1 00:00:42,710 --> 00:00:45,379 Jauh dalam kegelapan musim sejuk, 2 00:00:45,546 --> 00:00:47,423 seorang ibu pertama kalinya mendengar suara-suara 3 00:00:47,506 --> 00:00:49,884 anak-anaknya yang baru lahir. 4 00:00:54,388 --> 00:00:56,849 Mari kita namakan ibu beruang ini "Sky." 5 00:00:57,892 --> 00:01:01,479 Anak-anaknya pula kita namakan Scout dan Amber. 6 00:01:10,488 --> 00:01:12,073 Hai, anak-anak. 7 00:01:26,587 --> 00:01:29,882 Kata orang, tahun pertama mengasuh anak adalah yang paling sukar. 8 00:01:30,007 --> 00:01:32,551 Lambat laun Sky akan sedar bahawa, bagi beruang, 9 00:01:32,593 --> 00:01:34,553 ia hampir mustahil. 10 00:01:35,846 --> 00:01:37,264 Hampir separuh daripada anak-anak beruang 11 00:01:37,306 --> 00:01:39,558 tak akan selamat mengharungi tahun pertama mereka. 12 00:01:45,272 --> 00:01:47,983 Tapi buat masa sekarang, jauh di dalam jerumun ini, 13 00:01:48,651 --> 00:01:50,194 mereka selamat. 14 00:01:51,237 --> 00:01:53,447 Ia panas dan selesa. 15 00:01:54,657 --> 00:01:56,450 Setelah menghabiskan musim sejuk bersama, 16 00:01:56,492 --> 00:01:59,453 ia mungkin berbau agak busuk. 17 00:02:05,960 --> 00:02:07,420 Sky bertungkus-lumus sewaktu musim panas, 18 00:02:07,461 --> 00:02:09,755 memakan lebih 40 kilogram ikan sehari, 19 00:02:09,797 --> 00:02:10,923 untuk menyimpan lemak secukupnya 20 00:02:10,965 --> 00:02:13,467 untuk bertahan semasa bulan-bulan awal ini. 21 00:02:15,177 --> 00:02:16,804 Tetapi kini ia berasa lapar, 22 00:02:16,887 --> 00:02:18,514 dan jika ia tak cepat makan, 23 00:02:18,597 --> 00:02:21,016 ia akan kekeringan susu yang diperlukan oleh anak-anaknya. 24 00:02:25,646 --> 00:02:28,482 Mereka bakal mengharungi perjalanan yang jauh dan berbahaya. 25 00:02:28,983 --> 00:02:31,569 Sky perlu membawa anak-anaknya turun ke pantai, 26 00:02:31,652 --> 00:02:34,822 dan ia berharap ada banyak ikan salmon musim panas ini. 27 00:02:34,864 --> 00:02:36,449 Tapi itu bukan sesuatu yang pasti. 28 00:02:40,411 --> 00:02:43,497 Nyawa Scout and Amber bergantung padanya. 29 00:02:56,844 --> 00:02:58,888 Okay, waktu berpelukan sudah tamat. 30 00:02:59,930 --> 00:03:02,475 Beruang-beruang ini perlu mula bergerak. 31 00:03:02,933 --> 00:03:07,688 Inilah kisah tahun pertama mereka yang menakjubkan. 32 00:03:34,465 --> 00:03:37,718 Ini satu tempat yang mengagumkan untuk mengambil langkah pertama. 33 00:03:43,098 --> 00:03:44,892 Anak-anak kecil ini harus memberanikan diri 34 00:03:44,975 --> 00:03:47,770 sebaik saja tapak kaki mereka menjejak salji itu. 35 00:03:54,068 --> 00:03:56,278 Ini Semenanjung Alaska. 36 00:03:56,570 --> 00:03:57,988 Dengan lebih dua juta hektar 37 00:03:58,072 --> 00:04:00,115 kawasan taman negara terpelihara, 38 00:04:00,199 --> 00:04:02,785 ia merupakan kediaman beribu-ribu ekor beruang perang. 39 00:04:04,870 --> 00:04:05,871 Lima bulan yang lalu, 40 00:04:05,913 --> 00:04:08,791 Sky mendaki pergunungan ini untuk menggali jerumunnya. 41 00:04:09,083 --> 00:04:12,002 Tetapi sekarang, ia merupakan halangan terbesar baginya. 42 00:04:18,884 --> 00:04:19,927 Mereka harus berjalan 43 00:04:19,969 --> 00:04:22,137 merentasi kesemua gunung beku ini 44 00:04:22,221 --> 00:04:25,724 sebelum dapat menemui walau sedikit makanan. 45 00:04:37,278 --> 00:04:40,781 Jelas sekali Sky gembira kerana dapat keluar daripada jerumun busuk itu. 46 00:04:42,157 --> 00:04:43,158 "Tunggulah, Mak!" 47 00:04:48,789 --> 00:04:51,083 Mungkin ia terlampau gembira. 48 00:04:54,837 --> 00:04:57,339 Tiada yang dapat menandingi sentuhan ibu yang lembut. 49 00:05:01,802 --> 00:05:02,928 Seperti ibu-ibu baru yang lain, 50 00:05:02,970 --> 00:05:05,139 Sky kurang sabar dengan sikap suka berlengah-lengah. 51 00:05:06,807 --> 00:05:08,934 "Mari sini, kamu. Mari sini." 52 00:05:09,143 --> 00:05:10,603 "Alamak, Mak! Janganlah pakai gigi!" 53 00:05:11,103 --> 00:05:12,813 "Oh!" 54 00:05:13,898 --> 00:05:16,025 Ia tak menyakiti Scout, tapi... 55 00:05:16,150 --> 00:05:19,236 Sky masih perlu banyak belajar tentang perihal mengasuh anak. 56 00:05:19,361 --> 00:05:22,364 Hidup memang lebih senang semasa ia seekor beruang yang bujang. 57 00:05:23,115 --> 00:05:25,868 Sekarang, ia terpaksa mengikut rentak anak-anaknya. 58 00:05:25,993 --> 00:05:27,703 "Ayuhlah, kamu berdua." 59 00:05:37,922 --> 00:05:40,758 Ia mempunyai sebab munasabah untuk berlaku tegas. 60 00:05:40,841 --> 00:05:42,635 Perjalanan mereka amatlah jauh. 61 00:05:43,719 --> 00:05:45,804 Dengan setiap hari yang berlalu, 62 00:05:45,846 --> 00:05:47,556 perjalanan ini hanya akan jadi semakin sukar. 63 00:05:55,689 --> 00:05:58,150 Berjalan-jalan di luar pada hari musim bunga yang hangat 64 00:05:58,192 --> 00:05:59,777 mungkin nampak seronok, 65 00:05:59,860 --> 00:06:02,279 tapi kehangatan itu mencetuskan pencairan. 66 00:06:02,821 --> 00:06:05,115 Salji yang melindungi mereka sepanjang musim sejuk 67 00:06:05,366 --> 00:06:06,659 bertukar menjadi musuh yang dahsyat. 68 00:06:14,416 --> 00:06:16,293 Runtuhan salji. 69 00:06:22,883 --> 00:06:24,218 Bencana gergasi ini 70 00:06:24,301 --> 00:06:27,012 mampu mencapai kelajuan sehingga 129 kilometer sejam. 71 00:06:27,930 --> 00:06:29,890 Sebuah tembok salji dan ais 72 00:06:29,932 --> 00:06:31,558 yang merempuh segala yang ada di depannya. 