1 00:01:47,360 --> 00:01:50,886 Kehidupan telah dianugerahkan kepada kita sejak 10 juta tahun lalu. 2 00:01:51,120 --> 00:01:54,184 Apa yang kita lakukan dengan kehidupan itu? 3 00:02:10,240 --> 00:02:14,719 Lucy. Ia mudah saja. Masuk, keluar dan selesai. 4 00:02:14,800 --> 00:02:18,139 Kenapa awak tak hantar sendiri? - Lelaki tu mahu ia dihantar... 5 00:02:18,140 --> 00:02:21,799 ...tepat pada masanya. Atau dia akan marah. Tolonglah. 6 00:02:21,880 --> 00:02:25,139 Apa di dalamnya? - Sayang! 7 00:02:25,240 --> 00:02:29,079 Janganlah bimbang. Awak percayakan saya, kan? 8 00:02:37,560 --> 00:02:41,603 Richard, saya sangat sukakan awak. Tapi... 9 00:02:41,760 --> 00:02:44,927 ...saya perlu jaga diri saya sendiri sekarang ni. 10 00:02:45,200 --> 00:02:48,379 Entahlah. Saya kena fokus pada banyak benda. 11 00:02:49,280 --> 00:02:52,539 Apa awak buat? - Saya nak pulang. Saya ada ujian pada hari Isnin. 12 00:02:52,540 --> 00:02:55,599 Saya kena mandi dan ulang kaji. 13 00:02:55,600 --> 00:02:59,219 Hari tu, saya ke muzium. Awak tahu apa saya jumpa? 14 00:02:59,220 --> 00:03:03,279 Apa? - Wanita pertama yang bernama Lucy. 15 00:03:07,360 --> 00:03:10,819 Itu boleh buatkan saya rasa lebih baik? - Ya. 16 00:03:10,860 --> 00:03:13,679 Tidak. - Saya hubungi awak nanti. 17 00:03:16,680 --> 00:03:20,539 Saya tak boleh hantar beg ni sendiri. Saya ada masalah dengan dia. 18 00:03:20,560 --> 00:03:23,959 Bukan masalah besar. Tapi kalau awak lakukannya, masalah selesai. 19 00:03:23,960 --> 00:03:26,779 Awak masuk ke sana, pergi jumpa penyambut tetamu... 20 00:03:26,780 --> 00:03:29,939 ...minta En. Jang turun. Dia turun, ambil beg ni... 21 00:03:29,960 --> 00:03:33,479 ...awak lemparkan senyuman paling menawan dan beredar. 22 00:03:34,880 --> 00:03:38,142 Awak boleh nampak penyambut tetamu dari sini. 23 00:03:38,200 --> 00:03:40,959 Tolonglah. - Apa benda dalam beg tu? 24 00:03:41,000 --> 00:03:44,099 Entahlah, cuma kertas kerja. - Yakah? Mari tengok. 25 00:03:44,180 --> 00:03:47,479 Ia terkunci. Cuma En. Jang ada kata laluannya. 26 00:03:47,480 --> 00:03:50,799 Saya cuma penghantar. - Awak dibayar untuk ini? 27 00:03:50,800 --> 00:03:53,859 Ya, tak banyak. - Berapa? 28 00:03:54,280 --> 00:03:56,519 Kita sedang berunding atau... 29 00:03:56,520 --> 00:03:59,987 Tidak. Berapa awak dibayar? Saya nak tahu berapa banyak. 30 00:04:00,000 --> 00:04:05,139 $1,000. - Awak dibayar $1,000 cuma untuk hantar kertas kerja? 31 00:04:05,160 --> 00:04:08,199 Entahlah. Kerja ni cukup singkat dan saya dibayar $1,000. 32 00:04:08,200 --> 00:04:11,299 Selebihnya bukan urusan saya. - Bukan urusan saya juga. 33 00:04:11,300 --> 00:04:13,590 Dengar sini! - Apa? 34 00:04:13,620 --> 00:04:18,339 Kita bahagi dua. $500 untuk awak, $500 untuk saya. 35 00:04:18,400 --> 00:04:22,079 Richard, saya hubungi awak nanti. - Ini kali ketiga minggu ini... 36 00:04:22,120 --> 00:04:25,885 ...saya pergi ke hotel sama dengan topi koboi yang sama. 37 00:04:26,360 --> 00:04:29,599 Masalah selesai. Pergilah, saya akan tunggu. 38 00:04:29,600 --> 00:04:32,819 Lucy, sayang. Dah banyak kali saya buat kerja ni. 39 00:04:32,880 --> 00:04:36,619 Ia kertas kerja. Mungkin cuma rekaan untuk disalin. 40 00:04:36,680 --> 00:04:40,479 Begitulah sistem kerja di negara ini. Malah topi saya pun dibuat di sini. 41 00:04:40,520 --> 00:04:43,561 Tertulis pada label, "Buatan Taiwan." 42 00:04:44,720 --> 00:04:47,539 Jumpa lagi, koboi dengan topi palsu. 43 00:04:47,540 --> 00:04:50,419 Sayang, tolonglah. - Richard, saya kena pergi. 44 00:04:50,720 --> 00:04:54,819 Apa awak buat ni? - Maafkan saya. Saya perlukan bantuan awak. 45 00:04:54,860 --> 00:04:58,339 Hentikan. Tanggal gari ni sekarang juga. - Tak boleh. 46 00:04:58,400 --> 00:05:01,759 Cuma En. Jang ada kuncinya. Awak cuma perlu pergi ke hotel tu... 47 00:05:01,760 --> 00:05:04,439 ...dan minta penyambut panggil dia. - Tanggalkan gari ni sekarang. 48 00:05:04,440 --> 00:05:07,639 Saya tiada pilihan. Lebih cepat awak masuk, lebih cepat awak keluar. 49 00:05:07,680 --> 00:05:11,139 Tak sangka awak sanggup buat begini. - Saya tunggu sini, saya janji. 50 00:05:11,200 --> 00:05:14,859 Janji awak tak berguna. - Janji saya bernilai $500. 51 00:05:14,860 --> 00:05:17,739 Saya bayar tunai. - Awak memang tak guna. 52 00:05:17,820 --> 00:05:20,275 Dan awak mengagumkan. 53 00:05:37,760 --> 00:05:40,839 Cik, boleh saya bantu? - Ya. 54 00:05:43,480 --> 00:05:46,270 Saya ke sini untuk... 55 00:05:46,320 --> 00:05:48,581 ...En. Jang. 56 00:05:56,720 --> 00:05:59,790 Saya perlu sebut nama siapa di sini? 57 00:05:59,800 --> 00:06:01,806 Richard. 58 00:06:02,080 --> 00:06:05,128 Richard yang hantar saya. 59 00:06:08,520 --> 00:06:12,367 Siapa nama awak? - Bukan saya. Richard. 60 00:06:13,480 --> 00:06:17,548 Richard sedang mencari tempat letak kereta. 61 00:06:24,240 --> 00:06:27,260 En. Jang tetap nak tahu nama awak. 62 00:06:30,220 --> 00:06:32,879 Lucy. - Lucy apa? 63 00:06:32,900 --> 00:06:36,959 Cuma Lucy. Suruh dia cepat sikit, sebab saya perlu... 64 00:06:37,160 --> 00:06:39,962 Tunggu sekejap, saya nak sampaikan. 65 00:06:45,480 --> 00:06:49,001 En. Jang dalam perjalanan. Tunggu di sini. 66 00:06:49,160 --> 00:06:52,859 Boleh saya duduk? - En. Jang minta awak tunggu sini. 67 00:06:52,920 --> 00:06:56,019 Saya rasa lebih baik awak tunggu di sini. 68 00:06:56,320 --> 00:06:58,939 Maafkan saya. Hotel Regent. 69 00:07:32,160 --> 00:07:34,246 Tidak! 70 00:07:39,880 --> 00:07:42,130 Tolonglah. Tolonglah. 71 00:07:48,520 --> 00:07:51,519 Tolonglah. Saya tak tahu apa-apa. 72 00:07:51,920 --> 00:07:55,387 Saya tak tahu apa-apa. Tolonglah, tolonglah. 73 00:08:23,280 --> 00:08:25,947 Jangan, tolonglah. 74 00:09:03,960 --> 00:09:06,961 Awak boleh bertutur bahasa Inggeris? 75 00:09:29,160 --> 00:09:32,839 Lucy. Ya, saya Lucy. Ini pasti cuma salah faham. 