1
00:00:10,802 --> 00:00:12,470
SIRI ASLI NETFLIX
2
00:00:52,552 --> 00:00:54,387
Saya dah lihat dengan mata saya sendiri.
3
00:00:54,471 --> 00:00:57,223
{\an8}Mak cik melutut dan merayu.
4
00:00:58,391 --> 00:01:01,311
{\an8}Bukan saja tak berharta,
mak cik tak bermaruah.
5
00:01:02,020 --> 00:01:05,106
{\an8}Tergamak mak cik
musnahkan masa depan saya?
6
00:01:05,732 --> 00:01:09,069
{\an8}Apa yang mak cik buat
hingga jadi begitu menyedihkan?
7
00:01:15,742 --> 00:01:17,952
{\an8}Mak cik dah gila? Kenapa pukul saya?
8
00:01:18,036 --> 00:01:19,329
{\an8}Apa hak mak cik?
9
00:01:20,038 --> 00:01:21,081
{\an8}Saya…
10
00:01:23,708 --> 00:01:25,210
Saya juga…
11
00:01:26,920 --> 00:01:28,713
amat benci dengan hidup saya.
12
00:01:30,381 --> 00:01:33,593
Awak tak perlu beritahu.
Saya tahu hidup saya tak ada harapan.
13
00:01:33,676 --> 00:01:35,220
Kenapa tak mati saja?
14
00:01:35,303 --> 00:01:38,681
Tak mungkinlah.
Sebab mak cik seorang pengecut.
15
00:01:38,765 --> 00:01:40,558
Jadi biar saya yang mati.
16
00:01:41,851 --> 00:01:45,563
Kalau beginilah masa depan saya,
apa gunanya teruskan hidup?
17
00:01:55,490 --> 00:01:57,492
Saya biar awak pergi begitu saja
18
00:01:58,868 --> 00:02:02,372
kerana saya fikir
lebih baik awak membenci saya.
19
00:02:04,833 --> 00:02:06,626
Kerana hal sebenar
20
00:02:08,169 --> 00:02:10,004
akan buat awak benci diri sendiri
21
00:02:11,548 --> 00:02:12,799
dan merana.
22
00:02:26,855 --> 00:02:27,981
MAK
23
00:02:30,066 --> 00:02:32,610
- Mak.
- Kamu buat hal di rumah Ha-yeong?
24
00:02:34,195 --> 00:02:35,196
- Ya.
- Aduhai.
25
00:02:35,989 --> 00:02:38,241
Kamu bukannya budak lagi…
26
00:02:39,742 --> 00:02:42,328
Pulang saja ke Daejeon.
27
00:02:43,705 --> 00:02:45,665
Macam mana saya nak pulang?
28
00:02:45,748 --> 00:02:48,668
Mak akan uruskan nenek kamu.
Kamu baliklah.
29
00:02:49,878 --> 00:02:53,339
Buat masa ini ada hal
yang perlu saya uruskan dulu.
30
00:02:53,923 --> 00:02:54,757
Hal apa?
31
00:02:55,675 --> 00:02:57,510
Maksud saya, kerja saya
32
00:02:58,303 --> 00:02:59,721
dan hal lain.
33
00:02:59,804 --> 00:03:02,849
Hei, kamu cuma
pekerja kontrak di pasar raya itu.
34
00:03:03,850 --> 00:03:06,227
Jangan susahkan kakak kamu.
35
00:03:06,311 --> 00:03:08,146
Balik dan kamu patut berkahwin.
36
00:03:09,022 --> 00:03:10,356
Saya tak berminat.
37
00:03:10,440 --> 00:03:13,359
Habis itu? Kamu nak jadi anak dara tua?
38
00:03:15,820 --> 00:03:17,155
Degil betul.
39
00:03:17,655 --> 00:03:18,740
TEKSI KOSONG
40
00:03:18,823 --> 00:03:20,575
- Simpang Dewan Bandar Raya.
- Okey.
41
00:03:21,534 --> 00:03:23,745
Ada penumpang. Kita sambung kemudian.
42
00:03:23,828 --> 00:03:26,581
- Jadahnya! Apa hal?
- Aduhai.
43
00:03:27,332 --> 00:03:29,792
Alahai, mak rupanya. Maafkan saya.
44
00:03:30,627 --> 00:03:32,170
Mak saya nyanyuk
45
00:03:32,253 --> 00:03:34,547
dan tak ada orang
untuk jaga dia hari ini. Maaf.
46
00:03:34,631 --> 00:03:37,175
Mak, tidurlah.
47
00:03:45,642 --> 00:03:49,604
Kenapa hidup saya begini?
48
00:03:50,813 --> 00:03:51,689
Bolehkah
49
00:03:53,358 --> 00:03:54,859
saya terus begini?
50
00:03:56,653 --> 00:03:58,196
Mungkin masa
51
00:03:58,279 --> 00:04:02,325
telah terhenti sejak kejadian itu?
52
00:04:39,904 --> 00:04:42,282
Ini kedut? Apa bintik-bintik hitam ini?
53
00:04:42,365 --> 00:04:45,076
- Ini comotkah?
- Sudah.
54
00:04:45,159 --> 00:04:46,786
Ini jagat.
55
00:04:49,247 --> 00:04:52,667
Ini bukan rumah saya. Ini rumah Ha-yeong.
56
00:04:52,750 --> 00:04:53,710
Saya menumpang.
57
00:04:53,793 --> 00:04:56,254
Awak boleh pulang ke Daejeon atau merempat
58
00:04:56,337 --> 00:04:57,755
- di tepi jalan.
- Okey.
59
00:04:57,839 --> 00:05:01,551
Apa dosa saya ada adik macam awak?
60
00:05:01,634 --> 00:05:03,261
Pergi dari sini!
61
00:05:03,344 --> 00:05:06,014
Puan, tolonglah.
62
00:05:06,097 --> 00:05:08,975
Tolong maafkan saya.
63
00:05:11,019 --> 00:05:12,687
Bukan ini masa depan saya.
64
00:05:13,271 --> 00:05:16,024
Saya takkan biarkan ini berlaku!
65
00:05:44,302 --> 00:05:46,846
Ke mana dia pergi?
66
00:05:50,141 --> 00:05:52,143
Saya dah cukup sengsara.
67
00:05:52,769 --> 00:05:56,230
Kenapa awak perlu muncul
dan burukkan keadaan?
68
00:06:14,040 --> 00:06:15,374
Awak pasti dia orangnya?
69
00:06:17,668 --> 00:06:19,045
Saya yakin, bos.
70
00:06:29,972 --> 00:06:33,434
Tunggu apa lagi? Tangkap cepat!
71
00:06:37,563 --> 00:06:40,399
Apa ini? Tolong!
72
00:06:40,483 --> 00:06:42,777
Tolong saya!
73
00:06:54,080 --> 00:06:55,498
Awak tak culik dia,
74
00:06:56,082 --> 00:06:58,292
tapi awak selamatkan dia
daripada bunuh diri?
75
00:06:58,376 --> 00:07:02,380
Kami nampak dia berdiri di jambatan
dan nak terjun.
76
00:07:02,463 --> 00:07:03,506
Betulkah?
77
00:07:07,426 --> 00:07:08,261
Tak betul.
78
00:07:08,344 --> 00:07:10,429
Tak apa. Cik tak perlu takut.
79
00:07:11,264 --> 00:07:13,683
Kenapa cik ke jambatan itu?
80
00:07:15,768 --> 00:07:16,853
Sebenarnya…
81
00:07:16,936 --> 00:07:19,021
Cik bertengkar dengan suami cik?
82
00:07:19,105 --> 00:07:21,274
Tak. Saya masih bujang.
83
00:07:21,357 --> 00:07:22,650
Atau dengan teman lelaki?
84
00:07:22,733 --> 00:07:24,235
Saya tiada kekasih.
85
00:07:25,069 --> 00:07:26,696
Awak bekerja?
86
00:07:26,779 --> 00:07:29,490
Mungkin saya dah dipecat hari ini.
87
00:07:31,993 --> 00:07:33,035
Cik tinggal di mana?
88
00:07:33,119 --> 00:07:35,955
Kondominium Mewah, Gangnam.
89
00:07:36,038 --> 00:07:37,415
Itu kondominium mewah.
90
00:07:37,498 --> 00:07:39,542
- Rumah kakak saya.
- Begitu.
91
00:07:41,210 --> 00:07:43,379
Kami akan hantar cik pulang…
92
00:07:43,463 --> 00:07:45,339
Saya tak boleh pulang.
93
00:07:46,841 --> 00:07:49,302
Kakak saya halau saya.
94
00:07:49,886 --> 00:07:51,262
Betul tak?
95
00:07:52,638 --> 00:07:54,515
Tengok saja dah boleh tahu.
96
00:07:54,599 --> 00:07:58,269
Kali ini saya benar-benar
tak berniat untuk bunuh diri.
97
00:07:58,352 --> 00:08:00,563
Maksudnya awak pernah fikir
untuk bunuh diri.
98
00:08:04,859 --> 00:08:07,820
Waktu itu saya tak rancang
untuk bunuh diri,
99
00:08:08,779 --> 00:08:11,324
tapi cuma kebetulan saja.
100
00:08:12,450 --> 00:08:15,369
Kebetulan ada lori.
101
00:08:26,047 --> 00:08:28,341
KHIDMAT TALIAN BANTUAN
PENCEGAHAN BUNUH DIRI
102
00:08:40,811 --> 00:08:42,605
BALAI POLIS
103
00:08:45,983 --> 00:08:47,902
Ambillah.
104
00:08:49,445 --> 00:08:51,614
- Apa?
- Ini juga takdir.
105
00:08:51,697 --> 00:08:54,200
Kalau terdesak, hubungilah kami.
106
00:08:55,993 --> 00:08:57,328
PEMUNGUT HUTANG
107
00:08:57,912 --> 00:08:58,871
Terima kasih.
108
00:09:00,289 --> 00:09:01,541
Cik.
109
00:09:02,250 --> 00:09:04,335
Apa lawan perkataan "mati"?
110
00:09:08,297 --> 00:09:09,507
"Hidup".
111
00:09:09,590 --> 00:09:10,675
Betul.
