1 00:00:00,240 --> 00:00:03,478 Di bumi mitos dan zaman sihir... 2 00:00:03,478 --> 00:00:08,090 ...takdir sebuah kerajaan yang gah terletak di bahu seorang lelaki. 3 00:00:08,090 --> 00:00:10,313 Namanya... 4 00:00:10,313 --> 00:00:11,842 ...Merlin. 5 00:00:58,640 --> 00:01:01,560 Terperangkap, bukan? 6 00:01:11,040 --> 00:01:13,120 Begitulah rancangannya. 7 00:01:14,120 --> 00:01:15,640 Serang! 8 00:01:49,880 --> 00:01:52,512 Tuanku, lihatlah ini. 9 00:01:52,520 --> 00:01:53,666 Dia ikut bersama kita. 10 00:01:53,666 --> 00:01:55,528 Beta akan uruskan perihal banduan sesudah tiba di Camelot. 11 00:01:55,528 --> 00:01:57,415 Ini bukanlah banduan biasa, Tuanku. 12 00:02:05,400 --> 00:02:07,799 Wah, wah... 13 00:02:07,800 --> 00:02:08,873 Apakah itu? 14 00:02:08,873 --> 00:02:12,505 Ini, Merlin...ialah gencana di Raja Caerleon. 15 00:02:12,798 --> 00:02:14,705 Bukankah begitu,... 16 00:02:16,120 --> 00:02:18,403 ...Tuanku? 17 00:02:19,560 --> 00:02:22,559 Ini bukanlah kali pertama dia menceroboh jajahan kita. 18 00:02:22,560 --> 00:02:25,882 Tidak, Tuanku. Minggu lepas dia menawan Stonedown di sempadan barat. 19 00:02:25,882 --> 00:02:27,653 Tapi kita bukan berada di sempadan sekarang, Agravaine. 20 00:02:27,653 --> 00:02:29,930 Sini ialah jantung kerajaan ini. Dia mengambil risiko.. 21 00:02:29,930 --> 00:02:33,653 -..yang tinggi untuk ke mari. - Mungkin dia tidak rasa begitu. 22 00:02:35,361 --> 00:02:37,183 Patik rasa, bukanlah kebetulan apabila semua ini berlaku... 23 00:02:37,183 --> 00:02:39,278 ...semenjak kematian Uther. 24 00:02:39,689 --> 00:02:40,920 Apa maksud Pak Cik? 25 00:02:41,689 --> 00:02:44,255 Arthur, ayahanda kamu merupakan Raja yang kuat. 26 00:02:44,255 --> 00:02:47,024 Musuh-musuhnya takut dan hormat akan kekuatan itu. 27 00:02:47,024 --> 00:02:49,567 Maksudnya beta tidak layak dihormati? 28 00:02:49,567 --> 00:02:51,359 Tidak, Tuanku. Bukan begitu. 29 00:02:51,359 --> 00:02:55,569 Tiada seorang pun di Camelot ini yang tidak sanggup berkorban nyawa demi kamu. 30 00:02:57,785 --> 00:02:59,457 Tapi, musuh-musuh kamu... 31 00:02:59,457 --> 00:03:04,680 Di mata musuh, kamu belum lagi diuji selaku Raja. 32 00:03:05,835 --> 00:03:08,240 Tuanku mestilah menghantar mesej yang jelas... 33 00:03:08,240 --> 00:03:11,369 ...bahawa sebarang tentangan terhadap Camelot akan diuruskan tanpa belas kasihan. 34 00:03:11,369 --> 00:03:13,760 Bukankah kita telah capai matlamat itu hari ini? 35 00:03:13,761 --> 00:03:16,759 Tidak, Tuanku. Belum mencukupi. 36 00:03:16,760 --> 00:03:20,719 Belum cukup untuk menghalang Odin, Bayard dan lain-lain yang inginkan kekayaan Camelot. 37 00:03:20,720 --> 00:03:22,480 Jadi, apa cadangan kamu? 38 00:03:24,160 --> 00:03:25,360 Pak Cik cadangkan... 39 00:03:27,398 --> 00:03:32,119 Pak Cik cadangkan, kita paksa dia menerima perjanjian yang memihak kepada kita. 40 00:03:32,120 --> 00:03:35,639 Dia mesti keluarkan orang-orangnya dari kawasan kita, 41 00:03:35,640 --> 00:03:37,360 ...pulangkan kawasan kepada kita. 42 00:03:38,960 --> 00:03:40,839 Dia mesti serahkan Everwick. 43 00:03:40,840 --> 00:03:43,919 Dia lebih rela mati dari menerima syarat-syarat seperti itu. 44 00:03:43,920 --> 00:03:47,159 Maka, kamu tiada sebarang pilihan. 45 00:03:47,160 --> 00:03:50,199 Beta tidak boleh bunuh seseorang begitu saja. 46 00:03:50,200 --> 00:03:54,599 Arthur, kamu mesti buat apa yang perlu untuk tegaskan kekuasaan kamu terhadap negeri ini. 47 00:03:54,600 --> 00:03:58,240 - Tentu ada cara lain. - Tiada lagi cara lain. 48 00:04:00,680 --> 00:04:01,904 Fikirlah masak-masak. 49 00:04:03,900 --> 00:04:05,688 Putuskan menjelang esok. 50 00:04:14,921 --> 00:04:15,846 Arthur... 51 00:04:16,232 --> 00:04:17,572 Bukan sekarang, Merlin. 52 00:04:37,480 --> 00:04:38,760 Arthur... 53 00:04:39,780 --> 00:04:41,120 Arthur... 54 00:04:41,980 --> 00:04:43,320 Ini. 55 00:04:44,500 --> 00:04:45,832 Terima kasih. 56 00:04:45,832 --> 00:04:47,360 Tuanku tentu kesejukan. 57 00:04:51,400 --> 00:04:54,199 - Tuanku tidak tidur langsung? - Beta asyik memikir. 58 00:04:54,200 --> 00:04:56,560 Tentang saranan Agravaine? 59 00:04:59,960 --> 00:05:02,960 Jadi, apa keputusan kamu? 60 00:05:04,840 --> 00:05:06,439 Ayahanda beta merupakan Raja yang agung. 61 00:05:06,440 --> 00:05:09,480 Tapi, beta tiada kebijaksanaan mahupun keyakinan baginda. 62 00:05:09,637 --> 00:05:10,796 Beta hanya mampu... 63 00:05:10,796 --> 00:05:13,760 mencontohi dan bertindak mengikut cara baginda. 