76 00:09:32,920 --> 00:09:35,649 Saya sepatutnya hantar beg ini. 77 00:09:35,700 --> 00:09:38,539 Kalau kunci awak hilang, janganlah potong tangan saya. 78 00:09:38,540 --> 00:09:41,408 Awak boleh potong saja rantai ni. 79 00:09:42,600 --> 00:09:44,606 Tolonglah. 80 00:09:45,120 --> 00:09:47,826 Saya merayu, tolonglah. 81 00:09:48,880 --> 00:09:51,726 Tidak. Tidak! 82 00:09:57,400 --> 00:09:59,459 Tolonglah. 83 00:10:12,420 --> 00:10:14,820 Helo, cik. Saya boleh berbahasa Inggeris. 84 00:10:14,822 --> 00:10:17,567 Saya menterjemahkan untuk En. Jang. 85 00:10:24,560 --> 00:10:28,259 Tolong beritahu dia saya tak buat apa-apa. 86 00:10:28,260 --> 00:10:32,360 Saya tak tahu apa-apa. Semua ni cuma salah faham. 87 00:10:32,360 --> 00:10:36,139 Tolonglah beritahu dia. - Ya, baiklah. Sebentar. 88 00:10:45,080 --> 00:10:47,979 En. Jang nak tahu apa kandungan beg tu. 89 00:10:47,980 --> 00:10:51,499 Saya tak tahu. Awak boleh berbahasa Inggeris atau tak? 90 00:10:51,560 --> 00:10:54,419 Ya, saya boleh. Saya menuntut selama setahun... 91 00:10:54,421 --> 00:10:58,100 ...di Sekolah Tinggi Antarabangsa di New York. - Baiklah. 92 00:10:58,200 --> 00:11:01,279 Richard beri saya beg ini untuk diserahkan kepada awak. 93 00:11:01,280 --> 00:11:04,379 Itu saja yang saya tahu. Tolong beritahu dia. 94 00:11:30,400 --> 00:11:33,999 Dia beri saya sehelai kertas yang ditulis nombor. Apa ni? 95 00:11:34,000 --> 00:11:37,021 Itu kod untuk membuka beg. 96 00:11:42,160 --> 00:11:46,419 Apa sebenarnya kandungan beg ni? - Bukan barang bahaya. 97 00:11:47,400 --> 00:11:50,448 Jadi, kenapa dia tak buka sendiri? 98 00:11:54,480 --> 00:11:57,299 Dia tak percayakan En. Richard. 99 00:11:57,300 --> 00:12:01,979 Saya pun tak percayakan Richard. Baru seminggu saya keluar dengannya. 100 00:12:07,800 --> 00:12:09,819 Baiklah, baiklah. 101 00:12:09,820 --> 00:12:13,346 En. Jang memaksa awak buka beg. - Baiklah. 102 00:12:17,120 --> 00:12:19,927 Tuhan, tolonglah saya. 103 00:12:28,320 --> 00:12:32,939 Dia nak awak bergegas. En. Jang ada banyak lagi tugas lain. 104 00:13:04,200 --> 00:13:07,202 Boleh awak jelaskan tentang kandungan beg tersebut? 105 00:13:07,300 --> 00:13:10,759 Empat plastik dipenuhi dengan serbuk biru. 106 00:13:10,760 --> 00:13:14,659 Mungkin serbuk ungu. Entahlah, nampak agak kasar. 107 00:15:33,760 --> 00:15:37,450 En. Jang mahu tawarkan pekerjaan kepada awak. 108 00:15:38,440 --> 00:15:40,601 Pekerjaan? 109 00:15:43,400 --> 00:15:46,123 Saya tak mahu pekerjaan. 110 00:15:47,800 --> 00:15:50,959 Sekiranya kehidupan bermula kira-kira 10 juta tahun lalu... 111 00:15:50,960 --> 00:15:54,019 ...kita terpaksa menunggu selama 400,000 tahun lagi... 112 00:15:54,020 --> 00:15:57,079 ...untuk melihat penyimpangan sel-sel saraf pertama. 113 00:15:57,080 --> 00:15:59,959 Inilah kehidupan yang kita tahu permulaannya. 114 00:15:59,960 --> 00:16:03,759 Hanya beberapa miligram pembentukan otak. 115 00:16:03,760 --> 00:16:08,439 Mustahil untuk tentukan sebarang tanda kepintaran. 116 00:16:08,440 --> 00:16:11,259 Ia lebih kepada refleks. 117 00:16:11,260 --> 00:16:16,499 Satu neuron, awak hidup. Dua neuron, awak bergerak. 118 00:16:16,500 --> 00:16:20,979 Dan dengan pergerakan, berlakulah kejadian menarik. 119 00:16:26,640 --> 00:16:29,819 Kehidupan haiwan di Bumi telah wujud sejak berjuta tahun. 120 00:16:29,820 --> 00:16:31,958 Namun kebanyakan spesies cuma... 121 00:16:31,960 --> 00:16:35,179 ...gunakan 3 hingga 5 peratus keupayaan otaknya. 122 00:16:35,180 --> 00:16:38,619 Tapi itupun setelah kita, manusia menduduki tempat teratas... 123 00:16:38,620 --> 00:16:41,679 ...rantaian haiwan. Di mana akhirnya kita melihat... 124 00:16:41,680 --> 00:16:46,088 ...satu spesies yang gunakan lebih banyak keupayaan otaknya. 125 00:16:47,920 --> 00:16:51,279 10% mungkin kelihatan tak seberapa, tetapi ia sebenarnya banyak... 126 00:16:51,280 --> 00:16:54,321 ...kalau awak lihat apa yang kita lakukan dengannya. 127 00:17:26,240 --> 00:17:29,059 Sekarang, mari kita bincangkan kes yang istimewa. 128 00:17:29,060 --> 00:17:32,779 Satu-satunya makhluk hidup yang menggunakan otaknya... 129 00:17:32,780 --> 00:17:35,979 ...lebih baik berbanding kita. Ikan lumba-lumba. 130 00:17:36,800 --> 00:17:40,479 Dianggarkan bahawa haiwan menakjubkan ini... 131 00:17:40,480 --> 00:17:44,599 ...menggunakan sehingga 20% keupayaan otaknya. 132 00:17:44,600 --> 00:17:50,879 Situasi ini membolehkan ia memiliki sistem gemalokasi... 133 00:17:50,920 --> 00:17:55,999 ...yang jauh lebih efisien daripada sonar ciptaan manusia. 134 00:17:56,000 --> 00:18:00,859 Tapi ikan lumba-lumba tidak menciptanya. Ia terhasil secara semula jadi. 135 00:18:00,860 --> 00:18:04,862 Dan inilah bahagian penting... 136 00:18:04,900 --> 00:18:08,239 ...pemikiran falsafah yang kita ada hari ini. 137 00:18:08,240 --> 00:18:11,619 Bolehkah kita simpulkan bahawa manusia... 138 00:18:11,620 --> 00:18:17,679 ...lebih mengutamakan untuk memiliki berbanding menjadi? 139 00:19:14,560 --> 00:19:19,079 Lucy. - Apa yang awak dah buat dengan perut saya? 140 00:19:19,400 --> 00:19:22,979 Tiada apa. Cuma terbelah sedikit. 141 00:19:23,000 --> 00:19:26,601 Sudah dirawat dengan baik. Dalam masa sebulan... 142 00:19:26,640 --> 00:19:29,460 ...parut tu akan hilang. 143 00:19:29,460 --> 00:19:32,859 Lepas tu, awak boleh berjemur di pantai pada musim panas depan. 144 00:19:32,860 --> 00:19:35,703 Saya tak peduli pasal parut ni. 145 00:19:35,760 --> 00:19:39,982 Awak peduli tentang tujuan kami membedah awak? 146 00:19:40,520 --> 00:19:43,819 Bertenang, kami tak ambil organ-organ awak. 147 00:19:43,820 --> 00:19:47,599 Kami cuma masukkan bungkusan kecil ke dalam perut awak. 148 00:19:47,600 --> 00:19:50,619 Ianya dadah baru yang akan digilai oleh Eropah... 149 00:19:50,620 --> 00:19:53,019 ...percayalah. - Dadah apa? 150 00:19:53,060 --> 00:19:56,079 Istilah saintifiknya adalah CPH4. 151 00:19:56,080 --> 00:19:59,099 Namanya kurang menonjol dari sudut pasaran. 152 00:19:59,100 --> 00:20:02,982 Jadi, kami masih memikirkan nama yang lebih popular. 