112
00:09:10,758 --> 00:09:13,094
Hidup dan mati tak jauh bezanya.
113
00:09:13,177 --> 00:09:14,595
Kalau berani untuk mati,
114
00:09:14,679 --> 00:09:17,974
cubalah buat yang terbaik untuk hidup.
115
00:09:19,141 --> 00:09:20,893
Jangan putus asa.
116
00:09:28,359 --> 00:09:32,113
Seumur hidup saya dibelenggu
dengan kekesalan hari itu.
117
00:09:33,197 --> 00:09:36,867
Saya takut jika saya akan
buat sesuatu yang akan dikesali lagi.
118
00:09:38,327 --> 00:09:41,163
Saya ingat ayah mengejar saya…
119
00:09:58,347 --> 00:10:01,100
Betul. Saya patut ulang kejadian itu.
120
00:10:14,322 --> 00:10:15,740
Saya pasti boleh lakukan.
121
00:10:28,669 --> 00:10:31,130
Apa ini? Awak nak bunuh saya?
122
00:10:31,213 --> 00:10:34,091
Kenapa? Bukankah awak nak bunuh diri?
123
00:10:34,675 --> 00:10:36,135
Kenapa saya nak mati?
124
00:10:36,218 --> 00:10:38,638
Saya fikir ini caranya untuk saya pulang.
125
00:10:39,221 --> 00:10:41,474
Cubalah. Saya tolong tolak.
126
00:10:41,557 --> 00:10:44,852
Saya tak pasti ini caranya.
Macam mana kalau saya mati?
127
00:10:44,935 --> 00:10:48,064
Apa ini? Nampaknya awak takut mati.
128
00:10:50,191 --> 00:10:51,150
Hei!
129
00:10:52,151 --> 00:10:53,486
Awak fikir senang nak mati?
130
00:10:54,820 --> 00:10:57,281
Nampaknya awak masih mentah untuk faham.
131
00:10:57,365 --> 00:11:00,618
Hidup ini memang susah,
tapi sama juga dengan mati.
132
00:11:01,202 --> 00:11:03,537
Jadi awak nak saya buat apa?
133
00:11:03,621 --> 00:11:05,164
Saya tiba-tiba muncul di sini
134
00:11:05,247 --> 00:11:07,667
dan awak nak saya hidup sengsara di sini?
135
00:11:07,750 --> 00:11:10,461
Saya pun malas nak jaga awak!
136
00:11:10,544 --> 00:11:12,922
Hantarlah saya pulang cepat!
137
00:11:13,005 --> 00:11:14,590
Awak dah janji!
138
00:11:14,674 --> 00:11:17,635
Jika saya tahu caranya,
saya akan paksa awak pulang
139
00:11:17,718 --> 00:11:19,095
walaupun awak tak nak!
140
00:11:35,986 --> 00:11:37,196
Dah makan?
141
00:11:40,074 --> 00:11:41,784
Jom ke kedai.
142
00:11:42,660 --> 00:11:43,869
Kita beli makanan.
143
00:11:43,953 --> 00:11:45,955
Tak nak. Saya nak ayam goreng.
144
00:11:47,331 --> 00:11:48,416
Awak tak ada duit.
145
00:11:52,336 --> 00:11:53,712
Saya ada kad ini.
146
00:11:53,796 --> 00:11:57,550
Kad saya. Pulangkan!
Hei! Pulangkan kad saya!
147
00:11:59,635 --> 00:12:00,678
Hei!
148
00:12:17,486 --> 00:12:18,571
Masuklah.
149
00:12:29,248 --> 00:12:30,374
Awak pilih apa?
150
00:12:32,460 --> 00:12:34,170
Tuna mayones.
151
00:12:34,253 --> 00:12:37,423
Saya maksudkan nama.
Apa patut saya panggil awak?
152
00:12:37,506 --> 00:12:39,175
Kenapa cepat sangat marah?
153
00:12:39,967 --> 00:12:43,929
Saya dah fikir sepanjang perjalanan tadi.
154
00:12:44,513 --> 00:12:46,724
Saya rasa awak yang patut tukar nama.
155
00:12:48,476 --> 00:12:50,644
Cuba fikir.
156
00:12:50,728 --> 00:12:54,857
Saya jauh lebih cantik dan menarik.
157
00:12:54,940 --> 00:12:57,526
Tentulah saya yang
patut guna nama "Bahn Ha-ni".
158
00:12:59,236 --> 00:13:00,404
Awak pula…
159
00:13:01,739 --> 00:13:03,741
Macam mana dengan "Bahn Seong-mun"?
160
00:13:04,408 --> 00:13:08,496
Sesuai dengan maknanya, awak patut kesal
sebab musnahkan hidup saya.
161
00:13:11,749 --> 00:13:16,337
Selepas 20 tahun,
akhirnya terjawab juga misteri ini.
162
00:13:16,420 --> 00:13:17,463
Misteri?
163
00:13:17,546 --> 00:13:18,923
Kenapa 20 tahun lalu…
164
00:13:19,924 --> 00:13:21,842
mak cuma pukul saya saja.
165
00:13:21,926 --> 00:13:23,552
Kenapa asyik pukul saya?
166
00:13:23,636 --> 00:13:27,515
Baiklah. Pergilah hebahkan
awak Bahn Ha-ni dari 20 tahun lalu.
167
00:13:27,598 --> 00:13:31,352
Tapi saya takkan bantu awak
kalau awak ditangkap.
168
00:13:34,897 --> 00:13:37,191
Jadi apa cadangan awak?
169
00:13:39,652 --> 00:13:40,736
Berpura-pura jadi
170
00:13:42,238 --> 00:13:44,365
anak saudara saya dari luar negara.
171
00:13:44,448 --> 00:13:45,908
Mudah untuk reka cerita.
172
00:13:45,991 --> 00:13:48,202
Saya tak pandai berbahasa Inggeris.
173
00:13:48,953 --> 00:13:50,829
Cakaplah awak tinggal di Koreatown!
174
00:14:01,590 --> 00:14:02,633
Dah tidur?
175
00:14:05,469 --> 00:14:06,637
Ada apa?
176
00:14:07,888 --> 00:14:09,306
Saya dah pilih nama.
177
00:14:11,267 --> 00:14:12,309
Apa?
178
00:14:13,018 --> 00:14:14,979
Ingat lagi filem kegemaran ayah?
179
00:14:15,062 --> 00:14:17,064
Watak utama dalam
180
00:14:17,147 --> 00:14:18,816
filem Gone with the Wind.
181
00:14:20,150 --> 00:14:23,153
- Scarlett?
- Ya. Saya akan guna nama itu.
182
00:14:26,657 --> 00:14:28,367
Keluarga kita di Daejeon?
183
00:14:31,996 --> 00:14:33,038
Ya.
184
00:14:34,039 --> 00:14:35,916
Tentu nenek dah sangat tua.
185
00:14:36,959 --> 00:14:40,337
Mak dan ayah juga sihat, bukan?
186
00:14:42,214 --> 00:14:43,132
Tidurlah.
187
00:14:44,091 --> 00:14:46,343
Kita kena keluar
sebelum mereka baiki rumah.
188
00:14:47,052 --> 00:14:49,972
Tentu hari itu ayah sangat marah, bukan?
189
00:14:50,764 --> 00:14:52,558
- Bila?
- Hari itu.
190
00:14:52,641 --> 00:14:55,769
Hari saya ponteng sekolah
untuk hadiri uji bakat.
191
00:14:58,105 --> 00:15:00,941
Ayah kejar saya sebab dia sangat risau.
192
00:15:01,692 --> 00:15:03,027
Saya rasa bersalah.
193
00:15:08,741 --> 00:15:09,867
Saya juga.
194
00:15:33,223 --> 00:15:34,808
{\an8}En. Langsai Hutang Hari Ini?
195
00:15:34,892 --> 00:15:37,394
{\an8}En. Pari-pari Kacak?
196
00:15:38,437 --> 00:15:40,856
{\an8}- Awak bawa barang?
- Bayar dulu.
197
00:15:59,500 --> 00:16:01,210
{\an8}Semua barang ini edisi terhad.
198
00:16:01,293 --> 00:16:03,921
{\an8}Barang-barang saya semuanya berkualiti.
199
00:16:04,004 --> 00:16:07,508
{\an8}Saya beli banyak. Awak patut beri diskaun.
200
00:16:07,591 --> 00:16:10,844
{\an8}Dari awal saya dah cakap, tak ada diskaun!
201
00:16:10,928 --> 00:16:12,721
{\an8}Saya fikir kita boleh berbincang.
202
00:16:13,555 --> 00:16:15,391
{\an8}Sekurang-kurangnya diskaun tambang.
203
00:16:15,474 --> 00:16:17,726
{\an8}Saya amat perlukan duit,
204
00:16:18,310 --> 00:16:20,312
{\an8}sebab itu saya terpaksa jual.
205
00:16:20,396 --> 00:16:23,065
{\an8}Saya tahu nilai barang-barang ini.
Sebab itulah
206
00:16:23,148 --> 00:16:24,858
{\an8}saya datang sendiri ke sini.
207
00:16:30,739 --> 00:16:32,032
{\an8}Terima kasih.
208
00:16:36,829 --> 00:16:37,788
{\an8}Nah.
209
00:16:38,288 --> 00:16:41,083
{\an8}Sekeping sikit sangat. Berilah dua keping.
210
00:16:51,010 --> 00:16:52,052
{\an8}Saya beli banyak.
211
00:16:57,975 --> 00:16:59,435
{\an8}- Tiga keping…
- Biar betul?
212
00:17:06,900 --> 00:17:07,943
Untung besar!
213
00:17:09,403 --> 00:17:11,280
Hei, dah dapat barang-barang itu?
214
00:17:11,363 --> 00:17:13,615
Semuanya edisi terhad.
215
00:17:16,535 --> 00:17:18,954
Siapa agaknya penjual itu?
216
00:17:19,038 --> 00:17:20,831
Orang kaya takkan jual inilah.
217
00:17:21,331 --> 00:17:23,250
Mungkin gigolo pokai?
218
00:17:24,168 --> 00:17:27,504
Patutlah dia tak nak beri diskaun.
Saya dapat 20,000 won.
219
00:17:27,588 --> 00:17:28,505
Dapat 20,000 won?
