00:53:07,041 --> 00:53:08,916
Nasib baik kamu sempat nampak.
554
00:53:09,000 --> 00:53:11,333
- Forensik jumpa apa-apa?
- Tak. Masih awal lagi.
555
00:53:11,416 --> 00:53:13,708
Mereka takkan jumpa apa-apa.
Ini kerja profesional.
556
00:53:15,583 --> 00:53:16,833
Ya, ada apa?
557
00:53:17,583 --> 00:53:21,083
Isaac dibebaskan dari Penjara Sing Sing
sembilan bulan lalu.
558
00:53:21,166 --> 00:53:24,208
Saya akan menaiki penerbangan esok.
Selamat tinggal.
559
00:53:26,500 --> 00:53:27,458
Segev.
560
00:53:28,541 --> 00:53:30,666
- Kamu nak ke mana?
- Tali.
561
00:53:30,750 --> 00:53:32,916
- Kamu nak ke mana?
- Suruh doktor periksa.
562
00:53:33,000 --> 00:53:36,416
Saya dan kandungan saya okey.
Apa yang berlaku?
563
00:53:38,041 --> 00:53:40,791
- Kamu nak ke mana?
- New York.
564
00:53:44,041 --> 00:53:47,208
- Ada apa di New York?
- Dalangnya berada di New York.
565
00:53:47,291 --> 00:53:48,958
Namanya Katkov. Isaac Katkov.
566
00:53:50,375 --> 00:53:54,500
Kami di Mexico bersama-sama.
Dia salahkan saya sebab dipenjarakan.
567
00:53:55,791 --> 00:53:59,916
- Saya tak boleh tunggu saja dia ke sini.
- Bagaimana dengan Ella?
568
00:54:02,583 --> 00:54:05,083
Ella hanya akan selamat
selepas saya uruskan Katkov.
569
00:54:07,541 --> 00:54:10,958
- Boleh tolong jagakan dia untuk saya?
- Ya.
570
00:54:14,541 --> 00:54:16,791
Namun, kamu pasti ini idea yang baik?
571
00:54:17,958 --> 00:54:21,916
Tak. Namun, apa pilihan yang saya ada?
572
00:54:22,000 --> 00:54:23,625
Tali, mari sini.
573
00:56:59,666 --> 00:57:02,208
Terjemahan sari kata oleh Aizat Bahri