1 00:00:31,449 --> 00:00:34,618 Kami akan ceritakan semula kisah dahulu kala... 2 00:00:34,619 --> 00:00:38,456 ...dan lihat sejauh mana anda mengetahuinya. 3 00:00:38,748 --> 00:00:41,758 Pada suatu masa dahulu, ada dua kerajaan yang... 4 00:00:41,759 --> 00:00:46,627 ...saling bermusuhan. Begitu besar perbalahan di antara mereka... 5 00:00:46,631 --> 00:00:49,641 ...sehingga dikatakan hanya seorang pahlawan hebat... 6 00:00:49,642 --> 00:00:53,020 ...atau penjahat kejam saja yang mampu menyatukan mereka. 7 00:00:53,021 --> 00:00:56,498 Dalam sebuah kerajaan, tinggallah manusia seperti anda dan saya... 8 00:00:56,499 --> 00:01:00,177 ...bersama raja yang bongkak dan tamak memerintahnya. 9 00:01:00,186 --> 00:01:03,546 Mereka sentiasa tidak senang dan iri hati dengan kekayaan... 10 00:01:03,547 --> 00:01:06,375 ...dan kecantikan negara jiran mereka. 11 00:01:06,434 --> 00:01:09,261 Dalam kerajaan lain, kerajaan Moors... 12 00:01:09,262 --> 00:01:13,691 ...tinggalah semua jenis makhluk aneh dan menakjubkan. 13 00:01:13,783 --> 00:01:16,868 Mereka tak perlukan raja mahupun permaisuri... 14 00:01:16,869 --> 00:01:19,896 ...tapi saling mempercayai antara satu sama lain. 15 00:01:20,665 --> 00:01:24,334 Di atas sebuah pokok besar di tebing kerajaan Moors... 16 00:01:24,335 --> 00:01:26,995 ...tinggal satu jiwa. 17 00:01:26,996 --> 00:01:30,299 Anda mungkin melihatnya sebagai seorang gadis... 18 00:01:30,300 --> 00:01:33,911 ...tapi dia bukanlah seperti mana-mana gadis lain. 19 00:01:34,012 --> 00:01:37,047 Dia seorang pari-pari. 20 00:02:04,109 --> 00:02:06,610 Dah pulih. 21 00:02:06,711 --> 00:02:10,529 Dan nama dia ialah Maleficent. 22 00:02:20,058 --> 00:02:23,559 Selamat pagi, En. Chanterelle! Saya suka topi awak! 23 00:02:29,234 --> 00:02:31,852 Tidak, jangan buat begitu! 24 00:02:36,115 --> 00:02:38,575 Tak kena! 25 00:02:39,244 --> 00:02:41,904 Selamat pagi. - Selamat pagi. 26 00:02:48,820 --> 00:02:51,663 Cantik cara awak berjalan, gadis! 27 00:03:07,589 --> 00:03:10,098 Kenapa kecoh ni? - Pengawal sempadan mendapati... 28 00:03:10,099 --> 00:03:12,375 Kenapa awak yang beritahu dia? Saya nak beritahu dia! 29 00:03:12,418 --> 00:03:15,243 Ada peraturan, Flittle. Kali ini giliran saya, lain kali awak. 30 00:03:15,321 --> 00:03:18,138 Awak dah beritahu sebelum ini, jadi kali ini giliran saya... 31 00:03:18,139 --> 00:03:20,899 ...dan lain kali giliran Thistlewit. - Beritahu saya apa? 32 00:03:20,951 --> 00:03:23,452 Baiklah! - Terima kasih. 33 00:03:23,463 --> 00:03:26,755 Maleficent, pengawal... - Pengawal sempadan telah menemui... 34 00:03:26,799 --> 00:03:29,634 ...manusia pencuri di kolam permata. 35 00:03:30,461 --> 00:03:32,796 Maafkan saya. 36 00:03:36,551 --> 00:03:39,644 Dia selalu tergesa-gesa, dengan sayap besarnya tu. 37 00:03:39,645 --> 00:03:43,388 Manusia di sini. Harap-harap tak berlaku perang lagi. 38 00:03:54,652 --> 00:03:56,886 Saya tak takut. 39 00:03:56,887 --> 00:04:00,524 Lagipun, saya tak pernah lihat manusia secara dekat. 40 00:04:00,825 --> 00:04:02,634 Keluar! 41 00:04:02,635 --> 00:04:05,654 Tak nak. Mereka akan bunuh saya. 42 00:04:05,655 --> 00:04:08,916 Lagipun, mereka sangat hodoh untuk dipandang. 43 00:04:09,184 --> 00:04:11,810 Itu sangat biadab. 44 00:04:11,811 --> 00:04:15,812 Jangan dengar cakap dia, Balthazar. Awak sebenarnya kacak. 45 00:04:17,475 --> 00:04:21,709 Memang tak elok mencuri, tapi kami takkan membunuh kerananya. 46 00:04:21,779 --> 00:04:25,080 Keluarlah. Keluar sekarang juga! 47 00:04:37,320 --> 00:04:40,913 Awak manusia dewasa? - Tidak. 48 00:04:41,658 --> 00:04:44,668 Saya percaya dia cuma seorang budak lelaki. 49 00:04:44,669 --> 00:04:48,354 Dan awak cuma seorang budak perempuan. Rasanya. 50 00:04:48,447 --> 00:04:51,973 Siapa awak? - Saya dipanggil "Stefan." 51 00:04:52,043 --> 00:04:55,569 Siapa awak? - Saya Maleficent. 52 00:04:58,466 --> 00:05:00,901 Ya, betul. 53 00:05:01,260 --> 00:05:05,087 Awak mesti pulangkannya. - Pulangkan apa? 54 00:05:25,576 --> 00:05:29,327 Kalau saya tahu awak akan buang, baik saya simpan saja. 55 00:05:29,330 --> 00:05:32,581 Mana ada saya buang. Saya kembalikannya ke tempat asal. 56 00:05:32,582 --> 00:05:35,785 Sama seperti yang saya akan buat pada awak. 57 00:05:38,423 --> 00:05:41,491 Suatu hari nanti, saya akan tinggal di sana. 58 00:05:41,492 --> 00:05:43,985 Di istana. 59 00:05:46,497 --> 00:05:49,374 Di mana awak tinggal sekarang? 60 00:05:49,642 --> 00:05:54,243 Dalam bangsal. - Jadi, mak dan ayah awak adalah petani? 61 00:05:54,272 --> 00:05:57,274 Mak dan ayah saya dah mati. 62 00:05:58,651 --> 00:06:01,177 Saya juga. 63 00:06:04,123 --> 00:06:08,591 Kita akan berjumpa lagi. - Awak tak patut kembali ke sini lagi. 64 00:06:08,619 --> 00:06:11,363 Ia tak selamat. 65 00:06:13,624 --> 00:06:17,475 Kalau saya pilih untuk kembali, awak akan ada di sini? 66 00:06:18,755 --> 00:06:20,797 Mungkin. 67 00:06:23,817 --> 00:06:26,493 Kenapa? - Cincin awak. 68 00:06:26,587 --> 00:06:30,146 Besi membakar pari-pari. - Saya minta maaf. 69 00:06:36,814 --> 00:06:39,683 Saya suka sayap awak. 70 00:06:40,401 --> 00:06:44,321 Maleficent memikirkan bagaimana Stefan rela membuang cincin itu... 71 00:06:44,322 --> 00:06:46,982 ...walaupun dia tidak mempunyai apa-apa... 72 00:06:46,983 --> 00:06:50,043 ...hanya supaya tangan mereka boleh bersentuhan lagi... 73 00:06:50,102 --> 00:06:52,929 ...dan jantungnya berdegup kencang. 