220
00:17:28,589 --> 00:17:30,007
- Ya.
- Hebat betul.
221
00:17:30,090 --> 00:17:32,426
- Hebat, bukan?
- Jom makan jjajangmyeon.
222
00:17:33,260 --> 00:17:36,722
Tapi bukankah semua barang itu ada parap?
223
00:17:37,264 --> 00:17:39,516
Bukannya nampak. Yang penting, murah.
224
00:17:39,600 --> 00:17:41,351
Kalau tak ditanggalkan, tak nampak.
225
00:17:41,977 --> 00:17:43,395
Awak memang bijak.
226
00:17:44,104 --> 00:17:47,900
Luarannya memang nampak mewah dan glamor,
227
00:17:47,983 --> 00:17:50,402
tapi dia seorang yang berjimat cermat.
228
00:17:52,905 --> 00:17:54,698
Saya akan belanja tangsuyuk juga.
229
00:17:55,866 --> 00:17:58,869
Kita akan bertolak
ke restoran di depan pejabat kita.
230
00:17:58,952 --> 00:17:59,995
Okey. Jom.
231
00:18:00,954 --> 00:18:02,164
Ya!
232
00:18:02,664 --> 00:18:03,749
- Anthony.
- Ya?
233
00:18:05,542 --> 00:18:06,376
Ketatnya.
234
00:18:07,586 --> 00:18:10,130
- Apa?
- Cincin ini.
235
00:18:10,214 --> 00:18:13,926
Awak pakai cincin ini. Tak boleh tanggal?
236
00:18:14,009 --> 00:18:15,344
- Gyeong-sik.
- Ya?
237
00:18:15,427 --> 00:18:17,721
Pergi beli pemotong. Beli yang tajam.
238
00:18:41,745 --> 00:18:45,916
Kerana ayah, saya terpaksa berpisah
dengan barang kesayangan saya.
239
00:18:51,338 --> 00:18:52,589
Betul!
240
00:18:53,423 --> 00:18:55,342
Saya takkan merana sendirian.
241
00:18:55,843 --> 00:18:58,345
Hutang darah dibayar darah!
242
00:19:01,682 --> 00:19:04,601
Do-yun, jom makan tengah hari sama esok.
243
00:19:11,567 --> 00:19:15,279
Saya boleh bau rasuah
daripada bekal makanan ini.
244
00:19:15,362 --> 00:19:18,907
Mungkin sebab awak seorang pengarah.
Cepat betul awak faham.
245
00:19:19,408 --> 00:19:21,451
Awak perlukan duit poket?
246
00:19:23,745 --> 00:19:26,707
Kalau begitu, saya perlukan
1,82 bilion won saja.
247
00:19:28,167 --> 00:19:30,711
Hei, mahalnya harga bekal makanan ini.
248
00:19:30,794 --> 00:19:31,962
Lupakan saja.
249
00:19:35,090 --> 00:19:36,133
Nah.
250
00:19:37,092 --> 00:19:38,385
Saya akan kerja di sini.
251
00:19:42,222 --> 00:19:43,765
Awak serius?
252
00:19:43,849 --> 00:19:46,768
Saya tak ada pilihan.
Ayah suruh saya bayar hutang.
253
00:19:46,852 --> 00:19:48,270
Saya patut cari duit.
254
00:19:49,396 --> 00:19:51,440
Apa rancangan awak?
255
00:19:53,442 --> 00:19:55,569
SYARIKAT SNEK JOA
256
00:20:04,578 --> 00:20:05,537
Kamu nak apa?
257
00:20:06,914 --> 00:20:09,374
Apa ini? Saya cuma lalu di sini.
258
00:20:09,458 --> 00:20:12,127
Kenapa kamu perlu lalu di depan syarikat?
259
00:20:12,211 --> 00:20:14,254
Suka hati sayalah!
260
00:20:14,922 --> 00:20:16,924
Semua ini tanah ayah?
261
00:20:17,007 --> 00:20:18,550
Ya, tanah ayah.
262
00:20:19,134 --> 00:20:20,510
Sampai depan sana itu.
263
00:20:21,970 --> 00:20:23,138
Cemburunya.
264
00:20:23,972 --> 00:20:25,057
Tahniahlah.
265
00:20:25,140 --> 00:20:27,851
Saya akan pergi segera.
Sambunglah urusan ayah.
266
00:20:27,935 --> 00:20:29,770
Berlagak sibuk padahal menganggur.
267
00:20:29,853 --> 00:20:31,563
Penganggur? Saya ada kerja.
268
00:20:31,647 --> 00:20:34,024
Apa? Di mana?
269
00:20:34,107 --> 00:20:36,443
Ayah tak perlu tahu. Saya pergi dulu.
270
00:20:41,740 --> 00:20:43,742
Budak bertuah.
271
00:20:57,965 --> 00:20:59,633
TEKSI
272
00:21:02,094 --> 00:21:03,136
Budak bertuah.
273
00:21:04,012 --> 00:21:06,640
Saya akui, dia memang kacak.
274
00:21:07,933 --> 00:21:09,434
ZON INTERNET GLOBAL
275
00:21:10,852 --> 00:21:12,646
Luasnya tempat ini!
276
00:21:12,729 --> 00:21:14,189
Saya nak main permainan.
277
00:21:14,690 --> 00:21:16,191
Jangan harap. Ikut saya.
278
00:21:18,777 --> 00:21:20,279
Saya nak main permainan.
279
00:21:22,864 --> 00:21:24,950
Semua jawapan ada di sini.
280
00:21:25,033 --> 00:21:28,453
Kalau bertuah, kita akan jumpa jalan
untuk hantar awak pulang.
281
00:21:29,121 --> 00:21:31,415
Yakah? Carilah cepat.
282
00:21:32,624 --> 00:21:33,625
CARA PULANG KE MASA SILAM
283
00:21:38,297 --> 00:21:40,507
- "Satu-satunya cara
- "Satu-satunya cara
284
00:21:40,590 --> 00:21:42,634
- untuk kembali ke masa silam.
- untuk kembali ke masa silam.
285
00:21:49,641 --> 00:21:53,020
- Cipta masa depan yang lebih gembira."
- Cipta masa depan yang lebih gembira."
286
00:21:53,520 --> 00:21:56,106
Aduhai. Apa ini?
287
00:21:56,189 --> 00:21:57,607
- Tak guna.
- Konon ada jawapan,
288
00:21:57,691 --> 00:21:59,693
tapi semuanya cakap kosong saja!
289
00:21:59,776 --> 00:22:03,280
Tentu ada orang yang
miliki kepakaran dalam hal ini.
290
00:22:03,864 --> 00:22:06,074
Kita boleh cari apa saja di Internet.
291
00:22:06,158 --> 00:22:08,660
Zarah yang bergerak
lebih pantas daripada cahaya…
292
00:22:08,744 --> 00:22:12,372
semua pencerap dalam gerakan seragam…
293
00:22:12,456 --> 00:22:15,625
Pada tahun 1915, teori kerelatifan am…
294
00:22:15,709 --> 00:22:19,129
Betul! Hukum graviti semesta.
295
00:22:19,212 --> 00:22:20,714
Menurut teori ini,
296
00:22:20,797 --> 00:22:23,967
masa dan ruang saling berkait rapat
297
00:22:24,051 --> 00:22:26,345
- untuk membentuk dunia empat dimensi.
- Dia
298
00:22:26,428 --> 00:22:28,805
macam cikgu fizik kita, bukan?
299
00:22:28,889 --> 00:22:30,766
- Lihat…
- Betul.
300
00:22:30,849 --> 00:22:33,852
Sebab itu kita tak suka fizik. Betullah.
301
00:22:33,935 --> 00:22:37,064
Dia memang mirip cikgu fizik kita.
302
00:22:37,147 --> 00:22:38,565
Sudahlah.
303
00:22:38,648 --> 00:22:40,692
Lupakan saja kaedah ini.
304
00:22:40,776 --> 00:22:42,402
Cuba fikir.
305
00:22:42,486 --> 00:22:45,322
Ada sesiapa antara
kenalan awak yang bijak?
306
00:22:45,405 --> 00:22:46,656
Mana perginya?
307
00:22:52,329 --> 00:22:54,039
RAHSIA ALAM SEMESTA
308
00:22:56,666 --> 00:22:58,001
Mak cik ada soalan?
309
00:23:01,463 --> 00:23:05,300
Mak cik tak tahu
dari mana patut mak cik mulakan.
310
00:23:05,884 --> 00:23:10,013
Tapi antara semua orang
yang mak cik kenal, awak paling bijak.
311
00:23:10,680 --> 00:23:13,100
Ada apa? Mak cik boleh beritahu saya.
312
00:23:14,184 --> 00:23:18,480
Beginilah.
Soalan ini sekadar andaian saja.
313
00:23:19,314 --> 00:23:22,943
Sesuatu yang mustahil dan tak masuk akal.
314
00:23:23,527 --> 00:23:25,112
Tapi ia benar-benar berlaku.
315
00:23:25,695 --> 00:23:27,239
Mak cik boleh beritahu saja.
316
00:23:27,322 --> 00:23:29,825
Maksud mak cik…
317
00:23:33,537 --> 00:23:36,915
Katalah orang dari masa silam
datang ke masa kini.
318
00:23:37,791 --> 00:23:39,292
Apa cara untuk dia pulang?
319
00:23:43,964 --> 00:23:44,965
Siapa?
320
00:23:45,841 --> 00:23:46,842
Itu…
321
00:23:48,385 --> 00:23:49,845
Rahsia.
322
00:23:49,928 --> 00:23:53,723
Tapi seseorang yang
tak sepatutnya berada di sini.
323
00:23:56,810 --> 00:23:57,853
Mak cik.
324
00:23:59,229 --> 00:24:01,481
Jangan asyik terperap baca komik saja.
325
00:24:02,149 --> 00:24:04,276
Keluarlah jumpa kawan-kawan mak cik.
326
00:24:08,989 --> 00:24:10,407
Bukan begitu.
327
00:24:11,408 --> 00:24:12,367
Oh, ya.
328
00:24:13,201 --> 00:24:15,495
Tunggu mak datang. Kita boleh makan sama.
329
00:24:16,288 --> 00:24:18,165
Tentu dia masih marah dengan mak cik.