64 00:05:14,580 --> 00:05:16,840 Tuanku mahu teruskan dengan perjanjian ini? 65 00:05:18,160 --> 00:05:19,459 Beta mesti pamerkan kekuatan beta. 66 00:05:20,370 --> 00:05:21,100 Tunjukkan bahawa beta layak... 67 00:05:21,101 --> 00:05:24,040 ...membawa nama ayahanda beta. - Caerleon tidak akan tandatanganinya. 68 00:05:26,880 --> 00:05:27,457 Kamu tahu? 69 00:05:27,523 --> 00:05:29,341 Caerleon yang sebabkan ini terjadi. 70 00:05:30,540 --> 00:05:31,773 Arthur,... 71 00:05:32,520 --> 00:05:34,580 ...kamu selalu tunjukkan belas kasihan dalam peperangan. 72 00:05:34,763 --> 00:05:37,718 Tuanku tidak pernah mahu memalukan musuh dengan cara begini. 73 00:05:38,666 --> 00:05:41,580 - Ini bukanlah diri kamu. - Kamu tidak faham apa... 74 00:05:41,581 --> 00:05:44,359 ...rasanya bila terpaksa buat keputusan begini. Keputusan yang akan... 75 00:05:44,360 --> 00:05:46,024 -...mencorakkan masa depan negeri ini. - Arthur. 76 00:05:47,240 --> 00:05:49,755 Jadi, tolonglah. Kamu jangan menyibuk. 77 00:06:02,440 --> 00:06:04,487 Apakah ini? 78 00:06:10,800 --> 00:06:12,639 Kamu sangka beta mahu tandatangani ini? 79 00:06:14,065 --> 00:06:15,661 Dan malukan diri beta di depan kamu? 80 00:06:15,755 --> 00:06:17,681 Kamu menceroboh kerajaan kami. 81 00:06:17,682 --> 00:06:19,607 Ambil apa yang bukan hak kamu. 82 00:06:19,607 --> 00:06:20,730 Dan jika beta tidak mahu tandatangan? 83 00:06:20,730 --> 00:06:21,816 Maka, kamu mesti bayar... 84 00:06:21,998 --> 00:06:23,038 ...dengan nyawa kamu. 85 00:06:25,080 --> 00:06:26,919 Dan siapakah yang meletakkan syarat-syarat ini? 86 00:06:26,920 --> 00:06:28,240 Arthur Pendragon... 87 00:06:30,120 --> 00:06:31,165 Raja Camelot. 88 00:06:35,869 --> 00:06:37,083 Baiklah. 89 00:06:45,320 --> 00:06:47,280 Laksanakan segera. 90 00:06:52,806 --> 00:06:54,919 Fikirkan tindakan kamu ini, Caerleon. 91 00:06:54,920 --> 00:06:57,038 Perjanjian ini boleh memateri damai antara kita. 92 00:06:57,038 --> 00:06:58,658 Keamanan akan wujud,... 93 00:06:58,659 --> 00:07:00,278 ...seperti halnya antara ayahanda kamu dan ayahanda beta. 94 00:07:00,278 --> 00:07:02,639 Beta bukanlah ayahanda beta. 95 00:07:02,640 --> 00:07:04,286 Dan kamu bukanlah Uther. 96 00:07:08,160 --> 00:07:10,464 Tergamakkah kamu membunuh beta? 97 00:07:12,712 --> 00:07:16,727 - Kamu tidak beri beta sebarang pilihan. - Kamu tidak pilih apa pun, budak. 98 00:07:18,329 --> 00:07:21,677 Beta yang pilih untuk mati. Cuma beta seorang. 99 00:07:22,200 --> 00:07:23,840 Buatlah cepat. 100 00:07:27,804 --> 00:07:29,029 Baiklah. 101 00:07:48,440 --> 00:07:51,039 Tindakan kamu berjaya mendapat rasa hormat dari pihak Majlis... 102 00:07:51,039 --> 00:07:52,999 ...dan rakyat. 103 00:07:53,000 --> 00:07:55,919 - Ayahanda kamu tentu bangga dengan kamu. - Terima kasih, Pak Cik. 104 00:07:55,920 --> 00:07:59,360 Tidak tahulah apa patut beta lakukan tanpa sokongan dan nasihat kamu. 105 00:08:17,080 --> 00:08:19,912 Tentu tidak mudah untuk membunuh seseorang dengan cara begitu. 106 00:08:20,698 --> 00:08:21,698 Beta tiada pilihan. 107 00:08:21,880 --> 00:08:23,580 Mempamerkan kekuatan adalah penting. 108 00:08:25,532 --> 00:08:28,404 Tidakkah tuanku fikir belas kasihan juga menunjukkan kekuatan? 109 00:08:30,677 --> 00:08:32,557 Tidak untuk golongan seperti Caerleon, tidak. 110 00:08:33,776 --> 00:08:35,068 Tidak. Satu pengajaran mesti dibuat... 111 00:08:35,069 --> 00:08:36,360 ...demi kebaikan kerajaan ini. 112 00:08:37,840 --> 00:08:39,800 Jadi, tuanku tidak menyesal. 113 00:08:42,080 --> 00:08:44,821 Hati nurani beta bersih, Merlin. Lebih bersih berbanding... 114 00:08:44,821 --> 00:08:47,319 ...bilik ini. Jadi, buat sajalah kerja kamu. Boleh? 115 00:08:47,320 --> 00:08:49,746 Maksud patik ialah, jika ada sesuatu merunsingkan fikiran tuanku... 116 00:08:49,746 --> 00:08:51,075 ...kamu boleh ceritakan kepada patik. 117 00:08:51,075 --> 00:08:52,727 Tuanku tidak patut tolak kawan-kawan ke tepi, tahu? 118 00:08:52,727 --> 00:08:54,626 Bukan sekarang, pada saat kamu perlukan mereka. 119 00:08:54,626 --> 00:08:55,981 Kamu silap, Merlin. 120 00:08:56,474 --> 00:08:59,238 Beta tidak perlukan sesiapa. Beta tidak mampu memilikinya. 121 00:09:00,371 --> 00:09:03,933 Kerajaan ini adalah tanggungjawab beta sekarang. Beta sahaja yang perlu memikulnya. 122 00:09:05,056 --> 00:09:07,200 Dan kamu mesti belajar menerima itu. 123 00:09:33,073 --> 00:09:33,900 Ini... 124 00:09:34,068 --> 00:09:35,918 Ini bukan luka perang. 125 00:09:36,400 --> 00:09:38,664 Ini kerja para pengecut! 126 00:09:41,529 --> 00:09:44,139 Arthur mesti terima akibatnya, demi Tuhan! 127 00:09:44,328 --> 00:09:47,602 Seluruh Camelot mesti terima padahnya! 