74 00:06:52,930 --> 00:06:56,281 Begitu jugalah pencuri muda yang ingin mencuri permata... 75 00:06:56,700 --> 00:07:00,284 ...telah mencuri sesuatu yang jauh lebih berharga. 76 00:07:00,362 --> 00:07:02,406 Maleficent? 77 00:07:04,342 --> 00:07:06,351 Maleficent! 78 00:07:10,348 --> 00:07:13,915 Setelah beberapa minggu, awak datang semula. 79 00:07:15,378 --> 00:07:18,221 Saya rasa ianya berbaloi dengan risikonya. 80 00:07:18,222 --> 00:07:21,299 Jadi, apa yang awak buat untuk berseronok? 81 00:07:30,034 --> 00:07:34,663 Stefan dan Maleficent menjadi kawan yang sangat rapat. 82 00:07:34,664 --> 00:07:38,640 Dan untuk seketika, kelihatan seolah-olah... 83 00:07:38,709 --> 00:07:43,497 ...dendam lama antara manusia dan pari-pari telah dilupakan. 84 00:07:43,756 --> 00:07:48,585 Dan perlahan-lahan, persahabatan itu bertukar menjadi sesuatu. 85 00:07:54,834 --> 00:07:57,494 Dan pada hari lahirnya yang ke-16... 86 00:07:57,495 --> 00:08:00,572 ...Stefan memberikan Maleficent hadiah. 87 00:08:02,108 --> 00:08:05,635 Dia mengatakan yang itu ciuman cinta sejati. 88 00:08:07,864 --> 00:08:10,724 Tapi bukan itu hakikatnya. 89 00:08:11,909 --> 00:08:16,777 Saban tahun berlalu, impian Stefan telah menjauhkan dia dari Maleficent... 90 00:08:16,789 --> 00:08:21,009 ...dan membawanya ke arah godaan kerajaan manusia. 91 00:08:21,210 --> 00:08:24,596 Manakala Maleficent, pari-pari yang terkuat... 92 00:08:24,597 --> 00:08:28,258 ...diangkat menjadi pelindung kerajaan Moors. 93 00:09:14,622 --> 00:09:17,440 Maleficent sering merayau seorang diri... 94 00:09:17,441 --> 00:09:21,044 ...dan ada kalanya tertanya-tanya di mana Stefan berada... 95 00:09:21,045 --> 00:09:24,923 ...kerana dia belum memahami ketamakan dan iri hati lelaki. 96 00:09:25,174 --> 00:09:28,035 Tapi dia akan faham. 97 00:09:28,085 --> 00:09:32,310 Raja manusia pula telah mengetahui kuasa Moors yang semakin hebat... 98 00:09:32,356 --> 00:09:35,876 ...dan dia cuba menyerang mereka. 99 00:09:56,138 --> 00:09:58,674 Pengawal, berhenti! 100 00:09:59,016 --> 00:10:01,359 Pengawal, berhenti! 101 00:10:11,679 --> 00:10:14,197 Itupun mereka. 102 00:10:14,231 --> 00:10:18,201 Kerajaan Moors yang misteri dan tiada siapa berani terokai... 103 00:10:18,202 --> 00:10:22,022 ...kerana takut akan makhluk ajaib yang menanti di sana. 104 00:10:22,123 --> 00:10:24,925 Beta perintahkan, musnahkan mereka! 105 00:10:44,103 --> 00:10:47,130 Jangan melangkah lagi! 106 00:10:47,982 --> 00:10:53,849 Seorang raja tak akan terima arahan dari makhluk halus bersayap. 107 00:10:56,240 --> 00:11:00,027 Awak bukanlah raja bagi saya. 108 00:11:05,958 --> 00:11:09,010 Bawakan saya kepalanya. - Batalion! 109 00:11:12,715 --> 00:11:14,599 Mara! 110 00:11:19,597 --> 00:11:22,832 Bangkit dan berjuanglah bersama saya! 111 00:11:27,271 --> 00:11:29,773 Pertahankan barisan! 112 00:11:41,619 --> 00:11:44,619 Itulah makhluk kegelapan! 113 00:12:05,309 --> 00:12:08,145 Serang! 114 00:13:05,019 --> 00:13:07,112 Awak! 115 00:13:09,907 --> 00:13:12,517 Ke arah raja! 116 00:13:18,215 --> 00:13:22,825 Awak takkan dapat tundukkan Moors! Tidak selama-lamanya! 117 00:14:02,551 --> 00:14:05,712 Ketika beta dikurniakan takhta... 118 00:14:06,722 --> 00:14:10,007 ...beta telah berjanji pada rakyat jelata... 119 00:14:10,008 --> 00:14:13,420 ...suatu hari nanti kita akan merampas... 120 00:14:13,437 --> 00:14:16,640 ...kerajaan Moors dan khazanahnya. 121 00:14:17,107 --> 00:14:19,309 Setiap dari kamu... 122 00:14:19,401 --> 00:14:23,112 ...telah mengangkat sumpah taat setia kepada saya.... 123 00:14:23,113 --> 00:14:25,640 ...dan atas sebab itu. 124 00:14:30,788 --> 00:14:32,789 Tuanku. 125 00:14:35,626 --> 00:14:38,478 Tewas dalam pertempuran. 126 00:14:38,479 --> 00:14:42,231 Inikah yang akan menjadi warisan beta? 127 00:14:42,232 --> 00:14:46,336 Beta faham kamu sedang menanti kemangkatan beta. 128 00:14:46,428 --> 00:14:50,239 Sudah tak lama lagi. Tapi apa akan jadi selepas itu? 129 00:14:50,240 --> 00:14:53,017 Beta akan memilih pengganti... 130 00:14:53,026 --> 00:14:57,054 ...untuk mengambil alih takhta dan menjaga puteri beta. 131 00:14:57,398 --> 00:15:01,207 Siapakah di antara kamu yang layak? 132 00:15:02,278 --> 00:15:07,105 Bunuh makhluk bersayap itu. Tuntut bela untuk beta... 133 00:15:07,475 --> 00:15:12,028 ...dan selepas kemangkatan beta, kamu ambillah mahkota. 134 00:15:38,814 --> 00:15:40,924 Maleficent. 135 00:15:41,609 --> 00:15:43,969 Maleficent! 136 00:15:51,243 --> 00:15:55,004 Jadi, macam mana kehidupan bersama manusia? 137 00:15:57,166 --> 00:16:00,668 Maleficent, saya datang untuk mengingatkan awak. 138 00:16:00,669 --> 00:16:03,512 Mereka mahu bunuh awak. 139 00:16:03,564 --> 00:16:06,658 Raja Henry takkan berhenti. 140 00:16:08,302 --> 00:16:12,255 Tolonglah, awak mesti percayakan saya. 141 00:16:15,392 --> 00:16:18,169 Mereka bercakap tentang banyak perkara... 142 00:16:18,170 --> 00:16:20,821 ...dan tahun silih berganti. 143 00:16:20,898 --> 00:16:25,902 Dan dia memaafkan Stefan atas kebodohan dan impiannya. 