1 00:00:03,900 --> 00:00:07,200 Fajar di Mekah, sebuah bandaraya lagenda. 2 00:00:07,200 --> 00:00:13,500 Dijadikan terkenal oleh generasi-generasi yang ingin ke sini. 3 00:00:13,500 --> 00:00:16,100 Mekah dilawati oleh orang-orang Islam sepanjang tahun 4 00:00:16,100 --> 00:00:18,200 Tapi bilangannya akan bertambah secara mendadak 5 00:00:18,200 --> 00:00:22,000 beberapa bulan daripada sekarang, pada musim Haji 6 00:00:22,000 --> 00:00:26,900 Kehidupan lebih daripada 1 juta penduduk Mekah dan bandaraya itu sendiri 7 00:00:26,900 --> 00:00:30,100 adalah semata-mata bergantung kepada kewujudan Kaabah 8 00:00:30,100 --> 00:00:34,000 Dan persediaan untuk musim Haji 9 00:00:34,000 --> 00:00:37,000 Kadang-kadang saya rasa susah untuk meyakinkan orang 10 00:00:37,000 --> 00:00:41,300 bahawa kami tak pernah berhenti membuat persediaan untuk musim Haji. 11 00:00:41,300 --> 00:00:49,500 Kami bersedia sepanjang masa - sebelum Haji, semasa Haji dan selepas Haji 12 00:00:49,500 --> 00:00:56,900 Para haji adalah pelanggan kami dan kami menjaga mereka secara teratur 13 00:00:56,900 --> 00:01:02,700 Kalau anda boleh bayang mengadakan 20 Super Bowl dalam satu stadium 14 00:01:02,700 --> 00:01:06,800 di mana 2 juta orang datang ke stadium yang sama 15 00:01:06,800 --> 00:01:13,600 Bertambah lagi jika 2 juta orang ini mengambil bahagian dalam permainan 16 00:01:13,600 --> 00:01:20,100 Ia boleh memberikan sedikit bayangan persediaan yang diperlukan untuk musim Haji. 17 00:01:20,100 --> 00:01:22,400 Sebahagian daripada mistik adalah daripada fakta 18 00:01:22,400 --> 00:01:30,400 bahawa hanya orang-orang Islam yang dibenarkan ke sini. 19 00:01:30,400 --> 00:01:33,600 Mekah terletak di pergunungan selatan Saudi Arabia, 20 00:01:33,600 --> 00:01:38,100 dalam kawasan selamat lebih kurang 100 batu persegi. 21 00:01:38,100 --> 00:01:41,600 Sejak sebelum Islam, Mekah telah lama dianggap sebagai kawasan suci 22 00:01:41,600 --> 00:01:45,800 di mana tidak siapa dibenarkan memburu, menebang pokok atau berkelahi. 23 00:01:45,800 --> 00:01:50,700 Di tengah-tengah bandaraya terdapat sebuah masjid yang besar dinamakan Al Masjid Alhaj, 24 00:01:50,700 --> 00:01:57,000 dan di tengah-tengahnya ialah Kaabah. 25 00:01:57,000 --> 00:02:00,600 Semua agama mempunyai pusat 26 00:02:00,600 --> 00:02:05,200 Ini adalah bahagian yang penting bagi mentaliti agama, 27 00:02:05,200 --> 00:02:07,500 kerohanian manusia. 28 00:02:07,500 --> 00:02:11,500 Dalam Islam pusat itu berada di bandaraya Mekah 29 00:02:11,500 --> 00:02:15,700 ke arah mana semua orang-orang Islam sembahyang. 30 00:02:15,700 --> 00:02:17,800 Orang-orang Islam bukan menyembah Kaabah 31 00:02:17,800 --> 00:02:21,400 Mereka menyembah apa yang diwakilinya, Tuhan yang satu 32 00:02:21,400 --> 00:02:26,600 Di bawah salutannya, Kaabah adalah sebuah bangunan batu ringkas setinggi 50 kaki 33 00:02:26,600 --> 00:02:31,100 Di dalam pintu emasnya adalah sebuah bilik tanpa hiasan 34 00:02:31,100 --> 00:02:35,900 Mengikut satu kepercayaan Islam Kaabah dibina oleh Adam 35 00:02:35,900 --> 00:02:39,300 Berasaskan pelan yang diturunkan oleh Tuhan 36 00:02:39,300 --> 00:02:45,800 Kemudian dibina semula oleh Nabi Ibrahim selepas banjir besar 37 00:02:45,800 --> 00:02:52,300 Di sudut tenggara, berbingkai perak, terletaknya batu hitam 38 00:02:52,300 --> 00:02:54,600 Setengah orang percaya ia jatuh daripada langit, 39 00:02:54,600 --> 00:02:58,800 dan salah satu daripada batu binaan yang digunakan oleh Ibrahim 40 00:02:58,800 --> 00:03:01,900 Ramai para Haji cuba mencium atau menyentuh batu itu 41 00:03:01,900 --> 00:03:03,900 tapi kebanyakan daripada mereka berbahagia dengan hanya memandang Kaabah 42 00:03:19,300 --> 00:03:30,800 Fidelma Oleary akan berjalan jauh daripada Texas ke Mekah 43 00:03:30,800 --> 00:03:38,700 Tapi sebelum itu dia kena menyelesaikan sedikit masalah fisiologi 44 00:03:38,700 --> 00:03:45,500 Doktor Oleary ialah seorang professor Sains Neuro di Universiti St Augene, Austin. 45 00:03:45,500 --> 00:03:50,600 Fidelma Oleary bukan dilahirkan dalam keluarga Islam 46 00:03:50,600 --> 00:03:57,500 Ia dilahirkan dalam keluarga Katolik dan semasa di kolej dia sudah meragui agamanya. 47 00:03:57,500 --> 00:04:01,500 Saya sedang mendengar radio dan dalam siaran itu seseorang telah menalifon dan berkata... 48 00:04:01,500 --> 00:04:08,400 'Yang saya tak faham ialah kalau Jesus itu Tuhan kenapa pula dia menyembah Tuhan?' 49 00:04:08,400 --> 00:04:12,500 Pada Fidelma, pemanggil itu telah menerbitkan satu keinginan ke atas dirinya 50 00:04:12,500 --> 00:04:15,700 Dan persoalan itu telah berubah menjadi pertukaran agama 51 00:04:15,700 --> 00:04:21,000 Inilah masanya semua cebisan akhirnya bercantum 52 00:04:21,000 --> 00:04:29,500 Dan saya sedar Islam adalah agama bagi saya dan saya memeluknya 53 00:04:29,500 --> 00:04:32,800 Saya seorang sahaja orang Islam yang saya kenal 54 00:04:32,800 --> 00:04:37,500 Fidelma bersedia untuk menjalankan Haji setelah memeluk agama ini sepenuhnya 55 00:04:37,500 --> 00:04:48,900 Tapi dia mungkin akan terperanjat bahawa setengah para haji agak susah menerimanya 56 00:04:48,900 --> 00:04:53,300 Pada bahagian lain dunia, Afrika Selatan 57 00:04:53,300 --> 00:04:56,200 Di sebuah kawasan subur di luar Victoria 58 