128 00:09:51,800 --> 00:09:53,240 Masuk. 129 00:09:58,400 --> 00:10:00,519 Ampunkan Pak Cik kerana mengganggu, Tuanku. 130 00:10:00,520 --> 00:10:01,836 Ada apa, Pak Cik? 131 00:10:02,686 --> 00:10:05,106 Pak Cik berharap bahawa... 132 00:10:05,106 --> 00:10:08,368 ...nasihat Pak Cik ada gunanya sepanjang beberapa bulan ini. 133 00:10:08,368 --> 00:10:09,995 Sudah tentulah. Pak Cik pun tahu. 134 00:10:10,517 --> 00:10:13,128 Ada sesuatu ingin Pak Cik bincangkan. 135 00:10:13,867 --> 00:10:14,806 Tetapi... 136 00:10:15,703 --> 00:10:17,815 ...ia sangat sensitif. 137 00:10:19,929 --> 00:10:20,974 Ya? 138 00:10:21,911 --> 00:10:23,322 Mengenai Guinevere. 139 00:10:24,680 --> 00:10:25,914 Kenapa dengan dia? 140 00:10:26,420 --> 00:10:28,557 Dia wanita yang cantik, Tuanku. 141 00:10:28,728 --> 00:10:32,457 Dan memiliki banyak kelebihan, pastinya. 142 00:10:34,327 --> 00:10:36,482 Tetapi dia wanita pelayan. 143 00:10:37,200 --> 00:10:38,869 Beta tiada masalah mengenai itu. 144 00:10:39,014 --> 00:10:41,138 Pak Cik juga begitu. Percayalah. 145 00:10:41,345 --> 00:10:43,280 Rakyat kamu yang merisaukan Pak Cik. 146 00:10:46,525 --> 00:10:47,998 Tentunya, sebagai Raja beta boleh... 147 00:10:48,168 --> 00:10:49,181 ...lakukan apa yang wajar. 148 00:10:49,336 --> 00:10:51,599 Tidak, Tuanku. Tidak boleh begitu. 149 00:10:52,754 --> 00:10:54,679 Kamu mesti lakukan apa yang diharapkan dari kamu. 150 00:10:54,680 --> 00:10:58,509 Kamu mesti pamerkan diri kamu dengan cara yang berpadanan. 151 00:10:58,673 --> 00:10:59,485 Rakyat ini.. 152 00:10:59,899 --> 00:11:01,370 Rakyat kamu... 153 00:11:01,370 --> 00:11:03,612 ..tidak ingin melihat Raja mereka... 154 00:11:03,867 --> 00:11:05,319 ...berpasangan dengan anak seorang.. 155 00:11:05,319 --> 00:11:06,280 ...tukang besi. 156 00:11:06,280 --> 00:11:08,000 Ini bukanlah permasalahan negeri... 157 00:11:08,570 --> 00:11:10,171 ...tapi masalah hati dan perasaan. 158 00:11:10,324 --> 00:11:12,389 Kamu tidak boleh mentadbir negeri dengan hati, Arthur. 159 00:11:15,218 --> 00:11:16,709 Ayahanda kamu faham itu. 160 00:11:24,540 --> 00:11:26,263 Kamu tidak mahu bunuh Caerleon. 161 00:11:26,411 --> 00:11:27,908 Pak Cik faham itu. 162 00:11:28,866 --> 00:11:30,289 Tapi kamu kuat. 163 00:11:30,760 --> 00:11:32,415 Kamu tidak izinkan perasaan mengaburi keputusan kamu. 164 00:11:32,415 --> 00:11:34,147 Kamu memerintah dengan akal fikiran. 165 00:11:34,148 --> 00:11:35,880 Itulah cara seorang Raja yang kuat. 166 00:11:37,794 --> 00:11:38,451 Ya. 167 00:11:38,633 --> 00:11:41,135 Sekarang kamu mesti tunjukkan kekuatan itu lagi. 168 00:11:41,923 --> 00:11:47,120 Ketepikan perasaan peribadi kamu demi kebaikan kerajaan ini. 169 00:11:49,080 --> 00:11:50,808 Ketepikan perasaan beta terhadap Guinevere? 170 00:11:52,640 --> 00:11:54,760 Terpaksalah begitu. 171 00:12:16,920 --> 00:12:18,279 Tuanku nampak tegang. 172 00:12:18,280 --> 00:12:19,639 Apa maksud kamu "tegang"? 173 00:12:19,535 --> 00:12:20,677 Kamu tahu... 174 00:12:20,677 --> 00:12:23,945 Gelisah, resah, marah. 175 00:12:24,011 --> 00:12:26,119 Ini bukan kemarahan, Merlin. 176 00:12:26,120 --> 00:12:29,280 Ini agresif terkawal. 177 00:12:31,018 --> 00:12:32,582 Baguslah. Patik gembira kita jelas tentang itu. 178 00:12:32,582 --> 00:12:34,970 Tuanku, pengawal utusan telah tiba sebentar tadi. 179 00:12:34,971 --> 00:12:36,200 Apakah ia? 180 00:12:36,200 --> 00:12:36,923 Satu bala tentera. 181 00:12:36,923 --> 00:12:38,785 Mereka telah seberangi sempadan kita sejak subuh. 182 00:12:38,785 --> 00:12:40,372 Bala tentera? Tentera siapa? 183 00:12:40,373 --> 00:12:41,960 Permaisuri Caerleon. 184 00:12:46,380 --> 00:12:47,420 Jika mereka berarak terus.... 185 00:12:47,420 --> 00:12:50,681 ...tentera Caerleon akan tiba di Camelot menjelang senja esok. 186 00:12:51,425 --> 00:12:53,451 Ini bermakna, kita tiada pilihan. 187 00:12:53,480 --> 00:12:56,419 Kita mesti pintas mereka sebelum mereka tiba di rabung. 188 00:12:56,419 --> 00:12:58,479 Dengan cara itu, kita dapat bertahan di tanah tinggi. 189 00:12:58,480 --> 00:13:00,599 Kesatria Camelot, bersiap sedialah sekarang juga. 190 00:13:01,460 --> 00:13:03,137 Kita bergerak menjelang subuh. 191 00:13:03,600 --> 00:13:05,323 Hidup Raja! 192 00:13:05,452 --> 00:13:10,320 Hidup Raja! Hidup Raja! 193 00:13:35,640 --> 00:13:37,049 Berhenti! 194 00:13:40,676 --> 00:13:43,920 Tolonglah. Aku tidak berniat jahat. 195 00:13:46,820 --> 00:13:48,571 Aku cuma mahu bercakap dengan permaisuri kamu. 196 00:13:58,820 --> 00:14:00,509 Morgana Pendragon. 