153 00:20:03,320 --> 00:20:06,067 Ada sebarang cadangan? 154 00:20:07,000 --> 00:20:09,779 Maafkan saya. Selamat datang! 155 00:20:09,800 --> 00:20:12,682 Selamat datang, masuklah. 156 00:20:14,960 --> 00:20:17,524 Bagus. 157 00:20:19,080 --> 00:20:21,591 Menakjubkan. Bagus. 158 00:20:22,700 --> 00:20:25,379 Apa khabar? - Sangat baik. 159 00:20:26,280 --> 00:20:31,359 Pertama sekali, terima kasih kerana mengambil bahagian... 160 00:20:31,360 --> 00:20:34,799 ...dalam perusahaan ini. Saya pasti semuanya akan berjalan lancar. 161 00:20:34,800 --> 00:20:37,399 Pasport dan tiket-tiket ini... 162 00:20:37,400 --> 00:20:41,139 ...membolehkan awak pulang dalam masa 24 jam seterusnya. 163 00:20:41,140 --> 00:20:44,659 Setibanya awak nanti, awak akan dijemput oleh orang kami... 164 00:20:44,660 --> 00:20:47,719 ...supaya kami dapat semula barang niaga kami... 165 00:20:47,720 --> 00:20:51,379 ...dan awak bebas sekali lagi serta kaya-raya. 166 00:20:51,540 --> 00:20:56,119 Pasti saya tak perlu ingatkan awak. Tapi kalau sesiapa cuba... 167 00:20:56,200 --> 00:21:01,000 ...beri amaran atau menyerah diri kepada pihak berkuasa... 168 00:21:01,000 --> 00:21:06,539 ...kami ada nama dan alamat keluarga setiap daripada awak... 169 00:21:06,600 --> 00:21:09,835 ...beserta maklumat saudara-mara yang jauh. 170 00:21:10,000 --> 00:21:14,059 Jadi, kami mengharapkan kebijaksanaan awak. 171 00:21:14,560 --> 00:21:16,639 Bagus. 172 00:21:16,640 --> 00:21:20,911 Tuan-tuan, puan, izinkan saya mengucapkan... 173 00:21:21,200 --> 00:21:23,701 ...selamat jalan. 174 00:21:30,880 --> 00:21:33,719 Bagus sekali. - Awak akan menjual ini? 175 00:21:33,760 --> 00:21:36,788 Mungkin ianya model urusniaga kami. 176 00:21:37,920 --> 00:21:43,439 Bagi makhluk primitif seperti kita, kehidupan cuma ada satu tujuan. 177 00:21:43,440 --> 00:21:45,726 Memperolehi masa. 178 00:21:45,820 --> 00:21:49,279 Seiring pergerakan masa, itu juga menjadi... 179 00:21:49,280 --> 00:21:53,079 ...satu-satunya tujuan setiap sel dalam tubuh badan kita. 180 00:21:53,080 --> 00:21:55,979 Bagi mencapainya, jisim sel-sel... 181 00:21:55,980 --> 00:21:59,399 ...yang membentuk cacing tanah dan manusia... 182 00:21:59,400 --> 00:22:03,799 ...cuma ada dua penyelesaian. Berkekalan... 183 00:22:03,800 --> 00:22:08,879 ...atau membiak. Jika habitatnya tidak menguntungkan... 184 00:22:08,900 --> 00:22:11,549 ...atau tidak memelihara... 185 00:22:17,760 --> 00:22:20,579 ...sel akan memilih untuk berkekalan. 186 00:22:20,580 --> 00:22:24,799 Dalam kata lain, kemampuan diri dan pengurusan diri. 187 00:22:24,800 --> 00:22:28,479 Sebaliknya, jika habitat menguntungkan... 188 00:22:33,240 --> 00:22:36,129 ...mereka akan memilih untuk membiak. 189 00:22:44,480 --> 00:22:47,159 Dengan begitu, apabila mereka mati... 190 00:22:47,160 --> 00:22:50,599 ...mereka menurunkan maklumat dan pengetahuan penting... 191 00:22:50,600 --> 00:22:54,643 ...kepada sel seterusnya, dan begitulah juga seterusnya. 192 00:23:05,320 --> 00:23:11,047 Oleh itu, pengetahuan dan pembelajaran diturunkan melalui masa. 193 00:23:12,040 --> 00:23:14,679 Baiklah, bertenang. 194 00:23:14,680 --> 00:23:19,019 Kena tunggu masa yang tepat. Saya ada masa untuk fikirkannya. 195 00:23:19,040 --> 00:23:21,939 Cuma ambil penerbangan dan keluar dari sini. 196 00:23:21,940 --> 00:23:24,459 Itu yang penting sekarang. Cuma ambil masa. 197 00:23:24,460 --> 00:23:27,499 Jangan bertindak. Bertenang dan saya akan hidup. 198 00:23:27,500 --> 00:23:30,779 Saya akan terus hidup. Cuma itu yang paling penting. 199 00:23:31,160 --> 00:23:33,546 Ambil masa. 200 00:23:34,200 --> 00:23:36,301 Ambil masa. 201 00:24:07,920 --> 00:24:10,735 Saya tak ada mood. 202 00:26:07,000 --> 00:26:09,559 Mari kita bayangkan seketika... 203 00:26:09,560 --> 00:26:13,199 ...bagaimana kehidupan kita, sekiranya kita mampu mengakses... 204 00:26:13,200 --> 00:26:18,079 ...20% keupayaan otak kita. Peringkat pertama ini... 205 00:26:18,160 --> 00:26:22,839 ...akan membolehkan kita mengakses dan mengawal tubuh sendiri. 206 00:26:22,840 --> 00:26:25,119 Tuan? - Ya. 207 00:26:25,120 --> 00:26:30,659 Ia telah dibuktikan secara saintifik? - Buat masa ini, ia cuma hipotesis. 208 00:26:30,660 --> 00:26:34,239 Tapi kalau awak fikirkannya, amat mengganggu untuk sedari... 209 00:26:34,240 --> 00:26:37,499 ...bahawa bangsa Yunani, Mesir dan India... 210 00:26:37,520 --> 00:26:40,919 ...mempunyai fahaman terhadap sel berabad-abad sebelum... 211 00:26:40,920 --> 00:26:44,199 ...terciptanya mikroskop. Bagaimana dengan Darwin... 212 00:26:44,200 --> 00:26:48,799 ...yang orang anggap bodoh, semasa dia kemukakan teori evolusinya? 213 00:26:48,860 --> 00:26:52,399 Terpulang kepada kita untuk meneruskan peraturan... 214 00:26:52,400 --> 00:26:55,880 ...dan mengubahnya dari evolusi menjadi evolusi. 215 00:26:57,360 --> 00:27:00,479 100 bilion neuron pada setiap manusia... 216 00:27:00,480 --> 00:27:03,299 ...tetapi cuma 15% yang aktif. 217 00:27:03,300 --> 00:27:08,399 Sambungan dalam tubuh manusia lebih banyak daripada bintang di galaksi. 218 00:27:08,480 --> 00:27:12,479 Kita memiliki jaringan maklumat yang amat meluas... 219 00:27:12,480 --> 00:27:15,960 ...sehinggakan kita hampir tidak dapat mengaksesnya. 220 00:27:16,920 --> 00:27:18,439 Tuan? - Ya. 221 00:27:18,440 --> 00:27:20,999 Apa pula peringkat seterusnya? 222 00:27:21,000 --> 00:27:24,329 Peringkat seterusnya mungkin mampu mengawal orang lain. 223 00:27:24,560 --> 00:27:26,979 Tapi untuk mencapainya, kita perlu mengakses... 224 00:27:26,980 --> 00:27:30,051 ...sekurang-kurangnya 40% keupayaan otak kita. 225 00:27:30,120 --> 00:27:33,659 Selepas mengawal sel diri sendiri dan orang lain... 226 00:27:33,660 --> 00:27:36,528 ...seterusnya ialah mengawal bahan lain. 227 00:27:37,040 --> 00:27:40,399 Tapi sekarang kita memasuki alam sains fiksyen... 228 00:27:40,400 --> 00:27:44,239 ...dan kita tak tahu apa-apa seumpama anjing memandang bulan. 