73 00:07:44,381 --> 00:07:46,842 Sky dan anak-anaknya bernasib baik kali ini, 74 00:07:46,925 --> 00:07:50,387 tetapi ini mengingatkan mereka untuk terus mara. 75 00:07:52,139 --> 00:07:54,433 Amber telah menemui cara bijak untuk tak ketinggalan, 76 00:07:54,767 --> 00:07:56,727 minta saja ditumpangkan. 77 00:07:56,810 --> 00:07:59,563 Hanya perlu cari tempat menyangkut kaki. 78 00:08:00,397 --> 00:08:01,732 Itu dia. 79 00:08:03,067 --> 00:08:04,818 Tetapi Scout, yang lebih sukakan cabaran, 80 00:08:04,860 --> 00:08:07,196 ingin menjelajah mengikut rentaknya sendiri. 81 00:08:21,126 --> 00:08:23,087 Kini mereka telah berjalan lebih daripada seminggu, 82 00:08:23,170 --> 00:08:25,756 dan pendakian mereka semakin curam. 83 00:08:45,317 --> 00:08:47,069 Semasa mendaki gunung yang terakhir, 84 00:08:47,152 --> 00:08:49,029 Scout dan Amber berusaha sedaya upaya, 85 00:08:49,071 --> 00:08:51,031 tetapi ia bukan perkara yang mudah. 86 00:08:51,240 --> 00:08:54,827 Mereka asyik menghalang satu sama lain. 87 00:09:09,258 --> 00:09:11,468 Mereka telah berjaya sampai ke puncak. 88 00:09:19,059 --> 00:09:21,228 Pantai kini sudah kelihatan. 89 00:09:29,069 --> 00:09:31,572 Segalanya akan menurun mulai sekarang. 90 00:10:06,315 --> 00:10:09,943 Salji musim sejuk di pantai Alaska telah cair, 91 00:10:10,068 --> 00:10:12,029 dan kesemua tumbuhan menghijau itu 92 00:10:12,112 --> 00:10:14,781 menjanjikan makanan untuk mereka. 93 00:10:28,670 --> 00:10:30,297 Sebuah padang rumput yang sunyi. 94 00:10:30,964 --> 00:10:32,799 Masa untuk berehat sebentar. 95 00:10:36,428 --> 00:10:38,805 Amber memang cukup santai. 96 00:10:39,598 --> 00:10:42,351 Ini seekor anak beruang yang sentiasa rapat dengan ibunya. 97 00:10:44,937 --> 00:10:48,148 Scout pula berlagak seolah-olah ia terlalu matang untuk didukung. 98 00:10:49,691 --> 00:10:51,777 Menunggang beruang hanya mainan bayi. 99 00:11:03,455 --> 00:11:06,625 Scout amat terkejut dengan apa yang dilihat olehnya. 100 00:11:08,877 --> 00:11:10,587 "Beruang-beruang lain? 101 00:11:10,671 --> 00:11:12,923 "Ada beruang-beruang lain di dunia ini?" 102 00:11:13,006 --> 00:11:15,175 "Orang lain pun tahukah?" 103 00:11:15,342 --> 00:11:16,593 Sky memang tahu. 104 00:11:16,677 --> 00:11:20,180 Malah, ibunya telah membawanya ke padang rumput ini semasa kecil. 105 00:11:20,222 --> 00:11:23,225 Sejak itu ia sentiasa kembali ke sini setiap kali musim panas. 106 00:11:23,600 --> 00:11:26,061 Kesemua beruang di sini turun dari kawasan pergunungan. 107 00:11:26,144 --> 00:11:27,354 Mereka kebuluran. 108 00:11:28,188 --> 00:11:31,775 Mereka sebenarnya amat memerlukan protein daripada banyak ikan salmon. 109 00:11:33,068 --> 00:11:35,195 Tetapi ini memadai dalam keadaan terdesak. 110 00:11:35,529 --> 00:11:37,656 Bagaikan memakan salad yang kotor. 111 00:11:44,037 --> 00:11:47,416 Sky dan Amber kepenatan setelah berjalan sebegitu jauh. 112 00:11:48,500 --> 00:11:51,753 Tetapi Scout pula, dia terlalu teruja untuk tidur. 113 00:11:52,004 --> 00:11:53,630 Tempat ini dipenuhi beruang! 114 00:11:57,092 --> 00:11:59,553 Scout sedang mencari model peranan. 115 00:11:59,678 --> 00:12:01,722 Ia bakal menjadi beruang jenis apa? 116 00:12:03,223 --> 00:12:04,308 Ia mungkin seekor beruang garang. 117 00:12:05,726 --> 00:12:07,602 Sentiasa bergaduh. 118 00:12:09,563 --> 00:12:12,441 Nampak seperti menyusahkan. 119 00:12:19,156 --> 00:12:21,158 Tidak, beruang-beruang ini terlalu sedap dipeluk. 120 00:12:21,241 --> 00:12:24,202 Ia pasti ingin jadi lebih gagah daripada ini. 121 00:12:27,164 --> 00:12:30,208 Scout yakin ia akan menemui seekor beruang yang boleh dikagumi. 122 00:12:34,463 --> 00:12:36,048 "Agaknya... 123 00:12:37,090 --> 00:12:38,925 "Mungkin yang itu... Tidak. 124 00:12:41,428 --> 00:12:43,347 "Oh, tolonglah. 125 00:12:43,430 --> 00:12:44,931 "Tolonglah sesiapa buat sesuatu! 126 00:12:49,144 --> 00:12:51,480 "Ha? Wow. 127 00:12:53,106 --> 00:12:54,816 "Sekurang-kurangnya ia nampak seronok. 128 00:12:58,445 --> 00:12:59,488 "Hanya seekor beruang. 129 00:12:59,571 --> 00:13:01,573 "Seekor beruang yang paling gagah, dan hebat. 130 00:13:02,699 --> 00:13:04,951 "Ada sesiapa? Hello? 131 00:13:12,584 --> 00:13:14,086 "Kamu, encik... 132 00:13:15,754 --> 00:13:17,089 "kamu mahu mengejar saya? 133 00:13:17,297 --> 00:13:20,300 "Tidak. Kamu mahu menjilat seekor nyamuk. 134 00:13:26,473 --> 00:13:28,892 "Saya sangkakan seekor beruang kebiasaannya, 135 00:13:28,975 --> 00:13:30,685 "entahlah, lebih garang. 136 00:13:34,481 --> 00:13:36,233 "Lupakan saja. 137 00:13:37,150 --> 00:13:39,486 "Ini memang sungguh memalukan." 138 00:13:43,949 --> 00:13:46,660 Jika Scout mencari seekor beruang yang gagah, 139 00:13:46,743 --> 00:13:48,995 ia akan bakal menemuinya. 140 00:13:51,415 --> 00:13:53,291 Magnus. 141 00:13:54,126 --> 00:13:56,002 Beruang ini amatlah besar. 142 00:14:00,632 --> 00:14:02,008 Dengan berat badan melebihi 450 kilogram, 143 00:14:02,050 --> 00:14:04,469 ia tiga kali ganda lebih besar berbanding Sky, 144 00:14:04,678 --> 00:14:07,222 dan padang rumput ini ialah kawasannya. 145 00:14:07,305 --> 00:14:09,349 Ia bersifat penuh keyakinan, dominan, 146 00:14:09,850 --> 00:14:12,686 dan semua pun tahu menjauhkan diri darinya. 147 00:14:18,191 --> 00:14:21,862 Sky harus menjauhkan anak-anaknya daripada beruang seperti Magnus. 148 00:14:28,034 --> 00:14:30,871 Ia terpaksa mencari makanan di tempat yang lebih tenang. 