00:04:56,200 --> 00:05:00,600 Pengacara radio, Khalil Mampelazi, ke udara setiap minggu 59 00:05:00,600 --> 00:05:08,000 memanggil orang ramai ke arah Islam 60 00:05:08,000 --> 00:05:12,400 Pada Khalil, biasa dengan pertelingkahan kaum di Afrika Selatan, 61 00:05:12,400 --> 00:05:22,100 Haji adalah satu peluang untuk melihat kesempurnaan Islam secara dekat 62 00:05:22,100 --> 00:05:26,600 Paling penting dicapai ialah tali persaudaraan 63 00:05:26,600 --> 00:05:30,500 Tuhan tidak memandang rupa paras Tuhan tidak memandang rupa tubuh badan 64 00:05:30,500 --> 00:05:33,400 Tuhan tidak memandang siapa kamu orang kaya atau tidak 65 00:05:33,400 --> 00:05:38,500 Tuhan memandang apa? Hati kamu! 66 00:05:38,500 --> 00:05:40,700 Khalil mencari dunia tolerensi 67 00:05:40,700 --> 00:05:53,800 Tapi dia juga terjumpa apa difikirkan yang dia telah tinggalkan 68 00:05:53,800 --> 00:05:57,500 Di bahagian Timur, di Malaysia 69 00:05:57,500 --> 00:06:05,000 Ismail Madauf bakal menemui siapa dirinya sebenar 70 00:06:05,000 --> 00:06:13,700 Di padang pasir, memaparkan dirinya kepada Tuhan, 71 00:06:13,700 --> 00:06:16,800 Ini lebih merupakan perjalanan kerohanian, 72 00:06:16,800 --> 00:06:21,900 melupakan latar belakang saya,apa yang biasa ada di pejabat, padang golf dan di rumah 73 00:06:21,900 --> 00:06:27,500 dan hanya berada dekat dengan Tuhan. 74 00:06:27,500 --> 00:06:32,100 Ismail adalah seorang eksekutif yang berjaya. 75 00:06:32,100 --> 00:06:36,400 Dia akan pergi mengerjakan Haji bersama isterinya, Asmah. 76 00:06:36,400 --> 00:06:40,400 Mereka akan tiada di rumah selama 7 minggu meninggalkan 4 orang anak. 77 00:06:40,400 --> 00:06:48,400 Dan meninggalkan senarai yang panjang apa yang patut dibuat. 78 00:06:48,400 --> 00:06:56,900 Mengerjakan Haji merupakan satu cabaran kepada keluarganya yang telah biasa dengan kemewahan keduniaan 79 00:06:56,900 --> 00:06:59,300 Tetapi Haji adalah bukan mengenai keduniaan. 80 00:06:59,300 --> 00:07:04,800 Yang diperlukan hanya pakaian asas Haji. 81 00:07:04,800 --> 00:07:09,600 Pakaian yang kami pakai adalah sangat mudah. 82 00:07:09,600 --> 00:07:11,800 Hanya dua helai kain. 83 00:07:11,800 --> 00:07:16,300 Sehelai dipakai di bahagian bawah dan satu lagi di atas 84 00:07:16,300 --> 00:07:20,900 Haji adalah suatu pencarian jalan taubat 85 00:07:20,900 --> 00:07:32,400 Tetapi tidak kira bagaimana lengkap dia bersedia Ismail tidak tahu apa yang akan dialaminya. 86 00:07:32,400 --> 00:07:39,100 Sudah hampir selama 1400 tahun para Haji datang ke sini 87 00:07:39,100 --> 00:07:43,400 Tetapi perjalanan Haji ke Mekah sudah lama sebelum Islam 88 00:07:43,400 --> 00:07:47,600 Sudah berapa lama terdapat dalam sejarah dan legenda 89 00:07:47,600 --> 00:07:54,200 Tetapi yang pastinya era sebelum Islam sudah ada perjalanan haji ke Mekah 90 00:07:54,200 --> 00:07:58,300 Terdapat kepercayaan dalam Islam bahawa Nabi Ibrahim yang memulakannya 91 00:07:58,300 --> 00:08:06,200 Nabi Ibrahim ada bapa kepada Yahudi, Kristian dan Islam. 92 00:08:06,200 --> 00:08:11,100 Semasa Nabi Ibrahimlah bermulanya perjalanan Haji. 93 00:08:11,100 --> 00:08:16,700 Banyak upacara-upacara dalam Islam dilahirkan oleh Nabi Ibrahim. 94 00:08:16,700 --> 00:08:25,200 Kepercayaan kepada satu Tuhan dan perjalanan Haji tahunan ke Mekah. 95 00:08:25,200 --> 00:08:32,700 Mengikut satu tradisi Islam, Ibrahim datang ke mekah bersama isterinya Hajar dan anak mereka Ismail. 96 00:08:32,700 --> 00:08:41,100 Tuhan memerintahkan Ibrahim supaya membawa isteri dan anak kecilnya dan tinggalkan mereka di padang pasir 97 00:08:41,100 --> 00:08:45,000 yang sekarang dikenali sebagai Mekah di Saudi Arabia 98 00:08:45,000 --> 00:08:47,400 Dia kembali melawat mereka dari masa ke semasa 99 00:08:47,400 --> 00:08:54,300 Dalam salah satu lawatannya Tuhan memerintahkan dia membina Kaabah dan menyeru manusia datang untuk Haji 100 00:08:54,300 --> 00:08:59,900 Dari generasi ke generasi manusia datang menyahut seruannya 101 00:08:59,900 --> 00:09:04,500 Tetapi lama kelamaan penyembahan berhala mula bertapak di Kaabah 102 00:09:04,500 --> 00:09:07,900 Kemudian pada awal kurun ke 7 semuanya berubah 103 00:09:07,900 --> 00:09:14,300 Seorang Nabi lahir dari keturunan Ibrahim. Dia orang Mekah bernama Mohammad. 104 00:09:14,300 --> 00:09:19,300 Dalam tahun 630 Nabi Mohammad membersihkan berhala daripada Kaabah 105 00:09:19,300 --> 00:09:23,600 mengembalikan manusia kepada penyembahan Tuhan yang satu 106 00:09:23,600 --> 00:09:33,000 Nabi Mohammad telah mengembalikan pengerjaan Haji seperti yang telah dibuat oleh Ibrahim turun temurun 107 00:09:33,000 --> 00:09:37,500 Walaupun pengikut-pengikutnya mengikut langkah-langkah yang di buat oleh Nabi Mohammad 108 00:09:37,500 --> 00:09:43,400 Mereka percaya bahawa mereka mengikut langkah-langkah yang dibuat oleh Nabi Ibrahim 109 00:09:43,400 --> 00:09:48,300 Banyak langkah pengerjaan Haji berkait dengan tradisi masa lampau 110 00:09:48,300 --> 00:09:53,700 Satu, adalah ciptaan penutup baru bagi Kaabah Ia dipanggil Kiswah, 111 00:09:53,700 --> 00:09:58,100 penutup sutera sepanjang 7000 kaki 112 00:09:58,100 --> 00:10:04,500 Kain hitam dibuat dengan tangan, dengan ayat-ayat Al-Quran dijahit dengan benang emas. 113 00:10:04,500 --> 00:10:05,950 Harganya hampir 5 juta dolar. 