330
00:24:18,748 --> 00:24:20,834
Lagipun bukankah dia di hospital?
331
00:24:20,917 --> 00:24:22,836
Dia cuti hari ini.
332
00:24:22,919 --> 00:24:24,754
Dia jumpa seseorang dekat sini.
333
00:24:27,924 --> 00:24:29,885
Dekat sini? Di mana?
334
00:24:36,558 --> 00:24:38,268
Lama lagikah?
335
00:25:06,671 --> 00:25:07,964
Cik.
336
00:25:16,681 --> 00:25:17,682
Ya?
337
00:25:20,352 --> 00:25:22,354
- Beg tertinggal.
- Apa?
338
00:25:22,437 --> 00:25:23,396
Beg awak.
339
00:25:25,774 --> 00:25:26,858
Oh, ya.
340
00:26:04,729 --> 00:26:05,855
Awak okey?
341
00:26:07,732 --> 00:26:08,692
Nampak Ha-yeong?
342
00:26:08,775 --> 00:26:10,610
Jangan risau. Dia tak perasan.
343
00:26:11,236 --> 00:26:14,447
Betulkah awak dah
temui cara untuk saya pulang?
344
00:26:17,659 --> 00:26:18,910
Habis itu?
345
00:26:20,412 --> 00:26:22,956
Jangan cakap saya perlu tinggal di sini.
346
00:26:24,165 --> 00:26:26,835
Saya masih tak jumpa jawapannya.
347
00:26:27,669 --> 00:26:30,213
Awak cakap awak akan cari jalan!
348
00:26:30,297 --> 00:26:32,799
Buat apa saja supaya saya boleh pulang!
349
00:26:32,882 --> 00:26:33,967
Awak!
350
00:26:37,429 --> 00:26:41,099
Makhluk bukan hantu, bukan manusia.
Berani awak buat kecoh di sini?
351
00:26:53,403 --> 00:26:55,655
Bagaimana wajah yang kaya dengan tuah
352
00:26:58,408 --> 00:27:00,910
bertukar menjadi begitu malang?
353
00:27:02,996 --> 00:27:04,706
Apa maksud encik?
354
00:27:05,582 --> 00:27:07,250
Hei, jangan layan.
355
00:27:07,834 --> 00:27:09,377
Cuma ada dua kemungkinan saja.
356
00:27:09,878 --> 00:27:12,380
Ajaran sesat atau nak minta duit.
357
00:27:13,340 --> 00:27:14,674
Jom.
358
00:27:15,717 --> 00:27:18,386
Kamu dua individu berbeza
dengan nasib yang sama.
359
00:27:19,387 --> 00:27:21,431
Sungguh luar biasa.
360
00:27:24,309 --> 00:27:26,603
Jika bukan hantu, maknanya
361
00:27:30,815 --> 00:27:32,650
kamu orang yang sama.
362
00:27:35,904 --> 00:27:38,281
Jika perlukan bantuan, ikut saya.
363
00:27:48,541 --> 00:27:50,251
- Jangan bergerak.
- Aduh.
364
00:27:50,335 --> 00:27:52,587
Hei, cuba tarik.
365
00:27:53,922 --> 00:27:56,508
- Tarik kuat sikit.
- Susah sebab licin.
366
00:27:56,591 --> 00:27:59,636
Hei, Anthony mungkin
akan potong jari saya.
367
00:27:59,719 --> 00:28:02,222
Tarik! Tarik dengan lebih kuat!
368
00:28:02,305 --> 00:28:04,015
Tarik cepat!
369
00:28:07,018 --> 00:28:08,311
- Macam mana?
- Dah tanggal.
370
00:28:09,187 --> 00:28:10,271
Bukan cincin.
371
00:28:10,355 --> 00:28:12,315
Saya suruh dapatkan gambar lama saya.
372
00:28:13,483 --> 00:28:15,568
- Ini dia.
- Saya nak tengok.
373
00:28:16,152 --> 00:28:18,655
Aduhai, buat saya risau saja.
374
00:28:24,536 --> 00:28:27,205
Teknologi pembedahan plastik
negara kita memang hebat.
375
00:28:30,708 --> 00:28:32,710
Padam semua fail dan bakar USB ini.
376
00:28:32,794 --> 00:28:33,670
Okey.
377
00:28:33,753 --> 00:28:35,338
- Oh, ya. Anthony.
- Ya.
378
00:28:35,422 --> 00:28:37,924
Kita terima dua tawaran iklan.
379
00:28:40,093 --> 00:28:41,136
Yakah?
380
00:28:42,512 --> 00:28:45,098
Saya masih popular. Iklan apa?
381
00:28:45,181 --> 00:28:47,225
Satu daripada Syarikat Snek Joa.
382
00:28:47,308 --> 00:28:50,103
Snek? Saya jadi model iklan snek?
383
00:28:50,645 --> 00:28:54,315
Tak nak? Iklan satu lagi
iklan makanan kesihatan.
384
00:28:54,399 --> 00:28:58,319
Tapi iklan ini untuk majalah, jadi…
385
00:28:58,403 --> 00:29:00,363
Hei, tunjukkan draf iklan itu.
386
00:29:00,447 --> 00:29:01,614
Tengok dulu.
387
00:29:04,325 --> 00:29:05,785
"Anthony tak…"
388
00:29:08,538 --> 00:29:09,539
ORANG KUAT AKAN BANTU
389
00:29:10,123 --> 00:29:11,708
Siapa pilih iklan ini?
390
00:29:11,791 --> 00:29:13,209
ANTHONY, TAK BERTENAGA?
391
00:29:13,293 --> 00:29:15,503
Awak patut tolak tawaran begini.
392
00:29:15,587 --> 00:29:18,673
Keuntungan syarikat merosot
dan dah lama tak ada tawaran iklan…
393
00:29:19,257 --> 00:29:20,842
Jadi saya perlu terima semuanya?
394
00:29:20,925 --> 00:29:23,303
Saya ini mesin duitkah?
395
00:29:24,596 --> 00:29:25,722
Tolak kedua-duanya.
396
00:29:25,805 --> 00:29:27,515
Semua tak menjadi.
397
00:29:30,393 --> 00:29:32,061
Nak pergi tilik nasib?
398
00:29:34,689 --> 00:29:36,232
Ada tempat yang bagus?
399
00:29:44,115 --> 00:29:49,162
Macam mana encik tahu
kami berdua orang yang sama?
400
00:29:50,079 --> 00:29:51,372
Bukan saya,
401
00:29:55,168 --> 00:29:57,545
tapi Tuan Jobs.
402
00:30:00,965 --> 00:30:04,677
Kalau begitu, encik tahu cara
403
00:30:06,012 --> 00:30:07,472
untuk saya pulang?
404
00:30:23,279 --> 00:30:25,281
AX kuasa dua tambah B kuasa dua X.
405
00:30:25,365 --> 00:30:27,992
Apabila BX kuasa dua
tambah CX bersamaan sifar…
406
00:30:28,993 --> 00:30:32,121
Negatif B tambah tolak punca kuasa dua…
407
00:30:34,958 --> 00:30:37,377
- Negatif B tambah tolak punca kuasa dua…
- Hei.
408
00:30:37,961 --> 00:30:40,255
Awak tak rasa dia pelik?
409
00:30:45,802 --> 00:30:48,179
Saya penuntut aliran sains.
410
00:30:51,766 --> 00:30:55,311
Budak, ada tanda salib besar
di belakang awak.
411
00:30:57,188 --> 00:31:00,024
Seseorang yang rapat
dengan awak menganut Kristian.
412
00:31:01,901 --> 00:31:03,903
Macam mana encik tahu?
413
00:31:04,612 --> 00:31:07,407
Nenek saya penganut Kristian.
414
00:31:12,245 --> 00:31:14,038
Ada bau petrol.
415
00:31:14,622 --> 00:31:16,124
Ada seorang pemandu.
416
00:31:17,417 --> 00:31:20,962
Betul! Ayah saya seorang pemandu teksi.
417
00:31:21,045 --> 00:31:22,839
Mengagumkan betul!
418
00:31:24,799 --> 00:31:25,967
Hei.
419
00:31:26,509 --> 00:31:30,138
Hampir setiap keluarga
ada penganut Kristian dan pemandu.
420
00:31:30,221 --> 00:31:32,640
Tapi dia setuju untuk bantu kita.
421
00:31:32,724 --> 00:31:35,435
Kita ikut saja arahan dia.
422
00:31:35,518 --> 00:31:38,521
Macam mana dia akan hantar awak pulang?
423
00:31:38,605 --> 00:31:40,690
Tengok saja dah tahu dia penipu.
424
00:31:40,773 --> 00:31:42,609
Seorang yang bersikap terburu-buru.
425
00:31:44,027 --> 00:31:48,114
Belum tahu sebab awak datang,
tapi awak dah nak pulang.
426
00:31:48,197 --> 00:31:50,158
Bolehkah awak temui jawapannya?
427
00:31:51,743 --> 00:31:52,869
Apa…
428
00:31:54,287 --> 00:31:55,413
maksud encik?
429
00:31:55,496 --> 00:31:57,999
Jika dia datang
walaupun sini bukan dunianya,
430
00:31:58,082 --> 00:31:59,918
tentu ada sebabnya.
431
00:32:00,585 --> 00:32:02,211
Cari dulu sebabnya.
432
00:32:06,299 --> 00:32:09,302
Kalau begitu, apa yang perlu kami lakukan?
433
00:32:10,678 --> 00:32:11,804
Cuma…
434
00:32:20,647 --> 00:32:22,815
ada satu cara saja. Jampi serapah.
435
00:32:25,360 --> 00:32:26,235
Jampi serapah?
436
00:32:26,319 --> 00:32:30,114
Ia perlu dilakukan pada hari hujan lebat.
437
00:32:33,326 --> 00:32:34,702
Hujan?
438
00:32:38,915 --> 00:32:40,959
Berapa harganya?
439
00:32:42,919 --> 00:32:45,421
Bayaran bermula pada harga
sepuluh juta won,
440
00:32:45,505 --> 00:32:48,007
tapi awak nampak menyedihkan.
Jadi lima juta won.
441
00:32:48,091 --> 00:32:51,052
Saya baru saja dipecat.