144 00:16:25,903 --> 00:16:29,856 Dan semuanya kembali seperti sedia kala. 145 00:16:31,676 --> 00:16:34,169 Awak dahaga? 146 00:17:08,320 --> 00:17:10,355 Maleficent? 147 00:19:25,541 --> 00:19:27,542 Apa ni? 148 00:19:29,670 --> 00:19:33,222 Patik telah menuntut bela bagi pihak tuanku. 149 00:19:33,757 --> 00:19:36,759 Dia sudah mati? 150 00:19:38,579 --> 00:19:41,422 Awak telah lakukan dengan baik, nak. 151 00:19:41,423 --> 00:19:44,833 Awak dah lakukan apa yang lain takut untuk laksanakan. 152 00:19:44,901 --> 00:19:47,903 Awak akan diberi ganjaran. 153 00:19:49,106 --> 00:19:54,018 Patik akan buat yang terbaik untuk menjadi pengganti yang layak. 154 00:19:54,152 --> 00:19:56,212 Tuanku. 155 00:22:07,211 --> 00:22:09,837 Saya dapat awak! 156 00:22:13,400 --> 00:22:16,402 Burung jahat! - Jadilah manusia. 157 00:22:29,458 --> 00:22:32,018 Itu iblis! 158 00:22:44,514 --> 00:22:47,341 Apa awak dah buat pada tubuh indah saya? 159 00:22:47,342 --> 00:22:50,902 Awak lebih rela saya biarkan mereka pukul awak sampai mati? 160 00:22:51,079 --> 00:22:54,296 Saya tak pasti. - Berhenti merungut. 161 00:22:54,624 --> 00:22:57,718 Saya dah selamatkan nyawa awak. 162 00:22:59,279 --> 00:23:01,614 Maafkan saya. 163 00:23:01,631 --> 00:23:04,999 Apa saya patut panggil awak? - Diaval. 164 00:23:05,327 --> 00:23:09,344 Sebagai balasan kerana selamatkan saya, saya hamba awak. 165 00:23:09,598 --> 00:23:12,641 Apa saja yang awak perlukan. 166 00:23:12,701 --> 00:23:14,727 Sayap. 167 00:23:15,420 --> 00:23:18,614 Saya mahu awak menjadi sayap saya. 168 00:23:36,792 --> 00:23:40,169 Saya persembahkan kepada kamu buat kali pertamanya... 169 00:23:40,170 --> 00:23:44,248 ...Duli Yang Teramat Mulia Raja Stefan. 170 00:24:06,530 --> 00:24:11,542 Dia buat begini kepada saya supaya dia dapat jadi raja. 171 00:24:30,971 --> 00:24:33,697 Sekarang apa, Puan? 172 00:25:11,011 --> 00:25:13,562 Sayap dia! 173 00:26:00,310 --> 00:26:02,544 Anak perempuan. 174 00:26:02,545 --> 00:26:05,055 Anak perempuan! Anak perempuan! 175 00:26:29,381 --> 00:26:33,040 Saya tak nampak apa-apa. Tapi di sana ada... 176 00:26:34,261 --> 00:26:36,262 Apa? 177 00:26:37,897 --> 00:26:40,332 Anak. 178 00:26:40,850 --> 00:26:44,587 Raja Stefan dan Permaisuri telah menimang anak. 179 00:26:48,525 --> 00:26:51,394 Akan ada upacara pembaptisan. 180 00:26:51,486 --> 00:26:54,996 Katanya yang ia akan diadakan sambutan meriah. 181 00:26:55,115 --> 00:26:59,961 Sambutan meriah untuk seorang bayi. 182 00:27:00,996 --> 00:27:03,740 Sungguh menarik. 183 00:27:19,556 --> 00:27:22,891 Semua penduduk datang untuk upacara pembaptisan itu... 184 00:27:22,892 --> 00:27:27,160 ...termasuklah tiga pari-pari yang diminta menjaga keamanan dan muhibah. 185 00:27:27,230 --> 00:27:30,473 Tengok, itulah bayinya! - Saya suka bayi! 186 00:27:30,608 --> 00:27:34,259 Boleh tak tumpukan perhatian? Saya takkan cakap lagi. 187 00:27:41,286 --> 00:27:44,079 Salam sejahtera, Tuanku. 188 00:27:44,080 --> 00:27:47,174 Saya Knotgrass dari bangsa pari-pari kerajaan Moors. 189 00:27:47,175 --> 00:27:51,634 Saya Flittle, Tuanku. - Dan saya Thistlewit, Tuanku. 190 00:27:52,781 --> 00:27:55,624 Mereka bawakan hadiah untuk anak kita. 191 00:27:55,717 --> 00:27:59,801 Ini bukan hadiah biasa. Kami ada kuasa ajaib. 192 00:28:00,789 --> 00:28:03,849 Dan sangat bagus untuk kanak-kanak. 193 00:28:06,269 --> 00:28:08,337 Baiklah. 194 00:28:11,441 --> 00:28:15,361 Aurora yang manis, saya kurniakan kepada awak... 195 00:28:15,362 --> 00:28:18,431 ...hadiah kecantikan. 196 00:28:23,161 --> 00:28:27,122 Saya harap awak tak akan pernah bermuram... 197 00:28:27,123 --> 00:28:31,552 ...hanya kebahagiaan, setiap hari sepanjang hidup awak. 198 00:28:36,466 --> 00:28:38,793 Bayi manis... 199 00:28:38,885 --> 00:28:42,254 ...saya harap awak akan menemui... 200 00:29:02,992 --> 00:29:05,028 Maleficent! 201 00:29:23,221 --> 00:29:27,458 Majlis yang bergemerlapan, Raja Stefan. 202 00:29:31,354 --> 00:29:37,021 Kerabat diraja, bangsawan, golongan atasan dan... 203 00:29:39,237 --> 00:29:41,747 Aneh tapi menarik. 204 00:29:42,782 --> 00:29:45,801 Malah rakyat yang hina juga. 205 00:29:51,875 --> 00:29:54,384 Saya harus akui... 206 00:29:54,385 --> 00:29:58,973 ...saya berasa sangat kesal kerana tak menerima jemputan. 207 00:29:59,449 --> 00:30:02,534 Awak tak dialu-alukan di sini. 208 00:30:10,560 --> 00:30:14,411 Oh, sayang. Situasi yang janggal. 209 00:30:14,898 --> 00:30:17,699 Awak tak tersinggung? 210 00:30:17,901 --> 00:30:20,553 Semestinya tidak. 211 00:30:22,572 --> 00:30:26,575 Dan untuk menunjukkan saya tak berkecil hati... 212 00:30:26,576 --> 00:30:30,821 ...saya juga akan kurniakan hadiah kepada bayi ini. 213 00:30:31,122 --> 00:30:33,982 Tidak! Kami tak mahu hadiah awak! 214 00:30:36,419 --> 00:30:40,070 Jauhi puteri ini! - Ya, jauhkan diri! 215 00:30:57,440 --> 00:31:00,483 Dengar baik-baik, kamu semua. 216 00:31:02,487 --> 00:31:08,614 Puteri ini tentu akan membesar dalam kerahmatan dan kecantikan... 217 00:31:08,668 --> 00:31:12,521 ...disayangi oleh semua yang menemuinya. 218 00:31:12,522 --> 00:31:15,140 Hadiah yang indah. 219 00:31:18,253 --> 00:31:20,862 Jangan buat begini. 