114 00:10:12,700 --> 00:10:28,100 Pada kemuncak Haji, satu penutup baru seberat hampir satu tan, diletakkan menutupi Kaabah 115 00:10:28,100 --> 00:10:41,500 Gambar ini diambil oleh National Geographic dalam tahun 1967. Raja Faisal tiba untuk upacara membasuh Kaabah 116 00:10:41,500 --> 00:10:53,400 Pada hari ini Raja Faisal tidak dipanggil Tuanku tetapi sebagai penjaga kedua-dua masjid suci 117 00:10:53,400 --> 00:10:57,500 Pada penghujung upacara tahunan ini, Kiswah baru tergantung di tempatnya 118 00:10:57,500 --> 00:11:03,200 Ayat-ayat keemasannya boleh dilihat oleh semua yang mengelilingi Kaabah 119 00:11:03,200 --> 00:11:07,450 Tetapi untuk melihatnya dengan lebih dekat, anda mesti pergi ke Mekah terlebih dahulu. 120 00:11:24,500 --> 00:11:27,100 Pada pukul 2 pagi di Kuala Lumpur 121 00:11:27,100 --> 00:11:36,000 Affa, berumur 12 tahun, memberikan ucapan selamat berangkat mengikut tradisi Malaysia kepada ibu bapanya 122 00:11:36,000 --> 00:11:43,100 Ini dilakukan pintu-pintu seluruh dunia seperti yang sudah dilakukan sejak puluhan tahun. 123 00:11:43,100 --> 00:11:47,700 Ini adalah pengembaraan hebat, memerlukan masa perjalanan berbulan-bulan, malah bertahun-tahun. 124 00:11:47,700 --> 00:11:53,600 Perjalanan ini penuh dengan bahaya disebabkan oleh perompak-perompak dan berbagai penyakit. 125 00:11:53,600 --> 00:12:04,900 Apabila mereka mengucapkan selamat tinggal pada keluarga tidak pasti mereka akan berjumpa lagi 126 00:12:04,900 --> 00:12:16,600 Hari ini di Malaysia, mengerjakan Haji bermakna menyertai program kerajaan yang disusun rapi 127 00:12:16,600 --> 00:12:24,000 Tetapi masih terdapat halangan-halangan kerana logistik bagi Haji adalah amat tinggi 128 00:12:24,000 --> 00:12:27,600 Lebih daripada 20,000 para Haji hanya dari Malaysia 129 00:12:27,600 --> 00:12:35,100 Sebahagian kecil daripada lebih 1 setengah juta memasuki Saudi Arabia 130 00:12:35,100 --> 00:12:40,800 Walaupun Mekah menyediakan beribu bilik untuk disewa, kebanyakan mereka masih kena kongsi bilik 131 00:12:40,800 --> 00:12:44,400 Ramai juga yang duduk 10 orang sebilik 132 00:12:44,400 --> 00:12:53,000 Bagi mereka seperti Ismail dan Asma, mereka dapat kemudahan dengan senang 133 00:12:53,000 --> 00:12:59,400 Selepas diproses, mereka mendapat iringan polis terus ke kapal terbang 134 00:12:59,400 --> 00:13:02,500 Bukan semua orang mendapat perjalanan begitu tersusun 135 00:13:13,300 --> 00:13:26,500 Di jalan utama di luar kampung Khalil menaiki bas awam ke lapangan terbang 136 00:13:26,500 --> 00:13:31,100 Pertama kali dalam hidupnya, dia bukan saja menghala ke Kaabah apabila sembahyang, 137 00:13:31,100 --> 00:13:37,900 dia benar-benar akan ke sana. 138 00:13:37,900 --> 00:13:41,100 Haji dikerjakan di dalam kota Mekah dan kawasan-kawasan di sekitarnya 139 00:13:41,100 --> 00:13:50,100 Ia adalah satu siri ibadat dijalankan di antara hari ke 8 hingga hari ke 13, bulan terakhir kalendar Islam 140 00:13:50,100 --> 00:13:54,200 Pertama, para Haji berjalan beberapa batu dari Mekah ke lembah Mina 141 00:13:54,200 --> 00:13:57,500 di mana mereka akan menjumpai satu bandaraya terdiri daripada khemah-khemah 142 00:13:57,500 --> 00:14:01,200 Di situ mereka akan berehat 143 00:14:01,200 --> 00:14:07,400 Hari berikutnya para Haji meneruskan perjalanan ke padang Arafah 144 00:14:07,400 --> 00:14:14,700 Ini adalah hari terpenting bagi para Haji, Hari Penghitungan, bersendirian dengan Tuhan 145 00:14:14,700 --> 00:14:19,100 Kemudian mereka balik ke Mina untuk menjalankan ibadat melempar batu ke arah Syaitan 146 00:14:19,100 --> 00:14:22,900 Mereka menjalankannya selama dua hari 147 00:14:22,900 --> 00:14:29,500 Kemudian mereka balik ke Mekah untuk mengelilingi Kaabah 148 00:14:29,500 --> 00:14:40,800 Mengelilingi Kaabah adalah ibadat terakhir, juga ibadat pertama apabila sampai ke Mekah 149 00:14:40,800 --> 00:14:46,600 Fidelma baru saja sampai setelah menghabiskan masa satu minggu di bandar suci Madinah 150 00:14:46,600 --> 00:14:49,700 Kebanyakan para Haji merasa amat penting untuk melawat Madinah 151 00:14:49,700 --> 00:14:53,100 di mana Nabi Mohammad dikebumikan 152 00:14:53,100 --> 00:14:56,000 Fidelma sekarang merasa tidak sabar untuk ke Kaabah 153 00:14:56,000 --> 00:15:01,500 Tapi percubaan mental dan fizikalnya baru saja bermula 154 00:15:01,500 --> 00:15:10,500 Kita kena sabar dengan segalanya, kerana mereka berurusan dengan begitu ramai orang 155 00:15:10,500 --> 00:15:16,300 Menguruskan rekod dan sebagainya. Ia seperti mimpi buruk 156 00:15:16,300 --> 00:15:24,900 Dalam keadaan ihram kami tahu kami mesti sabar kerana kami berada di tanah suci 157 00:15:24,900 --> 00:15:29,000 Keadaan Ihram adalah penting untuk mengerjakan Haji 158 00:15:29,000 --> 00:15:36,600 Ihram adalah berfikiran bersih sepenuhnya terutama kesabaran, kesopanan dan kehormatan 159 00:15:36,600 --> 00:15:42,100 Orang lelaki dikehendaki memakai pakaian khas yang juga dipanggil Ihram 160 00:15:42,100 --> 00:15:46,800 Dua helai kain, sama dengan pakaian untuk pengkebumian 161 00:15:46,800 --> 00:15:53,500 Dalam pakaian begini, orang kaya atau miskin terpelajar atau tidak, semuanya jadi sama 162 00:15:53,500 --> 00:16:01,500 Pakaian ini membawa semua ke keadaan asas dan meletakkan roh di tempat