197 00:14:01,200 --> 00:14:03,907 Mencuri masuk ke dalam istana beta di tengah-tengah malam. 198 00:14:04,037 --> 00:14:05,608 Kamu tentu ingin mati. 199 00:14:05,697 --> 00:14:07,329 Ampunkan patik kerana mengganggu, Tuanku. 200 00:14:07,329 --> 00:14:08,704 Tapi patik ke mari atas urusan penting. 201 00:14:08,704 --> 00:14:12,151 Urusan apakah yang kamu ada dengan beta, perempuan sihir? 202 00:14:12,188 --> 00:14:14,133 Patik datang atas nama ayahanda patik. 203 00:14:14,133 --> 00:14:15,118 Yakah? 204 00:14:15,337 --> 00:14:17,473 Kali terakhir beta dengar, kamu dan dia... 205 00:14:17,473 --> 00:14:19,530 Patik bukan maksudkan Uther, tapi Gorlois. 206 00:14:19,530 --> 00:14:21,032 Gorlois? 207 00:14:21,032 --> 00:14:23,388 Uther cumalah ayah kerana pertalian darah semata. 208 00:14:23,588 --> 00:14:26,332 Gorlois menjaga beta ketika kanak-kanak. Dia menjadikan diri patik seperti sekarang. 209 00:14:26,332 --> 00:14:27,562 Beta ingat tentang dia. 210 00:14:27,920 --> 00:14:31,976 Dia lelaki yang baik. Lelaki yang mulia. 211 00:14:32,000 --> 00:14:33,148 Benar, Tuanku. 212 00:14:33,248 --> 00:14:36,973 Dan balasan ke atasnya ialah kematian. Dikhianati Rajanya sendiri. 213 00:14:38,008 --> 00:14:39,029 Jadi... 214 00:14:39,911 --> 00:14:43,880 Nampaknya, kita berdua kehilangan sesuatu di tangan Pendragon. 215 00:14:55,080 --> 00:14:57,140 Untuk kali terakhir, mengapa kamu ke mari? 216 00:14:59,108 --> 00:14:59,973 Tuanku... 217 00:15:08,059 --> 00:15:13,119 Tuanku, Uther adalah sumpahan terhadap negeri ini, sama seperti anak lelakinya. 218 00:15:13,120 --> 00:15:17,440 Patik mahu pembalasan dendam ke atas luka yang mereka sebabkan, seperti juga kamu. 219 00:15:19,580 --> 00:15:22,320 Jika Tuanku sudi, patik datang menawarkan pertolongan. 220 00:15:26,540 --> 00:15:27,607 Keluar lagi? 221 00:15:28,215 --> 00:15:29,888 Satu lagi minggu di hutan belantara? 222 00:15:33,365 --> 00:15:35,457 Makan binatang yang pelik-pelik. 223 00:15:35,458 --> 00:15:37,550 Dimakan oleh binatang yang pelik-pelik. 224 00:15:37,640 --> 00:15:39,886 Tiada air panas, tidak mandi. 225 00:15:39,960 --> 00:15:43,554 Ini kali terakhir kita dapat tidur di atas katil. 226 00:15:43,746 --> 00:15:46,174 Merlin, beta sedia berdepan segala keburukan dunia ini. 227 00:15:46,174 --> 00:15:48,121 Tapi, kalau kamu sangka beta sudi berkongsi katil dengan kamu... 228 00:15:48,961 --> 00:15:51,233 Apa? Bukan itu maksud patik. 229 00:15:51,233 --> 00:15:54,119 Baik. Baguslah. Lega mendengarnya. 230 00:15:54,120 --> 00:15:54,826 Ke mana kamu mahu pergi? 231 00:15:54,826 --> 00:15:59,278 Itu urusan beta. Dan Merlin, jangan berada di sini bila beta pulang. 232 00:16:11,140 --> 00:16:13,080 Berhenti! Tunjukkan diri kamu. 233 00:16:17,080 --> 00:16:18,547 Ampunkan patik, Tuanku. 234 00:16:18,920 --> 00:16:20,520 Tidak mengapa. 235 00:16:40,329 --> 00:16:41,087 Arthur. 236 00:16:41,169 --> 00:16:43,290 - Boleh beta masuk? - Tentulah. 237 00:16:45,160 --> 00:16:46,620 Tuanku mahu apa-apa? 238 00:16:46,621 --> 00:16:48,266 - Sesuatu untuk dimakan? - Tidak mengapa, terima kasih. 239 00:16:49,358 --> 00:16:51,083 Beta tidak akan lama. 240 00:16:55,668 --> 00:16:56,683 Guinevere,... 241 00:16:58,721 --> 00:17:00,413 ..tolonglah percaya bila beta katakan.. 242 00:17:00,413 --> 00:17:02,079 ..kamu tidak berbuat apa-apa kesalahan. 243 00:17:03,225 --> 00:17:04,479 Bahawa tiada satu pun.. 244 00:17:04,480 --> 00:17:06,879 ..ada kena mengena dengan kamu. 245 00:17:06,880 --> 00:17:10,160 Tiada satu pun apa? Patik tidak faham. 246 00:17:11,760 --> 00:17:13,575 Keadaan telah berubah untuk beta. 247 00:17:14,240 --> 00:17:18,093 Dengan kematian ayahanda beta, tugas memerintah negeri jatuh ke tangan beta. 248 00:17:18,093 --> 00:17:20,400 Patik tahu betapa beratnya tanggungjawab itu, tentunya. 249 00:17:21,520 --> 00:17:23,507 Dan kini setelah bergelar Raja.. 250 00:17:25,556 --> 00:17:28,586 ..tidaklah sesuai untuk beta berbuat semahu kehendak beta. 251 00:17:29,673 --> 00:17:32,960 Tugas beta cumalah untuk rakyat negeri ini sahaja. 252 00:17:34,640 --> 00:17:36,399 Beta akan diadili orang berdasarkan tindakan beta. 253 00:17:36,400 --> 00:17:38,159 Siapakah yang bersama beta. 254 00:17:39,226 --> 00:17:41,766 - Adakah Tuanku malu bersama patik? - Tidak. 255 00:17:44,310 --> 00:17:45,225 Tidak. 256 00:17:46,800 --> 00:17:50,130 Tapi, beta ialah Raja sekarang, jadi ia tidak padan. 257 00:17:51,269 --> 00:17:53,103 Patik tidak padan? 258 00:17:56,798 --> 00:17:59,360 Begitulah nampaknya. 259 00:18:01,240 --> 00:18:02,119 Arthur.. 