1
00:00:23,320 --> 00:00:25,520
- Selamat pagi, Crystal.
- Selamat pagi .
2
00:00:27,040 --> 00:00:28,640
Gembira awak dah kembali.
3
00:00:28,760 --> 00:00:30,280
Semuanya bagus, Emmanuel?
4
00:00:30,360 --> 00:00:31,680
Selamat pagi, Puan Clios.
5
00:00:41,040 --> 00:00:43,120
Saya takkan tanya khabar awak.
6
00:00:43,600 --> 00:00:45,760
Awak cuma datang melawat
atau awak dah kembali?
7
00:00:48,520 --> 00:00:49,790
Saya dah kembali.
8
00:00:49,840 --> 00:00:51,920
Pasukan koleksi akan gembira.
9
00:00:52,000 --> 00:00:55,800
- Lagipun, awak nampak hebat.
- Terima kasih.
10
00:00:57,840 --> 00:01:01,320
Wren, awak pernah gambarkan tempat ini
sebagai tempat seni mati.
11
00:01:01,440 --> 00:01:03,480
Saya takkan cakap begitu
tentang harta karun awak.
12
00:01:03,560 --> 00:01:06,760
Kita baru saja menyaksikan pameran
Castiglia. Saya sangat kecewa.
13
00:01:06,840 --> 00:01:08,200
Tak, betul kata awak.
14
00:01:08,360 --> 00:01:11,680
Itulah sebabnya saya buat keputusan
untuk mengadakan pameran koleksi Clios.
15
00:01:11,760 --> 00:01:15,080
Awak nak saya senaraikan semua
pinjaman semasa muzium ini?
16
00:01:15,160 --> 00:01:16,590
Ya.
17
00:01:16,640 --> 00:01:18,600
Saya juga berfikir untuk
dapatkan beberapa karya baru,...
18
00:01:18,680 --> 00:01:20,720
...tapi saya perlu dapatkan sedikit modal.
19
00:01:23,880 --> 00:01:26,760
Saya rasa sudah tiba masanya untuk
melepaskan beberapa karya ini.
20
00:01:26,840 --> 00:01:28,480
Awak pasti awak sudah bersedia?
21
00:01:29,000 --> 00:01:31,320
Lukisan hanya hidup
apabila ada orang melihatnya.
22
00:01:37,040 --> 00:01:38,550
Aduhai.
23
00:01:38,600 --> 00:01:39,760
Saya tahu.
24
00:01:39,880 --> 00:01:41,600
Saya juga rasa dia ada di sini.
25
00:01:43,400 --> 00:01:46,360
Constantine dah pergi,
dan dia takkan kembali.
26
00:01:52,520 --> 00:01:54,280
Cassandra.
27
00:01:55,160 --> 00:01:57,920
Cassandra, jangan risau.
28
00:01:58,480 --> 00:02:00,520
Kita perlu bersabar.
29
00:03:20,240 --> 00:03:22,160
Riviera
30
00:03:22,360 --> 00:03:23,710
Di mana adik awak?
31
00:03:23,760 --> 00:03:27,000
Mungkin masih nak biasakan diri
dengan jawatan baru.
32
00:03:27,120 --> 00:03:30,840
Dia patut nampak hebat hari ini.
Ini mesyuarat pertama dia sebagai CEO.
33
00:03:31,200 --> 00:03:34,240
Mak yakin, dia akan buat dengan hebat.
34
00:03:34,440 --> 00:03:37,680
Selain itu, mak maksudkan Adam,
bukan Christos.
35
00:03:37,960 --> 00:03:40,200
Orang yang merisaukan saya
ialah Wernher Haas.
36
00:03:40,280 --> 00:03:42,240
Okey, saya fikir saya pernah
jumpa dia sebelum ini.
37
00:03:42,320 --> 00:03:44,440
- Dia kawan lama ayah awak?
- Ya.
38
00:03:45,200 --> 00:03:47,680
Hei, bayangkan saja
mereka semua bogel.
39
00:04:20,760 --> 00:04:22,710
Maaf, kamu minta saya letak jawatan?
40
00:04:22,760 --> 00:04:26,520
Kamu buat kesimpulan bahawa anak saya
tak layak untuk menjadi CEO...
41
00:04:26,640 --> 00:04:28,520
...selepas dia pegang jawatan ini...
42
00:04:29,360 --> 00:04:30,470
...selama sembilan minit?
43
00:04:30,520 --> 00:04:35,470
Jika kamu beri dia peluang untuk buktikan
dirinya, siapalah kami untuk membantah?
44
00:04:35,520 --> 00:04:37,870
Tiada siapa meragui kebolehan awak,
Christos,....
45
00:04:37,920 --> 00:04:39,670
...tapi awak baru keluar
dari pusat pemulihan.
46
00:04:39,720 --> 00:04:41,270
Saya tiada apa yang nak dimalukan.
47
00:04:41,320 --> 00:04:42,800
Sebaliknya.
48
00:04:43,080 --> 00:04:44,750
Anak saya dah atasi ketagihan dia.
49
00:04:44,800 --> 00:04:48,190
Itu tak buat dia lemah. Ia menjadikan
dia pemimpin yang kuat dan tabah.
50
00:04:48,240 --> 00:04:50,480
Tanggungjawab ini berat, Irina.
51
00:04:50,720 --> 00:04:52,800
Kami tak patut...
52
00:04:52,880 --> 00:04:55,400
...berikan Christos
jawatan sebesar ini.
53
00:04:55,480 --> 00:05:00,440
Kami fikir mungkin ketua baru dengan
pengalaman global yang luas...
54
00:05:00,520 --> 00:05:03,030
- ...yang bersih dari sebarang skandal...
- Maaf.
55
00:05:03,080 --> 00:05:04,680
Di bawah pengawasan saya sebagai COO,...
56
00:05:04,760 --> 00:05:07,720
...Clios Holding telah memberikan
pulangan sebanyak 17 peratus...
57
00:05:07,800 --> 00:05:10,640
...dan mengatasi pasaran
dalam tempoh yang sama.
58
00:05:10,720 --> 00:05:13,000
Siasatan kewangan itu
mungkin sudah berakhir,...
59
00:05:13,080 --> 00:05:16,560
...tapi reputasi Bank Clios
telah rosak teruk.
60
00:05:17,200 --> 00:05:18,590
Kita boleh memperbaikinya.
61
00:05:18,640 --> 00:05:22,270
Saya akan melancarkan siasatan dalaman,
mengenal pasti dana yang diragui,...
62
00:05:22,320 --> 00:05:24,560
...dan umumkan penyingkiran dana tersebut
secara terbuka.
63
00:05:24,640 --> 00:05:28,750
Apa sahaja tindakan yang awak ambil,
tiada pelabur sah akan sokong awak.
64
00:05:28,800 --> 00:05:32,400
Awak tahu atau tidak tentang
kesalahan ayah awak,...
65
00:05:32,520 --> 00:05:35,120
...seluruh dunia akan
anggap awak bersalah.
66
00:05:35,200 --> 00:05:38,600
Saya tahu, ini tidak adil,
tapi hakikatnya tetap sama.
67
00:05:38,720 --> 00:05:40,870
Nama Clios dah tercemar.
68
00:05:40,920 --> 00:05:44,720
Kalau begitu, ubah haluan,
bukan orang.