tertinggi 163 00:16:01,500 --> 00:16:09,800 Dengan kenderaan atau berjalan kaki, para Haji berpusu-pusu ke tempat suci ini 164 00:16:09,800 --> 00:16:16,900 Peluang mereka untuk berkhidmat dan menyembah Tuhan yang satu 165 00:16:16,900 --> 00:16:20,500 Ini adalah bacaan utama untuk Haji: Telbiya 166 00:16:20,500 --> 00:16:29,000 Para Haji akan memyebutnya beratus kali pada hari-hari berikutnya 167 00:16:29,000 --> 00:16:32,500 Bagi orang-orang Islam yang bertahun-tahun sembahyang menghala ke arah sini 168 00:16:32,500 --> 00:16:36,000 melihat Kaabah pada kali pertama memberikan perasaan yang tidak terkata 169 00:16:50,400 --> 00:16:57,200 Fidelma menyertai berpuluh ribu para Haji lain mengelilingi Kaabah, dalam ibadat yang dipanggil Tawaf 170 00:16:57,200 --> 00:17:04,200 Mereka mengelilinginya 7 kali, seperti yang dibuat oleh Nabi Mohammad 171 00:17:04,200 --> 00:17:11,600 Semua orang berlainan bangsa dalam satu tempat, memberi tumpuan ke satu arah, 172 00:17:11,600 --> 00:17:19,100 menyembah Tuhan yang satu, sudah semestinya sesutu yang amat berkuasa 173 00:17:19,100 --> 00:17:28,300 Kemudian, dengan kaki yang letih, para Haji menjalankan satu lagi ibadah dipanggil Saie 174 00:17:28,300 --> 00:17:32,900 Dalam ibadat ini para Haji berjalan di antara dua puncak bukit, 7 kali 175 00:17:32,900 --> 00:17:38,500 melambangkan perjalanan Hajar mencari air di padang pasir 176 00:17:38,500 --> 00:17:43,500 Ismail dan Hajar ditinggalkan oleh Ibrahim di lembah padang pasir ini 177 00:17:43,500 --> 00:17:47,800 Hajar menjadi tidak tentu arah kerana anaknya amat dahaga 178 00:17:47,800 --> 00:17:52,000 Jadi, dia mula berlari pergi dan balik di antara 2 bukit ini 179 00:17:52,000 --> 00:17:55,400 untuk mencari air 180 00:17:55,400 --> 00:18:01,400 Sehingga tahun 50han para Haji berjalan di antara 2 bukit ini di atas jalanraya 181 00:18:01,400 --> 00:18:07,300 Hari ini mereka diselubungi bangunan di dalam struktur masjid besar ini 182 00:18:07,300 --> 00:18:11,600 Mereka berjalan di antara 2 bukit ini untuk Safa dan Marwa 183 00:18:11,600 --> 00:18:14,700 Mereka sepatutnya bukan berjalan biasa tetapi berjalan laju 184 00:18:14,700 --> 00:18:24,500 Supaya menyerupai keadaan terdesak Hajar mencari air 185 00:18:24,500 --> 00:18:32,700 Kepercayaannya berhasil. Malaikat Jibrael menjelma, mengetuk tanah dengan hujung sayapnya 186 00:18:32,700 --> 00:18:39,300 dan air yang jernih keluar dari tanah. Ia dipanggil air Zam-zam 187 00:18:39,300 --> 00:18:41,400 Hari ini, para haji masih meminum air ini. 188 00:18:54,900 --> 00:19:01,800 Pasar di Mekah telah lama berfungsi 189 00:19:01,800 --> 00:19:05,500 Pada masa-masa lepas para Haji datang dari setiap ceruk rantau dunia 190 00:19:05,500 --> 00:19:17,300 dengan membawa rempah-ratus, sutera, buku dan kraftangan untuk diniagakan 191 00:19:17,300 --> 00:19:23,600 Semua beli-belah saya dah selesai dan saya boleh pulang 192 00:19:23,600 --> 00:19:25,300 Keadaan di sini seperti satu karnival 193 00:19:25,300 --> 00:19:31,300 Jadi kita hanya sertai bersama 194 00:19:31,300 --> 00:19:35,100 Lebih kurang 80 peratus orang-otang Islam hari ini adalah bukan orang Arab 195 00:19:35,100 --> 00:19:38,500 Mereka datang dari lebih daripada 170 negara 196 00:19:38,500 --> 00:19:41,000 Menyebabkan bandaraya ini bersuasana internasional 197 00:19:55,700 --> 00:20:00,400 Walaupun begitu, apabila sampai masa sembahyang, semuanya berhenti 198 00:20:00,400 --> 00:20:07,000 Kedai-kedai ditutup, jalanraya menjadi tempat sembahyang. 199 00:20:07,000 --> 00:20:13,200 Pada hari ke 8, orang ramai yang mengelilingi Kaabah berkurang kepada beberapa ratus orang 200 00:20:13,200 --> 00:20:16,400 Mereka sekarang bergerak menuju ke lembah Mina 201 00:20:16,400 --> 00:20:24,700 di mana Nabi Mohammad berhenti rihat dalam perjalanan Hajinya hampir 14 kurun lepas 202 00:20:24,700 --> 00:20:31,100 Khalil telah memilih berjalan kaki walaupun panas 203 00:20:31,100 --> 00:20:33,400 Saya mampu berjalan 204 00:20:33,400 --> 00:20:40,000 Begitulah Nabi Mohammad S.A.W. mengajar kita bagaimana mengerjakan Haji 205 00:20:40,000 --> 00:20:42,700 Dan dia telah pun berumur lebih 60 tahun 206 00:20:42,700 --> 00:20:47,100 Kenapa tidak saya sedangkan saya berumur 40 tahun? 207 00:20:47,100 --> 00:20:51,500 Saya boleh berjalan, boleh melompat, malah berlari. 208 00:20:51,500 --> 00:20:57,300 Saya rasa saya boleh melakukannya. 209 00:20:57,300 --> 00:21:00,600 Mina adalah lebih kurang 5 batu di timur Mekah 210 00:21:00,600 --> 00:21:02,300 Tidak lama dahulu, tidak lebih daripada satu abad yang lepas, 211 00:21:02,300 --> 00:21:06,900 Di waktu bukan musim Haji, Mina adalah lembah yang hampir kosong 212 00:21:06,900 --> 00:21:17,600 Tetapi dalam masa beberapa tahun lepas,kerajaan Saudi membina 44000 khemah kalis api untuk para Haji 213 00:21:17,600 --> 00:21:25,700 Bandar ini membangun daripada hampir 0 penduduk kepada 2 juta orang dalam masa satu malam 214 00:21:25,700 --> 00:21:31,000 Sejak menjejak kaki ke Saudi 2 minggu lepas, Fidelma sentiasa bergerak 215 00:21:31,000 --> 00:21:35,100 Hari ini dia menenangkan diri seperti yang dibuat oleh Nabi, 216 00:21:35,100 --> 00:21:38,900 bersedia untuk hari esoknya, hari penghakiman rohani. 