260 00:18:03,051 --> 00:18:05,568 Dengarlah sendiri kata-kata kamu. 261 00:18:05,603 --> 00:18:08,648 Ia tidak kedengaran seperti lelaki yang patik kenali. 262 00:18:09,604 --> 00:18:10,875 Kamu telah dipengaruhi, bukan? 263 00:18:10,875 --> 00:18:12,808 Beta tidak dipengaruhi dari apa pun. 264 00:18:14,249 --> 00:18:16,209 Beta tentukan diri beta. Beta buat keputusan sendiri. 265 00:18:16,400 --> 00:18:19,160 Kamu putuskan bahawa kita tidak boleh bersama? 266 00:18:22,720 --> 00:18:24,236 Ya. 267 00:18:26,514 --> 00:18:27,508 Begitu. 268 00:18:33,100 --> 00:18:34,976 Maafkan beta, Guinevere. 269 00:18:36,400 --> 00:18:38,720 Beginilah yang sepatutnya. 270 00:18:41,640 --> 00:18:43,327 Arthur.. 271 00:18:44,142 --> 00:18:46,852 Jangan biarkan orang lain beritahu kamu apa yang patut dibuat. 272 00:18:47,941 --> 00:18:50,185 Kamu kata, kamu yang tentukan diri kamu. 273 00:18:50,880 --> 00:18:52,593 Kamu ada hati yang baik. 274 00:18:52,593 --> 00:18:54,980 Jujurlah dengan hati kamu. 275 00:18:54,980 --> 00:18:58,600 Hanya begitu barulah kamu dapat jadi Raja yang kamu mahu. 276 00:19:32,515 --> 00:19:34,227 Jangan risau, Gwen. 277 00:19:34,661 --> 00:19:37,280 Baginda akan pulang segera, aku pasti. 278 00:19:38,210 --> 00:19:40,748 Tapi kali ini sangat berbeza, bukan? 279 00:19:41,460 --> 00:19:43,032 Arthur ialah Raja sekarang. 280 00:19:43,380 --> 00:19:45,936 Nasib Camelot bergantung kepadanya seorang. 281 00:19:46,098 --> 00:19:47,673 Dia tidak berseorangan, Gwen. 282 00:19:48,063 --> 00:19:50,467 Dalam ramainya kita, kamu tentu paling faham. 283 00:19:50,620 --> 00:19:52,525 Ya, saya faham. 284 00:19:53,146 --> 00:19:55,042 Tapi saya tidak pasti dia faham. 285 00:20:11,936 --> 00:20:14,398 Pastikan setiap orang dapat apa yang mereka perlukan. 286 00:20:15,139 --> 00:20:17,186 Mereka mesti berehat secukupnya menjelang pagi. 287 00:20:17,186 --> 00:20:18,982 Patik akan uruskannya, Tuanku. 288 00:20:21,040 --> 00:20:23,320 Peperangan akan bermula ketika subuh. 289 00:20:57,338 --> 00:20:59,969 Eloklah kita semua masuk tidur. 290 00:21:02,459 --> 00:21:03,986 Dia tdak apa-apakah? 291 00:21:05,640 --> 00:21:07,612 Dia ialah Raja kita. 292 00:21:07,612 --> 00:21:09,510 Jika apa-apa berlaku kepada salah seorang dari kita.. 293 00:21:09,510 --> 00:21:11,993 ..dia akan rasa bersalah. 294 00:21:25,120 --> 00:21:25,908 Elyan. 295 00:21:26,840 --> 00:21:28,136 Tuanku. 296 00:21:31,600 --> 00:21:32,850 Jadi? 297 00:21:33,249 --> 00:21:36,033 Kami cuma mahu kamu tahu.. 298 00:21:36,033 --> 00:21:39,373 ..bahawa tiada seorang pun dari kami yang tidak rela berkorban demi kamu. 299 00:21:39,598 --> 00:21:41,528 Kami telah bersumpah setia.. 300 00:21:41,528 --> 00:21:44,727 ..dan kami memakai gencana Pendragon dengan bangga. 301 00:21:45,157 --> 00:21:46,052 Esok.. 302 00:21:46,052 --> 00:21:48,373 ..kami bertarung atas nama kamu, Tuanku. 303 00:21:48,373 --> 00:21:52,015 Demi kebebasan dan keadilan di negeri ini. 304 00:21:55,011 --> 00:21:57,118 Terima kasih, Elyan. 305 00:21:57,518 --> 00:21:58,893 Terima kasih semua. 306 00:22:14,000 --> 00:22:15,573 Mereka benar-benar maksudkannya, Tuanku. 307 00:22:15,873 --> 00:22:17,623 Setiap perkataan. 308 00:22:18,880 --> 00:22:21,760 Tidak pernah sekali pun beta ragu dengan kesetiaan mereka. 309 00:22:23,000 --> 00:22:25,719 Beta tertanya-tanya apakah beta layak memilikinya. 310 00:22:26,493 --> 00:22:29,253 Tiada siapa pun mampu ambil berat sebaik kamu. 311 00:22:29,253 --> 00:22:32,479 Menghantar mereka berperang tidaklah Tuanku putuskan dengan sambil lewa. 312 00:22:32,480 --> 00:22:35,559 - Mereka pun tahu. - Tapi adakah itu keputusan yang betul? 313 00:22:35,560 --> 00:22:38,737 Jikalau ada cara lain untuk keluar dari keadaan ini.. 314 00:22:38,737 --> 00:22:39,808 ..kamu tentu ambilnya, tapi.. 315 00:22:39,808 --> 00:22:42,170 ..kamu mesti pertahankan Camelot. Kamu tiada pilihan. 316 00:22:42,170 --> 00:22:43,800 Beta pernah ada pilihan itu. 317 00:22:45,520 --> 00:22:47,400 Biarkan Caerleon hidup atau mati. 318 00:22:51,500 --> 00:22:53,600 Beta buat keputusan yang salah. 319 00:22:54,760 --> 00:22:57,759 Dan sekarang beta sendiri telah sebabkan peperangan terhadap Camelot. 320 00:22:58,368 --> 00:22:59,600 Arthur... 321 00:23:00,828 --> 00:23:04,377 Tiada seorang pun sedia berkorban lebih dari kamu demi negeri ini. 322 00:23:04,510 --> 00:23:09,260 - Keputusan kamu adalah demi kebaikan Camelot. - Mungkin. 323 00:23:11,320 --> 00:23:14,160 Sekarang, orang-orang beta mesti bayar dengan nyawa mereka. 