69
00:05:44,920 --> 00:05:46,790
Ya, Clios adalah sebuah bank...
70
00:05:46,840 --> 00:05:49,840
...tetapi ia juga salah satu koleksi seni
yang paling berprestij di dunia.
71
00:05:49,920 --> 00:05:53,120
Nama kita sepatutnya sinonim
dengan prestij dan kedermawanan.
72
00:05:53,480 --> 00:05:54,880
Saya merancang untuk melancarkan...
73
00:05:54,960 --> 00:05:58,040
...pameran pertama bagi beberapa
karya agung abad ke-20 kita.
74
00:05:58,120 --> 00:06:01,070
Itu akan menjadi
pameran sulung Koleksi Clios.
75
00:06:01,120 --> 00:06:05,040
Setelah ia berjaya, kita boleh cari
tempat tetap untuk semua karya itu.
76
00:06:05,160 --> 00:06:06,440
Galeri Clios.
77
00:06:06,520 --> 00:06:10,960
Kita boleh wujudkan sayap pendidikan,
program residen untuk seniman...
78
00:06:11,200 --> 00:06:13,720
...dan mungkin juga
kolaborasi dengan Louvre.
79
00:06:14,240 --> 00:06:16,430
Biarkan Christos terus
menguruskan bank ini,...
80
00:06:16,480 --> 00:06:18,800
..dan saya akan uruskan
masalah imej kita.
81
00:06:18,880 --> 00:06:21,390
Tapi pemegang saham saya
bukan mahukan hiasan tingkap.
82
00:06:21,440 --> 00:06:23,400
Mereka dah bersedia untuk undur diri.
83
00:06:23,520 --> 00:06:26,320
Jika bank tidak boleh memodalkan
semula wang yang mereka hilang,...
84
00:06:26,400 --> 00:06:27,910
...pemegang saham akan tarik diri.
85
00:06:27,960 --> 00:06:30,520
Jika itu berlaku, habislah Bank Clios.
86
00:06:33,960 --> 00:06:36,240
Saya takkan letak jawatan.
87
00:06:36,400 --> 00:06:39,000
Kalau begitu, saya tiada pilihan.
88
00:06:40,040 --> 00:06:42,440
Saya mengusulkan suara tidak percaya diri.
89
00:06:42,520 --> 00:06:44,440
Kamu tak boleh uruskannya tanpa Adam!
90
00:06:44,600 --> 00:06:46,840
Lembaga ini memiliki 40 peratus
saham untuk mengundi,...
91
00:06:46,920 --> 00:06:48,400
...dan keluarga Clios ada 60 peratus.
92
00:06:48,480 --> 00:06:51,510
Ia dibahagikan antara Georgina,
Christos dan Irina.
93
00:06:51,560 --> 00:06:54,230
Mereka proksi bagi awak dan Adam.
94
00:06:54,280 --> 00:06:56,390
Ini cuma membazirkan masa semua orang.
95
00:06:56,440 --> 00:06:58,720
Rancangan Georgina sangat bagus...
96
00:06:58,800 --> 00:07:01,880
...tapi tanggungjawab saya ialah
ke atas pemegang saham.
97
00:07:01,960 --> 00:07:05,240
Hakikatnya, bank perlukan ketua yang baru.
98
00:07:05,760 --> 00:07:07,600
Jadi, semua yang bersetuju,...
99
00:07:08,080 --> 00:07:09,640
...sila angkat tangan.
100
00:07:24,480 --> 00:07:26,240
Saya minta maaf, Irina.
101
00:07:26,960 --> 00:07:31,640
Tapi ini melibatkan bank, dan menjamin
masa depannya untuk kita semua.
102
00:07:34,200 --> 00:07:35,640
Semua dah undi?
103
00:08:00,560 --> 00:08:04,560
Christos, saya tahu awak
rasa malu atau...
104
00:08:05,000 --> 00:08:06,120
Atau apa?
105
00:08:06,440 --> 00:08:08,320
Jangan beri mereka kuasa itu.
106
00:08:10,720 --> 00:08:12,630
Sayang, ini untuk yang terbaik.
107
00:08:12,680 --> 00:08:17,000
Sekarang bukan masa yang sesuai. Kamu
perlukan masa untuk pulih dan bertenang.
108
00:08:17,800 --> 00:08:21,200
Dalam beberapa tahun lagi,
kamu akan dapat peluang.
109
00:08:21,640 --> 00:08:23,560
Tak apa. Saya faham.
110
00:09:47,040 --> 00:09:49,440
Ini peluang yang hebat, dan...
111
00:09:49,720 --> 00:09:52,350
Ya, tentulah. Ya, baiklah.
112
00:09:52,400 --> 00:09:54,200
Terima kasih. Selamat tinggal.
113
00:09:55,080 --> 00:09:56,800
Tolong beritahu saya,
awak ada berita baik.
114
00:09:56,920 --> 00:10:00,590
Saya dah hubungi semua muzium
dan galeri dalam radius 25 batu.
115
00:10:00,640 --> 00:10:03,840
Sebaik saja dengar nama Clios,
mereka terus putuskan talian.
116
00:10:04,080 --> 00:10:06,070
Awak dah beritahu mereka,
duit bukan satu masalah?
117
00:10:06,120 --> 00:10:09,040
Saya tawarkan mereka cek kosong,
tapi mereka tak berminat.
118
00:10:09,440 --> 00:10:11,920
Terima kasih kerana mencuba.
119
00:10:23,960 --> 00:10:25,360
Simón Lefilier.
120
00:10:25,480 --> 00:10:26,960
- Betulkah?
- Ya.
121
00:10:28,080 --> 00:10:29,800
Tidak...
122
00:10:29,880 --> 00:10:32,520
- Helo?
- Daphne, ini Georgina Clios.
123
00:10:33,400 --> 00:10:35,760
Saya tak sangka awak telefon.
124
00:10:35,840 --> 00:10:38,280
Suami awak bekerja dalam
bidang hartanah, kan?
125
00:10:38,600 --> 00:10:39,880
Ya, dia baru menceburkan diri.
126
00:10:40,040 --> 00:10:43,560
Saya mencari tempat untuk
mengadakan pameran seni saya.
127
00:10:43,640 --> 00:10:45,800
Saya terfikir, mungkin dia tahu
tempat yang sesuai.
128
00:10:46,480 --> 00:10:50,120
Tempat yang cukup besar,
di suatu tempat khas dan unik.
129
00:10:50,360 --> 00:10:51,910
Sudah tentu, saya boleh tanya dia.
130
00:10:51,960 --> 00:10:54,760
Ada banyak jenis hartanah
dalam portfolio Raafi...
131
00:10:54,840 --> 00:10:58,720
...tapi jika awak mahukan
sesuatu yang unik,...
132
00:10:58,840 --> 00:11:01,240
...ada satu tempat di rumah kami.
133
00:11:01,520 --> 00:11:02,760
Saya akan hantar butirannya.
134
00:11:02,960 --> 00:11:04,160
Baguslah.
135
00:11:04,360 --> 00:11:05,920
Saya sangat menghargainya.
136
00:11:06,240 --> 00:11:07,360
Sudah tentu.
137
00:11:11,360 --> 00:11:12,880
Okey, siapa seterusnya?
138
00:11:13,280 --> 00:11:15,950
- Sir John Powell.
- Dia lelaki miang.
139
00:11:16,000 --> 00:11:17,670
Lelaki itu genius.