220 00:31:35,228 --> 00:31:37,454 Tapi... 221 00:31:38,481 --> 00:31:43,978 ...sebelum matahari terbenam pada hari lahir ke-16 nya... 222 00:31:43,987 --> 00:31:48,012 ...dia akan mencucuk jarinya pada jarum roda pintal... 223 00:31:48,049 --> 00:31:51,510 ...dan terus lelap seolah-olah sudah mati... 224 00:31:51,586 --> 00:31:56,098 ...tidur yang tidak akan ada bangunnya. 225 00:31:56,541 --> 00:32:00,085 Maleficent, tolong jangan buat begini. Saya merayu pada awak. 226 00:32:01,379 --> 00:32:04,398 Saya suka rayuan awak. 227 00:32:05,341 --> 00:32:07,910 Merayulah lagi. 228 00:32:25,078 --> 00:32:27,887 Saya merayu pada awak. 229 00:32:28,781 --> 00:32:30,858 Baiklah. 230 00:32:34,537 --> 00:32:39,992 Puteri boleh dibangunkan dari tidur matinya... 231 00:32:40,543 --> 00:32:43,570 ...tapi hanya melalui... 232 00:32:43,713 --> 00:32:46,782 ...ciuman cinta sejati. 233 00:32:48,243 --> 00:32:51,486 Sumpahan ini akan berkekalan selama-lamanya! 234 00:32:51,487 --> 00:32:55,157 Tiada kuasa di muka bumi mampu mengubahnya. 235 00:33:09,806 --> 00:33:13,625 Raja Stefan arahkan orangnya merampas setiap roda pintal... 236 00:33:13,627 --> 00:33:17,458 ...dalam kerajaan itu. Roda-roda itu dimusnahkan dan dibakar... 237 00:33:17,497 --> 00:33:21,014 ...supaya tak dapat digunakan dan dibuang ke dalam... 238 00:33:21,015 --> 00:33:24,378 ...kurungan bawah tanah paling dalam di istana. 239 00:33:24,420 --> 00:33:27,747 Secara diam-diam, dia amanahkan keselamatan anaknya... 240 00:33:27,748 --> 00:33:31,017 ...kepada pari-pari kecil ajaib yang akan membawanya... 241 00:33:31,026 --> 00:33:36,277 ...ke tempat persembunyian terpencil selama 16 tahun dan sehari. 242 00:33:39,377 --> 00:33:43,772 Stefan mengurung dirinya di sebalik dinding istananya... 243 00:33:43,773 --> 00:33:47,075 ...sementara tenteranya menunggang jauh dan merata... 244 00:33:47,076 --> 00:33:50,162 ...untuk memburu Maleficent. 245 00:33:50,188 --> 00:33:53,481 Tapi Maleficent turut membina dindingnya sendiri... 246 00:33:53,482 --> 00:33:56,985 ...supaya kerajaan Moors tak akan lagi menderita disentuh... 247 00:33:56,986 --> 00:33:59,788 ...mana-mana manusia. 248 00:34:00,707 --> 00:34:03,750 Dan dia berseronok dalam kedukaan... 249 00:34:03,751 --> 00:34:07,262 ...di atas sumpahan yang telah dibawa olehnya. 250 00:34:10,199 --> 00:34:13,018 Pari-pari itu memulakan tugas mereka... 251 00:34:13,019 --> 00:34:17,222 ...membesarkan Aurora di sebuah pondok kecil di hutan. 252 00:34:17,223 --> 00:34:20,300 Tidak! Inikah bendanya? 253 00:34:20,601 --> 00:34:23,844 Nampak teruk. - Marilah. 254 00:34:25,506 --> 00:34:28,165 Kita perlukan bayi yang lebih kecil... 255 00:34:28,276 --> 00:34:33,568 Atau tubuh yang lebih besar. - Tak, kita perlukan penyamaran. 256 00:34:33,740 --> 00:34:37,357 Apa maksud awak? - Kita perlulah bersepadu, bukan? 257 00:34:37,368 --> 00:34:40,411 Kita perlu cukup besar untuk menjaga bayi ini. 258 00:34:40,412 --> 00:34:43,457 Jadi, mari kita berkumpul. 259 00:34:43,666 --> 00:34:47,703 Bersedia. Satu, dua, tiga, membesar! 260 00:34:51,424 --> 00:34:54,293 Ia berhasil. Sangat cantik. 261 00:34:54,844 --> 00:34:57,878 Sekarang, tiada lagi persoalan. Kita bukan pari-pari lagi. 262 00:34:57,889 --> 00:35:01,097 Kita tiga wanita petani yang membesarkan anak yatim di hutan. 263 00:35:01,150 --> 00:35:03,860 Ya. - Jadi, tiada lagi terbang. 264 00:35:03,861 --> 00:35:07,679 Tiada lagi terbang? - Bukan. Tiada juga sihir. 265 00:35:07,690 --> 00:35:10,482 Tiada sihir? Tapi kita di tengah-tengah hutan. 266 00:35:10,493 --> 00:35:13,695 Sekurang-kurangnya tiada siapa akan jumpa kita di sini. 267 00:35:19,535 --> 00:35:23,205 Itupun awak. Kenapa awak selalu menyorok? 268 00:35:43,893 --> 00:35:47,955 Sungguh hodoh, saya hampir rasa simpati untuknya. 269 00:35:57,198 --> 00:36:00,292 Saya benci awak. Makhluk hodoh. 270 00:36:06,207 --> 00:36:09,768 Pari-pari itu gagal menjalankan tugas mereka. 271 00:36:10,711 --> 00:36:14,112 Kenapa dia menangis? - Mungkin dia lapar. 272 00:36:14,824 --> 00:36:17,559 Jadi, bagilah dia makan! 273 00:36:37,321 --> 00:36:41,191 Dia pasti akan terus kelaparan kalau mereka yang jaga. 274 00:36:53,129 --> 00:36:55,372 Gelilah. 275 00:37:23,041 --> 00:37:25,542 Apa? - Awak main tipu. 276 00:37:25,586 --> 00:37:28,628 Saya nampak! - Kita mulakan semula. 277 00:37:29,123 --> 00:37:32,618 Kambing buncit tamak! 278 00:37:34,420 --> 00:37:36,963 Kambing buncit. 279 00:37:39,926 --> 00:37:43,977 Berhenti buat begitu. - Saya tak buat apa-apa. 280 00:37:45,706 --> 00:37:48,590 Tapi ada yang buat. - Bukan sayalah. 281 00:37:48,617 --> 00:37:52,621 Kalau awak berdua buat lagi, saya takkan bertolak ansur... 282 00:37:53,773 --> 00:37:55,841 Hentikan! 283 00:38:14,652 --> 00:38:17,303 Semua ni salah awak! 284 00:38:27,390 --> 00:38:30,458 Oh, tolonglah. Itu kelakar. 285 00:38:31,435 --> 00:38:34,729 Semakin hari berlalu, Stefan terus hanyut... 286 00:38:34,730 --> 00:38:38,233 ...ditelan oleh perasaan paranoia dan dendam. 287 00:38:38,234 --> 00:38:41,069 Bakar semuanya! - Ya, tuan! 288 00:38:41,070 --> 00:38:43,146 Bakar! 289 00:38:45,241 --> 00:38:47,242 Lepaskan! 