217 00:21:38,900 --> 00:21:44,500 Ini bukan suatu percutian, kerana terdapat tekanan dan skedul masa yang tak tentu arah 218 00:21:44,500 --> 00:21:50,400 Semua orang tak ikut jadual dan saya tak nampak siapa-siapa yang cukup tidur selama 7 atau 8 hari 219 00:21:50,400 --> 00:21:54,900 Fidelma yang tinggi dan berkulit cerah mendapat perhatian ramai di sini 220 00:21:54,900 --> 00:21:57,600 Tetapi, bukan pemerhatian mereka yang dia tidak suka. 221 00:21:57,600 --> 00:22:00,700 Di Texas pun seorang wanita cantik akan mendapat perhatian. 222 00:22:00,700 --> 00:22:04,100 Yang susah untuk tidak pedulikannya ialah komen mereka. 223 00:22:04,100 --> 00:22:07,500 Ada orang lelaki dalam kumpulan saya dan yang saya tak kenali 224 00:22:07,500 --> 00:22:11,100 cuba memberitahu saya macamana nak jadi orang Islam dan tanya samada saya benar-benar Islam 225 00:22:11,100 --> 00:22:14,800 Saya rasa mereka lupa bahawa hanya orang Islam boleh datang ke sini 226 00:22:14,800 --> 00:22:20,800 Perkara yang sama hari demi hari boleh memenatkan dan menjadikan kita rasa tertekan 227 00:22:20,800 --> 00:22:29,400 Walaupun begitu, oleh kerana dia berada di dalam keadaan suci, dia mesti bersabar 228 00:22:29,400 --> 00:22:38,100 Khalil juga menerima ujian kesabaran 229 00:22:38,100 --> 00:22:40,000 Khalil boleh nampak 230 00:22:40,000 --> 00:22:44,400 yang dia tidak dilayan sama seperti orang-orang Afrika Selatan lain kerana dia berkulit hitam 231 00:22:44,400 --> 00:22:48,900 Perkara ini tidak dijangkannya sama sekali berlaku semasa Haji 232 00:22:48,900 --> 00:22:51,400 Sangat melukakan melihat keadaan ini. 233 00:22:51,400 --> 00:22:53,200 Berlaku semasa Haji. 234 00:22:53,200 --> 00:22:56,500 Sedangkan kita disini sentiada dalam satu kumpulan. 235 00:22:56,500 --> 00:22:58,200 Tidak melihat pada warna. 236 00:22:58,200 --> 00:23:00,300 dan tidak melihat bangsa atau 237 00:23:00,300 --> 00:23:01,750 samada kita kaya atau miskin. 238 00:23:07,700 --> 00:23:15,100 Apabila kita berada di sini kita kenalah menghormati semua orang. 239 00:23:15,100 --> 00:23:17,100 Khalil jadi tergugat 240 00:23:17,100 --> 00:23:21,100 Bayangannya mengenai tali persaudaraan seolah-olah di hancurkan 241 00:23:21,100 --> 00:23:23,600 Namun, dia berada dalam keadaan kesucian mutlak 242 00:23:23,600 --> 00:23:28,700 Jika dia hilang kesabaran, dia akan melanggar Ihram 243 00:23:28,700 --> 00:23:30,300 Jadi Khalil meneruskan usahanya. 244 00:23:30,300 --> 00:23:40,200 Dia menyertai kumpulan lain dari Malawi. 245 00:23:40,200 --> 00:23:44,900 Pada waktu subuh hari berikutnya, para Haji bangun dengan rasa berkobar-kobar 246 00:23:44,900 --> 00:23:47,200 Untuk hari terbesar musim Haji. 247 00:23:47,200 --> 00:23:49,350 Dua juta orang akan pergi ke padang Arafah. 248 00:23:59,100 --> 00:24:09,100 Kira-kira 50,000 kederaan memenuhi jalanraya. 249 00:24:09,100 --> 00:24:21,000 Kenderaan mungkin berhawa dingin, tetapi biasanya lebih cepat jika berjalan kaki. 250 00:24:21,000 --> 00:24:24,300 Arafah adalah 8 batu ke timur Mina. 251 00:24:24,300 --> 00:24:29,600 Tempat ini dipercayai sebagai tempat pertemuan Adam dan Hawa selepas diusir dari Eden. 252 00:24:29,600 --> 00:24:39,200 Dan dilihat sebagai tempat latihan Hari Pembicaraan. 253 00:24:39,200 --> 00:24:43,700 Beratus ribuan bergerak seperti ombak kemanusiaan berwarna putih 254 00:24:43,700 --> 00:24:44,800 Membaca ayat-ayat Haji 255 00:24:51,200 --> 00:24:56,500 Bacaan ini membayangkan apa yang sedang berlaku. 256 00:24:56,500 --> 00:25:04,800 Ia adalah penunaian Kaabah dan pengisytiharan Tuhan yang satu, Tuhan yang maha agung 257 00:25:04,800 --> 00:25:09,100 Para Haji dimestikan berada dalam sempadan Arafah yang jelas ditanda 258 00:25:09,100 --> 00:25:12,200 Kalau tidak, Haji mereka tidak akan dikira. 259 00:25:12,200 --> 00:25:19,300 Nabi Mohammad jelas mengatakan bahawa Haji adalah Arafah. 260 00:25:19,300 --> 00:25:23,900 Kami sekarang sudah masuk ke kawasan Arafah. 261 00:25:23,900 --> 00:25:26,500 Ini bermakna kita sudah boleh berihat pada bila-bila masa 262 00:25:26,500 --> 00:25:29,300 Kami boleh duduk. 263 00:25:29,300 --> 00:25:33,000 Hartanah adalah berkeadaan premium di sini 264 00:25:33,000 --> 00:25:35,900 Beribu-ribu akan sesat di dalam kekalutan ini 265 00:25:35,900 --> 00:25:40,000 Ada yang melahirkan anak, orang-orang tua meninggal dunia. 266 00:25:40,000 --> 00:25:47,400 Namun, dalam keadaan huru-hara ini, pencarian kerohanian berterusan 267 00:25:47,400 --> 00:25:52,400 Khalil akhirnya menjumpai tempat untuk berehat. 268 00:25:52,400 --> 00:26:00,300 Seperti lain-lain yang berkemampuan, Ismail berada di khemah dengan tilam dan teh 269 00:26:00,300 --> 00:26:07,700 Fidelma meninggalkan khemahnya untuk mendaki gunung keampunan, Jabal Rahmat 270 00:26:07,700 --> 00:26:13,000 Di sinilah Nabi Mohammad memberikan khutbahnya yang terakhir pada tahun 632 271 00:26:13,000 --> 00:26:17,500 Ramai para Haji tertarik ke sini, untuk mendekatkan diri dengan Nabi 272 00:26:17,500 --> 00:26:23,800 Tetapi yang utama sekali di Arafah, ialah Pengampunan 273 00:26:23,800 --> 00:26:28,000 Yang penting adalah pengampunan Tuhan 274 00:26:28,000 --> 00:26:36,000 Tuhan menyayangi umat manusia dan boleh menghapuskan segala dosa 275 00:26:36,000 --> 00:26:41,900 dan boleh memberikan rahmat kepada mereka 276 00:26:41,900 --> 00:26:47,100 Hari Penghakiman... semua kepahitan hidup akan hilang apabila kita melihat orang-orang ini 277 00:26:47,100 --> 00:26:53,600 di hadapan Tuhan yang maha kuasa 278 00:26:53,600 --> 00:26:57,300 Satu suasana sepi yang anih menyelubungi tempat ini pada waktu tengahari 279 00:26:57,300 --> 00:26:59,700 Apabila para Haji menumpu ke dalam diri masing-masing. 