140
00:11:17,720 --> 00:11:22,120
Mak nak dengar ayat-ayat manis,
bukannya persamaan kuadratik.
141
00:11:22,320 --> 00:11:23,640
Awak rasa dia dah bersedia?
142
00:11:23,840 --> 00:11:25,640
Sudah 18 bulan sejak ayah meninggal.
143
00:11:25,720 --> 00:11:28,040
Kesedihan tak boleh diukur
dengan masa.
144
00:11:28,560 --> 00:11:32,360
Tapi saya rasa sedih
apabila lihat mak kesunyian.
145
00:11:34,080 --> 00:11:38,400
Mak hargai semua usaha kamu, sayang,
tapi mak tak perlukan atau mahukan lelaki.
146
00:11:38,480 --> 00:11:40,960
Mak dah cukup gembira.
147
00:11:41,640 --> 00:11:45,040
Perancis tak sesuai dengan mak.
Itu yang pasti.
148
00:11:46,520 --> 00:11:49,760
Seorang lelaki boleh buat
hidup mak lebih menarik.
149
00:11:49,840 --> 00:11:52,320
Mak cuma perlukan kamu berdua.
150
00:11:54,000 --> 00:11:55,120
Baiklah.
151
00:11:55,520 --> 00:11:58,840
Berhati-hati di luar sana.
Babi hutan itu dah kembali.
152
00:11:59,160 --> 00:12:01,040
Ia dah merosakkan ladang zaitun.
153
00:12:01,240 --> 00:12:03,040
Saya dan Daphne
tak patut rasa risau.
154
00:12:03,120 --> 00:12:05,150
Mak dapat menarik "khinzir".
155
00:12:05,200 --> 00:12:09,000
Kalau kamu cakap begitu lagi, mak akan
suruh kamu uruskan babi hutan itu.
156
00:12:22,120 --> 00:12:23,520
Ya?
157
00:12:29,680 --> 00:12:32,240
Baiklah. Saya akan ke sana segera.
158
00:12:50,240 --> 00:12:51,560
Jangan panik.
159
00:12:57,600 --> 00:12:59,200
Awak mengalami kemalangan.
160
00:13:02,960 --> 00:13:04,560
Awak cedera agak parah.
161
00:13:09,320 --> 00:13:10,600
Saya Cassie.
162
00:13:11,720 --> 00:13:13,080
Awak ingat tak?
163
00:13:15,760 --> 00:13:19,640
Saya tak tahu bagaimana awak
sampai ke rumah saya,...
164
00:13:19,920 --> 00:13:22,680
...tapi pekerja saya, Laurent,
yang jumpa awak.
165
00:13:24,360 --> 00:13:26,640
Tapi orang lain tak tahu awak di sini.
166
00:13:26,800 --> 00:13:28,160
Ini rumah dia.
167
00:13:30,800 --> 00:13:32,480
Mana Georgina?
168
00:13:35,000 --> 00:13:36,480
Dia tak apa-apa.
169
00:13:37,480 --> 00:13:40,280
Jangan risau, berehat saja dulu.
170
00:13:41,720 --> 00:13:43,200
Awak selamat di sini.
171
00:14:17,080 --> 00:14:19,040
Saya minta maaf kerana
membalas panggilan awak.
172
00:14:19,120 --> 00:14:22,160
Saya fikir kematian Raoul mempengaruhi
saya lebih dari yang dijangkakan.
173
00:14:22,240 --> 00:14:24,840
- Tak apa.
- Tidak, saya nak ucapkan terima kasih...
174
00:14:24,960 --> 00:14:26,480
...kerana uruskan bot saya.
175
00:14:28,440 --> 00:14:31,200
Saya minta maaf kerana curi dengar.
176
00:14:32,000 --> 00:14:34,600
Suatu hari, rasa ingin tahu saya ini
akan memakan diri.
177
00:14:35,880 --> 00:14:38,040
Nah. Naik ke sana.
178
00:14:38,840 --> 00:14:40,840
Lihatlah sekeliling.
Saya perlu jawab panggilan ini.
179
00:14:43,240 --> 00:14:45,880
Hai, saya bersama Georgina. Ya.
180
00:16:23,960 --> 00:16:25,360
Tak guna! Apa ini?
181
00:16:32,560 --> 00:16:33,750
Awak okey?
182
00:16:33,800 --> 00:16:35,440
Saya tak tertembak awak, kan?
183
00:16:36,080 --> 00:16:39,640
Saya sedang mengejar sanglier,
khinzir...
184
00:16:39,720 --> 00:16:41,440
Ia dah menimbulkan kerosakan.
185
00:16:42,280 --> 00:16:45,110
Mak? Saya perlu sembunyikan
semua senapang mak.
186
00:16:45,160 --> 00:16:48,390
Oh, Christ. Saya minta maaf.
187
00:16:48,440 --> 00:16:50,600
- Ini kawan kamu?
- Ya.
188
00:16:51,040 --> 00:16:54,760
Ya. Saya malu nak cakap,
tapi ini mak saya,...
189
00:16:54,960 --> 00:16:56,680
...Lady Cassandra Eltham.
190
00:16:56,920 --> 00:16:58,880
Ini Georgina Clios.
191
00:17:02,480 --> 00:17:04,360
Oh, Tuhan...
192
00:17:05,000 --> 00:17:07,440
Gembira dapat "tembak" awak.
193
00:17:07,920 --> 00:17:11,110
Georgina sedang mencari ruang pameran
untuk koleksi seni dia.
194
00:17:11,160 --> 00:17:13,480
Saya tunjukkan dia kubu itu.
195
00:17:13,600 --> 00:17:16,640
- Tempat usang itu?
- Ia cantik.
196
00:17:18,160 --> 00:17:20,960
Apa kata kita bincangkan
sambil makan malam?
197
00:17:21,320 --> 00:17:22,950
- Jumaat ini?
- Itu pasti menyeronokkan.
198
00:17:23,000 --> 00:17:25,880
Awak boleh ajak yang lain
sebab saya nak sangat jumpa mereka.
199
00:17:26,040 --> 00:17:27,470
- 7:30?
- Terima kasih.
200
00:17:27,520 --> 00:17:29,320
- Boleh?
- Itu masa yang sesuai.
201
00:17:29,400 --> 00:17:31,800
- Tolong hati-hati dengan itu.
- Sayang, jangan bimbang.
202
00:17:31,880 --> 00:17:33,030
Mak tak apa-apa.
203
00:17:33,080 --> 00:17:35,120
- Saya minta maaf. Awak okey?
- Saya tak apa-apa.
204
00:17:35,200 --> 00:17:37,480
Mari saya tunjukkan rumah kami.
Ia di bawah sini.
205
00:17:37,600 --> 00:17:38,800
Hati-hati ketika melangkah.
206
00:17:50,120 --> 00:17:52,800
Ini adalah "projek kecil" awak?
207
00:18:07,160 --> 00:18:10,360
Terima kasih banyak sebab tunjukkan saya
tempat yang luar biasa itu.
208
00:18:10,440 --> 00:18:12,560
Saya cuma memudahkan kerja awak.
209
00:18:12,800 --> 00:18:14,480
Tapi awak perlu lakukannya sendiri.
210
00:18:15,065 --> 00:18:16,600
- Cik Daphne?
- Ya?