324 00:24:08,680 --> 00:24:10,320 Berhenti! 325 00:24:17,200 --> 00:24:19,440 Beta tidak bersenjata. 326 00:24:23,680 --> 00:24:26,120 Kamu tahu siapa beta. 327 00:24:26,121 --> 00:24:28,560 Bawa beta bertemu permaisuri kamu. 328 00:24:38,612 --> 00:24:42,850 - Apa ertinya semua ini? - Tuanku, beta ke mari untuk.. 329 00:24:43,118 --> 00:24:46,468 Tuanku, beta tahu kamu begitu bencikan beta. 330 00:24:46,820 --> 00:24:49,503 Kamu rasakan bahawa beta telah berbuat kesalahan besar dan kamu benar. 331 00:24:49,978 --> 00:24:51,468 Beta malu dengan perbuatan beta. 332 00:24:51,468 --> 00:24:55,319 Ia tindakan pengecut, tidak adil dan beta minta maaf. 333 00:24:55,320 --> 00:24:58,039 Maaf tidak akan kembalikan suami beta semula. 334 00:24:58,040 --> 00:25:01,119 Maaf tidak akan kembalikan Raja mereka kepada rakyat. 335 00:25:01,120 --> 00:25:04,559 Beta sedar tentang itu. Beta tahu tiada apa dapat beta lakukan mengenainya. 336 00:25:04,560 --> 00:25:07,239 Jadi, kenapa kamu ke sini, Arthur Pendragon? 337 00:25:07,240 --> 00:25:09,000 Beta mahu batalkan peperangan. 338 00:25:10,584 --> 00:25:12,412 Sudah terlambat untuk itu. 339 00:25:12,412 --> 00:25:15,479 Bukan perjanjian damai yang beta sarankan. Tapi, pilihan ke-dua. 340 00:25:15,480 --> 00:25:18,222 Beta merayu diadakan pertarungan satu lawan satu. 341 00:25:18,400 --> 00:25:21,022 Dua wakil pilihan akan bertarung. 342 00:25:21,814 --> 00:25:23,723 Dan mengapakah beta patut bersetuju? 343 00:25:23,723 --> 00:25:27,240 Terlalu banyak pertumpahan darah telah terjadi, Tuanku. 344 00:25:27,580 --> 00:25:30,640 Beratus lagi nyawa akan selamat dengan cara ini. 345 00:25:35,080 --> 00:25:36,479 Dan syarat-syarat kamu? 346 00:25:36,480 --> 00:25:38,599 Jika pihak beta menang, tentera kamu mesti berundur. 347 00:25:38,600 --> 00:25:40,000 Dan jika wakil beta menang? 348 00:25:41,560 --> 00:25:43,840 Maka, separuh Camelot akan jadi milik kamu. 349 00:25:52,620 --> 00:25:54,920 - Maaflah tentang ini. - Kamu kenal dia? 350 00:25:56,140 --> 00:25:58,017 Dia pelayan beta. Dia tentu telah ekori beta ke sini. 351 00:25:58,017 --> 00:25:59,315 Beta tidak tahu langsung tentang ini. 352 00:25:59,315 --> 00:26:01,512 - Bunuh dia. - Nanti! Tolong, lepaskan dia. 353 00:26:01,512 --> 00:26:02,743 Dia cumalah.. 354 00:26:03,396 --> 00:26:05,759 ..si bodoh yang pendek akal. 355 00:26:08,850 --> 00:26:11,857 Itu sudah dua permintaan.. 356 00:26:11,857 --> 00:26:14,880 ..kamu minta dari beta malam ini, Arthur Pandragon. 357 00:26:30,620 --> 00:26:34,245 Baiklah. Permintaan kamu untuk pertandingan lawan, beta tunaikan. 358 00:26:34,245 --> 00:26:37,480 Beritahu beta wakil kamu menjelang tengahari esok. 359 00:26:39,100 --> 00:26:43,226 - Terima kasih, Tuanku. - Dan bawa pergi si bodoh kamu ini bersama. 360 00:26:49,760 --> 00:26:52,354 - Si bodoh yang pendek akal? - Itupun sudah terlalu baik, percayalah. 361 00:26:52,354 --> 00:26:53,776 Kamu menyebabkan beta hampir terbunuh. 362 00:26:53,776 --> 00:26:55,797 Patik? Kamu sendiri boleh buat dengan baik. 363 00:26:55,797 --> 00:26:57,133 Apa masalah kamu? 364 00:26:57,133 --> 00:27:00,440 - Tidak bolehkah kamu biarkan saja beta? - Patik kawan kamu. 365 00:27:01,040 --> 00:27:01,947 Patik memerhatikan kamu. 366 00:27:01,947 --> 00:27:05,599 Beta hargainya, dengan cara kamu yang mengelirukan,.. 367 00:27:05,600 --> 00:27:08,079 ..kamu cuma ingin membantu, tapi tolonglah.. 368 00:27:08,080 --> 00:27:09,840 ..jangan buat lagi. 369 00:27:14,100 --> 00:27:18,639 - Tuanku, patik yakin kita boleh menang perang ini. - Beta tidak meraguinya. Tapi, apa akibatnya? 370 00:27:18,640 --> 00:27:22,279 - Berapa ramai akan terbunuh? - Bagaimana jika kita gagal dalam pertandingan lawan? 371 00:27:22,280 --> 00:27:23,819 Kita tidak boleh serahkan saja kawasan kita. 372 00:27:23,820 --> 00:27:25,359 Itulah perjanjian yang telah beta setujui. 373 00:27:25,360 --> 00:27:28,639 Beta yakin itu adil, dan beta berpegang dengannya. 374 00:27:28,640 --> 00:27:30,029 Baiklah.. 375 00:27:30,261 --> 00:27:33,306 Apa yang tinggal, Tuanku, ialah memilih siapa wakil kita. 376 00:27:34,015 --> 00:27:36,519 - Ini ialah satu penghormatan, Tuanku. - Tuanku. 377 00:27:36,520 --> 00:27:38,679 Cuma ada satu pilihan saja. 378 00:27:38,680 --> 00:27:41,400 Satu saja pilihan yang adil dan mulia. 379 00:27:42,960 --> 00:27:44,240 Pertandingan ini milik beta. 380 00:27:53,500 --> 00:27:56,679 Beta tidak suka ini. Ini tentunya satu helah. 381 00:27:56,680 --> 00:27:59,079 Apa yang merunsingkan kamu, Tuanku? 