290 00:39:20,484 --> 00:39:22,519 Lari! 291 00:39:35,024 --> 00:39:37,825 Awak mengecewakan beta. 292 00:39:37,960 --> 00:39:42,831 Dinding itu tak boleh dibakar. Ia tak dapat dimusnahkan. 293 00:39:47,261 --> 00:39:50,513 Tiada apa yang tak dapat dimusnahkan! 294 00:39:50,573 --> 00:39:53,348 Sama ada dinding, ataupun Maleficent! 295 00:39:53,384 --> 00:39:56,110 Termasuklah sumpahannya! 296 00:40:13,204 --> 00:40:16,289 Bawakan saya tukang besi. 297 00:40:39,855 --> 00:40:41,740 Awak! 298 00:40:52,618 --> 00:40:57,727 Tengok. Makhluk hodoh itu akan terjatuh dari tebing. 299 00:41:23,649 --> 00:41:25,733 Apa? 300 00:41:43,419 --> 00:41:45,512 Helo. 301 00:41:57,141 --> 00:41:59,684 Pergi sana. 302 00:42:00,853 --> 00:42:02,854 Pergi. 303 00:42:04,273 --> 00:42:07,375 Saya tak suka kanak-kanak. 304 00:42:08,944 --> 00:42:11,454 Dukung, dukung. 305 00:42:28,797 --> 00:42:31,583 Pergilah. Pergi, pergi. 306 00:42:43,562 --> 00:42:46,163 Sebagaimana Maleficent pernah berkata... 307 00:42:46,164 --> 00:42:50,218 ...Aurora membesar dalam kerahmatan dan kecantikan. 308 00:42:52,571 --> 00:42:54,981 Burung cantik. 309 00:42:55,491 --> 00:42:59,825 Jauh dari istana indah yang tidak diingatinya. 310 00:43:02,623 --> 00:43:07,535 Musim berubah dan bunga-bungaan terus berkembang... 311 00:43:07,544 --> 00:43:10,288 ...begitu juga dia. 312 00:43:23,143 --> 00:43:25,144 Helo. 313 00:43:33,345 --> 00:43:37,273 Dia merayau-rayau di dunia sekelilingnya... 314 00:43:40,411 --> 00:43:45,465 ...dan apa yang berada di sebalik dinding duri menakutkan itu. 315 00:43:54,925 --> 00:43:57,627 Dia ingin tahu. 316 00:43:57,761 --> 00:44:01,998 Tapi bukan dia seorang saja yang mahu tembusi dinding itu. 317 00:44:04,643 --> 00:44:06,644 Tengok. 318 00:44:07,688 --> 00:44:11,398 Adakah itu Maleficent? - Saya tak tahu. 319 00:44:15,638 --> 00:44:18,456 Bawa mereka kepada saya. 320 00:44:21,435 --> 00:44:24,812 Tak, itu cuma gadis petani yang tak tahu apa-apa. 321 00:46:23,824 --> 00:46:27,399 Sanggup awak buat begitu pada saya? - Awak cakap, apa saja saya perlu. 322 00:46:27,427 --> 00:46:31,195 Ya, tapi bukan anjing. - Itu serigala, bukan anjing. 323 00:46:31,206 --> 00:46:36,415 Samalah tu. Mereka kotor, kejam dan memburu burung. 324 00:46:36,503 --> 00:46:40,028 Baiklah. Lain kali saya akan tukar awak jadi ulat. 325 00:46:40,040 --> 00:46:44,066 Itu lebih baik. Apa-apa selain yang kotor, berbau... 326 00:46:53,087 --> 00:46:55,971 Saya tertanya-tanya. 327 00:48:36,423 --> 00:48:40,199 Saya tahu awak di situ. Janganlah takut. 328 00:48:43,547 --> 00:48:47,840 Saya tak takut. - Kalau begitu, keluarlah. 329 00:48:48,677 --> 00:48:52,970 Nanti awak pula yang takut. - Taklah, saya takkan takut. 330 00:49:09,615 --> 00:49:12,482 Saya kenal siapa awak. 331 00:49:12,534 --> 00:49:14,577 Yakah? 332 00:49:15,812 --> 00:49:18,873 Awaklah Pari-Pari Penjaga saya. 333 00:49:20,709 --> 00:49:23,784 Apa? - Pari-Pari Penjaga. 334 00:49:24,212 --> 00:49:27,214 Awaklah yang jaga saya selama ini. 335 00:49:27,215 --> 00:49:30,517 Saya tahu awak sentiasa berada dekat dengan saya. 336 00:49:30,719 --> 00:49:33,727 Bagaimana? - Bayang-bayang awak. 337 00:49:33,728 --> 00:49:36,790 Ia sudah mengekori saya sejak saya kecil lagi. 338 00:49:36,791 --> 00:49:40,361 Ke manapun saya pergi, bayang-bayang awak ada bersama. 339 00:49:42,356 --> 00:49:45,882 Saya ingat awak. Burung cantik. 340 00:49:47,694 --> 00:49:50,004 Ini Diaval. 341 00:49:53,367 --> 00:49:55,935 Helo, Aurora. 342 00:49:57,379 --> 00:50:00,856 Saya sudah kenal awak sejak awak kecil lagi. 343 00:50:06,947 --> 00:50:10,007 Inilah yang saya sering bayangkan. 344 00:50:10,008 --> 00:50:14,051 Sangat cantik! Dah lama saya teringin untuk masuk... 345 00:51:00,776 --> 00:51:03,778 Selamat malam, makhuk hodoh. 346 00:51:15,515 --> 00:51:20,075 Awak mempersenda saya. Saya tahu apa yang awak buat. 347 00:51:21,063 --> 00:51:24,573 Saya tahu apa sebenarnya yang awak buat. 348 00:51:24,574 --> 00:51:28,633 Tuanku? Permaisuri mahu berjumpa dengan tuanku. 349 00:51:28,795 --> 00:51:32,621 Tinggalkan beta. - Tuanku, Permaisuri tak sihat. 350 00:51:32,632 --> 00:51:37,011 Jururawat bimbang kalau Permaisuri tak mampu bertahan malam ni. 351 00:51:39,681 --> 00:51:43,759 Awak tak nampakkah beta sedang berbual? 352 00:51:51,551 --> 00:51:55,095 Apabila sumpahannya gagal, Maleficent akan datang cari saya. 353 00:51:55,096 --> 00:51:58,830 Dan pada hari itu, saya akan bersedia. 354 00:52:12,839 --> 00:52:15,416 Cantiknya. 355 00:53:30,125 --> 00:53:32,952 Saya menarik balik sumpahan. 356 00:53:33,628 --> 00:53:36,497 Lenyapkan sumpahan itu. 357 00:53:37,674 --> 00:53:40,451 Saya menarik balik sumpahan. 358 00:53:40,502 --> 00:53:43,337 Lenyapkan sumpahan itu. 359 00:53:44,681 --> 00:53:49,691 Saya menarik balik sumpahan saya! Lenyapkan sumpahan itu! 360 00:53:50,312 --> 00:53:53,122 Saya menarik balik sumpahan saya! 361 00:53:53,139 --> 00:53:56,201 Lenyapkan sumpahan itu! 362 00:53:58,153 --> 00:54:01,606 Lenyapkan sumpahan itu! 363 00:54:08,872 --> 00:54:13,200 Sumpahan ini akan berkekalan selama-lamanya. 364 00:54:13,343 --> 00:54:16,871 Tiada kuasa di muka bumi mampu mengubahnya. 365 00:54:38,068 --> 00:54:41,270 Adakah semua pari-pari ada sayap? 366 00:54:43,073 --> 00:54:47,074 Kebanyakannya ada. - Jadi, kenapa awak tiada? 