442
00:32:51,135 --> 00:32:53,596
- Kami terima kad.
- Kad saya ada had.
443
00:32:55,515 --> 00:32:56,766
Berapa yang awak ada?
444
00:33:00,186 --> 00:33:02,105
Saya dah ingatkan awak.
445
00:33:02,605 --> 00:33:06,901
Pastikan awak bayar
1,41 juta won dalam minggu ini juga.
446
00:33:06,985 --> 00:33:08,403
Saya tahulah.
447
00:33:09,028 --> 00:33:10,071
Buat masa ini,
448
00:33:10,905 --> 00:33:15,743
saya mungkin boleh dapatkan 1,4 juta won.
449
00:33:20,289 --> 00:33:21,916
Buat bayaran dalam hari ini.
450
00:33:22,000 --> 00:33:24,168
Diskaun itu untuk hari ini saja.
451
00:33:26,170 --> 00:33:28,506
Terima kasih!
452
00:33:29,090 --> 00:33:31,467
Akhirnya! Saya akan pulang!
453
00:33:31,551 --> 00:33:33,177
Bagus!
454
00:33:33,845 --> 00:33:36,347
Hei, tunggu di luar.
455
00:33:36,931 --> 00:33:37,765
Kenapa?
456
00:33:37,849 --> 00:33:39,976
Tolong ikut saja dan jangan melawan.
457
00:33:55,742 --> 00:33:56,784
Saya
458
00:33:57,785 --> 00:34:01,539
setuju untuk ke sini
kerana kami tak ada cara lain.
459
00:34:03,332 --> 00:34:06,461
Tapi duit itu
jumlah yang amat besar buat saya.
460
00:34:07,128 --> 00:34:09,213
- Jika encik tipu saya…
- Kenapa?
461
00:34:11,007 --> 00:34:14,427
Adakah awak akan percaya
jika saya cakap awak sebabkan
462
00:34:14,510 --> 00:34:16,220
kematian ayah awak?
463
00:34:23,561 --> 00:34:25,104
Datang apabila hari hujan.
464
00:34:43,539 --> 00:34:44,999
- Awak buat apa?
- Apa?
465
00:34:46,375 --> 00:34:47,794
Belikan saya telefon.
466
00:34:49,170 --> 00:34:50,713
Awak akan pulang. Apa gunanya?
467
00:34:51,589 --> 00:34:52,799
Ia takkan berfungsi.
468
00:34:52,882 --> 00:34:54,634
Apa? Yakah?
469
00:34:55,218 --> 00:34:57,887
Oh ya. Awak ada duit
sebanyak 1,4 juta won?
470
00:34:58,971 --> 00:35:00,556
Saya perlu tuntut sekarang.
471
00:35:06,312 --> 00:35:07,814
LELAKI MIANG
472
00:35:12,652 --> 00:35:15,947
MAK CIK TUA
473
00:35:22,286 --> 00:35:23,579
Nombor yang anda…
474
00:35:28,918 --> 00:35:30,711
Kenapa? Dia tak jawab?
475
00:35:31,379 --> 00:35:33,548
Tentu dia tipu awak.
476
00:35:34,215 --> 00:35:36,509
- Saya dah cakap. Dia tiada duit.
- Nombor yang anda…
477
00:35:36,592 --> 00:35:38,886
Macam mana dia nak bayar 1,4 juta won?
478
00:35:38,970 --> 00:35:40,930
Jumlahnya 1,41 juta won!
479
00:35:45,893 --> 00:35:47,603
MAK CIK TUA: TOLONG HUBUNGI SAYA
480
00:35:53,609 --> 00:35:55,236
HUBUNGI SAYA
TOLONG
481
00:36:05,913 --> 00:36:08,416
Dia patut bayar duit itu hari ini.
482
00:36:08,916 --> 00:36:10,418
Ada sumber lain?
483
00:36:18,801 --> 00:36:20,052
KHIDMAT TALIAN BANTUAN
484
00:36:20,136 --> 00:36:21,095
Bukan ini.
485
00:36:22,221 --> 00:36:23,222
Tunggu.
486
00:36:28,978 --> 00:36:29,937
Mana saya letak?
487
00:36:30,938 --> 00:36:32,982
Dah jumpa! Ini dia.
488
00:36:33,065 --> 00:36:35,568
PEMUNGUT HUTANG
489
00:36:43,242 --> 00:36:44,577
Siapa?
490
00:36:44,660 --> 00:36:46,078
Perkhidmatan bilik.
491
00:36:46,662 --> 00:36:47,872
Perkhidmatan…
492
00:36:50,374 --> 00:36:51,792
Encik siapa?
493
00:36:51,876 --> 00:36:54,170
En. Han Yu-hyeon?
494
00:36:56,756 --> 00:36:57,757
Bukan.
495
00:37:06,766 --> 00:37:09,894
Tak ada satu pun barang berharga.
496
00:37:11,520 --> 00:37:14,649
Orang tua itu memang dah gila.
497
00:37:15,274 --> 00:37:18,486
Sekarang dia upah samseng pula?
498
00:37:19,445 --> 00:37:20,488
"Samseng"?
499
00:37:21,280 --> 00:37:23,324
Nampaknya awak dah biasa.
500
00:37:23,407 --> 00:37:25,868
Tapi awak salah orang.
501
00:37:25,952 --> 00:37:27,286
Ada seorang wanita…
502
00:37:27,370 --> 00:37:28,496
"Wanita"?
503
00:37:31,415 --> 00:37:32,500
Hei!
504
00:37:34,377 --> 00:37:37,588
Betulkah dia yang larikan duit awak?
505
00:37:38,464 --> 00:37:40,675
Betul. Dialah orangnya.
506
00:37:40,758 --> 00:37:42,260
Apa awak merepek ini?
507
00:37:42,343 --> 00:37:44,887
Saya dah masukkan duit.
Termasuk duit di sauna.
508
00:37:53,187 --> 00:37:54,105
Apa ini?
509
00:37:54,730 --> 00:37:56,399
{\an8}HAN YU-HYEON
1,41 JUTA WON
510
00:38:02,613 --> 00:38:04,198
Dia dah bayar?
511
00:38:06,117 --> 00:38:09,745
Setakat 1,41 juta won
dan saya bayar sepuluh kali ganda!
512
00:38:09,829 --> 00:38:11,580
Apa awak buat ini?
513
00:38:11,664 --> 00:38:14,208
Maafkan saya.
514
00:38:14,292 --> 00:38:18,296
Bos, kadar faedahnya jauh lebih dahsyat.
515
00:38:18,879 --> 00:38:20,006
Aduhai.
516
00:38:21,632 --> 00:38:24,510
Orang berbuat baik,
tapi dibalas dengan kejahatan.
517
00:38:24,593 --> 00:38:27,013
Dahlah saya penyelamat awak.
518
00:38:28,014 --> 00:38:31,809
Saya perlukan duit itu secepat mungkin.
519
00:38:33,185 --> 00:38:34,312
Maafkan saya.
520
00:38:34,395 --> 00:38:38,733
Nampaknya ini cuma salah faham.
521
00:38:38,816 --> 00:38:40,234
Sudahlah.
522
00:38:40,318 --> 00:38:41,902
Apa maksud encik?
523
00:38:41,986 --> 00:38:43,612
Encik semua pun sama!
524
00:38:43,696 --> 00:38:46,490
Kamu semua bawa saya ke sini secara paksa.
525
00:38:46,574 --> 00:38:49,201
Waktu kerja kami dah tamat.
526
00:38:49,285 --> 00:38:52,788
Samseng tak ada waktu kerja tetap.
527
00:38:52,872 --> 00:38:56,417
Apa? Apa awak mengarut ini?
528
00:38:57,126 --> 00:38:59,837
Bukan kami yang mungkiri janji,
529
00:38:59,920 --> 00:39:01,881
tapi mereka yang larikan duit orang.
530
00:39:01,964 --> 00:39:04,967
Kami tak pernah bekerja
lebih daripada 52 jam seminggu.
531
00:39:05,051 --> 00:39:06,135
Betul.
532
00:39:06,218 --> 00:39:09,013
Awak mahu saya balik dalam keadaan begini?
533
00:39:11,766 --> 00:39:15,144
Cik, awak boleh memandu?
534
00:39:16,187 --> 00:39:17,063
Apa?
535
00:39:27,323 --> 00:39:29,867
Hei! Selamat tinggal.
536
00:39:34,663 --> 00:39:36,791
Selamat jalan untuk awak.
537
00:39:36,874 --> 00:39:39,794
Pastikan kita takkan berjumpa lagi.
538
00:39:41,879 --> 00:39:43,589
- Hei.
- Apa lagi?
539
00:39:43,672 --> 00:39:45,216
Barang-barang awak.
540
00:39:52,515 --> 00:39:53,682
Aduhai.
541
00:39:54,767 --> 00:39:56,352
Biar betul?
542
00:40:01,107 --> 00:40:03,234
- Maaf.
- Apa?
543
00:40:03,818 --> 00:40:07,655
Dari mana awak dapat gelang kunci itu?
544
00:40:07,738 --> 00:40:09,031
Kenapa awak tanya?
545
00:40:10,783 --> 00:40:12,076
Itu macam saya punya.
546
00:40:13,285 --> 00:40:14,286
Apa?
547
00:40:17,289 --> 00:40:19,500
Ayah saya yang buat sendiri
548
00:40:20,668 --> 00:40:23,629
gelang kunci bunga bakung itu,
549
00:40:24,130 --> 00:40:26,257
tapi ia tercicir dan hilang.
550
00:40:41,355 --> 00:40:43,983
Awak akan dipukul
untuk setiap sepuluh won.
551
00:40:44,567 --> 00:40:47,862
- Saya tak ada duit.
- Geledah.
552
00:40:53,701 --> 00:40:54,702
Hei.
553
00:40:55,453 --> 00:40:57,121
- Apa itu?
- Bos.
554
00:40:57,746 --> 00:40:58,789
Dia pokai. Tapi tengok.
555
00:40:59,373 --> 00:41:02,877
- Tak boleh. Janganlah!
- Ambil.
556
00:41:05,796 --> 00:41:06,922
Cantik.
557
00:41:07,006 --> 00:41:08,466
Tentu Ha-ni akan suka.