149 00:14:35,709 --> 00:14:38,211 Sambil Magnus mengawasi kawasan kekuasaannya, 150 00:14:38,628 --> 00:14:42,424 jelas sekali ada satu perkara tertentu yang bermain di fikirannya. 151 00:14:48,263 --> 00:14:52,392 Atau secara khususnya, seekor beruang betina. 152 00:14:59,149 --> 00:15:01,568 Magnus mungkin memiliki tubuh seberat setengah tan, 153 00:15:01,610 --> 00:15:02,861 tetapi ia tak pandai mencari teman. 154 00:15:05,489 --> 00:15:07,741 Magnus, kamu bersikap terlalu terang-terangan. 155 00:15:07,824 --> 00:15:09,951 Cuba suntikkan sedikit unsur misteri! 156 00:15:13,038 --> 00:15:16,249 Contohnya kutipkan untuknya bunga dari padang rumput ini. 157 00:15:19,169 --> 00:15:21,254 Kamu nampak ia berjalan pergi? Itu... 158 00:15:21,296 --> 00:15:23,673 Itu maksudnya "Tak nak," dalam bahasa beruang, rasanya. 159 00:15:27,135 --> 00:15:30,013 Saya dah mula rasa bersimpati terhadapnya. 160 00:15:39,898 --> 00:15:41,942 Sky telah menemui tempat sunyi di padang rumput ini 161 00:15:41,983 --> 00:15:43,610 untuk menyusukan anak-anaknya. 162 00:15:46,446 --> 00:15:48,740 Scout dan Amber sedang mengalami lonjakan pertumbuhan, 163 00:15:48,823 --> 00:15:51,618 dan mereka memerlukan susu sebanyak mungkin. 164 00:15:56,790 --> 00:15:57,791 Tikani. 165 00:15:57,874 --> 00:16:01,753 Ia seekor serigala kelabu, dan pencuri di padang rumput ini. 166 00:16:07,300 --> 00:16:09,803 Serigala ini tahu bahawa seekor anak beruang yang perlahan, 167 00:16:10,053 --> 00:16:13,223 boleh dijadikan mangsa dengan mudah. 168 00:16:17,185 --> 00:16:19,104 Sebab itulah keadaan Sky jauh lebih sukar 169 00:16:19,145 --> 00:16:20,480 berbanding beruang-beruang lain. 170 00:16:20,564 --> 00:16:23,942 Ia harus memastikan anak-anaknya sentiasa di sisi. 171 00:16:54,180 --> 00:16:55,724 Amber bakal mengetahui apa akan berlaku, 172 00:16:55,807 --> 00:16:59,311 sekiranya kita menunggang beruang tanpa memakai tali keledar. 173 00:17:08,028 --> 00:17:11,698 Sky mendapati dirinya didesak ke satu kawasan terpencil dan tak dikenali. 174 00:17:12,657 --> 00:17:13,867 Kawasan yang berbahaya. 175 00:17:17,495 --> 00:17:20,665 Bahaya menampakkan dirinya hampir serta-merta. 176 00:17:26,379 --> 00:17:27,797 Ini Chinook. 177 00:17:28,381 --> 00:17:29,799 Haiwan terbuang. 178 00:17:35,180 --> 00:17:37,599 Setelah diusir dari padang rumput ini oleh Magnus, 179 00:17:37,891 --> 00:17:40,894 Chinook telah menjadi semakin kurus, garang, 180 00:17:41,061 --> 00:17:43,271 dan terdesak mencari makanan. 181 00:17:44,105 --> 00:17:45,190 Apa jua makanan. 182 00:17:46,483 --> 00:17:48,610 Termasuklah anak beruang. 183 00:17:57,410 --> 00:17:59,412 Tiada tempat untuk bersembunyi. 184 00:18:00,664 --> 00:18:02,082 Sky harus mempertahankan kedudukannya. 185 00:18:18,473 --> 00:18:20,809 Cara Chinook berlegar-legar adalah bahaya. 186 00:18:21,518 --> 00:18:23,561 Jika Sky menampakkan sebarang kelemahan, 187 00:18:24,187 --> 00:18:25,772 Chinook akan menyerang. 188 00:18:42,956 --> 00:18:44,124 Ia berhasil. 189 00:18:44,165 --> 00:18:46,501 Sky berjaya mempertahankan kedudukannya. 190 00:18:46,793 --> 00:18:49,713 Chinook pun meneruskan pemburuannya di tempat lain. 191 00:18:52,841 --> 00:18:56,761 Scout dan Amber pasti berasa kagum pada ibu mereka. 192 00:19:06,646 --> 00:19:08,648 Pada waktu-waktu tertentu dalam setahun 193 00:19:08,773 --> 00:19:11,443 perubahan yang besar berlaku di kawasan pantai. 194 00:19:14,195 --> 00:19:18,032 Dataran-dataran lumpur yang luas mula terdedah. 195 00:19:28,960 --> 00:19:32,672 Kawasan gurun berlumpur ini mengandungi banyak hasil. 196 00:19:59,699 --> 00:20:01,242 Sky dan anak-anaknya telah pergi jauh 197 00:20:01,326 --> 00:20:02,619 ke pinggir air surut 198 00:20:02,702 --> 00:20:05,413 mencari apa saja yang boleh memberikan khasiat. 199 00:20:07,248 --> 00:20:09,584 Beruang mempunyai deria bau yang amat kuat. 200 00:20:09,667 --> 00:20:13,505 Hidung mereka adalah tujuh kali ganda lebih sensitif berbanding manusia. 201 00:20:19,719 --> 00:20:22,889 Scout seperti tak faham apa yang dicari oleh ibunya. 202 00:20:29,395 --> 00:20:30,480 Habuan. 203 00:20:30,563 --> 00:20:32,857 Sky menarik keluar kepah yang berisi. 204 00:20:32,982 --> 00:20:34,734 Ia akan membantu buat sementara waktu, 205 00:20:34,776 --> 00:20:35,985 tetapi seekor dua kepah, 206 00:20:36,069 --> 00:20:38,655 walaupun sedozen, memang tak mencukupi. 207 00:20:45,411 --> 00:20:47,831 Sky perlu anak-anaknya berada dekat di sisinya. 208 00:20:47,956 --> 00:20:50,875 Ia mengikuti air surutjauh ke tengah. 209 00:20:52,085 --> 00:20:54,087 Tetapi Scout tak risau. 210 00:20:54,546 --> 00:20:56,840 Ia lebih gemar berseronok pada hari pertamanya di pantai. 211 00:21:00,635 --> 00:21:03,096 Amber memilih untuk duduk di sisi ibunya. 212 00:21:03,763 --> 00:21:07,600 Ia nampak kurang bodoh. 213 00:21:09,769 --> 00:21:10,895 Tetapi Scout tak peduli. 214 00:21:12,146 --> 00:21:14,357 Ia suka pada pasir pantai ini. 215 00:21:21,281 --> 00:21:23,199 "Lihatlah balik kuang ini! 216 00:21:23,616 --> 00:21:25,952 "Ia hanya balik kuang separa. 217 00:21:27,495 --> 00:21:29,873 "Amber, tengoklah saya! Saya seekor raksasa lumpur!" 218 00:21:32,584 --> 00:21:35,044 "Sungguh matang, Scout. Sungguh matang." 219 00:21:36,045 --> 00:21:38,006 "Tidak, jomlah! Ia amat seronok! 220 00:21:41,301 --> 00:21:44,053 "Kenapa burung ini asyik mengekori kita 221 00:21:44,137 --> 00:21:45,263 "ke mana saja kita pergi? 