211
00:18:16,680 --> 00:18:19,240
Kotak yang dilabelkan "'S",
adalah untuk ruang tamu...
212
00:18:19,360 --> 00:18:21,240
- ...atau ruang makan?
- Mari saya tunjukkan kepada awak.
213
00:18:21,840 --> 00:18:23,560
Silakan kalau awak nak tengok-tengok.
214
00:18:57,480 --> 00:18:59,560
Daphne cakap awak ada di sini.
215
00:19:00,240 --> 00:19:02,150
Pemasaan mikro multidimensi.
216
00:19:02,200 --> 00:19:03,590
Apa?
217
00:19:03,640 --> 00:19:06,600
William Shakespeare salah...
218
00:19:06,680 --> 00:19:09,240
...apabila dia gambarkan
muzik sebagai sumber untuk cinta.
219
00:19:09,720 --> 00:19:12,960
Sebenarnya, muzik adalah
sumber untuk matematik.
220
00:19:13,240 --> 00:19:15,680
Cik Daphne, ada seorang lelaki
datang untuk jumpa awak.
221
00:19:19,680 --> 00:19:22,390
Saya Inspektor Gianni Marino
dari polis Itali.
222
00:19:22,440 --> 00:19:24,440
Ini rakan sekerja saya, Viola Bianchi.
223
00:19:25,480 --> 00:19:26,350
Selamat berkenalan.
224
00:19:26,400 --> 00:19:30,280
Ada perkara yang kami nak bincangkan
dengan awak berkenaan satu kes bunuh.
225
00:19:34,640 --> 00:19:37,750
Saya tak tahu kamu tanya saya
semua ini.
226
00:19:37,800 --> 00:19:39,750
Raoul bukannya mati dibunuh.
227
00:19:39,800 --> 00:19:41,840
Ada sebab yang buat kami percaya
dia dibunuh.
228
00:19:42,560 --> 00:19:44,760
Nico! Georgina!
229
00:19:47,920 --> 00:19:50,200
Mereka fikir Raoul dibunuh.
230
00:19:51,040 --> 00:19:54,320
Tidak. Dia kelar pergelangan tangannya.
231
00:19:54,760 --> 00:19:56,080
Saya yang jumpa dia.
232
00:19:56,160 --> 00:19:58,280
Keputusan bedah siasat
menunjukkan sebaliknya.
233
00:19:59,720 --> 00:20:03,240
Saya minta maaf.
Saya masih tak faham semua ini.
234
00:20:03,400 --> 00:20:05,640
Raoul tak ada musuh.
235
00:20:05,760 --> 00:20:10,630
Awak perasan sesuatu yang pelik tentang
kelakuan Raoul pada malam pameran seninya?
236
00:20:10,680 --> 00:20:13,440
Tidak.
Dia khayal seperti biasa.
237
00:20:14,440 --> 00:20:17,280
Berapa lama awak berada dalam bilik itu
sebelum awak jumpa mayatnya?
238
00:20:19,160 --> 00:20:20,720
Tak lama.
239
00:20:21,720 --> 00:20:23,480
Awak mengumpul karya seni, kan?
240
00:20:26,160 --> 00:20:29,680
Awak memiliki beberapa
karya utama Raoul Kabala.
241
00:20:30,440 --> 00:20:32,030
Awak yang menemui mayat dia.
242
00:20:32,080 --> 00:20:34,280
Awak yang dapat faedah
kalau dia mati.
243
00:20:34,760 --> 00:20:36,120
Faedah?
244
00:20:36,720 --> 00:20:38,840
Saya tak perlu membunuh demi wang.
245
00:20:40,880 --> 00:20:42,800
Apa yang buat awak sanggup membunuh?
246
00:20:45,680 --> 00:20:47,520
Awak salah faham.
247
00:20:48,800 --> 00:20:52,880
En. Kabala ada terlibat dalam perniagaan
dengan awak dan mendiang suami awak?
248
00:20:53,880 --> 00:20:55,400
Akaun banknya menunjukkan...
249
00:20:55,480 --> 00:20:58,280
...awak telah membayarnya
sejumlah besar wang selama ini.
250
00:20:59,880 --> 00:21:03,200
Saya dan Constantine menemui Raoul
ketika namanya mula meningkat naik.
251
00:21:03,440 --> 00:21:07,346
Awak boleh lihat sendiri, semua pembelian
terbaru dibuat melalui galeri dia.
252
00:21:07,720 --> 00:21:08,880
Baiklah.
253
00:21:10,680 --> 00:21:12,080
Baiklah, Puan Clios.
254
00:21:13,880 --> 00:21:17,000
Mari kita dengar cerita
dari pihak awak sekali lagi.
255
00:21:17,320 --> 00:21:18,480
Sudah tentu.
256
00:21:23,240 --> 00:21:24,640
Ironi, kan?
257
00:21:25,240 --> 00:21:27,960
Jemputan ke pameran seni
bertemakan alam neraka...
258
00:21:28,640 --> 00:21:31,200
...menyebabkan seseorang itu
menjadi suspek kes bunuh.
259
00:21:31,440 --> 00:21:34,280
Bagaimana mereka boleh fikir,
suspek ialah salah seorang daripada kita?
260
00:21:34,640 --> 00:21:35,920
Peliknya.
261
00:21:37,000 --> 00:21:40,360
Suami Georgina meninggal
dalam keadaan misteri.
262
00:21:40,440 --> 00:21:43,240
Dia menjadi janda yang sangat kaya.
263
00:21:43,480 --> 00:21:46,320
Kini, apabila Raoul pula meninggal
dengan cara misteri...
264
00:21:46,400 --> 00:21:50,440
- ...dia jadi pengumpul karya seni kaya.
- Cukup.
265
00:21:52,200 --> 00:21:55,280
- Awak tahu apa masalah awak, Daphne?
- Apa?
266
00:21:56,240 --> 00:21:59,000
Awak percayakan semua orang.
267
00:22:01,880 --> 00:22:05,680
Tapi awak langsung tak kenal wanita itu.
268
00:22:59,800 --> 00:23:01,040
Jadi?
269
00:23:01,720 --> 00:23:03,550
Ladang kuda ini dah hampir bankrap.
270
00:23:03,600 --> 00:23:07,920
Kuda yang ada tak cukup banyak dan
sejujurnya, kuda yang awak ada tak guna.
271
00:23:08,000 --> 00:23:11,240
- Jangan tersinggung.
- Abaikan saja lelaki perengus itu, Bolt.
272
00:23:11,320 --> 00:23:12,600
Di depan lagi.
273
00:23:12,920 --> 00:23:14,200
Terima kasih, Jeanne.
274
00:23:15,440 --> 00:23:18,710
Semua kelihatan bagus seperti biasa,
disebabkan awak.
275
00:23:18,760 --> 00:23:20,120
Bolt nampak lebih gembira.
276
00:23:20,600 --> 00:23:22,830
Mungkin kita boleh hentikan ubat kolik
minggu depan?
277
00:23:22,880 --> 00:23:24,000
Mungkin.
278
00:23:26,240 --> 00:23:29,000
Sayang sekali.
Kuda ayah nampak seperti jaguh...
279
00:23:29,080 --> 00:23:31,560
...tapi rupanya, ia tak berguna.
280
00:23:31,800 --> 00:23:34,440
Ya, sama seperti kita.
281
00:23:34,560 --> 00:23:36,560
Paling tak pun, saya.