558
00:41:08,549 --> 00:41:12,219
Tak boleh. Itu pemberian mak saya.
559
00:41:12,303 --> 00:41:15,181
"Tak boleh. Itu pemberian mak saya."
560
00:41:17,933 --> 00:41:19,810
Jangan takut.
561
00:41:19,894 --> 00:41:23,689
Beritahu mak awak, awak bantu
orang yang memerlukan. Dia akan gembira.
562
00:41:23,772 --> 00:41:25,941
Encik, tolong pulangkan.
563
00:41:26,025 --> 00:41:26,984
- Tolonglah.
- Hei!
564
00:41:27,860 --> 00:41:28,861
"Encik"?
565
00:41:28,944 --> 00:41:30,946
Awak nak saya ajar awak?
566
00:41:31,030 --> 00:41:32,448
Budak tak guna.
567
00:41:34,700 --> 00:41:36,869
Sakit? Saya tak sakit.
568
00:41:36,952 --> 00:41:38,746
Jangan menangis.
569
00:41:38,829 --> 00:41:40,122
Yang Chun-sik!
570
00:41:41,207 --> 00:41:43,459
Ini suara Ha-ni.
571
00:41:44,084 --> 00:41:45,169
Sayang.
572
00:42:02,853 --> 00:42:05,523
Sekarang awak curi
barang budak kecil pula?
573
00:42:05,606 --> 00:42:08,943
Sekali lagi kamu semua buat perangai,
574
00:42:09,610 --> 00:42:10,694
nahaslah, faham?
575
00:42:13,781 --> 00:42:15,324
Awak okey?
576
00:42:15,407 --> 00:42:17,159
Awak tak apa-apa?
577
00:42:32,341 --> 00:42:34,760
- Nah.
- Terima kasih.
578
00:42:38,931 --> 00:42:40,307
Biar saya tolong.
579
00:42:47,523 --> 00:42:49,483
Loket bentuk senyum. Cantiknya.
580
00:42:50,192 --> 00:42:52,820
Mendiang mak saya reka untuk saya.
581
00:42:53,404 --> 00:42:55,698
Mak kata senyuman saya cantik.
582
00:42:55,781 --> 00:42:57,074
Begitu.
583
00:42:58,325 --> 00:43:01,120
Jadi awak patut dengar
nasihat mak awak dan senyum.
584
00:43:07,001 --> 00:43:09,503
Awak nampak comel ketika tersenyum.
585
00:43:10,588 --> 00:43:12,673
Siapa nama awak?
586
00:43:12,756 --> 00:43:14,049
Saya?
587
00:43:16,010 --> 00:43:18,804
Sayalah Superman yang selamatkan awak.
588
00:43:18,887 --> 00:43:19,972
"Superman"?
589
00:43:20,055 --> 00:43:21,181
Ya.
590
00:43:21,932 --> 00:43:24,435
Jika awak bertemu orang dalam kesusahan,
591
00:43:24,518 --> 00:43:26,729
jadilah wira untuk mereka juga.
592
00:43:26,812 --> 00:43:27,813
Okey?
593
00:43:29,106 --> 00:43:31,483
Saya pergi dulu. Jumpa lagi!
594
00:44:00,095 --> 00:44:01,305
Kenapa?
595
00:44:04,850 --> 00:44:06,101
Superman?
596
00:44:06,894 --> 00:44:07,978
Apa?
597
00:44:09,104 --> 00:44:10,105
Tak…
598
00:44:12,358 --> 00:44:13,984
Apa bukti ini milik awak?
599
00:44:14,985 --> 00:44:18,739
Ada sekuntum bunga yang gugur.
600
00:44:18,822 --> 00:44:21,075
Ketika ayah sediakan gelang kunci itu
601
00:44:21,158 --> 00:44:23,535
saya sentuh dan sebabkan ia gugur.
602
00:44:23,619 --> 00:44:26,330
Kakak saya juga
ada gelang kunci yang sama.
603
00:44:28,457 --> 00:44:29,458
Betul.
604
00:44:31,794 --> 00:44:32,836
Nah.
605
00:44:33,671 --> 00:44:35,255
Ambillah. Kata awak punya.
606
00:44:43,389 --> 00:44:45,015
Terima kasih.
607
00:44:45,099 --> 00:44:46,642
Itu saja?
608
00:44:46,725 --> 00:44:47,851
Apa?
609
00:44:47,935 --> 00:44:50,729
Awak berhutang budi dengan saya,
awak perlu balas.
610
00:44:52,398 --> 00:44:54,525
Saya tak ada duit.
611
00:44:54,608 --> 00:44:55,692
Saya tak minta duit.
612
00:44:57,069 --> 00:44:58,153
Jadi?
613
00:44:58,737 --> 00:44:59,738
Tentang itu…
614
00:45:01,615 --> 00:45:03,075
Saya akan hubungi awak.
615
00:45:34,064 --> 00:45:35,315
Apa semua ini?
616
00:45:36,483 --> 00:45:38,026
Saya akan pulang tak lama lagi.
617
00:45:38,110 --> 00:45:41,155
Jadi saya sediakan parti mengejut.
618
00:45:41,738 --> 00:45:43,157
Mana awak dapat duit?
619
00:45:43,240 --> 00:45:46,743
Tadi awak beri saya
duit tambang dan untuk beli makanan.
620
00:45:47,536 --> 00:45:51,331
Awak gunakan duit itu
untuk sediakan semua ini?
621
00:45:51,415 --> 00:45:53,709
Saya akan pulang.
622
00:45:54,293 --> 00:45:56,044
Apa salahnya berlapar?
623
00:45:56,879 --> 00:45:58,922
Hari hujan untuk upacara jampi serapah.
624
00:45:59,006 --> 00:46:00,215
Entah bila akan hujan.
625
00:46:00,299 --> 00:46:03,385
Siapa tahu? Mungkin esok akan hujan.
626
00:46:04,219 --> 00:46:07,347
Jadi kita patut
ucap selamat tinggal lebih awal.
627
00:46:09,183 --> 00:46:11,560
Awak begitu gembira nak pulang?
628
00:46:11,643 --> 00:46:14,062
Sudah tentulah.
629
00:46:14,146 --> 00:46:17,649
Sebab saya dah jumpa
diri saya 20 tahun kemudian.
630
00:46:20,861 --> 00:46:23,363
Baikah, saya minta maaf.
631
00:46:23,447 --> 00:46:26,992
Mulalah itu. Macam mana
Bahn Ha-ni yang dulunya penuh yakin
632
00:46:27,075 --> 00:46:29,286
kini begitu lemah tak bersemangat?
633
00:46:29,953 --> 00:46:32,122
Awak biar diri dianiaya
634
00:46:32,206 --> 00:46:34,249
dan minta maaf walaupun tak salah.
635
00:46:35,042 --> 00:46:36,585
Awak tak rasa bersalah pada diri?
636
00:46:38,545 --> 00:46:39,379
Apa?
637
00:46:40,339 --> 00:46:43,717
Sejujurnya, saya tak kisah
dimalukan orang lain.
638
00:46:43,800 --> 00:46:45,511
Lama-kelamaan ia akan dilupakan.
639
00:46:46,094 --> 00:46:48,472
Tapi saya masih ingat
rasa malu pada diri sendiri.
640
00:46:49,932 --> 00:46:52,935
Ketika tujuh tahun, saya curi
gula-gula getah.
641
00:46:53,018 --> 00:46:56,355
Ketika saya nampak teksi ayah
dan larikan diri kerana malu.
642
00:46:56,438 --> 00:47:00,234
Waktu saya tutup mata
ketika Ji-eun dibuli di sekolah menengah.
643
00:47:01,276 --> 00:47:03,487
- Awak…
- Awak tak ingat?
644
00:47:03,987 --> 00:47:05,906
Awak dah lupa semua itu?
645
00:47:07,950 --> 00:47:10,035
- Tak.
- Mulai sekarang,
646
00:47:10,118 --> 00:47:13,914
jangan larikan diri atau
buat perkara yang memalukan diri.
647
00:47:13,997 --> 00:47:16,333
Itu kesalahan besar terhadap saya.
648
00:47:24,049 --> 00:47:26,885
Selepas kenyataan media
diumumkan pada jam 10:00 nanti,
649
00:47:26,969 --> 00:47:29,805
isu produk Sotong Enak ini akan selesai.
650
00:47:29,888 --> 00:47:31,640
- Sekian.
- Terima kasih.
651
00:47:32,349 --> 00:47:35,018
Walaupun kes kali ini
adalah helah pelanggan,
652
00:47:35,102 --> 00:47:40,232
tapi bukan mudah untuk pulihkan semula
imej produk yang dah tercemar.
653
00:47:40,315 --> 00:47:42,859
Untuk jadikan imej produk ini lebih ceria,
654
00:47:42,943 --> 00:47:46,947
kami bercadang untuk mencari model
untuk konsep iklan komedi.
655
00:47:47,030 --> 00:47:49,658
Produk ini ambil
masa yang lama untuk dihasilkan,
656
00:47:49,741 --> 00:47:52,744
tapi ia terima sambutan
yang baik dalam ujian rasa.
657
00:47:52,828 --> 00:47:55,038
Sayang jika biar ia terkubur begitu saja.
658
00:47:55,122 --> 00:47:58,667
Betul. Kami juga
ingin mengusulkan cadangan
659
00:47:58,750 --> 00:48:00,836
mempercepatkan pelancaran produk baru
660
00:48:00,919 --> 00:48:04,464
untuk memastikan
kita mencapai sasaran jualan tahun ini.
661
00:48:05,674 --> 00:48:07,217
Awak rasa boleh?
662
00:48:08,010 --> 00:48:10,053
Walaupun agak kesuntukan masa,
663
00:48:10,137 --> 00:48:13,640
tapi memandangkan kami dalam proses
menyediakan produk baru,
664
00:48:13,724 --> 00:48:16,310
jadi saya percaya ia boleh dilaksanakan.
665
00:48:18,020 --> 00:48:19,563
Bila produk itu akan siap?
666
00:48:21,481 --> 00:48:22,983
Bila jangkaan tuan?
667
00:48:26,612 --> 00:48:28,614
Dua minggu. Boleh?