222 00:21:45,930 --> 00:21:47,348 "Biar saya tanya ia. 223 00:21:47,724 --> 00:21:49,142 "Hei, burung! 224 00:21:51,519 --> 00:21:54,105 "Hei, dari mana kamu dapat ikan tu?" 225 00:21:57,525 --> 00:22:00,987 Sky dan Amber sedang berseronok bersama sebagai ibu dan anak. 226 00:22:02,488 --> 00:22:06,451 Scout baru tahu bahawa pasir tak enak dimakan. 227 00:22:30,224 --> 00:22:32,518 Kedua-dua anak beruang, dengan cara masing-masing, 228 00:22:32,560 --> 00:22:34,854 amat seronok melawat pantai buat pertama kalinya. 229 00:22:40,109 --> 00:22:42,487 Tetapi Sky tak boleh terlalu banyak bermain. 230 00:22:42,528 --> 00:22:46,074 Ia harus terus mencari kepah sementara air masih surut. 231 00:22:50,828 --> 00:22:53,373 Si burung raven sentiasa mengekori Sky. 232 00:22:55,291 --> 00:22:57,710 Burung raven boleh nampak peluang dari jarak jauh, 233 00:22:58,795 --> 00:23:02,006 manakala deria bau beruang boleh mencari makanan tersembunyi. 234 00:23:03,132 --> 00:23:07,553 Ia satu persahabatan yang luar biasa, tapi ia mendatangkan hasil. 235 00:23:14,936 --> 00:23:18,481 "Hei, Mak, bagaimana cara untuk membukanya? 236 00:23:27,073 --> 00:23:28,157 "Mak! 237 00:23:28,574 --> 00:23:30,827 "Tak apa, saya dah berjaya membukanya. 238 00:23:31,619 --> 00:23:33,746 "Kuku saya... Mak... 239 00:23:34,330 --> 00:23:38,459 "Apa kita patut buat kalau kuku kita tersepit dalam kepah ni? 240 00:23:40,336 --> 00:23:41,337 "Lepaskan. 241 00:23:43,464 --> 00:23:45,925 "Mak, ia terlekat pada kuku saya! 242 00:23:47,719 --> 00:23:49,721 "Kamu tengok apa, burung? 243 00:23:49,804 --> 00:23:51,889 "Ini cara saya membawanya. 244 00:23:52,015 --> 00:23:55,768 "Saya sedang membawa kepah saya berjalan-jalan, itu saja. 245 00:24:03,568 --> 00:24:05,778 "Lepaskan kuku saya, kepah! 246 00:24:05,862 --> 00:24:07,405 "Lepaskan! 247 00:24:20,418 --> 00:24:22,754 "Saya bukannya nak sangat kepah tu." 248 00:24:27,967 --> 00:24:32,221 Sky dan anak-anaknya berada jauh dari darat semasa air mula pasang. 249 00:24:40,521 --> 00:24:42,565 Sky cuba mendapatkan makanan sebanyak mungkin 250 00:24:42,648 --> 00:24:45,026 sebelum air menenggelamkan lumpur itu. 251 00:25:08,382 --> 00:25:11,677 Scout tak tahu apa yang akan berlaku apabila air pasang. 252 00:25:11,844 --> 00:25:14,180 Ia cuma keletihan setelah bermain sepanjang hari. 253 00:25:14,514 --> 00:25:17,225 Sekarang, mereka dikelilingi air. 254 00:25:17,975 --> 00:25:19,852 Air yang sejuk beku. 255 00:25:28,277 --> 00:25:30,404 Apabila Sky akhirnya kembali ke darat, 256 00:25:30,488 --> 00:25:33,324 ia menyangkakan bahawa kedua-dua anaknya tak jauh di belakang. 257 00:25:35,535 --> 00:25:37,286 Itu satu kesilapan. 258 00:25:38,538 --> 00:25:39,705 Scout terlalu kepenatan untuk terus berjalan. 259 00:25:43,960 --> 00:25:47,380 Amber sedar bahawa Scout bukan saja berlengah-lengah. 260 00:25:47,880 --> 00:25:49,298 Ia tertidur. 261 00:26:17,827 --> 00:26:19,745 Apabila Scout terjaga, 262 00:26:19,787 --> 00:26:21,956 ia sedar ia terdamparjauh dari pantai. 263 00:26:27,837 --> 00:26:30,381 Ia memanggil-manggil ibunya. 264 00:26:33,759 --> 00:26:34,760 Ibunya menyahut panggilannya. 265 00:26:37,096 --> 00:26:38,139 Mendesak Scout supaya bergegas. 266 00:26:56,949 --> 00:26:59,118 Arus semakin kuat sekarang, 267 00:26:59,160 --> 00:27:02,413 dan Scout berhempas pulas untuk kembali ke darat. 268 00:27:45,122 --> 00:27:48,626 Scout menguatkan dirinya dan berjaya sampai ke darat. 269 00:28:01,305 --> 00:28:03,557 Anak-anak beruang itu, 270 00:28:04,600 --> 00:28:07,436 nampaknya mereka gembira dapat bertemu kembali. 271 00:28:15,987 --> 00:28:19,031 Minggu-minggu silih berganti, cuaca pun semakin hangat, 272 00:28:19,073 --> 00:28:21,534 dan dataran-dataran lumpur tak lagi begitu terdedah. 273 00:28:27,873 --> 00:28:29,542 Tiba masanya untuk kembali ke padang rumput, 274 00:28:29,625 --> 00:28:31,377 yang kini penuh warna-warni. 275 00:28:55,443 --> 00:28:58,863 Scout dan Amber berseronok bersama pada hari-hari awal musim panas, 276 00:28:58,904 --> 00:29:01,574 sambil diperhatikan oleh ibu mereka dari jarak yang selamat. 277 00:29:24,096 --> 00:29:27,433 Tanpa sumber ikan yang berdekatan, mereka kembali memakan rumput. 278 00:29:30,936 --> 00:29:33,105 Scout nampak kurang gembira. 279 00:29:35,608 --> 00:29:39,445 Pada waktu ini, segalanya terasa lemau dan kering. 280 00:29:44,450 --> 00:29:46,702 Akibat kekurangan makanan, 281 00:29:47,119 --> 00:29:49,997 beruang-beruang betina pun mula cepat naik berang. 282 00:30:14,105 --> 00:30:16,107 Pertempuran yang ganas ini mungkin pendek masanya, 283 00:30:16,148 --> 00:30:18,484 tetapi ia semakin kerap berlaku. 284 00:30:18,692 --> 00:30:19,735 Keadaan semakin tegang. 285 00:30:41,132 --> 00:30:43,592 Anak-anak beruang ini tahu ada sesuatu yang tak kena. 286 00:30:58,190 --> 00:31:00,192 Tiada tempat untuk bersembunyi. 287 00:31:10,119 --> 00:31:12,163 Semua sedang memerhatikan mereka. 288 00:31:27,094 --> 00:31:29,180 Melihat anak-anaknya semakin resah, 289 00:31:29,221 --> 00:31:31,807 Sky bergerak ke sisi mereka untuk melindungi mereka. 290 00:31:43,110 --> 00:31:44,403 Magnus. 291 00:31:46,322 --> 00:31:49,200 Kali ini, ia amat kelaparan. 292 00:31:59,084 --> 00:32:00,920 Ia telah nampak anak-anak beruang itu. 293 00:32:02,963 --> 00:32:05,257 Sky harus cepat memilih tindakan seterusnya. 