282
00:23:36,880 --> 00:23:38,670
Oh Tuhan, awak perlu berhenti bersedih!
283
00:23:38,720 --> 00:23:41,080
Dunia ini bukannya
ada Bank Clios sahaja!
284
00:23:41,160 --> 00:23:42,880
Ada banyak lagi peluang di luar sana.
285
00:23:42,960 --> 00:23:44,960
Awak cuma perlu rebut
dan buka mata awak.
286
00:23:45,040 --> 00:23:46,177
Baiklah.
287
00:23:46,228 --> 00:23:47,870
Hari ini, awak bercakap
bagi pihak mak, ya?
288
00:23:47,920 --> 00:23:49,320
Tak. Itu saya yang cakap.
289
00:23:52,920 --> 00:23:55,920
Apa pun, kalau awak ada di tempat saya,
apa awak akan buat dengan tempat ini?
290
00:23:56,160 --> 00:23:58,400
- Dengan empat juta Euro?
- Ya.
291
00:23:59,640 --> 00:24:05,200
Saya akan beli beberapa ekor kuda
dan berharap ada darinya yang bagus.
292
00:24:06,160 --> 00:24:10,560
Saya juga fikir, mungkin awak
patut sewa ladang anggur itu.
293
00:24:10,920 --> 00:24:12,920
Lebih baik awak jual wain itu sendiri.
294
00:24:13,000 --> 00:24:18,120
Lagipun, ada potensi untuk
mempelbagaikan dan menaikkan jenama ini.
295
00:24:18,240 --> 00:24:20,800
Itulah sebabnya awak perlu
uruskan tempat ini untuk saya.
296
00:24:22,640 --> 00:24:24,200
Ladang ini milik awak.
297
00:24:24,280 --> 00:24:27,840
Awak akan membantu saya
melindungi warisan saya.
298
00:24:28,000 --> 00:24:29,720
Lihat saja tempat ini.
299
00:24:31,840 --> 00:24:36,310
Ayah tentu marah jika dia tahu
saya berdiri dekat dengan kuda itu.
300
00:24:36,360 --> 00:24:37,520
Kalau begitu, ubahlah.
301
00:24:37,600 --> 00:24:39,640
Buat sesuatu dengan tempat ini.
302
00:24:41,840 --> 00:24:43,200
Tunjukkan kepada mereka.
303
00:24:44,400 --> 00:24:45,960
Saya suka kemeja merah jambu awak ini.
304
00:25:11,200 --> 00:25:14,120
Jadi, dah berapa lama, ya?
305
00:25:14,600 --> 00:25:18,080
32 atau 33 tahun?
306
00:25:18,960 --> 00:25:23,640
Perkara terakhir yang saya dengar ialah
awak menakluki pasaran saham antarabangsa.
307
00:25:24,520 --> 00:25:27,040
Tapi saya dah lama kenal
Constantine Clios...
308
00:25:27,400 --> 00:25:30,280
...sebelum dia jadi terkenal.
309
00:25:33,080 --> 00:25:35,040
Awak tak nak bercakap tentang ini?
310
00:25:36,440 --> 00:25:37,960
Awak...
311
00:25:39,600 --> 00:25:41,480
Awak dah berkahwin?
312
00:25:42,040 --> 00:25:43,080
Ya.
313
00:25:43,720 --> 00:25:44,920
Henry.
314
00:25:45,280 --> 00:25:48,720
Kami kehilangan dia
lebih kurang setahun yang lalu.
315
00:25:49,360 --> 00:25:53,080
- Saya bersimpati.
- Oh, tidak. Saya sangat bertuah...
316
00:25:53,360 --> 00:25:57,360
...sebab dia suami yang baik...
317
00:25:58,280 --> 00:26:01,720
...dan ayah yang baik
kepada anak-anak saya.
318
00:26:02,360 --> 00:26:04,320
Daphne dan Nico.
319
00:26:04,920 --> 00:26:06,240
Mereka kembar.
320
00:26:09,520 --> 00:26:12,280
- Saya juga ada anak.
- Ya.
321
00:26:12,880 --> 00:26:14,400
Bersama isteri pertama awak.
322
00:26:17,600 --> 00:26:19,760
- Dengan Georgina pula?
- Tidak.
323
00:26:20,480 --> 00:26:21,760
Belum lagi.
324
00:26:25,320 --> 00:26:26,520
Belum lagi.
325
00:26:51,360 --> 00:26:54,360
Tekak saya sakit.
326
00:26:54,520 --> 00:26:58,040
Tidak. Kamu perlu hadiri
makan malam itu.
327
00:26:58,760 --> 00:27:02,120
Nampaknya, tuan rumah kita ada tempat...
328
00:27:02,440 --> 00:27:04,760
...yang sesuai untuk galeri Constantine.
329
00:27:05,280 --> 00:27:08,360
Georgina nak kita berkelakuan baik.
330
00:27:15,280 --> 00:27:17,600
Kamu pasti kamu tak tahu di mana Adam?
331
00:27:18,040 --> 00:27:20,630
Walaupun saya tahu,
kenapa saya patut beritahu mak?
332
00:27:20,680 --> 00:27:22,880
Supaya mak boleh tipu dia
seperti mak tipu anak mak yang lain?
333
00:27:23,000 --> 00:27:24,880
Mak tak suka jika dia senyap saja.
334
00:27:24,952 --> 00:27:26,550
Jika saya jadi dia,...
335
00:27:26,600 --> 00:27:28,840
...saya akan sembunyi di tempat
yang orang takkan jumpa saya.
336
00:27:30,640 --> 00:27:32,120
Apa maksud kamu?
337
00:27:33,000 --> 00:27:34,480
Georgina.
338
00:27:37,960 --> 00:27:40,120
Georgina dan Adam?
339
00:27:44,760 --> 00:27:47,760
Mak tak pernah perasan betapa
obsesnya dia dengan Georgina?
340
00:27:48,440 --> 00:27:50,200
Dia seperti orang gila.
341
00:27:51,040 --> 00:27:53,520
Ada, kamu yang patut karang novel.
342
00:27:53,640 --> 00:27:55,520
Imaginasi kamu sangat menakjubkan.
343
00:27:55,600 --> 00:27:57,760
Saya nampak dia serang Georgina!
344
00:27:57,840 --> 00:27:59,920
Dia cuba cium Georgina.
345
00:28:00,400 --> 00:28:02,360
Kamu hampir buat mak ketawa.
346
00:28:02,440 --> 00:28:04,440
- Mak!
- Ini mengarut.
347
00:28:06,240 --> 00:28:07,440
Ia tak mengarut.
348
00:28:17,400 --> 00:28:18,550
=Seterusnya...
349
00:28:18,600 --> 00:28:22,720
...salah seekor kuda lumba terbaik,
Jabberwock.
350
00:28:22,960 --> 00:28:27,920
Pemenang Grand Prix Paris.
351
00:28:28,000 --> 00:28:31,520
Berapa untuk memulakan lelongan? 500,000?
300,000? Ada 300,000 di sebelah kiri.
352
00:28:46,120 --> 00:28:47,520
Fabio, hentikan kereta.
353
00:29:01,200 --> 00:29:02,840
Kenapa awak pandu kereta anak saya?
354
00:29:02,920 --> 00:29:05,440
Ia ditunda dari Pelabuhan Villefranche.