229 00:27:44,240 --> 00:27:46,319 Maafkan saya, tuan. - Ya. 230 00:27:46,320 --> 00:27:50,099 Tapi apa akan berlaku kalau atas sebab tertentu kita abaikan... 231 00:27:50,100 --> 00:27:54,322 ...seseorang yang mampu gunakan 100% keupayaan otak mereka? 232 00:27:54,840 --> 00:27:57,159 100%? - Ya. 233 00:28:00,400 --> 00:28:03,025 Saya tak tahu. 234 00:30:46,360 --> 00:30:49,188 Hei, boleh bertutur bahasa Inggeris? - Tak, tak. 235 00:30:49,280 --> 00:30:51,339 Boleh bertutur bahasa Inggeris? - Ya, ya. 236 00:30:51,340 --> 00:30:54,204 Bawa saya ke hospital sekarang. - Hospital? 237 00:30:54,500 --> 00:30:56,781 Kaki saya! 238 00:31:42,400 --> 00:31:45,299 Hospital. - Tunggu saya. 239 00:32:31,860 --> 00:32:34,185 Cik? Helo? 240 00:32:35,520 --> 00:32:38,859 Hei, Cik. - Saya perlukan bantuan. Ini penting. 241 00:32:38,920 --> 00:32:41,959 Awak tak boleh berada di sini. Kami sedang jalankan pembedahan. 242 00:32:41,960 --> 00:32:44,289 Sila keluar. 243 00:33:01,800 --> 00:33:04,199 Awak takkan dapat selamatkan dia. 244 00:33:04,200 --> 00:33:08,099 Ketumbuhan dah menyerang korteks otak dan kanan tulang belakangnya. 245 00:33:10,240 --> 00:33:12,879 Seseorang memasukkan dadah dalam badan saya. 246 00:33:12,880 --> 00:33:15,764 Saya nak awak keluarkannya. Ia dah bocor. 247 00:33:17,040 --> 00:33:19,699 Lakukan sekarang. - Baiklah. 248 00:33:19,700 --> 00:33:23,519 Saya cuma perlukan ubat bius. - Tak perlu. 249 00:33:23,840 --> 00:33:26,401 Baiklah. Okey. 250 00:33:27,120 --> 00:33:30,819 Tolong bawa bertenang. Turunkan pistol awak. 251 00:33:31,200 --> 00:33:34,902 Saya akan periksa awak. 252 00:33:38,000 --> 00:33:40,764 Awak tak keberatan? - Tak. 253 00:33:49,000 --> 00:33:51,159 Helo? - Mak? 254 00:33:51,160 --> 00:33:55,359 Lucy. Sayang, mak gembira dapat dengar khabar kamu. 255 00:33:55,440 --> 00:33:58,761 Pukul berapa di sana sekarang? 256 00:33:59,440 --> 00:34:03,219 Entahlah, dah malam. - Sekejap. Mak nak matikan talian satu lagi. 257 00:34:03,240 --> 00:34:05,981 Saya akan bedah. 258 00:34:06,020 --> 00:34:09,119 Kamu tak berfoya-foya melampau, kan? 259 00:34:09,120 --> 00:34:12,159 Kamu dah janji pada mak nak jaga diri. 260 00:34:12,160 --> 00:34:14,779 Saya cuba, Mak. Saya cuba. 261 00:34:14,780 --> 00:34:18,439 Terima kasih dah menelefon secara tiba-tiba begini. 262 00:34:18,440 --> 00:34:22,739 Ayah kamu pasti merindui kamu. Dia belum pulang dari gim lagi. 263 00:34:22,760 --> 00:34:26,519 Kebiasaannya kamu menelefon kami pada waktu pagi. - Mak? 264 00:34:26,520 --> 00:34:30,079 Ya? - Saya rasa segala-galanya. 265 00:34:30,320 --> 00:34:33,122 Apa maksud kamu, sayang? 266 00:34:34,280 --> 00:34:36,645 Ruang. 267 00:34:36,740 --> 00:34:39,126 Udara. 268 00:34:42,280 --> 00:34:44,644 Getaran. 269 00:34:45,680 --> 00:34:48,070 Manusia. 270 00:34:49,280 --> 00:34:52,481 Saya boleh merasai graviti. 271 00:34:53,160 --> 00:34:56,566 Saya boleh merasai putaran Bumi. 272 00:34:57,560 --> 00:35:00,822 Haba yang meninggalkan tubuh saya,... 273 00:35:01,000 --> 00:35:03,843 ...darah dalam urat saya. 274 00:35:04,600 --> 00:35:07,641 Saya dapat rasakan otak saya. 275 00:35:08,360 --> 00:35:11,599 Bahagian ingatan saya yang paling dalam. 276 00:35:11,600 --> 00:35:15,119 Sayang, mak tak dapat dengar dengan jelas. 277 00:35:15,120 --> 00:35:18,322 Apa yang kamu cakap tentang ingatan tadi? 278 00:35:19,240 --> 00:35:23,719 Rasa sakit dalam mulut saya ketika saya memakai pendakap gigi. 279 00:35:23,760 --> 00:35:26,939 Saya boleh ingat kehangatan tangan mak... 280 00:35:26,940 --> 00:35:30,127 ...pada dahi saya ketika saya demam. 281 00:35:30,220 --> 00:35:33,679 Saya ingat ketika mengusap bulu kucing, ia sungguh lembut. 282 00:35:33,680 --> 00:35:36,531 Kucing? Kucing apa, sayang? 283 00:35:36,800 --> 00:35:39,859 Kucing siam bermata biru dan berekor pendek. 284 00:35:39,860 --> 00:35:45,159 Takkanlah kamu ingat. Kamu baru berusia 8 tahun masa tu. 285 00:35:47,080 --> 00:35:52,124 Saya masih ingat rasa susu mak dalam mulut saya. 286 00:35:52,400 --> 00:35:54,811 Kehangatannya. 287 00:35:54,860 --> 00:35:57,310 ...cairannya. 288 00:35:58,520 --> 00:36:02,520 Sayang, apa yang kamu cakap ni? 289 00:36:03,960 --> 00:36:07,839 Saya cuma nak cakap saya sayangkan mak dan ayah. 290 00:36:07,880 --> 00:36:09,899 Sayang... 291 00:36:09,900 --> 00:36:13,379 Dan saya nak berterima kasih untuk ribuan ciuman... 292 00:36:13,380 --> 00:36:17,260 ...yang saya masih dapat rasakan pada wajah saya. 293 00:36:19,120 --> 00:36:23,339 Saya sayangkan mak. - Mak pun sayangkan kamu. 294 00:36:23,640 --> 00:36:26,727 Lebih dari apa saja di dunia ini. 295 00:36:34,680 --> 00:36:38,844 Berapa banyak yang tinggal? - 500 gram. 296 00:36:39,840 --> 00:36:44,079 Berapa lama untuk tubuh saya singkirkan yang selebihnya? 297 00:36:45,960 --> 00:36:49,179 Untuk menjawab itu, saya perlu tahu ini apa. 298 00:36:49,280 --> 00:36:51,859 Boleh saya? - Silakan. 299 00:36:52,520 --> 00:36:54,851 CPH4. 300 00:36:57,720 --> 00:37:00,610 Beritahu saya mengenainya. 301 00:37:01,320 --> 00:37:05,799 Wanita hamil menghasilkan CPH4 dalam minggu kehamilan keenam... 302 00:37:05,840 --> 00:37:08,579 ...dalam kuantiti yang sedikit. 303 00:37:08,580 --> 00:37:12,885 Bagi bayinya, ia umpama kuasa bom atom. 304 00:37:13,160 --> 00:37:18,599 Itulah yang memberi janin tenaga untuk membentuk tulang. 305 00:37:18,660 --> 00:37:21,919 Saya dengar mereka cuba hasilkan versi tiruannya. 306 00:37:21,920 --> 00:37:27,084 Saya tak tahu pula mereka berjaya. Kalau betullah ini CPH4,... 307 00:37:27,140 --> 00:37:31,239 ...dengan jumlah sebanyak ini, saya kagum awak masih hidup. 308 00:37:31,440 --> 00:37:34,330 Tidak untuk jangka masa lama. 309 00:39:39,600 --> 00:39:42,659 Pembelajaran merupakan proses yang menyakitkan. 310 00:39:42,660 --> 00:39:46,899 Semasa kecil, tulang menumbuh dan rasa sakit di seluruh badan. 311 00:39:46,920 --> 00:39:51,019 Awak percaya saya masih ingat bunyi tulang saya tumbuh? 