294 00:32:16,101 --> 00:32:17,728 Ia berlari, mencari tempat yang selamat. 295 00:32:21,941 --> 00:32:24,610 Ia satu pilihan yang bakal dikesalinya. 296 00:32:31,116 --> 00:32:32,159 Chinook! 297 00:32:32,284 --> 00:32:34,620 Pusingan kedua dan sedia untuk bertempur. 298 00:32:39,124 --> 00:32:40,584 Ia berlari mengejar mereka. 299 00:32:50,553 --> 00:32:53,305 Chinook jauh lebih kuat berbanding Sky, 300 00:32:53,389 --> 00:32:55,307 tetapi Sky akan berlawan bermati-matian 301 00:32:55,349 --> 00:32:56,767 agar anak-anaknya boleh melarikan diri. 302 00:33:20,207 --> 00:33:22,293 Anak-anak beruang itu cuba melarikan diri. 303 00:33:31,427 --> 00:33:33,053 Sky cuba mengumpannya jauh dari situ, 304 00:33:33,137 --> 00:33:34,597 tetapi ia tak mengekorinya, 305 00:33:34,680 --> 00:33:37,182 sebaliknya Chinook meluru ke arah anak-anak Sky. 306 00:33:45,649 --> 00:33:47,568 Ia tahu mereka belum pergi jauh. 307 00:33:53,115 --> 00:33:54,658 Deria bau Chinook yang kuat 308 00:33:54,700 --> 00:33:57,536 memberitahu ada anak beruang bersembunyi di sebalik kayu balak itu. 309 00:33:58,370 --> 00:34:00,039 Tetapi anak yang mana satu? 310 00:34:35,658 --> 00:34:38,494 Sky terdesak mencari anak-anaknya. 311 00:34:52,216 --> 00:34:53,592 Amber. 312 00:35:01,475 --> 00:35:03,394 Tetapi Scout tak dapat dikesan. 313 00:35:45,060 --> 00:35:47,646 Amber tak mahu meninggalkan padang rumput ini tanpa adiknya. 314 00:35:48,272 --> 00:35:50,983 Tetapi Sky tahu mereka harus pergi dari situ. 315 00:35:51,859 --> 00:35:54,528 Chinook mungkin akan kembali bila-bila masa sahaja. 316 00:35:54,695 --> 00:35:56,447 Sky masih perlu melindungi Amber, 317 00:35:56,488 --> 00:35:59,491 walau betapa ia ingin pergi mencari Scout. 318 00:36:01,452 --> 00:36:03,495 Ia bukan satu keputusan yang mudah. 319 00:36:25,768 --> 00:36:27,269 Di situ pun Scout! 320 00:36:40,866 --> 00:36:42,868 Kembali bersama. 321 00:36:56,048 --> 00:36:57,883 Sky tahu tentang satu lagi tempat di pantai ini 322 00:36:57,925 --> 00:37:00,427 yang pernah ia kunjungi bersama ibunya. 323 00:37:01,887 --> 00:37:03,680 Sambil ia membawa anak-anaknya ke situ, 324 00:37:03,722 --> 00:37:06,809 pasti ia berharap agar nasibnya bertambah baik. 325 00:37:30,624 --> 00:37:34,586 Pertengahan musim panas membawa lebih banyak tempat mencari makanan. 326 00:37:38,924 --> 00:37:41,927 Ketika Sky dan anak-anaknya pergi ke tempat makan yang lebih selamat, 327 00:37:41,969 --> 00:37:45,806 beruang-beruang lain meninggalkan padang rumput dan pergi ke pantai. 328 00:38:18,547 --> 00:38:20,549 Chinook sudah pun berada di situ. 329 00:38:23,468 --> 00:38:25,178 Begitu juga dengan Magnus. 330 00:38:28,265 --> 00:38:30,434 Buat masa ini, mereka menunggu, 331 00:38:32,978 --> 00:38:34,521 dan menunggu. 332 00:38:59,296 --> 00:39:00,839 Ikan salmon! 333 00:39:01,590 --> 00:39:03,759 Peluang awal untuk menangkap ikan. 334 00:39:17,522 --> 00:39:20,859 Setahun telah berlalu sejak beruang-beruang ini menangkap ikan. 335 00:39:22,819 --> 00:39:25,072 Nampaknya kemahiran mereka agak berkarat. 336 00:39:40,921 --> 00:39:42,798 "Dah dapat! Dah dapat! 337 00:39:42,881 --> 00:39:44,591 "Saya... saya dah dapat tadi. 338 00:39:47,886 --> 00:39:50,138 "Ikan-ikan ni begitu licik." 339 00:39:55,477 --> 00:39:57,729 Hanya Magnus yang masih mempunyai maruah. 340 00:40:02,234 --> 00:40:04,152 Magnus tak perlu menangkap ikan, 341 00:40:04,236 --> 00:40:06,071 kerana ia ada rancangan. 342 00:40:09,074 --> 00:40:11,994 Ia akan merampas apa saja yang ditangkap oleh Chinook. 343 00:40:14,913 --> 00:40:16,999 "Ya, bagus, Chinook. 344 00:40:17,749 --> 00:40:19,418 "Tangkapkan ikan itu untuk saya. 345 00:40:24,548 --> 00:40:26,008 "Beruang yang baik." 346 00:40:28,093 --> 00:40:29,219 Magnus membuka langkah. 347 00:41:10,844 --> 00:41:13,138 Akhirnya Magnus menang, 348 00:41:13,221 --> 00:41:15,515 dan Chinook hanya mampu terhincut-hincut pergi 349 00:41:15,599 --> 00:41:19,186 melihat hasil tangkapannya dibaham oleh orang lain. 350 00:41:19,936 --> 00:41:21,813 Chinook tak akan melupakan peristiwa ini. 351 00:41:34,534 --> 00:41:37,162 Jauh daripada bahaya di pantai salmon yang sesak itu, 352 00:41:37,245 --> 00:41:41,166 Sky dan anak-anaknya masih mencari tempat makan yang sunyi. 353 00:41:44,669 --> 00:41:47,339 Perhatian Scout asyik teralih oleh perkara-perkara remeh, 354 00:41:47,756 --> 00:41:49,382 memperlahankan perjalanan mereka. 355 00:42:00,894 --> 00:42:02,854 Mereka sedang diekori. 356 00:42:07,776 --> 00:42:10,153 Tikani dapat merasakan peluang ini. 357 00:42:14,866 --> 00:42:16,785 Jika ia bergerak dengan senyap, 358 00:42:16,868 --> 00:42:19,037 ia boleh menerkam anak beruang yang ketinggalan. 359 00:42:39,766 --> 00:42:40,851 Scout menyerang! 360 00:42:42,060 --> 00:42:44,187 Tikani mahu Scout mengekorinya. 361 00:42:44,229 --> 00:42:45,772 Agar ia bersendirian. 362 00:42:46,439 --> 00:42:48,233 Tetapi Sky kekal di sisinya. 363 00:43:16,261 --> 00:43:18,096 Hanya Sky yang mampu mengusir Tikani. 364 00:43:26,771 --> 00:43:30,025 Ibu beruang ini sentiasa memerhatikan anak-anaknya. 365 00:43:30,400 --> 00:43:32,944 Muslihat Tikani yang biasa tak berhasil, 366 00:43:33,278 --> 00:43:35,530 tetapi tak bermakna ia berputus asa. 367 00:43:44,247 --> 00:43:46,583 Beberapa kilometer ke utara pantai. 368 00:43:46,625 --> 00:43:48,710 Sky mengikut panggilan burung raven 369 00:43:48,793 --> 00:43:50,962 ke satu tempat yang istimewa. 