367 00:54:47,711 --> 00:54:51,196 Semua pari-pari yang lain boleh terbang. 368 00:54:52,123 --> 00:54:55,242 Dulu saya ada sayap. Ia telah dicuri dari saya. 369 00:54:55,243 --> 00:54:59,095 Cuma itu yang saya boleh cakap. - Apa warnanya? 370 00:55:00,215 --> 00:55:02,883 Ia besar tak? 371 00:55:04,886 --> 00:55:08,956 Amat besar sehingga terseret apabila saya berjalan. 372 00:55:09,599 --> 00:55:12,050 Dan sangat kuat. 373 00:55:12,051 --> 00:55:15,854 Ia mampu terbangkan saya ke atas awan dan membelah angin. 374 00:55:15,981 --> 00:55:20,457 Ia tak pernah goyah, tidak sekali-kali. 375 00:55:20,702 --> 00:55:23,553 Saya boleh percayakannya. 376 00:55:48,972 --> 00:55:52,033 Dia datang. Dia datang. 377 00:55:56,713 --> 00:55:59,713 Mana semua pekerja awak? 378 00:55:59,816 --> 00:56:04,034 Sedang tidur, Tuanku. - Arahkan mereka bekerja sekarang. 379 00:56:04,446 --> 00:56:09,188 Mereka kepenatan. Saya akan kerahkan mereka pagi esok. 380 00:56:10,702 --> 00:56:15,153 Beta mahu mereka bekerja sekarang. - Ini masih terlalu awal pagi. 381 00:56:17,959 --> 00:56:19,785 Ya. 382 00:56:20,712 --> 00:56:22,496 Ya. 383 00:56:23,131 --> 00:56:26,007 Ini masih terlalu awal pagi. 384 00:56:27,052 --> 00:56:30,594 Jadi, kejutlah mereka. - Tuanku? 385 00:56:31,581 --> 00:56:35,273 Kejutlah mereka, dan arahkan mereka sambung kerja sekarang! 386 00:56:35,360 --> 00:56:38,563 Kita kesuntukan masa! Pergi sekarang! 387 00:57:07,801 --> 00:57:09,885 Aurora? 388 00:57:10,178 --> 00:57:12,471 Mari sini. 389 00:57:21,064 --> 00:57:23,073 Duduk. 390 00:57:26,986 --> 00:57:31,229 Ada sesuatu yang saya perlu beritahu awak. - Apa dia? 391 00:57:32,534 --> 00:57:36,103 Ada suatu kejahatan di dunia ini... 392 00:57:36,154 --> 00:57:39,740 ...dan saya tak mampu lindungi awak daripadanya. 393 00:57:39,791 --> 00:57:42,601 Saya dah hampir 16 tahun, Pari-Pari Penjaga. 394 00:57:42,602 --> 00:57:46,128 Saya boleh jaga diri. - Saya faham. 395 00:57:48,583 --> 00:57:52,192 Bukan itu yang saya nak beritahu. - Saya ada rancangan. 396 00:57:52,262 --> 00:57:56,479 Apabila besar nanti, saya nak tinggal di Moors bersama awak. 397 00:57:56,808 --> 00:58:00,435 Jadi, bolehlah kita saling menjaga antara satu sama lain. 398 00:58:04,816 --> 00:58:08,143 Awak tak perlu tunggu besar nanti. 399 00:58:08,144 --> 00:58:12,354 Awak boleh tinggal di sini sekarang. - Baiklah kalau begitu. 400 00:58:13,099 --> 00:58:16,700 Saya akan tidur atas pokok, makan buah beri dan kacang hitam... 401 00:58:16,744 --> 00:58:20,514 ...dan semua pari-pari akan jadi kawan saya. 402 00:58:21,549 --> 00:58:24,851 Pasti saya akan gembira di sini sepanjang hidup saya. 403 00:58:24,919 --> 00:58:28,497 Saya akan beritahu mak cik-mak cik saya esok. 404 00:58:30,091 --> 00:58:33,876 Jumpa lagi esok. - Tak sabarnya! 405 00:58:50,845 --> 00:58:55,414 Mak cik, saya dah hampir 16 tahun. Saya mahu hidup sendiri. 406 00:58:55,742 --> 00:58:59,570 Tidak. Saya sayangkan mak cik... 407 00:58:59,746 --> 00:59:03,588 ...tapi sudah masanya untuk berpisah. Mak cik sangat baik dengan saya... 408 00:59:03,666 --> 00:59:07,902 ...kecuali semasa mak cik tak sengaja beri saya makan labah-labah. 409 00:59:11,674 --> 00:59:13,475 Helo. 410 00:59:15,345 --> 00:59:19,187 Maaf mengganggu. Saya dalam perjalanan ke istana Raja Stefan... 411 00:59:19,257 --> 00:59:23,867 ...dan saya sudah tersesat. Boleh awak tolong saya? 412 00:59:24,270 --> 00:59:27,540 Maaf, ini salah saya. Saya tergesa-gesa... 413 00:59:33,513 --> 00:59:35,831 Maafkan saya. 414 00:59:38,159 --> 00:59:40,827 Arah sana. 415 00:59:43,998 --> 00:59:46,500 Istana tu. 416 00:59:51,422 --> 00:59:54,915 Siapa nama awak? - Philip. 417 00:59:56,344 --> 00:59:58,853 Helo, Philip. 418 00:59:59,013 --> 01:00:02,606 Nama awak? - Aurora. 419 01:00:04,477 --> 01:00:07,029 Helo, Aurora. 420 01:00:12,026 --> 01:00:17,251 Gembira jumpa awak. Maaf sekali lagi kerana bertindak bodoh. 421 01:00:18,825 --> 01:00:21,900 Awak dimaafkan. - Baguslah. 422 01:00:24,689 --> 01:00:27,507 Kalau begitu, saya minta diri dulu. 423 01:00:27,775 --> 01:00:30,152 Selamat tinggal. 424 01:00:40,763 --> 01:00:43,765 Awak akan pulang lalu jalan ni? 425 01:00:44,517 --> 01:00:47,793 Tiada apa yang boleh halang saya. 426 01:00:47,895 --> 01:00:51,130 Jadi, jumpa lagi nanti. - Jumpa lagi. 427 01:00:52,400 --> 01:00:56,253 Selamat tinggal, Philip. - Selamat tinggal, untuk sekarang. 428 01:01:05,538 --> 01:01:08,373 Berhenti buat begitu. 429 01:01:14,839 --> 01:01:17,657 Budak lelaki itulah jawapannya. 430 01:01:18,217 --> 01:01:22,069 Tidak, Diaval. - Ya. Ciuman cinta sejati, ingat? 431 01:01:22,070 --> 01:01:25,513 Ia boleh hapuskan sumpahan. - Ciuman cinta sejati? 432 01:01:25,591 --> 01:01:28,443 Awak masih belum faham? 433 01:01:28,728 --> 01:01:32,503 Saya sumpah dia begitu kerana ia tak wujud. 434 01:01:33,441 --> 01:01:38,201 Itu pada pandangan awak, tapi bagaimana dengan Aurora? 435 01:01:39,722 --> 01:01:42,782 Budak lelaki itu mungkin satu-satunya peluang dia. 436 01:01:42,783 --> 01:01:45,844 Lagipun, itulah takdir dia. 437 01:01:46,954 --> 01:01:50,738 Silakan. Tukarlah saya menjadi apa-apapun. 