312 00:39:51,680 --> 00:39:55,899 Seperti bunyi kisaran pada bawah kulit. Segalanya berubah sekarang. 313 00:39:55,960 --> 00:40:01,288 Bunyi adalah muzik yang saya mampu fahami, umpama bendalir. 314 00:40:02,080 --> 00:40:04,899 Ia kelakar. Biasanya saya ingin tahu... 315 00:40:04,900 --> 00:40:07,919 ...dengan siapa saya bersama dan apa yang saya inginkan. 316 00:40:07,920 --> 00:40:11,579 Sekarang saya mampu mengakses bahagian otak saya yang paling jauh. 317 00:40:11,620 --> 00:40:14,679 Saya nampak segalanya dengan jelas dan sedar apa yang... 318 00:40:14,760 --> 00:40:17,621 ...menjadikan kita, ia adalah primitif. 319 00:40:17,760 --> 00:40:21,819 Semua itu hanyalah rintangan. Awak rasa ia masuk akal? 320 00:40:22,920 --> 00:40:25,599 Seperti kesakitan yang awak alami sekarang ni. 321 00:40:25,600 --> 00:40:28,880 Ia menghalang awak daripada memahami. 322 00:40:28,940 --> 00:40:32,940 Apa yang awak tahu sekarang ni hanyalah kesakitan. 323 00:40:35,880 --> 00:40:39,281 Mana yang lain? Yang membawa dadah tu. 324 00:40:39,320 --> 00:40:43,429 Saya perlukan yang selebihnya, untuk tujuan perubatan. 325 00:41:12,840 --> 00:41:14,926 Berlin. 326 00:41:19,600 --> 00:41:21,401 Paris. 327 00:41:27,240 --> 00:41:29,041 Rom. 328 00:41:33,800 --> 00:41:36,670 Terima kasih kerana berkongsi. 329 00:41:49,900 --> 00:41:52,579 Selamat petang, Profesor. - Petang, Albert. 330 00:41:52,640 --> 00:41:56,699 Awak nak makan malam? - Mungkin ya. Saya kepenatan. 331 00:41:56,840 --> 00:41:59,688 Awak berehatlah. - Terima kasih. 332 00:42:04,560 --> 00:42:08,179 Awak menakutkan sayalah, ketuk pintu macam pintu bar. 333 00:42:08,560 --> 00:42:11,100 Saya rindu awak. 334 00:42:12,360 --> 00:42:14,707 Saya pun. 335 00:42:14,760 --> 00:42:18,039 Awak tertinggal kunci? - Ya. 336 00:42:18,480 --> 00:42:21,319 Boleh saya pinjam laptop awak? - Ya, tentulah. 337 00:42:21,360 --> 00:42:24,379 Semalam saya menghadiri ujibakat. Ia mengagumkan. 338 00:42:24,380 --> 00:42:29,499 Saya cuma berdiri sepanjang hari, tanpa faham bahasa China mereka. 339 00:42:29,560 --> 00:42:32,639 Siapa faham bahasa China? Saya tak faham bahasa China. 340 00:42:32,640 --> 00:42:35,519 Mereka cakap mereka akan hubungi saya, tapi tak ada pun. 341 00:42:35,520 --> 00:42:38,079 Sebab mereka tak minta nombor telefon saya. 342 00:42:38,080 --> 00:42:41,299 Kecuali seorang lelaki ni, tapi dia bukan orang China. 343 00:42:41,300 --> 00:42:44,579 Dia bekerja di agensi tu dan comel. 344 00:42:44,600 --> 00:42:47,419 Comel dalam pelbagai cara. 345 00:42:47,420 --> 00:42:50,499 Oh, Tuhanku. Dan punggungnya. 346 00:42:52,480 --> 00:42:55,548 Awak takkan dapat teka ke mana dia bawa saya. 347 00:42:55,640 --> 00:43:00,464 Hotel Royal Empat Bintang, dan bercinta sepanjang malam. 348 00:43:00,800 --> 00:43:04,579 Maaf, saya bercakap pasal saya. Awak macam mana? Richard? 349 00:43:04,580 --> 00:43:07,479 Dia dah mati. - Awak berdua memang gila. 350 00:43:07,560 --> 00:43:10,203 Saya nak mandi. 351 00:43:20,400 --> 00:43:23,079 Ya? - Profesor Norman, nama saya Lucy. 352 00:43:23,080 --> 00:43:27,479 Saya dah baca semua kajian awak tentang otak manusia. Kita perlu berjumpa. 353 00:43:28,200 --> 00:43:32,599 Semua kajian saya? Saya sangat berbangga, gadis muda. 354 00:43:32,640 --> 00:43:36,139 Tapi saya susah nak percaya. Saya dah menulis tidak kurang dari... 355 00:43:36,200 --> 00:43:39,203 6,734 halaman. Saya boleh bacakan semuanya untuk awak... 356 00:43:39,205 --> 00:43:41,690 ...kalau awak mahu. 357 00:43:44,600 --> 00:43:47,479 Awak salah seorang rakan Emily? 358 00:43:47,480 --> 00:43:50,731 Bunyinya macam gurauan. Dia ada bersama awak? 359 00:43:50,800 --> 00:43:53,540 Tidak, saya seorang diri. 360 00:43:54,640 --> 00:43:57,719 Awak siapa? - Saya baru saja cakap tadi. 361 00:43:58,600 --> 00:44:01,839 Awak Lucy, kan? Ya, maaf. 362 00:44:02,140 --> 00:44:05,199 Saya dah baca teori awak tentang penggunaan keupayaan otak. 363 00:44:05,200 --> 00:44:08,240 Masih agak asas, tapi awak pada jalan yang tepat. 364 00:44:08,520 --> 00:44:11,953 Terima kasih. - Profesor, sel-sel saya sedang membiak... 365 00:44:11,955 --> 00:44:14,820 ...dengan pesat. Beberapa juta setiap saat. 366 00:44:14,900 --> 00:44:18,579 Saya ada masalah untuk menilai ketepatan detik kematian saya. 367 00:44:18,580 --> 00:44:22,039 ...tapi rasanya tak lebih 24 jam. - Apa maksud awak? 368 00:44:22,080 --> 00:44:25,639 Maksud saya ialah teori awak bukan teori. 369 00:44:25,640 --> 00:44:29,679 Saya telah menyerap sejumlah besar CPH4 tiruan... 370 00:44:29,680 --> 00:44:33,199 ...yang membolehkan saya gunakan 100% keupayaan otak saya. 371 00:44:33,200 --> 00:44:36,719 Sekarang, baru 28%. Dan apa yang awak tulis adalah benar. 372 00:44:36,800 --> 00:44:40,359 Ketika otak mencapai 20%, ia terbuka dan memperluas. 373 00:44:40,360 --> 00:44:43,639 Tiada lagi halangan. Semuanya tumbang bagaikan domino. 374 00:44:43,640 --> 00:44:46,444 Saya menjajah otak saya sendiri. 375 00:44:47,460 --> 00:44:52,027 Saya tak tahu nak cakap apa. 376 00:44:53,440 --> 00:44:58,479 Itu benar. Saya sudah mengkaji teori ini selama lebih 20 tahun... 377 00:44:58,480 --> 00:45:04,159 ...tapi selama ini ia hanyalah hipotesis dan idea penyelidikan. 378 00:45:04,160 --> 00:45:07,411 Saya tak pernah sangka seseorang boleh... 379 00:45:08,600 --> 00:45:12,319 Awak mampu mengawal metabolisma awak sendiri? - Ya. 380 00:45:12,400 --> 00:45:15,999 Dan saya mula mampu mengawal tubuh orang lain. 381 00:45:16,000 --> 00:45:19,559 Saya juga mampu mengawal gelombang magnetik dan elektrik. 382 00:45:19,560 --> 00:45:22,919 Bukan kesemuanya, cuma bahagian paling asas. 383 00:45:22,920 --> 00:45:24,921 Televisyen. 384 00:45:25,000 --> 00:45:27,001 Telefon. 385 00:45:28,520 --> 00:45:30,546 Radio. 386 00:45:33,320 --> 00:45:35,645 Menakjubkan. 387 00:45:37,000 --> 00:45:39,884 Saya tak merasa sakit. 388 00:45:40,280 --> 00:45:42,586 Ketakutan. 