370 00:43:58,303 --> 00:44:00,180 Satu kawasan perlindungan 371 00:44:00,555 --> 00:44:03,308 yang membolehkan beruang-beruang ini berehat dengan selamat. 372 00:44:11,816 --> 00:44:13,485 Penemuan yang hebat, En. Raven. 373 00:44:14,402 --> 00:44:15,987 Pandai kamu mengesannya. 374 00:44:44,349 --> 00:44:47,227 Sky pasti sedang risau tentang bekalan susunya. 375 00:44:48,520 --> 00:44:51,898 Jika ia tak makan banyak salmon sebelum musim panas berakhir, 376 00:44:52,023 --> 00:44:54,818 lemak simpanannya tak akan cukup untuk menyusukan Scout dan Amber 377 00:44:54,859 --> 00:44:57,237 sepanjang waktu hibernasi musim sejuk seterusnya. 378 00:45:00,031 --> 00:45:03,702 Anak-anaknya akan mati kelaparan di sisinya dalam jerumun mereka. 379 00:45:06,997 --> 00:45:08,790 Sky tahu bahawa lambat laun 380 00:45:08,873 --> 00:45:11,543 ia terpaksa memberanikan diri untuk pergi ke pantai salmon itu. 381 00:45:13,837 --> 00:45:17,048 Tetapi sebelum itu, ia ingin menunjukkan sesuatu yang hebat. 382 00:45:20,635 --> 00:45:22,470 Apabila air surut, 383 00:45:22,554 --> 00:45:25,181 laut ini bertukar menjadi medan selera rahsia, 384 00:45:25,432 --> 00:45:27,726 yang menghidangkan batu-batan yang dilitupi kupang. 385 00:45:36,318 --> 00:45:39,404 Kita boleh makan sepuas-puasnya, tetapi perlu berhati-hati. 386 00:45:41,865 --> 00:45:44,451 Anak-anak Sky kelihatan amat keliru. 387 00:45:45,577 --> 00:45:47,746 "Adakah rasanya memang begini? 388 00:45:47,829 --> 00:45:49,414 "Ia amat rangup." 389 00:45:52,625 --> 00:45:55,420 Tetapi Sky tahu segenggam kupang itu amatlah berbaloi. 390 00:46:13,063 --> 00:46:16,358 Ia mendedahkan makanan tersembunyi dengan kaki hadapannya. 391 00:46:19,944 --> 00:46:21,321 Belut batu. 392 00:46:22,405 --> 00:46:24,449 Ikan-ikan pemalu ini tidaklah sebaik salmon, 393 00:46:24,491 --> 00:46:26,826 tetapi lebih baik daripada langsung tak dapat apa-apa. 394 00:46:35,335 --> 00:46:37,504 Scout rasa ia mampu melakukannya sendiri. 395 00:46:40,924 --> 00:46:44,177 Amber pula membiarkan ibunya melakukan semua kerja. 396 00:47:03,571 --> 00:47:06,449 Si burung raven yang licik pun mendapat habuannya. 397 00:47:09,828 --> 00:47:11,121 "Hei, itu saya yang punya. 398 00:47:12,664 --> 00:47:14,249 "Saya telah menyimpannya!" 399 00:47:17,669 --> 00:47:18,962 Ia memang kerja yang remeh, 400 00:47:19,045 --> 00:47:21,548 tetapi tiada makanan lain buat masa ini. 401 00:47:36,980 --> 00:47:37,981 Aduh! 402 00:47:45,697 --> 00:47:47,073 Kembali ke pantai, 403 00:47:47,157 --> 00:47:50,326 akhirnya ikan salmon datang dengan banyaknya. 404 00:47:50,660 --> 00:47:53,288 Inilah yang dinantikan oleh sang beruang sepanjang musim panas. 405 00:48:02,297 --> 00:48:04,215 Laut berkocak-kocak dengan ikan, 406 00:48:04,299 --> 00:48:05,633 dan bilangannya yang begitu banyak 407 00:48:05,717 --> 00:48:08,011 menjadikannya lebih mudah ditangkap. 408 00:48:15,059 --> 00:48:18,104 Sky dan anak-anaknya patut berada di sini, secepat mungkin. 409 00:48:18,771 --> 00:48:19,939 Mereka sudah mula terlepas peluang. 410 00:48:38,958 --> 00:48:42,712 Chinook tak akan membiarkan ikannya dicuri lagi kali ini. 411 00:48:44,506 --> 00:48:48,384 Dengan ketiadaan Magnus, ia boleh makan sepuas-puasnya. 412 00:48:58,478 --> 00:49:02,065 Tikani pun ada di sini, mencuba nasib menangkap ikan. 413 00:49:17,705 --> 00:49:19,082 Ia tak semudah yang disangkakan. 414 00:49:19,123 --> 00:49:22,752 Kita boleh membezakan antara yang berpengalaman dengan yang tidak. 415 00:49:39,978 --> 00:49:41,688 Kemudian kita hanya perlu makan hasil tangkapan 416 00:49:41,771 --> 00:49:43,606 sebelum ia dirampas oleh pihak lain. 417 00:49:44,232 --> 00:49:45,775 Cepat sikit, kawan! 418 00:49:45,817 --> 00:49:47,443 Lari! 419 00:49:51,281 --> 00:49:54,242 Kita tahu apabila seekor serigala berjalan dengan gaya begitu, 420 00:49:55,201 --> 00:49:56,327 ia mempunyai niat tak baik. 421 00:50:13,303 --> 00:50:14,721 Kepalanya tertunduk, 422 00:50:15,513 --> 00:50:17,724 bergerak perlahan-lahan. 423 00:50:19,017 --> 00:50:20,893 Si pencuri sedang bertugas. 424 00:50:25,857 --> 00:50:27,525 Mengagumkan. 425 00:50:27,859 --> 00:50:30,361 Ekornya tak basah pun. 426 00:50:35,199 --> 00:50:38,036 Setelah berbulan-bulan memburu salmon tanpa henti, 427 00:50:38,119 --> 00:50:42,081 ia seolah-olah beruang-beruang ini tak akan tahu berasa kenyang. 428 00:50:42,290 --> 00:50:45,043 Tetapi itulah yang sedang berlaku di sini. 429 00:50:46,252 --> 00:50:48,129 Kenyang teramat sangat. 430 00:50:49,797 --> 00:50:50,798 Dan berminat terhadap... 431 00:50:52,342 --> 00:50:53,593 Entahlah apa sedang dibuatnya. 432 00:50:57,305 --> 00:50:59,557 Tiba-tiba semua berasa begitu gatal. 433 00:51:13,655 --> 00:51:16,866 Beruang ini nampak seperti bapa saya semasa menonton TV. 434 00:51:20,745 --> 00:51:21,954 "Hei, siapa yang menukar saluran? 435 00:51:22,038 --> 00:51:23,915 "Saya sedang menontonnya." 436 00:51:29,587 --> 00:51:33,049 Bukan Sky dan anak-anaknya sahaja yang sedang dalam perjalanan. 437 00:51:33,091 --> 00:51:34,258 Ikan salmon ini hanya menunggu 438 00:51:34,300 --> 00:51:36,761 sebelum bergerak ke hulu sungai untuk bertelur. 439 00:51:40,223 --> 00:51:43,393 Ia telah menghabiskan seluruh musim sejuk di laut masin, 440 00:51:43,434 --> 00:51:45,103 dan beberapa minggu diperlukan untuk ia 441 00:51:45,186 --> 00:51:47,188 menyesuaikan diri dengan air tawar. 