668
00:48:29,531 --> 00:48:31,491
Baiklah. Kami akan siapkan.
669
00:48:41,793 --> 00:48:44,087
"Jangan takut untuk lepaskan sesuatu.
670
00:48:45,172 --> 00:48:47,758
Lebih banyak yang menanti."
671
00:48:48,592 --> 00:48:50,594
Saya dah tak ada apa-apa.
672
00:48:57,309 --> 00:48:59,269
Bila akan hujan?
673
00:49:02,105 --> 00:49:03,231
Apa ramalan cuaca?
674
00:49:04,149 --> 00:49:05,567
Jangan ganggu saya.
675
00:49:06,360 --> 00:49:08,779
Tolong bacakan ramalan cuaca.
676
00:49:08,862 --> 00:49:10,405
Saya sibuk.
677
00:49:10,489 --> 00:49:12,282
Kalau begitu, belikan saya telefon.
678
00:49:14,242 --> 00:49:15,452
Geram betul.
679
00:49:18,038 --> 00:49:19,039
Aduhai…
680
00:49:20,707 --> 00:49:22,668
SKANDAL SOTONG ENAK, HELAH IBU BAPA
681
00:49:27,923 --> 00:49:30,550
"Ibu palsukan penyakit anak
untuk dapatkan pampasan"?
682
00:49:34,513 --> 00:49:36,640
Ada harapan.
683
00:49:36,723 --> 00:49:38,558
Apa? Hari ini akan hujan?
684
00:49:38,642 --> 00:49:43,522
Tak. Saya boleh
kembali bekerja di tempat lama.
685
00:49:44,022 --> 00:49:47,192
Tunggu. Saya tak boleh kembali bekerja?
686
00:49:47,275 --> 00:49:48,944
- Tentang…
- Apa maksud awak?
687
00:49:49,027 --> 00:49:52,447
Syarikat Joa dah hantar pekerja lain.
688
00:49:52,531 --> 00:49:54,658
Tapi saya dibuang kerja begitu saja…
689
00:49:54,741 --> 00:49:57,452
Saya tahu.
Saya juga amat kesal tentang itu.
690
00:49:57,536 --> 00:50:00,580
Awak nak saya pecat
pekerja baru kita untuk awak?
691
00:50:02,124 --> 00:50:03,041
Baiklah.
692
00:50:03,625 --> 00:50:06,294
Kalau itu kemahuan awak, baiklah.
693
00:50:07,421 --> 00:50:09,506
Helo, Bahagian Sumber Manusia?
694
00:50:09,589 --> 00:50:13,301
Berkenaan pekerja baru kita.
Ya, ibu kembar tiga itu.
695
00:50:13,385 --> 00:50:16,179
Katanya dia perlu beli susu anak-anaknya.
696
00:50:17,055 --> 00:50:18,265
Pecat dia.
697
00:50:18,348 --> 00:50:22,561
- Jangan takut untuk lepaskan sesuatu.
- Saya tahu suaminya sakit.
698
00:50:22,644 --> 00:50:24,062
Apa boleh buat?
699
00:50:24,146 --> 00:50:28,066
Ha-ni bertegas untuk kembali.
Kita tak boleh gantikan dia, bukan?
700
00:50:28,150 --> 00:50:29,735
Nampaknya tak boleh.
701
00:50:29,818 --> 00:50:33,739
Beri dia beberapa bungkus lampin
dan suruh dia balik.
702
00:50:33,822 --> 00:50:34,781
Ada panggilan…
703
00:50:36,658 --> 00:50:40,036
Boleh terima panggilan lain
ketika dalam panggilan. Ini fungsi baru…
704
00:50:40,120 --> 00:50:40,954
BAHN HA-NI
705
00:50:41,037 --> 00:50:42,789
Ha-ni…
706
00:50:42,873 --> 00:50:43,957
Awak tahu?
707
00:50:44,040 --> 00:50:47,294
Kalau pihak atasan teruk,
kita boleh kutuk terang-terangan.
708
00:50:47,377 --> 00:50:49,504
Tapi jika mereka berpura-pura baik,
709
00:50:50,672 --> 00:50:53,425
saya akan kutuk dan salahkan diri sendiri.
710
00:50:53,508 --> 00:50:56,636
Apa maksud awak pura-pura?
Saya suka dan ambil berat…
711
00:50:56,720 --> 00:50:58,972
Kalau begitu, awak patut lebih jujur
712
00:50:59,890 --> 00:51:02,225
dan tunjuk yang awak hormat saya.
713
00:51:02,309 --> 00:51:03,518
Ha-ni…
714
00:51:03,602 --> 00:51:05,562
Saya akan letak jawatan
715
00:51:06,104 --> 00:51:07,981
dan ini pesanan akhir saya.
716
00:51:11,109 --> 00:51:14,905
Saya cakap ini
kerana risaukan kesihatan awak.
717
00:51:16,907 --> 00:51:20,577
Jumpa doktor dan pastikan
awak tak ada masalah tonsilitis.
718
00:51:20,660 --> 00:51:21,620
Tonsilitis?
719
00:51:22,954 --> 00:51:24,748
Setiap kali awak buka mulut,
720
00:51:25,791 --> 00:51:27,250
ada bau
721
00:51:27,918 --> 00:51:30,086
sampah makanan.
722
00:51:31,338 --> 00:51:33,048
Aduhai, biar betul?
723
00:51:34,341 --> 00:51:37,010
Ha-ni, saya ada masalah perut!
724
00:51:56,071 --> 00:51:57,113
Tunggu!
725
00:51:57,781 --> 00:51:59,032
Macam mana?
726
00:51:59,115 --> 00:52:00,534
Awak akan terus bekerja?
727
00:52:00,617 --> 00:52:03,119
Tak, saya letak jawatan.
728
00:52:03,787 --> 00:52:05,705
Tapi kenapa awak tersengih?
729
00:52:09,835 --> 00:52:11,962
Sudah begitu lama…
730
00:52:14,422 --> 00:52:16,633
saya tak buat sesuatu untuk diri saya.
731
00:52:16,716 --> 00:52:17,801
Apa maksud awak?
732
00:52:17,884 --> 00:52:19,261
Awak pernah cakap.
733
00:52:20,262 --> 00:52:22,305
Jangan buat perkara yang kita akan kesali.
734
00:52:24,182 --> 00:52:26,226
Tapi kita perlu cari makan.
735
00:52:26,309 --> 00:52:28,103
Awak patut minta maaf.
736
00:52:28,186 --> 00:52:30,772
Saya tak peduli.
Alang-alang dah tak ada harapan,
737
00:52:30,856 --> 00:52:32,274
saya nak ikut gerak hati saya.
738
00:52:33,984 --> 00:52:37,946
Tapi macam mana kita nak tanggung hidup?
739
00:52:38,029 --> 00:52:41,116
Nasib pun malang, menganggur pula.
Nak mati kelaparan?
740
00:52:41,199 --> 00:52:44,369
Selepas rumah siap dibaiki,
kita tak boleh bersembunyi lagi.
741
00:52:48,582 --> 00:52:49,583
Apa ini?
742
00:52:52,210 --> 00:52:55,130
{\an8}HUKUM PEMILIK BANGUNAN
YANG CEKIK DARAH PENIAGA KECIL
743
00:52:58,800 --> 00:53:00,677
- Terima kasih.
- Selamat menjamu selera.
744
00:53:00,760 --> 00:53:01,595
Terima kasih.
745
00:53:02,429 --> 00:53:03,305
Nak tambah?
746
00:53:15,358 --> 00:53:16,735
Encik!
747
00:53:17,485 --> 00:53:18,820
Tamak betul.
748
00:53:18,904 --> 00:53:21,656
"Satu untuk setiap orang."
Pembahagian sama rata!
749
00:53:21,740 --> 00:53:23,992
Kamu, budak bertuah…
750
00:53:24,075 --> 00:53:27,537
Apa ini? Pengerusi syarikat
berkasar dengan pekerja?
751
00:53:27,621 --> 00:53:32,292
Mungkin saya patut
sebarkan hal ini di buletin syarikat.
752
00:53:33,501 --> 00:53:34,836
- Aduhai.
- Pulangkan.
753
00:53:36,129 --> 00:53:37,756
Satu untuk seorang.
754
00:53:38,757 --> 00:53:39,633
Seterusnya.
755
00:53:39,716 --> 00:53:41,718
Macam mana kamu diterima di sini?
756
00:53:41,801 --> 00:53:44,471
Apa maksud ayah? Saya ada sijil memasak.
757
00:53:44,554 --> 00:53:46,056
Saya ditemu ramah dan diterima.
758
00:53:46,806 --> 00:53:48,475
Apa rancangan kamu?
759
00:53:48,558 --> 00:53:50,435
Ayah nak saya bayar hutang!
760
00:53:50,518 --> 00:53:51,937
Sebab itu saya bekerja.
761
00:53:54,356 --> 00:53:56,900
Kamu fikir ayah tak tahu niat kamu?
762
00:53:56,983 --> 00:54:00,695
Kamu fikir dengan cara ini
ayah akan mengalah dan maafkan kamu?
763
00:54:01,863 --> 00:54:03,949
Ayah tak peduli
jika ambil masa 20, 30 tahun.
764
00:54:04,032 --> 00:54:04,991
Bayar hutang kamu!
765
00:54:08,203 --> 00:54:10,622
Ayah, kenapa ayah layan saya begini?
766
00:54:11,331 --> 00:54:13,083
Ayah bosan? Kesunyian?
767
00:54:14,501 --> 00:54:15,794
Ayah ada mesyuarat.
768
00:54:15,877 --> 00:54:17,420
Keluar jika tak ada hal penting.
769
00:54:18,546 --> 00:54:21,049
Aduhai…
770
00:54:21,549 --> 00:54:23,009
{\an8}PENGERUSI HAN JI-MAN
771
00:54:23,093 --> 00:54:24,010
{\an8}Ayah.
772
00:54:24,761 --> 00:54:27,722
Tolong maafkan saya kali ini saja.
773
00:54:27,806 --> 00:54:29,641
Saya akan turuti arahan ayah.
774
00:54:30,642 --> 00:54:32,852
Kamu mudah jemu. Jangan mengarut.