355
00:29:05,520 --> 00:29:08,040
Saya diarahkan untuk mengambilnya.
356
00:29:08,160 --> 00:29:11,440
Saya jumpa ini di dalam kereta.
357
00:29:12,080 --> 00:29:13,560
Saya rasa, ini milik dia.
358
00:30:04,720 --> 00:30:07,440
Tuan-tuan dan puan-puan,
kami persembahkan, Carlotta's Ghost .
359
00:30:08,320 --> 00:30:12,480
Kuda jantan sempurna
dari segi baka dan bakat.
360
00:30:12,680 --> 00:30:17,840
Ia pernah meraih hampir 400,000 Euro
dan tiga kemenangan Gred 1.
361
00:30:17,960 --> 00:30:23,960
Kini, anda berpeluang untuk
meneruskan kegemilangannya.
362
00:30:25,640 --> 00:30:28,150
Berapa yang boleh saya dapatkan
untuk juara ini?
363
00:30:28,200 --> 00:30:29,560
Ada 500000 Euro?
364
00:30:32,440 --> 00:30:33,720
...1,000,000 Euro...
365
00:30:35,840 --> 00:30:37,480
...1,200,000...
366
00:30:58,480 --> 00:30:59,480
...3,000,000 Euro...
367
00:31:11,880 --> 00:31:13,200
...3,200,000...
368
00:31:15,520 --> 00:31:16,840
...3,400,000...
369
00:31:23,400 --> 00:31:24,680
...3,500,000?
370
00:31:34,480 --> 00:31:35,520
...3,600,000?
371
00:31:37,440 --> 00:31:38,760
...3,700,000?
372
00:31:39,520 --> 00:31:40,800
...3,800,000?
373
00:31:42,800 --> 00:31:44,880
...3,500,000. Ada lagi?
374
00:31:51,440 --> 00:31:52,920
...3,900,000 Euro.
375
00:31:56,840 --> 00:31:58,840
Panggilan terakhir.
376
00:31:58,920 --> 00:32:00,800
Dijual dengan harga 3.9 Juta Euro.
377
00:32:05,680 --> 00:32:07,720
3.9 juta Euro.
378
00:32:07,800 --> 00:32:09,920
Terima kasih banyak, tuan.
379
00:32:10,000 --> 00:32:11,720
Tahniah!
380
00:32:12,840 --> 00:32:14,440
Terima kasih.
381
00:32:16,840 --> 00:32:17,840
Terima kasih.
382
00:32:18,280 --> 00:32:19,680
Christos Clios, bukan?
383
00:32:25,280 --> 00:32:26,640
Tahniah.
384
00:32:26,760 --> 00:32:28,760
Baru-baru ini,
saya ada jumpa mak tiri awak.
385
00:32:30,080 --> 00:32:32,440
Saya percaya kita semua akan
makan bersama malam ini.
386
00:32:34,720 --> 00:32:36,320
Awak tak apa-apa?
387
00:32:38,440 --> 00:32:40,840
Saya tak tahu apa-apa
tentang kuda lumba.
388
00:32:51,560 --> 00:32:56,120
Jumpa saya atas sekoci Marjorie,
Villefranche segera.
389
00:33:03,360 --> 00:33:05,680
Saya jumpa sesuatu yang mungkin sesuai.
390
00:33:05,760 --> 00:33:08,510
Sofonisba Anguissola.
391
00:33:08,560 --> 00:33:10,400
Cubalah sebut selepas minum
empat gelas Martini.
392
00:33:10,520 --> 00:33:13,430
Saya suka nama itu.
Bunyinya seperti aria Puccini.
393
00:33:13,480 --> 00:33:15,640
Saya tak suka menonton opera.
394
00:33:16,240 --> 00:33:17,830
Sebab ada babak menjerit dan kematian.
395
00:33:17,880 --> 00:33:20,280
- Wren?
- Dia cakap, dia kawan awak.
396
00:33:20,600 --> 00:33:22,190
Saya tahu apa yang awak fikirkan.
397
00:33:22,240 --> 00:33:23,520
Apa yang saya lakukan di sini?
398
00:33:24,400 --> 00:33:28,910
Sebenarnya, saya fikir saya perlu beri
peringatan kepada pasukan keselamatan,...
399
00:33:28,960 --> 00:33:30,680
...tapi sekarang,...
400
00:33:31,000 --> 00:33:32,040
Raoul.
401
00:33:32,760 --> 00:33:36,120
Polis datang ke rumah saya.
Saya cuma nak pastikan awak okey.
402
00:33:37,720 --> 00:33:39,000
Saya okey.
403
00:33:39,280 --> 00:33:40,400
Terima kasih.
404
00:33:45,320 --> 00:33:46,640
Semua ini milik awak?
405
00:33:47,120 --> 00:33:51,280
Ada lagi, tapi ia dipinjamkan
untuk pelbagai galeri dan muzium.
406
00:33:51,480 --> 00:33:54,400
Jadi, awak sukakan semuanya atau
ada karya yang paling awak sukai?
407
00:34:02,680 --> 00:34:05,400
Ini yang paling murah,...
408
00:34:05,760 --> 00:34:07,480
...tapi ia yang paling berharga.
409
00:34:09,760 --> 00:34:11,240
Puteri duyung...
410
00:34:11,840 --> 00:34:14,240
...gagal mendapatkan cinta seorang lelaki.
411
00:34:14,680 --> 00:34:16,520
Jadi, dia dihukum mati.
412
00:34:16,840 --> 00:34:19,360
Tapi dia diselamatkan
oleh wanita-wanita ini.
413
00:34:19,840 --> 00:34:23,040
Inilah saatnya dia menjadi anak udara.
414
00:34:23,760 --> 00:34:26,360
Ia ada dalam buku cerita yang
saya miliki semasa kecil.
415
00:34:26,840 --> 00:34:30,360
Ia buat saya fikir,
sesukar mana pun keadaan,...
416
00:34:30,840 --> 00:34:32,400
...harapan sentiasa ada.
417
00:34:40,720 --> 00:34:42,440
Kenapa saya beritahu awak semua ini?
418
00:34:43,840 --> 00:34:46,640
Saya bukan datang ke sini hanya
untuk bertanya tentang Raoul.
419
00:34:47,600 --> 00:34:50,480
Saya nak minta
awak tolong saya buat sesuatu.
420
00:34:50,840 --> 00:34:55,080
Saya mungkin menyesal sebab tanya,
tapi kenapa awak perlukan bantuan saya?
421
00:34:55,280 --> 00:34:56,760
Ia melibatkan lukisan...
422
00:34:57,400 --> 00:34:59,440
...yang pernah menjadi milik
keluarga nenek saya.
423
00:34:59,960 --> 00:35:02,120
Ia dah lama dicuri.
424
00:35:12,240 --> 00:35:15,760
Baiklah, jika awak nak bercakap,...
425
00:35:16,800 --> 00:35:18,480
...saya sedia mendengar.
426
00:35:19,160 --> 00:35:20,720
Kemudian, kita lihat saja nanti.
427
00:35:23,240 --> 00:35:24,400
Baiklah.
428
00:35:32,440 --> 00:35:34,040
Saya hanya datang untuk
melihat bagaimana dia.
429
00:35:34,120 --> 00:35:36,800
Saya ada tetamu malam ini,
jadi saya perlu pergi sekejap.