389 00:45:42,660 --> 00:45:44,971 Keinginan. 390 00:45:45,520 --> 00:45:49,881 Seolah-olah apa yang menjadikan kita manusia mula hilang. 391 00:45:50,480 --> 00:45:54,962 Seolah-olah, semakin kurang kemanusiaan saya rasai... 392 00:45:55,200 --> 00:45:59,159 ...semua pengetahuan kita tentang semua perkara... 393 00:45:59,160 --> 00:46:02,804 ...fizik kuantum, matematik gunaan... 394 00:46:03,760 --> 00:46:07,359 ...keupayaan tanpa batasan mengenai nukleus sel. 395 00:46:07,360 --> 00:46:11,259 Semua pengetahuan itu sedang meletup dalam otak saya. 396 00:46:11,360 --> 00:46:14,164 Saya tak tahu apa nak buat dengannya. 397 00:46:15,640 --> 00:46:19,259 Kalau awak tanya saya apa yang nak dibuat... 398 00:46:27,880 --> 00:46:29,920 Awak tahu... 399 00:46:31,840 --> 00:46:36,051 Kalau awak memikirkan sifat semula jadi kehidupan ini... 400 00:46:37,160 --> 00:46:40,479 Maksud saya, sejak dari mulanya... 401 00:46:40,480 --> 00:46:44,363 ...perkembangan sel pertama... 402 00:46:44,640 --> 00:46:48,205 ...yang berpecah kepada dua sel. 403 00:46:48,800 --> 00:46:52,059 Matlamat tunggal kehidupan ini... 404 00:46:52,680 --> 00:46:56,411 Untuk menyebarkan apa yang telah dipelajari. 405 00:46:56,520 --> 00:47:00,264 Tiada sebarang matlamat yang lebih besar. 406 00:47:00,560 --> 00:47:04,099 Kalau awak tanya saya apa nak dibuat dengan pengetahuan itu... 407 00:47:04,140 --> 00:47:06,544 ...menurut saya... 408 00:47:07,280 --> 00:47:09,911 Awak sebarkannya. 409 00:47:11,040 --> 00:47:15,061 Seperti sel yang mudah... 410 00:47:15,840 --> 00:47:18,585 ...melintasi masa. 411 00:47:18,800 --> 00:47:20,826 Masa. 412 00:47:21,440 --> 00:47:24,005 Ya, tentulah. 413 00:47:25,600 --> 00:47:28,629 Saya akan ke tempat awak dalam masa 12 jam. 414 00:47:36,280 --> 00:47:39,082 Awak dah nak pergi? - Ya. 415 00:47:41,160 --> 00:47:43,810 Apa ni? - Preskripsi ubat. 416 00:47:43,860 --> 00:47:47,479 Sejak bila awak menulis bahasa China? - Sejak sejam lepas. 417 00:47:47,540 --> 00:47:51,179 Lucy, saya tak fahamlah. - Ginjal awak gagal berfungsi baik... 418 00:47:51,180 --> 00:47:54,059 ...hati awak mula lemah. Awak kena ubah gaya hidup. 419 00:47:54,100 --> 00:47:57,159 Ambil ubat-ubat ni, bersenam, makan makanan organik. 420 00:47:57,160 --> 00:47:59,666 Awak akan okey. 421 00:48:05,880 --> 00:48:08,739 Malam tadi, pada 11 PM, seorang wanita menembak mati seorang pesakit. 422 00:48:08,740 --> 00:48:11,019 Ianya berlaku di Hospital Tri-Service. 423 00:48:11,020 --> 00:48:13,559 Suspek berumur 25 tahun, berambut perang, tinggi sederhana. 424 00:48:13,560 --> 00:48:17,379 Polis memburunya di seluruh negara. Dia bersenjata dan berbahaya. 425 00:48:38,860 --> 00:48:42,715 Del Rio. - Saya dapat panggilan pelik dari seorang warga AS di Taiwan. 426 00:48:42,720 --> 00:48:46,219 Seorang wanita muda minta kita membasmi urusniaga dadah besar. 427 00:48:46,220 --> 00:48:49,059 Saya akan tangani. - Saya serahkan pada awak. 428 00:48:49,060 --> 00:48:51,939 Helo? - Saya ada maklumat sekumpulan pedagang dadah. 429 00:48:51,940 --> 00:48:55,239 Saya mahu bercakap dengan orang yang berkuasa. 430 00:48:55,440 --> 00:48:59,199 Awak bertuah, tiada siapa lebih berkuasa dalam pejabat ni selain saya. 431 00:48:59,280 --> 00:49:01,979 Tapi mari mulakan dari awal. Siapa nama awak? 432 00:49:01,980 --> 00:49:05,319 Dengar, Pierre Del Rio. Turun dari meja dan duduk atas kerusi. 433 00:49:05,340 --> 00:49:09,179 Ambil pen merah di kiri awak dan catat semua yang saya katakan. 434 00:49:14,520 --> 00:49:18,199 Tiada kamera, cepatlah. Saya tiada masa. 435 00:49:25,680 --> 00:49:28,479 Cakaplah. - Saya akan hantar kepada awak perincian... 436 00:49:28,480 --> 00:49:32,699 ...tiga orang yang akan tiba di Eropah. Setiap seorang bawa sekilo dadah. 437 00:49:32,720 --> 00:49:35,999 Tangkap mereka dan ambil dadah tu. Saya perlukannya nanti. 438 00:49:36,020 --> 00:49:38,839 Dadah itu dalam bentuk apa? Bar? Kapsul? 439 00:49:38,840 --> 00:49:42,439 Serbuk. Disorok dalam plastik di dalam usus mereka. 440 00:49:42,440 --> 00:49:45,459 Apa dia? - Berhati-hati ketika awak mengambilnya. 441 00:49:45,500 --> 00:49:48,160 Kesan dadah itu amat kuat. 442 00:49:53,300 --> 00:49:55,801 Percayalah cakap saya. 443 00:49:56,120 --> 00:49:58,839 Awak dah dapat? - Ya. 444 00:49:59,280 --> 00:50:02,727 Bagus. Saya mengharapkan awak. 445 00:50:06,028 --> 00:50:08,228 Awak okey? 446 00:50:18,218 --> 00:50:21,918 Berlin - Jerman 447 00:50:28,120 --> 00:50:31,191 Itu orangnya! Tangkap dia! 448 00:50:39,880 --> 00:50:42,466 Sila ikut kami. 449 00:50:50,467 --> 00:50:53,767 Paris - Perancis 450 00:51:03,400 --> 00:51:06,090 Encik, sila ikut kami. 451 00:51:13,691 --> 00:51:17,291 Rom - Itali 452 00:51:21,280 --> 00:51:23,781 Selamat datang ke Rom. 453 00:51:30,960 --> 00:51:34,659 Selamat pagi, encik. Sila ikut saya. 454 00:51:35,120 --> 00:51:37,426 Ya, tentulah. 455 00:51:54,000 --> 00:51:56,001 Del Rio. 456 00:51:56,280 --> 00:51:59,939 Terima kasih hubungi saya semula. - Kami dah tangkap dia. 457 00:51:59,960 --> 00:52:03,499 Terima kasih banyak. Saya akan hantar fail pemindahannya. 458 00:52:04,680 --> 00:52:07,481 Ketiga-tiganya dah ditangkap. 459 00:52:10,280 --> 00:52:12,299 Tuan-tuan dan puan-puan... 460 00:52:12,300 --> 00:52:15,860 ...kita akan mula mendarat di Paris Charles de Gaulle. 461 00:52:23,720 --> 00:52:26,539 Cik, saya terpaksa minta awak simpan komputer sekarang. 462 00:52:26,540 --> 00:52:29,179 Awak patut cuci hidung awak. - Maaf? 463 00:52:29,200 --> 00:52:31,880 Boleh saya minta segelas champagne? 464 00:52:32,420 --> 00:52:34,710 Ya, tentulah. 465 00:52:37,560 --> 00:52:41,259 Boleh hantarkan champagne kepada dia? Hidung saya berdarah. 466 00:52:52,840 --> 00:52:55,383 Cik, ini champagne awak. 467 00:52:55,920 --> 00:52:57,999 Terima kasih. 468 00:52:58,000 --> 00:53:01,870 Maafkan saya, tapi awak perlu tutup meja awak sekarang. 469 00:53:02,100 --> 00:53:04,126 Tentulah. 470 00:53:12,960 --> 00:53:15,371 Untuk pengetahuan. 