280 00:26:59,700 --> 00:27:01,300 Ini dipanggil Berdiri Di Arafah. 281 00:27:09,500 --> 00:27:17,500 Di dalam alam kemaafan ini, Khalil menemui persamaan kualiti yang dicarinya. 282 00:27:17,500 --> 00:27:25,000 Ia mengingatkan kita kepada Hari Penghakiman di mana Tuhan akan mengumpulkan semua manusia 283 00:27:25,000 --> 00:27:30,600 Tiada perbezaan. Jika kita lihat di sekeliling, kita akan nampak lelaki dan perempuan 284 00:27:30,600 --> 00:27:44,300 berdiri menangis kepada Tuhan untuk menunjukkan yang kita adalah satu di hadapan Tuhan. 285 00:27:44,300 --> 00:27:50,200 Ismail, yang mempunyai semua yang dia kehendaki di dunia ini, menangani kemiskinan rohani. 286 00:27:50,200 --> 00:27:58,900 Kebanyakan doa kami akan didengar oleh Tuhan dan diharap akan dimakbulkan olehNya. 287 00:27:58,900 --> 00:28:06,600 Ini bergantung kepada bagaimana kuat dan benarnya permintaan kita, bukannya hipokrit 288 00:28:06,600 --> 00:28:16,100 Jadi, betapa jujur kita meminta keampunan dan kebaikan dariNya... 289 00:28:16,100 --> 00:28:22,000 Dikelilingi oleh berjuta manusia, Ismail mendapati dirinya benar-benar keseorangan di hadapan Tuhan. 290 00:28:22,000 --> 00:28:24,400 Meminta kebebasan untuk rohaninya yang terbeban. 291 00:28:46,700 --> 00:28:56,100 Sekejap tadi saya rasakan sangat keseorangan. Hanya Tuhan bersama saya dan saya jadi sangat emosi 292 00:28:56,100 --> 00:28:57,700 Kita berkomunikasi dengan Tuhan. 293 00:29:07,100 --> 00:29:10,200 Hanya Tuhan yang mengetahui apa yang ada di hati saya. 294 00:29:10,200 --> 00:29:12,650 Jadi, pada masa itu saya rasa sangat keseorangan. 295 00:29:30,700 --> 00:29:37,800 Saya minta Tuhan mengampunkan ayah saya yang sudah meninggal 296 00:29:37,800 --> 00:29:41,250 dan menenangkan hidup ibu saya kerana kehidupannya nampak sangat susah 297 00:29:56,400 --> 00:30:01,900 kita tidak boleh hidup, minta keampunan, diampunkan, 298 00:30:01,900 --> 00:30:04,000 kemudian meneruskan hidup yang sama. 299 00:30:04,000 --> 00:30:06,350 Yang penting kita perlu membaiki kehidupan kita 300 00:30:24,100 --> 00:30:30,600 Hanya apabila matahari terbenam barulah para Haji meninggalkan Arafah. 301 00:30:30,600 --> 00:30:33,800 Hampir 2 juta orang berdiri, bersedia untuk bergerak... 302 00:30:33,800 --> 00:30:35,400 sebaik sahaja matahari terbenam. 303 00:30:55,700 --> 00:30:58,900 Para Haji bergerak balik semula ke Mina 304 00:30:58,900 --> 00:31:03,300 di mana pada ke esokan harinya mereka akan berperang secara simbolik dengan Syaitan 305 00:31:03,300 --> 00:31:07,900 Di sini orang-orang Islam Percaya Tuhan menyuruh Ibrahim mengorbankan anaknya 306 00:31:07,900 --> 00:31:10,700 tetapi Syaitan mencabarnya supayatidak berbuat demikian. 307 00:31:10,700 --> 00:31:14,300 Diceritakan bahawa Ibrahim melontarkan batu ke arah Syaitan, 308 00:31:14,300 --> 00:31:17,200 menghalau Syaitan sebanyak tiga kali. 309 00:31:17,200 --> 00:31:29,600 Tiga tiang batu menandakan tempat Ibrahim mempertahankan diri. 310 00:31:29,600 --> 00:31:32,700 Di suatu tempat dipanggil Musdalifah dalam perjalanan ke tiang batu itu, 311 00:31:32,700 --> 00:31:36,800 para Haji mengutip batu-batu kecil untuk melontarkan kepada Syaitan. 312 00:31:36,800 --> 00:31:41,200 Saya akan gunakan batu ini untuk menghalau Syaitan dari hidup saya 313 00:31:41,200 --> 00:31:48,700 dan menjauhkan godaan dan obsesi dari kehidupan saya 314 00:31:48,700 --> 00:31:55,100 Ramai orang di dini dan setiap orang mengambil 47 ketul batu 315 00:31:55,100 --> 00:31:57,200 Jadi tidak banyak pilihan yang kami boleh buat 316 00:31:57,200 --> 00:32:01,200 47 kali 2 juta adalah ketulan batu yang sangat banyak 317 00:32:01,200 --> 00:32:08,600 - 49 -49? Saya terfikir juga nak ambil 49, lebih 2 318 00:32:08,600 --> 00:32:16,100 21 kali 2 campur yang itu, 49, sudah cukup 319 00:32:16,100 --> 00:32:26,700 Terdapat kekeliruan tentang sebanyak mana hukuman yang patut dikenakan kepada Syaitan. 320 00:32:26,700 --> 00:32:30,750 Walaupun panduannya agak mengelirukan, tujuannya adalah jelas - menjauhkan godaan. 321 00:32:47,800 --> 00:32:51,900 Fidelma telah berdoa di Arafah untuk keampunan dan untuk orang-orang yang disayanginya. 322 00:32:51,900 --> 00:32:59,900 Sekarang, dia meminta sahabat-sahabatnya supaya berdoa bersamanya. 323 00:32:59,900 --> 00:33:05,000 Dia adalah seorang janda, dan ingin menemui seorang lelaki yang sepadan dengannya. 324 00:33:05,000 --> 00:33:12,500 ...yang serasi dengan saya dan yang akan bersama saya di dalam syurga, 325 00:33:12,500 --> 00:33:20,100 seorang yang sangat baik, menyayangi Tuhan, menyayangi keluarganya dan menyayangi saya! 326 00:33:20,100 --> 00:33:30,800 Jadi, apa fikiran awak? Boleh berdoa untukku perkara-perkara ini? 327 00:33:30,800 --> 00:33:35,800 Sudah menjadi tradisi untuk tidur di tempat terbuka seperti dilakukan oleh Nabi, di Musdalifah. 328 00:33:35,800 --> 00:33:38,800 Tetapi Fidelma dan Aminah tidak tidur langsung. 