438 01:01:50,792 --> 01:01:54,292 Burung, ulat. Saya dah tak kisah lagi. 439 01:02:00,843 --> 01:02:04,096 Seronoknya, kita akan balik esok. 440 01:02:04,305 --> 01:02:08,648 Kita takkan balik esok. - Esok hari lahir ke-16 Aurora. 441 01:02:08,810 --> 01:02:12,819 Stefan pesan supaya bawa Aurora pulang sehari selepas hari lahirnya. 442 01:02:12,914 --> 01:02:16,308 Tidak. Dia kata, semasa hari lahirnya. 443 01:02:16,309 --> 01:02:20,785 Tidak. Selepas hari lahirnya. - Semasa. - Selepas. 444 01:02:20,930 --> 01:02:23,306 Semasa. - Selepas. 445 01:02:26,327 --> 01:02:28,595 Hentikan! 446 01:02:32,859 --> 01:02:34,901 Apa? 447 01:02:36,070 --> 01:02:38,805 Sampai hati awak? 448 01:02:41,592 --> 01:02:46,485 Saya perlu bincang sesuatu dengan mak cik. - Ya, sayang, apa dia? 449 01:02:52,520 --> 01:02:55,413 Maaf sebab terpaksa beritahu ini pada mak cik... 450 01:02:55,506 --> 01:02:59,215 ...tapi umur saya akan mencecah 16 tahun esok. 451 01:03:07,810 --> 01:03:10,653 Saya akan tinggalkan rumah. 452 01:03:13,791 --> 01:03:17,817 Dengar sini, anak muda. Saya tak habiskan 16 tahun... 453 01:03:17,818 --> 01:03:21,396 ...di kediaman menyedihkan ini bersama dua si bodoh ni... 454 01:03:21,565 --> 01:03:24,384 ...supaya awak rosakkannnya pada hari terakhir. 455 01:03:24,385 --> 01:03:27,604 Kami akan pulangkan awak semula kepada ayah awak dengan... 456 01:03:27,621 --> 01:03:29,956 Ayah saya? 457 01:03:30,391 --> 01:03:33,793 Mak cik cakap mak dan ayah saya dah meninggal. 458 01:03:35,229 --> 01:03:38,691 Rasnya lebih baik awak duduk dulu. 459 01:03:51,579 --> 01:03:54,198 Pari-Pari Penjaga! 460 01:03:54,674 --> 01:03:57,309 Saya di sini. 461 01:03:57,752 --> 01:04:01,421 Bila awak nak beritahu yang saya telah disumpah? 462 01:04:05,510 --> 01:04:07,561 Betulkah? 463 01:04:09,805 --> 01:04:11,815 Betul. 464 01:04:13,309 --> 01:04:16,720 Mak cik saya cakap ianya pari-pari jahat. 465 01:04:16,721 --> 01:04:19,973 Saya dah tak ingat namanya. 466 01:04:20,066 --> 01:04:22,426 Mereka cakap... 467 01:04:22,443 --> 01:04:25,469 Namanya... - Maleficent. 468 01:04:36,983 --> 01:04:39,526 Itu awak? 469 01:04:42,713 --> 01:04:45,574 Awak Maleficent? 470 01:04:48,052 --> 01:04:51,386 Tidak! Jangan sentuh saya. 471 01:04:52,056 --> 01:04:55,124 Awaklah kejahatan dalam dunia ini. 472 01:04:55,159 --> 01:04:57,235 Awak! 473 01:05:05,386 --> 01:05:08,154 Cari budak lelaki tu! 474 01:05:24,338 --> 01:05:27,507 Saya mahu semua yang ada ke sayap timur sekarang. 475 01:05:27,508 --> 01:05:30,676 Tak patut ada pengawal di pintu. Beta mahu dia berjalan masuk. 476 01:05:30,761 --> 01:05:33,446 Maaf mengganggu, Tuanku. 477 01:05:34,724 --> 01:05:39,183 Kami jumpa gadis ini di pintu pagar. Katanya dia puteri. 478 01:05:45,109 --> 01:05:48,526 Ayahanda. Ini saya, Aurora. 479 01:05:59,332 --> 01:06:02,926 Rupa kamu saling tak tumpah dengan bonda kamu. 480 01:06:04,237 --> 01:06:06,904 Mereka pulangkan kamu sehari lebih awal. 481 01:06:06,905 --> 01:06:10,915 Beta dah pesan pada mereka! Kurung dia dalam kamarnya. 482 01:06:11,052 --> 01:06:12,878 Pergi. 483 01:06:12,887 --> 01:06:16,373 Siap sediakan orang. Maleficent akan datang. 484 01:06:16,390 --> 01:06:19,751 Seronoknya dapat jadi kecil semula! 485 01:06:19,852 --> 01:06:23,936 Tengoklah kaki saya! Saya suka kaki kecil saya! 486 01:06:24,106 --> 01:06:27,333 Tumpukan perhatian! Kita mesti cari Aurora... 487 01:06:27,334 --> 01:06:30,737 ...atau raja akan pancung kepala kita! 488 01:06:58,683 --> 01:07:01,135 Aurora. 489 01:07:11,711 --> 01:07:13,922 Tunggu! 490 01:07:15,366 --> 01:07:17,384 Puteri? 491 01:07:24,625 --> 01:07:28,284 Saya mencari seorang gadis. - Semestinya. 492 01:07:32,700 --> 01:07:35,568 Saya perlukan kuda. 493 01:07:51,318 --> 01:07:55,556 ...lelap seolah-olah sudah mati. 494 01:08:00,661 --> 01:08:03,096 Aurora. 495 01:08:06,208 --> 01:08:08,409 Lekas, Diaval! 496 01:08:19,930 --> 01:08:22,174 Aurora. 497 01:08:55,674 --> 01:08:58,243 Laju lagi, Diaval! 498 01:09:00,054 --> 01:09:05,555 Dia akan mencucuk jarinya pada jarum roda pintal... 499 01:09:05,584 --> 01:09:08,645 ...dan terus lelap seolah-olah sudah mati. 500 01:09:09,980 --> 01:09:12,866 Tiada kuasa di muka bumi... 501 01:09:13,776 --> 01:09:16,987 Lelap seolah-olah sudah mati. 502 01:09:34,947 --> 01:09:37,798 Ia dah terlaksana. 503 01:10:06,662 --> 01:10:10,471 Dia menarik balik pengawal. Dia menanti awak di dalam sana. 504 01:10:10,624 --> 01:10:14,435 Kalau kita masuk ke sana, kita takkan keluar hidup-hidup. 505 01:10:15,880 --> 01:10:19,633 Jadi, jangan ikut. Ini bukan perjuangan awak. 506 01:10:23,496 --> 01:10:26,047 Terima kasih banyak. 507 01:10:26,048 --> 01:10:30,565 "Saya perlukan awak, Diaval. Saya tak mampu lakukan tanpa awak." 508 01:10:31,061 --> 01:10:33,805 Saya boleh dengarlah. 509 01:10:40,863 --> 01:10:43,231 Tengoklah dia. 510 01:10:43,657 --> 01:10:46,701 Tengoklah apa kalian dah buat. 511 01:10:47,745 --> 01:10:50,471 Dia cuma tidur. 512 01:10:52,833 --> 01:10:56,286 Dia cuma tidur, awak kata? 513 01:10:59,740 --> 01:11:02,408 Dia cuma tidur. 514 01:11:02,718 --> 01:11:06,494 Dia cuma tidur untuk selama-lamanya! 515 01:11:06,764 --> 01:11:10,525 Bagaimana dengan ciuman? - Ya, ciuman cinta sejati! 