442 00:51:49,607 --> 00:51:52,485 Ia menghabiskan masa di muara sungai di belakang pantai, 443 00:51:52,568 --> 00:51:54,946 terlindung daripada tempat beruang biasa berburu. 444 00:51:57,990 --> 00:51:59,951 Sky beruang pertama yang tiba ke sini, 445 00:52:00,034 --> 00:52:02,745 dan tiada gangguan daripada beruang lain. 446 00:52:07,125 --> 00:52:08,793 Ada begitu banyak ikan di sini. 447 00:52:09,585 --> 00:52:12,296 Ia harus merebut peluang ini sekarang, 448 00:52:12,380 --> 00:52:15,299 tetapi ia tahu risiko meninggalkan anak-anaknya. 449 00:52:17,260 --> 00:52:20,054 Hanya ada waktu yang terhad sebelum beruang-beruang lain tiba. 450 00:52:28,271 --> 00:52:30,982 Ia mampu menangkap ikan dengan lebih cekap jika bersendirian. 451 00:52:35,236 --> 00:52:37,071 Ia berasa bahawa ia patut mengambil risiko ini. 452 00:53:33,878 --> 00:53:35,213 Anak-anak Sky cuba mempertahankan diri 453 00:53:35,254 --> 00:53:37,215 sambil berteriak memanggil ibu mereka. 454 00:53:41,135 --> 00:53:42,178 Mereka tak boleh lawan sendiri. 455 00:53:47,934 --> 00:53:50,770 Sky bergegas kembali, dan Tikani pun berundur. 456 00:53:56,526 --> 00:54:00,238 Sky telah membawa anak-anaknya ke semua tempat di pantai ini 457 00:54:01,113 --> 00:54:02,657 tanpa sebarang hasil. 458 00:54:03,741 --> 00:54:06,410 Masih ada tempat-tempat rahsia lain ke hulu, 459 00:54:07,453 --> 00:54:09,080 tempat-tempat tersembunyi seperti Kolam Emas 460 00:54:09,163 --> 00:54:11,749 yang kadangkalanya dipenuhi ikan. 461 00:54:12,375 --> 00:54:15,920 Tetapi ia sukar ditemui, dan pendakiannya amat curam. 462 00:54:19,423 --> 00:54:21,926 Sky tiada pilihan lain, 463 00:54:22,009 --> 00:54:24,512 ia harus mencari tempat untuk makan sebelum terlambat. 464 00:55:00,631 --> 00:55:03,551 Bagi ikan salmon, sudah dua minggu ia berada di muara sungai, 465 00:55:03,634 --> 00:55:06,053 dan ia sudah menyesuaikan diri dengan air tawar. 466 00:55:08,306 --> 00:55:11,058 Perjalanannya ke hulu sungai akhirnya akan bermula. 467 00:55:12,143 --> 00:55:14,020 Ia suatu misi yang hampir tak boleh dipercayai. 468 00:55:14,645 --> 00:55:19,108 Ia sedang cuba untuk kembali ke tempat ia menetas. 469 00:55:21,986 --> 00:55:23,821 Ia mengharapkan tanda-tanda kimia, 470 00:55:23,905 --> 00:55:27,450 rasa air sungai ini, untuk menentukan halatujunya. 471 00:55:36,500 --> 00:55:39,003 Ada yang berenang 50 kilometer ke hulu 472 00:55:39,086 --> 00:55:41,297 menentang arus yang kuat. 473 00:55:46,844 --> 00:55:50,681 Kerap kali, air terjun yang ada terlalu curam untuk dilepasi. 474 00:56:01,525 --> 00:56:03,694 Kerana tak dapat berenang ke tempat lebih tinggi, 475 00:56:04,028 --> 00:56:05,821 ikan-ikan salmon ini terpaksa menunggu 476 00:56:06,364 --> 00:56:08,532 di lubuk tunjam di bawah. 477 00:56:13,245 --> 00:56:15,539 Di sinilah arah tujuan ikan salmon ini. 478 00:56:15,623 --> 00:56:19,418 Air yang tenang dan cetek menjadi tempat yang sesuai untuk bertelur. 479 00:56:30,805 --> 00:56:33,474 Sky dan anak-anaknya pun baru tiba. 480 00:56:33,933 --> 00:56:35,351 Sepanjang dua minggu yang lepas 481 00:56:35,393 --> 00:56:38,062 mereka mendaki ke tempat yang terpencil ini. 482 00:56:42,733 --> 00:56:44,735 Sky kelihatan teramat kurus. 483 00:56:48,572 --> 00:56:50,825 Ia tak mahu terlepas akan ketibaan ikan-ikan salmon 484 00:56:50,908 --> 00:56:52,243 ke perairan yang tenang ini. 485 00:56:57,915 --> 00:56:59,834 Tetapi sayangnya ia tiba tak tepat pada waktunya. 486 00:57:01,502 --> 00:57:04,422 Ikan-ikan itu masih tersekat di lubuk di bawah. 487 00:57:05,381 --> 00:57:07,299 Tiada makanan di sini. 488 00:57:28,529 --> 00:57:31,449 Nampaknya kali ini si burung raven sudah tersilap. 489 00:58:13,991 --> 00:58:16,327 Meskipun basah kuyup dan kesejukan, 490 00:58:16,660 --> 00:58:18,537 hujan yang turun ini sebenarnya memberi Sky 491 00:58:18,621 --> 00:58:21,165 dan anak-anaknya harapan yang amat diperlukan. 492 00:58:27,046 --> 00:58:30,049 Hujan lebat menyebabkan paras air meningkat 493 00:58:30,299 --> 00:58:34,220 dan membolehkan ikan-ikan salmon ini meneruskan perjalanan. 494 00:58:43,854 --> 00:58:45,147 Ya! 495 00:58:46,440 --> 00:58:48,109 Mereka berjaya. 496 00:58:57,409 --> 00:58:59,703 Sky tahu ikan salmon bakal tiba. 497 00:58:59,912 --> 00:59:01,956 Ia hampir dapat merasainya di lidahnya. 498 00:59:14,468 --> 00:59:16,262 Sky mencari. 499 00:59:20,182 --> 00:59:21,892 Di manakah ia? 500 00:59:41,412 --> 00:59:43,873 Inilah ikan pertamanya musim ini. 501 00:59:55,342 --> 00:59:57,720 Akhirnya anak-anaknya dapat merasa ikan salmon. 502 01:00:03,726 --> 01:00:05,394 Scout membawa pulang makanannya. 503 01:00:05,728 --> 01:00:09,315 Tetapi Amber kekal di sisi ibunya untuk makan bersama. 504 01:00:22,161 --> 01:00:25,748 "Mak, ikan salmon ialah makanan kegemaran saya yang baru. 505 01:00:27,082 --> 01:00:28,709 "Saya tak mahu makan kupang lagi." 506 01:00:38,135 --> 01:00:39,470 Masalah ikan salmon ialah 507 01:00:39,511 --> 01:00:41,263 ia tak kekal lama di satu tempat. 508 01:00:42,723 --> 01:00:44,600 Ia masih dalam perjalanannya. 509 01:00:48,604 --> 01:00:50,314 Sky tahu hala tuju mereka, 510 01:00:50,397 --> 01:00:52,024 dan ia satu tempat yang terlalu bahaya 511 01:00:52,233 --> 01:00:54,401 untuk seekor beruang dengan anak kecil. 