471 00:53:25,280 --> 00:53:29,143 Jika habitatnya tidak menguntungkan atau tidak memelihara... 472 00:53:37,900 --> 00:53:40,704 Sel akan memilih untuk berkekalan. 473 00:53:45,840 --> 00:53:49,503 Dalam kata lain, kemampuan diri dan pengurusan diri. 474 00:54:05,160 --> 00:54:07,241 Tidak, Cik! 475 00:54:08,520 --> 00:54:11,399 Awak kena duduk! Cik! 476 00:54:17,540 --> 00:54:22,580 Cik, buka pintu! Awak mesti kembali ke tempat duduk awak! 477 00:54:23,720 --> 00:54:26,529 Kita dah nak mendarat. Tolong buka pintu. 478 00:54:27,520 --> 00:54:30,730 Tolong cakap sesuatu. Awak okey? Cik? 479 00:54:35,280 --> 00:54:37,789 Cik, tolong buka pintu! 480 00:54:41,200 --> 00:54:44,087 Buat sesuatu. Tolong saya. 481 00:54:53,520 --> 00:54:56,060 Kita dah nak mendarat! Buka pintu! 482 00:55:04,560 --> 00:55:08,321 Cik, awak okey? Cakaplah sesuatu! 483 00:55:15,560 --> 00:55:19,619 Dengan parut di bawah perutnya? - Masih baru, ada benang. 484 00:55:19,720 --> 00:55:22,479 Bagaimana keadaan dia? - Baik. Dia sedang tidur. 485 00:55:22,480 --> 00:55:26,151 Dengan suntikan yang saya bagi, dia akan pengsan sepanjang hari ni. 486 00:56:07,560 --> 00:56:10,179 Doktor, dia dah terjaga. - Awak pasti? 487 00:56:10,180 --> 00:56:13,005 Dia sedang duduk di atas katil. 488 00:56:16,640 --> 00:56:19,439 Itu dia. - Awak tak ikat dia? 489 00:56:19,540 --> 00:56:21,588 Dah. 490 00:56:21,660 --> 00:56:23,999 Cik, jangan bergerak. 491 00:56:24,040 --> 00:56:28,559 Saya nak bercakap dengan awak sendirian. - Saya nak awak angkat tangan. 492 00:56:48,720 --> 00:56:51,590 Awak dah ambil bungkusan tu? 493 00:56:51,960 --> 00:56:53,961 Ya. 494 00:56:54,000 --> 00:56:56,759 Di mana? - Ia selamat. 495 00:56:57,040 --> 00:57:01,559 Di sini, di Paris. - Ia akan lebih selamat bersama saya. 496 00:57:19,140 --> 00:57:22,230 Jangan letak kereta di situ. Alihkannya. 497 00:57:30,160 --> 00:57:33,119 Bagi pihak polis, ini kes yang pelik. 498 00:57:33,120 --> 00:57:35,359 Tapi sejujurnya... 499 00:57:35,360 --> 00:57:38,399 ...apa yang awak buat tadi menakutkan saya. 500 00:57:38,400 --> 00:57:42,639 Tidurkan semua orang begitu. Perlukah saya risaukan mereka? 501 00:57:42,840 --> 00:57:44,921 Tidak. 502 00:57:45,280 --> 00:57:47,466 Baguslah. 503 00:58:08,160 --> 00:58:11,419 Awak keberatan? - Tidak. 504 00:58:28,840 --> 00:58:32,699 Apa tu? - Bahasa Korea. Biar saya pandu. 505 00:58:33,400 --> 00:58:36,099 Tidak, tidak. Ini kereta polis! 506 00:58:36,100 --> 00:58:40,159 Awak tak boleh memandunya, cik. Ini kereta polis. 507 00:58:42,280 --> 00:58:44,586 Baiklah, baiklah. 508 00:58:51,600 --> 00:58:53,601 Mari pergi. 509 00:58:57,240 --> 00:59:01,459 Encik, maafkan saya. Saya perlu bercakap dengan seseorang. 510 00:59:01,640 --> 00:59:03,719 Cakaplah dengan polis tu. 511 00:59:03,720 --> 00:59:06,720 Saya warga Jerman dan saya perlukan peguam. 512 00:59:06,780 --> 00:59:09,819 Awak uruskannya. - Belikan kami makanan. 513 00:59:38,160 --> 00:59:41,719 Awak selalu memandu begini? - Saya tak pernah memandu sebelum ni. 514 00:59:41,740 --> 00:59:43,741 Baguslah. 515 00:59:48,320 --> 00:59:51,322 Ini jalan sehala. - Kita dah lewat. 516 01:00:12,800 --> 01:00:16,859 Saya lebih rela lewat daripada mati. - Kita takkan matilah. 517 01:01:05,400 --> 01:01:08,659 Maaf, encik. Saya rasa tak sedap badan. 518 01:01:15,440 --> 01:01:18,320 Saya okey, saya okey. 519 01:01:30,320 --> 01:01:33,899 Saya akan arahkan mereka berhenti ekori kita. - Tak perlu. 520 01:02:15,840 --> 01:02:18,041 Saya belikan awak daging... 521 01:02:55,520 --> 01:02:58,321 Beri saya beg tu. 522 01:02:58,440 --> 01:03:01,646 Bunuh dia dan ambil bungkusan dadah pada dia. 523 01:03:17,560 --> 01:03:20,762 Jangan tercegat, bunuh dia! 524 01:04:07,580 --> 01:04:09,627 Buka. 525 01:04:22,280 --> 01:04:26,499 Mari pergi. - Rasanya saya tak banyak membantu awak. 526 01:04:30,800 --> 01:04:34,301 Ya, awak boleh membantu. - Bantu apa? 527 01:04:40,480 --> 01:04:44,345 Sebagai peringatan. Boleh kita pergi? 528 01:05:12,160 --> 01:05:16,419 Kita nak pergi mana? - Ambil simpang kiri pertama. 529 01:05:17,520 --> 01:05:19,581 Baiklah. 530 01:05:29,720 --> 01:05:32,021 Ke tepi! 531 01:05:34,440 --> 01:05:37,290 Ikut kereta tadi. 532 01:05:39,840 --> 01:05:41,880 Profesor? 533 01:05:42,040 --> 01:05:44,099 Helo? - Lucy. 534 01:05:44,100 --> 01:05:46,379 Ini dia. 535 01:05:47,560 --> 01:05:49,999 Awak di Paris? - Ya, betul. 536 01:05:50,000 --> 01:05:54,619 Bagus, bagus. Saya bukan berada di hotel. 537 01:05:54,620 --> 01:05:57,759 Saya berada di universiti di mana saya menghimpunkan... 538 01:05:57,840 --> 01:06:01,259 ...beberapa rakan sejawatan saya untuk bincangkan kes awak. 539 01:06:01,260 --> 01:06:04,359 Pakar dalam bidang masing-masing dan boleh dipercayai. 540 01:06:04,360 --> 01:06:06,999 Saya percayakan awak. - Terima kasih. 541 01:06:07,060 --> 01:06:10,399 Boleh awak datang jumpa kami di universiti? 542 01:06:13,760 --> 01:06:17,219 Saya gembira dapat jumpa awak. 543 01:06:17,240 --> 01:06:20,059 Begitu juga saya. - Saya Kapten Del Rio. 544 01:06:20,080 --> 01:06:22,411 Apa khabar? 545 01:06:22,880 --> 01:06:26,039 Mari saya perkenalkan rakan sejawat saya. 546 01:06:26,040 --> 01:06:29,119 Ini Profesor Cartier, pakar pembedahan neuron. 547 01:06:29,120 --> 01:06:32,109 Saya kenal awak semua. 548 01:06:32,120 --> 01:06:35,599 Tentulah. Tuan-tuan, ini Lucy. 549 01:06:35,600 --> 01:06:39,679 Wanita pertama yang... Maksud saya... 550 01:06:39,720 --> 01:06:43,079 Seperti yang saya cakap tadi, Cik Lucy telah... 551 01:06:43,080 --> 01:06:45,619 Dia masih misteri bagi saya. 552 01:06:45,620 --> 01:06:49,079 Dia telah membuka bahagian tertentu dari otaknya... 553 01:06:49,080 --> 01:06:51,959 ...yang memberikan akses... 554 01:06:51,960 --> 01:06:55,611 ...kepada zon-zon otak yang masih belum dijelajah. 555 01:06:55,640 --> 01:06:58,499 Dia memiliki kelebihan. 