329 00:33:38,800 --> 00:33:40,800 Mereka ingin mendahului orang ramai 330 00:33:40,800 --> 00:33:47,600 Jadi lepas saja tengahmalam, memakai penutup hidung untuk mengelak debu, mereka menuju Mina. 331 00:33:47,600 --> 00:33:53,000 Mereka tahu, dalam masa 24 jam seterusnya, 2 juta manusia akan menuju ke tempat sama, 332 00:33:53,000 --> 00:33:56,500 bahagian yang paling merbahaya dalam mengerjakan Haji, 333 00:33:56,500 --> 00:34:03,000 tiang batu yang terbesar di antara tiga tiang. 334 00:34:03,000 --> 00:34:06,200 Apabila Tuhan menyuruh Ibrahim mengorbankan anaknya, 335 00:34:06,200 --> 00:34:10,100 orang Islam percayai bahawa dia ialah Ismail, anak sulungnya. 336 00:34:10,100 --> 00:34:13,100 Cerita dalam Bible mengatakan ia adalah Isa. 337 00:34:13,100 --> 00:34:17,400 Walau siapa pun, ia amat menyeksa Ibrahim. 338 00:34:17,400 --> 00:34:25,000 Dia mula ragu-ragu, tetapi dia sedar keraguan ini datang daripada bisikan Syaitan. 339 00:34:25,000 --> 00:34:26,800 Kita tidak tahu apa sebenarnya dibisikkan oleh Syaitan, 340 00:34:26,800 --> 00:34:29,300 tetapi tentulah sesuatu seperi "Apa yang kamu nak buat ni... 341 00:34:29,300 --> 00:34:32,300 ... nak bunuh anak sendiri. Kamu dah gila ke?" 342 00:34:32,300 --> 00:34:36,700 Ibrahim jadi marah dan melontar batu pada Syaitan kali pertama 343 00:34:36,700 --> 00:34:40,600 tetapi Syaitan datang lagi kerana tugasnya ialah untuk mengelirukan manusia 344 00:34:40,600 --> 00:34:43,400 Kali ke tiga Syaitan datang Ibrahim melontar batu yang ke tiga. 345 00:34:43,400 --> 00:34:49,400 Jadi terdapat tiga tempat lontaran yang dilakukan semula oleh para Haji. 346 00:34:49,400 --> 00:34:51,900 Ibadat ini dipanggil Jumrah. 347 00:34:51,900 --> 00:34:57,700 Dalam hari-hari berikutnya, mereka akan melontar batu ke arah ketiga-tiga tiang. 348 00:34:57,700 --> 00:35:05,600 Ini adalah kenyataan moral bahawa mereka percayakan kebaikan dan kejahatan. 349 00:35:05,600 --> 00:35:08,400 Terdapatnya keadilan dan ketidakadilan, 350 00:35:08,400 --> 00:35:09,200 pahala dan dosa. 351 00:35:16,200 --> 00:35:18,400 Saya sukakan Jumrah. 352 00:35:18,400 --> 00:35:21,200 Saya rasa sebagai satu ibadat, ia mempunyai kuasa yang amat besar. 353 00:35:21,200 --> 00:35:30,100 Seperti dalam latihan saya di US, lebih banyak cara kita cuba mengelakkan syaitan dan godaan, 354 00:35:30,100 --> 00:35:32,800 lebih banyak kesannya. 355 00:35:32,800 --> 00:35:37,600 Saya rasa, dari segi sains pun, is adalah ibadat yang sangat bagus. 356 00:35:37,600 --> 00:35:43,100 Dalam masa 48 jam yang lepas, mereka meminta keampunan dan menolak Syaitan. 357 00:35:43,100 --> 00:35:45,200 Sekarang, masa untuk mempamirkan perasaan rendah diri. 358 00:35:45,200 --> 00:35:47,600 Mereka memotong rambut mereka. 359 00:35:47,600 --> 00:35:49,900 Setengah orang lelaki terus mencukur rambut mereka. 360 00:35:49,900 --> 00:35:53,300 Saya kena bacaan sedikit doa sekarang. 361 00:35:53,300 --> 00:35:54,750 Ini adalah tradisi Nabi kami. 362 00:36:03,900 --> 00:36:10,800 Selepas berhari-hari dalam keadaan kesucian mutlak, sekarang mereka kembali ke pakaian biasa mereka. 363 00:36:10,800 --> 00:36:24,100 Tetapi dengan memotong rambut mereka, mereka menampakkan keadaan fizikal mereka yang baru. 364 00:36:24,100 --> 00:36:29,800 Walaupun rambut sudah mula dipotong, batu-batu masih dilontarkan. 365 00:36:29,800 --> 00:36:33,100 Melontar batu ke arah Syaitan selalu membawa bahaya. 366 00:36:33,100 --> 00:36:38,200 Ramai yang telah terhimpit dan terbunuh oleh sesakan orang ramai. 367 00:36:38,200 --> 00:36:43,500 Untuk memudahkan, kerajaan Saudi telah mendirikan tempat berjalan kaki dua tingkat. 368 00:36:43,500 --> 00:36:47,500 Seperti sebuah super highway kerohanian. 369 00:36:47,500 --> 00:36:50,500 Sekarang para Haji boleh menyerang Syaitan dari atas, 370 00:36:50,500 --> 00:36:52,300 dan dari bawah. 371 00:37:10,000 --> 00:37:13,300 Dengan sehari sahaja lagi untuk menghabiskan ibadat, 372 00:37:13,300 --> 00:37:20,100 para Haji mengerumuni tiang-tiang batu itu dengan lebih bersemangat. 373 00:37:20,100 --> 00:37:21,750 Suasana menjadi tidak tentu arah. 374 00:37:30,600 --> 00:37:35,600 Kenapa orang-orang Islam pergi mengerjakan Haji, melontar batu dan selipar, pembalut kepada dan... 375 00:37:35,600 --> 00:37:39,300 berbagai-bagai benda yang mereka ada? 376 00:37:39,300 --> 00:37:41,600 Macamanakah keadaan minda mereka? 377 00:37:41,600 --> 00:37:44,800 Mereka cuba membuang segala kehendak dalaman yang ada pada diri mereka, 378 00:37:44,800 --> 00:37:54,000 untuk membuat kejahatan dan tidak membuat kebaikan. 379 00:37:54,000 --> 00:38:01,000 Peperangan dengan Syaitan menandakan keraian orang-orang Islam yang mengerjakan Haji dan seluruh dunia. 380 00:38:01,000 --> 00:38:04,200 Ini dipanggil Jamuan Korban. 381 00:38:04,200 --> 00:38:08,800 Ini juga berkait secara terus dengan cerita Nabi Ibrahim. 382 00:38:08,800 --> 00:38:13,100 Ketika Ibrahim bersedia untuk menyembelih anaknya 383 00:38:13,100 --> 00:38:17,500 Malaikat Jibrail menjelma dan berkata "kamu telah menyempurnakan tugasmu". 384 00:38:17,500 --> 00:38:23,300 Dan menggantikan Ismail dengan seekor biri-biri. 385 00:38:23,300 --> 00:38:35,300 Kemudian Ibrahim mengorbankan biri-biri tersebut. 