430
00:35:36,880 --> 00:35:38,520
Dah berapa lama saya di sini?
431
00:35:39,480 --> 00:35:40,880
Awak perlu berehat.
432
00:35:41,600 --> 00:35:42,960
Berapa lama?
433
00:35:47,640 --> 00:35:49,000
Lebih kurang sebulan.
434
00:35:50,600 --> 00:35:53,960
Apabila awak dah cukup kuat,
saya akan beritahu semuanya.
435
00:35:54,040 --> 00:35:55,400
Saya nak tahu sekarang.
436
00:36:05,640 --> 00:36:09,120
Tiada siapa akan jumpa awak di sini.
Awak perlu percayakan saya.
437
00:36:10,280 --> 00:36:12,000
Awak tak lagi dalam bahaya.
438
00:36:15,680 --> 00:36:19,000
Apabila Laurent jumpa awak,
awak hampir tak sedarkan diri,...
439
00:36:19,560 --> 00:36:21,120
...tapi awak sempat beritahu dia.
440
00:36:22,000 --> 00:36:23,680
Keputusan perlu dibuat.
441
00:36:23,960 --> 00:36:28,840
Jadi, saya bayar pekerja bilik mayat
supaya tutup mulut.
442
00:36:30,280 --> 00:36:32,680
Kami letak rekod pergigian awak...
443
00:36:34,240 --> 00:36:35,800
...dan ia berjaya.
444
00:36:36,800 --> 00:36:39,200
Musuh-musuh awak dah berhenti cari awak.
445
00:36:42,920 --> 00:36:44,680
Georgina fikir saya dah mati?
446
00:36:46,640 --> 00:36:48,120
Apa lagi pilihan yang saya ada?
447
00:36:48,200 --> 00:36:50,960
Oh, Tuhan. Apa yang awak dah buat?
448
00:36:52,480 --> 00:36:54,280
Saya tak minta semua ini.
449
00:36:55,080 --> 00:36:56,680
Awak yang minta bantuan saya.
450
00:36:56,880 --> 00:36:58,000
Ingat tak?
451
00:36:58,360 --> 00:36:59,960
Saya mahu pulang.
452
00:37:00,720 --> 00:37:01,880
Saya cuma...
453
00:37:04,000 --> 00:37:05,640
Saya cuma nak pulang.
454
00:37:07,200 --> 00:37:09,440
Satu-satunya tempat untuk
awak bersembunyi...
455
00:37:11,520 --> 00:37:12,760
...ialah saya.
456
00:37:25,480 --> 00:37:27,440
Awak nampak cantik, Ada.
457
00:37:28,120 --> 00:37:30,240
Saya cuma pakai barang kemas.
458
00:37:32,240 --> 00:37:35,640
Georgina, jangan marah,...
459
00:37:36,600 --> 00:37:38,840
...tapi Ada beritahu saya tentang Adam.
460
00:37:43,360 --> 00:37:45,480
Kenapa dengan Adam?
461
00:37:47,760 --> 00:37:49,560
Maafkan saya, Georgie.
462
00:37:50,880 --> 00:37:52,480
Saya nampak apa dia buat pada awak.
463
00:37:52,960 --> 00:37:54,320
Apa yang dia cuba lakukan.
464
00:38:05,480 --> 00:38:08,560
Kalau begitu, awak pasti nampak
secepat mana dia sedar.
465
00:38:09,720 --> 00:38:13,200
Tak apa. Jangan berkeras sangat
dengan dia. Dia sedang bersedih.
466
00:38:20,832 --> 00:38:23,350
Awak langsung tak ada berhubung
dengan dia sejak hal itu terjadi?
467
00:38:23,400 --> 00:38:25,160
Tak, saya tak dengar khabar dia.
468
00:38:26,720 --> 00:38:28,200
Saya nak tahu perkara sebenar.
469
00:38:29,840 --> 00:38:31,400
Saya terlepas sesuatukah?
470
00:38:31,640 --> 00:38:33,040
Telefon Adam...
471
00:38:34,400 --> 00:38:37,320
...ada di dalam kereta
yang diambil dari marina.
472
00:38:38,440 --> 00:38:40,720
Saya jumpa mesej
yang awak hantar.
473
00:38:41,600 --> 00:38:43,720
Awak suruh dia jumpa awak di sana.
474
00:38:45,080 --> 00:38:47,040
Saya hantar beberapa hari lepas.
475
00:38:48,400 --> 00:38:50,640
Saya nak jernihkan keadaan dengan dia...
476
00:38:51,640 --> 00:38:52,960
...tapi dia tak datang.
477
00:38:54,680 --> 00:38:57,840
Irina, saya dan Adam berada...
478
00:38:58,600 --> 00:39:00,600
...dalam situasi yang tak dapat dielakkan.
479
00:39:01,400 --> 00:39:03,080
Saya pasti dia cuma rasa malu.
480
00:39:04,120 --> 00:39:05,960
Saya rasa itu bukan urusan orang lain.
481
00:39:06,960 --> 00:39:08,040
Betul tak?
482
00:39:11,000 --> 00:39:12,160
Baiklah.
483
00:39:24,240 --> 00:39:26,880
Selamat datang.
Georgina, gembira jumpa awak.
484
00:39:27,120 --> 00:39:28,240
Awak nampak berseri.
485
00:39:28,320 --> 00:39:30,280
Terima kasih banyak
kerana menjemput kami.
486
00:39:30,920 --> 00:39:32,560
Pasti awak Irina.
487
00:39:32,800 --> 00:39:34,200
Apa khabar?
488
00:39:36,000 --> 00:39:37,480
Ini anak perempuan saya, Adriana.
489
00:39:37,560 --> 00:39:39,440
- Apa khabar?
- Apa khabar?
490
00:39:39,520 --> 00:39:41,400
Silakan masuk.
491
00:39:41,480 --> 00:39:44,400
- Saya suka rambut awak.
- Terima kasih.
492
00:39:49,120 --> 00:39:52,120
Memandangkan kamu berdua dah
berkahwin dengan lelaki yang sama,...
493
00:39:52,200 --> 00:39:54,040
...nampaknya, kamu mesra.
494
00:39:54,200 --> 00:39:56,120
Moden sekali.
495
00:39:56,680 --> 00:39:58,840
Rumah awak sangat cantik.
496
00:40:00,400 --> 00:40:03,040
Ibu bapa saya meninggalkan
rumah ini kepada saya.
497
00:40:03,120 --> 00:40:05,430
Tapi malangnya,
apabila mereka meninggal,...
498
00:40:05,480 --> 00:40:07,160
...mereka meninggalkan hutang yang banyak.
499
00:40:07,240 --> 00:40:09,080
Jadi saya terpaksa jual
rumah di Dartmouth.
500
00:40:09,160 --> 00:40:11,430
- ...tapi saya tak sanggup jual yang ini.
- Ia sangat istimewa.
501
00:40:11,480 --> 00:40:14,310
Dah lama saya tertanya-tanya siapa
pemiliknya, dan sekarang saya tahu.
502
00:40:14,360 --> 00:40:16,840
- Awak.
- Silakan.
503
00:40:20,040 --> 00:40:22,960
Dulu, saya berdiri di sini
dan perhatikan anak-anak...
504
00:40:23,040 --> 00:40:25,840
...berlari-lari semasa mereka kecil.