382 00:27:59,080 --> 00:28:02,639 Arthur. Mengapakah dia pilih dirinya sendiri selaku wakil? 383 00:28:02,640 --> 00:28:03,980 Kerana dia ialah Arthur. 384 00:28:04,650 --> 00:28:07,515 Dia sentiasa perjudikan nyawa sendiri demi orang-orangnya. 385 00:28:07,515 --> 00:28:11,688 Percayalah. Ini bukannya helah. Dia sendiri akan bertarung. 386 00:28:11,688 --> 00:28:14,537 Seolah-olahnya kamu rasa gembira, Morgana. 387 00:28:14,537 --> 00:28:17,359 Tidak kira bagaimana pun dia, Arthur tetap pahlawan yang terbilang. 388 00:28:17,360 --> 00:28:20,119 Kamu sendiri akan rugi sama banyaknya seperti beta jika dia menang. 389 00:28:20,120 --> 00:28:23,268 Kamu mahukan takhta Camelot, bukan? 390 00:28:23,268 --> 00:28:26,640 Patik tidak nafikannya. Takhta itu juga hak beta asalnya. 391 00:28:29,600 --> 00:28:31,280 Arthur tidak akan menang. 392 00:28:31,640 --> 00:28:34,160 Bagaimana kamu tahu? 393 00:28:35,360 --> 00:28:38,720 Kerana patik ada kuasa yang akan pastikan dia kalah. 394 00:28:41,880 --> 00:28:44,120 Jadi, kamu mesti gunakannya. 395 00:29:18,993 --> 00:29:20,276 Morgana. 396 00:29:21,400 --> 00:29:24,760 - Kamu dapat? - Tentulah. 397 00:30:15,180 --> 00:30:17,520 Arthur pasti mati. 398 00:30:24,240 --> 00:30:25,414 Jangan ketat sangat, Merlin. 399 00:30:25,414 --> 00:30:27,731 Kamu tidak mahu beta terbunuh sebelum sempat bertarung. 400 00:30:27,896 --> 00:30:29,112 Maaf. 401 00:30:36,440 --> 00:30:38,720 Jika hari ini hari terakhir beta,.. 402 00:30:38,721 --> 00:30:40,320 ..berikan ini kepada Guinevere. 403 00:30:42,720 --> 00:30:44,640 Katakan padanya, beta minta maaf. 404 00:30:45,920 --> 00:30:47,640 Baiklah. 405 00:30:51,440 --> 00:30:53,997 Arthur, adakah kamu rasa ini berbaloi? Tuanku ialah Raja sekarang. 406 00:30:53,997 --> 00:30:55,305 Camelot perlukan Tuanku. 407 00:30:55,305 --> 00:30:56,580 Hidup-hidup. 408 00:31:00,020 --> 00:31:01,880 Beta tidak tahu apa yang akan berlaku.. 409 00:31:03,140 --> 00:31:05,114 ..tapi buat kali pertama semenjak bergelar Raja,.. 410 00:31:05,953 --> 00:31:09,320 ..beta dapat rasa di hati beta bahawa beta telah buat keputusan yang betul. 411 00:31:12,360 --> 00:31:15,588 Baiklah, tidak kira apa pun yang terjadi nanti.. 412 00:31:18,154 --> 00:31:21,238 - Kamu bukannya mahu menangis, bukan? - Tidak. Cuma.. 413 00:31:21,238 --> 00:31:22,460 ..semoga berjaya. 414 00:31:26,160 --> 00:31:27,760 Terima kasih, sahabat lama. 415 00:31:33,520 --> 00:31:36,119 Sudah masanya, Tuanku. 416 00:31:36,120 --> 00:31:37,600 Baiklah. 417 00:31:39,676 --> 00:31:40,924 Semuanya dah sedia? 418 00:31:42,360 --> 00:31:43,820 Merlin? 419 00:31:45,720 --> 00:31:46,780 Sedia. 420 00:32:00,040 --> 00:32:01,156 Baiklah. 421 00:32:20,300 --> 00:32:22,920 Kamu telah memberi khidmat yang baik terhadap suami beta, Derian. 422 00:32:23,360 --> 00:32:26,000 Beta tahu kamu akan berbuat hal yang serupa demi beta. 423 00:32:26,700 --> 00:32:28,261 Dan, Derian.. 424 00:32:28,261 --> 00:32:29,822 Tiada simpati. 425 00:32:29,822 --> 00:32:33,042 Tiada belas kasihan. Jangan teragak-agak walau sesaat. 426 00:32:33,042 --> 00:32:35,680 Arthur Pendragon mesti mati. 427 00:34:38,553 --> 00:34:40,599 Ini sudah berlarutan terlalu lama. 428 00:34:40,600 --> 00:34:43,159 Tiba masanya untuk membalikkan arus. 429 00:34:43,160 --> 00:34:46,039 Patik telah menyihir pedang Arthur. 430 00:34:46,040 --> 00:34:48,919 Ia terkandung berat seribu tahun. 431 00:34:48,920 --> 00:34:51,000 Tiada siapa mampu menampung beratnya lama-lama. 432 00:36:08,200 --> 00:36:09,582 Hidup Raja! 433 00:36:14,999 --> 00:36:22,680 Hidup Raja! Hidup Raja! 434 00:36:33,320 --> 00:36:36,600 Kamu berjaya, Arthur Pendragon. 435 00:36:39,489 --> 00:36:42,639 Kamu boleh meyakini bahawa beta akan patuh sepenuhnya.. 436 00:36:42,640 --> 00:36:44,360 ..dengan syarat-syarat perjanjian kita. 437 00:36:45,000 --> 00:36:47,065 Bala tentera beta akan berundur menjelang malam. 438 00:36:47,065 --> 00:36:48,788 Terima kasih, Tuanku. 439 00:36:56,640 --> 00:36:57,756 Beritahu beta.. 440 00:36:57,756 --> 00:37:00,346 ..kamu lepaskan wakil beta. 441 00:37:00,346 --> 00:37:01,082 Kenapa? 442 00:37:01,082 --> 00:37:04,160 Kerana bukanlah kemenangan yang beta mahukan. 443 00:37:04,160 --> 00:37:05,480 Tetapi keamanan. 444 00:37:07,100 --> 00:37:09,765 Beta berharap hari ini akan menandakan permulaan yang baru.. 445 00:37:09,765 --> 00:37:11,837 ..antara kedua-dua kerajaan. 446 00:37:13,180 --> 00:37:16,458 Ada sesuatu tentang kamu, Arthur Pendragon. 447 00:37:17,439 --> 00:37:20,720 Sesuatu yang memberi beta harapan demi kita semua. 