775
00:54:32,936 --> 00:54:34,562
Kenapa dengan ayah ini?
776
00:54:34,646 --> 00:54:36,815
Ayah tahu saya tak berhenti separuh jalan.
777
00:54:37,524 --> 00:54:38,525
Yakah?
778
00:54:40,068 --> 00:54:41,319
Baiklah. Kalau begitu…
779
00:54:43,571 --> 00:54:48,034
Cuba bertahan
di restoran itu selama 100 hari.
780
00:54:48,118 --> 00:54:51,121
Kalau kamu berjaya,
hutang dianggap langsai
781
00:54:51,204 --> 00:54:53,915
dan ayah akan biar
kamu buat sesuka hati kamu.
782
00:54:55,709 --> 00:54:57,293
Betul?
783
00:54:57,377 --> 00:55:00,714
Jika saya bertahan selama 100 hari,
ayah takkan ganggu saya lagi?
784
00:55:02,799 --> 00:55:06,678
Tapi bolehkah kamu bertahan
walaupun untuk sepuluh hari?
785
00:55:06,761 --> 00:55:09,472
Kamu akan rasa jemu dan larikan diri lagi.
786
00:55:11,016 --> 00:55:13,143
Ayah, saya Han Yu-hyeon.
787
00:55:13,226 --> 00:55:16,354
Walaupun terpaksa kupas bawang
hingga mata saya berdarah,
788
00:55:16,438 --> 00:55:17,981
saya takkan mengalah.
789
00:55:19,941 --> 00:55:21,401
Tunggu dan lihat.
790
00:55:32,704 --> 00:55:34,873
Dia terlalu megah.
791
00:55:39,169 --> 00:55:40,920
Tapi dapat juga saya
792
00:55:41,004 --> 00:55:44,466
jumpa dia lebih kerap
selama 100 hari nanti.
793
00:55:46,593 --> 00:55:50,513
Kenapa Yu-hyeon buat begitu?
794
00:55:50,597 --> 00:55:53,725
Sejak dulu lagi itulah cara mereka berdua.
795
00:55:53,808 --> 00:55:55,935
Bergaduh hingga salah seorang mengalah.
796
00:55:56,019 --> 00:55:59,481
Awak tak rasa
kedua-duanya terlalu keras kepala?
797
00:55:59,564 --> 00:56:00,440
Entahlah.
798
00:56:01,441 --> 00:56:04,819
Tapi saya iri hati melihat mereka berdua.
799
00:56:08,531 --> 00:56:11,409
Saya suka lihat awak begini.
800
00:56:11,951 --> 00:56:14,496
- Apa?
- Awak nampak menyedihkan
801
00:56:14,579 --> 00:56:16,164
macam anak anjing terbiar.
802
00:56:18,416 --> 00:56:20,752
SYARIKAT SNEK JOA
PERLU BERTANGGUNGJAWAB!
803
00:56:23,797 --> 00:56:24,672
INI TAK ADIL
804
00:56:48,029 --> 00:56:49,239
Boleh tahan juga.
805
00:56:49,322 --> 00:56:52,158
Tak sangka saya masih ingat tarian ini.
806
00:56:53,535 --> 00:56:55,161
Apa mereka buat itu?
807
00:57:09,592 --> 00:57:11,845
{\an8}KENAPA SAYA DIPERSALAHKAN
ATAS INSIDEN SOTONG ENAK
808
00:57:22,105 --> 00:57:25,066
Apa yang buat
awak terfikir untuk lakukannya?
809
00:57:25,150 --> 00:57:26,901
Saya tak nak malu dengan diri sendiri.
810
00:57:28,027 --> 00:57:31,114
Terutamanya terhadap diri saya
dari 20 tahun lalu.
811
00:57:33,700 --> 00:57:35,535
Inilah Bahn Ha-ni yang sebenar.
812
00:57:41,458 --> 00:57:44,752
Awak makan produk Geoseong
di depan Syarikat Snek Joa?
813
00:57:44,836 --> 00:57:47,630
Bos syarikat ini teruk,
saya saja beli ini.
814
00:57:48,214 --> 00:57:50,467
Apa? "Teruk"?
815
00:57:50,550 --> 00:57:53,136
Kenapa? Ada sesuatu berlaku?
816
00:57:55,430 --> 00:57:58,141
Tentu awak rasa teraniaya.
817
00:57:59,517 --> 00:58:02,145
Awak patut kembali bekerja segera.
818
00:58:04,063 --> 00:58:06,691
Pekerja kontrak seperti saya
boleh ditukar ganti.
819
00:58:07,275 --> 00:58:08,401
Tapi…
820
00:58:09,486 --> 00:58:12,489
saya tak nak mengalah begitu saja.
821
00:58:14,782 --> 00:58:17,869
Saya rasa amat kesal.
822
00:58:19,120 --> 00:58:20,371
Kenapa pula?
823
00:58:20,955 --> 00:58:22,624
Harap saja dah tua,
824
00:58:22,707 --> 00:58:25,627
tapi seolah-olah pak cik
tak berguna langsung.
825
00:58:28,588 --> 00:58:32,175
Bukan pak cik seorang saja rasa begitu.
826
00:58:32,258 --> 00:58:35,929
Terasa seperti pak cik berhutang
terhadap anak-anak muda
827
00:58:36,012 --> 00:58:37,639
yang bekerja keras.
828
00:58:39,307 --> 00:58:40,892
Terima kasih kerana bertahan
829
00:58:41,601 --> 00:58:45,104
dan terus berjuang
tanpa mengenal erti berputus asa.
830
00:58:47,815 --> 00:58:52,320
Kata-kata pak cik amat bermakna buat saya.
831
00:58:53,071 --> 00:58:54,656
Kalau begitu, baguslah.
832
00:58:55,949 --> 00:58:58,117
Berilah sedikit masa.
833
00:58:59,035 --> 00:59:01,829
Pak cik yakin awak akan
terima berita baik.
834
00:59:02,372 --> 00:59:03,665
Terima kasih.
835
00:59:06,584 --> 00:59:10,129
Setahu pak cik, wanita muda
tak berapa minat dengan keropok.
836
00:59:10,213 --> 00:59:11,214
Ia menggemukkan.
837
00:59:11,297 --> 00:59:13,383
Saya sangat suka keropok.
838
00:59:15,343 --> 00:59:16,511
Betul.
839
00:59:16,594 --> 00:59:20,348
Saya boleh berhenti makan nasi,
tapi keropok? Jangan harap.
840
00:59:20,974 --> 00:59:21,808
Yakah?
841
00:59:22,308 --> 00:59:23,810
Terutamanya…
842
00:59:26,020 --> 00:59:30,483
keropok yang dibeli oleh ayah
ketika pulang ke rumah…
843
00:59:35,405 --> 00:59:36,698
rasanya paling sedap.
844
00:59:39,534 --> 00:59:42,745
Sebab itu sehingga sekarang,
setiap kali makan keropok,
845
00:59:43,871 --> 00:59:45,748
saya akan gembira.
846
00:59:56,718 --> 00:59:58,636
- Awak tahu tak?
- Apa?
847
00:59:58,720 --> 01:00:02,432
Tadi kali pertama
saya nampak awak senyum lebar.
848
01:00:03,433 --> 01:00:04,434
Yakah?
849
01:00:05,351 --> 01:00:08,062
Mungkin sebab saya teringat masa lalu.
850
01:00:09,105 --> 01:00:11,524
Melihat awak tersenyum lebar,
851
01:00:11,608 --> 01:00:13,901
ini kali pertama
saya rasa gembira di sini.
852
01:00:19,657 --> 01:00:21,284
Seperti satu tabiat,
853
01:00:21,868 --> 01:00:24,037
itulah kelakuan awak ketika gembira.
854
01:00:25,830 --> 01:00:28,833
Saya harap saya boleh
buat awak terus gembira.
855
01:00:34,297 --> 01:00:38,051
Kenapa awak muncul
dalam hidup saya sekarang?
856
01:00:41,929 --> 01:00:43,598
Esok nak nyanyi lagu apa?
857
01:00:43,681 --> 01:00:46,434
Awak nak tunjuk perasaan atau menari?
858
01:00:46,517 --> 01:00:48,478
Yang penting, perlu seronok, bukan?
859
01:00:49,187 --> 01:00:52,106
Macam mana dengan
lagu "First Love" oleh Clon?
860
01:00:52,815 --> 01:00:55,652
- Aku selesa berada di sisimu
- Aku selesa berada di sisimu
861
01:00:55,735 --> 01:00:58,696
- Aku tak keruan tanpamu
- Aku tak keruan tanpamu
862
01:01:09,749 --> 01:01:10,875
Ha-yeong.
863
01:01:15,338 --> 01:01:16,631
Bahn Ha-ni.
864
01:01:19,509 --> 01:01:20,343
Ya?
865
01:01:23,096 --> 01:01:24,430
Bahn Ha-ni.
866
01:01:36,818 --> 01:01:38,653
{\an8}TERIMA KASIH, CHO HAN-CHEUL
867
01:02:09,016 --> 01:02:10,893
{\an8}Harapnya hujanlah nanti.
868
01:02:11,686 --> 01:02:13,146
{\an8}Macam kenal.
869
01:02:13,229 --> 01:02:15,148
{\an8}Apa-apalah. Tanggalkan kot itu.
870
01:02:15,898 --> 01:02:17,608
{\an8}Rasanya saya tahulah.
871
01:02:17,692 --> 01:02:20,862
{\an8}- Rasanya ini pasti jodoh.
- Taklah, cuma kebetulan saja.
872
01:02:20,945 --> 01:02:22,655
{\an8}Jauhi lelaki itulah.
873
01:02:22,739 --> 01:02:24,490
{\an8}- Belanja saya makan.
- Kenapa?
874
01:02:24,574 --> 01:02:26,492
{\an8}Awak dah setuju nak balas budi.
875
01:02:27,785 --> 01:02:29,287
{\an8}Awak masih ada benda ini?
876
01:02:29,370 --> 01:02:31,330
{\an8}Mak mesti carinya.
877
01:02:31,414 --> 01:02:34,000
{\an8}Ha-ni ada di sinilah.
878
01:02:34,083 --> 01:02:38,004
{\an8}Terjemahan sari kata oleh Hazizah Ali