512 01:00:55,486 --> 01:00:57,571 Tanpa pilihan lain, 513 01:00:57,655 --> 01:00:59,949 ia terpaksa mencari Kolam Emas. 514 01:01:16,131 --> 01:01:18,342 Inilah Air Terjun Besar. 515 01:01:20,010 --> 01:01:22,763 Hanya yang paling besar dan gagah datang ke sini. 516 01:01:44,868 --> 01:01:46,954 Beribu-ribu ekor salmon melalui air terjun ini, 517 01:01:47,037 --> 01:01:49,498 hanya untuk beberapa minggu di penghujung musim panas. 518 01:01:56,880 --> 01:01:59,174 Jika ingin menangkap ikan yang besar, 519 01:01:59,967 --> 01:02:02,386 kita harus berada di tempat yang betul 520 01:02:03,554 --> 01:02:04,596 pada waktu yang tepat. 521 01:02:06,181 --> 01:02:09,476 Meskipun begitu... 522 01:02:10,019 --> 01:02:11,478 ...masih belum tentu. 523 01:02:33,208 --> 01:02:34,918 Magnus memang berpengalaman. 524 01:02:35,627 --> 01:02:37,463 Buka saja mulut tu. 525 01:03:10,913 --> 01:03:14,249 Persaingan amat sengit untuk merebut tempat menangkap ikan yang terbaik. 526 01:03:25,469 --> 01:03:28,055 Chinook mahukan tempat utama yang diduduki Magnus. 527 01:03:31,600 --> 01:03:34,686 Tetapi ia sudah lupa betapa gagahnya Magnus. 528 01:03:40,984 --> 01:03:43,153 Tiba masa untuk diperingatkan tentangnya. 529 01:04:31,827 --> 01:04:33,537 Chinook menyerah kalah. 530 01:04:33,745 --> 01:04:39,042 Magnus kekal sebagai pemerintah Air Terjun Besar yang tak tercabar. 531 01:04:57,227 --> 01:04:59,563 Sky dan anak-anaknya telah menemui sebuah tempat aman 532 01:04:59,605 --> 01:05:01,064 jauh di dalam hutan, 533 01:05:01,106 --> 01:05:03,317 di hulu sungai Air Terjun Besar. 534 01:05:10,157 --> 01:05:12,075 Musim panas hampir berakhir, 535 01:05:12,159 --> 01:05:13,827 dan memandangkan musim luruh hampir tiba, 536 01:05:14,077 --> 01:05:16,288 bulu di tubuh anak-anak Sky sudah mula menebal. 537 01:05:21,543 --> 01:05:23,504 Kerana tak cukup makan salmon, 538 01:05:23,587 --> 01:05:25,255 Sky belum berpeluang mengumpul 539 01:05:25,297 --> 01:05:27,216 simpanan lemak untuk musim sejuk. 540 01:05:50,280 --> 01:05:51,907 Tanpa makanan, 541 01:05:52,157 --> 01:05:54,493 susu Sky akan kering 542 01:05:55,410 --> 01:05:57,287 dan Scout dan Amber 543 01:05:57,371 --> 01:05:58,830 takkan berjaya mengharungi hibernasi. 544 01:06:21,478 --> 01:06:23,021 Kasihan Sky. 545 01:06:24,147 --> 01:06:27,442 Ia berusaha untuk menjadi ibu yang baik dan melindungi anak-anaknya. 546 01:06:34,074 --> 01:06:37,160 Ia hilang arah dan kepenatan, 547 01:06:38,996 --> 01:06:42,124 tetapi ia masih enggan berputus asa. 548 01:06:52,259 --> 01:06:56,013 Kalaulah ia tahu, ia begitu hampir ke destinasinya. 549 01:06:57,180 --> 01:06:59,182 Hanya perlu berjalan sedikit lagi. 550 01:07:07,441 --> 01:07:09,610 Inilah Kolam Emas, 551 01:07:10,736 --> 01:07:13,196 tempat yang dituju oleh Sky dan anak-anaknya. 552 01:07:14,781 --> 01:07:18,869 Sesetengah tahun, ikan salmon berkumpul di sini dengan banyaknya. 553 01:07:38,055 --> 01:07:41,016 Burung raven memanggil, meminta Sky mengikutnya. 554 01:08:03,038 --> 01:08:04,956 Sky hampir tak percaya apa yang dilihatnya. 555 01:08:06,958 --> 01:08:09,920 Begitu banyak beruang, berkumpul dengan aman. 556 01:08:11,838 --> 01:08:13,674 Selamat dan begitu ramah. 557 01:08:22,057 --> 01:08:25,602 Terdapat begitu banyak ikan salmon hinggakan melimpah ruah. 558 01:09:58,236 --> 01:10:01,281 Dengan semua ikan salmon ini, anak-anaknya akan menggemuk, 559 01:10:01,865 --> 01:10:05,494 dan Sky boleh menyusukan mereka sepanjang musim sejuk. 560 01:10:09,414 --> 01:10:12,876 Perjalanan Sky yang jauh dan sukar kini sudah berakhir. 561 01:10:16,630 --> 01:10:19,674 Nampaknya beruang gagah yang dicari-cari oleh Scout 562 01:10:20,133 --> 01:10:22,677 sentiasa berada di sisinya, selama ini. 563 01:10:42,531 --> 01:10:43,615 Sambil musim sejuk berkunjung tiba, 564 01:10:44,241 --> 01:10:47,577 kesemua beruang memulakan perjalanan kembali ke gunung. 565 01:10:56,127 --> 01:10:59,381 Scout dan Amber bergantung pada ibu mereka untuk dua tahun seterusnya, 566 01:10:59,714 --> 01:11:02,509 menjadi semakin gagah setiap kali musim berlalu. 567 01:11:09,724 --> 01:11:12,269 Sebelum tibanya hari-hari musim sejuk yang gelap, 568 01:11:12,352 --> 01:11:14,437 setiap ekor beruang harus kembali ke puncak tinggi 569 01:11:14,479 --> 01:11:16,940 dan menggali jerumun untuk hibernasi. 570 01:11:41,131 --> 01:11:43,258 Selama enam bulan seterusnya, 571 01:11:43,341 --> 01:11:45,719 kesemua beruang akan tidur 572 01:11:45,927 --> 01:11:48,889 sambil diselimuti salji yang tebal. 573 01:11:51,433 --> 01:11:52,809 Itu dia Chinook. 574 01:11:52,893 --> 01:11:54,686 Ia berjaya mengharungi satu tahun lagi. 575 01:12:00,358 --> 01:12:04,029 Magnus yang gagah melihat kawasan kekuasaannya buat kali terakhir. 576 01:12:13,830 --> 01:12:17,167 Kata orang, tahun pertama mengasuh anak adalah yang paling sukar. 577 01:12:17,417 --> 01:12:19,836 Tetapi Sky tetap sabar dan gigih. 578 01:12:20,295 --> 01:12:22,339 Ia tak pernah berhenti menyayangi. 579 01:12:23,256 --> 01:12:24,966 Balasannya? 580 01:12:25,508 --> 01:12:28,845 Lapan kaki kecil mengikutnya kembali ke atas gunung 581 01:12:29,179 --> 01:12:31,181 untuk tidur lama di musim sejuk. 582 01:13:15,767 --> 01:13:17,727 Kelilingi ia. Kelilingi ia. 583 01:13:18,770 --> 01:13:19,813 Kelilingi ia. 584 01:13:42,919 --> 01:13:44,379 Hei, beruang. 585 01:14:09,320 --> 01:14:11,072 Bagus. Di situ.