505
00:40:26,840 --> 00:40:28,760
Maafkan saya. Saya nak ke tandas.
506
00:40:28,920 --> 00:40:30,400
- Baiklah.
- Terima kasih.
507
00:40:33,640 --> 00:40:37,190
Ketika Adriana masih kecil,
dia akan peluk saya erat-erat.
508
00:40:37,240 --> 00:40:39,760
Ketika itu, tangan dia
berada di pinggang saya.
509
00:40:40,360 --> 00:40:41,880
Dulu, saya panggil dia tali pinggang.
510
00:40:42,560 --> 00:40:44,440
Itu "tali pinggang" yang hebat, kan?
511
00:40:44,960 --> 00:40:46,440
Masa berjalan...
512
00:40:46,960 --> 00:40:49,360
...tapi kadang-kala,
kita teringat tentangnya.
513
00:40:51,120 --> 00:40:55,040
Jadi, mari kita bercakap
tentang pameran seni awak.
514
00:40:55,360 --> 00:40:57,840
Rumah awak sempurna.
515
00:40:57,920 --> 00:40:59,590
Ada banyak ruang.
516
00:40:59,640 --> 00:41:02,560
Hiasan dalamannya juga cantik, tapi
ia takkan menenggelamkan karya seni.
517
00:41:03,160 --> 00:41:05,470
Jika ada apa-apa pengubahsuaian
yang perlu dilakukan,...
518
00:41:05,520 --> 00:41:07,160
...sudah tentu saya akan bayar.
519
00:41:07,840 --> 00:41:09,600
Awak sangat murah hati.
520
00:41:11,280 --> 00:41:14,800
Hei, Sophie.
Oh, Tuhan, di sini sangat membosankan.
521
00:41:14,880 --> 00:41:17,360
Saya rasa nak bakar saja tempat ini.
522
00:41:20,520 --> 00:41:21,920
Beginilah.
523
00:41:22,160 --> 00:41:24,080
Saya akan hubungi awak
apabila saya dah selesai.
524
00:41:31,360 --> 00:41:34,760
Boleh saya tinggal dengan awak?
525
00:41:35,640 --> 00:41:37,720
Tolonglah.
526
00:41:58,840 --> 00:42:00,440
Alamak!
527
00:42:03,840 --> 00:42:05,120
Apa awak buat di sini?
528
00:42:06,400 --> 00:42:08,760
- Pasu itu sangat mahal.
- Saya minta maaf.
529
00:42:09,120 --> 00:42:10,920
Saya akan bayar semula.
530
00:42:11,160 --> 00:42:12,600
Betul.
531
00:42:16,560 --> 00:42:19,640
Reaksi awak jauh lebih berharga
daripada pasu itu.
532
00:42:21,200 --> 00:42:23,160
Tak guna.
533
00:42:28,080 --> 00:42:30,760
Kalaulah arca itu yang pecah...
534
00:42:32,160 --> 00:42:34,680
Pasti sangat malang.
535
00:42:34,800 --> 00:42:36,320
Maksud awak, yang itu?
536
00:43:31,080 --> 00:43:32,760
Apa yang berlaku di sana?
537
00:43:32,880 --> 00:43:35,120
Nico, makan malam dah hampir sedia.
538
00:43:57,360 --> 00:44:00,000
Georgina, saya ada sesuatu untuk awak.
539
00:44:01,680 --> 00:44:05,040
Saya putuskan bahawa awak boleh
ada kubu untuk lukisan awak.
540
00:44:07,920 --> 00:44:10,000
Terima kasih banyak-banyak.
541
00:44:10,280 --> 00:44:13,040
Sama-sama.
542
00:44:13,560 --> 00:44:15,120
Untuk sahabat baru.
543
00:44:15,520 --> 00:44:16,840
Minum sebab beli kuda yang bagus.
544
00:44:17,000 --> 00:44:18,600
Bagaimana dengan lelongan itu?
545
00:44:19,360 --> 00:44:20,960
Jeff Carter
546
00:44:21,040 --> 00:44:23,360
Maaf. Boleh saya minta diri sebentar?
547
00:44:23,440 --> 00:44:24,960
Dia beli kuda lumba.
548
00:44:25,280 --> 00:44:27,080
- Carlotta's Ghost.
- Nama yang luar biasa.
549
00:44:27,200 --> 00:44:28,720
Berapa harganya?
550
00:44:30,960 --> 00:44:32,440
Pada akhirnya, itu...
551
00:44:33,400 --> 00:44:35,800
3.9 Juta.
552
00:44:36,080 --> 00:44:38,480
Itu keseluruhan bajet kita.
553
00:44:38,640 --> 00:44:42,520
Ya, ia pelaburan yang baik.
Awak minta saya uruskan ladang kuda itu.
554
00:44:42,600 --> 00:44:46,080
Saya juga nak beli kuda itu
tapi adik awak ialah pesaing yang bagus.
555
00:44:46,720 --> 00:44:48,108
Saya harap ia berbaloi.
556
00:44:48,480 --> 00:44:49,960
Saya juga.
557
00:44:50,040 --> 00:44:51,950
Ia pelaburan yang bagus.
558
00:44:52,000 --> 00:44:53,200
Apa yang terjadi?
559
00:44:59,680 --> 00:45:01,320
Ayah saya meninggal.
560
00:45:02,400 --> 00:45:04,200
Oh, Tuhan, saya sangat bersimpati.
561
00:45:04,480 --> 00:45:06,400
George, tangan awak.
562
00:45:13,040 --> 00:45:14,280
Nah.
563
00:45:47,560 --> 00:45:49,520
Saya ingat ketika saya kehilangan ayah.
564
00:45:52,240 --> 00:45:53,880
Ketika itu, saya berusia tujuh tahun.
565
00:45:59,240 --> 00:46:02,160
Dia pergi bekerja pada waktu pagi
dan tak pernah pulang.
566
00:46:03,160 --> 00:46:06,400
Tak banyak yang saya ingat tentang dia...
567
00:46:08,200 --> 00:46:10,640
...selain perasaan apabila
dia senyum pada saya.
568
00:46:11,880 --> 00:46:15,360
Seolah-olah saya permata paling berharga
di dunia.
569
00:46:19,560 --> 00:46:21,160
Tiada siapa...
570
00:46:21,800 --> 00:46:23,840
...pernah senyum pada saya seperti itu.
571
00:46:32,840 --> 00:46:34,880
Saya tak tahu saya akan rasa begini.
572
00:46:45,040 --> 00:46:48,520
Maaf sebab serahkan kepada awak.
Saya tak tahu nak cakap apa.
573
00:46:51,080 --> 00:46:52,400
Tak apa.
574
00:46:53,080 --> 00:46:55,950
Bukan mudah untuk
cakap sesuatu yang betul.
575
00:46:56,000 --> 00:46:59,280
Tidak, tapi Georgina beritahu saya,
ayah dia dah lama meninggal.
576
00:47:00,520 --> 00:47:04,320
Mak dengar tak? Georgina beritahu saya,
ayah dia dah lama tiada.
577
00:47:07,240 --> 00:47:08,720
- Kamu pasti?
- Ya.
578
00:47:08,840 --> 00:47:11,790
Dia beritahu ketika kali pertama kami
berjumpa. Apabila ayah meninggal,...
579
00:47:11,840 --> 00:47:14,920
...dia cakap dia faham perasaan
kehilangan ayah pada usia saya.