556 01:06:58,500 --> 01:07:02,039 Boleh tunjukkan contoh? - Anak gadis awak, Gabrielle, 6 tahun... 557 01:07:02,040 --> 01:07:05,859 ...meninggal dalam kemalangan kereta. Kereta biru, tempat duduk kulit... 558 01:07:05,920 --> 01:07:09,600 ...buruk plastik tergantung pada cermin pandang belakang. 559 01:07:25,440 --> 01:07:28,642 Bos, 5 orang kita tewas di hospital. Maaf. 560 01:07:28,840 --> 01:07:33,319 Berapa yang masih ada? - Kira-kira 25 orang bersama saya. 561 01:07:33,400 --> 01:07:36,699 Gadis tak guna tu, dia tak mudah menyerah. 562 01:07:36,700 --> 01:07:39,101 Dia ahli sihir. 563 01:07:39,840 --> 01:07:42,151 Saya tahu. 564 01:07:42,640 --> 01:07:45,922 Saya sendiri yang akan bunuh dia. 565 01:07:49,720 --> 01:07:52,239 Mereka menuju ke sini. Boleh awak berkawal di bilik ni? 566 01:07:52,240 --> 01:07:54,959 Saya perlu kekal fokus. - Tentulah. 567 01:07:59,600 --> 01:08:01,681 Cepatlah. 568 01:08:10,920 --> 01:08:14,979 Macam mana awak mengakses semua maklumat ini? - Impuls elektrikal. 569 01:08:15,040 --> 01:08:18,279 Setiap sel tahu dan berhubung dengan sel yang lain. 570 01:08:18,280 --> 01:08:21,919 Mereka saling bertukar ribuan maklumat pada setiap saat. 571 01:08:21,920 --> 01:08:25,199 Semua sel bergabung, membentuk jaringan komunikasi gergasi... 572 01:08:25,200 --> 01:08:27,731 ...dan membentuk bahan. 573 01:08:27,800 --> 01:08:31,331 Sel-sel bergabung, mengambil satu bentuk. 574 01:08:31,400 --> 01:08:35,819 Kecacatan, pemulihan. Tiada beza. Semuanya sama. 575 01:08:36,360 --> 01:08:39,959 Manusia anggap diri mereka unik. Jadi, mereka merungkai teori... 576 01:08:40,040 --> 01:08:43,879 ...kewujudan keunikan mereka. Satu ialah unit ukuran mereka. 577 01:08:43,920 --> 01:08:48,479 Sebenarnya tidak. Semua sistem sosial ciptaan kita cuma sekadar lakaran. 578 01:08:48,560 --> 01:08:51,259 1+1 = 2. Itulah yang kita belajar. 579 01:08:51,260 --> 01:08:54,319 Tapi 1+1 tak pernah bersamaan dengan 2. 580 01:08:54,320 --> 01:08:57,399 Hakikatnya, nombor dan huruf tak pernah wujud. 581 01:08:57,400 --> 01:09:01,239 Kita telah mengekod kewujudan kita untuk jadikannya sebesar saiz manusia... 582 01:09:01,240 --> 01:09:05,199 ...supaya mudah difahami. Kita cipta skala supaya... 583 01:09:05,201 --> 01:09:09,080 ...kita dapat lupakan skala yang tak dapat diduga. 584 01:09:11,280 --> 01:09:14,119 Tapi kalau manusia bukan unit ukuran... 585 01:09:14,120 --> 01:09:17,605 ...dan dunia tidak dikawal oleh hukum matematik... 586 01:09:17,620 --> 01:09:20,426 ...apa pula yang mengawalnya? 587 01:09:21,140 --> 01:09:23,879 Bayangkan kereta memecut di jalan raya. 588 01:09:23,880 --> 01:09:28,759 Lajukan gambaran ini tanpa had, dan kereta itupun hilang. 589 01:09:31,340 --> 01:09:34,619 Jadi, apa bukti yang kita ada terhadap kewujudannya? 590 01:09:34,620 --> 01:09:37,459 Masa yang memberikan hak kewujudannya. 591 01:09:37,460 --> 01:09:40,699 Masa satu-satunya unit ukuran yang sejati. 592 01:09:40,700 --> 01:09:44,259 Masa memberikan bukti kewujudan bahan. 593 01:09:44,260 --> 01:09:47,850 Tanpa masa, kita takkan wujud. 594 01:09:54,420 --> 01:09:57,001 Masa adalah perpaduan. 595 01:10:04,200 --> 01:10:07,628 Geledah seluruh bangunan ni dan cari dia! 596 01:10:10,160 --> 01:10:13,303 Kita takkan dapat tahan mereka lebih lama lagi. 597 01:10:13,400 --> 01:10:16,404 Kalau begitu, masa untuk lakukannya. 598 01:10:28,160 --> 01:10:31,379 Awak pasti awak perlukan dos sebanyak ni? 599 01:10:31,380 --> 01:10:34,839 Saya bimbang awak takkan selamat. - Beberapa sel tubuh saya akan melawan... 600 01:10:34,860 --> 01:10:37,499 ...dan pertahankan integritinya sehingga penghujung. 601 01:10:37,500 --> 01:10:40,999 Untuk meraih peratus yang terakhir, saya harus memaksanya... 602 01:10:41,000 --> 01:10:44,287 ...untuk membuka sel-sel sehingga ke nukleusnya. 603 01:10:52,240 --> 01:10:55,327 Tapi semua pengetahuan ini, Lucy... 604 01:10:56,100 --> 01:10:59,419 ...saya tak pasti manusia sudah bersedia untuknya. 605 01:10:59,420 --> 01:11:02,639 Kita sentiasa didorong oleh kekuasaan dan keuntungan. 606 01:11:02,640 --> 01:11:05,404 Jika melihat sifat semula jadi manusia... 607 01:11:05,460 --> 01:11:09,503 ...ia mungkin cuma akan membawa ketidakstabilan dan huru-hara. 608 01:11:12,640 --> 01:11:15,659 Kejahilan yang membawa huru-hara, bukan pengetahuan. 609 01:11:15,660 --> 01:11:19,159 Saya akan bina sebuah komputer dan memuat turun semua pengetahuan saya. 610 01:11:19,160 --> 01:11:23,799 Saya akan fikirkan cara untuk awak mengaksesnya. - Ya. 611 01:11:23,880 --> 01:11:27,889 Saya cuma berharap kami tak sia-siakan pengorbanan awak. 612 01:11:37,360 --> 01:11:39,900 Jangan sesiapa bergerak! 613 01:11:55,880 --> 01:11:58,887 Awak faham bahasa Inggeris? 614 01:13:00,120 --> 01:13:04,699 Apa yang dia buat? - Dia mencari tenaga dan bahan. 615 01:13:08,240 --> 01:13:12,262 Dan dia cuba berhubung dengan komputer kita. 616 01:13:51,840 --> 01:13:54,599 Chong-Ju! - Saya di sini, bos. 617 01:13:54,620 --> 01:13:58,039 Buatlah sesuatu. - Baik, bos. 618 01:13:59,280 --> 01:14:01,581 Awak semua, cepat. 619 01:14:02,360 --> 01:14:04,361 Sedia? 620 01:14:05,180 --> 01:14:07,481 Awak okey? 621 01:14:08,520 --> 01:14:11,370 Panggil pasukan perubatan. Cepat. 622 01:14:14,880 --> 01:14:17,720 Oh, Tuhan. Apa yang berlaku? 623 01:14:27,280 --> 01:14:32,099 Apa yang dia sedang bina? - Komputer generasi baru, rasanya. 624 01:20:51,320 --> 01:20:53,621 Di mana dia? 625 01:20:56,680 --> 01:20:59,719 Di mana dia? Jawablah. 626 01:21:00,480 --> 01:21:03,379 Jawablah! - Hei, awak! 627 01:21:20,080 --> 01:21:23,381 Tengok. Komputer tu bergerak. 628 01:21:51,040 --> 01:21:53,621 Di mana dia? 629 01:22:00,022 --> 01:22:02,522 "Saya ada di mana-mana" 630 01:22:21,320 --> 01:22:25,199 Kehidupan telah dianugerahkan kepada kita sejak 10 juta tahun lalu. 631 01:22:25,200 --> 01:22:28,821 Sekarang anda tahu apa yang nak dilakukan dengannya. 632 01:22:29,422 --> 01:22:37,422 Sarikata Oleh: Amirul Hisham (Santiago)