386 00:38:35,300 --> 00:38:37,000 Kami bawa biri-biri ke sini 387 00:38:37,000 --> 00:38:39,800 dan dia mengucapan "Bismillah, Allahu Akbar". 388 00:38:39,800 --> 00:38:47,200 Simbol bagi semua Orang Islam. 389 00:38:47,200 --> 00:38:51,400 Lebih daripada 2 ribu penyembelih Islam telah ditugaskan untuk menjalankan.. 390 00:38:51,400 --> 00:38:58,100 penyembelihan korban yang terbesar di dunia. 391 00:38:58,100 --> 00:39:01,300 Mungkin sampai tujuh atau 392 00:39:01,300 --> 00:39:05,000 lapan ratus ribu biri-biri. 393 00:39:05,000 --> 00:39:09,200 Setiap para Haji dikenakan peraturan semasa menjalankan Korban. 394 00:39:09,200 --> 00:39:11,500 Seekor biri-biri untuk seorang. 395 00:39:11,500 --> 00:39:16,400 7 orang boleh mengorbankan seekor unta. 396 00:39:16,400 --> 00:39:21,400 Apabila semuanya selesai, berjuta pound daging akan diproses, dikotak dan dihantar... 397 00:39:21,400 --> 00:39:30,600 ...kepada orang-orang miskin seluruh dunia, di atas nama para Haji. 398 00:39:30,600 --> 00:39:34,400 Dengan semua langkah ibadat selesai dikerjakan, para haji kembali ke Mekah 399 00:39:34,400 --> 00:39:35,650 untuk lawatan perpisahan. 400 00:39:55,600 --> 00:40:04,300 Mereka semua menerima panggilan hormat, Haji untuk lelaki dan Hajjah untuk perempuan. 401 00:40:04,300 --> 00:40:11,000 Bagi Fidelma, hari-hari terakhir ini ia merasakan bebas dari tekanan, gembira, dan waras. 402 00:40:11,000 --> 00:40:16,400 Orang-orang Islam datang dari semua tempat, dari segala darjat, 403 00:40:16,400 --> 00:40:22,300 mungkin kebanyakan dari negara-negara Islam, perlu sedar bahawa 404 00:40:22,300 --> 00:40:29,200 ada juga yang datang dari negara lain seperti Ireland, British dan USA. 405 00:40:29,200 --> 00:40:38,100 Akan terdapat pandangan-pandangan tertentu... 406 00:40:38,100 --> 00:40:41,600 Sekarang para Haji mengucapkan selamat tinggal kepada 'rumah' Tuhan 407 00:40:41,600 --> 00:40:47,900 Ini adalah panggilan ke Kaabah yang terakhir. 408 00:40:47,900 --> 00:40:50,800 Ini masa kesedihan dan selamat tinggal. 409 00:40:50,800 --> 00:40:54,300 Masa mengucap selamat tinggal kepada tempat yang kami sayangi 410 00:40:54,300 --> 00:40:57,500 tempat yang kami rasa tidak mahu tinggalkan 411 00:40:57,500 --> 00:41:01,500 dengan perasaan bahawa kami tidak akan ke sini lagi 412 00:41:01,500 --> 00:41:08,300 Saya rasa tiada seorang pun yang akan pulang menjadi orang yang sama. 413 00:41:08,300 --> 00:41:11,500 Setiap para Haji akan pulang dengan 'buku' yang bersih... 414 00:41:11,500 --> 00:41:15,000 ...dan 'alat tulis' untuk menulis hidupnya yang baru. 415 00:41:15,000 --> 00:41:18,800 Saya hendak jadi orang yang lebih baik. Ini adalah kenyataan am tapi saya tahu maksudnya. 416 00:41:18,800 --> 00:41:21,900 Saya hendak menjadi bapa yang lebih baik, pekerja yang lebih baik. 417 00:41:21,900 --> 00:41:24,500 ketua yang lebih baik, orang bawahan yang lebih baik. 418 00:41:24,500 --> 00:41:35,200 Saya hendak memainkan peranan yang lebih baik, dalam apa saja peranan untuk saya. 419 00:41:35,200 --> 00:41:39,200 Walaupun banyak cubaan, keimanan Khalil tidak berganjak, 420 00:41:39,200 --> 00:41:41,400 dibantu pula oleh pengalamannya di Kaabah 421 00:41:41,400 --> 00:41:45,300 di mana dia menyaksikan persaudaraan Islam. 422 00:41:45,300 --> 00:41:52,500 Manusia, berbeza warba kulit, perempuan, lelaki kanak-kanak, bersama-sama mengasihi! 423 00:41:52,500 --> 00:41:57,600 Saya kata, Tuhan, Kamu begitu agung. 424 00:41:57,600 --> 00:42:00,800 Terima kasih kerana membawaku ke sini. 425 00:42:00,800 --> 00:42:05,600 Untuk melihat tempat-tempat di mana semuanya terjadi. 426 00:42:05,600 --> 00:42:10,600 Di sini aku, terima ksih Ya Tuhan. 427 00:42:10,600 --> 00:42:14,700 Dalam pusingan terakhirnya mengelilingi Kaabah, Khalil sampai begitu dekat 428 00:42:14,700 --> 00:42:18,600 dia dapat menggeselkan topinya ke pintu emas Kaabah. 429 00:42:18,600 --> 00:42:27,500 Apabila saya pulang, saya mesti menyampaikan semua yang telah saya pelajari. 430 00:42:27,500 --> 00:42:36,000 Fidelma ditarik oleh arus Tawaf bersama dengan saudara Islam lain. 431 00:42:36,000 --> 00:42:38,200 Apabila kita hendak pergi Haji, kita rasa seperti dijemput 432 00:42:38,200 --> 00:42:41,800 Tuhan mahukan saya, dan perasaan itu sangat bagus 433 00:42:41,800 --> 00:42:43,800 Kemudian kita sampai ke sini dan lihat keliling 434 00:42:43,800 --> 00:42:49,200 Kita nampak jutaan manusia lain dan kita seperti seekor semut 435 00:42:49,200 --> 00:42:53,400 keutamaan diri kita tiba-tiba turun menjadi sifar 436 00:42:53,400 --> 00:42:57,500 Ini menterbalikkan hidup kita, tetapi terbalik untuk kebaikan. 437 00:42:57,500 --> 00:43:01,000 Para Haji tiba di dalam arus jutaan orang yang tidak dikenali. 438 00:43:01,000 --> 00:43:07,000 dan pulang dengan ombak kerohanian yang dilahirkan semula. 439 00:43:07,000 --> 00:43:12,100 Saya gembira apabila seorang lelaki Afrika menolong saya menbuka ruang 440 00:43:12,100 --> 00:43:15,900 Kemudian berpaling kepada saya dan berkata "Orang Amerika?" 441 00:43:15,900 --> 00:43:20,400 Saya kata "Ya". Dia kata "Islam?". Saya kata "Ya". 442 00:43:20,400 --> 00:43:24,100 Dan dia kata "Alhamdulillah, puji-pujian kepada Allah". 443 00:43:24,100 --> 00:43:26,100 Dan saya benar-benar rasa dialu-alukan.