516 01:11:12,895 --> 01:11:16,114 Cinta sejati tak wujud. 517 01:11:16,115 --> 01:11:19,634 Tapi itu satu-satunya peluang dia, Tuanku. 518 01:11:32,539 --> 01:11:34,632 Puan. 519 01:12:38,505 --> 01:12:41,723 Apa kita nak buat? - Kita tak boleh mengalah. 520 01:12:41,724 --> 01:12:45,167 Ayuhlah. - Tapi kita tak tahupun dari mana nak mulakan. 521 01:12:45,254 --> 01:12:48,698 Cinta sejati tak jatuh dari pokok, tahu tak. 522 01:12:59,793 --> 01:13:02,128 Maafkan saya. 523 01:13:02,129 --> 01:13:06,672 Saya tak tahu saya di mana. - Dalam istana Raja Stefan. 524 01:13:10,204 --> 01:13:13,055 Di sinilah saya patut berada. Walaupun saya tak ingat... 525 01:13:13,057 --> 01:13:15,907 ...bagaimana saya boleh ada di sini. - Kenapa awak datang? 526 01:13:15,976 --> 01:13:19,243 Ayah saya hantar saya untuk temui Raja. - Siapa ayah awak? 527 01:13:19,279 --> 01:13:22,489 Raja John dari Ulstead. - Putera! 528 01:13:33,786 --> 01:13:35,862 Aurora. 529 01:13:36,188 --> 01:13:39,065 Dia kenal Aurora. 530 01:13:39,733 --> 01:13:43,967 Kenapa dia tidur? - Dia terperangkap dalam sihir. 531 01:13:44,004 --> 01:13:46,873 Dia cantik, kan? 532 01:13:47,241 --> 01:13:50,785 Gadis yang paling cantik saya pernah temui. 533 01:13:51,178 --> 01:13:54,013 Awak mahu cium dia? 534 01:13:54,932 --> 01:13:57,990 Sangat mahu. - Jadi, ciumlah. 535 01:13:59,019 --> 01:14:02,887 Saya segan. Saya baru kenal dia. Kami cuma bertemu sekali. 536 01:14:02,923 --> 01:14:05,758 Awak tak pernah dengar cinta pandang pertama? 537 01:14:05,759 --> 01:14:08,760 Cium dia! Ciumlah. 538 01:14:12,182 --> 01:14:14,734 Sihir, awak kata? 539 01:14:15,119 --> 01:14:17,645 Cium dia! 540 01:15:09,073 --> 01:15:13,623 Awak tak lakukan dengan betul! - Ia sepatutnya ciuman cinta sejati! 541 01:15:13,660 --> 01:15:16,336 Saya pasti dialah orangnya. - Apa yang awak buat? 542 01:15:16,421 --> 01:15:19,081 Kita perlu terus mencari. 543 01:15:24,655 --> 01:15:27,506 Saya dah cakap. 544 01:15:50,764 --> 01:15:54,042 Saya takkan minta pengampunan awak... 545 01:15:54,426 --> 01:15:58,971 ...kerana perbuatan saya terhadap awak tak boleh dimaafkan. 546 01:16:00,390 --> 01:16:03,059 Saya hanyut... 547 01:16:03,101 --> 01:16:06,337 ...dalam kebencian dan dendam. 548 01:16:08,482 --> 01:16:11,484 Aurora yang manis... 549 01:16:12,486 --> 01:16:15,872 ...awak dah curi sisa hati saya. 550 01:16:16,140 --> 01:16:19,750 Sekarang saya terpaksa kehilangan awak selama-lamanya. 551 01:16:30,070 --> 01:16:33,722 Saya bersumpah, tiada bahaya yang akan menimpa awak... 552 01:16:33,723 --> 01:16:36,609 ...selagi saya bernyawa. 553 01:16:36,927 --> 01:16:42,945 Dan tidak seharipun akan berlalu tanpa saya merindui senyuman awak. 554 01:17:10,711 --> 01:17:13,579 Helo, Pari-Pari Penjaga. 555 01:17:18,202 --> 01:17:20,920 Helo, makhluk hodoh. 556 01:17:32,783 --> 01:17:35,868 Tiada cinta yang lebih sejati. 557 01:17:48,248 --> 01:17:50,908 Dia ada di sini, Tuanku. 558 01:18:03,897 --> 01:18:07,232 Kita akan kembali ke Moors sekarang? 559 01:18:08,168 --> 01:18:11,220 Kalau itulah yang awak mahu. 560 01:18:36,989 --> 01:18:39,431 Kita dapat dia! 561 01:18:43,345 --> 01:18:46,022 Hentikan! - Ke tepi! 562 01:19:12,541 --> 01:19:15,400 Jadilah naga. 563 01:19:50,871 --> 01:19:53,297 Lari, Aurora! 564 01:22:00,667 --> 01:22:02,668 Cukup! 565 01:22:08,049 --> 01:22:10,834 Bagaimana rasanya? 566 01:22:10,994 --> 01:22:14,697 Menjadi makhluk pari-pari tanpa sayap... 567 01:22:16,641 --> 01:22:20,327 ...di dunia yang bukan milik awak? 568 01:23:08,101 --> 01:23:10,652 Bunuh dia! 569 01:24:51,321 --> 01:24:53,789 Ia dah berakhir. 570 01:26:12,502 --> 01:26:15,804 Maleficent meruntuhkan dinding durinya... 571 01:26:15,805 --> 01:26:18,699 ...dan menanggalkan mahkotanya. 572 01:26:19,092 --> 01:26:22,945 Dia mengajak Aurora melihat rupa Moors suatu ketika dulu... 573 01:26:22,946 --> 01:26:26,715 ...sewaktu Maleficent masih seorang kanak-kanak... 574 01:26:26,716 --> 01:26:29,593 ...dan hatinya masih terang. 575 01:26:29,594 --> 01:26:32,605 Sekarang, ia telah kembali. 576 01:26:35,358 --> 01:26:38,452 Tapi bukan itu saja. 577 01:26:48,830 --> 01:26:51,957 Itupun dia. Cepat, mereka menunggu. 578 01:26:51,958 --> 01:26:54,051 Tunggu saya! 579 01:26:54,127 --> 01:26:57,195 Kami persembahkan mahkota ini kepada Aurora kecil kita... 580 01:26:57,196 --> 01:27:00,682 ...yang kami terpaksa korbankan tahun-tahun terbaik kami... 581 01:27:00,683 --> 01:27:02,759 Lupakan. 582 01:27:06,931 --> 01:27:10,718 Kerajaan kita telah bersatu. 583 01:27:11,853 --> 01:27:14,888 Inilah permaisuri kamu. 584 01:27:15,982 --> 01:27:20,652 Lihatlah, cerita ini bukan seperti yang sering anda dengar... 585 01:27:20,653 --> 01:27:24,521 ...dan saya patut tahu, kerana sayalah yang mereka panggil... 586 01:27:24,522 --> 01:27:27,526 ...Si Jelita yang Tidur. 587 01:28:00,193 --> 01:28:04,071 Akhirnya, kerajaan saya telah disatukan bukan oleh pahlawan... 588 01:28:04,072 --> 01:28:07,566 ...atau penjahat, seperti yang diramalkan legenda. 589 01:28:07,567 --> 01:28:12,371 Tetapi disatukan oleh seorang yang bergelar pahlawan dan penjahat. 590 01:28:12,413 --> 01:28:16,159 Namanya ialah Maleficent. 591 01:28:37,500 --> 01:28:43,500 Sarikata Oleh: Amirul Hisham (Santiago)