448 00:37:39,004 --> 00:37:41,795 Nampaknya, kamu tidaklah memiliki kuasa apa pun, Morgana. 449 00:37:41,795 --> 00:37:44,745 Arthur lebih kebal dari yang kamu sangkakan. 450 00:37:46,450 --> 00:37:48,208 Akan ada peluang lain, Tuanku. 451 00:37:48,208 --> 00:37:50,030 Lain kali, dia tidak akan bernasib baik. 452 00:37:50,030 --> 00:37:52,800 Tidak akan ada "lain kali". 453 00:37:53,500 --> 00:37:56,973 - Tidak untuk beta. - Apa yang Tuanku katakan ini? 454 00:37:57,240 --> 00:38:00,849 Beta percaya, beta telah tersilap menilai sang Raja. 455 00:38:00,849 --> 00:38:02,773 Janganlah kamu terpesona dengan kata-kata dia! 456 00:38:02,773 --> 00:38:05,800 Bukanlah Arthur yang menyesatkan beta, tetapi kamu. 457 00:38:07,040 --> 00:38:10,239 Kamu dikuasai marah dan kecewa, Morgana. 458 00:38:10,240 --> 00:38:13,240 Ia merebak di dalam tubuh kamu laksana penyakit. 459 00:38:13,780 --> 00:38:17,096 Akibat dilanda pilu, beta biarkan kebencian kamu menjangkiti beta. 460 00:38:17,096 --> 00:38:20,830 Itu tidak benar! Sudahkah kamu lupa bagaimana Arthur membunuh suami kamu? 461 00:38:21,498 --> 00:38:25,258 - Adakah kamu nafikan pembalasan dendam? - Ya, beta mahu balas dendam. 462 00:38:26,040 --> 00:38:29,239 Tetapi tidak bermakna itu tindakan yang betul. 463 00:38:31,324 --> 00:38:35,120 Kamu lemah, Annis. Seperti yang aku sangkakan. 464 00:38:36,360 --> 00:38:39,338 Pergilah. Berdamailah kamu dengan Arthur. 465 00:38:39,338 --> 00:38:44,360 Tetapi aku tidak akan berehat sehinggalah seluruh Camelot tunduk di kaki aku. 466 00:38:45,240 --> 00:38:47,360 Morgana? 467 00:38:48,298 --> 00:38:51,520 Kamu bertemu beta atas nama Gorlois. 468 00:38:52,002 --> 00:38:55,480 Tetapi, kamu menyerupai Uther lebih dari yang kamu sangkakan. 469 00:39:20,400 --> 00:39:21,600 Kamu seorang perwira. 470 00:39:22,140 --> 00:39:23,481 Terima kasih Merlin. 471 00:39:23,481 --> 00:39:25,517 Bukan di mata patik, tetapi rakyat. 472 00:39:25,517 --> 00:39:28,977 Ya. Kamu tidak fikir begitu? 473 00:39:29,377 --> 00:39:31,486 Mungkin kerana patik tahu sesuatu yang mereka tidak tahu. 474 00:39:31,486 --> 00:39:34,183 - Iaitu? - Kamu tahu.. 475 00:39:35,008 --> 00:39:36,483 ..bahawa kamu ialah kepala kobis. 476 00:39:38,046 --> 00:39:39,446 Mungkin. 477 00:39:40,452 --> 00:39:42,140 Beta sepatutnya dengar nasihat kamu, Merlin. 478 00:39:42,754 --> 00:39:44,831 Untuk sekali ini, beta rasa kamu benar. 479 00:39:45,541 --> 00:39:48,200 Walaupun kamu pelayan terburuk di semua 5 kerajaan. 480 00:40:11,867 --> 00:40:12,794 Masuk! 481 00:40:20,240 --> 00:40:20,844 Gwen. 482 00:40:21,480 --> 00:40:22,535 Tuanku. 483 00:40:24,760 --> 00:40:25,986 Ini.. 484 00:40:27,655 --> 00:40:29,560 ..untuk kamu. 485 00:40:32,286 --> 00:40:33,909 Ia tidaklah seberapa, beta tahu. Beta.. 486 00:40:33,909 --> 00:40:36,000 ..petik di tepi jalan. 487 00:40:37,328 --> 00:40:40,274 Terima kasih, Tuanku. Tetapi patik tidak tahu untuk apakah ini. 488 00:40:41,413 --> 00:40:43,600 Sebagai tanda minta maaf, Guinevere. 489 00:40:44,900 --> 00:40:46,897 Tuanku tidak perlu minta maaf. 490 00:40:46,897 --> 00:40:49,720 Patik faham mengapa beberapa hal mesti demikian caranya. 491 00:40:52,577 --> 00:40:54,399 Seorang Raja yang baik mesti.. 492 00:40:54,400 --> 00:40:56,427 ..menghormati tradisi lama. 493 00:40:56,427 --> 00:40:59,280 - Seperti yang ayahanada beta lakukan. - Patik faham.. 494 00:41:00,384 --> 00:41:02,965 Tetapi Raja yang baik juga mesti.. 495 00:41:02,965 --> 00:41:05,300 ..jujur pada dirinya. 496 00:41:05,880 --> 00:41:08,719 Dan memutuskan hal yang dilihatnya sesuai. 497 00:41:08,719 --> 00:41:12,453 Dan dilihat bersama-sama mereka yang dikasihinya. 498 00:41:15,018 --> 00:41:16,829 Walaupun mereka tidak.. 499 00:41:16,830 --> 00:41:18,040 .."padan"? 500 00:41:29,340 --> 00:41:31,022 Adakah itu menjawab soalan kamu? 501 00:41:32,213 --> 00:41:34,172 Itu satu permulaan. 502 00:41:50,580 --> 00:41:52,786 Arthur begitu sayang kepada budak ini. 503 00:41:53,094 --> 00:41:54,481 Dia tentu berguna. 504 00:41:55,500 --> 00:41:57,560 Kamu mesti bunuh Arthur Pendragon. 505 00:41:59,940 --> 00:42:01,140 Merlin, apa yang tidak kena? 506 00:42:03,122 --> 00:42:04,880 Kenapa Merlin mahu bunuh Arthur? 507 00:42:04,881 --> 00:42:06,139 Siapa pun tidak boleh dipercayai. 508 00:42:06,309 --> 00:42:09,299 Beta rasa, Merlin. Kamu seorang saja beta boleh percaya. 509 00:42:09,603 --> 00:42:11,102 Kamu cuma bayangan aku. 510 00:42:11,160 --> 00:42:12,622 Apa-apa sajalah! 511 00:42:12,759 --> 00:42:15,817 Sarikata BM: Mike KC 512 00:42:15,817 --> 00:42:18,248 subscene.com